universiti teknologi malaysia · 2018. 9. 25. · pengesahan penyelia “saya/kami* akui bahawa...

145
TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PERUBAHAN BORANG KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) NURUL HUDA BINTI MAT DAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 15-Aug-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PERUBAHAN

BORANG KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING

INFORMATION MODELLING (BIM)

NURUL HUDA BINTI MAT DAUD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penuh : NURUL HUDA BINTI MAT DAUD

Tarikh Lahir : 25 OKTOBER 1993

Tajuk : TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PERUBAHAN BORANG

KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING INFORMATION

MODELLING (BIM)

Sesi Pengajian : 2016/2017

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai :

SULIT (Mengandungi maklumat sulit dibawah Rahsia Rasmi 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*

/ TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis ini akan diterbitkan sebagai

akses terbuka dalam talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian.

Tarikh : 14/06/2017 Tarikh : 14/06/2017

NOTA: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kerahsiaan atau sekatan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)”

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PERUBAHAN

BORANG KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING

INFORMATION MODELLING (BIM)

NURUL HUDA BINTI MAT DAUD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2017

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Tahap Kesedaran Kontraktor Terhadap

Perubahan Borang Kontrak Setara Di Dalam Pelaksanaan Building Information

Modelling (BIM)” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : NURUL HUDA BINTI MAT DAUD

Tarikh : 14/06/2017

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah…

Syukur kepada Allah kerana memberikanku merasai kemanisan linangan air mata kesulitan

untuk menyiapkan thesis ini

Buat Ma Abah

Insan yang paling aku cintai kerana Allah

Terima kasih atas segala peluh keringatmu dalam membesarkan kami

Doa, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya

Buat Penyeliaku

Dr Nur Emma, terima kasih kerana mengajarku untuk bersangka baik dan penyelia yang sabar

dalam memberi tunjuk ajar

Tidak lupa buat insan yang banyak membantu dalam menyiapkan thesis ini,

Kak Aimi Sara, insan pertama yang memberi pencerahan mengenai topic thesis ini,

Kepada kak Oja Salleh insan yang sabar terus menerus memberi tunjuk ajar,

Kepada Afiqah Samsuri, sahabat yang banyak membantu, memberi pencerahan dan k omen

yang sangat membantu

Kepada Syahirah Abdullah, sahabat yang juga pemurah memberi pendapat dan pandangan

Kepada sahabat Syifaa, insan yang terus memberi kata-kata semangat dan motivasi untuk terus

bangkit,

Dan juga buat sahabat-sahabat dan insan lain yang mendoakan, yang membantu secara langsung

dan tidak langsung

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Syukur

Alhamdulillah diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah untuk menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia Projek

Sarjana Muda saya iaitu Prof Madya Dr Nur Emma Binti Mustaffa kerana telah

banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan serta sabar demi untuk saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda dengan baik dan tepat.

Akhir kata, terima kasih kepada semua sahabat SBEC yang sama- sama mencari

data demi untuk menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini dan juga sahabat yang

juga secara langsung atau tidak langsung.

Terima Kasih.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

v

ABSTRAK

Tidak dinafikan industri pembinaan adalah proses yang kompleks yang

melibatkan pelbagai pihak dan disiplin kerja. Pemilihan kaedah pembinaan yang

tepat dapat membantu penyiapan projek pembinaan dengan berkesan dengan isu dan

masalah yang optimum. Building Information Modelling (BIM) ialah sebagai salah

satu proses teknologi pembinaan yang membantu pelbagai pihak mencapai

kelancaran dan keberkesanan proses permulaan sehingga penyiapan projek. Namun,

perubahan teknologi daripada kaedah konvensional kepada teknologi baru juga telah

merubah kontrak pembinaan yang digunakan kepada yang lebih menyokong

perkongsian risiko dan liabiliti dalam kalangan pihak yang

bertanggungjawab.Dengan ini, kajian ini untuk mengkaji tahap kesedaran kontraktor

terhadap perubahan borang kontrak setara di dalam pelaksanaan BIM. Soalan soal

selidik digunakan untuk mengumpul data dan reponden ialah kontraktor G7 yang

beroperasi di negeri Johor dimana seramai 30 responden yang merupakan 14%

daripada sampel yang memberikan maklumbalas. Analisis berdasarkan diskriptif

kekerapan dan analisis min skor menggunakan SPSS 23.0. Dapatan kajian

menunjukkan kontraktor mempunyai kesedaran terhadap perubahan Borang Kontrak

Setara apabila BIM digunakan. Dalam masa yang sama, hanya kontraktor yang tidak

mempunyai kesedaran terhadap hal tersebut adalah terdiri daripada minoriti dari

keseluruhan sampel. Kurang pendedahan mengenai BIM menjadi faktor utama

kontraktor tidak mempunyai pengetahuan dan kesedaran terhadap BIM itu sendiri

dan perubahannya terhadap Borang Kontrak Setara. Ini dapat disimpulkan bahawa

semua pihak samada kerajaan sendiri atau kontraktor perlu memainkan peranan.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

vi

ABSTRACT

Construction industry is a complex process that involves many parties and

disciplines. The selection for an appropriate construction methods can help

construction projects to be completed effectively with an optimal issues and

problems. Conventional construction techniques has been discovered could not cater

the problems arise in a complex projects and this has led to the innovation

technology such as BIM to solve the problems identified. However, the changes of

technology from conventional to the new one affected the construction contracts used

because the current contract seems to be bias more on supportive risk-sharing and

liability among responsible parties. Hence, this research aims to identify the

awareness level of contractor towards the changes of standard form for BIM project

implementation. Questionnaire survey has been distributed to G7 contractors in Johor

and only 30 respondent which is 14% out of sample given the feedback. Data was

analysed using descriptive analysis which were frequency distribution as well as

mean score using SPSS 23.0. Finding shows that contractors are aware on the

changes of standard form for projects that implement BIM. At the same time, only

minority out of sample group of the contractors does not aware on the changes with

the main reason are they did not know BIM technology which led to the low

awareness level. In a nutshell, all parties either government or contractors must play

a significant role to encourage the industry players to have some knowledge

regarding this technology in line with the increasing level of complex projects so that

our industry is not left behind. Generally, this can also help Malaysia to keep a good

image of our construction industry.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN ...................................................................................... 1

1.1 Pengenalan .......................................................................................... 1

1.2 Pernyataan Isu dan Masalah ............................................................... 4

1.3 Persoalan Kajian ................................................................................. 8

1.4 Objektif Kajian ................................................................................... 8

1.5 Skop Kajian ........................................................................................ 9

1.6 Kepentingan Kajian ............................................................................ 9

1.7 Metodologi Kajian ............................................................................ 10

1.8 Organisasi Bab ................................................................................. 12

BAB 2 BUILDING INFORMATION MODELLING .................................................

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

viii

2.1 Pengenalan ........................................................................................ 13

2.1.1 Definisi BIM ............................................................................... 15

2.1.2 Konsep BIM ............................................................................... 17

2.1.3 Objektif BIM .............................................................................. 18

2.1.4 Kepentingan Dan Kelebihan BIM .............................................. 20

2.1.5 Kelemahan dan Cabaran BIM .................................................... 22

2.1.6 Kepentingan Bekerjasama (Kolaborasi) ..................................... 23

2.1.7 Pelaburan untuk penggunaan BIM ............................................. 23

2.1.8 Perlaksanaan BIM ...................................................................... 24

2.1.9 Pengaplikasian BIM dalam Projek Pembinaan .......................... 26

2.1.10 Peralatan BIM ........................................................................... 28

2.1.11 Skop Penggunaan BIM ............................................................. 30

2.2 Definisi Kontrak ............................................................................... 31

2.2.1 Kontrak dalam Pembinaan ......................................................... 32

2.2.2 Akibat dari Perjanjian ................................................................. 34

2.2.3 Perlaksanaan Kontrak ................................................................. 34

2.2.4 Obligasi Kontraktor di dalam Sesuatu Kontrak.......................... 35

2.2.5 Kepentingan Kontrak ................................................................. 36

2.3 Borang Kontrak Setara dalam Sektor Pembinaan ............................ 37

2.3.1 Implikasi Penggunaan Borang Kontrak Setara........................... 39

2.4 Pengenalan Kepada Isu Undang-undang BIM ................................. 41

2.4.1 Isu Undang-undang BIM ............................................................ 41

2.4.1.1 Hak Harta Intelek ................................................................ 41

2.4.1.2 Peruntukan Risiko ............................................................... 44

2.4.1.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional ......................................... 45

2.4.1.4 Kesalingfungsian (Interoperability) .................................... 45

2.4.1.5 Pampasan BIM .................................................................... 46

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

ix

2.4.1.6 Keselamatan Data ................................................................ 47

2.4.1.7 Protokol Proses ICT dan Tanggungjawab ........................... 47

2.4.1.8 Perundangan dan Keutamaan Kehakiman ........................... 48

2.4.1.9 Agensi Sektor Awam ........................................................... 48

2.4.1.10 Syarat-syarat Kontrak ........................................................ 49

2.5 Kontrak BIM/Protokol ..................................................................... 49

2.6 Kesimpulan ....................................................................................... 51

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan ........................................................................................ 52

3.2 Proses Kajian .................................................................................... 53

3.3 Kajian Data ................................................................................... 54

3.4 Rekabentuk Kajian ........................................................................... 55

3.5 Kaedah Pengumpulan Data ........................................................... 55

3.5.1 Data Primer ....................................................................................... 56

3.5.1.1 Borang Soal Selidik ................................................................... 56

3.5.2 Data Skunder ..................................................................................... 57

3.5.2.1 Kajian Literatur .......................................................................... 58

3.6 Kaedah Menganalisis Data ........................................................... 58

3.6.1 Statistik Deskriptif ........................................................................ 59

i. Kaedah Analisis Kekerapan .......................................................... 59

ii. Kaedah Analisis Min Skor ............................................................ 61

3.7 Rumusan ........................................................................................... 63

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan ........................................................................................ 64

4.2 Maklumbalas yang Diterima ............................................................ 65

4.3 Latar Belakang Responden ............................................................... 65

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

x

4.4 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor Terhadap

Perubahan Borang Kontrak Setara Bagi Projek Yang Mengaplikasikan

BIM .................................................................................................... 67

4.4.1 Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada Borang Kontrak Setara

67

4.5 Bahagian Soalan Sokongan Kepada Objektif Kajian ....................... 69

4.5.1 Pengetahuan Responden Mengenai BIM ................................... 69

4.5.2 Tahap Pengetahuan Terhadap BIM ............................................ 71

4.5.3 Kehadiran ke Seminar atau Bengkel Berkenaan BIM ................ 72

4.5.4 Pengaplikasian BIM untuk Projek Responden ........................... 74

4.5.5 Jenis Kategori Projek yang Mengaplikasikan BIM .................... 75

4.5.6 Perolehan untuk Projek yang Mengaplikasikan BIM ................. 76

4.5.7 Jenis Borang Kontrak Setara yang Menggunakan BIM ............. 77

4.5.8 Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan ....................... 79

4.6 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Undang-undang yang

Timbul Apabila BIM Dilaksanakan ................................................... 80

4.6.1 Hak Harta Intelek ....................................................................... 80

4.6.2 Peruntukan Risiko ..................................................................... 82

4.6.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional ............................................... 83

4.6.4 Kesalingfungsian (Interoperability) ........................................... 84

4.6.5 Pampasan BIM ........................................................................... 85

4.6.6 Keselamatan Data ...................................................................... 87

4.6.7 Protokol Proses ICT .................................................................. 88

4.6.8 Perundangan dan Kehakiman .................................................... 89

4.6.9 Agensi Sektor Awam ................................................................. 90

4.6.10 Syarat-syarat Kontrak ............................................................... 91

4.7 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Kepentingan Peruntukan-

peruntukan Apabila BIM Dilaksanakan ............................................. 92

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

xi

4.8 Seksyen Soalan Bahagian Umum Mengenai Pendapat Responden . 95

4.8.1 Faktor BIM tidak Diaplikasikan dalam Kalangan Kontraktor ... 96

4.8.2 Adakah Penggiat Industri di Malaysia Mempunyai Kesedaran

Terhadap Perubahan Borang Kontrak Setara Apabila BIM

Dilaksanakan .............................................................................. 97

4.8.3 Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah Tradisional atau BIM 99

4.8.4 Pandangan Kontraktor Samada BIM Perlu Diwujudkan Borang

Kontrak Khusus atau Sekadar Dokumen Tanbahan ................. 100

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan ...................................................................................... 102

5.2 Rumusan Hasil Kajian .................................................................... 103

5.2.1 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor terhadap

Perubahan Borang Kontrak Setara di Dalam Projek yang

Mengaplikasikan BIM .............................................................. 103

5.3 Masalah yang Dihadapi .................................................................. 104

5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan ............................................ 104

RUJUKAN

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

xii

SENARAI JADUAL

NO

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

Jadual 2.1 :Perlaksanaan BIM dalam projek pembinaan 6

Jadual3.1 :Pengukuran analisis kekerapan 9

Jadual3.2 :Peringkat skala likert bagi kefahaman kontraktor 61

Jadual4.1 :Maklumbalas responden 63

Jadual4.2 :Pengalaman kerja 65

Jadual4.3 :Adakah perlunya pindaan terhadap peruntukan Borang Kontrak Setara

sedia ada 67

Jadual 4.4 :Building Information Modelling 68

Jadual 4.5 : Tahap Pengetahuan BIM 70

Jadual 4.6 :Kehadiran Seminar atau Bengkel BIM 71

Jadual 4.7 :Pengaplikasian BIM untuk Projek 73

Jadual 4.8 :Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM 74

Jadual 4.9 :Kaedah Perolehan yang Digunakan yang Menggunakan BIM 76

Jadual 4.10 :Jenis Borang Kontrak Setara yang Mengaplikasikan BIM 77

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

xiii

Jadual 4.11 :Format Borang Kontrak Setara 78

Jadual 4.12 :Hak Harta Intelek 80

Jadual 4.13 :Peruntukan Risiko 81

Jadual 4.14 :Liabiliti Rekabentuk Profesional 82

Jadual 4.15 :Kesalingfungsian 83

Jadual 4.16 :Pampasan BIM 85

Jadual 4.17 :Keselamatan Data 86

Jadual 4.18 :Protokol Proses ICT 88

Jadual 4.19 :Perundangan & Kehakiman 89

Jadual 4.20 :Agensi Sektor Awam 91

Jadual 4.21 :Syarat-syarat Kontrak 92

Jadual 4.22 :Pengetahuan Responden Mengenai Peruntukan-peruntukan yang

Dipinda Apabila BIM Dilaksanakan 94

Jadual 4.23 :Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM 98

Jadual 4.24 :Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan Borang Kontrak Setara

Sedia Ada Apabila BIM Dilaksanakan 99

Jadual 4.25 : Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah BIM 100

Jadual 4.26 :Adakah Perlu Diwujudkan Borang Kontrak Setara yang Khusus atau

Dokumen Tambahan 101

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

xiv

SENARAI RAJAH

NO

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

Rajah 2.1Alat BIM yang dicadangkan oleh JKR 29

Rajah 3.1 Proses kajian 52

Rajah 3.2Senarai Populasi Kontraktor Gred 7 di Negeri Johor 53

Rajah 3.3Saiz Sampel daripada Bilangan Populasi 53

Rajah 4.1Pengalaman Kerja Responden 65

Rajah 4.2Pendapat Responden Mengenai Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada

Borang Kontrak Setara 67

Rajah 4.3Pengetahuan Mengenai BIM 69

Rajah 2.4Tahap Pengetahuan Responden Terhadap BIM 70

Rajah 4.5Kehadiran Responden ke Seminar atau Bengkel berkenaan BIM 72

Rajah 4.6Pengaplikasian BIM 73

Rajah 4.7Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM 74

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

xv

Rajah 4.8Kaedah Perolehan yang Digunakan untuk Projek yang Menggunakan BIM

76

Rajah 4.9Jenis Borang Kontrak Setara bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM 77

Rajah 4.10Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan untuk Projek yang

Mengaplikasikan BIM 79

Rajah 4.11Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Hak Harta Intelek 80

Rajah 4.12Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Peruntukan Risiko 81

Rajah 4.13Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Liabiliti Rekabentuk

Profesional

Rajah 4.14Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Kesalingfungsian 84

Rajah 4.15Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Pampasan BIM 85

Rajah 4.16Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Keselamatan Data 87

Rajah 4.17Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Protokol Proses ICT 88

Rajah 4.18Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Perundangan dan

Kehakiman 90

Rajah 4.19Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Agensi Sektor Awam 91

Rajah 4.20Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Syarat-syarat Kontrak 93

Rajah 4.21Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM 98

Rajah 4.22Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan yang akan Berlaku Terhadap

Borang Kontrak Setara Sekiranya BIM Dilaksanakan 99

Rajah 4.23 Jawapan Kontraktor terhadap Pemilihan Kaedah Tradisional atau BIM

100

Rajah 4.24 Pandangan Kontraktor Samada BIM Perlu Diwujudkan Borang Kontrak

atau Tidak 102

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

xvi

SENARAI SINGKATAN

BIM - Building Information Modelling

CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia

PAM - Pertubuhan Arkitek Malaysia

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A

Borang Soal Selidik

117

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbang

kepada ekonomi negara Malaysia. Industri pembinaan terus menyokong

pembangunan sosial dengan menyediakan infrastruktur asas (Sundaraj, 2006), dan

pada tahun 2005, permintaan terhadap projek infrastruktur meningkat samada

daripada kerajaan atau swasta yang secara langsung memberi pulangan kepada

ekonomi negara (Sundaraj, 2006). Beberapa masalah seperti kelewatan, tapak bina

kotor, risiko bahaya di tapak bina, kualiti kerja yang rendah dan kemalangan di tapak

bina contohnya projek Supermarket Jaya di Petaling Jaya, Selangor (BERNAMA,

2009), memberi impak negatif kepada industri dan menjadi lambang kelemahan

industri pembinaan di Malaysia.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

2

Walaubagaimanapun, masalah tersebut dapat diatasi dengan penggunaan

komunikasi teknologi maklumat (ICT) sebagai jalan penyelesaiannya. Penggunaan

ICT dalam projek pembinaan membantu mengurus projek dengan berkesan dan

produktif (Sebastian, 2011). ICT memperkenalkan Building Information

Modelling(BIM) atau di dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Informasi

Permodelan Bangunan sebagai alat untuk mengurus keberkesanan projek pembinaan

(Sundaraj, 2011).

Keberkesanan projek pembinaan dapat mengelak daripada berlakunya

masalah semasa fasa sebelum pembinaan, semasa pembinaan dan selepas pembinaan

(NCCER, 2008). Kemajuan komputer bermula pada tahun 1980 apabila arkitek mula

menggunakan komputer untuk merekabentuk (CAD) bangunan yang sebelumnya

hanya menggunakan „T-squares‟ dan pensil (Levy, 2012). Apabila zaman semakin

moden seiring dengan bangunan dan rekabentuk yang semakin kompleks

menyebabkan suatu perubahan diperlukan untuk memenuhi kehendak yang semakin

mendesak.Bagi mereka yang berada dalam industri pembinaan seperti arkitek,

jurutera dan pengurus pembinaan pasti pernah mendengar mengenai BIM. BIM telah

mula mendapat perhatian daripada pihak yang terlibat dalam industri pembinaan di

seluruh dunia (Robinson, 2007).

BIM telah digunakan di banyak negara antaranya Amerika, Australia,

Denmark, Norway, Finland dan Singapura (Ahmad Latiffi et al., 2013; Wong et al.,

2009; dan Furneaux et al., 2008). Di Malaysia, BIM telah diperkenalkan oleh

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak awal 2007 (Ahmad Latiffi et al., 2013 dan

PWD, 2013). Namun, perisian BIM sudah mulai ada pada tahun 2002 lagi (Ahmad

Tarmizi et al., 2012). BIM memberi kecekapan kepada rekabentuk bangunan, malah

juga menyediakan penyelesaian kepada pertikaian (Peter dan Nigel, 2014) serta

pengaplikasian yang bermula daripada peringkat merancang sehinggalah pengurusan

fasiliti bangunan menyediakan persembahan rekabentuk yang mempunyai kos yang

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

3

berkesan dan penggunaan tenaga yang optimum untuk sesuatu projek pembinaan

(Kivits dan Furneaux, 2013).

Isu kelewatan penyerahan projek tidak dapat dipisahkan dengan industri

pembinaan dan menjadi isu utama yang dihadapi serta merupakan berita yang tidak

disenangi pelanggan, ini dapat dilihat melalui Projek Pembinaan Hospital Shah

Alam, Projek Pembinaan Fakulti Pergigian UITM Sungai Buloh dan Projek

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) (JKR, 2011). Maka, BIM berpotensi

menyelesaikan masalah yang dihadapi ini (CREAM, 2014), serta memperbaiki dan

meningkatkan kebolehbinaan rekabentuk bangunan dan konflik antara pihak yang

terlibat (CREAM 2014, Ahmad Latiffi et al. 2013 dan PWD 2011).

Apabila BIM diaplikasikan dengan betul, ia boleh menjimatkan kos melalui

kitaran hayat bangunan bermula dengan rekabentuk, proses pembinaan dan

penyelenggaraan selain meningkatkan kecekapan samada projek kerajaan ataupun

swasta. Proses BIM berpotensi mengurangkan ketidaktepatan dan berlaku konflik

maklumat yang memberi kesan kepada pengurangan kepada perubahan kerja, dan

kelewatan (Peter dan Nigel, 2014). Ini kerana bangunan tersebut dibina secara maya

terlebih dahulu sebelum ia dibina secara fizikal.

Revolusi teknologi, secara digital dan alam maya telah merubah banyak

industri, merubah cara hidup masyarakat dan negara. Lebih 20 tahun yang lepas

masyarakat hanya dapat mendengar muzik hanya dengan membeli kaset di kedai,

namun sekarang sehingga kepada proses pembinaan semuanya telah berubah kepada

teknologi yang begitu pantas selaju peredaran zaman. Sebelum ini, penyediaan

dokumen untuk sesuatu projek pembinaan seperti lukisan, penjadualan dan

perancangan serta spesifikasi ditulis dan disimpan secara salinan keras

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

4

„hardcopy‟. Namun, hari ini, semuanya telah berubah kepada digital daripada

model BIM yang tidak memerlukan kepada penyimpanan secara manual yang

mempunyai kelemahan seperti hilang dalam simpanan atau tidak dijumpai, juga yang

mengambil masa untuk dicari dan sebagainya.

BIM bukan sahaja meningkatkan kelancaran penyiapan projek dan ekonomi

malah ia berpotensi memperbaiki hubungan antara penggiat dalam industri

pembinaan, daripada kontrak tradisional yang berdasarkan kepada hak dan

tanggungjawab tetapi lebih kepada perkongsian tanggungan dan risiko kerana adanya

kolaborasi penuh setiap ahli yang terlibat seperti majikan, arkitek, jurutera,

perunding dan kontraktor (Peter dan Nigel, 2014).

1.2 Pernyataan Isu dan Masalah

BIM menggunakan digital untuk menyatukan atau menggabungkan

(integrated) rekabentuk dan pembinaan pihak-pihak yang terlibat daripada model dua

dimensi (2D) kepada tiga dimensi (3D) dimana kos dan penjadualan boleh

diaplikasikan untuk empat (4D) dan lima dimensi (5D). BIM ialah alat yang

memudahklan kolaborasi rekabentuk, namun, idea ahli yang terlibat telah

menimbulkan isu kontrak. Penggunaan model BIM memerlukan kontrak untuk

menyokong perkongsian risiko dan liabiliti dalam kalangan pihak yang

bertanggungjawab (Gregory, 2011). Kontrak yang digunakan sekarang untuk projek

konvensional tidak dapat menampung isu kontrak yang wujud selepas penggunaan

BIM, kerana itu, kontrak yang ada sekarang perlu dibuat penambahan ke atasnya

atau mewujudkan satu kontrak yang khusus untuk BIM (Koko, 2012).

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

5

Idea perlaksanaan BIM di Malaysia diperkenalkan oleh Pengarah Jabatan

Kerja Raya pada awal tahun 2007 kerana kerajaan sedar BIM berpotensi

mengurangkan kos pembinaan dan mengelakkan masalah pada fasa perancangan lagi

selain berperanan memastikan kolaborasi semua pihak yang terlibat seperti arkitek,

jurutera, kontraktor dan pengurus projek (Ahmad Latiffi et al.,2013; dan Furneaux et

al., 2008).

BIM bukan sahaja sebagai garis panduan yang memudahkan perjalanan

pembinaan bangunan, malah BIM juga dilihat dapat memperbaiki proses pembinaan

di peringkat akhir oleh kontraktor, meningkatkan kefahaman pemilik dalam

penyelesaian reka bentuk serta memperbaiki kualiti dan fungsi serta reka bentuk

terakhir oleh jurutera. Seterusnya, sistemnya juga dapat menyediakan dokumen

pembinaan yang lebih baik serta mampu memperbaiki proses pembinaan dan logistik

dengan lebih baik (Eastman et al., 2011).

Melalui satu aktiviti Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang

dilancarkan pada 10 September 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Tun Razak. Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi utama

Kementerian Kerja Raya sedang berusaha mentransformasikan industri pembinaan

dengan penggunaan sistem dan teknologi terkini seperti BIM secara meluas dalam

sektor pembinaan. Ini adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11

(RMK11) adalah pelaksanaan komprehensif untuk mewujudkan industri pembinaan

yang berterusan di negara ini dan mampu bersaing di arena antarabangsa. Kontraktor

harus menjelmakan syarat kontrak di dalam tender kepada bentuk fisikal, memenuhi

syarat kontrak dan yang akan memberikan kepuasan kepada penerima fasiliti. Setiap

spesifikasi yang dinyatakan dalam kontrak, seperti mutu kerja pembinaan,

mengurangkan berlakunya kecacatan dan sebagainya.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

6

Dalam RMK-11, dalam dokumen perancangan strategi ada menyatakan

dengan kewujudan platform penggunaan BIM, maka penggunaan ICT dalam seluruh

rantaian nilai pembinaan akan dipertingkatkan. Ia adalah untuk meningkatkan

penggunaan BIM dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh kurang mahir

serta secara langsung mengurangkan halangan terhadap penggunaan teknologi dalam

kalangan penggiat industri (RMK-11).

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sepanjang

tahun 2016 telah melancarkan seminar untuk meningkatkan lagi kefahaman dan

minat penggiat industri pembinaan Malaysia terhadap BIM demi memacu teknologi

kearah pembinaan mampan. Seminar tersebut untuk memperkenalkan penggunaan

BIM kepada pihak penguasa tempatan, pemaju, jururunding dan kontraktor serta

kaedah adaptasi yang berkesan dengan kos yang efektif (CIDB, 2016). Malah, sejak

2013 kerajaan sudah mula mempromosikan penggunaan BIM dalam industri

pembinaan seperti kerajaan mengadakan seminar, konferen dan sebagainya untuk

meningkatkan minat penggiat industri terhadap pengaplikasiannya (CREAM, 2014).

Menurut Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, BIM

adalah teknologi yang sangat berkesan dalam mengelakkan pembaziran terhadap

projek pembinaan dan pengurusan bangunan sekaligus sekiranya diaplikasikan BIM

mampu memberi penjimatan sehingga ratusan juta ringgit kepada kerajaan.

Buktinya, projek pertama yang menggunakan teknologi BIM pada tahun

2010 ialah Institut Kanser Negara (IKN) (Ahmad Tarmizi et al., 2012; CREAM,

2014) membawa kejayaan apabila pembinaan IKN yang siap lebih awal daripada

jadual asal (Judin, 2014) dan diikuti projek Kompleks Pentadbiran Suruhanjaya

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

7

Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, Selangor (Ahmad Latiffi et al.,

2013 dan JKR, 2013).

Menurut Pengarah Eksekutif Brunsfield Corporation Sdn Bhd, Mohamad

Hassan Zakaria, BIM merupakan antara sistem ideal yang perlu dipraktikkan,

menerusinya memudahkan mengenal pasti risiko berkaitan projek, membolehkan

syarikat mengaplikasikan BIPD (Body Injury and Property Damage) secara lebih

holistik.

BIM telah mendapat pengikhtarafan antarabangsa sebagai cara untuk

meningkatkan kecekapan (McGraw Hill, 2014a) dan mengurangkan kelewatan dan

pertikaian di dalam industri pembinaan (BSI, 2013).

Namun, menurut Lowe dan Muncey (2009), timbul pelbagai isu dan

persoalan mengenai hubungan kontraktual dan undang-undang terhadap pelaksanaan

BIM. Antaranya, apakah risiko berkongsi digital model dengan pihak lain? Apakah

risiko yang mungkin timbul daripada penggunaan perisian? Bagaimana pula hak

harta intelek dijamin? Apakah kesan kepada perubahan terhadap serahan projek?

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

8

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan penyataan masalah yang dijelaskan mengenai kepentingan

kontrak dalam pelaksanaan BIM. Persoalan kajian telah dikeluarkan iaitu:-

i. Adakah kontraktor sedar berlakunya perubahan terhadap Borang Kontrak

Setara yang digunakan bagi projek yang mengaplikasikan BIM?

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian yang dijalankan ialah :

i. Mengenalpasti tahap kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang

Kontrak Setara bagi projek yang mengaplikasikan BIM.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

9

1.5 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan tertumpu kepada kontraktor Gred 7 yang beroperasi

di negeri Johor. Kajian ini dijalankan terhadap sebilangan sampel daripada jumlah

populasi kontraktor Gred 7 untuk kategori pembinaan kejuruteraan awam dan

bangunan. Responden yang terlibat ialah pihak yang bekerja dengan kontraktor G7

samada pengurus projek, jurutera tapak, penyelia tapak atau jurukur bahan di tapak

projek pembinaan.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mencari alternatif terhadap isu dalam industri

pembinaan di Malaysia masa kini yang menjadi semakin pesat dan seperti cendawan

tumbuh setelah hujan. Maka, imej negara perlu dijaga apabila isu kelewatan,

pembaziran, kualiti dan kos serta pertikaian menjadi barah dalam industri. BIM

merupakan alternatif kerajaan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki kelemahan

yang dihadapi oleh industri pembinaan. Apabila BIM dilaksanakan atau

diaplikasikan tanpa ilmu, maka masalah akan berterusan. Walaubagaimanapun, BIM

telah berjaya diaplikasikan untuk beberapa projek kerajaan, namun, bagaimana

kefahaman pihak yang mengaplikasikan BIM mengenai kontrak iaitu penggunaan

Borang Kontrak Setara. Apakah Borang Kontrak Setara yang digunakan bagi projek

yang mengaplikasikan BIM? Jadi, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap

kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara yang

mengaplikasikan BIM dalam projek pembinaan.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

10

1.7 Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran pihak

kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara bagi projek yang

mengaplikasikan BIM dengan beberapa kaedah yang boleh diambil untuk

menjalankan kajian ini.

Metodologi kajian juga dikenali sebagai kaedah dalam pengumpulan data dan

teknik-teknik menganalisis data yang digunakan untuk membantu mencapai objektif

kajian. Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, terdapat enam peringkat

dalam proses kajian ini iaitu:-

i. Peringkat Pertama- Kajian Awal

Pada peringkat pertama, perbincangan awal merupakan salah satu

proses yang penting untuk menjalankan kajian. Dalam perbincangan inilah

timbulnya isu permasalahan sekaligus terjawab objektif kajian yang ingin

dijalankan. Proses perbincangan ini bersama penyelia dan bersama rakan-

rakan.

ii. Peringkat Kedua-Kajian Literatur

Kajian literatur adalah bertujuan untuk mengumpul data-data yang

berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Sumber kajian literatur daripada

buku-buku, jurnal, artikel, statistik, laporan kerajaan, kajian lepas dan

maklumat yang relevan.

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

11

iii. Peringkat Ketiga-Penyediaan Metodologi Kajian

Metodologi kajian ialah kaedah yang dikenalpasti untuk digunakan

bagi mendapatkan data-data yang ingin diperolehi. Data-data yang berkaitan

dengan penulisan kajian akan dikenalpasti bagi memenuhi objektif yang telah

ditetapkan dalam kajian.

iv. Peringkat Keempat-Pengumpulan Data

Antara langkah yang boleh diambil dalam peringkat keempat ini ialah

melalui borang soal selidik.

a. Borang Soal Selidik

Kaedah borang soal selidik boleh diagihkan dengan cepat, mudah dan

meliputi kawasan yang luas terutamanya jika soalan dibentuk dengan teratur

dan teliti (Mohd Sheffie, 1987).

v. Peringkat Kelima-Analisis dan Rumusan

Pada peringkat ini, di mana semua data-data dan maklumat yang

diperolehi akan dianalisis serta disusun untuk mendapatkan bentuk maklumat

yang akan digunakan untuk tujuan penulisan.

vi. Peringkat Keenam- Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulan kajian akan dibuat berdasarkan hasil daripada analisis

data-data yang diperolehi. Cadangan kajian akan diberikan untuk kajian

seterusnya.

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

12

1.8 Organisasi Bab

Bab 1 – Pengenalan

Bab pertama ialah bab pengenalan yang merangkumi isu kajian, objektif,

kepentingan dan skop kajian serta yang berkaitan. Dalam bab ini juga menghuraikan

secara umum mengenai BIM, kepentingannya dan mengenai isu kontrak yang timbul

dan berlaku perubahan kontrak iaitu Borang Kontrak Setara terhadap industri

pembinaan khususnya pihak yang mengaplikasikan teknologi baru seperti BIM.

Bab 2 – Kajian Literatur

Bab ke 2 pula akan menyentuh mengenai kajian lepas bagi mencari jawapan

kepada objektif kajian yang perlu dihurai dengan lebih lanjut dan tepat.

Bab 3 – Metodologi Kajian

Bab ke 3 menerangkan tentang kaedah kajian yang dilaksanakan, strategi

pnyelidikan yang dijalankan, kaedah pengumpulan data dan analisis dibuat terhadap

dapatan.

Bab 4 – Analisis Data

Manakala Bab ke 4 akan membincangkan tentang hasil analisis dapatan data.

Bab 5 – Cadangan dan Kesimpulan

Terakhir, kesimpulan dan cadangan terhadap kaji selidik yang dijalankan

akan dinyatakan di dalam Bab 5.

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

13

BAB 2

BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM)

2.1 Pengenalan

Seperti sedia maklum, dalam setiap projek pembinaan, kecekapan dan

ketepatan dari segi waktu, kualiti dan kos sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan.

Semakin moden sesebuah zaman, semakin kompleks pembinaan bangunan atau

infrastruktur khususnya, maka semakin majulah teknologi. Begitu jugalah dengan

teknologi BIM masa kini yang diaplikasikan kepada projek pembinaan. BIM bukan

sesuatu yang baru dalam industri pembinaan malah sudah diperkenalkan pada awal

tahun 2007 lagi (Ahmad Latiffi et al., 2013 dan JKR, 2013).

Kebanyakan projek pembinaan di Malaysia yang menggunakan kaedah

pembinaan tradisional, sinonim dengan isu melakukan kerja yang sama berulang

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

14

kali, kelewatan, kos yang meningkat, kelemahan dari segi kordinasi dan komunikasi

(Nawi et al. 2014). Menurut Nawi (2014) juga, salah satu penyelesaian dalam

merekabentuk dan pembinaan untuk meminimumkan jurang itu ialah dengan

mengambil langkah atau pendekatan menyatukan atau menggabungkan (integrated).

Menurut Latiffi et al. (2013), BIM berpotensi untuk mengurangkan kos dan

mengelakkan masalah pada peringkat merekabentuk dalam fasa perancangan. BIM

ialah satu platform teknologi maklumat (IT) yang memberi kelebihan kepada proses

perancangan, rekabentuk, pembinaan dan operasi bangunan dalam dimensi 3D untuk

menggalakkan kolaborasi dan penyatuan antara pihak di dalam senario industri

pembinaan.

Kelemahan dari segi pra-perancangan projek dan ketidakjelasan proses

pembinaan oleh klien membolehkan kepada salah tafsir dan salah faham terhadap

keputusan yang dihasilkan (Kestle, 2009). Fenomena inilah yang melanda proses

perolehan secara tradisional apabila klien melantik perunding bagi pihaknya untuk

menghasilkan rekabentuk, dan kontraktor memantau proses fasa pembinaan.

Maka, BIM menawarkan penyelesaian kepada masalah pengurusan dan

komunikasi dengan penyelesaian penyatuan (integrated) kepada masalah yang

dihadapi oleh kaedah tradisional ini. Teknologi BIM juga sebagai kunci kepada

penggiat industri untuk menjalinkan komunikasi yang berkesan sebelum pembinaan

bermula (CREAM, 2014). Tambahan lagi, BIM semakin meningkat penggunaannya

untuk projek pembinaan yang kompleks dengan kaedah teknologi maklumat yang

disokong untuk suatu projek pembinaan di Malaysia (Latiffi et al. 2013).

Penulisan dalam bab ini adalah berdasarkan kajian literatur dari pelbagai

sumber yang terdiri daripada buku, artikel, jurnal, konferens dan yang berkaitan. Bab

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

15

ini membincangkan mengenai pengenalan kepada BIM itu sendiri dan untuk

menjawab objektif kajian iaitu mengkaji kesedaran kontraktor terhadap perubahan

Borang Kontrak Setara bagi projek yang mengaplikasikan BIM.

2.1.1 Definisi BIM

Menurut Parrott dan Bomba (2010), dalam Institut Arkitek Amerika (AIA),

BIM boleh diringkaskan sebagai maklumat projek yang digital, mempunyai

hubungan ruang dan saiz, boleh diukur, dan maklumat senang untuk diakses.

Menurut Sofyan (2015), BIM juga teknologi yang mengumpulkan data

sepanjang kitaran hayat bangunan bermula dari pembinaan sehingga penyiapan dan

runtuhan. Proses yang melibatkan hubungan antara ruang, kuantiti dan kualiti setiap

komponen yang memberi kemudahan terhadap kerja membaik pulih serta

pemantauan operasi dalam bangunan.

BIM adalah satu model digital bangunan yang mengandungi pelbagai

maklumat geometri, fungsi, ciri atau parameter yang dihasilkan melalui beberapa

perisian berkaitan dan juga yang boleh divisualisasikan secara fizikal 3D (Azhan,

2016).

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

16

BIM ialah proses aset terperinci dalam bentuk digital yang akan direka dan

dibina (Joyce dan Houghton, 2014). BIM ialah kemudahan ciri-ciri dari segi fungsi

dan fizikal yang dalam bentuk digital, perkongsian sumber maklumat mengenai

kemudahannya yang membolehkan membuat keputusan semasa kitaran hayat

bangunan (National Institute of Building Science, 2007:p.22).

BIM juga ialah suatu set polisi, proses dan teknologi yang menghasilkan

kaedah pengurusan rekabentuk bangunan dan data projek dalam bentuk digital

melalui kos kitaran hayat bangunan (Succar 2009:p.357 dan Penttila, 2006).

Olatunji (2012), pula berpendapat BIM boleh dikenalpasti sebagai sistem

digital yang memudahkan pengumpulan data yang membolehkan keperluan

pengguna di analisis untuk menghasilkan maklumat dan membuat keputusan

terhadap perkara kos serta penambahbaikan proses penyiapan dan penyerahan

projek. Manakala, dari perspektif rekabentuk pula ialah keutamaan dalam

kebersamaan yang melibatkan kumpulan pekerja, bahan dan proses yang melangkau

pelbagai bidang ilmu.

Menurut National Institute of Building Science (2014), juga mengatakan BIM

ialah pendekatan baru yang membolehkan maklumat rekabentuk, pembinaan dan

operasi dicapai dan digunakan.

Berdasarkan buku Handbook BIM, menurut Eastman (2008), BIM sejenis

teknologi parametrik 3D, perubahan objek automatik akan berubah apabila

perubahan dibuat terhadap objek. Sebagai contoh, pintu akan automatik sesuai

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

17

dipadankan dengan dinding, plug lampu akan automatik ditempatkan sesuai di

sebelah pintu, saiz dinding akan di ubah sesuai dengan siling atau bumbung.

Menurut Eastman et al. (2011) lagi, BIM adalah penambahbaikan dari segi

perancangan, rekabentuk, pembinaan, operasi dan proses penyelenggaraan yang

mempunyai semua maklumat berkaitan dalam bentuk format melalui kitaran hayat

bangunan.

Berdasarkan definisi-definisi yang dijelaskan di atas, BIM dapat dirumuskan

sebagai satu sistem yang menyatupadukan fasa kitaran hayat projek bermula dari

peringkat perancangan atau konseptual, rekabentuk, pembinaan, operasi, pembaikan

dan pembuangan. BIM juga satu kaedah digital yang lebih banyak membantu dari

segi masa, kualiti dan kos industri pembinaan khususnya di Malaysia, iaitu cepat dan

lebih tepat, lebih berkualiti rekabentuk sesuatu bangunan dan lebih menjimatkan

kerana pertindihan yang berlaku dapat dikesan sekaligus mengelak berlakunya

pembaziran.

2.1.2 Konsep BIM

BIM telah diperkenalkan sejak 1970 oleh Professor Charles M. Eastman

(Eastman et al., 2008 dan Forbes at al., 2011). Perlaksanaan BIM semakin mendapat

perhatian di beberapa Negara seperti United Kingdom (UK), Australia, Hong Kong,

Denmark, Norway, Finland dan Singapura (Furneaux et al., 2008 dan NIBS, 2007)

Page 38: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

18

dan negara pertama yang mengaplikasinya ialah Amerika Syarikat (USA) (NIBS,

2007). Penggunaan BIM akan meningkat dan pulangan yang positif akan diperolehi

serta menyediakan komunikasi dan kolaborasi antara pihak yang terlibat dengan

berkesan (Young et al., 2009).

Walaupun BIM akan digunakan secara meluas dalam industri pembinaan,

tetapi kemahiran dan ilmu akan menentukan keberkesanan penggunaan BIM

(Hartmann dan Fischer, 2008; Gu dan London, 2010; Wong et al., 2011).

Menurut Succar (2009), terdapat 3 peringkat dalam pelaksanaan BIM;

1) Peringkat pertama- permodelan berdasarkan objek (object-based)

2) Peringkat kedua- kerjasama berdasarkan model (model-based)

3) Peringkat ketiga- integrasi berdasarkan sistem rangkaian/jaringan (network-based)

2.1.3 Objektif BIM

Ekoran pertikaian menjadi semakin barah dalam industri pembinaan (Cheung

dan Pang, 2013; NBS, 2013b), untuk membawa perubahan positif, UK telah

mengenalpasti suatu set objektif strategi (Cabinet Office, 2011) iaitu salah satunya

ialah BIM.

Page 39: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

19

BIM telah mendapat pengikhtirafan antarabangsa sebagai cara untuk

meningkatkan kecekapan (McGraw Hill, 2014a) dan mengurangkan bilangan

kelewatan serta pertikaian dalam industri pembinaan (BSI, 2013).

Oleh sebab itu, kerajaan menggalakkan penggiat industri melaksanakan BIM

untuk projek pembinaan kerana BIM berpotensi besar menyelesaikan masalah dalam

projek pembinaan. BIM juga boleh menghalang pertikaian antara ahli terlibat,

menghasilkan kuantiti yang tepat untuk setiap struktur bangunan, dan mengurangkan

kos pembinaan serta kelewatan penyiapan projek (JKR, 2013). BIM ialah cara

bekerjasama (HMG, 2012) yang boleh meningkatkan perlaksanaan projek

(Greenwood dan Wu, 2012) dan menghasilkan hasil yang baik dari segi perancangan,

rekabentuk dan proses pembinaan (AGC, 2006: p.3).

Galakan daripada kerajaan terhadap pengaplikasian dan pembangunan BIM

dalam industri pembinaan sendiri sejajar dengan visi yang dinyatakan dalam

Construction Industry Master Plan (CIMP), di mana untuk menghasilkan kelas

industri pembinaan yang berinovatif dan berpengetahuan terhadap penyelesaian

global (CREAM 2014, Enegbuma 2013 dan Sundaraj 2007).

Page 40: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

20

2.1.4 Kepentingan Dan Kelebihan BIM

Lima kelebihan utama perlaksanaan BIM dalam industri pembinaan boleh

dilihat pada setiap fasa pembinaan (JKR, 2013; Cho et al., 2011; dan Furneaux et al,

2008). Antaranya;

1. Aspek rekabentuk

2. Aspek bajet

3. Aspek komunikasi

4. Aspek dokumentasi

5. Aspek penjadualan

Menurut Azhan (2016), antara faedah BIM ialah;

1. Rekabentuk model dapat dipersembahkan secara 3D.

2. Kolaborasi dan koordinasi dengan lebih berkesan terhadap rekabentuk

bangunan dan konflik pada peringkat awal dapat dikurangkan.

3. Dapat menghasilkan anggaran kos awalan projek melalui integrasi di antara

model dan kos.

4. Pemilik bangunan dapat menggunakan informasi model setelah pembinaan

siap untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan bangunan.

5. Meningkatkan tahap sistem penyampaian projek berintegrasi.

Page 41: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

21

Menurut Joyce dan Houghton (2014), penggunaan teknologi BIM

meminimumkan masa pembinaan, mengelak berlakunya pembaziran, menggalakkan

atau memupuk pengurusan dan penyelenggaraan yang cekap, meningkatkan

kesihatan dan keselamatan semasa pembinaan, penyelenggaraan, meningkatkan nilai

serta menyumbang kepada target pengurangan penggunaan karbon yang merbahaya.

Selain itu, kelebihan BIM yang lain ialah proses yang lebih efektif dan cepat

dimana maklumat senang dikongsi dan ditambah baik nilainya dan digunakan.

Rekabentuk yang lebih baik, pengawalan kos kitaran hayat, penghasilan kualiti yang

baik, digital produk data, perkhidmatan pelanggan yang baik serta data kitaran hayat

iaitu keperluan, reka bentuk, pembinaan dan operasi boleh digunakan untuk

pengurusan fasiliti (Salman 2016).

BIM ialah teknologi baru yang telah lama diperkenalkan yang dilihat sebagai

jaminan kepada industri pembinaan untuk rekabentuk maya yang membenarkan

pihak terlibat terjamin dari segi kos yang berkesan serta kecekapan pembinaan

(Richard dan Jason, 2009).

Kebaikan untuk kedua-dua pihak sektor awam dan swasta terutamanya dalam

aspek risiko, pengurangan kos, meminimumkan bahan buangan, pemendekkan

tempoh projek dan kelancaran penyiapan dan penyerahan (Derek, 2013).

Page 42: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

22

2.1.5 Kelemahan dan Cabaran BIM

Data BIM tunggal atau model BIM digunakanbersama perisian dan alatan

yang lain. Teknologi menjanjikan BIM mempunyai asas idea kesalingfungsian dan

integrasi maklumat sepenuhnya yang dibenarkan oleh ICT dan keseragaman

(Paavola, 2014). Namun, menurut Volk et al., (2014), melihat kesalingfungsian dan

sistem integrasi sebagai cabaran besar yang berpanjangan bagi BIM.

Cabaran seterusnya ialah, BIM dan transformasi kerjasama. Sebahagian BIM

rhetoricialah membenarkan teknologi yang bersepadu dan memerlukan cara integrasi

untuk berkerjasama (Paavola, 2014). Sebahagian pemerhati, menyimpulkan

peningkatan penggunaan BIM tidak menyebabkan perubahan kualitatif kepada asas

cara disiplin bekerjadalam projek pembinaan. Neff (2010), menyimpulkan dalam

kajiannya mengenai BIM ialah “ walaupun penggunaan BIM bermula 2007 lagi,

amalan kerja yang menyokong peningkatan kerjasama dan perkongsian maklumat

merentasi sempadan organisasi dan disiplin perlahan muncul. Beberapa kajian

menunjukkan bahawa struktur yang berpecah belah menyumbang sikap permusuhan

yang tidak membentuk kepercayaan kerjasama (Bishop, 2009). Organisasi dan isu

undang-undang seolah olah menjadi halangan utama untuk kerjasama lanjutan

(Dossick, 2010). Forgues dan Koskela (2009), melaporkan bagaimana perpecahan

yang mengecewakan penubuhan sebuah pasukan bersepadu dalam projek Kanada.

Usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pembangunan kontrak hubungan

pelbagai pihak berdasarkan perkongsian risiko dan keuntungan (Lahdenpera, 2012).

Penggunaan BIM semasa kitaran hayat penuh bangunan ialah mimpi yang

jauh daripada realiti sebenar. Salah satu cabaran utama dalam pembangunan BIM

seolah-olah bahawa penggunaan BIM dan kemaskini terakhir semasa fasa

pembinaan. Walaupun terdapat minat yang semakin meningkat dalam penggunaan

Page 43: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

23

BIM dalam pengurusan kemudahan, ia masih tidak jelas bagaimana BIM boleh

realistik digunakan dalam pengurusan kemudahan, dan ada data empirikal sedikit

mengenai topik ini (Becerik-Gerber, 2012). Pengkaji tidak mempunyai kepercayaan

dalam model BIM, kerana beliau menganggap bahawa subkontraktor mungkin

menyimpang daripada model reka bentuk, dan perubahan ini tidak dibawa ke model.

Beliau meragui samada pihak yang terlibat semasa projek mempunyai keupayaan

yang mencukupi, masa atau motif untuk mengemaskini model ke model yang seperti

yang terbina. Bukti berdasarkan penyelidikan yang sangat sedikit pada peningkatan

produktiviti pelaksanaan BIM (Gray, 2013). Berdasarkan kajian, Becerik-Gerber dan

Rice (2010), membuat kesimpulan bahawa kebanyakan responden menyatakan

bahawa ia adalah terlalu awal untuk menentukan nilai BIM, kerana industri ini masih

di awal peringkat penggunaan BIM.

2.1.6 Kepentingan Bekerjasama (Kolaborasi)

Menurut Barrat (2004), kolaborasi antara ahli terlibat memerlukan beberapa

perkara. Antaranya, kolaborasi budaya, saling memberi kepercayaan, perubahan

maklumat, alat dan teknologi, dan strategi perancangan. Pembangunan teknologi dan

alat menyokong untuk menghadapi permintaan yang unik dan kompleks (Grudin,

1994).

2.1.7 Pelaburan untuk penggunaan BIM

Page 44: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

24

BIM ialah proses di mana ia disokong oleh ‘software’ dan ‘hardware’yang

memerlukan pelaburan dari segi masa dan wang.

Pembelian, penyelenggaraan dan penambahbaikan perisian untuk menyokong

penggunaan BIM lebih mahal berbanding pakej konvensional CAD (Stowe et

al.,2014).

2.1.8 Perlaksanaan BIM

Pengaplikasian BIM dalam projek pembinaan ialah sebagai contoh terbaik

dan matang (Eastman et al., 2008).

Tocoman Proffesional Services, Finland mendakwa lebih 200 projek yang

menggunakan BIM menghasilkan lebih baik infrastruktur dengan kepuasan

pelanggan/klien.

Perlaksanaan BIM dilihat lebih sesuai untuk projek yang berisiko tinggi dan

kompleks (JKR, 2011) dimana perlaksanaannya terhadap kontraktor tempatan yang

Gred 1 (G1) sehingga Gred 6 (G6) belum bersedia untuk mengambil langkah positif

ini untuk mengaplikasikan BIM dalam projek pembinaan. Hal ini kerana, pelaburan

Page 45: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

25

pada permulaan yang memerlukan kos yang tinggi untuk membeli alat BIM seperti

Revit Arkitek, Revit Struktur dan Navis serta penggunaan teknologi maklumat yang

menyukarkan bagi mereka (JKR, 2011).

Untuk menangani isu tersebut, kerajaan Malaysia memperuntukkan geran

kepada pelajar pra-siswazah dan organisasi atau individu untuk menerima latihan

mengenai panduan penggunaan alat BIM yang disediakan oleh Multimedia Super

Coridor (MSC) (Utusan Malaysia, 2012).

BIM digunakan untuk tujuan (Salman 2016):-

1) Maya : menggunakan perisian 3D untuk meningkatkan produktiviti dalam

rekabentuk pembinaan bangunan.

2) Struktur/ lukisan : menyenangkan menghasilkan lukisan pelbagai sistem

bangunan.

3) Anggaran kos : anggaran kos dipaparkan melalui perisian BIM. Kuantiti bahan

automatik berubah apabila model bangunan berubah.

4) Urutan/susunan pembinaan : susunan jadual yang efektif untuk semua komponen

bangunan.

Page 46: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

26

5) Konfliks, gangguan dan pelanggaran : BIM dibina menggunakan perisian 3D,

semua sistem automatik disemak apabila berlaku gangguan pemasangan komponen

bangunan.

6) Analisis forensik : mudah dikenalpasti apabila mempunyai potensi kegagalan,

kebocoran, peralihan plan dan sebagainya.

2.1.9 Pengaplikasian BIM dalam Projek Pembinaan

Pengaplikasian BIM dalam projek pembinaan memberi banyak manfaat

selain meningkatkan keberkesanan komunikasi antara ahli yang terlibat dalam

industri dan mempercepatkan keputusan rekabentuk (Cho et al.,2011). Tambahan

lagi, penggunaan BIM juga dapat mengurangkan penggunaan tempoh masa dan kos

pembinaan semasa peringkat rekabentuk kerana pertindihan dapat dikenalpasti (JKR,

2013).

Menurut Derek (2013), dalam pengaplikasian BIM untuk projek pembinaan,

beberapa langkah perlu diambil. Amalan kerja perlu diubah dan dilatih untuk

menggunakan sistem dengan berkesan. Hubungan pihak yang terlibat dalam kaedah

pembinaan tradisional/ konvensional) diganti dimana, jurutera struktur, jurutera

mekanikal dan elektrikal , arkitek, dan kontraktor perlu mengetahui impak daripada

idea yang disumbangkan kepada model, yang bermaksud perlu memahami setiap

kerja ahli yang terlibat. Kolaborasi dan perkongsian maklumat adalah faktor kritikal

kejayaan pengaplikasian BIM dalam sesuatu projek pembinaan (Derek, 2013).

Page 47: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

27

Menurut Derek (2013) lagi, terdapat dua faktor terpenting yang memberi

impak yang besar apabila pertukaran data:

1. Semasa kontrak bangunan dianugerahkan, apabila model rekabentuk diberikan

kepada kontraktor yang mempunyai tanggungjawab untuk memiliki dan

membinanya.

2. Semasa projek telah siap, apabila aset dimodelkan, yang mempunyai semua

informasi bangunan yang diperlukan untuk mengoperasikan bangunan, diserahkan

semula kepada klien oleh kontraktor.

BIM diaplikasikan kepada setiap fasa pembinaan, iaitu fasa sebelum

pembinaan, semasa pembinaan dan selepas pembinaan (CREAM, 2012; JKR, 2011;

dan Furneaux et al., 2008).

Jadual 2.1 : Perlaksanaan BIM dalam projek pembinaan

Fasa Peringkat

Kegunaan

BIM

Sebelum

Pembinaan

Perancangan Mengenalpasti susunan jadual atau isu fasa

Rekabentuk

Menghasilkan komunikasi yang baik dan

keputusan rekabentuk yang cepat

Pertindihan dikesan dan dianalisis

Meningkatkan keberkesanan rekabentuk

Penjadualan

Membolehkan pengurus projek dan

kontraktor melihat perjalanan susunan kerja,

peralatan, bahan dan kemajuan terhadap

logistik dan tempoh masa yang ditetapkan

Page 48: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

28

Fasa Peringkat

Kegunaan

BIM

Anggaran

Membolehkan proses pengiraan terus

daripada model 3D

Analisis

Tapak Mengurangkan kos perobohan dan utiliti

Semasa

Pembinaan Pembinaan

Membolehkan proses pembinaan dijalankan

termasuk jalan keluar masuk, laluan trafik,

jentera dan bahan di tapak

Menyediakan aliran wang keluar dan

kawalan kos yang baik

Membolehkan kerja pada masa, susunan

sumber yang teratur dan pengurusan tapak

bina yang baik

Selepas

Pembinaan

Operasi/

Pengurusan

fasiliti

Pengurusan fasiliti yang proaktif

Menyediakan jadual penyelenggaraan dan

sejarah penyelenggaraan

(Sumber: CREAM 2012)

2.1.10 Peralatan BIM

BIM diperkenalkan dengan banyak fungsi dan jenis. Setiap alat untuk BIM

mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu untuk mengurus aktiviti yang berlainan

dalam projek pembinaan. Antaranya ialah Revit, Tekla, Bentley, Autodesk, Vico dan

Cost X (CREAM, 2012). Pemilihan peralatan BIM berdasarkan empat perkara iaitu

kebolehan komunikasi, ketepatan, kebolehgunaan dan kebolehpercayaan pertukaran

data (JKR, 2013).

Page 49: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

29

Kebolehan komunikasi boleh dilihat melalui proses BIM mengenalpasti kunci

proses dan tanggugjawab dan peranan setiap ahli yang terlibat (MSC, 2013).

Ketepatan semasa proses pengiraan kuantiti boleh mengurangkan bilangan kesilapan

yang berkaitan dengan pengukuran semasa proses anggaran (Nassar, 2012).

Dari aspek kebolehgunaan, alat BIM seperti Revit Arkitek and Revit Struktur

boleh untuk merealisasikan proses pembinaan melalui simulasi 4D dan mengesan

pertindihan (Autodesk, 2013). Tambahan, ini disokong dengan kejayaan projek

seperti USA, UK, Hong Kong dan Australia (Furneaux, 2008). Pertukaran data

antara arkitek dan jurutera struktur mesti disahkan sebelum model dibangunkan dan

memudahkan proses rekabentuk elektrik dan mekanikal, anggaran dan proses

pembinaan (Autodesk, 2008).

Alat yang disebut di atas adalah sebagai jalan perlaksanaan untuk kerajaan

Malaysia dan telah diiktiraf secara rasmi oleh JKR pada 25 Februari 2010 (JKR,

2013). Revit ialah alatan yang dicadangkan oleh JKR sebagai alat yang boleh

diaplikasikan dalam projek pembinaan dimana terdapat Revit Arkitek, Revit

Struktur, dan Revit Mekanikal dan Elektrikal (M&E) (Ahmad Latiffi et al. 2013,

JKR 2013).

Page 50: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

30

Rajah 2.1: Alat BIM yang dicadangkan oleh JKR

(Sumber: JKR, 2013)

2.1.11 Skop Penggunaan BIM

Menurut Azhan (2016), antara skop penggunaan BIM adalah seperti berikut;

Penggiat industri Alat BIM

1

2

3

4

5

6

Arkitek

Jurutera

Mekanikal

Jurutera

Elektrikal

Pengurus Projek

Jurukur Bahan Cost-X

Navisworks

Revit MEP

Revit MEP

Revit Struktur

Revit Arkitek

Jurutera Struktur

Page 51: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

31

1. Pemodelan tapak sedia ada

2. Analisis tapak

3. Pengaturan ruang

4. Analisis kejuruteraan struktur

5. Penyediaan rekabentuk

6. Kajian semula rekabentuk

7. Anggaran kos

8. Perancangan fasa pembinaan

2.2 Definisi Kontrak

Dokumen kontrak ialah satu dokumen perjanjian di antara dua pihak atau

lebih samada pihak klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk

melaksanakan sesuatu projek secara lisan atau bertulis untuk waktu tertentu, syarat-

syarat tertentu, hak dan tanggungjawab pihak yang berkontrak dan dikuatkuasakan

oleh undang-undang.

Page 52: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

32

2.2.1 Kontrak dalam Pembinaan

Projek pembinaan ialah aktiviti penghasilan produk yang mempunyai

pelbagai dimensi. Salah satu daripada dimensinya ialah dari aspek perniaagaan.

Perniagaan dunia hari ini mempunyai hubungan kontraktual, dan aspek perniagaan

dalam pembinaan memerlukan hubungan kontraktual antara semua pihak

diwujudkan. Peranan utama yang dimainkan dalam kontrak dirujuk kepada

kontraktor.

Fungsi dokumen kontrak ialah sebagai alat pengurusan dalam mengawal

mutu kualiti kerja dan sumber perundangan jika mutu kualiti ini tidak tercapai

(Atiyah, 1986). Oleh itu, kontrak perjanjian yang ditandatangani mestilah dibaca dan

difahami oleh pihak yang menerima perjanjian tersebut supaya tidak berlaku

pertikaian kemudian hari. Perjanjian yang dilaksanakan mestilah munasabah dan

diakui oleh undang-undang untuk dilakukan. Kontrak akan mengikat pihak-pihak

yang terlibat apabila dia telah menandatangani dokumen yang mengandungi terma-

terma kontrak walaupun dia tidak membacanya ataupun tidak memahami secara jelas

kontrak tersebut. Persoalan yang timbul dalam berkontrak:

1. Siapa pihak yang berkontrak?

2. Apa perjanjian yang dipersetujui?

3. Aspek lain perjanjian kontrak.

Badan undang-undang ditubuhkan untuk pelbagai aspek hubungan

kontraktual. Hal ini kerana, isu tersebut sentiasa berlaku dalam situasi pembinaan,

Page 53: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

33

bahasa kontrak dalam industri pembinaan dan pelbagai borang kontrak seragam telah

diwujudkan.

Setiap transaksi perniagaan mempunyai format seragamnya yang tersendiri

begitu juga dalam industri pembinaan, ia dikenali sebagai format kontrak seragam

pembinaan dimana didalamnya terdapat terma-terma dan syarat-syarat yang pihak-

pihak yang terlibat dalam pembinaan perlu patuhi.

Setiap projek pembinaan memerlukan ahli kumpulan yang unik untuk

merancang, merekabentuk dan memastikan projek berjalan baik. Skop peranan dan

tanggungjawab setiap ahli yang terlibat bergantung kepada bagaimana tindakan dan

kerja dalam setiap peringkat kerja. Umumnya, tanggungjawab pihak terlibat telah

dinyatakan dalam borang perjanjian antara klien dan kontraktor.

Kontrak Swasta: Kontrak tidak terikat kepada prosedur yang ditetapkan oleh

kementerian kewangan yang lazimnya melibatkan kontraktor dan kliennya ialah

sector swasta sendiri. Contohnya, Borang Kontrak PAM, IEM, dan CIDB.

Manakala, kontrak awam melibatkan JKR sebagai pelaksana, pelanggan dan

pengguna serta kontraktor. JKR sebagai pemula dan pengguna akhir iaitu sebagai

penasihat teknikal, merancang, merekabentuk, membina dan menyelenggarakan.

Contohnya, format seragamnya ialah Borang JKR 203.

Page 54: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

34

Namun, terdapat kelemahan dalam borang seragam kontrak dimana ia hanya

sesuai untuk pengurusan kontrak pembinaan secara konvensional. Penggunaannya

tidak sesuai yang melibatkan inovasi-inovasi baru. Ia juga menutup peluang pihak-

pihak dalam industri pembinaan memperkenalkan inovasi-inovasi baru dalam

pengurusan kontrak. Lantaran itu, pindaan terhadapnya perlu dibuat untuk bahagian

yang khusus yang tidak terdapat dalam kontrak sebelum ini. Namun, apa yang

penting, semua pihak yang berkontrak perlu faham mengenai fasal-fasal yang

terkandung di dalam setiap dokumen kontrak agar tidak mendatangkan masalah di

kemudian hari (Abdul Aziz).

2.2.2 Akibat dari Perjanjian

1. Perjanjian mengikat para pihak yang berkontrak.

2. Perjanjian tidak dapat dibatalkan sepihak.

3. Perjanjian harus dilaksanakan dengan iktikad yang baik.

2.2.3 Perlaksanaan Kontrak

Perlaksanaan tanggungjawab yang sempurna seperti yang terkandung di

dalam kontrak akan membolehkan sesuatu kontrak akan tamat dengan sendirinya.

Page 55: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

35

Perlaksanaan kontrak adalah tanggungjawab yang boleh dikuatkuasakan melalui

saluran undang-undang. Apabila tanggungjawab kontrak sudah dilaksanakan dengan

sempurna, hubungan dari sudut undang-undang kontrak sudah dianggap selesai

antara pihak yang berkontrak.

2.2.4 Obligasi Kontraktor di dalam Sesuatu Kontrak

Menurut Ezad (2010), obligasi kontraktor berdasarkan kaedah perolehan

tersebut:

1. Kontrak Tradisional : Obligasi untuk membina sahaja

2. Kontrak Reka dan Bina : Obligasi untuk merekabentuk dan membina sesuatu

projek pembinaan.

3. Kontrak Pengurusan : Obligasi untuk mengurus sahaja.

Di dalam kontrak tradisional, perunding rekabentuk menyediakan rekabentuk

bangunan serta kontraktor hanya membina sahaja menurut apa yang ternyata di

dalam dokumen kontrak. Tanggungjawab kegagalan bangunan bergantung kepada

jenis kegagalan tersebut. Sekiranya bangunan tersebut berpunca daripada kecuaian

rekabentuk, tindakan akan diambil terhadap pereka bentuk. Manakala, sekiranya

berpunca daripada mutu kerja yang tidak sempurna dan baik, majikan akan

Page 56: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

36

mengambil tindakan terhadap kontraktor. Keberkesanan bergantung kepada

rekabentuk bangunan yang dihasilkan oleh perekabentuk.

Tanggungjawab pelaksanaan projek dikongsi oleh pemilik, kontraktor dan

perekabentuk dan memerlukan komunikasi dan penyelarasan yang berkesan dimana

kaedah konvensional atau tradisional dilaksanakan. Manakala, kaedah reka dan

binapada konsepnya menawarkan kelebihan dari segi kawalan terhadap tempoh

pelaksanaan, integrasi disntara pereka dan pembina yang meningkatkan perhubungan

serta pasukan projek reka dan bina mempunyai insentif untuk mengawal kos secara

keseluruhan dan keputusan boleh dibuat lebih cepat (JKR, 2007).

Berbeza dengan kontrak yang mengaplikasikan BIM kerana semua pihak

dalam projek tersebut akan terlibat dan bertanggungjawab atas semua input atau idea

yang dicadangkan. Hubungan kontraktual antara pihak yang berkolaborasi dalam

satu pusat (one center) iaitu BIM.

2.2.5 Kepentingan Kontrak

Kontrak perjanjian ialah dokumen perjanjian yang sangat penting yang

menentukan skop kerja dan mengikat majikan atau klien dengan pelaksanaan kerja

kontraktor dan pembayaran. Ia sangat penting untuk kontraktor memahami skop

kerja yang terkandung dalam kontrak perjanjian, penyiapan kerja seperti dalam

jadual dan sebagainya (Juan, 2016).

Page 57: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

37

Menurut Juan (2016), kontrak perjanjian mestilah:-

1. Dalam bentuk tulisan

2. Mengandungi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan

3. Dokumen yang jelas dan faham oleh kedua-dua belah pihak

4. Mengandungi polisi pembatalan dan penamatan kerja

5. Mempunyai terma kewangan yang jelas

2.3 Borang Kontrak Setara dalam Sektor Pembinaan

Borang kontrak setara ialah piawaian yang dicetak yang dibentuk oleh badan-

badan yang tertentu. Borang kontrak mengandungi syarat-syarat tertentu yang

melibatkan pihak tertentu dan tiada rundingan mengenainya. Dalam kontrak

pembinaan, perjanjian bertulis akan dilaksanakan bagi mengikat pihak-pihak yang

berkontrak untuk mengenalpasti hubungan dan tanggungjawab (Zaghloul and

Hartman, 2003). Perjanjian dalam kontrak penting untuk memastikan pihak

berkontrak mematuhi peranan dan peraturan (Semple et al., 1994).

Kelebihan penggunaan borang kontrak setara ialah menyebarkan risiko sama

rata kepada majikan dan kontraktor (Nazib, 2010). Manakala, kelemahannya ialah

mengandungi syarat-syarat yang susah untuk difahami dimana tafsiran oleh pihak-

pihak boleh menimbulkan pertikaian (Nazib, 2010).

Page 58: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

38

Borang kontrak setara yang digunakan di luar Negara ialah seperti JCT 1998

(Joint Contracts Tribunal) untuk kerja-kerja bangunan bagi sector swasta dan pihak

berkuasa tempatan di UK. ICE 1979 (Pindaan 1985) (Institution of Civil Engineers)

untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil, sector swasta/ persendirian atau lain-lain

majikan. Manakala, FIDIC 1973 (Federation Internationale des Ingenieurs Conseils)

untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil.

Borang kontrak setara yang digunakan di Malaysia pula ialah PAM 2006

(Pindaan 1998) (Pertubuhan Arkitek Malaysia) untuk kerja-kerja bangunan sector

swasta. Apabila pihak tertentu bersetuju untuk menggunakan PAM, pihak tersebut

mesti bersetuju mengenai 38 fasal yang terkandung dalam borang kontrak setara

tersebut. JKR 203/203A (Jabatan Kerja Raya) untuk kerja-kerja sivil dan bangunan

bagi sector awam. Manakala, CIDB 2000 (Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia) untuk kerja-kerja bangunan bagi sector awam dan swasta

(Rosli, 2009).

Secara kesimpulannya, Borang Kontrak Setara yang digunakan di Malaysia ialah:-

A) Projek Sektor Awam: Bangunan dan Kerja Kejuruteraan

i. JKR 203A (semakan 10/83)- BQ merupakan sebahagian daripada kontrak

ii. JKR 203 (semakan 10/83)- kontrak berasaskan Lukisan dan Spesifikasi

iii. JKR 203N (semakan 10/83)- digunakan untuk sub-kontraktor dinamakan

iv. JKR 203P (semakan 10/83)- digunakan untuk pembekal dinamakan

B) Projek Sektor Swasta-kerja bangunan

Page 59: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

39

i. PAM 2006 (dengan kuantiti)

ii. PAM 2006 (tanpa kuantiti)

C) Projek Sektor Swasta- kerja kejuruteraan- IEM

D) Kerja bangunan, kerja kejuruteraan dan Reka & Bina- CIDB

2.3.1 Implikasi Penggunaan Borang Kontrak Setara

Menurut Pettit et al. (2012), terdapat banyak kebaikan penggunaan borang

kontrak setara yang dapat dirumuskan, iaitu:

i. Boleh digunakan untuk pelbagai jenis projek dan memenuhi kehendak klien.

ii. Penggunaannya menjadi adat dan amalan industri.

iii. Isi kandungan yang mudah difahami oleh semua pihak yang terlibat dan telah

diuji sekian lama.

iv. Peruntukan risiko yang adil antara pihak.

v. Dapat menyelesaikan kesukaran penafsiran kerana terma yang digunakan mudah

difahami.

vi. Kebiasaan dengan klausa-klausa boleh memperbaiki komunikasi dan kecekapan

pentadbiran kontrak dengan klien, kontraktor dan perunding kontrak.

iv. Penyediaan borang baru memakan masa kerana borang sedia ada telah tersedia

dan kos untuk menderaf dapat dijimatkan yang dapat digunakan berulang-ulang kali.

Page 60: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

40

Keburukan atau batasannya menurut Barnes (2007) ialah, penggunaan

Borang Kontrak Setara ini digunakan meluas tetapi jarang sepenuhnya dapat

digunakan untuk keadaan tertentu. Akibatnya, Borang Kontrak Setara selalu

diubahsuai oleh klien mengikut kehendak mereka. Faktor berlakunya ubahsuai ini

untuk kepuasan klien terhadap peruntukan risiko dan pelbagai sistem penyampaian

projek baru telah mengubah banyak klausa yang terdapat dalam Borang Kontrak

Setara (Shnookal dan Charrett, 2010).

Kesan daripada berlakunya ubahsuai mengikut kehendak sebelah pihak

sahaja boleh membawa kepada masalah yang tidak diingini dan meletakkan pihak

yang terlibat dalam keadaan yang lebih buruk (pettit, 2012). mengikut kajian kes di

vietnam, menunjukkan terdapat banyak masalah yang timbul apabila borang kontrak

fidic diubahsuai untuk menampung kehendak klien (chen et al. 2013). menurut chen

et al., (2013), juga kebiasaannya, perubahan kepada peruntukan risiko dalam borang

kontrak setara telah menyebabkan kontraktor terpaksa menanggung risiko yang lebih

tinggi.

Menurut kajian kes di Australia, banyak pertikaian berlaku dalam pembinaan

bermula daripada ketidakseragaman dan percanggahan antara perubahan dan kontrak

dokumen yang sedia ada (Shnookal dan Charrett, 2010). Menurut Sweet (1989) pula,

perubahan kepada Borang Kontrak Setara memerlukan kepakaran teknikal mengenai

borang kontrak jika dibandingkan dengan pengetahuan peguam. Perubahan Borang

Kontrak Setara seharusnya dilakukan hanya untuk ciri-ciri projek dan tidak

seharusnya digunakan untuk peruntukan risiko (Koksal, 2011).

Page 61: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

41

2.4 Pengenalan Kepada Isu Undang-undang BIM

Isu undang-undang yang dihadapi dalam perlaksanaan BIM mempunyai

halangan dan mendapat perhatian luas dalam industri pembinaan (Ashcraft, 2008:

Larson dan Golden, 2007). Pemahaman yang kurang mengenai hubungan undang-

undang kontrak di antara pihak-pihak dalam penggunaan BIM menjadi risiko ketara

untuk industri pembinaan khususnya bagi ahli pasukan rekabentuk (Rogers et al.,

2015). McAdam (2010) menyatakan bahawa isu undang-undang wujud sebagai

elemen yang tidak sesuai untuk perolehan BIM kerana berlakunya perubahan dalam

persekitaran kerja, pengurusan data dan peranan pihak yang terlibat bagi

melengkapkan penggunaan penuh BIM dalam industri. Perubahan terhadap isu

undang-undang hak cipta, kontrak dan insurans telah memberikan kesan kepada

perubahan hubungan dan kekaburan peranan dan hubungan pihak yang terlibat dalam

projek, yang pasti mempengaruhi kedudukan kontrak dan undang-undang semasa

(Gibbs et al. 2015). Borang kontrak perlu menangani cabaran undang-undang yang

berkaitan dengan metodologi BIM, proses dan pelaksanaan teknologi untuk

membolehkan pelaksanaan BIM (Manderson, 2015).

2.4.1 Isu Undang-undang BIM

2.4.1.1 Hak Harta Intelek

Harta intelek adalah hasil ciptaan minda atau daya intelektual dalam reka

cipta, simbol, nama dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan.

Komponennya membabitkan paten, cap dagangan, rekabentuk perindustrian,

Page 62: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

42

petunjuk geografi, dan hak cipta (Azizi, 2011). Hak harta intelek membolehkan

pemilik untuk memilih pihak yang boleh mengakses dan menggunakan harta mereka

dan untuk melindunginya dari penggunaan yang tidak dibenarkan (Oelsner, 2003).

Dengan adanya BIM, perlindungan hakcipta dan hak harta intelek seharusnya

dipertimbangkan semula (Burges, 2014). Menurut Burges (2014) lagi, penggunaan

BIM yang melibatkan model bersepadu yang boleh diakses dan mungkin digunakan

oleh semua ahli pasukan projek berpotensi untuk menimbulkan kebimbangan seperti

pemilikan hakcipta mengenai model bersepadu secara keseluruhan dan bahagian-

bahagian komponennya. Dua elemen yang menjadi halangan terhadap isu hak harta

intelek apabila BIM diaplikasikan ialah pemilikan model BIM dan lapisan hak harta

intelek. Kedua, penggunaan model BIM untuk membaikpulih dan kerja-kerja

tambahan oleh perunding pihak ketiga. Sekiranya, pemilikan model BIM dikekalkan

kepada pengguna atau majikan, adakah pangkalan data model boleh digunakan untuk

kegunaan membaikpulih atau membuat kerja tambahan terhadap bangunan oleh

pihak ketiga yang berbeza tanpa kebenaran? Keduanya, mungkin mereka mempunyai

kebimbangan untuk menerima tanggungjawab model BIM dimana idea rekabentuk

yang disumbangkan oleh pelbagai pihak dan pengguna (Eugenie, 2011). Menurut

Rosenberg (2007), untuk mengelakkan percanggahan pendapat mengenai isu-isu hak

cipta, penyelesaian terbaik adalah untuk ditetapkan dalam dokumen kontrak hak dan

tanggungjawab pemilikan.

CIC BIM Protocol membuat beberapa perubahan terhadap bagaimana hak

harta intelek dicipta oleh syarikat yang bekerja dalam projek dan bagaimana harta

hak intelek dan apa-apa bahan pihak ketiga secara berlesen. Protocol ini menjadikan

ia lebih mudah bagi syarikat untuk mendapatkan hak untuk menggunakan bahan

dalam keadaan tertentu dan menjadikannya lebih sukar bagi mengekalkan kawalan

mutlak hak harta intelek mereka (Pinsent, 2013).

Page 63: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

43

Borang Kontrak Setara JKR 203, klausa 64.0 menyatakan kontraktor

seharusnya bertanggungjawab menanggung rugi Kerajaan ke atas pelanggaran

terhadap apa-apa hak paten, rekabentuk atau hak cipta. Manakala, dalam PAM 2006,

klausa 7.0 meletakkan beban kepada kontraktor untuk memberikan pampasan kepada

majikan terhadap apa-apa tuntutan, atau gantirugi yang mungkin timbul daripada

salahguna apa-apa hak harta intelek. Kontraktor sebenarnya tidak terlibat dalam

pemilihan bahanbina, komponen atau kaedah kerja yang dipilih oleh majikan melalui

konsultan berdasarkan klausa 1, kontraktor hanya bertanggungjawab untuk

melaksanakan kerja sebagaimana dalam kontrak.

Sistem rekabentuk tradisional mendapati sebahagian daripada percanggahan

boleh dikenal pasti di antara pihak perekabentuk. Peraturan yang sedia ada terhadap

tanggungjawab akan membuat sokongan terhadap kegagalan dalam menyediakan

perkhidmatan professional mereka. Sebaliknya, dalam BIM, isunya ialah siapa yang

akan menjadi pemilik kepada model penyiapan projek. Biasanya, maklumat yang

disumbangkan olek pihak-pihak yang pelbagai pada peringkat reka bentuk untuk

konsep seni bina sebagai hasilnya penyumbang mahu memiliki model tersebut

(Arensman dan Ozbek, 2012: Larson dan Golden, 2007). Secara konvensional,

perekabentuk mempunyai hak terhadap memberi kebenaran pihak lain untuk

menggunakan model mereka. Prinsip undang-undang semasa adalah jelas

menyatakan bahawa sesiapa yang mencipta model yang memilikinya (Larson dan

Golden, 2007). Furneaux dan Kivvits (2008), dan Eadie et al. (2015), mencadangkan

bahawa pemilikan model dan harta intelek hendaklah dialamatkan dengan baik

dalam konteks undang-undang oleh kerajaan ekoran pemilikan hak harta intelek yang

dihasilkan dalam proses BIM tidak ditangani dengan betul.

Page 64: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

44

2.4.1.2 Peruntukan Risiko

Tujuan perjanjian kontrak pembinaan ialah untuk membahagi hak, tugas,

tanggungjawab dan risiko antara pihak (Aurelija et al., 2013). Risiko tertentu wujud

dalam semua projek pembinaan. Pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan dan

keberjayaan penyiapan projek membawa risiko yang lebih besar serta memainkan

peranan yang lebih penting. Pemilik dan kontraktor ialah pihak yang menangani

kontrak untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan. Peralihan risiko kepada salah satu

pihak dalam perjanjian kontrak pembinaan adalah tidak saksama dan tidak

munasabah (Aurelija et al. 2013). Borang Kontrak Setara menyatakan kontraktor

adalah bertanggungjawab untuk semua keadaan yang wujud di tapak bina (Linda,

2015). Selalunya, majikan cenderung untuk memperuntukkan lebih banyak risiko

kepada kontraktor dan dia menerima risiko seminimum yang mungkin (Aurelija et

al., 2013). Penggunaan BIM telah merubah hubungan pihak-pihak dengan ketara dan

menyumbang campuran risiko dan tanggungjawab pihak yang terlibat. Manderson et

al. (2015), menentukan bahawa risiko semula jadi kepada perekabentuk ialah untuk

memperincikan projek BIM dan memindahkan model digital tertentu untuk kegunaan

kontraktor dalam fasa pembinaan. Sistem undang-undang semasa umum menentukan

tanggungjawab pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab, namun peranan,

risiko dan tanggungjawab mungkin tidak wujud dalam projek BIM (Arensman dan

Ozbek, 2012).

Menurut Patrick (2007), mendapati borang kontrak:-

Risiko tidak diperuntukkan sebaik mungkin ke atas pihak yang terlibat untuk

mengurusnya.

Klausa risiko dalam borang kontrak berbeza-beza yang dinyatakan.

Risiko dipindah kepada perunding dan kontraktor yang mustahil untuk

mereka mengurusnya.

Pertikaian dan tuntutan meningkat daripada perubahan peruntukan risiko.

Page 65: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

45

2.4.1.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional

Liabiliti rekabentuk professional juga dikenali sebagai pampasan insuran

profesional diatas kerugian yang disebabkan kecuaian dan sebagainya, adalah mejadi

satu kebimbangan utama untuk professional rekabentuk yang terlibat dengan BIM,

terutamanya persekitaran kerjasama. Secara tidak langsung, profesional ini menjadi

bertanggungan bagi sumbangan rekabentuk bukan profesional, termasuk perubahan

automatik oleh perisian. Juga, sesetengah bidang kuasa mandat yang dilesenkan

profesional itu adalah menjadi orang yang mengawal proses rekabentuk. Oleh itu,

delegasi rekabentuk kepada bukan profesional, subkontraktor dan kesan perisian

secara automatik mengemaskini keperluan rekabentuk perlu dipertimbangkan.

Kesesuaian insurans tanggung rugi profesional yang merangkumi risiko BIM amat

disyorkan (Rezgui, Beach dan Rana et al. 2013).

2.4.1.4 Kesalingfungsian (Interoperability)

Kesalingfungsian dapat dihuraikan di peringkat teknikal dan aliran kerja.

Disebabkan oleh kebimbangan sektor pembinaan berkenaan dengan keserasian

perisian yang terhad, kebolehfungsian dianggap sebagai isu undang-undang utama.

Penting untuk mencapai kesalingfungsian yang menerangkan proses untuk

pemindahan data antara pihak berkepentingan projek dan memberikan

tanggungjawab untuk mengurus, memantau dan mengaudit proses (Jensen dan

Johannesson et al., 2013). Kesimpulannya, semua pihak yang berkepentingan kepada

projek tersebut mestilah mempunyai platform atau perisian yang sama untuk

membolehkan pihaknya dapat mengakses maklumat model BIM tersebut. Sebagai

contoh, pihak kontraktor mempunyai perisian Microsoft Project, maka, pihak klien

Page 66: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

46

juga mestilah mempunyai perisaan Microsoft Project juga supaya dapat membaca

atau melihat perancangan dan penjadualan projek yang telah dilakukan.

2.4.1.5 Pampasan BIM

Keupayaan pihak untuk menuntut semula kos yang berkaitan dengan

teknologi BIM seperti pembelian perisian, perkakasan dan latihan (Manderson et al.

2015) sepatutnya mendapat pampasan (Arensman dan Ozbek, 2012). Ia juga

mengenalpasti keperluan pelbagai pihak mendapat pampasan yang adil atas usaha

tambahan dan risiko yang telah diperkenalkan BIM ke dalam proses rekabentuk

(Manderson et al. 2015). Menurut Manderson (2015) lagi, contohnya, peningkatan

penelitian terhadap model meningkatkan pendedahan kepada liabiliti bagi kesilapan

rekabentuk. Model pembayaran semasa adalah berdasarkan kepada pengeluaran

lukisan dua dimensi yang menunjukkan niat berbanding kemudahan digital yang

realistic (Arensman dan Ozbek, 2012; Ashcraft, 2008; Wheatley dan Brown, 2007).

Kesimpulannya, klien memberi insentif kepada perundingnya yang menggunakan

aplikasi BIM kerana pembelian perisian yang mahal dan sebagainya. Akibatnya,

pembelian perisian, perkakasannya melibatkan jumlah yang besar yang

menyebabkan terdapat sesetengah pihak tidak mahu melabur.

Page 67: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

47

2.4.1.6 Keselamatan Data

Peralihan kepada e-komunikasi telah mencetuskan kebimbangan mengenai

tahap perlindungan dan keselamatan data projek. Sebagai contoh, memastikan data

dilindungi daripada rasuah, kerugian dan manipulasi, memperincikan sekatan ke atas

perkongsian data dan akses memerlukan tahap insurans untuk melindungi kerugian

kewangan yang mungkin berkaitan dengan keselamatan data (Sweet dan Schneler et

al., 2013).

2.4.1.7 Protokol Proses ICT dan Tanggungjawab

Pelaksanaan BIM memerlukan dua tahap bahasa, satu untuk menerangkan

pelaksaan sebenar teknikal dan satu yang memperincikan proses kontrak seperti

aliran kerja peringkat tinggi. Sebagai contoh, menerangkan proses perubahan

pengurusan dan peristiwa penting dan menggariskan pelbagai tanggungjawab dan

protokol untuk memastikan proses integrasi BIM diurus dengan cekap. Ini termasuk

struktur komunikasi yang jelas untuk mengesahkan keperluan dan perubahan projek

(Beach dan Rana et al., 2013).

Page 68: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

48

2.4.1.8 Perundangan dan Keutamaan Kehakiman

Sektor pembinaan Australia sangat dikawal selia melalui gabungan

Persekutuan dan Negeri Akta dan Peraturan-peraturan yang dikenakan terhadap

semua aspek proses pembinaan (Bailey dan Bell, 2011). Kontrak perlu membenarkan

e-kontrak dan e-komunikasi yang akan memastikan projek berlaku dalam

persekitaran yang digital. Isu-isu lain yang memerlukan pertimbangan termasuk

priviti, dimana kontrak tidak boleh mengenakan kewajipan atau hak kepada mana-

mana orang di luar pihak yang terlibat dalam kontrak. Di samping itu, tahap

pergantungan pihak ketiga atau keupayaan untuk orang lain bergantung pada

maklumat yang terkandung dalam model yang bukan pihak yang berkontrak perlu

ditangani dalam kontrak. Bagi projek sector awam pula, butiran maklumat projek

yang akan diarkibkan dalam format yang boleh diakses dengan mudah perlu

dipertimbangkan apabila meminta apa-apa dokumentasi „as-built‟ daripada

kontraktor (Sebastian et al., 2010).

2.4.1.9 Agensi Sektor Awam

Kawalan perundangan biasanya memerlukan penyerahan dokumen projek

untuk pelbagai Agensi Awam untuk diluluskan. Ramai daripada agensi-agensi ini

tidak bersedia untuk memproses model digital, oleh itu pelan hardcopy untuk

semakan dan kelulusan diperlukan. Agensi menggunakan dokumen yang dicop

sebagai rujukan untuk pemeriksaan pematuhan semasa pembinaan dan mungkin

terdapat percanggahan di antara model digital, pelan dan urutan sebenar kerja-kerja

(Allen dan Helms et al., 2006).

Page 69: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

49

2.4.1.10 Syarat-syarat Kontrak

Untuk membolehkan pelaksanaan BIM dalam suasana yang kondusif,

beberapa perubahan yang perlu kepada syarat-syarat kontrak yang memberi tumpuan

kepada jenis hubungan kontrak, serahan pemodelan, kerjasama dalam e-alam sekitar

dan langkah-langkah punitif yang sesuai untuk ketaklaksanaan. Persekitaran

kerjasama dianggap hubungan kontrak yang paling berfaedah untuk melaksanakan

BIM di mana pihak yang berkepentingan boleh memasukkan maklumat dalam situasi

yang tidak bertentangan. Kontrak itu perlu jelas menyuarakan serahan pemodelan.

Status e-kontrak perlu menyediakan butiran siapa yang boleh membuat perubahan

dan meluluskan maklumat digital. Akhirnya, pelbagai langkah punitif boleh

dimasukkan ke dalam syarat sebagai akibat pihak yang berkepentingan tidak

mematuhi obligasi kontrak (Hurtado dan O‟Connor et al., 2008).

2.5 Kontrak BIM/Protokol

BIM Protokol telah dihasilkan oleh Construction Industry Council (CIC),

mula diterbitkan pada Februari 2013 sebagai sebahagian Strategi Kerajaan UK.

Protokol ini biasa digunakan sebagai kontrak pembinaan yang mengaplikasikan BIM

untuk projek pembinaan. Protokol ini bertujuan sebagai kontrak antara majikan dan

ahli projek. Objektif utama protokol ini untuk membolehkan penghasilan BIM

dengan kaedah yang biasa untuk setiap peringkat projek. Selain itu, objektif protokol

ini juga menyokong keberkesanan kolaborasi kerja antara pihak. Semua pihak yang

terlibat harus terlibat dengan penggunaan, penghasilan dan penyerahan model dalam

Page 70: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

50

projek. Protokol ini mengenalpasti BIM yang perlu dihasilkan oleh ahli projek dan

meletakkan spesifik obligasi, liabiliti dan keterbatasan terhadap penggunaan model.

BIM telah meraih persoalan kontrak dan undang-undang termasuklah

tanggungjawab dan liabiliti iaitu, risiko daripada berkongsi model digital dan

bagaimana hak harta intelek di pelihara (Lowe dan Muncey, 2009). Lowe dan

Muncey (2009), juga menyatakan perbandingan BIM dengan kaedah tradisional

iaitu menggunakan lukisan dua dimensi dan spesifikasi. Manakala, BIM mempunyai

limpahan maklumat elektronik yang membolehkan maklumat tersebut disalurkan

atau dipindah dengan cepat dan efisien.

Maka, ConsensusDOCS kontrak dihasilkan dengan campur tangan kerajaan

dan 24 badan terkemuka yang mewakili majikan, kontraktor, subkontraktor, dan

perekabentuk. Pada 30 Jun 2008, ConsensusDOCS membuat persetujuan dokumen

baru dengan BIM, iaitu ConsensusDOCS 301 BIM addendum (BIM addendum).

Pada masa yang sama, American Institute of Architects (AIA) juga membuat

persetujuan dokumen baru dengan BIM iaitu AIA E202 (2008). BIM addendum

menjelaskan mengenai dokumen, konsep, proses seperti model, rekabentuk model,

model siap, model pembinaan, pengurusan maklumat, dan plan perlaksanaan BIM

(BEP). BIM addendum juga melalui perbincangan yang melibatkan risiko dengan

BIM. Risiko yang terlibat ini ialah addendum menyatakan setiap pihak mesti

bertanggungjawab terhadap sebarang penghasilan model melalui penyediaan idea

atau input terhadap model itu sendiri atau pihak yang mengakses model tersebut

(Lowe dan Muncey, 2009). BIM addendum menyentuh mengenai isu lisen dan

hakcipta berkaitan dengan sumbangan kontraktor dan subkontraktor serta

perlanggaran hakcipta antara pihak dan pihak ketiga (Su-Ling, 2013).

Page 71: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

51

2.6 Kesimpulan

Natijahnya, pengaplikasian BIM terhadap projek pembinaan sangat perlu dan

harus ditingkatkan demi untuk kemaslahatan industri pembinaan khususnya di

Malaysia. Namun demikian, terdapat perubahan kontrak dalam pelaksanaan yang

menggunakan teknologi digital untuk mneghasilkan model yang boleh diakses oleh

semua pihak yang terlibat untuk sesuatu projek. Hubungan kontraktual antara ahli

projek itulah yang berbeza dengan kontrak tardisional yang selalu digunakan dalam

projek pembinaan. Cumanya, dengan wujudnya teknologi baru iaitu BIM, kontrak

yang digunakan berbeza kerana cara kerjanya juga berbeza.

Page 72: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan,

pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk

memecahkan sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan kajian ialah untuk

memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan

saintifik (J. Supranto, 1986). Justeru, untuk sebarang kajian memerlukan kepada

metodologi sebagai cara mendapatkan dapatan.

Bab ini mewakili kaedah kajian yang digunakan untuk topik kajian ini.

Tujuannya ialah untuk mengenalpasti kefahaman pihak kontraktor terhadap

kepentingan kontrak yang mengaplikasikan BIM.

Page 73: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

53

3.2 Proses Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, ia dikukuhkan dengan kaedah yang

sistematik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif.. Rajah 3.1 menunjukkan

enam langkah kaedah untuk menjawab objektif kajian:-

Rajah 3.1Proses kajian

(Sumber : Creswell, 2008)

Mengenalpasti masalah kajian awal

Meneliti kajian literatur

Menentukan tujuan kajian

Analisis dan mentafsir data

Mengumpul dapatan kajian

Penilaian dan laporan kajian

Page 74: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

54

3.3 Kajian Data

Kajian ini fokus untuk mengenalpasti:-

i.Kefahaman kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara apabila BIM

dilaksanakan.

Kajian data diperolehi melalui kontraktor Gred 7 di negeri Johor.

Kategori

Jumlah

Kejuruteraan Awam & Bangunan

446

Rajah 3.2 : Senarai Populasi Kontraktor Gred 7 di Negeri Johor

(Sumber: CIDB, 2016)

Populasi Sampel

500 217

550 226

Rajah 3.3 Saiz Sampel daripada Bilangan Populasi

(Sumber: Krejcie dan Morgan, 1970)

Page 75: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

55

3.4 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang dijalankan perlulah dikenalpasti dengan teliti supaya

dapat menjawab objektif kajian dengan tepat dan mencapai objektif kajian dijalankan

untuk mencari jawapan kepada suatu persoalan. Menurut Sabitha (2005), rekabentuk

kajian merupakan satu pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci

bagaimana sesuatu proses penyelidikan itu akan dilakukan serta panduan dalam

membantu pengkaji mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan

persampelan, pengukuran dan analisis data.

Dalam melaksanakan kajian ini, kaedah yang dilaksanakan ialah kaedah

kuantitatif. Menurut Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan

yang memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus,

mengecilkan skop soalan, dan mengumpul data.

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

Pemilihan kaedah dalam pengumpulan data sangat penting dan ia

menentukan kejayaan dalam sesuatu kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini

terdapat dua data yang menjadi sumber kepada maklumat kepada kajian.

Page 76: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

56

3.5.1 Data Primer

Data primer ialah data yang diperolehi daripada penelitian secara langsung,

asli atau pertama. Data primer ialah melalui soalan soal selidik.

3.5.1.1 Borang Soal Selidik

Soalan diedarkan untuk sebilangan sampel daripada jumlah populasi

sebanyak 446 bilangan kontraktor di Negeri Johor yang terdiri daripada kategori

kejuruteraan awam dan bangunan. Edaran borang soal selidik kepada responden

menggunakan tiga (3) cara iaitu melalui email, pos dan serahan tangan. Skop kajian

ini untuk diedarkan borang soal selidik diberikan kepada kontraktor Gred 7 di

kawasan Johor sahaja.

3.5.1.1.1 Pecahan Pembahagian Borang Soal Selidik Mengikut Kaedah

i) Email

ii) Pos

iii) Serahan tangan

Soalan soal selidik mengandungi tiga (3) bahagian iaitu:-

Bahagian A : Latarbelakang Responden

Bahagian ini bertanyakan soalan umum berkaitan latar belakang responden

seperti nama syarikat, jawatan responden, pengalaman kerja dan lain-lain.

Bahagian B: Pengetahuan Responden Berkenaan BIM

Page 77: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

57

Bahagian ini memfokuskan kepada mengkaji pengetahuan responden iaitu

kontraktor terhadap BIM itu sendiri dan tahap pengetahuan mereka mengenai BIM

serta lain-lain sebelum diteruskan dengan soalan Bahagian seterusnya.

Bahagian C: Tahap Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan Borang Kontrak

Setara (PAM 2006, JKR 203A & CIDB) Bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM

Bahagian ini mempunyai dua (2) bentuk soalan. Pertama, soalan berbentuk

tahap pengetahuan responden iaitu samada rendah, sederhana dan tinggi terhadap

isu-isu BIM yang mengandungi 10 soalan kesemuanya. Manakala, bentuk soalan

kedua ialah berbentuk skala likert yang juga mempunyai hubungan dengan soalan

yang berbentuk pertama iaitu mengkaji tahap kepentingan isu-isu tersebut mengikut

pengetahuan responden.

Bahagian D: Cadangan & Komen Mengenai Perubahan Terhadap Borang Kontrak

Setara Bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM

Bahagian ini hanya mempunyai empat (4) soalan dan soalan ini akan jelas

menunjukkan dan memberi jawapan kepada objektif kajian.

3.5.2 Data Skunder

Data skunder ialah data yang diperolehi daripada penelitian secara tidak

langsung dan sumber yang sedia ada. Contoh data skunder ialah bahan-bahan

bercetak dan dokumentasi seperti artikel, jurnal, dan buku, statistik kerajaan dan

sebagainya.

Page 78: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

58

3.5.2.1 Kajian Literatur

Menurut Amani Dahaman (2011), kajian literatur merupakan ulasan

maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, prosedur dan penyelidikan-

penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terbaru. Kajian literature ialah

pengumpulan maklumat tentang permasalahan yang sedang dikaji.

Kajian literatur dilakukan untuk memberi pemahaman dan gambaran kepada

kajian sebelum melangkah lebih jauh. Kajian literature menjadi rujukan dan panduan

dalam melakukan kajian ini.

Menurut D.N. & Beile, P. (2005), objektif kajian literatur adalah

membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji, menemui

pembolehubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baru dan

menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang

berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.

3.6 Kaedah Menganalisis Data

Keadah menganalisis data dijalankan setelah pengumpulan data selesai

dilakukan. Analisis ialah proses penyusunan data agar dapat ditafsirkan. Statistik

deskriptif merupakan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data kuantitatif

Page 79: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

59

yang diperoleh daripada borang soal selidik yang kemudian menggunakan perisian

SPSS 23.0. Menurut Syed (1992), analisis data merupakan satu teknik yang dibuat

secara objektif, sistematik dan kuantitatif.

Dalam kajian ini, analisis menggunakan statistik deskriptif bagi menjelaskan

taburan kekerapan, peratusan dan nilai min untuk menganalisis data berdasarkan

kepada objektif kajian.

3.6.1 Statistik Deskriptif

Menurut Naouman (2011), statistik deskriptif adalah kaedah penerangan data

kuantitatif dalam bentuk angka. Kaedah analisis kekerapan akan digunakan untuk

menganalisis data yang diperolehi daripada borang soal selidik.

i. Kaedah Analisis Kekerapan

Menurut Salkind (2003), analisis kekerapan yang dipilih responden

menggunakan formula seperti di bawah.

Page 80: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

60

Contoh analisis kekerapan adalah seperti yang ditunjukkan jadual berikut:-

Jadual 3.1: Pengukuran analisis kekerapan

No. Pengalaman

Bekerja

Bilangan Peratusan (%)

1. 1 - 3 Tahun 12 40

2. 3 - 6 Tahun 7 23

3. 6 – 10 Tahun 6 20

4. 10 – 15 Tahun 3 10

5. 15 Tahun ke atas 2 7

Jumlah 30 100

Contoh pengiraan peratusan kekerapan bagi 1-3 tahun pengalaman bekerja

adalah seperti berikut:-

Jumlah Jawapan Responden X 100%

Jumlah Keseluruhan Responden

Page 81: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

61

Berdasarkan nilai peratusan yang diperolehi, data akan dianalisis dalam

bentuk graf bar atau carta untuk memudahkan data lebih difahami dan dibaca untuk

menunjukkan terdapat perbezaan yang berlaku antara satu sama lain.

ii. Kaedah Analisis Min Skor

Kaedah Analisis Min Skor dipilih untuk menganalisis soalan berbentuk skala

Likert yang berskala 1 hingga 5. Min bagi satu set skor dihitung dengan menambah

semua skor dan dibahagikan hasilnya dengan bilangan skor tersebut (Ahmad, 2004).

Nilai Skala Penerangan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Dimana,

= Min Sampel

∑ = Jumlah skor-skor X

= Jumlah bilangan skor-skor

Page 82: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

62

Jadual 3.2: Peringkat skala likert bagi kefahaman kontraktor

Tahap Kefahaman Frekuensi skala likert Min

1 2 3 4 5 Total

Kefahaman

kontraktor terhadap

borang kontrak dari

segi hubungan pihak

yang terlibat

1 3 11 9 6 30 3.53

Nilai Min =

( ) ( ) ( ) ( ) ( )

Nilai min = 3.53

Data akan dianalisis dan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap

tinggi, sederhana dan rendah (Cohen et al, 2007). Pengiraan seperti berikut:

Sela kelas = Skor Maksimum-Skor minimum

Bilangan Selang

= 5-1/3

= 1.33

Page 83: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

63

Tahap Kefahaman Nilai Min Skor

Rendah 1.00 - 2.33

Sederhana 2.34 - 3.66

Tinggi 3.67 - 5.00

(Sumber : Cohen et al, 2007)

3.7 Rumusan

Metodologi kajian sangat penting dalam perjalanan proses kajian. Ia

menentukan cara dapatan sesuatu kajian diperolehi. Kaedah kajian ditentukan

berdasarkan objektif kajian yang dijalankan. Kajian ini dilakukan menggunakan

kaedah kuantitatif dan instrumen yang digunakan ialah melalui soalan soal selidik.

Rekabentuk kajian pula ialah bagaimana dapatan kajian itu diperolehi dan

diterjemahkan serta membuat kesimpulan kepada dapatan yang diperolehi.

Page 84: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab 4 merupakan analisis penyelidikan daripada data yang telah dikumpul.

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan hasil dapatan data yang diperolehi

berdasarkan respon yang diterima daripada responden yang dipilih. Responden yang

terlibat dalam penyelidikan ini merupakan kontraktor Gred 7 yang berdaftar dengan

Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB). Analisis yang dilakukan

berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu mengenalpasti tahap

kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara di dalam

projek yang mengaplikasikan BIM.

Page 85: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

65

4.2 Maklumbalas yang Diterima

Sebanyak 217 set borang soal selidik telah diedarkan secara pos, kiriman e-

mel dan serahan tangan kepada responden bagi mencapai objektif kajian. Bilangan

yang respon terhadap soalan soal selidik yang diedarkan hanyalah 30 set soalan

daripada responden kontraktor gred 7 di negeri Johor.

Jadual 4.1Maklumbalas Responden

Kaedah

Penghantaran

Borang yang

Telah Dihantar

Borang yang Telah

Dikembalikan

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Pos 50 100 1 2

Kiriman E-Mel 117 100 5 4

Serahan Tangan 50 100 24 48

Jumlah 217 100 30 14

4.3 Latar Belakang Responden

Soalan bahagian A ini merupakan soalan umum untuk mengetahui

latarbelakang responden seperti nama & alamat syarikat, no telefon, jawatan dan

pengalaman kerja. Responden yang terlibat bagi mencapai objektif kajian adalah

kontraktor gred tujuh (G7) yang beroperasi dinegeri Johor.

Page 86: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

66

Jadual 4.2 :Pengalaman Kerja

Rajah 4.1Pengalaman Kerja Responden

Berdasarkan Rajah 4.1 diatas menunjukkan responden yang mempunyai

pengalaman kerja di antara1-3 tahun paling tinggi iaitu dengan kekerapan 10 orang

bersamaan 33.3 peratus. Manakala, pengalaman kerja bagi responden yang berkerja

10 tahun ke atas adalah paling rendah iaitu 5 orang bersamaan 16.7 peratus.

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

1-3 Tahun 10 33.3 33.3

4-6 Tahun 7 23.3 56.7

7-9 Tahun 8 26.7 83.3

10 Tahun ke atas 5 16.7 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 87: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

67

Kesimpulannya, menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai

pengalaman kurang daripada 4 tahun. Ini menunjukkan bahawa responden yang

mempunyai pengalaman kerja kurang dari 4 tahun ialah generasi muda. Oleh itu,

kemungkinan responden mempunyai pengetahuan mengenai teknologi baru dalam

industri pembinaan iaitu BIM.

4.4 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor Terhadap

Perubahan Borang Kontrak Setara Bagi Projek Yang Mengaplikasikan

BIM

Analisis dibawah menjawab objektif kajian samada responden mempunyai

kesedaran terhadap BIM atau sebaliknya.

4.4.1 Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada Borang Kontrak Setara

Berdasarkan pendapat responden mengenai keperluan pindaan terhadap

peruntukan Borang Kontrak sedia ada menunjukkan 80 peratus bersamaan 24 orang

setuju, manakala hanya 20 peratus bersamaan 6 orang yang tidak setuju. Ini

menunjukkan responden mempunyai kesedaran berlakunya perubahan terhadap

Borang Kontrak sedia ada berdasarkan analisis soalan sebelumnya iaitu perlu

ditambah dokumen sokongan terhadap Borang Kontrak sedia ada apabila BIM

dilaksanakan.

Page 88: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

68

Jadual 4.3 :Adakah perlunya pindaan terhadap peruntukan Borang Kontrak Setara

sedia ada

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Ya 24 80.0 80.0

Tidak 6 20.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.2 Pendapat Responden Mengenai Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada

Borang Kontrak Setara

Berdasarkan analisis kepada soalan diatas, menunjukkan kontraktor

mempunyai kesedaran terhadap perubahan borang kontrak apabila BIM

dilaksanakan. Ini dapat dikuatkan lagi dengan analisis soalan-soalan seterusnya

sebagai sokongan untuk menjawab objektif kajian.

Page 89: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

69

4.5 Bahagian Soalan Sokongan Kepada Objektif Kajian

Soalan bahagian ini ialah untuk mengenalpasti pengetahuan responden secara

umum terlebih dahulu mengenai BIM. Sekiranya responden mempunyai pengetahuan

terhadap BIM secara amnya, maka, ia mempunyai potensi responden mempunyai

kesedaran terhadap objektif kajian iaitu perubahan borang kontrak setara apabila

BIM dilaksanakan. Oleh itu, soalan-soalan berikut diwujudkan sebagai sokongan

terhadap objektif kajian.

4.5.1 Pengetahuan Responden Mengenai BIM

Berdasarkan Rajah 4.3 dibawah menunjukkan majoriti 83.3 peratus

bersamaan 25 orang kontraktor mengetahui apakah itu Building Information

Modelling (BIM) dan hanya 16.7 peratus bersamaan 5 orang kontraktor yang tidak

mengetahuinya. Ini menunjukkan kaitan antara pengalaman kerja dan tahap

pengetahuan am mengenai BIM. Majoriti responden yang mempunyai pengalaman

kerja kurang dari 4 tahun ialah terdiri daripada generasi muda yang mempunyai

pengetahuan terhadap BIM.

Page 90: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

70

Jadual 4.4: Building Information Modelling

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Ya

Tidak

Jumlah

25 83.3 83.3

5 16.7 100.0

30 100.0

Rajah 4.3Pengetahuan Mengenai BIM

Page 91: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

71

4.5.2 Tahap Pengetahuan Terhadap BIM

Analisis Rajah 4.4 dibawah mempunyai kaitan dengan soalan sebelumnya

iaitu majoriti responden mempunyai pengetahuan mengenai BIM, namun apakah

tahap pengetahuan tersebut samada rendah, sederhana, tinggi atau langsung tiada

mempunyai pengetahuan terhadap BIM itu sendiri.

Berdasakan Rajah 4.4 dibawah menunjukkan peratusan tertinggi responden

mempunyai tahap pengetahuan iaitu yang sederhana mengenai BIM ialah 56.7

peratus bersamaan 17 orang. Manakala, tahap pengetahuan yang tinggi ialah

peratusan terendah iaitu 3.3 bersamaan 1 orang. Responden yang tidak mempunyai

pengetahuan langsung mengenai BIM ialah 16.7 peratus bersamaan 5 orang. Ini

menunjukkan kontraktor mempunyai tahap pengetahuan terhadap BIM secara

umumnya walaupun hanya minoriti sahaja yang tidak mempunyai pengetahuan

langsung mengenai BIM.

Jadual 4.5Tahap Pengetahuan BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Tinggi 1 3.3 3.3

Sederhana 17 56.7 60.0

Rendah 7 23.3 83.3

Tidak 5 16.7 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 92: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

72

Rajah 4.4Tahap Pengetahuan Responden Terhadap BIM

4.5.3 Kehadiran ke Seminar atau Bengkel Berkenaan BIM

Berdasarkan analisis kehadiran seminar atau bengkel BIM, menunjukkan

kehadiran responden ke seminar atau bengkel berkenaan BIM hanyalah 16.7 peratus

bersamaan 5 orang, manakala 83.3 peratus bersamaan 25 orang tidak pernah

menghadirinya. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan

terhadap BIM tetapi pengetahuan mengenai BIM diperolehi melalui saluran lain iaitu

pembacaan, kajian atau sebagainya kerana Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia (CIDB) sepanjang tahun 2016 telah melancarkan seminar untuk

meningkatkan lagi kefahaman dan minat penggiat industri pembinaan Malaysia

terhadap BIM demi memacu teknologi kearah pembinaan mampan. Malah, sejak

2013 kerajaan sudah mula mempromosikan penggunaan BIM dalam industri

Page 93: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

73

pembinaan seperti kerajaan mengadakan seminar, konferen dan sebagainya untuk

meningkatkan minat penggiat industri terhadap pengaplikasiannya (CREAM, 2014).

Jadual 4.6: Kehadiran Seminar atau Bengkel BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Ya 5 16.7 16.7

Tidak 25 83.3 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.5Kehadiran Responden ke Seminar atau Bengkel berkenaan BIM

Page 94: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

74

4.5.4 Pengaplikasian BIM untuk Projek Responden

Analisis soalan yang berkaitan penggunaan BIM bagi projek responden

menunjukkan dapatan yang positif dimana 30 peratus responden mengaplikasikan

BIM untuk projek mereka, walaupun peratusan yang besar iaitu 70 peratus

menunjukkan responden tidak mengaplikasikannya.

Jadual 4.7Pengaplikasian BIM untuk Projek

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Ya 9 30.0 30.0

Tidak 21 70.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.6Pengaplikasian BIM

Page 95: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

75

4.5.5 Jenis Kategori Projek yang Mengaplikasikan BIM

Berdasarkan Rajah 4.7, menunjukkan jenis projek yang mengaplikasikan

BIM ialah untuk projek kerja-kerja bangunan sebanyak 30 peratus dan selebihnya

tidak mengaplikasikannya.

Jadual 4.8 : Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Kerja-kerja Bangunan 9 30.0 30.0

Tiada 21 70.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.7Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM

Page 96: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

76

4.5.6 Perolehan untuk Projek yang Mengaplikasikan BIM

Berdasarkan Rajah 4.8, menunjukkan kaedah perolehan tertinggi ialah reka &

bina sebanyak 16.7 peratus, manakala kaedah prolehan terendah ialah kaedah

tradisional iaitu 3.3 peratus. Ini menunjukkan bahawa kaedah perolehan reka & bina

mendapat perhatian dalam kalangan kontraktor kerana faktor integrasi yang lebih

mudah dan cepat serta menghasilkan penyelarasan dan komunikasi yang lebih

berkesan (JKR, 2007). Ini dapat dikaitkan dengan pengaplikasian BIM untuk projek

pembinaan kerana faktor yang sama iaitu meningkatkan keberkesanan komunikasi

antara ahli yang terlibat dalam industri dan mempercepatkan keputusan rekabentuk

(Cho et al.,2011).

Jadual 4.9 Kaedah Perolehan yang Digunakan yang Menggunakan BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Tradisional 1 3.3 3.3

Reka&Bina 5 16.7 20.0

Kontrak Pengurusan 3 10.0 30.0

Tiada 21 70.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 97: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

77

Rajah 4.8 Kaedah Perolehan yang Digunakan untuk Projek yang Menggunakan

BIM

4.5.7 Jenis Borang Kontrak Setara yang Menggunakan BIM

Berdasarkan Rajah 4.9 dibawah menunjukkan Borang Kontrak Setara PAM

yang digunakan bagi projek yang mengaplikasikan BIM menggunakan kaedah Reka

& Bina ialah sebanyak 10 peratus, manakala kaedah Tradisional sebanyak 3.3

peratus. Sebanyak 86.7 peratus responden yang tidak mengaplikasikan BIM dan

menggunakan selain Borang Kontrak Setara sedia ada.

Page 98: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

78

Jadual 4.10 :Jenis Borang Kontrak Setara yang Mengaplikasikan BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Tradisional- PAM 1 3.3 3.3

Reka&Bina-

PAM 3 10.0 13.3

Tiada 26 86.7 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.9Jenis Borang Kontrak Setara bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM

Page 99: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

79

4.5.8 Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan

Format Borang Kontrak Setara yang digunakan untuk projek yang

mengaplikasikan BIM ialah ditunjukkan pada Rajah 4.9 dibawah iaitu sebanyak 13.3

peratus responden yang menggunakan Borang Kontrak sedia ada ditambah dengan

dokumen sokongan. Manakala, 3.3 peratus menunjukkan responden menggunakan

borang kontrak khusus BIM dan Borang Kontrak yang didraf sendiri. 80 peratus lagi

ialah responden yang tidak melaksanakan BIM untuk projek mereka. Ini

menunjukkan Borang Kontrak sedia ada memadai untuk projek yang

mengaplikasikan BIM tetapi untuk elemen yang tidak terdapat dalam Borang

Kontrak perlu ditambah sebagai dokumen tambahan. Menurut Koko (2012), kontrak

yang ada sekarang perlu dibuat penambahan ke atasnya atau mewujudkan satu

kontrak yang khusus untuk BIM.

Jadual 4.11 :Format Borang Kontrak Setara

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Borang Kontrak Khusus

BIM 1 3.3 3.3

Borang Kontrak sedia ada

(PAM, JKR & CIDB)

ditambah dokumen

sokongan

4 13.3 16.7

Borang Kontrak yang

Didraf Sendiri (Bespoke) 1 3.3 20.0

Tiada 24 80.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 100: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

80

Rajah 4.10Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan untuk Projek yang

Mengaplikasikan BIM

4.6 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Undang-undang yang

Timbul Apabila BIM Dilaksanakan

4.6.1 Hak Harta Intelek

Rajah 4.11 dibawah menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan

yang tinggi mengenai isu ini iaitu 53.3 peratus, dan 20 peratus mewakili tahap

pengetahuan yang rendah. Ini menunjukkan, responden mempunyai pengetahuan

yang baik terhadap isu hak harta intelek apabila BIM dilaksanakan.

Page 101: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

81

Jadual 4.12 :Hak Harta Intelek

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 6 20.0 20.0

Sederhana 8 26.7 46.7

Tinggi 16 53.3 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.11Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Hak Harta Intelek

Page 102: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

82

4.6.2 Peruntukan Risiko

Berdasarkan Rajah 4.12 dibawah, menunjukkan peratusan tertinggi ialah 50

peratus iaitu responden mempunyai pengetahuan yang sederhana mengenai isu ini.

Manakala, 16.7 peratus merupakan peratusan terendah responden terhadap isu ini. Ini

menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap isu ini

apabila BIM dilaksanakan.

Jadual 4.13: Peruntukan Risiko

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 5 16.7 16.7

Sederhana 15 50.0 66.7

Tinggi 10 33.3 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.12Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Peruntukan Risiko

Page 103: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

83

4.6.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional

Mengenai isu ini, Rajah 4.13 menunjukkan responden mempunyai

pengetahuan yang tinggi dengan peratusan yang tertinggi iaitu 50 peratus, manakala

6.7 peratus responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah terhadap isu

liabiliti rekabentuk professional.

Jadual 4.14Liabiliti Rekabentuk Profesional

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 2 6.7 6.7

Sederhana 13 43.3 50.0

Tinggi 15 50.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.13Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Liabiliti Rekabentuk

Profesional

Page 104: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

84

4.6.4 Kesalingfungsian (Interoperability)

Berdasarkan Rajah 4.14 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap

pengetahuan yang sederhana mewakili 53.3 peratus, manakala, 20 peratus diwakili

oleh tahap pengetahuan yang tinggi sebagai peratusan yang terendah. Ini

menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap

keserasian perisian BIM yang terhad untuk menerangkan proses pemindahan data

antara pihak.

Jadual 4.15: Kesalingfungsian

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 8 26.7 26.7

Sederhana 16 53.3 80.0

Tinggi 6 20.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 105: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

85

Rajah 4.14: Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Kesalingfungsian

4.6.5 Pampasan BIM

Berdasarkan Rajah 4.15 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap

pengetahuan yang sederhana iaitu sebanyak 60 peratus, manakala, 13.3 peratus

responden yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Ini menunjukkan

responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap isu pelbagai pihak

mendapat pampasan yang adil atas risiko kesilapan rekabentuk BIM.

Page 106: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

86

Jadual 4.16: Pampasan BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 4 13.3 13.3

Sederhana 18 60.0 73.3

Tinggi 8 26.7 100.0

Total 30 100.0

Rajah 4.15Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Pampasan BIM

Page 107: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

87

4.6.6 Keselamatan Data

Berdasarkan Rajah 4.16 dibawah, analisis menunjukkan 43.3 peratus

responden mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana dan tinggi. Manakala,

selebihnya responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah iaitu 13.3 peratus.

Ini meunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang baik mengenai

penggunaan BIM telah berlaku paralihan kepada e-komunikasi dan mencetus

kebimbangan mengenai tahap perlindungan dan keselamatan data projek.

Jadual 4.17: Keselamatan Data

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 4 13.3 13.3

Sederhana 13 43.3 56.7

Tinggi 13 43.3 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.16Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Keselamatan Data

Page 108: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

88

4.6.7 Protokol Proses ICT

Rajah 4.17 dibawah menunjukkan, 70 peratus responden mempunyai tahap

pengetahuan yang sederhana dan 10 peratus responden mempunyai tahap

pengetahuan yang tinggi mengenai isu ini. Ini menunjukkan responden mempunyai

pengetahuan yang sederhana terhadap penggunaan BIM telah merubah proses

pengurusan dan struktur komuniksi yang jelas untuk mengesahkan perubahan projek.

Jadual 4.18Protokol Proses ICT

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 6 20.0 20.0

Sederhana 21 70.0 90.0

Tinggi 3 10.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.17Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Protokol Proses ICT

Page 109: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

89

4.6.8 Perundangan dan Kehakiman

Berdasarkan Rajah 4.18 dibawah, menunjukkan responden mempunyai 60

peratus tahap pengetahuan yang sederhana. Manakala, 20 peratus mempunyai tahap

pengetahuan yang rendah dan tinggi. Ini menunjukkan responden mempunyai tahap

pengetahuan yang sederhana terhadap isu perundangan mengenai penubuhan satu

Akta khusus untuk BIM dimana kontrak perlu membenarkan e-kontrak dan e-

komunikasi yang akan memastikan projek berlaku dalam persekitaran yang digital.

Jadual 4.19: Perundangan & Kehakiman

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 6 20.0 20.0

Sederhana 18 60.0 80.0

Tinggi 6 20.0 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 110: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

90

4.6.9 Agensi Sektor Awam

Berdasarkan Rajah 4.19 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap

pengetahuan yang sederhana sebanyak 60 peratus dan 16.7 peratus responden

mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Agensi-agensi awam tidak bersedia

untuk memproses model digital dan memerlukan pelan hardcopy untuk kelulusan

yang mungkin terdapat percanggahan di antara model digital, pelan dan urutan

sebenar kerja-kerja. Ini menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang

sederhana mengenai isu ini.

Jadual 4.20: Agensi Sektor Awam

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 5 16.7 16.7

Sederhana 18 60.0 76.7

Tinggi 7 23.3 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 111: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

91

4.6.10 Syarat-syarat Kontrak

Berdasarkan Rajah 4.20 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap

pengetahuan yang sederhana sebanyak 63.3 peratus, manakala peratusan terendah

ialah responden yang mempunyai tahap pengetahuan rendah iaitu 13.3 peratus.

Responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap perubahan kepada

syarat-syarat kontrak supaya jelas siapa yang boleh membuat perubahan dan

meluluskan maklumat digital serta pelbagai langkah punitif dimasukkan sebagai

akibat pihak yang berkepentingan tidak mematuhi obligasi kontrak.

Jadual 4.21: Syarat-syarat Kontrak

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Rendah 4 13.3 13.3

Sederhana 19 63.3 76.7

Tinggi 7 23.3 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 112: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

92

4.7 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Kepentingan Peruntukan-

peruntukan Apabila BIM Dilaksanakan

Bahagian soalan ini menunjukkan tahap kepentingan peruntukan-

peruntukanBIM berdasarkan pengetahuan responden. Analisis dibawah menunjukkan

nilai min skor bagi setiap peruntukan BIM.

Jadual 4.22: Pengetahuan Responden Mengenai Peruntukan-peruntukan yang

Dipinda Apabila BIM Dilaksanakan

Kedudukan

Sejauh Manakah Pengetahuan

Responden Mengenai

Kepentingan Peruntukan-

peruntukan BIM

Min

Skor

Tahap Kesedaran

Responden

Mengenai

Kepentingan

Peruntukan BIM

1 Keselamatan Data 4.10 Tinggi

2 Peruntukan Risiko 4.03 Tinggi

2 Liabiliti Rekabentuk Profesional 4.03 Tinggi

3 Hak Harta Intelek 4.00 Tinggi

4 Syarat-syarat Kontrak 3.97 Tinggi

5 Pampasan BIM 3.90 Tinggi

6 Agensi Sektor Awam 3.87 Tinggi

7 Kesalingfungsian 3.80 Tinggi

8 Perundangan & Kehakiman 3.73 Tinggi

9 Protokol Proses ICT 3.70 Tinggi

Jadual 4.22 di atas menunjukkan pengetahuan responden mengenai tahap

kepentingan peruntukan-peruntukan tersebut yang akan dipinda apabila BIM

dilaksanakan. Jadual di atas memperlihatkan, secara keseluruhannya kontraktor

Page 113: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

93

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap peruntukan yang akan berubah

apabila BIM dilaksanakan dengan min skor tertinggi ialah 4.10, manakala yang

terendah ialah 3.70.

Min skor tertinggi 4.10 diwakili oleh peruntukan keselamatan data. Apabila

BIM dilaksaanakan, peruntukan mengenai perlindungan dan keselamatan data

projek perlu diletakkan dalam Borang Kontrak Setara. Sebagai contoh, memastikan

data dilindungi daripada rasuah, kerugian dan manipulasi, memperincikan sekatan ke

atas perkongsian data dan akses memerlukan tahap insurans untuk melindungi

kerugian kewangan yang mungkin berkaitan dengan keselamatan data (Sweet dan

Schneler et al., 2013).

Min skor kedua tertinggi 4.03 menunjukkan kesedaran kontraktor terhadap

isu peruntukan risiko dan liabiliti rekabentuk profesional dalam Borang Kontrak

Setara perlu diseragamkan secara adil dan munasabah apabila ingin melaksanakan

BIM secara keseluruhannya.

Min skor ketiga tertinggi 4.00 ialah responden mempunyai kesedaran

terhadap kepentingan isu hak harta intelek. Menurut Burges (2014) lagi, penggunaan

BIM yang melibatkan model bersepadu yang boleh diakses dan mungkin digunakan

oleh semua ahli pasukan projek berpotensi untuk menimbulkan kebimbangan seperti

pemilikan hakcipta mengenai model bersepadu secara keseluruhan dan bahagian-

bahagian komponennya. Menurut Rosenberg (2007), untuk mengelakkan

percanggahan pendapat mengenai isu-isu hak cipta, penyelesaian terbaik adalah

untuk ditetapkan dalam dokumen kontrak hak dan tanggungjawab pemilikan.

Page 114: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

94

Min skor seterusnya ialah 3.97, syarat- syarat kontrak. Responden sedar

untuk membolehkan pelaksanaan BIM dalam suasana yang kondusif, beberapa

perubahan yang perlu kepada syarat-syarat kontrak, kepentingannya yang memberi

tumpuan kepada jenis hubungan kontrak, serahan pemodelan, kerjasama dalam e-

alam sekitar dan langkah-langkah punitif yang sesuai untuk ketaklaksanaan.Kontrak

itu perlu jelas menyuarakan serahan pemodelan. Status e-kontrak perlu menyediakan

butiran siapa yang boleh membuat perubahan dan meluluskan maklumat digital.

Min skor 3.90 iaitu pampasan BIM. Kontraktor sedar keupayaan pihak untuk

menuntut semula kos yang berkaitan dengan teknologi BIM seperti pembelian

perisian, perkakasan dan latihan (Manderson et al. 2015) sepatutnya mendapat

pampasan (Arensman dan Ozbek, 2012). Ia juga mengenalpasti keperluan pelbagai

pihak mendapat pampasan yang adil atas usaha tambahan dan risiko yang telah

diperkenalkan BIM ke dalam proses rekabentuk (Manderson et al. 2015).

Seterusnya, min skor 3.87 ialah peruntukan agensi sektor awam. Kontraktor

sedar kawalan perundangan biasanya memerlukan penyerahan dokumen projek

untuk pelbagai Agensi Awam untuk diluluskan. Ramai daripada agensi-agensi ini

tidak bersedia untuk memproses model digital, oleh itu pelan hardcopy untuk

semakan dan kelulusan diperlukan. Agensi menggunakan dokumen yang dicop

sebagai rujukan untuk pemeriksaan pematuhan semasa pembinaan dan mungkin

terdapat percanggahan di antara model digital, pelan dan urutan sebenar kerja-kerja

(Allen dan Helms et al., 2006).

Min skor 3.80 iaitu kesalingfungsian. Penting untuk mencapai

kesalingfungsian yang menerangkan proses untuk pemindahan data antara pihak

Page 115: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

95

berkepentingan projek dan memberikan tanggungjawab untuk mengurus, memantau

dan mengaudit proses (Jensen dan Johannesson et al., 2013).

Min skor 3.73 perundangan dan kehakiman.Kontrak perlu membenarkan e-

kontrak dan e-komunikasi yang akan memastikan projek berlaku dalam persekitaran

yang digital.

Terakhirnya, min skor 3.70 proses protokol ICT. Ini termasuk struktur

komunikasi yang jelas untuk mengesahkan keperluan dan perubahan projek (Beach

dan Rana et al., 2013).

4.8 Seksyen Soalan Bahagian Umum Mengenai Pendapat Responden

Bahagian soalan ini ialah untuk mengetahui secara umum pendapat

responden mengenai halangan BIM tidak diaplikasikan serta sekali lagi

mengukuhkan pendapat dan pengetahuan responden terhadap kesedaran perubahan

borang kontrak setara apabila BIM dilaksanakan. Ia sebagai jawapan sokongan

kepada objektif kajian.

Page 116: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

96

4.8.1 Faktor BIM tidak Diaplikasikan dalam Kalangan Kontraktor

Berdasarkan Rajah 4.21 dibawah, menunjukkan faktor yang menyebabkan

kontraktor tidak mengaplikasikan BIM ialah kerana kurang pendedahan mengenai

BIM sebanyak 93.3 peratus responden bersetuju. Manakala, 6.7 peratus disebabkan

kos yang mahal. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

sepanjang tahun 2016 telah melancarkan seminar untuk meningkatkan lagi

kefahaman dan minat penggiat industri pembinaan Malaysia terhadap BIM demi

memacu teknologi kearah pembinaan mampan. Malah, sejak 2013 kerajaan sudah

mula mempromosikan penggunaan BIM dalam industri pembinaan seperti kerajaan

mengadakan seminar, konferen dan sebagainya untuk meningkatkan minat penggiat

industri terhadap pengaplikasiannya (CREAM, 2014). Kontraktor sendiri perlu

mengambil inisiatif untuk sentiasa sedar akan perubahan yang berlaku dalam industri

pembinaan supaya tidak ketinggalan.

Jadual 4.23Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Kos yang Mahal 2 6.7 6.7

Kurang Pendedahan

mengenai BIM 28 93.3 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 117: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

97

Rajah 4.21 Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM

4.8.2 Adakah Penggiat Industri di Malaysia Mempunyai Kesedaran Terhadap

Perubahan Borang Kontrak Setara Apabila BIM Dilaksanakan

Berdasarkan Rajah 4.22 dibawah, menunjukkan kontraktor mempunyai

kesedaran terhadap perubahan Borang Kontrak Setara sedia ada iaitu sebanyak 63.3

peratus dan 36.7 peratus tidak. Ini dapat dikaitkan dengan analisis soalan sebelumnya

iaitu kontraktor berpendapat berlaku pindaan terhadap peruntukan Borang Kontrak

sedia ada apabila BIM dilaksanakan dengan peratusan sebanyak 63.3. Ini

menunjukkan responden mempunyai kesedaran terhadap perubahan itu.

Page 118: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

98

Jadual 4.24Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan Borang Kontrak Setara Sedia

Ada Apabila BIM Dilaksanakan

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Ya 19 63.3 63.3

Tidak 11 36.7 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.22Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan yang akan Berlaku Terhadap

Borang Kontrak Setara Sekiranya BIM Dilaksanakan

Page 119: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

99

4.8.3 Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah Tradisional atau BIM

Berdasarkan Rajah 4.23 dibawah, menunjukkan 83.3 peratus responden yang

memilih BIM berbanding hanya 16.7 peratus responden yang tidak bersetuju dengan

BIM. Ini menunjukkan bahawa, BIM ialah teknologi yang memudahkan koordinasi

antara semua pihak bagi menyiapkan projek pembinaan dengan lancar.

Jadual 4.25Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah BIM

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Ya 25 83.3 83.3

Tidak 5 16.7 100.0

Jumlah 30 100.0

Rajah 4.23Jawapan Kontraktor terhadap Pemilihan Kaedah Tradisional atau BIM

Page 120: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

100

4.8.4 Pandangan KontraktorSamada BIM Perlu Diwujudkan Borang Kontrak

Khusus atau Sekadar Dokumen Tanbahan

Analisis dibawah menunjukkan 50 peratus tiada jawapan daripada responden.

Namun, 36.7 peratus responden bersetuju perlunya Borang Kontrak yang khusus

untuk BIM. Manakala, 6.7 peratus yang mengatakan tidak perlu tetapi hanya

memerlukan dokumen tambahan 3.3 peratus. Ini menunjukkan responden

mempunyai pandangan bahawa perlu wujudnya Borang Kontrak khusus apabila BIM

dilaksanakan secara menyeluruh.

Jadual 4.26Adakah Perlu Diwujudkan Borang Kontrak Setara yang Khusus atau

Dokumen Tambahan

Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul

Perlu Borang Kontrak

yang Khusus 11 36.7 36.7

Dokumen Tambahan 1 3.3 40.0

Tidak Pasti 1 3.3 43.3

Tiada Jawapan 15 50.0 93.3

Tidak 2 6.7 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 121: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

101

Rajah 4.24 Pandangan Kontraktor Samada BIM Perlu Diwujudkan Borang Kontrak

atau Tidak

Page 122: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab terakhir kajian ini dan di dalam bab ini ringkasan dan

kesimpulan keseluruhan kajian akan dibuat. Keputusan dan hasil kajian akan

dikumpulkan di dalam bab ini melalui ringkasan yang akan dibuat dengan merujuk

kepada objektif utama kajian ini Seterusnya, beberapa cadangan penyelidikan akan

datang dan lanjutan bagi tajuk penyelidikan yang sama akan dikemukakan, had

kajian serta permasalahan yang dihadapi semasa proses melaksanakan penyelidikan

ini juga akan dibincangkan.

Page 123: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

103

5.2 Rumusan Hasil Kajian

5.2.1 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor terhadap Perubahan

Borang Kontrak Setara di Dalam Projek yang Mengaplikasikan BIM

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesedaran pihak

kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara di dalam projek yang

mengaplikasikan BIM. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

kakitangan-kakitangan kontraktor Gred 7 yang terdiri daripada Pengurus Projek,

Jurukur Bahan di tapak, Jurutera Tapak dan Penyelia Tapak. Borang soal selidik

yang dikemukakan mempunyai soalan-soalan untuk mengenalpasti kesedaran mereka

terhadap perubahan itu apabila BIM diaplikasikan.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kontraktor di Malaysia

mempunyai kesedaran terhadap perubahan peruntukan terhadap Borang Kontrak

Setara sedia ada seperti PAM 2006, JKR 203A dan CIDB 2000 apabila BIM

dilaksanakan. Namun, terdapat juga minoriti kontraktor yang tiada pengetahuan

mengenai BIM itu sendiri. Majoriti kontraktor berpendapat bahawa kontraktor

kurang mendapat pendedahan mengenai BIM. Hal ini, menunjukkan kontraktor

mempunyai kesedaran terhadap perubahan itu namun kurangnya pendedahan

menyebabkan industri belum mengaplikasikan BIM untuk projek mereka. Pihak

kontraktor sendiri perlu memainkan peranan untuk lebih aktif mencari maklumat,

membaca mengenai perubahan yang berlaku dalam industri pembinaan dan pihak

kerajaan atau CIDB perlu lebih bergiat aktif mempromosikan kebaikan

pengaplikasikan BIM.

Page 124: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

104

5.3 Masalah yang Dihadapi

Semasa menjalankan penyelidikan ini, penyelidik berhadapan dengan

beberapa masalah seperti memerlukan lebih banyak pembacaan dan pemahaman

mengenai isu atau topik yang dikaji serta kesukaran untuk mendapatkan data-data

untuk kajian literatur. Selain itu, penyelidik mengalami masalah mendapatkan

responden yang menjadi skop penyelidikan serta keterbatasan waktu mereka untuk

menjawab soalan soal selidik yang diserahkan.

Terdapat juga kesukaran dalam menterjemahkan daripada bahasa Inggeris

kepada bahasa Malaysia terutamanya melibatkan bahasa kontrak BIM khususnya

kerana kebanyakan dan majoritinya jurnal-jurnal dan buku-buku rujukan dalam

bahasa Inggeris.

5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan

Setelah melakukan kajian ini, penyelidik merasakan bahawa satu kajian

lanjutan mengenai tajuk ini boleh dijalankan. Ini adalah kerana penyelidik

merasakan penggiat industri pembinaan khushnya kontraktor masih ramai yang

kurang memahami isi kandungan Borang Kontrak Setara itu sendiri yang digunakan.

Oleh itu, penyelidik mencadangkan objektifnya ialah faktor-faktor menyebabkan

kontraktor kurang memahami isi kandungan kontrak dan kesan kepada proses

pembinaan. Tajuk yang mungkin sesuai ialah tahap pengetahuan kontraktor terhadap

Page 125: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

105

isi kandungan dan makna syarat-syarat yang terkandung dalam Borang Kontrak

Setara.

Page 126: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

106

RUJUKAN

Aaron Manderson, Marcus Jefferies and Graham Brewer (2015). Construction

Economics and Building. Building Information Modelling and Standardised

Construction Contracts: a Content Analysis of the GC21 Contract, University

of Newcastle, Australia.

Abdul Aziz Hussin, Format Seragam Bagi Kontrak Pembinaan, USM, Pulau Pinang,

http://www.hbp.usm.my/aziz/ArtikelFORMATSERAGAM.htm (diakses pada

21 November 2016).

AGC (Associated General Contractors) (2006) The Contractors’ Guide to BIM.

Associated General Contractors of America, Arlington, VA, USA.

Ahmad Latiffi, A., Mohd, S., Kasim, N., Fathi, S. M., (2013) Building Information

Modelling (BIM) application in the Malaysian construction industry,

International Journal of Construction Engineering and Management 2(4A),

1-6.

AIA (American Institute of Architects) (2010) Document E203: Integrated Project

Delivery and Building Information Modelling: A New Breed of Contract. AIA,

Washington, USA.

Allen, G. and Helms, M., (2006). Linking strategic paractices and organizational

performance to Porter‟s generic strategies. Business Process Management

Journal, 12(4), pp.433-54.

Doi:http://dx.doi.org/10.1108/14637150610678069

Page 127: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

107

Arensman, D. B., and Ozbek, M. E. (2012). “Building information modelling and

potential legal issues.” International Journal Construction Education

Research, 8(2), 146-156.

Ashriq Fahmy Ahmad, 2015, „BIM atasi masalah sector pembinaan’, Utusan Online.

Diakses pada 20 September 2016 daripada https://www.utusan.com.my/sains-

teknologi/teknologi/bim-atasi-masalah-sektor-pembinaan-1.161503.

Ashcraft, H.W. (2008). Building information modelling: Framework for

collaboration. The Construction Lawyer 28 (3), 1-14.

Azhan (2016), „Apakah maksud building information modelling (BIM)‟,

http://www.azhan.co/apakah-maksud-building-information-modelling-bim

(Diakses pada 14 November 2016).

Azizi Zulkefli (2011) Kepentingan Harta Intelek dan Hak Cipta dalam Bisness

http://www.majalahniaga.com/kepentingan-harta-intelek-dan-hak-cipta-

dalam-bisnes.html (Diakses pada 1 Mac 2017).

Bailey, I. and Bell, M., (2011). Construction law in Australia. 3rd

ed. Sydeny:

Thomson Reuters (Professional) Australia Ltd.

BSI (2013) PAS 1192-2: 2013. Specification for the information management for the

capital/delivery phase of construction projects using building information

modelling. BSI, London, UK.

Building Smart Malaysia, 2015: http://mybuildingsmart.org.my/index.php/2015-01-

04-07-24-47/9-bim-in-malaysia.

Page 128: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

108

Burges Salmon LLP (2014) Intellectual Property in Construction Projects: why is it

important? http://www.lexology.com/library/detail.aspx?g=8cbb5dd6-e104-

438f-b467-9cddb864c5b8 (Diakses pada 1/3/2017).

Cabinet Office (2011) Government Construction Strategy. The Stationery Office,

London, UK.

Chen C., Jiang C. and Li, H. (2013). „Modifications to the FIDIC Silver book in a

buyer‟s context: A case study of the Haiphong Power Plant II project‟,

Applied Mechanics and Materials, 357, 2498-2504.

Cheung S dan Pang K (2013) Anatomy of construction disputes. Journal of

Construction Engineering and Management 139(1): 15-23.

Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) (2014) Issues and Challenges

in Implementing Building Information Modelling (BIM) for SME’s in The

Construction Industry, Construction Research Institute of Malaysia.

Creswell, J. W. (2008). Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and

Qualitative Research. Pearson: Education

Derek Clements- Croome (2013) Intelligent Buildings: An Introduction. Routledge.

Ding L, Zhou Y dan Akinci B (2014) Building information modelling (BIM)

application framework: the process of expanding from 3D to computable Nd.

Automation in Construction 46: 82-93.

Page 129: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

109

Eastman C, Teicholz P, Sacks R dan Liston K (2011) BIM Handbook: A Guide to

Building Information Modelling for Owners, Manager, Designer, Engineers,

and Contractors, 2nd

edn. John Wiley & Sons, Hoboken, NJ, USA.

Enegbuma, W.I. dan Ali, K.N Hypothesis Analysis of Building Information

Modeling Penetration in Malaysia Construction Industry.

http://www.conference.net.au/cibwbc13/papers/cibwbc2013_submission_224

.pdf. 2013 (diakses pada 11 Disember 2016).

Ezad (2010) Sistem Perolehan (https://www.scribd.com/document/26261431/Bab-3-

Sistem-Perolehan (Diakses pada 27 Februari 2017).

Greenwood D dan Wu S (2012). Establishing the association between collaborative

working and construction project performance based on client and contractor

perceptions. Construction Management and Economics 30(4): 299-308.

Gregory R. Andre (2011). Building Information Modeling (BIM): Special Contract

Issues.

Hartmann, T . & Fischer, M. (2007). „ Applications of BIM and Hurdles for

Widespread Adoption of BIM.‟ The 2007 AISCACCL eConstruction

Roundtable Event Report, New Orleans, LA.

Hurtado, K. and O‟Connor, P., (2008). Contract issues in the use of building

information modelling. International Construction Law Review (online)

(Accessed 28 March 2011).

Page 130: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

110

Jabatan Kerja Raya (JKR) 2011, „Teks Ucapan YBM- Majlis SST RMK 11 JKR‟

(diakses pada 21 November 2016)

(http://www.kkr.gov.my/public/Teks%20Ucapan%20YBM%20-

%20Majlis%20SST%20RMK%2011%20JKR.pdf).

Jensen, P.A. and Johannesson, E.I., (2013). Building information modelling in

Denmark and Iceland. Engineering, Construction and Architectural

Management, 20(1), pp.99-110. Doi:

http://dx.doi.org/10.1108/09699981311288709.

Joyce R dan Houghton D (2014) Building information modelling and the law.

Proceedings of the Institution of Civil Engineers-Management, Procurement

and Law 167(MP3) : 114-116, http://dx.doi.org/10.1680/mpal.14.00012.

Juan Rodriguez (2016) What is a Construction Contract Agreement

https://www.thebalance.com/contract-agreements-844530 (diakses pada 14

Disember 2016).

Kementerian Kerja Raya (2007) Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka

& Bina : muka surat 2, http://www.sprm.gov.my/images%20/Prosedur-JKR-

Reka-Dan-Bina.pdf (diakses pada 4/5/2017).

Kementerian Kerja Raya (2015) Penggunaan BIM Mentransformasi Industri

Pembinaan. http://www.kkr.gov.my/ms/node/35468 (diakses pada

14/11/2016).

Koko Udom (2012). BIM: Mapping out the legal issues.

Page 131: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

111

KPMG (2013) Ready for the next big wave? In Global Construction Survey201.

KPMG, USA.

http://www.kpmg.com/GI/en/IssuesAndInsights/ArticlesPublications/Docume

nts/global-construction-survey-2013.pdf (Diakses pada 10/12/2014).

Kumaraswamy M (1997) Conflicts, claims and disputes in construction.

Engineering, Construction and Architectural Management 4(2): 95-111.

Linda, 2015 (http://www.ejcdc.org/fair-fairright-basic-principles-risk-allocation-

construction-documents-part-1-kevin-obeirne-chair-ejcdc/. (Diakses pada

20/2/2017).

Love P, Davis P, Ellis J dan Cheung S (2010) Dispute causation: identification of

pathogenic influences in construction. Engineering, Construction and

Architectural Management 17(4): 404-423.

Lowe, R. H., and Muncey, J. M. (2009). “The consensusDOCS 301 BIM

addendum.” Construction Lawyer, 29(1), 1-9.

McAdam, B., (2010). Building information modelling: the UK legal context.

International Journal of Law in the Built Environment, 2(3), pp.246-59. Doi:

http://dx.doi.org/10.1108/17561451011087337

McGraw Hill (2014a) The Business Value of BIM for Construction in Major Global

Markets: How Contractors around the world are Driving Innovation with

Building Information Modelling. Bedford, MA, USA, SmartMarket Report.

Mohd Sheffie Abu Bakar (1987) Metodologi penyelidikan. Bangi, Penerbit UKM.

Page 132: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

112

National Institute of Building Sciences (2007) National Building Information

Modelling Standar. Version 1-Part 1: Overview, Principles, and

Methodologies. Washington, DC, USA.

Nawi, MNM, Nifa, FAA and Ahmed, V (2014) A rewiew of traditional project

procurement towards integrated practice. “American-Eurasian Journal of

Sustainable Agriculture”, 8(2), 65-70.

Nazib Faizal (2010) Advantages and Disadvantages of Using Standard Forms in

Construction. https://kumahauing.wordpress.com/2010/10/13/advantages-and

disadvantages-of-using-of-standard-forms-in-construction/ (diakses pada 19

Disember 2016).

NBS (2013b) National Construction Contracts and Law Survey 2013. RIBA,

Newcastle Upon Tyne, UK.

Oelsner, B. (2003). Glossary of Intellectual Property Terms.

http://usinfo.state.gov/products/pubs/intelprp/glossary.htm (Diakses pada 1

Mac 2017).

Olatunji OA (2012) The Impact of Building Information Modelling on Estimating

Practice: Analysis of Perspectives from Four Organizational Business

Models. PhD dissertation, University of Newcastle, Australia.

Penttila H (2006) Describing the changes in architectural information technology to

understand design complexity and free-form architectural expression. Journal

of Information Technology in Construction 11: 395-408.

Page 133: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

113

Pinsent Masons (2013) Intellectual property rights in the CIC‟s BIM Protocol

https://www.out-law.com/topics/construction-advisory--

disputes/construction-procurement/intellectual-property-rights-in-building-

the-cics-bim-protocol/ (Diakses pada 2 Mac 2017).

Rezgui, Y., Beach, T. and Rana, O., (2013). A governance approach for BIM

management across lifecyle and supply chains using mixed-modes of

information delivery. Journal of Civil Engineering and Management, 19(2),

pp. 239-58. Doi: http://dx.doi.org/10.3846/13923730.2012.760480.

Rodelio Junjun Taucan, 2014, „Teknologi BIM jimatkan kos pembinaan‟, Utusan

Online. Diakses pada 6 November 2016 daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140923/dn_20/Teknologi

-BIM-jimatkan-kos-pembinaan.

Rogers J, Chong HY, Preece C (2015) Adoption of building information modelling

technology (BIM) perspective from Malaysian engineering consulting

services firms. Engineering Construction Architecture Management

22(4):424-445.

Richard H. Lowe dan Jason M. Muncey, 2009, Contract form and drafting/building

information modelling. Journal of ConsensusDOCS 301 BIM Addendu: 17.

Sebastian, R., (2010). Breaking through business and legal barriers of open

collaborative processes based on building information modelling (BIM).

In:18th

CIB World Building Congress-W113 Law and Dispute Resolution .

Salford. United Kingdom. 13 May 2010: CIB W113 Law and Dispute

Resolution.

Page 134: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

114

Shnookal, T. and Charrett, D. (2010). „Standard form contracting; the role for FIDIC

contracts domestically and internationally‟, Proceedings of the society of

construction law conference Australia, Perth.

Sofyan Rizal Ishak, 2015, „Lebih Produktif‟‟, Harian Metro. Diakses pada 6

November 2016 daripada http://www.hmetro.com.my/node/38379?m=1.

Succar B (2009) Building information modelling framework: a research and delivery

foundation for industry stakeholders. Automation in Construction 18(3): 357-

375.

Sweet, J. (1989). „Standard construction contracts: Some advice to construction

lawyers‟, South Carolina Law Rewiew, 40 (4), 823-845.

Sweet, J. and Schneier, M., (2013). Legal aspects of architecture, engineering and

the construction process. 9th

ed. Stamford: Cengage Learning.

Young, N. W., Jones, S. A., Bernstein, H. M., & Gudgel, J. E. (2009). “The Business

Value of BIM: Getting Building Information Modeling to the Bottom Line.”

McGraw-Hill Construction SmartMarket Report, New York, NY.

Page 135: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

115

LAMPIRAN

Borang soal selidik

Page 136: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

116

JABATAN UKUR BAHAN

FAKULTI ALAM BINA

SOALAN SOAL SELIDIK

TAHAP KESEDARAN KONTRAKTORTERHADAP PERUBAHAN BORANG

KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING INFORMATION

MODELLING (BIM)

Abstrak:

Building Information Modelling (BIM) dilihat sebagai solusi kepada masalah yang

dihadapi oleh industri pembinaan. Salah satu halangan kerap dikaitkan dengan

pelaksanaan BIM adalah risiko perundangan. Kajian ini mengfokuskan mengenai

isu-isu yang timbul apabila BIM dilaksanakan dan kesannya kepada borang kontrak

yang sedia ada iaitu PAM 2006, JKR 203A dan CIDB 2000.

Objektif:

1. Mengenalpasti tahap kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang

Kontrak Setara (Standard Form) di dalam projek yang mengaplikasikan BIM.

Soalan soal selidik ini adalah untuk mengumpul data berkaitan dengan kajian seperti

di atas. Semua maklumat adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan

penyelidikan. Kerjasama daripada pihak anda amatlah dihargai.

Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Nurul Huda Binti Mat Daud (B14BE0046)

4SBEC (Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan)

Email : [email protected] (014-5137407)

Page 137: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

117

(Sumber: CREAM 2012)

Page 138: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

118

BAHAGIAN A : LATARBELAKANG RESPONDEN

1. Nama Responden : ________________________

2. Nama & Alamat Syarikat : ________________________

________________________

________________________

3. No. Telefon : ________________________

4. Jawatan : ________________________

5. Pengalaman Kerja : 1-3 Tahun

4-6 Tahun

7-9 Tahun

10 Tahun ke atas

6. Cop Syarikat :

Page 139: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

119

BAHAGIAN B : PENGETAHUAN RESPONDEN BERKENAAN BIM

1.Adakah anda tahu apa itu Building Information Modelling (BIM)?

Ya Tidak

2. Jika Ya, apakah tahap pengetahuan tersebut?

Tinggi Sederhana Rendah

3. Pernahkah anda menghadiri seminar atau bengkel berkenaan BIM?

Ya Tidak

*Sila nyatakan, berapa kali _______

4. Adakah syarikat anda pernah mengaplikasikan BIM untuk sesuatu projek?

Ya Tidak

*Sekiranya Ya, teruskan menjawab. Jika Tidak, teruskan menjawab dengan

Soalan No 9.

5. Apakah jenis/kategori projek anda yang mengaplikasikan BIM?

Kerja-kerja Bangunan, nyatakan bilangan ______

Kerja-kerja Kejuruteraan Awam, nyatakan bilangan ____

Lain-lain, sila nyatakan _________________

6. Bolehkah anda terangkan kaedah perolehan yang digunakan dibawah

projek yang menggunakan BIM tersebut?

Tradisional

Reka & Bina (Design & Build)

Kontrak Pengurusan (Contract Management)

Lain-lain, sila nyatakan _________________

Page 140: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

120

7. Apakah jenis Borang Kontrak Setara yang digunakan untuk projek yang

mengaplikasikan BIM tersebut berdasarkan perolehan yang dinyatakan?

a) Tradisional. Nyatakan Borang Kontrak _______________

b) Reka & Bina. Nyatakan Borang Kontrak ______________

c) Kontrak Pengurusan. Nyatakan Borang Kontrak ____________

d) Borang kontrak yang didraf sendiri ___________________

8. Apakah format Borang Kontrak Setara yang digunakan tersebut?

Borang kontrak khusus BIM

Borang Kontrak sedia ada (PAM, JKR & CIDB) ditambah dokumen

Borang kontrak yang didraf sendiri(bespoke)

9. Adakah anda berpendapat, dengan mengaplikasikan BIM di dalam projek,

perlunya ada pindaan terhadap peruntukan sedia ada di dalam Borang

Kontrak Setara PAM 2006, JKR 203A dan CIDB 2000?

Ya Tidak

Page 141: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

121

BAHAGIAN C : TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP

PERUBAHAN BORANG KONTRAK SETARA (PAM 2006,

JKR 203A & CIDB 2000) BAGI PROJEK YANG

MENGAPLIKASIKAN BIM

Arahan:

Sila tandakan (√) pada tempat kosong berikut tahap pengetahuan anda terhadap isu

undang-undang yang timbul apabila BIM dilaksanakan.

PENGETAHUAN AM Rendah Sederhana Tinggi

1. Hak Harta Intelek (Intellectual Property Right) :

Penggunaan BIM yang melibatkan model bersepadu yang

boleh diakses dan mungkin digunakan oleh semua ahli

pasukan projek menimbulkan kebimbangan dari aspek

pemilikan hakcipta mengenai model bersepadu secara

keseluruhan dan bahagian-bahagian komponennya.

2. Peruntukan Risiko (Risk Allocation) :

Penggunaan BIM telah merubah hubungan kontrak pihak-

pihak yang terlibat dalam projek dengan ketara dan

perletakan risiko dan tanggungjawab pihak yang terlibat.

3. Liabiliti Rekabentuk Profesional (Design Profesional):

Penggunaan BIM telah merubah persekitaran kerjasama.

Secara tidak langsung, profesional ini menjadi

bertanggungan bagi sumbangan rekabentuk bukan

profesional, termasuk perubahan automatik oleh perisian.

4. Kesalingfungsian (Interoperability) :

Penggunaan BIM mempunyai keserasian perisian yang

terhad dan penting untuk mencapai kesalingfungsian yang

menerangkan proses untuk pemindahan data antara pihak

berkepentingan.

5. Pampasan BIM (BIM Compensation) :

Peningkatan penelitian terhadap model meningkatkan

pendedahan kepada liabiliti bagi kesilapan rekabentuk,

keperluan pelbagai pihak mendapat pampasan yang adil

Page 142: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

122

atas risiko tersebut.

6. Keselamatan Data (Data Security) :

Penggunaan BIM telah berlaku peralihan kepada e-

komunikasi dan mencetus kebimbangan mengenai tahap

perlindungan dan keselamatan data projek.

7. Protokol Proses ICT (ICT Protocols Processes) :

Penggunaan BIM telah merubah proses pengurusan yang

menggariskan tanggungjawab dan protokol supaya proses

integrasi BIM diurus dengan cekap serta struktur

komunikasi yang jelas untuk mengesahkan perubahan

projek.

8. Perundangan dan Kehakiman (Legislation & Judicial

Precedence) :

Penubuhan satu Akta khusus untuk BIM dimana kontrak

perlu membenarkan e-kontrak dan e-komunikasi yang

akan memastikan projek berlaku dalam persekitaran yang

digital serta butiran maklumat projek yang akan

diarkibkan dalam format yang boleh diakses dengan

mudah perlu dipertimbangkan.

9. Agensi Sektor Awam (Public Sector Agency) :

Agensi-agensi awam tidak bersedia untuk memproses

model digital dan memerlukan pelan hardcopy untuk

kelulusan yang mungkin terdapat percanggahan di antara

model digital, pelan dan urutan sebenar kerja-kerja.

10. Syarat-syarat Kontrak (Conditions of Contract) :

Perubahan perlu kepada syarat-syarat kontrak supaya

jelas siapa yang boleh membuat perubahan dan

meluluskan maklumat digital serta pelbagai langkah

punitif dimasukkan sebagai akibat pihak yang

berkepentingan tidak mematuhi obligasi kontrak.

Page 143: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

123

1. Pada pengetahuan anda, sekiranya Borang Kontrak Setara PAM 2006, JKR 203A

& CIDB 2000 dipinda untuk mengambilkira peruntukan BIM, apakah tahap

kepentingan peruntukan-peruntukan di bawah ini?

1 2 3 4 5

Sangat Tidak

Penting

Tidak Penting Tidak Pasti Penting Sangat Penting

PERUNTUKAN (apabila BIM

dilaksanakan)

1 2 3 4 5

1. Borang Kontrak Setara sedia ada perlu

mempunyai peruntukan yang mencukupi

terhadap pemilikan hakcipta dan Hak Harta

Intelek (Intellectual Property Right).

2. Peruntukan Risiko(Risk Allocation) dalam

Borang Kontrak Setara sedia ada sepatutnya

telah diagihkan secara saksama dan

munasabah.

3. Borang Kontrak Setara sedia ada sepatutnya

mempunyai peruntukan Insurans

tanggungrugi bagi Liabiliti Rekabentuk

Professional kerana perubahan persekitaran

kerjasama yang boleh mengakibatkan

perubahan automatik oleh perisian BIM.

4. Borang Kontrak Setara sedia ada tidak

mempunyai peruntukan mengenai isu

Kesalingfungsian (Interoperability).

5. Borang Kontrak sedia ada perlu mempunyai

klausa yang membincangkan mengenai

Pampasan BIM (BIM Compensation).

6. Peruntukan mengenai perlindungan dan

Keselamatan Data projek perlu ada dalam

Borang Kontrak Setara sedia ada.

Page 144: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

124

7. Protokol Proses ICT (ICT Protocols

Processes)perlu dimasukkan kedalam Borang

Kontrak Setara sedia ada.

8. Isu Perundangan dan Kehakiman

(Legislation & Judicial

Precedence)sepatutnyatidak perlu

dimasukkan ke dalam Borang Kontrak Setara

sedia ada.

9. Borang Kontrak Setara sedia ada perlu

mewujudkan suatu klausa yang menangani isu

Agensi Sektor Awam (Public Sector

Agency).

10. Syarat-syarat Kontrak (Conditions of

Contract)dalam Borang Kontrak Setara sedia

ada sepatutnya berubah.

Page 145: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2018. 9. 25. · PENGESAHAN PENYELIA “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai

125

BAHAGIAN D : CADANGAN & KOMEN MENGENAI PERUBAHAN

TERHADAP BORANG KONTRAK SETARA BAGI

PROJEK YANG MENGAPLIKASIKAN BIM

1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan kontraktor tidak

mengaplikasikan BIM untuk projek pembinaan?

Kos yang mahal

Modal insan yang tidak mahir

Kurang pendedahan mengenai BIM

Kurang berminat

Lain-lain ______________________

2. Pada pendapat anda, adakah penggiat industri di Malaysia khususnya kontraktor

mempunyai kesedaran terhadap perubahan Borang Kontrak Setara PAM 2006, JKR

203A & CIDB 2000 sekiranya BIM dilaksanakan?

Ya Tidak

3. Jika anda diberi pilihan samada menggunakan kaedah tradisional atau BIM,

adakah anda akan memilih BIM?

Ya Tidak

4. Pada pandangan anda, adakah perlu diwujudkan Borang Kontrak yang khusus

untuk BIM ataupun hanya cukup sekadar diletakkan dokumen tambahan kepada

Borang Kontrak Setara PAM 2006, JKR 203A & CIDB 2000?

______________________________

*Terima kasih di atas masa yang anda luangkan untuk menjawab borang soal selidik

ini.