boneka kerja kumpulan

18
SENI BONEKA DISEDIAKAN OLEH: Ramli Bin Hj Abdul Hamid Mohd Fauzi Bin Che Li Abdul Rashid Bin Sarip Mohd Taib Bin Mhamed Osman Bin Achil

Upload: fauzi

Post on 21-Jun-2015

873 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Boneka Kerja Kumpulan

SENI BONEKADISEDIAKAN OLEH:

Ramli Bin Hj Abdul HamidMohd Fauzi Bin Che LiAbdul Rashid Bin SaripMohd Taib Bin Mhamed

Osman Bin Achil

Page 2: Boneka Kerja Kumpulan

DEFINISI BONEKA

• Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.

• Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain

• Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

Page 3: Boneka Kerja Kumpulan

• Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan.

• Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

• Kesannya cukup baik ke arah:– Pendedahan komunikasi– Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita– Merangsang daya imaginasi

• Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.

Page 4: Boneka Kerja Kumpulan

JENIS BONEKA

• Boneka sarung tangan

Page 5: Boneka Kerja Kumpulan

• Boneka tongkat

Page 6: Boneka Kerja Kumpulan

• Boneka jari

Page 7: Boneka Kerja Kumpulan

• Wayang kulit

Page 8: Boneka Kerja Kumpulan

• Boneka mobail

Page 9: Boneka Kerja Kumpulan

PENGGUNAAN SENI BONEKA DALAM KURIKULUM

CONTOH AKTIVITI :

Judul Cerita : Pemuliharaan Alam Sekitar

Nilai : Cintakan alam sekitar, bekerjasama

Objektif : Kanak-kanak dapat

i) mengenal monyet dan dinosaur

ii) menyenaraikan cara-cara memelihara alam

sekitar.

Page 10: Boneka Kerja Kumpulan

Pada suatu petang yang indah, Wak Dino (puppet dinosaur) berkunjung ke tempat tinggal Pak Cipan (puppet cimpanzi). Mereka berbual-bual :

• Wak Dino : Assalamua’laikum ……. Pak Cipan !

• Pak Cipan : Waa’laikummussalam ! Oh Wak Dino rupanya yang datang. Jemputlah masuk, maaflah ye, bersepah sikit rumah saya ni.

• Wak Dino : Eh, tak apa Pak Cipan, biasalah begitu ! Rumah saya pun begitu juga, maklumlah ramai anak cucu… Pak Cipan apa

khabar ? Saya dengar baru ni pergi ke Kuala Lumpur ?

• Pak Cipan : A a’ .... memang betul tu !

• Wak Dino : Ah hah... apa ke halnya awak ke KL tu ?

• Pak Cipan : Sebenarnya saya menjadi wakil kampung Pisang ni ke ’Karnival Selamatkan Bumi Kita’ yang diadakan di Stadium Bukit Jalil Shah Alam.

• Wak Dino : Hebat tu ! Tapi apa ceritanya nak selamatkan bumi ni ? Bumi kita ni dah nak meletup ke ?

Page 11: Boneka Kerja Kumpulan

• Pak Cipan : Tak lah macam tu Wak Dino. Itulah Wak Dino ni asyik tidur saja, berita malas baca, pengetahuan pun kuranglah.

Sekarang ini bumi kita sedang diambang kemusnahan disebabkan perbuatan tangan-tangan penghuninya yang rakus....

• Wak Dino : Oooooohhhh.... itu aku faham, maksudnya banyak hutan telah musnah, sungai tercemar, pelbagai jenis spesis

haiwan telah pupus, ozun dah menipis dan berbagai-bagai kemusnahan lagi terus berlaku !

• Pak Cipan : Ha.. tahu tak apa !

• Wak Dino : Tapi apa yang kita boleh buat ?

Page 12: Boneka Kerja Kumpulan

• Pak Cipan : Ye lah, kalau kita seekor memang tak boleh buat apa-apa. Itu sebabnya kita perlu berkempen kepada semua penduduk negara kita supaya sama-sama memelihara

bumi kita dengan cara tidak memudaratkan bumi dengan sampah sarap, buangan tioksid tanpa kawalan. Mengurangkan

pelepasan asap secara terbuka. Paling penting jangan musnahkan habitat kita. Ini hutan kita, tempat tinggal kita.

• Wak Dino : Oh ya… kalau begitu akau fahamlah. Aku pun sokong segala usaha kau ni.

• Pak Cipan : Ha..ha..ha... baguslah kalau macam tu, sambil-sambil tu minumlah air tu, cucur pisang pun ada. Maklumlah tinggal di kampong Pisang yang aman damai ni.

Pak Cipan dan Wak Dino pun sama-sama menikmati juadah yang disediakan oleh Mak Cipan. Mereka sungguh gembira dan bahagia tinggal di Kampong Pisang yang aman damai itu. Semoga Kampong Pisang terus kekal sampai bila-bila.

Page 13: Boneka Kerja Kumpulan

Pemilihan cerita

• Contoh cerita : pemuliharaan alam sekitar, kehidupan,

keadaan semasa dll

• 2 pilihan :

a) Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip

kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam

cerita

b) Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan

watak dalam cerita

PROSES DAN PERALATAN

Page 14: Boneka Kerja Kumpulan

Skrip

- tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanak-kanak.

- skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita.

Pencerita

- Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka.

- Dialog ditutur selaras dengan gerak laku.

- Menggunakan pelbagai variasi suara.

- Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam menggeraklakonkan boneka.

Page 15: Boneka Kerja Kumpulan

• Membina boneka mudah– Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis

bahan.– Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh

dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak.

– Cth: Boneka beg kertas

Page 16: Boneka Kerja Kumpulan

• Alat dan bahan:– Gunting– Kertas berwarna– Gam kanji– Cat air atau krayon– Dawai kokot– Dua beg kertas– Pita selofan– Rot kayu– Kertas tisu lembut

Page 17: Boneka Kerja Kumpulan

• Cara membuat:1. Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan

lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.

2. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg kertas tersebut.

3. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka.

4. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut.

5. Warnakan muka dengan menggunakan cat air6. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca.

Page 18: Boneka Kerja Kumpulan

• Pentas– Terdapat dua kategori pentas iaitu:

• Pentas– Pentas kerusi– Pentas meja– Pentas tingkap– Pentas pintu– Pentas lipat– OHP

• Tiada pentas– Pencerita dalam keadaan duduk– Pencerita dalam keadaan berdiri– Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti

bercerita