boneka lidi

Download boneka lidi

Post on 04-Oct-2015

41 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

boneka lidi

TRANSCRIPT

PSV 3073E PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR1.0 PENGENALANMata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.Membentuk dan membuat binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KSSR. Bidang inimengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini kita dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung dan paper mache.Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti membuat boneka berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan membuat boneka kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek sosial, fizikal dan emosi.Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti membuat boneka menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil karya.Penganjuran aktiviti boneka yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pacaindera dan deria. Proses membuat boneka juga menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti membuat boneka memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Proses ini memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran ini juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.Membuat boneka juga dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan dan hasil 3D. Kanak-kanak terlalu unik sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Selain itu, penghasilan boneka juga meningkatkan kemahiran motor halus para murid. Apabila murid-murid sedang menghasilkan boneka, mereka menggunkan motor halus mereka dengan tahap maximum; contohnya semasa melukis, menggunting, menggunting ikut bentuk dan sebagainya. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran motor halus para murid dalam kelas seni. Secara kesimpulan, guru boleh meningkatkan perkembangan psikomotor, motor halus,kemahiran intelek dan kemahiran sosial dan komunikasi para murid dalam kelas seni terutama sekali aktiviti yang melibatkan bidang membentuk dan membuat binaan contohnya boneka lidi.

2.0 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH KBSR/KSSRSukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:-a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

3.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN3.1Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Bagi aktiviti boneka lidi, dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH), guru menanya para murid tentang pengetahuan mereka tentang boneka. Murid akan membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing tentang boneka.3.2Soal jawabTeknik ini pula merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Dalam RPH, guru bersoal jawab dengan para murid semasa menjalankan set induksi di mana guru bersoal jawab tentang boneka, tentang beruang dan pengalaman sedia ada.

3.3Tunjuk caraTunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Dalam RPH, guru telah menunjuk cara membuat boneka lidi dalam langkah kedua dan guru juga telah menerangkan maksud tunjuk cara dengan teliti kepada para murid.4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL (KSSR)Mata Pelajaran : Pendidikan Seni VisualTahun : 4 CempakaBilangan Murid : 21 orangTarikh : 16 Mei 2014Masa : 8.30 - 9.30 pagiBidang : Membentuk dan Membuat BinaanTema : FloraTajuk : BeruangAktiviti : Boneka LidiEMK : Kreativiti dan inovasi, keusahawanan, nilai murniBBM : Gambar beruang, contoh-contoh boneka lidi.Alat : Pen, pensel, pembaris, gunting, pisau, gunting, pita pelekat.Bahan :,Gam UHU, eva foam, kain felt, lidi, dan alat-alat perhiasan.STANDARD KANDUNGAN1.