boneka siap

Download BONEKA SIAP

Post on 12-Jun-2015

12.467 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

literasi bahasa,boneka

TRANSCRIPT

10 PRABACAAN Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :1. 2. 3. Pengamatan penglihatan Pengamatan pendengaran Pergerakan tangan dan mata Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf.

1

Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentukbentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid. Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara tidak boleh membaca ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang senang pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu). b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan

2

kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita kaedah abjad , kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah eklektik dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan bukubuku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ilmu pengetahuan, mesej moral, dan sebagainya. 1.1 KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID MEMBACA DI PERINGKAT AWAL Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan ibu bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam, Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni

3

Perusahaan, mata pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain. Kemahiran 3M adalah alat asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai functionally literate di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3. Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita, mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai biasa bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanakkanak supaya dapat membaca dan menulis. Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas) a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1, di sekolah-sekolah dasar kita;

4

b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah normal dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar; c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan kata yang mencukupi akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. 1.2 KAEDAH PENGAJARAN YANG BIASA DIBUAT 1.2.1 Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,chingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina sukusuku kata ba tu, ka ki dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas. 1.2.2 Kaedah Pandang dan Sebut (look and say)

5

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataanperkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang