refleksi-pjm-3110

4
REFLEKSI PJM 3103E Alhamdulillah dengan ini saya telah selesai menyiapkan tugasan kerja khusus PJM 3103E . Melalui tugasan ini saya telah belajar pelbagai perkara baru, saya telah belajar bagaimana ingin merangka sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Antara kekuatan yang telah saya kenal pasti iaitu saya telah memperbaiki cara saya menulis RPH PJ untuk pengajaran PJ yang betul untuk diaplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah . Saya juga telah belajar bagaimana untuk merangka sebuah pengajaran yang berkesan untuk murid-murid saya dan seterusnya dapat menjana kecergasan fizikal mereka . Kebiasaanya murid-murid lebih cenderung untuk bermain dan bergerak secara aktif jika diberikan satu permainan yang seronok dan mencabar. Saya telah menjalankan pengajaran mikro Pusat Aktiviti Pelajar IPG dan saya juga adalah kumpulan yang terakhir diberi peluang untuk menyampaikan pengajaran mikro.Kami dapati bahawa kekuatan yang terdapat dalam pengajaran mikro kami ialah kami mempunyai kawalan kelas yang baik dan arahan yang kami berikan jelas dan tepat. Hal ini dapat dilihat walaupun rakan-rakan lain membuat bising dan berlakon seperti kanak-kanak yang meragam namun kami dapat mengendalikan dengan baik. Seterusnya kami juga mempunyai permainan yang mampu menarik minat pelajar iaitu permainan kemahiran lambung dan menangkap bola yang kami ambil dari tajuk KSSR Tahun 2 Pendidikan Jasmani .

Upload: kobri-umi

Post on 11-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

student work

TRANSCRIPT

REFLEKSI PJM 3103E Alhamdulillah dengan ini saya telah selesai menyiapkan tugasan kerja khusus PJM 3103E . Melalui tugasan ini saya telah belajar pelbagai perkara baru, saya telah belajar bagaimana ingin merangka sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Antara kekuatan yang telah saya kenal pasti iaitu saya telah memperbaiki cara saya menulis RPH PJ untuk pengajaran PJ yang betul untuk diaplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah . Saya juga telah belajar bagaimana untuk merangka sebuah pengajaran yang berkesan untuk murid-murid saya dan seterusnya dapat menjana kecergasan fizikal mereka . Kebiasaanya murid-murid lebih cenderung untuk bermain dan bergerak secara aktif jika diberikan satu permainan yang seronok dan mencabar. Saya telah menjalankan pengajaran mikro Pusat Aktiviti Pelajar IPG dan saya juga adalah kumpulan yang terakhir diberi peluang untuk menyampaikan pengajaran mikro.Kami dapati bahawa kekuatan yang terdapat dalam pengajaran mikro kami ialah kami mempunyai kawalan kelas yang baik dan arahan yang kami berikan jelas dan tepat. Hal ini dapat dilihat walaupun rakan-rakan lain membuat bising dan berlakon seperti kanak-kanak yang meragam namun kami dapat mengendalikan dengan baik. Seterusnya kami juga mempunyai permainan yang mampu menarik minat pelajar iaitu permainan kemahiran lambung dan menangkap bola yang kami ambil dari tajuk KSSR Tahun 2 Pendidikan Jasmani .Namun begitu , sesi pengajaran mikro kami terdapat banyak kelemahan iaitu kami telah membuat variasi permainan yang kurang mencabar bagi murid-murid . Akibatnya murid-murid mudah berasa bosan apabila lama bermain permainan itu . Di samping itu juga kami juga tidak peka akan waktu dan mengambil masa berlebihan untuk menamatkan sesi P&P . Antara jalan untuk mengatasinya adalah dengan membuat persediaan yang rapi dengan memikirkan secara kreatif untuk membuat variasi permainan dalam P&P saya . Saya juga perlu mengatur dan merangka dengan teliti masa yang perlu diambil bagi setiap fasa di dalam P&P saya kelak agar P&P saya menepati waktu sepertimana yang telah ditetapkan . Jelaslah tugasan ini telah membantu saya menjadi seorang guru PJ yang mampu merangka RPH yang baik dan lengkap dan juga mempersiapkan fizikal , mental dan spiritual saya untuk menerima dan bertindak dengan sewajarnya apa-apa kemungkinan yang berlaku disepanjang P&P saya kelak .Sebagai persediaan untuk aktiviti sebenar di sekolah saya perlu membuat beberapa persediaan iaitu:Sebelum:Sebelum saya menyediakan Rancangan Pengajaran harian ini, saya menghadapi pelbagai masalah. Antaranya ialah kesuntukan masa, hal ini disebabkan masa yang diperuntukkan untuk RPH adalah selama 30 minit. Demi memenuhi kehendak kerja kursus, saya telah mengurangkan beberapa langkah dalam RPH serta memendekkan masa bagi setiap langkah. Saya berasa risau tentang pencapaian pelaksanaan RPH saya. Bagi memastikan masalah kesuntukan masa, saya akan meminta murid-murid saya bersedia 10 minit lebih awal daripada biasa untuk berkumpul di padang pada keesokan hari dengan kelengkapan pakaian yang sesuai.Semasa:Saya berasa gembira kerana rakan-rakan dapat mengikut arahan saya, dimana mereka telah bersedia di padang 10 minit lebih daripada biasa. Saya mulakan P&P berlandaskan RPH yang telah saya sediakan. Semasa pelaksanaan P&P saya menghadapi masalah penyusunan kedudukan peralatan bagi setiap langkah yang dirancang memandangkan masa tidak mengizinkan. Walaupun demikian, saya telah mengambil langkah mengarah murid membantu saya untuk menyusun kedudukan peralatan bagi aktiviti-aktiviti P&P. Untuk mengalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktifdalam aktiviti, saya telahmemberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti tanpa pengawasan secarakhusus.

Selepas:Selepas P&P dilaksanakan objektif P&P telah tercapai, kerana hampir semua murid dapat melakukan lompatan jauh berdiri dengan perlakuan yang betul dalam keadaan yang selamat. Murid-murid berasa seronok dan memperolehi kepuasan ekoran daripada maklumbalas daripada pensyarah En Hj Zamri B Mohd Ali secara lisan serta pengamatan saya semasa aktiviti-aktivit P&P dijalankan. Akhirnya saya berpendapat bahawa faktor masa bukanlah penghalang bagi pelaksanaan P&P terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengubahsuaian yang kreatif dan kritis dalam RPH dapat mengatasi masalah tersebut.Terima kasih kepada rakan saya Johar B Jamal yang telah sama-sama bersusah payah menyempurnakan tugasan ini serta rakan-rakan yang bertugas sebagai murid-murid.Buat pensyarah saya En Zamri B Mohd Ali ,teriama kasih daun keladi yang tidak terhingga dengan bantuan beliau maka tugasan ini akan berjaya dan memberikan saya pengetahuan yang berguna di sekolah saya kelak.InsyaAllah.