modul pjm 3110

43
- 1 - Kod & Nama Kursus: PJM 3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. a. Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam 1 Sejarah dan perkembangan PJ 1.1 PJ di zaman purba, 1.2 PJ di zaman renaisance, 1.3 PJ di zaman moden; 1.4 PJ di Malaysia 2 2 2 Konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum 2.1 Konsep dan definisi PJ 2.2 Falsafah Pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan PJ 1 2 2.3 PJ untuk semua 1 3 Kepentingan PJ 3.1 Pertumbuhan dan perkembangan fizikal 3.2 Perkembangan mental 3.3 Perkembangan emosi 3.4 Perkembangan sosial 4 4 4 Huraian dan tafsiran sukatan pelajaran PJ KBSR 4.1 Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam PJ 4.2 Tunjang pembelajaran PJ 4 4 5 Kriteria pemilihan aktiviti PJ 5.1 Infrastruktur dan tenaga pengajar 5.2 Perkembangan murid 5.3 Peralatan dan kemudahan 5.4 Persekitaran budaya dan tempat 4 4 6 Persediaan pengajaran dan pembelajaran PJ 6.1 Rancangan kerja tahunan dan semester 6.2 Rancangan kerja mingguan 6.3 Rancangan kerja harian 8 8 7 Strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PJ 7.1 Teknik 7.2 Kaedah 7.3 Strategi 4 4 8 Pentaksiran dalam PJ 8.1 Pembentukan folio dan persekitarannya 2 2 JUMLAH 15 15 30

Upload: cikgusitihaslinda

Post on 27-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pjm 3110

- 1 -

Kod & Nama Kursus: PJM 3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. a. Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma

Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

1 Sejarah dan perkembangan PJ 1.1 PJ di zaman purba, 1.2 PJ di zaman renaisance, 1.3 PJ di zaman moden; 1.4 PJ di Malaysia

2 2

2 Konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum 2.1 Konsep dan definisi PJ 2.2 Falsafah Pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan PJ

1

2

2.3 PJ untuk semua 1

3 Kepentingan PJ 3.1 Pertumbuhan dan perkembangan fizikal 3.2 Perkembangan mental 3.3 Perkembangan emosi 3.4 Perkembangan sosial

4 4

4 Huraian dan tafsiran sukatan pelajaran PJ KBSR 4.1 Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam PJ 4.2 Tunjang pembelajaran PJ

4 4

5 Kriteria pemilihan aktiviti PJ 5.1 Infrastruktur dan tenaga pengajar 5.2 Perkembangan murid 5.3 Peralatan dan kemudahan 5.4 Persekitaran budaya dan tempat

4 4

6 Persediaan pengajaran dan pembelajaran PJ 6.1 Rancangan kerja tahunan dan semester 6.2 Rancangan kerja mingguan 6.3 Rancangan kerja harian

8 8

7 Strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PJ 7.1 Teknik 7.2 Kaedah 7.3 Strategi

4 4

8 Pentaksiran dalam PJ 8.1 Pembentukan folio dan persekitarannya 2 2

JUMLAH 15 15 30

Page 2: Modul Pjm 3110

- 2 -

b. Agihan Tajuk Amali Mengikut Kursus Proforma

Bil. Tajuk/Topik Amali (jam)

Jum. Jam

1 Strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PJ 1.1 Teknik 1.2 Kaedah 1.3 Strategi

4 4

2 Pengajaran mikro 2.1 Pelaksanaan pengajaran mikro 2.2 Penilaian dan analisis pengajaran mikro

20 20

3 Pentaksiran dalam PJ 3.1 Ujian kecergasan fizikal 3.2 Spesifikasi ujian kemahiran

6 6

JUMLAH 30 30

JUMLAH KESELURUHAN (a + b) 60

Page 3: Modul Pjm 3110

- 3 -

TAJUK 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan

kurikulum PJ di zaman purba, zaman renaisanse, zaman moden dan

perkembangan PJ di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat mengetahui sejarah PJ dari zaman purba, zaman

renaisanse, zaman moden dan perkembangan PJ di Malaysia.

2. Pelajar mampu menyatakan fakta-fakta penting mengenai sejarah PJ

melalui setiap zaman.

3. Pelajar mampu membuat perbandingan PJ di zaman sebelumnya dengan

PJ pada masa kini.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN PURBA

Manusia semasa zaman purba hidup secara nomad iaitu berpindah

randah.Kegiatan seharian memerlukan kecergasan yang tinggi, untuk terus

hidup mereka perlu bergerak untuk mencari makanan dan memburu, setiap

kejayaan yang dicapai dalam usaha akan di raikan dengan berpesta

SEJARAH PJ

ZAMAN PURBA

ZAMAN RENAISANCEE

ZAMAN MODEN

PJ DI MALAYSIA

Page 4: Modul Pjm 3110

- 4 -

Zaman neolitik – berlakunya revolusi pertanian yang membawa kepada

perubahan gaya hidup primitif. Zaman pembangunan dalam bidang pertanian,

manusia tidak perlu berpindah randah, manusia mula mengamalkan gaya hidup

sedentari dan manusia mula mengurangkan aktiviti kecergasan.

Ketika ini di negeri China manusia digalakan melibatkan diri dalam aktviti

kecergasan seperti seni bela diri untuk tujuan menyihatkan badan. Selain

daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga diperkenalkan seperti

tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda.

Di India pula satu kaedah senaman dicipta iaitu Yoga yang dipercayai

dapat membawa panyatuan kepada tubuh, akal dan roh manusia serta

merapatkan manusia dengan alam. Manakala pemerintahan di Timur tengah

seperti Parsi, Egypt, Babylon dan Syria juga mementingkan kecergasan untuk

tujuan ketenteraan. Kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti saperti

berkuda, memanah, memburu, berkawad dan membaling lembing untuktujuan

membina kekuatan dan kecergasan dan bukan untuk kesihatan.

Di Greece pula masyarakat Yunani amat mementingkan kecergasan fizikal,

kota-kota yang terkenal semasa itu ialah seperti Athens dan Sparta. Kedua-dua

kota ini mempunyai objektif tersendiri. Di Sparta objektif Pendidikan Jasmani

bertumpu pada pembinaan tubuh badan untuk pembentukkan tentera yang kuat.

Manakala di Athens objektif Pendidikan Jasmani bertumpu kepada kesihatan

dan apresiasi nilai estetika untuk terus hidup lebih aktif

1.2 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN RENAISANCE

Masyarakat zaman ini masing-masing mempunyai fahaman yang berbeza-

beza terhadap Pendidikan Jasmani. Berikut merupakan golongan yang amat

mempengaruhi pandangan tentang Pendidikan Jasmani pada masa itu.

Golongan Humanistik mendapati terdapat nilai pendidikan dalam Pendidikan

Jasmani. Aktiviti fizikal yang diberi tumpuan ialah seperti memanah, berenang,

berlari dan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bola.

Golongan Moralis berpendapat penglibatan dalam aktiviti merupakan

sebahagian daripada menjalankan kerja sahaja manakala masyarakat katolik di

Eropah berpendapat aktiviti fizikal sebagai saluran untuk menyatukan roh.

Golongan Realisma, masyarakat ini banyak menyokong dan berpandangan

positif terhadap Pendidikan Jasmani. Mereka menyeru otak yang cerdas

dilahirkan dalam badan yang cergas dan sihat.

Page 5: Modul Pjm 3110

- 5 -

1.3 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN MODEN

Pada akhir abad ke18 dan permulaan abad ke19 apabila kemahiran

ketenteraan berkurangan sukan, permainan dan rekreasi memainkan peranan

penting dalam kehidupan masyarakat.Bertitik tolak dari situlah wujudnya

pelbagai permainan saperti badminton, tenis, bola sepak, hoki, ragbi,bola

keranjang,bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi. Disamping itu pada ketika ini

pelbagai kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk mengembang dan

membawa perubahan dalam bidang sukan dan program Pendidikan Jasmani.

Atas usaha penyelidik-penyelidik untuk membuktikan terdapatnya asas sains

dalam bidang sukan wujudnya bidang-bidang seperti:

Antropometrik – kajian tentang bentuk dan susuk badan

Fisiologi – kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh

Biomekanik- kajian memahami bagaimana manusia bergerak

Psikologi sukan- kajian tentang tingkah laku manusia dalam bidang sukan

PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Pendidikan Jasmani di Malaysia dapat dibahagi kepada empat peringkat

iaitu:

1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British

2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British

3. Pendidikan Jasmani sebelum Merdeka

4. Pendidikan Jasmani selepas Merdeka

1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British

Sebelum kedatangan British tidak terdapat sistem pendidikan yang

teratur. Kelas-kelas dijalankan secara tidak formal dan tidak terdapat

objektif yang jelas dalam penyampaian. Pendidikan pada masa ini lebih

tertumpu kepada sistem pengajian pondok dan sebagainya. Pendidikan

jasmani lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti untuk survival seperti belajar

seni bela diri, bercucuk tanam dan pertukangan.

2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British

Sejak kedatangan penjajah British banyak perubahan telah dibawa

masuk terutamanya oleh mubaligh-mubaligh kristian. Perubahan-perubahan

yang dibawa masuk banyak tertumpu di negeri-negeri selat. Banyak

Page 6: Modul Pjm 3110

- 6 -

sekolah di buka dan diurus oleh golongan mubaligh dan syarikat-syarikat

British. Mereka telahmemperkenalkan satu sistem pendidikan yang

terdapat banyak pengaruh barat dalam sistem tersebut.

Ketika itu Pendidikan Jasmani di ajar sebagai mata pelajaran sampingan

dan digelar sebagai latihan jasmani di sekolah-sekolah melayu. Mata

pelajaran ini diajar dari darjah satu hingga darjah empat dan kurikulum

latihan jasmani ini adalah terhad. Ini adalah disebabkan kerajaan British

kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran ini.

3. Pendidikan Jasmani Sebelum Merdeka

Pendidikan Jasmani pada era ini telah mula menekankan aspek

kepentingan latihan fizikal lalu dilaksanakan usaha menggubal sukatan

pelajaran bagi Pendidikan Jasmani. Sukatan yang digubal dipengaruhi oleh

sukatan daripada sekolah-sekolah di England. Hasilnya pada tahun 1946,

Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal

sukatan Pendidikan Jasmani. Lanjutan daripada usaha ini, guru-guru

tempatan telah dihantar mendalami ilmu perguruan di luar negara iaitu di

Kirby dan Brinsford untuk diberi pendedahan bagi bidang Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan.

4. Pendidikan jasmani Selepas Merdeka

Pada tahun 1950-an, Maktab Perguruan Sultan Idris telah diberi

kepercayaan untuk membuat semakan dan penyesuaian semula terhadap

sukatan mata pelajaran Pendidikan jasmani. Tahun 1960, Maktab

Perguruan Ilmu Khas telah memperkenalkan kursus tambahan setahun

dalam bidang Pendidikan Jasmani. Tahun 1971, sukatan Pendidikan

Jasmani mula dibuat semakan semula dan hasilnya sukatan ini dikeluarkan

dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahagian

Perkembangan Kurikulum (BPK) telah menggabungkan Pendidikan Jasmani

dengan Pendidikan Kesihatan bermula pada tahun 1992 dan dijadikan

sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

SOALAN 1 : Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul bahan maklumat daripada bahan bacaan. Buat perbandingan objektif-objektif sejarah Pendidikan Jasmani pada zaman purba, renaissance, moden dan di Malaysia.

Page 7: Modul Pjm 3110

- 7 -

TAJUK 2 KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada konsep,

teori dan falsafah pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani (PJ) dan

hubungkaitnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat mengetahui konsep, teori dan falsafah pembentukan

kurikulum.

2. Pelajar mampu menghubungkaitkan kepentingan PJ dengan aktiviti

harian menjurus kepada gaya hidup sihat dan cergas.

3. Pelajar mampu merealisasikan Dasar Sukan Negara dalam komponen

sukan untuk semua.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani

Brownnell dan Hagmen (1951)

PJ sebagai ke semua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar

yang menggalakkan kepada perkembangan dan tumbesaran yang optima.

PEMBENTUKAN KURIKULUM

KONSEP, TEORI, FALSAFAH

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR SUKAN NEGARA

Page 8: Modul Pjm 3110

- 8 -

Nixon dan Cozens (1952)

PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan

dengan aktiviti-aktiviti cergas melibatkan system otot-rangka dan

pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Wayman (1958)

PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan

pembentukan dan latihan individu yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti

fizikal.

Jenny (1961)

Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal

Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.

Barrow (1971)

Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (The

Total Educational Experience).

Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan

proses pendidikan seluruhan dan berkait rapat dengan hal seumur hidup

setiap individu.

Baley dan Field (1976)

Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organic,

neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil

daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih.

Jewett and Nixon ( 1980).

Physical education is most appropriately defined as that phase of the total

process of education that is concerned with the development and utilization of

the individual’s voluntary, purposeful, movement capabilities, and with directly

related mental, emotional and social responses.

Kesimpulannya, pendidikan jasmani merupakan sebahagian dari fasa pendidikan

am yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan individu

pelajar secara menyeluruh dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui

Page 9: Modul Pjm 3110

- 9 -

penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pergerakan dan perlakuan jasmani secara

terancang. Secara ringkasnya, pendidikan jasmani ialah pendidikan dari dan melalui

aktiviti-aktiviti fizikal.

Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani

Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective)

- Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk

perkembangan mental dan sosial (Jenny,1961).

Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development objective)

- Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran

dan kawalan motor yang baik.

Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and human

relation objective)

- Kewarganegaraan yang berkesan dan kecekapan

kemasyarakatan.

Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psycho-emosional

objective)

- Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti

fizikal dan amalan kecerdasan.

Tujuan (aims) Pendidikan Jasmani

“The aim of organized physical education programs is to created an environment that

stimulates selected movement experiences, resulting in desirable responses that

contribute to the optimal development of the individual’s potentialities in all phases of

life.”

Untuk melatih minda

Untuk membentuk intelek seseorang

“untuk menguasai pengetahuan prescribed bodies of knowledge”

Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin

Untuk membentuk sikap yang positif

Page 10: Modul Pjm 3110

- 10 -

Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam ahli

persatuan yang dinamik

Untuk membentuk kuasa yang rasional

Untuk membentuk kebolehan berfikir

“to develop the capacity to make wise decisions in order to become an

effective citizen in the democratic processes upon which the free country

depends”

Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan

Objektif Pendidikan Jasmani

Dari segi Jasmani :

Memberi perhatian kepada usaha membentuk satu sistem organ yang sihat

melalui kegiatan-kegiatan jasmani yang cergas khususnya untuk membina

kekuatan otot saraf, daya tahan otot saraf dan daya tahan kardiovaskular.

Penglibatan dan penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan

meningkatkan tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi

terhadap peningkatan taraf kesihatan seseorang.

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

Dari segi Psikomotor :

Membentuk suatu sistem saraf yang cekap. Kecekapan motor perlu untuk

membantu usaha bagi menguasai kemahiran motor asas, koordinasi dan

kawalan motor yang baik.Perkembangan aspek ini penting untuk melakukan

tugas-tugas harian dengan lebih cekap lagi.

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut

kemampuan diri

Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan Emosi

Melalui PJ kita dapat membentuk sikap, sahsiah dan tingkahlaku sosial yang

diingini. Individu dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam masyarakat

Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama, semangat

kesukanan, berdikari, kepimpinan dan disiplin diri.

Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi, sabar, timbang rasa

di samping melatih mengawal emosi diri.

Page 11: Modul Pjm 3110

- 11 -

Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan dan

ketegangan yang dialami dalam kalangan masyarakat.

Dari segi Perkembangan Mental

Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan

membuat keputusan dan tindakan yang wajar.

Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang

berkaitan berasaskan prinsip sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks

pelajaran PJ.

Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

pelbagai kegiatan fizikal.

Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani

Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran,

kandungan struktur suatu bidang yang menjurus kepada satu-satu bidang.

Dengan kata lain, kurikulum adalah rancangan yang terususun, terancang

dan besifat berterusan.

Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah

pendidikan, matlamat dan objektif bagi satu-satu bidang pendidikan.

Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan

pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini bersesuaian dengan kenyataan Rosalind

Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam bidang

Pendidikan Jasmani di Mill College, Califonia. Beliau melihat Pendidikan

Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada

pendidikan kepada murid. Beliau juga turut mengubah persepsi mengenai

Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi

sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.Model yang

boleh dikaitkan dalam pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah

model pembangunan (development model). Model ini merupakan model yang

terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan

pembelajaran di abad ke 20.

Dalam tahun 1910, Clark Herington yang juga dikenali sebagai bapa

Pendidikan Jasmani moden, mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani kepada

empat fasa utama iaitu:

Pendidikan Organik (Organic Education)

Page 12: Modul Pjm 3110

- 12 -

Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-

aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu

melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.

Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education)

Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan

pergerakanfizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang

seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta

mengekalkan nilai estetika pergerakan.

Pendidikan Karektor (Character Education)

Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat

danpengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat.

Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)

Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri

dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan

peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat .

Matlamat

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Rendah

dan Menengah 1999 ( pengaruhdaripada Herington) dalam matlamat dan

objektif Pendidikan Jasmani di Negara kita.

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Objektif

Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia:

Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan

perlakuan motor

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut

kemampuan diri

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

pelbagai kegiatan fizikal

Membentuk sahsiah dan disiplin diri

Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Page 13: Modul Pjm 3110

- 13 -

Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu

untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dan berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha di atas adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti Pendidikan

Jasmani ialah meningkat dan membangunkan keupayaan murid dari aspek

psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui aktiviti Pendidikan Jasmani secara

amnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui:

Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti bekerjasama,

bertolak ansur, sabar, saling hormat-menghormati dan sebagainya.

Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran,

Kefahaman, pertambahan pengetahuan dan pengalaman dan sebagainya

Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti

yakin kepada diri, taat setia, bertanggungjawab, memiliki nilai tentang

kemasyarakatan dan sebagainya.(Teng Bon Tong, 2001)

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah adalah:

Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid.

Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.

Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan

tempat beraktiviti.

Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.

Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.

Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh

memperbaiki dan mempengahruhi gaya hidup.

Semua ini mempunyai pertalian rapat dan Pendidikan Jasmani boleh

diibaratkan sebagai agen pemangkin ke arah memenuhi hasrat PPK yang

bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang dari aspek JERI.

Page 14: Modul Pjm 3110

- 14 -

Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat

sekolah rendah menekankan aspek-apek penggabungjalinan, pengayaan dan

penilaian.

Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh

dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar

yang sesuai dengan kebolehan murid.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada

pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat

merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi,

dan kemahiran berfikir.

Konsep Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga

dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang

terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada

matapelajaran yang lain.

Konsep Pengayaan

Program pengayaan perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan latarbelakang murid yang

ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan, keupayaan, bakat, dan

minat.

Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-beza

untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan,

dan bahanbahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai

kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal

daripada jangka masa yang ditentukan.

Page 15: Modul Pjm 3110

- 15 -

Konsep Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang

berguna bagi membantu guru menentukan pencapaian sesuatu objektif

pengajaran atau pembelajaran.

Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Proses penilaian yang berterusan akan dapat membantu guru mengenalpasti

jenis tindakan susulan yang perlu diambil kepada seseorang murid, sama ada

untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

Melalui penilaian ini, guru seterusnya akan mudah memilih jenis aktiviti

pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.

Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap kelemahan dan

pencapaian murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan

pembelajaran terkumpul pada aras yang lebih tinggi.

GAYA HIDUP SIHAT

Definisi Gaya Hidup Sihat

Amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan

tabiat yang memudaratkan kesihatan

Boleh juga ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak

positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.

Gaya hidup sihat

Amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan

dan kesejahteraan diri. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan

kesejahteraan diri, perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari seperti

mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan, dan

penjagaan kesihatan yang sempurna.

Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal

demikian, disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin

kesihatan diri. Senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dan masa

yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. Antara

Page 16: Modul Pjm 3110

- 16 -

faedah yang kita dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas,

dapat mengawal berat badan, membina stamina dan kekuatan, menguatkan

kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan

fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan

sendi, mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya.

Dalam melakukan senaman, ianya boleh dilakukan secara bersendirian,

bersama keluarga atau kawan-kawan. Dalam hal ini, hendaklah sentiasa

melakukan senaman bagi mengekalkan tahap kesihatan. Terdapat pelbagai

jenis senaman yang boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau

berkumpulan. Antara jenis senaman ialah berjalan kaki, lompat tali,

berbasikal, berjoging, berenang, bermain badminton, bersenamrobik, dan

sebagainya.

Cara Pemakanan yang Sihat Selain aktiviti bersenam, penjagaan dari segi

pemakanan juga merupakan cara terbaik dalam gaya hidup sihat. Dalam hal

ini, pengamalan pengambilan makanan berpandukan kepada makan secara

sihat. Mengikut piramid pemakanan, kita perlu makan paling banyak bijirin,

produk bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala makan secara

sederhana ialah ikan, ayam, daging, kekacang, susu, dadih, dan keju juga.

Bagi makanan yang mempunyai banyak lemak, minyak, garam, dan gula,

perlu diambil dengan jumlah yang sedikit.

Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein,

vitamin, zat-zat galian, dan lemak. Hal ini kerana kumpulan ini membekalkan

makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vatamin A, B kompleks, C,

protein, dan gentian. Tegasnya, pengambilan makanan yang seimbang baik

untuk kesihatan diri. Cara pemakanan yang sihat boleh menghindarkan

daripada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi.

Sebenarnya kedua jenis penyakit ini masih menjadi punca utama kematian di

negara ini. Pemakanan yang baik penting untuk pembesaran yang sempurna.

Jaga Berat Badan dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Sekiranya makan

berlebihan kemungkinan mengundang penyakit jantung. Penyakit tersebut

adalah berpunca daripada masalah permakanan, kegemukan, tekanan darah

tinggi, kurang bersenam, tekanan perasaan, dan sebagainya. Amat penting,

adik-adik perlu mengurangkan makan yang berlemak. Sebenarnya lemak

merupakan sumber kalori yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan

dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan menyebabkan

kegemukan. Bagi mengelakkan risiko menjadi gemuk, adik-adik perlu bijak

Page 17: Modul Pjm 3110

- 17 -

memilih makanan mengikut keperluan badan. Makanan yang dimakan bukan

sekadar untuk mengenyangkan perut semata-mata tetapi makanlah demi

kesihatan tubuh.

Rehat atau kesenggangan juga merupakan salah satu aspek yang penting

dalam menentukan gaya hidup seseorang. Rehat bermaksud suatu tempoh

yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama ada

aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk

mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan

dahaga.( Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian,2002)

Kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang diisi dengan

melakukan sebarang jenis aktiviti yang anda gemari. Ia mempunyai fungsi

yang sama dengan rehat dan tidur iaitu memulihkan keadaan badan dan otak

yang sudah letih bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu

senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti embaca, menggubah

lagu, bermain alat muzik dan berhobi.

Istirehat puladapat memberi kelegaan dan ketenangan di waktu ketegangan

dan stres. Ia membawa erti satu tempoh masa terluang yang diisi dengan

melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis,

melihat pemandangan alam flora dan lain- lain.

Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh

melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya

Jenis-jenis Rehat boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:

Rehat pasif : rehat tanpa melakukan pergerakan badan; tiada aktiviti

regangan otot berlaku Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang

menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran, istirehat jasmani

Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam

kedudukan postur tubuh yang selesa

Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal

yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot.

Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-

siar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh baik rehat aktif

Waktu rehat boleh diisi dengan melakukanaktiviti ringan seperti mendengar

muzik, membaca majalah atau surat khabar, bermain congkak/carrom/catur

dan bersiar-siar di taman/berjoging.

Page 18: Modul Pjm 3110

- 18 -

Tidur adalah satu proses di mana kita melelapkan mata dan merehatkan

badan sepenuhnya

Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidaksedarkan diri buat

sementara waktu. Di dalam fasa ini,badan akan memperbaiki kerosakan

yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar

tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah. Semasa tidur,

keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita

menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006).

Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot serta

menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan

metabolisme dalam badan (Shamsudin et al., 2002).

Otak tidak aktif membuatkan badan kita berehat sepenuhnya. Namun,

ketika ini otak terlebih dahulu membuat persiapan dan persediaan untuk

menghadapi

keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang cukup tanpa sebarang gangguan

amatlah penting agar segala proses semasa tidur berjalan dengan lancar

Secara amnya, keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya

adalah berbeza: Bayi perlu tidur 16 jam sehari . Remaja memerlukan 7 jam

tidur dan orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur

Peringkat tidur adalah seperti berikut:

i. Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula,

jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini,

bunyi perlahan masih bolehmengejutkan anda dari tidur.

ii. Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda

sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi

yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.

iii. Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan.Pernafasan anda perlahan

dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak.

iv. Stage 5 REM (rapid eye movement) -Peringkat inilah dipanggil

MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang

otak.Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolah-

olah lumpuh. REM ambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran

pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu.

Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan

stage REM

Page 19: Modul Pjm 3110

- 19 -

Keperluan tidur -

i. Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan

harinya.

ii. Meningkatkan daya ingatan.

iii. Memberi peluang badan memperbaiki

iv. kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.

v. Menghilangkan tekanan.

vi. Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa

kenderaan.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial

seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi

masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya

berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan

masalah mereka.

Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka

menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.

Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra

bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan

biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan

menggembirakan.

Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi

memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki

oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden

ini.

Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan

pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.

Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat

memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.

Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh

mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di

sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh

menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih

dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin

positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang

mampu dicapainya kelak.

Page 20: Modul Pjm 3110

- 20 -

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua

amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai

sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan

berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih

memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang

menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua

perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

DASAR SUKAN NEGARA

Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua yang

merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua (I) dan digubal

berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah

sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh

Kerajaan terhadap seluruh rakyat.

Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang

saran sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asasi

sosial yang lain seperti pendidikan, pengangkutan, perumahan dan

perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan kerajaan mencapai

pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan.

Sukan yang menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,

muhibah, toleransi, kesefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal

memberi satu landasan yang selesa untuk mengintegrasikan pelbagai

kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta juga untuk

pemupukan maruah bangsa dan negara.

Tegasnya, sukan mempunyai kesan-kesan manfaat yang amat

besar terhadap individu, masyarakat dan seterusnya negara.

Sukan prestasi tinggi adatah merujuk kepada sukan pertandingan yang

diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan

sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.

Sukan Massa (Sukan Untuk SemuaJ adatah merujuk kepada aktiviti-

aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan

dengan tujuan untuk menggalak penyertaan yang tebih luas dan bukan

semata-mata untuk pertandingam. di peringkat kebangsaan/ Antarabangsa.

Dari peringkat individunya, sukan ini menyumbangkan kepada

Page 21: Modul Pjm 3110

- 21 -

i. pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk semangat

pertarungan;

ii. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal;

iii. Penggunaan masa kesenggangan berfaedah dan bermakna;

iv. Pengurangan tekanan hidup moden

v. Interaksi sosial yang bermakna

vi. Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

Melalui gaya hidup sihat, seorang individu itu akan lebih sensitif terhadap

kesejahteraan dirinya, dalam mana ia memahami sebenarnya akan

kenikmatan penglibatannya dan semangat pertarungan. Segala aktiviti ini

dilakukannya di dalam environmen dan keupayaannyasarna ada secara

individu, di dalam suasana kekeluargaan, di dalam kalangan sahabat

handai, didalam kumpulan-kumpulan sukarelawan atau pun di dalam

suasana komuniti yang berlainan.

Di peringkat masyarakat, sukan ini membantu kepada

i. Penggalakan pembinaan kualiti dan moral rakyat yang sesuai dengan

aspirasi nasional;

ii. Pewujudan environmen untuk memupuk perhubungan komuniti

yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara;

iii. Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti;

iv. Pencegahan jenayah remaja dengan peluang-peluang penggunaan

masa lapang yang memanfaatkan.

Di peringkat Antarabangsa, sukan membantu kepada

i. Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang paling tinggi;

ii. Peningkatan maruah bangsa

iii. Pemupukan persahabatan

Sukan di negara ini secara tradisinya telah dijalankan oleh organisasi

sukarelawan yang kebanyakannya bergabung dengan Majlis Olimpik

Malaysia. Peranan Kerajaan hanya terhad kepada peranan yang dimain kan

oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia, melalui agensi masing-masing di

peringkat kebangsaan, negeri dan daerah

Mutu sukan prestasi tinggi dalam Negara meningkat sedikit dalam tempoh

beberapa tahun kebelakangan ini. Namun demikian, peningkatan itu tidaklah

seberapa berbanding dengan pembangunan sukan keseluruhannya di

peringkat antarabangsa. Akibatnya ahli-ahli sukan kita tidaklah begitu berjaya

Page 22: Modul Pjm 3110

- 22 -

di pertandingan tersebut. Inimungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti

kekurangan rancangan pembangunan menyeluruh bagi ahli-ahli sukan,

kekurangan pendekatan saintifik dalam latihan, kekurangan jurulatih-jurulatih

dan pegawaipegawai sukan yang bertauliah, kurang komitmen oleh ahli-ahli

sukan, kurangnya kemudahan-kemudahan yang menghadkan peluang

penyertaan dalam sukan, kelemahan pengurusan dalam badan sukan dan

organisasiorganisasi

yang berkaitan, pembatasan kewangan dan prioriti yang rendah yang

diberikan oleh Kerajaan kepada bidang sukan.

Sehingga baru-baru ini, kebanyakan aktiviti aktiviti sukan dijalankan

berasaskan kepada pertandingan. Penyertaan massa dalam sukan

adalah satu fenomena baru dalam negara ini. Trend ini adalah satu petanda

baik bagi negara. Penyertaan massa dalam sukan adalah satu fenomena

baru dalam negara ini. Trend ini adalah satu petanda baik bagi negara.

Objektif DSN

Adapun tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah membentuk satu

masyarakat yang aktif, sihat dan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi

fizikal dengan usaha-usaha keseluruhan Kerajaan pembangunan

negara.Objektif-objektif utama adalah berikut :-

i) Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat,berdisiplin dan

bersatupadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang

yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

ii) Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahankemudahan

bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi bagi

individu melalui sukan;

iii) Untuk membangun dan meningkat pengetahuan danamalan sukan

bagi kepentingan kebajikan sosial seseorang individu dan kenikmatan

kesenggangan kalangan orang awam; dan

iv) Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan

semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat

kebangsaan dan antarabangsa dan juga dengan harapan

mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara.

Page 23: Modul Pjm 3110

- 23 -

Strategi Dan Perlaksanaan

Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan massa dan prestasi tinggi, hendaklah

dibangunkan serentak walaupun dengan penekanan yang berlainan.

Sukan massa adalah bertujuan membolehkan rakyat mengamalkan gaya

hidup yang aktif dan sihat.

Sukan prestasi tinggi sebaliknya adalah memberi peluang kepada mereka

yang berpotensi untuk membuktikan keunggulan mereka di pertandingan

peringkat antarabangsa supaya meninggikan lagi maruah negara.

Sukan massa dan sukan pre stasi tinggi adalah pelengkap diantara satu

sarna lain, sebagai satu struktur yang berterusan (continuum). Pelaksanaan

strategi ini melibatkan pihak-pihak awam, sukarela dan swasta bekerjasama

sebagai satu kumpulan bagi faedah ahli-ahli sukan dan masyarakat

keseluruhannya.

Bagi mencapai objektif-objektif di atas, prioriti hendaklah diberi kepada

aspek-aspek berikut :-

1. Perancangan

i. Adalah sangat diperlukan satu program jangka panjang dengan

struktur yang baik untuk pembangunan ahli-ahli sukan, jurulatih

jurulatih, pentadbir-pentadbir dan pegawai pegawai sukan; dan

ii. Dalam kes sukan prestasi tinggi, pertimbangan yang khusus perlu

diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek

kemudahan dan penyertaan yang sedia ada dan jenis-jenis sukan

yang lebih sesuai kepada bentuk fizikal rakyat Malaysia, agar

membolehkan mereka mendapat peluang yang lebih baik bagi

mencapai kecemerlangan di pertandingan peringkat antara

bangsa.

2. Organisasi

i. Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama dengan lebih erat

lagi dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk

membangunkan sukan dalam negara.Sungguhpun pelbagai agensi

dan organisasi itu mempunyai peranan yang khusus tetapi program

yang dijalankan tidaklah bersepadu. Satu jentera penyelaras yang

menyeluruh dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagi

Page 24: Modul Pjm 3110

- 24 -

menentukan perhubungan (rapport) yang lebih rap at di kalangan

organisasi – organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara akan

menyediakan jentera ini bagi sukan prestasi tinggi. Begitu juga

Kementerian Belia dan Sukan hendaklah mewujudkan satu jentera

yang saran untuk menyelaraskan program sukan massa. Ini akan

membantu mengadakan kerjasama yang lebih berkesan dan

berkekalan di antara pelbagai agensi-agensi Kerajaan dan organisasi

sukarelawan.

ii. Kementerian Belia dan Sukan akan menggalakkan sukan massa

dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan kepada konsep

'MALAYSIACERGAS'.

iii. Tugas utama bagi Majlis Sukan Negara ialah untuk membantu dan

menyelaras pembangunan sukan untuk peningkatan prestasi ahli-

ahli sukan dalam pertandinganpertandingan di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

iv. Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan masa yang cukup

untuk pendidikan jasmani bagi semua penuntut, serta

membangun dan menyelaraskan aktiviti sukan di sekolah-sekolah

termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan

pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian

Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah

Sekolah Malaysia dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan.

Kementerian Pendidikan juga adalah bertanggungjawab melatih guru

guru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasmani.

v. Kementerian Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara

aktif di maktab-maktab dan di politeknik-politeknik, manakala Majlis

Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti

tersebut di institusi-institusi pengajian tinggi.

vi. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan

MAKSAK)hendaklah menggalakkan dan menyelaraskan semua

aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam.

vii. Majlis Olimpik Malaysia sebagai satu badan induk kepada semua

persatuan sukan kebangsaan, akan mempunyai tanggungjawab

utama untuk menggalakkan tujuan pergerakan Olimpik dan juga untuk

bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negara dalam hal pemilihan dan

latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan

Page 25: Modul Pjm 3110

- 25 -

antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik

Antarabangsa

viii. Peranan badan-badan pengawal sukan kebangsaan adalah

menggalak, membangun dan memberikan peluang-peluang untuk

penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa bagi jenis-jenis sukan yang berkenaan dengan

kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi Kerajaan yang

berkenaan

3. Personel

Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik

bekerja di semua peringkat, dalam organisasi-organisasi sukan,

tempat kerja, sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi, bagi

merancang, melaksana dan menilai program-program sukan dalam

negara.

4. Kewangan

i. Satu Yayasan Sukan Kebangsaan hendaklah diwujudkan bagi

membiayai kegiatan-kegiatan sukan pre stasi tinggi dan sukan

massa, di seluruh negara. Sumber -sumber kewangan untuk

Yayasan itu adalah dari Kerajaan Persekutuan dan semua

Kerajaan Negeri, sektor perdagangan dan pihak individu;

ii. Begitulah juga sektor swasta dan dermawan-dermawan

hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan dan

menaja kegiatan kegiatan sukan;

iii. Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah dikecualikan dari

cukai

iv. Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan strategi

pemasaran aktiviti-aktiviti mereka supaya membolehkan mereka

mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Page 26: Modul Pjm 3110

- 26 -

5. Insentif

i. Bagi menghargai segala pengorbanan dan sumbangan oleh ahli-

ahli sukan, Kerajaan telah mengadakan pelbagai insentif. Insentif ini

merangkumi penganugerahan, cuti, elaun-elaun hidup, pertandingan

insuran, perbelanjaan untuk latihan yuran pendidikan dan biasiswa-

biasiswa.Insentif-insentif yang diberikan kepada ahli-ahli sukan adalah

untuk membolehkan mereka meningkatkan

kecergasan fizikal mereka ke prestasi kecemerlangan yang paling

tinggi di pertandingan peringkat antarabangsa hendaklah

dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Profesionalisme

hendaklah juga digalakkan.

ii. Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan

hendaklah diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan

untuk pekerjaan dan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian

tinggi dengan syarat mereka mempunyai kelayakan akademik yang

minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang

dipohon oleh mereka; dan

iii. Pengiktirafan dan insentif yang sewajarnya hendaklah diberi

kepada pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah

mewakili negara.

6. Kemudahan

i. Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan-

kemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua

bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa, untuk semua lapisan

komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh

Kementerian Belia dan Sukan selepas

berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuan-

persatuan sukan;

ii. Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan

dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan;

iii. Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggung jawab

bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat

negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan perancangan

kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri ini adalah bagi

mencapai satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih

Page 27: Modul Pjm 3110

- 27 -

seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Objektif pengagihan

semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib

baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang

lebih dari yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan,

mendapatkan peluang menggunakanan kemudahan di daratdan di

air.

iv. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-

pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan

Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan

sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian

dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh

Kementerian Belia dan Sukan; Pihak berkuasa yang bertanggung

jawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar

Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah

merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan

mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi

yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan;

v. Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan

kemudahan-kemudahan sukan;

vi. Peruntukan mengenai kemudahan-kemudahan sukan hendaklah

dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim

perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha

menyediakan tanah untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak

berkuasa hendaklah memberi pertimbangan gurangkan bayaran ubah

syarat tanah untuk skim-skim perumahan dan juga

memberi insentif-insentif lain;

vii. Semua kemudahan-kemudahan yang hendaklah diselenggarakan

dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya.

Kemudahan-kemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada

penggunaan semua ahli sukan orang ramai bagi mempastikan

penggunaan.yang optimum; dan

viii. Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi

melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahan

kemudahan sukan. Pengswastaan kemudahankemudahan sukan

adalah juga digalakkan.

Page 28: Modul Pjm 3110

- 28 -

7. Am

i. Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan

hendaklah dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang

lebih murah bagi menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam

bidang sukan. Pengusaha pengusaha tempatan digalakkan

mengeluarkan alat-alat tersebut;

ii. Bagi menyebarkan kesefahaman antarabangsa, dan juga untuk

faedah ahli -ahli sukan serta penggalakan pelancongan, badan-

badan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi

tuan rumah kepada pertandingan-pertandingan antarabangsa..

iii. Penggalakan dan pendidikan (untuk orang awam) dalam bidang

sukan hendaklah diuruskan dengan kerjasama media massa dan

pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan

supaya dapat menanamkan sikap positif terhadap sukan.

iv. Sukan yang disifatkan sebagai satu manifestasi budaya rakyat

hendaklah diberikan status yang sarna seperti senilukis, muzik,

drama dan kesusasteraan yang diiktiraf sebagai disiplin akademik

di universiti. Dengan hal yang demikian, institusi-institusi pengajian

tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani

yang merangkumi sukan, sebagai satu disiplin akademik;

v. Institut Sukan Negara yang sekarang Illl sedang dibina patutlah

menjalankan penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan negara

ini,memberi latihan kepada ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih,

pentadbir-pentadbir sukan dan lain-lain personel yang berkaitan serta

berfungsi sebagai pusat sumber sukan; dan

vi. Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat

kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.

SOALAN 2 : Bagi meningkatkan pengetahuan,, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat daripada bahan bacaan untuk menyatakan konsep dan objektif Pendidikan Jasmani mengikut garis panduan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK).

Page 29: Modul Pjm 3110

- 29 -

TAJUK 3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini mendedahkan pelajar terhadap

kepentingan Pendidikan Jasmani (PJ) kepada semua peringkat usia yang

melibatkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan

mental, perkembangan emosi dan perkembangan sosial.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengetahui kepentingan PJ.

2. Pelajar mampu menghuraikan kepentingan PJ daripada aspek-aspek

pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan mental, emosi

dan sosial.

3. Pelajar mampu mewujudkan kesepaduan bagi semua aspek berasaskan

tiga domain utama dalam PJ iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kepentingan Dari Segi Kecergasan Fizikal (Psikomotor)

Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta

memberi

penekanan kepada perkembangan fizikal.

Psikomotor

Afektif Kognitif

Page 30: Modul Pjm 3110

- 30 -

Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam

matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama

aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana

aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit

kronik.

Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan

yang baik sehingga dewasa.

Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus

bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan

dan kepuasan kepada mereka.

Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti

yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti

tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit

kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya

kesihatan yang baik sehingga dewasa.

Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus

bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan

dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan

Jasmani yang akan menjadi amalan se panjang hayat, program yang di

rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada

mereka dalam:-

i. Meningkatkan daya tahan otot

ii. Menguatkan sistem kardiovaskular

iii. Mengelakan kecederaan

iv. Meningkatkan kekuatan badan

v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan

vi. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan

vii.Meningkatkan kesihatan dan mengelakan daripada sebarang penyakit

viii.Dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik dan lancar

ix. Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan

dan lakuan motor

x. Membantu pengembangan diri individu

xi Mempertingkat & mengekalkan kecergasan berasaskan

kesihatan & perlakuan motor.

Page 31: Modul Pjm 3110

- 31 -

• Menguasai kemahiran asas pergerakan & permainan mengikut

kemampuan diri berdasarkan ketiga tunjang pembelajaran.

• Senaman sebagai rutin harian secara berterusan

• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan & keselamatan

semasa menyertai kegiatan fizikal

• Membentuk sahsiah & disiplin diri yang sesuai dengan norma

masyarakat.

Kepentingan Emosi

• Meningkatkan minat untuk bersukan

• Menghilangkan stress dan tekanan

• Menimbulkan perasaan gembira

• Mengawal emosi

• Boleh mengenali diri sendiri dan boleh menambahkan keyakinan diri yang

tinggi

• Boleh membuat keputusan dengan bijak

• Boleh memupuk perasaan sabar

• Meningkatkan semangat pembelajaran seterusnya

• Boleh memahami perasaan orang lain

Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal

Matlamat aktiviti fizikal dalam PJ adalah untuk membina masyarakat PJ

membantu perkembangan diri individu

• Memberi penekanan perkembangan fizikal, mental, sosial, mental & emosi.

• PJ dapat mengurangkan risiko penyakit kronik & kecederaan.

• PJ mendatangkan keseronokan dan kepuasan.

• PJ merangsang untuk menyertai aktiviti rekreasi & bergiat cergas sepanjang

hayat.

Kepentingan Intelektual

• Membentuk daya pemikiran yang positif

• Melahirkan modal insan yang celik akal

• Menyihatkan kesihatan otak

• Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis

• Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat

Page 32: Modul Pjm 3110

- 32 -

• Dapat membentuk idea-idea yang bernas

• Dapat berfikir dengan waras

• Dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir

Kepentingan Persekitaran Sosial

Pendidikan Jasmani adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam

pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan

keadaan sekeliling dan masyarakat.

Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan

sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan

dan ahli masyarakat.

Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium

utama untuk mencapai matlamat sosial.

Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang

kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan

kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan.

• Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan guru dan

guru dengan pelajar sentiasa baik

• Menjalinkan hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain

• Mewujudkan komunikasi yang positif

• Meningkatkan kualiti hidup

• Mewujudkan persekitaran yang sihat

• Menggalakan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi

• Menggalakan gaya hidup sihat

• Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan

• Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan

• Membantu membina hubungan yang sihat

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah

Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid

Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.

Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan

tempat beraktiviti.

Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.

Page 33: Modul Pjm 3110

- 33 -

Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.

Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh

memperbaiki dan mempengahruhi gaya hidup.

Kepentingan PJ dari segi Afektif

Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai.

Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong

orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan,

penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap

kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam

kumpulan sewaktu aktiviti fizikal.

Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan

yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya

mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan

dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh

melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani

sebarang situasi.

Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman,

keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan

membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan

negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas

dengan penuh dedikasi.

Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa

diterapkan adalah seperti berikut:

(i) Berdikari

(ii) Bekerjasama

(iii) Menepati masa

(iv) Sabar

(v) Bersyukur

(vi) Cintakan Negara

(vii) Bersikap positif

Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka

atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-

sifat seperti berikut:

(i) Menepati masa

(ii) Bersopan santun

Page 34: Modul Pjm 3110

- 34 -

(iii) Peka terhadap masalah pelajar

(iv) Sentiasa berobjektif

(v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran

(vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan

(vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi

sekalipun

(viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar

(ix) Sabar

SOALAN 3 : Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat dari bahan bacaan berkenaan :

1. Kepentingan Pendidikan Jasmani, 2. Kepentingan Pendidikan Jasmani daripada aspek

pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial.

Page 35: Modul Pjm 3110

- 35 -

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini menjelaskan tafsiran sukatan pelajaran

Pendidikan Jasmani (PJ) KBSR yang digunapakaikan di sekolah. Tajuk

ini juga dapat menjelaskan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan

integrasi dalam PJ.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat memahami konsep kesepaduan, penggabunjalinan dan

integrasi dalam PJ.

2. Pelajar dapat memahami Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PJ KBSR.

3. Pelajar mampu mengenalpasti sub-sub tajuk dalam setiap tunjang

pembelajaran mengikut HSP.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1. Kesepaduan

Kesepaduan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajaran yang lain. Kesepaduan

adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Jasmani untuk melahirkan

HURAIAN DAN TAFSIRAN

KESEPADUAN PENGGABUNGJALINAN INTEGRASI HSP

KECERGASAN KESUKANAN

KEMAHIRAN

TAJUK 4 HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR

Page 36: Modul Pjm 3110

- 36 -

masyarakat secara menyeluruh. Konsep bagi kesepaduan adalah gabungan

beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai-nilai dalam mata pelajaran lain

secara menyeluruh. Menurut Kamus Dewan (Edisi 4), kesepaduan

merupakan keadaan yang bersepadu atau perihal bersepadu menjadi

kesatuan yang utuh.

Maknanya di sini, proses penyerapan mata pelajaran lain berlaku dalam

mata pelajaran Pendidikan Jasmani secara terancang. Contohnya,

mendedahkan konsep pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan fungsi-

fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dapat

diserapkan secara bersepadu dalam Pendidikan Jasmani secara lagsung.

Guru mestilah menekankan aspek kesepaduan dalam membuat

perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani agar dapat membantu murid

menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran yang lain.

Kaedah perlaksanaannya bolehlah melibatkan kesepaduan dari segi bahan

pengajaran dan pembelajaran, kesepaduan komponen utama dalam

Pendidikan Jasmani sendiri (Intra) serta kesepaduan dua ilmu pengetahuan

yang berbeza mata pelajaran (Inter).

2. Penggabungjalinan

Bermaksud menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa.

Sebagai contohnya; menggabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan

kemahiran membaca dengan menulis, penggabungan aktiviti dalam kelas,

secara berkumpulan atau individu serta penggunaan alat dan bahan bantu

mengajar yang pelbagai bersesuaian dengan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan

pembelajaran dibahagikan kepada dua iaitu penggabungjalinan kemahiran-

kemahiran dalam satu mata pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran

daripada beberapa mata pelajaran. Ciri-ciri penggabungjalinan adalah

berasaskan kepada konsep mengintegrasikan beberapa kemahiran.

Kemahiran utama menjadi fokus kepada penggabungjalinannya. Contohnya,

kemahiran lisan digabungkan dengan kemahiran membaca.

Kaedah penggabungjalinan adalah bersandarkan kepada perkara pokok

seperti mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan. Di mana

kemahiran utama yang menjadi fokus pembelajaran perlulah disusuli dan

dikuasai terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran sampingan untuk

Page 37: Modul Pjm 3110

- 37 -

kukuhkan kemahiran utama. Kemahiran utama digunakan di peringkat

perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan digunakan di semua

peringkat pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah

dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian

murid

3. Integrasi

Integrasi adalah merupakan penggabungan, dua atau beberapa kaum

(unsur, hubungan,dll) menjadi satu kesatuan. Integrasi dalam Pendidikan

Jasmani dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsur –unsur seperti

kaum dan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling

menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri-ciri budaya kaum masing-

masing. Pada masa yang sama juga, integrasi mampu memupuk dan

mengembangkan budaya nasional.

Hal ini akan membentuk consensus iaitu persetujuan bersama

terhadap sesuatu pekara dan mengusahakan pembinaan budaya nasional.

Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya

secara pentadbiran dan paksaan. Dalam Penyata Razak (1956), ada

menyatakan berkenaan integrasi yang perlu bermula daripada murid-murid di

sekolah. Antara tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan

lain dipelihara.

4. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) disusun mengikut tiga tunjang

pembelajaran iaitu :

a. Kecergasan

b. Kesukanan

c. Kemahiran

4.1 Kecergasan

Kercergasan boleh dibahagikan kepada dua cabang utama:

a. Kecergasan berasaskan kesihatan yang merangkumi :

i. Daya tahan kardiovaskular

ii. Daya tahan otot

iii. Kekuatan

iv. Kelenturan

Page 38: Modul Pjm 3110

- 38 -

v. Komposisi badan

b. Kecergasan berasaskan perlakuan yang merangkumi :

i. Koordinasi

ii. Imbangan

iii. Ketangkasan

iv. Kuasa

v. Masa tindakbalas

vi. Kepantasan

4.2 Kemahiran

Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang memberi pendedahan

kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka

ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam.

Kebiasaan proses pengajaran dan pembelajaran tunjang kemahiran

biasanya mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan

keseronokan. Tunjang kemahiran meliputi bidang-bidang seperti:

a. Pergerakan asas

b. Permainan

c. Olahraga

d. Gimnastik

e. Pergerakan kreatif

f. Rekreasi

g. Kesenggangan

4.3 Kesukanan

Tunjang kesukanan memberi tumpuan kepada amalan pendidikan yang

perlu diketahui dan dikuasai oleh murid-murid di sekolah sebagai persediaan

untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan.

Tunjang kesukanan juga akan menekankan beberapa isu pokok yang

menjadi keutamaan seperti:

h. Keselamatan

i. Pengurusan

j. Kerjaya

k. Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan

Page 39: Modul Pjm 3110

- 39 -

l. Etika

SOALAN 4 : 1. Huraikan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi

dalam Pendidikan Jasmani; dan 2. Nyatakan tunjang-tunjang yang terdapat dalam sukatan

Pendidikan Jasmani dan berikan dua contoh tajuk dalam setiap tunjang.

Page 40: Modul Pjm 3110

- 40 -

TAJUK 5 KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada kriteria

dan cara-cara pemilihan aktiviti PJ dari aspek prasarana, peralatan,

kepakaran dan perkembangan murid serta sosial budaya setempat.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat membuat pemilihan yang terbaik dalam membuat

perancangan pengajaran harian PJ berdasarksan faktor-faktor seperti

kemudahan, peralatan, kepakaran dan sebagainya.

2. Pelajar mampu membuat pemilihan aktiviti yang bersesuaian berasaskan

berdasarksan faktor-faktor seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan

sebagainya.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama juga dengan mata pelajaran lain,

memerlukan perancangan yang teliti dan teratur untuk manghasilkan

penyampaian yang berkesan.Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil

kira untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti berikut:

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ

KEPAKARAN GURU

PRASARANA PERALATAN KEWANGAN SOSIO BUDAYA

TEMPATAN PENTADBIRAN

Page 41: Modul Pjm 3110

- 41 -

1. Kepakaran guru

Salah satu kriteria penting yang perlu diambil berat semasa membuat

perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani ialah kepakaran guru. Dengan

adanya perancangan yang baik tetapi tanpa tenaga pengajar yang

berkemahiran dan kebolehan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat

dicapai.Tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dapat

memelaksanakan aktiviti pengajaran dengan baik dan dapat menyelesaikan

masalah dengan mudah jika timbulnya sebarang masalah semasa

pelaksanaan.Oleh itu adalah penting pihak pentadbir dan guru perlu membuat

pilihan aktiviti berdasarkan kepakaran yang ada di sekolah.

2. Prasarana

Prasarana disini bererti kemudahan seperti padang, gelanggang, dewan,

gimnasium dan lain-lain. Semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan

Jasmani faktor kemudahan perlu dititikberatkan sebab ia merupakan faktor yang

akan mempengaruhi perlaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.Sebarang kekurangan dari segi prasarana akan menjejaskan

perancangan guru.

3. Peralatan

Perkara yang sama penting semasa membuat perancangan aktiviti

Pendidikan Jasmani ialah aspek peralatan. Alatan-alatan yang dipilih mestilah

cukup untuk bilangan pelajar semasa melaksanakan aktiviti, selamat untuk

digunakan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan umur pelajar. Peralatan

yang tidak sesuai adalah merbahaya kepada pelajar.

4. Kedudukkan kewangan sekolah

Faktor kewangan amat penting dan sangat mempengaruhi pemilihan aktiviti

Pendidikan jasmani.Sekolah yang mempunyai masalah kewangan biasanya

menghadapi masalah dari segi kemudahan dan peralatan juga. Dengan

ketiadaan atau kekurangan kemudahan dan peralatan ia akan menjejaskan

perancangan

5. Sosio budaya tempatan

Semasa membuat pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani, guru-guru perlu peka

dengan sosio budaya tempatan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mengikut atau

Page 42: Modul Pjm 3110

- 42 -

bersesuaian dengan sosio budaya tempatan. Langkah ini penting untuk

menentukan pihak sekolah mendapat sokongan daripada pihak masyarakat

tempatan dan ibubapa.

6. Pihak pentadbiran

Seperti yang diketahui faktor kepakaran guru, kedudukan kewangan dan

prasarana memainkan peranan yang penting untuk menentukan pilihan aktiviti

Pendidikan Jasmani di sekolah.Tetapi tidak dapat dinafikan pihak yang akan

mempengaruhi keputusan yang di buat akhir sekali adalah pihak pentadbir.

SOALAN 5 : Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani semasa membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Page 43: Modul Pjm 3110

- 43 -