boneka (2)

29
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) SEMESTER / JAN 2014 ___________________________________________________________________________ HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN ___________________________________________________________________________ TAJUK TUGASAN: Bincangkan kegiatan membentuk dan membuat boneka dari aspek sejarah, jenis, alat dan bahan, teknik pepbuatan, aplikasi alat, bahan dan teknik dan persembahan hasil kerja serta proses apresiasi NAMA TUTOR EN. MEGES LOAI NAMA : EMIAS ANAK ENTURAN NO. MATRIKULASI : 660312715544001 NO. KAD PENGNEALAN : 660312715544 NO. TELEFON : 0168727315 E-MEL : [email protected]

Upload: durai-segaran-lachimanan

Post on 29-Dec-2015

191 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER / JAN 2014

___________________________________________________________________________

HBAE2203

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

___________________________________________________________________________

TAJUK TUGASAN:

Bincangkan kegiatan membentuk dan membuat boneka dari aspek sejarah, jenis, alat dan

bahan, teknik pepbuatan, aplikasi alat, bahan dan teknik dan persembahan hasil kerja serta

proses apresiasi

NAMA TUTOR

EN. MEGES LOAI

NAMA : EMIAS ANAK ENTURAN

NO. MATRIKULASI : 660312715544001

NO. KAD PENGNEALAN : 660312715544

NO. TELEFON : 0168727315

E-MEL : [email protected]

Page 2: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1.0

Pengenalan

1.1 Definisi Boneka

1.2 Konsep Boneka dalam pengajaran dan pembelajaran

1.3 Sejarah Perkembangan Boneka

1 - 7

2.0

Jenis-Jenis Boneka

2.1 Boneka Jari

2.2 Boneka Tangan

2.3 Boneka Berbatang

2.4 Boneka Tali

2.5 Boneka Shadow Puppet

8 -11

3.0 Alat dan bahan

3.1 Boneka Tangan

3.2 Boneka Jari

3.3 Boneka Shadow Puppets

3.4 Boneka Tali

3.5 Boneka Batang

12– 15

4.0 Teknik Menghasilkan Boneka

4.1 Boneka Tangan

4.2 Boneka Jari

4.3 Boneka Shadow Puppets

15 - 18

5.0 Proses Apresiasi Boneka a) Tajuk dan tema yang sesuai

b) Alat dan bahan yang sesuai

c) Proses Stailisasi, menambahbaikan

d) Pilihan reka bentuk dan warna dan padanan imej

e) Kesesuaian Keseluruhan

18- 19

6.0 Maklumat Sorotan 20 - 24

7.0 Kesimpulan 25

8.0 Rujukan 26

Page 3: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

1.0 Pengenalan

Boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran dapat membantu pembelajaran kanak-kanak

prasekolah. Zuljevic (2005) menggalakkan guru-guru mengimplementasikan boneka dalam

proses pedagogi untuk membantu pembelajaran kanak-kanak. Menurut beliau,

mengimplementasikan boneka dalam rancangan mengajar dapat mempertingkatkan

pencapaian akademik kanak-kanak. Gibson (1992) pula membuat pemerhatian ke atas hasil

kerja boneka dan aktiviti main kanak-kanak bersama boneka. Implikasi daripada pemerhatian

yang dijalankan, beliau telah merangka dan menghasilkan satu set modul pengajaran yang

menggunakan boneka dalam bilik darjah sebagai garis panduan untuk guru-guru prasekolah

yang dapat membantu pembelajaran kanak-kanak. Euker (1991) juga menggalakkan

penggunaan boneka sebagai strategi instruksi di dalam bilik darjah prasekolah. Beliau

mencadangkan bahawa boneka boleh digunakan dalam aktiviti individu, aktiviti kumpulan

dan aktiviti kelas di prasekolah. Fontichiaro (2006) menyatakan bahawa boneka dapat

memotivasikan kanak-kanak untuk belajar. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh

beliau, didapati bahawa kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti boneka dan

menunjukkan minat juga belajar semasa pengajaran yang menggunakan boneka.

Menurut Montessori (1963) kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Pengajaran

yang menggunakan boneka dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Oleh itu

guru perlu membiasakan diri dengan kaedah pedagogi boneka supaya kanak-kanak mendapat

pengalaman baru dan seterusnya mencapai objektif dan matlamat kurikulum prasekolah.

Schneider-Lerner (1998) pula menyatakan boneka sebagai alat pedagogi mempunyai ciri

ajaib yang menakjubkan. Ia mempunyai daya tarikan yang istimewa untuk menggalakkan

kanak-kanak belajar dan membantu mengurus tingkah laku mereka (Salmon & Sainato,

2005).

Smith (2003) menyatakan menerusi aktiviti boneka, kanak-kanak dengan mudahnya

dapat melahirkan perasaan mereka. Boneka juga dapat membantu melahirkan konsep kendiri

kanak-kanak yang positif (Boulifard, 2003). Oleh itu, untuk meningkatkan konsep kendiri

yang positif, guru seharusnya mewujudkan suasana interaksi yang positif untuk kanak-kanak

dalam proses pedagogi (Khadijah Rohani, 1985). Interaksi yang positif penting untuk kanak-

kanak dalam mengawal diri dan berinteraksi dengan guru atau kanak-kanak yang lain

(Vygotsky, 1962, 1966). Lihanna (2005) juga menyatakan interaksi. kanak-kanak akan

membawa kesan kepada prestasi seseorang kanak-kanak dalam proses pedagogi.

1

Page 4: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Aktiviti boneka dalam proses pedagogi dapat memberi kesan yang positif kepada

kanak-kanak daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor. Penggunaan boneka dalam

proses pedagogi dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Selain itu,

penggunaan boneka dalam bilik darjah juga dapat mewujudkan suasana persekitaran

pembelajaran yang kreatif dan menggembirakan (Bustam, 1990; Machado, 2003).

Kemahiran mengendalikan boneka juga amat penting bagi guru. Semasa

mengendalikan boneka, mata guru perlu fokus pada boneka tersebut dan memberi suara dan

pergerakan yang sesuai kepada boneka tersebut mengikut perwatakannya (Machado, 2003).

Keghairahan semasa mengendalikan boneka adalah penting, tetapi terlalu banyak gerakan

tangan akan memesongkan perhatian daripada kata-kata boneka itu. Shamsuddin (1997)

memesan kepada guru supaya jangan bahagi-bahagikan boneka kepada kanak-kanak tanpa

perancangan dan panduan. Boneka itu hanya akan menjadi barang mainan yang akan menjadi

rebutan.

Aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan boneka adalah seperti

mengadakan dialog, perbualan atau soal jawab, perbincangan, lakonan, bercerita, nyanyian,

puisi, temu bual dan permainan bahasa (Bustam, 1990; Kamarudin & Siti, 1998). Eliason dan

Jenkins (2003) juga menyatakan bahawa boneka boleh digunakan dalam aktiviti muzikal dan

memberi arahan kepada kanak-kanak. Boneka dapat membantu perkembangan dan

kelancaran lisan kanak-kanak di prasekolah (Machado, 2003). Penggunaan boneka dalam

ekspresi lisan merupakan aktiviti yang paling efektif dan bercerita bersama boneka untuk

kanak-kanak juga merupakan salah satu aktiviti drama tika (Ada, 2003).

Guru harus mencipta boneka bersama-sama kanak-kanak dan memberi banyak

peluang kepada kanak-kanak mendekati pelbagai jenis boneka sebelum mereka membuat

boneka sendiri. Selain itu, guru juga harus membuat demonstrasi tentang cara-cara

memanipulasikan boneka. Kanak-kanak akan lebih jelas dan memahami aktiviti boneka yang

dijalankan jika guru sentiasa membimbing mereka dengan cara yang betul. Selepas kanak-

kanak atau guru mempraktikkan penggunaan boneka semasa aktiviti kemahiran bahasa, gerak

kerja lanjutan hendaklah disusuli. Ada dua jenis gerak kerja yang dapat diberikan iaitu

aktiviti lisan dan aktiviti tulisan. Aktiviti susulan yang boleh dijalankan ialah berbincang

semula skrip persembahan supaya melatih kemahiran menulis dan lisan murid. Selain embuat

skrip, guru boleh menyediakan aktiviti bertulis seperti membuat ayat, mengisi tempat kosong,

membetulkan ayat dan sebagainya.

2

Page 5: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Pada akhir aktiviti boneka, guru perlu membuat penilaian. Penilaian perlu dijalankan

oleh guru di dalam bilik darjah selepas sesuatu pengajaran boneka dilaksanakan. Tujuannya

ialah untuk mengetahui hasil pelajaran yang diperoleh kanak-kanak daripada pengajaran

tersebut. Selain itu, penilaian adalah untuk mengetahui aspek kelemahan guru dalam

menggunakan alat pedagogi mengajar iaitu boneka daripada segi penyampaian dan

penggunaannya. Biasanya guru dapat mengesan daripada kanak-kanak berdasarkan gerak

kerja bertulis yang diberi di dalam aktiviti selepas pengajaran (Bustam, 1990). Selain sebagai

alat pedagogi, boneka juga boleh digunakan dalam aktiviti drama tika boneka untuk kanak-

kanak prasekolah.

1.1 Definisi Boneka

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis permainan yang terdapat dalam

pelbagai bentuk, terutamanya manusia atauhaiwan, Boneka boleh di katakan salah satu

permainan yang paling tua, kerana permainan ini telah wujud pada

zaman Yunani,Romawi ataupun Mesir lagi.Umumnya boneka di buat sebagai permainan

kanak-kanak, namun adakalanya digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan

alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik contohnya upacara keagamaan pada

zaman dahulu.Boneka dikatakan adalah satu objek yang diukir supaya membawa sesuatu

watak-watak cerita. Apa yang sepatutnya yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti

boleh digerak-gerakkan sebagai hidup. Selain itu, boneka perlu menunjukkan mempunyai

pergerakan supaya ia membawa watak yang sebenar. Boneka mempunyai sifat-sifat tersendiri

iaitu membawa watak riang, sedih, marah dan lain-lain lagi.

Boneka adalah sesuatu objek atau bahan yang digerakkan mengikut dengan skrio

yang bibaca atau cerita yang disesuaikan. Hal ini kerana membawa kepada penonton dengan

situasi yang sebenar. Menurut Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat

berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian murid, menghidupkan

suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan murid.

Disamping itu, penggunaan boneka adalah tidak tehad kepada bentuk orang, tetapi

boleh juga berbentuk haiwan, dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang

tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian

dimainkan bagi mengiringi pergerakkan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru

sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.

3

Page 6: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

1.3 Konsep Boneka dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian kanak-

kanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar. Beberapa

contoh teknik tersebut ialah seperti boneka dan permainan bahasa.

Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai

boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan

watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka

boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan

dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka.

Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai contoh

ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layang-

layang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi,

persuasi dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan pembelajaran

boleh menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang

terdiri daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan muudah dihasilkan.

Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh

menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah

penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan

tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan

menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni.

Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada

kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak

autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan

tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat

memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat

menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta

dan merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu

aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur.

Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah

bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan

melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak

perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan keperluan

4

Page 7: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk pembelajaran

kanak-kanak.

1.3 Sejarah Perkembangan Boneka

Masa 3000-2000 sebelum masihi

Pada zaman ini, boneka umumnya dibuat daripada tanah liat, tulang, maupun patahan kayu,

ataupun potongan kain. Bentuknya masih amat sederhana dan memiliki fungsi ritual.

Contohnya diYunani dan Romawi kuno. Setiap anak perempuan harus memiliki boneka,

kemudian dibuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya hingga menjelang pernikahan. Saat

menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis (untuk orang Yunani)

ataupun altar Diana (untuk orang Romawi) untuk upacara keagamaan. DiMesir kuno, boneka

digunakan sebagai pengganti korban manusia.

Masa 600 sebelum masihi

Pada zaman ini mulai ada boneka yang bajunya sering di tukar ganti, dan kaki serta

tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama seperti pada zaman sebelumnya,

iaitu untuk upacara ritual. Boneka merupakan gambaran humanis.

Masa Abad ke-5

Inilah abad pertengahan. Bahan boneka dari kayu mula terhasil. Fungsi ritual boneka masih

terasa pada zaman ini. Seperti diMexico, bonekanya digunakan untuk perayaan Natal. Bagi

suku Indian Hopi, boneka menjadi sumber penting dalam upacara kesuburan (memohon

supaya diberikan kesuburan atau kemakmuran).

Abad ke-14

Boneka moden mulai muncul di Eropah bentuknya sangat berbeza dengan boneka yang ada

sebelumnya. Wajahnya cantik dan halus seperti manusia, serta berdada. Pada zaman ini

boneka tidak lagi bersifat ritual, Oleh itu, boneka menggunakan baju atau gaun dan rambut

yang benar- benar mirip dengan mode pada zaman itu. Tidak ramai para bangsawan

menggunakan boneka untuk dipamerkan sekaligus mempopularkan boneka di negara mereka

(memandangkan pada masa itu majalah mode belum ada). Ini seperti yang dilakukan oleh

5

Page 8: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

ratu Perancis, Isabeau dari Bavaria, di hadapan ratu Inggeris. Kenyataannya berkat boneka,

mode Perancis telah menjadi lebih popular di luar negeri.

Abad ke-15

Kalau pada zaman sebelumnya boneka dibuat untuk simpanan peribadi, mulai zaman ini

ianya dikomersialkan. Fungsinya pun telah bertukar dari ritual dan mode menjadi permainan.

Dalam sejarah tercatat, pembuat boneka secara komersial pertama berada di Jerman. Kota-

kota yang memproduksinya adalahNuremberg, Augsburg, dan Sonneberg. Bersamaan dengan

itu kilang pembuatan boneka terbentuk sehingga terdapat aturan standard dalam membuat

dan memasarkan boneka. Penampilan boneka-boneka yang diproduksi di Jerman semasa itu

umumnya seperti wanita.

Abad ke-16

Bahan dan mutu boneka terus diperbaiki. Pada tahun 1636 mulai tercipta boneka yang

rambutnya dibuat daripada rambut wanita sebenar.

Abad ke-17

Pada zaman ini, boneka bukan hanya berbentuk wanita anggun, tetapi juga bentuk lain seperti

bayi dengan baju tidur atau patung kecil dengan kostum kelasi. Penampilan boneka tidak lagi

sekaku dulu. Bahannya juga tidak lagi menggunakan kayu atau tanah liat, tetapi dari kulit

lembut (soft leather) dan lilin supaya kulitnya tampak seperti manusia. Selain dari mata yang

sudah boleh digerakkan, boneka juga sudah mula boleh mengeluarkan suara tangisan dan

berjalan.

Abad ke-18

Pada zaman ini sudah mulai tercipta boneka yang boleh menyebut perkataan "Papa" dan

"Mama" apabila ditekan. Bunyi Ini terhasilkan dari kotak suara rekaan Johann Nepomuk

Maelzelpada tahun 1827. Selain itu, bahan yang digunakan untuk membuat boneka semakin

variatif. Selain lilin dan soft leather, porselin, seramik dan sebagainya.

6

Page 9: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Abad ke-19

Perkembangan boneka semakin berkembang maju. Para pembuat boneka saling bersaing

untuk menghasilkan yang terbaik. Oleh kerana itu, pelbagai karakter boneka muncul di

pasaran. Antara yang terkenal adalah "Kewpie" (1913), boneka anak kecil yang berpipi

tembam dan berperut besar buatan Rose O'Neill dari Amerika. "Raggedy Ann" (1918),

boneka kain buatan Johny Gruelle yang mencerminkan kebaikan, keberanian, dan kejujuran,

serta "Bye-Lo Babby" (1922), boneka bayi baru lahir yang boleh memejamkan mata pada

waktu tidur buatan Grace Putnam dari Jerman. Pelbagai ekspresi dan elemen wajah boneka

semakin lengkap. Ada yang ditambah bulu mata, lesung pipi, mulutnya dibuka sehingga

giginya terlihat, kukunya diberi pewarna kuku,

Abad ke-20

Pada zaman ini, boneka di pasaran kebanyakan dibuat dari plastikdan vinil. Kelebihan boneka

tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga style. Contohnya Barbie yang muncul tahun 1959

diciptakan olehRuth Handler. Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan

perlengkapan yang bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, disikat sama seperti

rambut manusia.

Festival boneka

Di beberapa negara, boneka tidak hanya dipamerkan atau dimainkan secara perorangan.

Tetapi dirayakan bersama. Misalnya di Jepun ada perayaan khusus iaitu Hina Matsuri(festival

boneka). Hina Matsuri diadakan pada setiap 3 Mac dan sering dinamakan "festival anak

perempuan". Pada tarikh itu setiap keluarga yang memiliki anak gadis mempamerkan koleksi

boneka mereka dan berdoa supaya anak gadis mereka menempuh alam dewasa dengan penuh

kegembiraan. Di India terdapat festival boneka yang bernama "Navaratri". Sesuai dengan

namanya "Navaratri", atau 9 malam, perayaan itu memang diadakan selama 9 malam untuk

menghormati para dewi, yakni Durga, Lakshmi, dana Saraswati.

7

Page 10: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

2.0 Jenis – Jenis Boneka

Terdapat pelbagai jenis boneka. Ini ditunjukkan dalam Rajah 1

Sumber : Perkembangan Kreativiti dalam Pendidikan Prasekolah

Rajah 1 : Jenis-jenis boneka

8

Page 11: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Rajah 2 : Boneka Jari

2.1 Boneka Jari

Boneka Jari yang lebih dikenali sebagai finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan

oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka

yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka.

Boneka dihasilkan daripada kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanak-

kanak, diwarnkan dan kemudian digam sekeliling bentuk watak tesebut kecuali bahagian

untuk dimasukkan jari, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.

Rajah 3 : Boneka Tangan

Rajah 3 : Boneka Tangan

2.2 Boneka Tangan

Boneka tangan atau lebih dikenali hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih

praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan

keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.

9

Page 12: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah

stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak

seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telur, bekas dadih dan lain-lain

supaya menarik. Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka,

pergerakkan mereka lebih bebas.

Rajah 4: Boneka Batang

2.3 Boneka berbatang

Boneka berbatang atau stick puppet adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh

kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada

hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut

dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Ini ditunjukkan di dalam Rajah.

Kanak-kanak lebih menyukai menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka

bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan

dan lebih fleksibel.

10

Page 13: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Rajah5: Boneka Tali

2.4 Boneka Tali

Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia

lebih kompleks kerana watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan

pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan

dengan menggunakan tali.

Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut

untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa

ataupun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka

bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar mauk

sesuatu watak.

Rajah 6 : Boneka Shadow Puppets

11

Page 14: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

2.5 Shadow Puppets

Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahkan bercerita, diikuti dengan

nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh

menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang

kayu.

Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk

memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik sperti bentuk

yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh

dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawatan

pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita.

3.0 Alat dan bahan

Penghasilan sesuatu projek boneka pemilihan jenis-jenis alat dan bahan adalah amat sesuai

berdasarkan jenis-jenis boneka yang akan dihasilkan.

3.1 Boneka Tangan

Alatan dan bahan Fungsi/ Kegunaan

Pensil - Membuat lakaran sebelum menghasilakan

sebuah boneka tangan.

- Lakaran itu mengenalpasti bentuk boneka yang

anda perlu dihasilkan.

- Pensil membantu membuat lakaran pada kain

supaya melukis bentuk.

Gunting - Digunakan untuk memotong kain apabila

membuat sesuatu gambar pada kain.

Jarum - Setelah membuat pemotongan pada kain, jarum

digunakan untuk menjahit pada tepi kain agar

nampak dengan kemas.

- Jahitan yang paling sesuai adalah jahitan insang

pari.

Benang Jahit adan benang bulu - Pemilihan benang adalah amat penting kerana

menarik perhatian menonton.

12

Page 15: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

- Benang bulu digunakan untuk membuat rambut

Kain belacu/ sarung tangan - Kain belacu digunakan untuk membuat boneka.

Jadual 1 : Alatan dan Bahan Boneka Tangan

3.2 Boneka Jari

Contohnya menghasilkan boneka jari seperti tertera pada gambar di bawah. Apakah alat dan

bahan yang sesuai untuk menghasilkannya;

Rajah 8: Langkah-Langkah

Menghasilkan Boneka Jari

Rajah 9: Alatan dan Bahan

Menghasilkan Boneka Jari

13

Page 16: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Jadual 2 : Alatan dan Bahan Boneka Jari

3.3 Boneka Shadow Puppets

Contohnya menghasilkan boneka shadow puppets seperti tertera pada gambar di bawah.

Apakah alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkannya;

Rajah 10 : Boneka Shadow Puppets

Alatan dan Bahan Fungsi dan Kegunaan

Pensel - Pensel digunakan untuk melukis

gambar mengikut tema atau tajuk

Pensel Warna - Mewarnakan gambar-gambar yang

telah dihasilkan.

Penyepit - Digunakan untuk menyepit kertas

yang telah dihasilkan mengikut saiz

,jari.

Gunting - Memotong gambar mengikut ukuran.

Kertas lukisan - Melukis gambar pada kertas lukisan

mengikut tema atau tajuk.

14

Page 17: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Alat dan Bahan Fungsi dan Kegunaanya

Kerta tebal berwarna putih - Lebih sesuai bagi aktiviti ini.

- Lebih sesuai menunjukkan bayangan

bagi boneka.

Lidi - Dijadikan pemegang tangan

Pelekat - Melekatkan bahagian tertentu supaya

lidi tidak keluar

Spidol - Digunakan membuat lukisan

mengikut watak

Gunting - Menguntingkan bahagian-bahagian

yang dilukis

Jadual 3: Alatan dan Bahan Boneka Shadow Puppets

3.4 Boneka Tali

Contohnya menghasilkan boneka tali seperti tertera pada gambar di bawah. Apakah alat dan

bahan yang sesuai untuk menghasilkannya;

Alat dan Bahan Fungsi dan Kegunaanya

Templet Boneka - Digunakan untuk membantu

menghasilkan jenis-jenis watak

- Cara menghasilkan boneka

Gunting - Membantu memotong kertas manila

Jarum - Menjahit kain-kain boneka

Ranting/Kayu - Digunakan untuk mengerakkan

boneka

Manila Kad - Digunakan untuk menghasilkan

bentuk-bentuk watak.

Benang - Digunakan mengantungkan dan

mengerakkan boneka.

Gam - Melekatkan bahan-bahan hiasan

Bahan-bahan terpakai - Seperti manik, bunga untuk

menghiasi boneka.

Jadual 4 : Alatan dan Bahan Boneka Tali

15

Page 18: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

3.5 Boneka Batang

Contohnya menghasilkan boneka tali seperti tertera pada gambar di bawah. Apakah alat dan

bahan yang sesuai untuk menghasilkannya;

Alat Dan Bahan Fungsi dan Kegunaanya

Batang aiskrim - Digunakan untuk menghasilkan satu

rama-rama.

Warna air - Mewarnakan batang aiskrim dengan

warna yang berlainan

Gam - Menggunakan untuk mencantumkan

semua batang aiskrim.

Tali - Digunakan untuk mengantung dan

mengerakkan serta membawa ia

terbang dalam perjalanan cerita

Jadual 5: Alatan dan Bahan Boneka Batang

4.0 Teknik menghasilkan boneka

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang dihasilkan

menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan berbeza-

beza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

4.1 Boneka Tangan

Teknik Membuat Boneka Sarung Tangan:

i. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari

terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan

pertama tadi (garisan jahitan). Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan

terputus-putus itu (garisan pengguntingan).

ii. Gunting mengikut garisan pengguntingan.

iii. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

iv. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

v. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang

dikehendaki.

vi. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

16

Page 19: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

vii. Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

4.2 Teknik Membuat Boneka Jari

Rajah 11 : Teknik Membuat Boneka Jari

i. Letakkan jari telunjuk diatas kertas sebagai pola. Namanya juga boneka jari,

otomatis jari kita sebagai alat untuk mengukur.

ii. Gunting kain flanel tersebut sesuai dengan pola.

iii. Jahit kedua pola tersebut dengan menggunakan tusuk feston

iv. Karena kali ini saya membuat kumbang, kita buat lingkaran lalu gunting

membentung segitiga di ujungnya. Jangan lupa buat bintik-bintik hitam kecil

sebagai hiasan.

v. Gabungkan antara kain yang telah dijahit dengan pola yang dibuat dengan

mengelemnya.

vi. Tambahi hiasan putik-putikan sebagai tanduk si kumbang.

17

Page 20: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

4.3 Teknik Membuat Boneka Shadow Puppets

i. Siapkan kertas dan gunting

ii. Bentuklah karakter boneka yang kalian inginkan (sesuai dengan tema cerita)

Contohnya Monyet

18

Page 21: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

iii. Lalu, tampalkan sebuah lidi/kawat untuk pegangan kalian nanti.

iv. Sedia menayangkan aksi boneka.

5.0 Proses Apresiasi Boneka

Dengan berpandukan boneka yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilain dan cuba

memikirkan beberapa persoalan-persolan di bawah ini dalam proses membuat boneka.

1. Tajuk dan tema sesuai

Tajuk atau tema perlu berpandukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti boneka lebih sesuai dilaksanakan pada set induksi supaya menarik perhatian

para murid. Murid membawa kepada alam sebenar dan melalui alam tersebut murid

akan membuat kesimpulan dan menjawab soalan guru. Pemilihan tema yang sesuai

berdasarkan hasil pembelajaran. Contohnya: guru bahasa inggeris menceritakan kisah

cindrella. Bagi mengambarkan keadaan lebih terperinci dan membawa watak tersebut

serta menarik perhatian murid ke dalam watak sebenar adalah lebih sesuai aktiviti

boneka. Dalam semua aktiviti pemilihan tema atau tajuk yang sesuai berdasarkan

hasil pembelajaran supaya guru tidak keluar daripada apa yang perkara terkandung

dalam kandungan KBSR atau KSSR.

19

Page 22: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat boneka

Selepas pemilihan tema atau tajuk cerita berdasarkan hasil pembelajaran. Setelah guru

membuat pilihan membuat boneka. Guru mengenalpasti jenis-jenis boneka yang

paling sesuai berdasarkan keadaan dan perjalanan cerita. Guru tidak boleh memilih

pelbagai jenis boneka maka ia akan merungsingkan guru. Stelah memilih jenis boneka

guru perlu mengenalpasti jenis-jenis alat dan bahan yang sesuai bagi menghasilkan

boneka. Misalnya boneka lidi. Boneka lidi lebih sesuai dan senang menghasilkan

daripada boneka yang lain. Boneka lidi boleh diaplikasikan dalam kelas supaya murid

menghasilkan untuk diri sendiri dan membuat persembahan boneka mengikut

kefahaman mereka. Ia dapat menonjolkan atau mencungkil (high order thinking

skills) bagi seseorang murid. Bagi menghasilkan boneka lidi hanya memerlukan lidi,

gambar bagi watak, warna, gunting dan gam.

3. Proses stailisasi, menambaikan agar bersesuai dengan watak

Penghasilan sesuatu boneka perlu bersesuai dengan watak. Guru boleh mengubahsuai

watak dengan masa terkini supaya menarik perhatian murid. Selain itu murid juga

dapat mengeluarkan idea atau kreativiti mereka bagi menghasilkan sebuah boneka

dengan lebih cantik. Guru boleh mengalakkan menggunakan manik atau bahan hiasan

supaya menarik perhatian.

4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut boneka

Pemilihan warna bagi sesuatu watak adalah amat penting. Hal ini kerana ia akan

mempengaruhi murid-murid. Memilih warna yang sesuai berdasarkan watak sebenar.

Contohnya, membuat boneka pokok iaitu batang mestilah warna coklat dan daun

berwana hijau muda atau hijau.

5. Kesesuaian secara keseluruhan

Guru mengenalpasti semua proses dilaksanakan dengan kemas dan tepat. Guru

mengenalpasti cara-cara mempersembahkan aktiviti boneka samada persembahan

pentas. Pemilihan semua alatan dan bahan bergantung kepada watak yang dipilih.

20

Page 23: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

6.0 Maklumat Sorotan (Kajian)

Guru melaksanakan teknik boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan

moral dengan menerangkan nilai-nilai murni baik hati.

Skrip lakonan

Babak 1 : Situasi di sebuah taman di pinggir hutan.

Si Burung : Selamat pagi Sang Arnab.

Sang Arnab : Selamat pagi kawanku Si Burung.

Si Burung : Mengapa kamu kelihatan muram dan sedih Arnab.?

Si Arnab : Aku sedih melihat kebunku yang dirosakkan. Semua tanamanku binasa.

Tiada lagi yang tinggal untuk aku tuai menjelang musim hujan ini. Aku takut

tidak ada bekalan makanan untuk anak- anakku nanti.

Si Burung : Aku tahu ini mesti angkara jiran kita yang sombong Si Beruang Hitam itu.

Dua hari yang lepas aku pernah menegurnya kerana dia membawa anak-

anaknya bermain di pinggir kebun kamu. Tetapi dia memarahi aku.

Si Arnab : Aku pun pernah melihat dia memanjat dan mejenguk ke sarang kamu

Burung. Aku juga menegurnya tetapi aku dilontarnya dengan ranting.

Si Burung : Dia juga pernah mengancam hendak menumbangkan pokok tempat sarangku

ini ketika aku cuba melarang perbuatannya.

Si Arnab : Kita perlu menasihatkan Si Beruang Hitam supaya dia menghormati jiran-

jirannya Burung. Mari kita cari dan cuba berbincang baik – baik dengan dia.

Si Burung : Bagus cadangan kamu Arnab. Mari !

Babak 2 : Situasi di kawasan hutan berhampiran tebing sungai.

Si Beruang Hitam : Tolong ! Tolong ! Tolong ! Aduh, sakitnya !

Si Arnab : Burung ! Kamu dengar tak ada suara meminta tolong.

Si Burung : Ya, aku pun dengar. Sepertinya dia dalam kesakitan. Mari kita lihat

apa yang berlaku di sana.

Si Beruang Hitam : Tolong ! Tolong ! , Kaki aku terkena jerat dan aku tidak dapat

melepaskan diri !

21

Page 24: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Si Burung : Itu Si Beruang Hitamlah, jiran kita yang sombong tu. Kita jangan

pedulikan dia. Biar dia rasakan balasannya jika selalu berbuat tak baik.

Padan muka dia!

Si Arnab : Janganlah begitu Si Burung, kasihan dia. Walaupun dia selalu

menimbulkan masalah tetapi dia tetap jiran kita. Kalau berlaku sesuatu

kepada dia, siapa yang hendak menjaga anak- anaknya ? Mari kita

bantu lepaskan dia daripada jerat ini.

Si Burung : Baiklah Arnab.

Si Beruang Hitam : Terima kasih sahabatku. Mulia sungguh hati kamu berdua kerana

sanggup menolong aku walaupun aku banyak berbuat jahat kepada

kamu berdua.

Si Arnab : Sudah menjadi tanggungjawab kita jika hidup berjiran harus tolong –

menolong Beruang.

Si Beruang Hitam : Aku sungguh malu dengan kamu berdua apabila mengingatkan

perbuatan aku terhadap kamu selama ini. Aku minta maaf banyak-

banyak ya. Aku harap kamu berdua sudi memaafkan aku.

Si Burung : Kami maafkan kamu asalkan kamu mahu berubah menjadi baik.

Si Beruang Hitam : Aku janji mulai hari ini akan jadi jiran yang baik pada kamu berdua

dan sentiasa menghormati kawan- kawan kita yang lain juga.

Si Arnab : Sudahlah tu, kita lupakan semua yang telah berlaku. Seperti kata

pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Mulai hari ini kita

mulakan hidup baru.

Si Burung : Aku setuju. Jom kita balik nanti anak- anak mencari kita pula.

Si Beruang Hitam : Mari kawan- kawan.

22

Page 25: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Watak – watak dalam lakonan Pertolongan Jiran :

Si Beruang Hitam

Si Arnab

Si Burung

23

Page 26: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Pentas Persembahan

Latar belakang pentas

Pemandangan keseluruhan

pentas

Bahagian dalam pentas

24

Page 27: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

Cara boneka dimasukkan ke dalam pentas

25

Page 28: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

7.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, tugasan ini amat menyeronokkan dan mencabar kreativiti guru.

Tugasan membina dan membentuk ini memerlukan setiap kumpulan untuk mereka cipta dan

menghasilkan reka bentuk berdasarkan tema yang dipilih. Pengalaman ini menambah ilmu

guru yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa

hadapan. Melalui tugasan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan guru pelatih tentang

bidang membuat dan membina dalam seni visual. Hasil karya ini boleh dijadikan sebagai

bahan bantu mengajar di sekolah. Melalui tugasan ini, guru pelatih mampu mencorak dan

mereka cipta sesebuah karya rekaan sendiri.

Di prasekolah, bidang kegiatan ini dapat menegaskan perkembangan persepsi murid-

muird terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Berpandukan aspek tesebut murid-murid dapat memahami lebih jelas bila mereka

membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membina juga

mendedahkan murid-murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.

Ini memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan

semasa menjalankan proses penghasilan seni. Kegiatan membentuk dan membina ini dapat

memberi peluang kepada murid-murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan

ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini

boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

26

Page 29: boneka (2)

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

8.0 Rujukan

Azman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Khairuddin Mohamad (2011). Literasi Bahasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti hajar Abd. Aziz. (1996). Permainan bahasa untuk sekolah rendah dan menengah. Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mat Nor Hussin, & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1998). Alat Bantu Mengajar dalam pengajaran

bahasa. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Mohd Zairi Husain (2011), HBAE 2203 Membentuk dan Membuat Binaan, Open University

Malaysia.

http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah

http://id.wikipedia.org/wiki/Boneka

http://ctdollartists.com/history.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka