persepsi pelajar terhadap disiplin€¦ · “saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan...

28
PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

21 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

ILMU FARAID

HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID.

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

SAYA : HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR NO. 64 FELCRA BELIMBING TUALAK, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARULAMAN.

Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya Ajmain Bin Safar

Tarikh : 30 April 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAPT

ILMU FARAID.

HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ii

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : Halimatul Ashiken Binti Othman

Tarikh : 30 April 2008

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

iii

DEDIKASI

Khas Buat

Insan Teristimewa

Ayahanda Othman Bin Salleh dan Bonda Kamariah binti Saad

Terima kasih di atas segala pengorbanan, dorongan dan sokongan mu...

Tidak akan ku lupakan bahkan menjadi kekuatan dan semangat ke puncak kejayaan

Ku pohon doa restumu dan keredhaan di dunia dan akhirat...

Buat ahli keluargaku,

Segala nasihat, dorongan dan kata-kata semangat kalian

Akan ku kenang selamanya...

Semoga keakraban kita sentiasa terpelihara...

Buat para pendidik yang berbakti,

Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan..

Terima kasih atas segalanya....

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,

Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama

Semoga Allah meredhai persahabatan ini...

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana

dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka penyelidik dapat menyiapkan Projek

Sarjana Muda yang bertajuk “Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Terhadap Ilmu Faraid”. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof.

Madya Ajmain Bin Safar selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Begitu juga

buat pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Perpustakaan Sultanah Zanariah

(PSZ) Universiti Teknologi Malaysia.

Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan

bantuan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan

projek ini.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha penyelidik

sepanjang menyiapkan projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

v

ABSTRAK

Ilmu faraid adalah antara ilmu pertama yang akan diangkat oleh Allah dari

diri manusia. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini. Berikutan sikap tidak

mengambil berat umat Islam sekarang membuatkan ilmu tersebut hilang ditelan

zaman sehingga kini muncul perselisihan berkenaan dengannya, malahan terdapat

segolongan yang meragui keadilan Allah seperti pertikaian hak lelaki dua kali ganda

dari hak wanita. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap

pengetahuan responden terhadap ilmu faraid, mengenal pasti tahap kefahaman

responden terhadap ilmu faraid dan mengenal pasti persepsi responden berkaitan

kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan. Responden kajian ini adalah pelajar tahun

dua kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi

2007/2008. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina

sendiri dan terdiri daripada 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah

α = .69. Walau bagaimanapun penyelidik telah membuat penambahbaikan untuk

meningkatkan kebolehpercayaan alat kajian ini. Penyelidik telah menggunakan

perisian Statistical Package for Social Science versi 12.0 (SPSS) untuk menganalisis

data mentah bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian secara

keseluruhannya menunjukkan, persepsi responden berkaitan kepentingan ilmu faraid

dan tahap pengetahuan responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap yang

tinggi. Manakala tahap kefahaman responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap

sederhana. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk

meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman di kalangan pelajar mahupun

masyarakat. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa

akan datang.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

vi

ABSTRACT

Islamic Law of Inheritance (‘ilm faraid) is among the first discipline to be

deprived by God from every single human. This shows how important the knowledge

is. Lack of concern attitude among Muslims nowdays, may gradually lead to the lost

of this knowledge until it creates conflicts and doubt in God’s justice by disputing

rights between gender. This study was conducted to identify respondents’ level of

knowledge and comprehension concerning Islamic Law of Inheritance and also to

identify respondents’ perception relating to the importance of Islamic Law of

Inheritance in life. The study involved respondents from the second year of Bachelor

of Science with Education (Islamic Studies), UTM session 2007/2008. The research

instrument used was questionnaire that comprised of 32 items, which was contructed

by the researcher. Reliability value of research tool was α = .69. However the

researcher had made improvement in research tool reliability. Researcher used

Statistical Package for Social Science version 12.0 (SPSS) software to analyse raw

data to get the frequency, percentage and mean. The research findings showed that

respondents’ perception relating to the importance of Islamic Law of Inheritance and

respondents’ knowledge on faraid was at high level. While respondents’ level of

understanding Islamic Law of Inheritance was at average level. At the end of this

study, several proposals had been proposed to increase the level of knowledge and

understanding of Islamic Law of Inheritance among the students as well as society.

Further research also had been proposed for the future.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi/Istilah 11

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

viii

1.8.1 Persepsi 11

1.8.2 Pelajar 12

1.8.3 Ilmu Faraid 12

1.9 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Konsep Harta Pusaka 14

2.3 Konsep Ilmu Faraid 18

2.3.1 Pengertian Ilmu Faraid 18

2.3.2 Sumber Ilmu Faraid 18

2.4 Kepentingan dan Kelebihan Ilmu Faraid 19

2.4.1 Kepentingan Mempelajari Ilmu Faraid 19

2.4.2 Kelebihan Ilmu Faraid 20

2.5 Pentadbiran Harta Pusaka Selain Faraid 22

2.5.1 Wasiat 22

2.5.2 Hibah 24

2.5.3 Wakaf 27

2.6 Syarat-syarat Pembahagian Pusaka 28

2.7 Sebab-sebab Pembahagian Harta 28

2.7.1 Kerabat 29

2.7.2 Pernikahan 29

2.7.3 Wala’ 29

2.7.4 Islam 30

2.8 Halangan 31

2.8.1 Perhambaan 31

2.8.2 Bunuh 31

2.8.3 Perbezaan Agama Antara Islam Dengan

Kafir 32

2.9 Pembahagian Ahli Waris 33

2.9.1 Ashab al-Furud 33

2.9.2 ‘Asabah 34

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ix

2.10 Masalah Yang Berlaku Dalam Pembahagian 35

2.10.1 Wang Pencen 35

2.10.2 Wang Kumpulan Simpanan Pengguna

(KWSP) 35

2.10.3 Wang Manfaat Takaful/Insurans 35

2.10.4 Wang Pelaburan 36

2.10.5 Wang Pampasan/Diyat 36

2.10.6 Wasiat 36

2.11 Pembahagian Harta Pusaka Berdasarkan Faraid 37

2.11.1 Peneriman ½ Pusaka dan Syaratnya 37

2.11.2 Penerimaan ¼ Pusaka dan Syaratnya 37

2.11.3 Penerimaan 1/8 Pusaka dan Syaratnya 37

2.11.4 Penerimaan 2/3 Pusaka dan Syaratnya 37

2.11.5 Penerimaan 1/3 Pusaka dan Syaratnya 38

2.11.6 Penerimaan 1/6 Pusaka dan Syaratnya 38

2.11.7 Penerimaan 1/3 Baki 38

2.12 Kesimpulan 39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Bahagian A 42

3.5.2 Bahagian B 42

3.6 Analisis Data 44

3.7 Prosedur Kajian 46

3.7.1 Kajian Rintis 46

3.7.2 Kajian Sebenar 46

3.8 Kesimpulan 47

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 48

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 49

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina 49

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut

Aliran Pendidikan 50

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Kelulusan Terakhir 51

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 51

4.3.1 Analisis Data Mengenai Tahap

Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 53

4.3.2 Analisis Data Mengenai Tahap Kefahaman

Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 60

4.3.3 Analisis Data Mengenai Persepsi

Pelajar Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid

Dalam Kehidupan 68

4.3.4 Analisis Keseluruhan 73

4.4 Kesimpulan 74

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 75

5.2 Perbincangan 75

5.2.1 Bahagain A: Perbincangan Latar Belakang

Responden 76

5.2.2 Bahagian B 77

5.3.2.1 Bahagian B1: Tahap Pengetahuan

Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 77

5.3.2.2 Bahagian B2: Tahap Kefahaman

Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 79

5.3.2.3 Bahagian B3: Persepsi Pelajar

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xi

Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid

Dalam Kehidupan 80

5.4 Rumusan 82

5.5 Cadangan 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.6 Kesimpulan 86

BIBLIOGRAFI 87

LAMPIRAN

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert 42

3.2 Jadual Pembentukan Ujian Berdasarkan

Objektif Kajian 43

3.3 Jadual Ujian Soal Selidik 44

3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 45

3.5 Skala Nilai Min 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 50

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Terakhir 51

4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Konsep Ilmu Faraid 53

4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Syarat-Syarat dan Sebab-Sebab

Pembahagian Harta 55

4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Penentuan Ahli Waris 56

4.7 Peratusan Responden dan Min Bagi Mengetahui

Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 58

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Pentadbiran Harta Pusaka Selain Faraid 60

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Halangan Dalam Ilmu Faraid 62

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Pembahagian Harta Pusaka Berdasarkan

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xiii

Faraid 64

4.11 Peratusan Responden dan Min Bagi Mengetahui

Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 66

4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Aspek Kehidupan 68

4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Kedudukan Ilmu Faraid 70

4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Mengenai Aspek Negara 71

4.15 Peratusan Responden dan Min Bagi Persepsi

Pelajar Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid 72

4.16 Nilai Min Bagi Keseluruhan Objektif 73

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Rangka kerja kajian 47

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xv

SENARAI SINGKATAN

ARB Amanah Raya Berhad

JAKIM Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia

KS Kurang Setuju

KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

r.a Radhiallahu ’Anhu

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

S Setuju

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SAR Sekolah Agama Rakyat

s.a.w Salallahu ‘Alaihi Wasallam

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menegah Kebangsaan Agama

SBP Sekolah Berasrama Penuh

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPSS Statistical Packages for Social Science

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala

Terj. Terjemahan

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 100

B Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah

Zanariah Untuk Membuat Rujukan di

Perpustakaan Utama Universiti Malaya 105

C Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah

Zanariah Untuk Membuat Rujukan di

Perpustakaan Pendidikan Universiti Malaya 106

D Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah

Zanariah Untuk Membuat Rujukan di

Pusat Sumber Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya 107

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Ilmu faraid telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah dinyatakan oleh al-Quran,

Sunnah dan ijmak ulama’. Dalil pensyariatannya telah dinyatakan oleh Allah S.W.T.

dalam surah an-Nisa’ ayat 7:-

ÉΑ% y`Ìh=Ïj9 Ò=ŠÅÁtΡ $£ϑÏiΒ x8 ts? Èβ# t$ Î!≡ uθø9 $# tβθç/ tø%F{ $# uρ Ï™!$|¡ÏiΨ= Ï9 uρ Ò=ŠÅÁtΡ $£ϑÏiΒ x8 ts?

Èβ# t$ Î!≡ uθø9 $# šχθç/ tø%F{ $# uρ $£ϑÏΒ ¨≅ s% çμ ÷ΖÏΒ ÷ρr& uèY x. 4 $Y7ŠÅÁtΡ $ZÊρãø ¨Β ∩∠∪

Maksudnya: “Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu

bapa dan kerabat, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari

peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari

harta yang ditinggalkan itu; Iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan

ditentukan oleh Allah).”

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

2

Ilmu faraid mampu mengatur umat Islam bagi melaksanakan pelbagai aktiviti

keduniaan dengan tidak melupakan bahagiannya di hari akhirat dan sebaliknya. Manusia

sewajarnya bekerja untuk meningkatkan kesejahteraan hidup di dunia tanpa memikirkan

soal ajal, umat Islam akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja yang

dilakukan. Begitu juga, dalam usaha untuk meningkatkan amal ibadat untuk bekalan

akhirat. Dengan memikirkan kematian yang semakin hampir, pasti akan menjadi

motivasi bagi umat Islam untuk beribadat dengan penuh khusyuk dan keikhlasan kepada

Allah. Apabila perkara ini tersemat dalam peribadi individu Muslim, maka dengan

mudah kadar ketaqwaan umat Islam akan sentiasa meningkat dan terpelihara. Akhirnya,

keadaan ketaqwaan umat yang tidak meragukan pasti menjamin peningkatan

kesejahteraan umat manusia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Islam amat menggalakan umatnya berusaha meningkatkan ekonomi dan

pendapatan. Dalam dunia tanpa sempadan dan arus globalisasi sekarang, kekuatan

ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah

negara atau sesuatu bangsa. Oleh yang demikian, Allah menegaskan dalam al-Quran

tentang keperluan umat Islam bersedia dalam segala bidang termasuk ekonomi

sebagaimana firmanNya dalam surah al-Anfal ayat 60:-

⎯ Ïμ Î/ šχθç7 Ïδöè? È≅ ø‹ y⇐ ø9 $# ÅÞ$t/ Íh‘ ∅ÏΒuρ ;ο §θè% ⎯ ÏiΒ Ο çF÷èsÜ tGó™ $# $̈Β Νßγ s9 (#ρ‘‰Ïã r& uρ

4 öΝ ßγ ßϑn=÷ètƒ ãΝ ßγ tΡθ ßϑn=÷ès? óΟ Îγ ÏΡρ ߊ ⎯ ÏΒ t⎦⎪ Ìyz# u™uρ öΝà2̈ρ߉tã uρ ¨ρ߉tãª!$# Ÿω «!$#

šχθßϑ n=ôà è? óΟ çFΡr& uρ öΝ ä3 ö‹ s9 Î) ¤∃uθムÈ≅‹ Î6 y™ †Îû &™ó©x« ⎯ ÏΒ (#θà) ÏΖè?Ÿω «!$# $tΒuρ

∩∉⊃∪

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

3

Ertinya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang

menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari

pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan

dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh

yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah

mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah

akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan

dianiaya.”

Dalam ayat tersebut bukan sahaja merujuk kepada persediaan untuk berperang

tetapi ia juga merangkumi persiapan ekonomi umat Islam (Ahmad Hidayat Buang

2007). Menurut Sidek Baba (1999), Islam memberikan landasan yang amat jelas

mengenai kecenderungan memiliki harta, yang mana kesemuanya ini merupakan sifat

semula jadi atau fitrah manusia. Jangan ada suatu tanggapan yang mengatakan bahawa

Islam tidak memerlukan kepada kebendaan. Sebagai umat Islam, kebendaan itu adalah

alat dan bukannya matlamat. Yang penting ialah bagaimana Islam itu membina asas

kebendaan, menyebarkan dan memanfaatkan sumber-sumber kebendaan ini secara adil,

betul, baik serta ikhlas dan kemudian memberikan manfaat tersebut kepada sekalian

manusia.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah yang ke-100 iaitu al-‘Aadiaat

ayat 8:-

 ωt± s9 Îö sƒ ø:$# Éb= ßsÏ9 … çμ ¯ΡÎ)uρ ∩∇∪

Ertinya: “Sesungguhnya manusia itu sangat cinta kepada harta benda.”

Berdasarkan ayat di atas telah terbukti manusia diciptakan Allah mempunyai

naluri sukakan kepada harta benda. Justeru Islam mewajibkan pencarian harta benda

melalui cara yang halal. Pemilikan harta secara halal seharusnya disertakan dengan

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

4

tanggungjawab sosial. Oleh itu, setiap harta yang dikumpulkan mesti dibelanjakan pada

jalan yang betul.

Menurut Ahmad Hidayat Buang (2007), perbelanjaan terhadap harta terbahagi

kepada dua iaitu perbelanjaan yang wajib dan perbelanjaan yang sunat. Perbelanjaan

wajib adalah seperti mengeluarkan nafkah untuk keluarga, pendidikan, rumah dan zakat

manakala perbelanjaan sunat adalah lebihan daripada perbelanjaan tersebut. Berdasarkan

pemerhatiannya, kebanyakan orang Melayu kurang bijak menguruskan lebihan wang ini.

Ramai yang lebih suka berbelanja mewah sehingga berhutang walaupun kadang kala

barang yang dibeli itu bukan barang keperluan. Islam memang melarang umatnya

berlebih-lebihan sehingga boleh membawa kepada pembaziran kerana perbuatan itu

adalah bersahabat dengan syaitan. Sehubungan itu, dalam Islam bukan kekayaan yang

mesti dicari tetapi keselesaan hidup yang dituntut.

Harta sering menjadi pertikaian hidup manusia sehingga mampu memutuskan

persaudaraan dan mencetuskan permusuhan. Namun begitu, Allah S.W.T. telah

berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 9:-

öΝ Îγ øŠn=tæ (#θèù% s{ $̧≈ yèÅÊ Zπ −ƒ Íh‘èŒ óΟ Îγ Ï ù=yz ô⎯ ÏΒ (#θä. ts? öθs9 š⎥⎪ Ï% ©!$# |·÷‚ u‹ ø9 uρ

# ´‰ƒ ωy™ Zωöθs% (#θä9θà) u‹ ø9 uρ (#θà) −Gu‹ ù=sù∩®∪ ©!$#

Maksudnya:” Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan

aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi

penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-

anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan

merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak

mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan

hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati

kebenaran).”

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

5

Sistem faraid bukan sahaja memperteguhkan ikatan kekeluargaan, malah ia juga

memastikan keadilan kerana ia dapat menghapuskan kemungkinan berlaku pilih kasih

atau sebarang ketidakadilan dalam pembahagian harta, sehingga boleh membawa kepada

perbalahan dan perpecahan. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan agar

ilmu faraid ini dipelajari kerana tanpa ilmu dan pembahagian yang betul secara faraid

persengketaan sangat sukar untuk dielakkan kerana sifat manusia yang terlalu cintakan

harta benda.

Walaupun terdapat sistem pusaka dalam Islam, namun masih wujud segelintir

masyarakat Islam yang tidak prihatin atau tidak mengambil berat berkenaan

pembahagian harta pusaka ini. Menurut Mohamad Sofee Razak (2007), sekitar tahun

1990-an, kita dikejutkan dengan laporan hampir RM30 bilion nilai aset umat Islam

dibekukan dan tidak dituntut akibat kematian yang rata-ratanya tanpa wasiat di samping

sistem pentadbiran dan pengurusan harta dan wang tunai yang sukar diagihkan kepada

waris di negara ini mencecah RM40 bilion pada awal tahun ini yang melibatkan lebih

daripada satu juta kes. Pendedahan ini dibuat oleh Amanah Raya Berhad (ARB), sebuah

syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Menurut ARB, kebanyakan harta tersebut kepunyaan orang Islam.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM38 bilion harta pusaka dalam bentuk tanah

dan hartanah. RM1.5 bilion berupa wang tunai dan RM70 juta daripada Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kebanyakan orang Islam tidak mengetahui betapa

sukarnya menguruskan harta pusaka jika tidak dibuat perancangan awal sebelum

seseorang itu meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan banyak harta yang

ditinggalkan tidak diurus dan dibekukan. Akibat pembekuan ini, harta gagal

dimanfaatkan oleh waris malah menjejaskan penjanaan ekonomi orang Melayu dan

negara kerana harta tidak dapat digunakan untuk sebarang perbelanjaan. Perkara ini turut

dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

yang menyuarakan keresahannya bahawa masalah ini amat merugikan orang Melayu

(Dewan Masyarakat, Julai 2007).

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

6

Menurut Ahmad Hidayat Buang (2007) Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang pada

1981 memfatwakan pihak berkuasa boleh menghadkan pemilikan kepada seseorang ke

atas tanah pusaka yang kecil untuk mengelakkan masalah sosial. Ini berdasarkan kepada

kaedah fiqiyyah iaitu:

دفع الضرر مقدم على جلب المصالحMaksudnya: Menolak kerosakan daripada mengambil manfaat.

Kerosakan di sini mengenai harta pusaka yang tertunggak dan seterusnya

menghalang pembangunan dan menimbulkan masalah sosial seperti perebutan atau

berlaku permohonan bertindih di antara ahli keluarga.

Kes yang tertunggak kebanyakannya melibatkan tanah iaitu harta yang tidak

boleh diubah. Walaupun ia pusaka tetapi perlu diberi layanan khas kerana melibatkan

kepentingan umum. Ia perlu diselesaikan mengikut hukum Islam. Ulama’, cendiakawan

dan pengamal undang-undang perlu berbincang supaya situasi menang-menang dapat

dicapai. Dari segi hukum fikah, apabila bertembung masalah umat dan individu maka

keutamaan mestilah kepada maslahat umum.

Walau bagaimanapun, harta yang dikendalikan oleh nafsu dan perasaan emosi,

boleh menimbulkan persengketaan dan permusuhan. Persengketaan harta ini juga boleh

mengakibatkan retaknya hubungan persaudaraan. Di antara perkara yang sering

menimbulkan persengketaan adalah masalah harta warisan. Kematian seseorang sering

menimbulkan persengketaan di kalangan ahli waris mengenai harta peninggalannya

(Ahmad Hidayat Buang, 2007).

Dewasa ini masyarakat sering dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan

perebutan harta pusaka. Seperti yang berlaku di Kuala Terengganu pada 9 Julai 2007.

“Gara-Gara Harta Pusaka Adik Tendang Abang Di Mahkamah”. Seorang peniaga

daging bertindak agresif menendang kaki seorang warga emas (69 tahun) yang juga

abangnya di hadapan seorang hakim di Mahkamah Syariah II, Kuala Terengganu. Pun

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

7

begitu, pada tahun 1998 dihebohkan juga dengan kes Tan Sri Md Khir Johari bekas

Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu telah mengemukakan saman pemula memohon

satu perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah pemilik sah hartanah di Bukit

Damansara yang menjadi pertikaian dengan enam orang anaknya serta pusaka Puan Sri

Kalsom Abdul Rahman (Fawzi Kassim, 2001).

Untuk menangani persengketaan dan permusuhan yang tercetus akibat harta

warisan, maka Islam telah meletakan peraturan supaya segala persengketaan atau rasa

ketidakpuasan hati dikembalikan mengikut hukum Allah. Hal ini kerana, hukum Allah

telah menggariskan soal pembahagian harta warisan dalam ilmu faraid. Ia telah diatur

begitu rapi sehingga tiada syak kepada sesiapa yang berhak menerima harta warisan dan

bilangan kadarnya. Segelintir masyarakat hari ini kurang faham berkenaan ilmu faraid.

Oleh itu, terdapat pelbagai sebab untuk mereka tidak mahu mengambil tahu dan

mengamalkan pembahagian harta mengikut sistem Islam. Timbul pernyataan yang

mengatakan peraturan Islam menindas kaum wanita dan berat sebelah.

Sehubungan itu, Muhammad Abdul Mannan (1989) telah menyatakan bahawa

perbezaan antara bahagian yang biasa diterima oleh waris perempuan dan waris lelaki

yang mempunyai perhubungan yang sama dengan si mati sebenarnya bukanlah bersifat

diskriminasi dan prasangka ke atas waris perempuan. Ini adalah kerana di bawah sistem

Islam, tanggungjawab membiayai keluarga dipikul oleh suami walaupun dalam

sesetengah kes pendapatan isteri mungkin melebihi dari suami. Bagi membolehkan

pihak lelaki menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, bahagiannya dalam harta

pusaka adalah dua kali ganda dari bahagian perempuan yang mempunyai tingkat

perhubungan kekeluargaan yang sama sepertinya.

Justeru sebarang persoalan yang dilontarkan kepada Islam bahawa Islam tidak

adil kerana mengurangkan bahagian perempuan dalam pembahagian harta pusaka adalah

tidak tepat. Sekiranya perundangan pembahagian harta pusaka dan kewajipan memberi

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

8

nafkah kepada keluarga direalisasikan menurut ajaran Islam, soal ketidakpuasan tidak

akan wujud.

1.3 Pernyataan Masalah

Masyarakat Islam sekarang lebih gemar berlumba-lumba mengumpul harta

kekayaan dunia. Kebanyakan mereka tidak membuat persiapan awal sebelum meninggal

dunia seperti pembahagian harta agar kehidupan keluarga yang ditinggalkan tidak

mengalami kesulitan. Sehubungan itu, disebabkan ketidakfahaman dan ketidakjelasan

tentang ilmu faraid timbullah pelbagai kemungkinan seperti perselisihan dan

permusuhan di antara saudara-saudara dan ahli-ahli waris. Pun begitu terdapat

perselisihan dan permusuhan sehingga membawa kepada permusuhan seumur hidup.

Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan

persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) tahun dua,

berkenaan ilmu faraid memandangkan setiap pelajar bakal berdepan dengan masyarakat

sebagai pendidik. Masyarakat pasti akan mencari para ilmuan untuk dijadikan tempat

rujukan. Sungguhpun begitu, menjadi tanggungjawab pendidik untuk memberi tunjuk

ajar dan panduan supaya kehidupan lebih sempurna.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN€¦ · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

9

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama dalam kajian ini:

1.4.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu faraid.

1.4.2 Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap ilmu faraid.

1.4.3 Mengenal pasti persepsi pelajar berkaitan kepentingan ilmu faraid dalam

kehidupan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dibincangkan dalam kajian ini:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu faraid?

1.5.2 Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap ilmu faraid?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar mengenai kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan?