rang pengesahan status tesis - fp.utm.my fileii “saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan...

24
C CATATAN: BO JUDUL: Saya mengaku m Universiti T 1. Tesis ad 2. Perpusta pengajia 3. Perpusta institusi 4. **Sila t _________ (TAN Alamat Tetap JUMAYA LOT 26, K 71800 NIL Tarikh: 16 * Potong yang ** Jika tesi berkuasa/ dikelaskan Tesis dim penyelidik Laporan P ORANG KEMAHIRA DALAM KAL membenarkan t eknologi Mala dalah hakmilik akaan Univers an sahaja. akaan dibenar i pengajian ting andakan ( ) SULIT TERHAD TIDAK TE _____________ NDATANGAN p: AH BINTI YU KG JIJAN TE LAI, N.S. 6 APRIL 2010 g tidak berkenaan is ini SULIT /organisasi berke n sebagai SULIT maksudkan seb kan, atau disert Projek Sarjana M PENGE AN PENGAJ LANGAN BA SESI PENGA JU (H esis (PSM/Sar aysia dengan sy Universiti Tek siti Teknologi rkan membuat ggi. (Me kepe AK (Me oleh ERHAD ____________ N PENULIS) USOF ENGAH, 0 n. T atau TERH enaan dengan m T atau TERHAD bagai tesis bag tasi bagi penga Muda (PSM). ESAHAN JARAN DAN AKAL GURU AJIAN: 200 UMAYAH BIN HURUF BESA rjana /Doktor F yarat-syarat keg knologi Malays Malaysia dib t salinan tesi engandungi ma entingan Malay KTA RAHSIA R engandungi ma h organisasi/ba ___ ____ Tarikh HAD, sila lam menyatakan sekal D. i Ijazah Dokto ajian secara kerj N STATU N KESELAM 09/2010 NTI YUSOF AR) Falsafah )* ini gunaan seperti sia. benarkan mem s ini sebagai aklumat yang ysia seperti yan RASMI 1972) aklumat TERH adan di mana p Dis _____________ (TANDATA DR HJ MO RAHMAN Nam h: 16 APRIL mpirkan surat li sebab dan tem or Falsafah da ja kursus dan p US TESI MATAN DI disimpan di P berikut: mbuat salinan u bahan pertuk berdarjah kese ng termaktub d HAD yang tel penyelidikan di sahkan oleh ____________ ANGAN PENY OHD ANUAR ma Penyelia L 2010 daripada pih mpoh tesis ini per an Sarjana seca penyelidikan, at IS MAKMAL Perpustakaan untuk tujuan karan antara elamatan atau di dalam ah ditentukan jalankan) ___________ YELIA) B. ABDUL hak rlu ara tau

Upload: hakien

Post on 25-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

C

CATATAN:

BO JUDUL:

Saya

mengaku mUniversiti T 1. Tesis ad2. Perpusta

pengajia3. Perpusta

institusi4. **Sila t

_________

(TAN

Alamat Tetap

JUMAYA

LOT 26, K

71800 NIL

Tarikh: 16

* Potong yang** Jika tesi

berkuasa/dikelaskan

♦ Tesis dimpenyelidikLaporan P

ORANG KEMAHIRA

DALAM KAL

membenarkan teknologi Mala

dalah hakmilik akaan Universan sahaja. akaan dibenari pengajian tingandakan ( )

SULIT

TERHAD

TIDAK TE

_____________

NDATANGAN

p:

AH BINTI YU

KG JIJAN TE

LAI, N.S.

6 APRIL 2010

g tidak berkenaanis ini SULIT/organisasi berken sebagai SULITmaksudkan sebkan, atau disertProjek Sarjana M

PENGEAN PENGAJ

LANGAN BA

SESI PENGA

JU(H

esis (PSM/Saraysia dengan sy

Universiti Teksiti Teknologi

rkan membuatggi.

(MekepeAK (Meoleh

ERHAD

____________

N PENULIS)

USOF

ENGAH,

0

n. T atau TERHenaan dengan mT atau TERHAD

bagai tesis bagtasi bagi pengaj

Muda (PSM).

ESAHANJARAN DAN

AKAL GURU

AJIAN: 200

UMAYAH BINHURUF BESA

rjana/Doktor Fyarat-syarat keg

knologi MalaysMalaysia dib

t salinan tesi

engandungi maentingan Malay

KTA RAHSIA R

engandungi mah organisasi/ba

___ ____

Tarikh

HAD, sila lammenyatakan sekalD. i Ijazah Dokto

ajian secara kerj

N STATUN KESELAM

09/2010

NTI YUSOFAR)

Falsafah)* ini gunaan seperti

sia. benarkan mem

s ini sebagai

aklumat yang ysia seperti yanRASMI 1972)

aklumat TERHadan di mana p

Dis

_____________

(TANDATA

DR HJ MO

RAHMAN

Nam

h: 16 APRIL

mpirkan surat li sebab dan tem

or Falsafah daja kursus dan p

US TESIMATAN DI

disimpan di P berikut:

mbuat salinan u

bahan pertuk

berdarjah keseng termaktub d

HAD yang telpenyelidikan dij

sahkan oleh

____________

ANGAN PENY

OHD ANUAR

ma Penyelia

L 2010

daripada pihmpoh tesis ini per

an Sarjana secapenyelidikan, at

IS♦

MAKMAL

Perpustakaan

untuk tujuan

karan antara

elamatan atau di dalam

ah ditentukan jalankan)

___________

YELIA)

B. ABDUL

hak rlu

ara tau

Page 2: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

ii  

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan : ………………………………………...................

Nama Penyelia : DR HJ MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : 16 APRIL 2010

Page 3: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

iii  

KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN KESELAMATAN DI MAKMAL DALAM KALANGAN BAKAL GURU

JUMAYAH BINTI YUSOF

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

 

“Saya akui

T

N

T

karya ini ad

petikan yan

Tandatangan

Nama Penye

Tarikh

dalah hasil ke

ng setiap satu

n : ……

elia : JUM

: 16 A

erja dan usah

unya telah sa

………………

MAYAH BIN

APRIL 2010

ha saya send

aya jelaskan

……………

NTI YUSOF

diri kecuali r

sumbernya.

F

ringkasan da

.”

iv 

an

Page 5: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

v  

DEDIKASI

BAPAK DAN MAK

(Hj Yousof B Esa dan Esah Bt Ismail)

Terima kasih di atas segala dorongan, nasihat dan doa-doa kalian

yang sentiasa mengiringi diri ini.

ABANG DAN KAKAK

(Azahari dan Hamsaton )

Terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan,

nasihat dan tunjuk ajar darimu.

RAKAN DAN TEMAN

(rakan-rakan SPP terutamanya Shafiyah Mohamed dan Norhashimah Hassim serta

rakan seperjuangan pelajar Fakulti Pendidikan dan tidak dilupakan teman istimewa

Wan Mohd Fuad Hanif)

Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan serta dorongan

yang sentiasa kalian berikan ketika suka duka melakukan tesis ini dan juga

sepanjang menjalani kehidupan di UTM.

Page 6: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

vi  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Illahi di atas kurnia dan

inayahNYA. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

pendukung saya di waktu buntu dan saat sukar iaitu pensyarah penyelia saya DR

Mohd Anuar B Abdul Rahman yang tidak jemu memberi tunjuk ajar, nasihat dan

motivasi yang tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya setiap ilmu dan titik peluh

yang dicurahkan tidak mampu saya balas. Penghargaan yang tidak terkira juga

kepada pensyarah-pensyarah fakulti pendidikan yang membantu dan sentiasa

memberi panduan. Kepada rakan-rakan sepejuangan yang sentiasa memberi idea,

kerjasama dan pandangan dalam menghasilkan tesis ini. Tidak lupa kepada mereka

yang tidak saya kenali kena sudi memberi kerjasama menjawab soal selidik yang

diedarkan. Jutaan terima kasih diatas sokongan kalian. Hanya Allah mampu

membalas jasa dan pengorbanan kalian.

Page 7: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

vii  

ABSTRAK

Komponen kemahiran pengajaran dan kemahiran keselamatan di makmal

adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains. Kajian ini

dilakukan bertujuan mengenalpasti tahap kemahiran pengajaran (strategi mengajar,

kemahiran ketika di makmal, kemahiran pengurusan makmal) dan kemahiran

keselamatan (kemahiran am, kemahiran mengenai alatan kemahiran mengendalikan

bahan kimia). Di samping itu, kajian ini juga bertujuan melihat perbezaan

kemahiran pengajaran dan keselamatan di makmal berdasarkan jantina, dan kursus.

Sampel kajian terdiri daripada 127 orang bakal guru dari pelajar tahun tiga dan tahun

empat Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan, UTM dan pemilihan sampel

dilakukan secara rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Hasil

kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha Croncach soal selidik

adalah tinggi, aspek kemahiran pengajaran (0.9668) dan aspek kemahiran

keselamatan (0.9669). Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social

Science (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan peratusan, min, ujian-t dan korelasi.

Dapatan menunjukkan tahap kemahiran pengajaran dan keselamatan di makmal

adalah di tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan kemahiran pengajaran di makmal

berdasarkan jantina dan kursus. Manakala terdapat perbezaan dalam aspek

kemahiran keselamatan di makmal berdasarkan jantina tetapi tidak terdapat

perbezaan kemahiran keselamatan antara kursus. Hasil kajian juga menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran pengajaran dan kemahiran

keselamatan di makmal. Akhir sekali dicadangkan menambahkan silibus pelajaran

mengenai kemahiran penyelesaian masalah agar pelajar dapat berfikir secara kreatif

dan kritis Manakala aspek kemahiran keselamatan pula, senarai-senarai bahan kimia

dan nilai ambang ditampal dalam setiap makmal.

Page 8: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

viii  

ABSTRACT

Teaching and safety skills are important components in science instruction.

The purpose of this study is to investigate the level of the teaching skills (teaching

strategy, laboratory skills and laboratory management skills) and safety awareness

(general skills, skills on recognizing apparatus and skill on handling chemical

substance). This study also investigates discrepancies of the skills with regards to

gender and course specifications. A total of 127 third and fourth year students from

department of science and mathematics, Faculty of Education, UTM were selected

randomly as respondents. The research instrument administered is in the form of

questionnaires. The reliability of the alpha Croncach value is 0.9668 for teaching

skills and 0.9669 for safety awareness. The collected data was analysed using

Statistical Package for Social Science (SPSS) and the result were presented in the

percentage, mean, t-test and correlation. Result was showed levels of teaching and

safety skills respondent have high. There is no difference in teaching skills based on

gender and course specifications. As for safety skills, no deference is recorded for

comparison between courses but there is a significant difference when it is compared

between genders. The study also showed that there is significant relationship

between teaching and safety skills in laboratory. The suggestion for this study in

teaching skills is the syllabus on safety awareness in laboratory needs to add in

problem solving skills so that students can develop their creative and critical

thinking. Moreover, for safety skills the list of the chemical substance and threshold

value need to display in every laboratory.

Page 9: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

ix  

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 6

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Hipotesis kajian 8

Page 10: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

x  

1.7 Rasional Kajian 8

1.8 Kepentingan kajian 9

1.9 Skop dan batasan kajian 9

1.10 kerangka kajian 10

1.11 Definisi istilah 11

1.12 Rumusan 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kemahiran Pengajaran Di makmal 14

2.2.1 Kemahiran Menggunakan Strategi Mengajar

14

2.2.2 Kemahiran Ketika Di Makmal 16

2.2.3 Kemahiran Pengurusan Makmal 18

2. 3 Kemahiran Keselamatan di Makmal 19

2.3.1 Kemahiran Am Keselamatan Di Makmal

19

2.3.2 Kemahiran Mengenai Alatan Makmal

22

2.3.3 Kemahiran Mengendalikan Bahan Kimia

26

2.4 Rumusan 28

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk kajian 29

3.3 Persampelan 30

Page 11: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

xi  

3.4 Instrumen kajian 31

3.5 Kajian rintis 32

3.6 Prosedur kajian 33

3.7 Kaedah Analisis data 34

3.8 Rumusan 35

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Latar Belakang Responden 36

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian.

38

4.3.1 Tahap Kemahiran Pengajaran Di Makmal.

38

4.3.2 Tahap Kemahiran Keselamatan di Makmal.

43

4.4 Analisis Berdasarkan Hipotesis 49

4.4.1 Perbezaan Kemahiran Pengajaran Di Makmal Berdasarkan Jantina 49

4.4.2 Perbezaan Kemahiran Keselamatan di Makmal Berdasarkan Jantina

50

4.3.3 Perbezaan Kemahiran Pengajaran di Makmal Berdasarkan Kursus

50

4.3.4 Perbezaan Kemahiran keselamatan di Makmal Berdasarkan Kursus

51

4.4 Hubungan Antara Kemahiran Pengajaran dan Keselamatan di Makmal

53

4.5 Rumusan 53

Page 12: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

xii  

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan Kajian 54

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 56

5.3.1 Kemahiran Pengajaran di Makmal 56

5.3.2 Kemahiran Keselamatan di Makmal 59

5.3.3 Hubungan Antara Kemahiran Pengajaran dan Keselamatan Di Makmal dalam Kalangan Bakal Guru 61

5.4 Cadangan Kajian 62 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63 5.6 Penutup 63 RUJUKAN 65

LAMPIRAN 69

Page 13: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

xiii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Langkah pertolongan cemas semasa di makmal 24

2.2 Kelas pemadam api jenis A, B dan C 25

2.3 Contoh bahan merbahaya 27

3.1 Bilangan pelajar setiap kursus 30

3.2 Nilai Alpha Cronbach pada setiap konstruk 32

3.3 Skala Min 34

3.4 Kekuatan hubungan dalam kaedah korelasi 35

4.1 Bilangan responden lelaki dan perempuan 36

4.2 Bilangan responden mengikut kursus 37

4.4 Jadual perbandingan antara konstruk

kemahiran pengajaran di makmal

38

4.5 Taburan respon dalam aspek kemahiran

menggunakan strategi mengajar

39

4.6 Taburan respon dalam aspek kemahiran dalam

makmal

41

4.7 Taburan respon dalam aspek kemahiran

pengurusan makmal

42

4.8 Jadual perbandingan antara konstruk

kemahiran keselamatan di makmal

43

4.9 Taburan respon dalam aspek kemahiran am di

makmal.

45

Page 14: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

xiv  

4.10 Taburan respon dalam aspek kemahiran

mengenai alatan makmal

46

4.11 Taburan respon dalam aspek kemahiran

mengendali bahan kimia

48

4.12 Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Kemahiran

Pengajaran berdasarkan Jantina

49

4.13 Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Kemahiran

keselamatan di makmal berdasarkan Jantina

50

4.14 Keputusan ujian hipotesis analisis varian

(ANOVA) Kemahiran Pengajaran di Makmal

berdasarkan Kursus.

50

4.15 Perbandingan Min Dapatan Kemahiran

Pengajaran di Makmal berdasarkan Kursus

51

4.16 Keputusan ujian hipotesis analisis varian

(ANOVA) Kemahiran Keselamatan di

Makmal berdasarkan Kursus

52

4.17 Perbandingan Min Dapatan Kemahiran

Keselamatan di Makmal berdasarkan Kursus.

52

4.18 Analisis Korelasi 53

Page 15: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

xv  

SENARAI RAJAH

NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1.0 Kerangka Kajian

10

3.2 Prosedur kajian

33

Page 16: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

xvi  

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian Pengajian Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

Kimia

SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik

SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

SPK Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan Kimia

SPP Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan Fizik

SPSS Statistical Package for the Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

xvii  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Soal selidik kajian 69

Page 18: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

1  

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Makmal sains telah mempunyai peranan tersendiri dalam pendidikan sains

terdapat pelbagai faedah dan manfaat dalam pembelajaran dan pengajaran di makmal.

Keadaan ini sejajar dengan pendidikan di Malaysia yang kini sedang mengalami

transformasi menyebabkan pelbagai elemen cuba dimasukkan dalam kurikulum

pendidikan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelektual dan sahsiah. Oleh itu, dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang

mencukupi serta memiliki kemahiran yang diperlukan, kesediaan pelajar untuk

menyertai bidang sains perlu dipertingkatkan dan penguasaan kognitif pelajar dalam

disiplin tersebut perlu diperbaiki. ( Zanaton et. al, 2006)

Menurut ahli psikologi Piaget, J (1896-1980) dalam Slavin (2006), matlamat

asas dalam pendidikan ialah menghasilkan manusia yang mampu menghasilkan benda

baru iaitu minda yang kritis, yang boleh mengenalpasti dan menilai bukan menerima

sacara bulat-bulat. Dengan melakukan amali di makmal dapat membantu mereka

memahami dan berbincang untuk memperjelaskan penemuan mereka semasa

mempelajarinya secara teori (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006). Oleh itu, secara

umum, menurut Siti Suhaila dan Umaimah (2006), amali sains disebut sebagai

eksperimen, uji kaji atau kerja amali sains. Kaedah amali ini berupaya memberikan

Page 19: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

2  

pengalaman konkrit dan kemahiran saintifik kepada pelajar semasa menjalani aktiviti di

makmal.

Kemahiran saintifik diperolehi pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di

makmal sains seperti kemahiran uji kaji dan pengendalian alat radas. Menurut Avi

Hofstein and Vincent, (2003). aktiviti makmal memberikan pengalaman yang baik

untuk memupuk kemahiran mengendalikan alat radas di samping memberi peluang

kepada mereka untuk berjaya dalam sains. Pengajaran sains memberikan makna

mengenai prinsip, strategi, kaedah, teknik dan pelbagai kaedah untuk menjadikan

pengajaran dan pembelajaran yang efektif (Nor Hasniza, 2006). Pengajaran dan

pembelajaran di lakukan di makmal supaya pelajar dapat memahami pelajaran yang di

pelajari secara teori dengan mengaplikasikan di makmal sewaktu amali. Oleh itu,

kemahiran pengajaran di makmal perlu di kuasai oleh guru-guru sains agar berupaya

membimbing pelajar-pelajar meminati sains dan berasa seperti menjadi saintis yang

semasa melakukan aktivti di makmal.

Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim, (2006), mata pelajaran sains memberi

tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai

satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Jadi Kemahiran

pengajaran di makmal merupakan aspek yang penting dalam mengawal keadaan semasa

di makmal dan ketika pelajar melakukan amali sains. Jadi pengajaran di makmal

memerlukan konsep pembelajaran secara koperatif iaitu pelajar-pelajar diberikan

kumpulan yang kecil dan meraka bekerjasama untuk melakukan amali dan pelajar

melakukan amali menggunakan konsep “discovery learning” kerana semasa uji kaji

atau amali dijalankan pelajar-pelajar akan diberi kebebasan dan mereka berupaya

membina kefahaman mereka sendiri.

Selain aspek kemahiran pengajaran, keselamatan adalah aspek yang penting

dalam pengajaran dan pembelajaran di makmal. Kesedaran tentang betapa pentingnya

keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari,

1992 dalam Zainal 2008). Oleh itu, guru dan pelajar seharusnya peka dalam aspek

Page 20: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

3  

keselamatan di makmal dan menjadi tanggungjawab kepada semua pihak bukan hanya

terletak pada seorang guru dan pembantu makmal sahaja. Ini sejajar dengan pernyataan

Halimaton dan Zaiton (1994), semua pihak yang terlibat dalam aktiviti di makmal

mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat bekerja, persekitaran dan individu

lain yang bekerja bersama mereka.

Semasa pelajar melakukan aktiviti amali di makmal berkemungkinan

kemalangan akan terjadi. Oleh itu, guru dan pelajar harus memahami tentang peraturan

ketika di makmal dan mengambil langkah-langkah pencegahan kemalangan semasa

melakukan amali. Menurut Hassan (1997) dalam Zainal (2008), langkah-langkah

keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua dan guru perlu menyediakan

langkah-langkah keselamatan seperti menggunakan carta keselamatan yang sesuai.

Oleh itu, keselamatan merupakan satu aspek yang paling penting dalam pengurusan

makmal sains kerana jika guru dan pelajar alpa, ia boleh mengundang maut (Halimaton

dan Zaiton, 1994).

Sebelum melakukan amali sains guru seharusnya menerangkan kepada pelajar

tentang langkah keselamatan, peraturan dan teknik pengunaan alat radas. menurut

Zainal, (2008). pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah

mengikut peraturan keselamatan di makmal. Kemalangan lebih kerap berlaku dalam

makmal yang semak dan tidak tersusun (Ooi Chong Beng dan Khairuddin, 1982). Oleh

itu, semua guru sains mesti pandai mentadbir makmal sains, dan mempunyai

pengetahuan dan kemahiran tentang keselamatan makmal agar menjadi tempat yang

kondusif dan selamat

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemahiran pengajaran dan keselamatan di makmal dalam kalangan guru pelatih

merupakan aspek yang penting kerana guru pelatih tidak mempunyai pengalaman dalam

megendalikan makmal menyebabkan guru pelatih berasa kurang yakin pada diri dan takut

Page 21: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

4  

dalam mengendalikan aktiviti amali dan menjadikan aktiviti di makmal berpusatkan guru.

Aspek ini sejajar dengan pernyataan Hodson (1990) dalam Hart et al (2000), pelajar

menyatakan aktiviti di makmal membosankan dan terlalu berpusatkan guru

menyebabkan pelajar gagal mengaitkan hubungan aktiviti di makmal dengan

pembelajarannya.

Guru kurang kemahiran keselamatan dan pengetahuan asas mengenai teknik-

teknik pengendalian alat radas menyebabkan pelajar lebih terdedah dengan risiko

kemalangan.  Menurut Mohamed Rahmat et al (1995) dalam Siti Suhaila dan Umaimah

(2006), salah satu masalah utama dalam melaksanakan mata pelajaran sains ialah

kekurangan kemahiran dalam mengendalikan peralatan sains. Oleh itu, pengendalian

alat radas di makmal sains perlu agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang

kondusif dan selamat.

Menurut Siti Suhaila dan Umaimah (2006), individu yang melakukan ujikaji

lebih berisiko kemalangan akibat dari kecuaian pengguna itu sendiri. Kecuaian manusia

adalah faktor utama yang menyebabkan kemalangan di dalam makmal (Nasri, 2000

dalam Mohd Nasir, 2002). Oleh itu, Guru perlu mengingatkan pelajar dengan

menampal pada dinding makmal iaitu “Utamakan Keselamatan” kerana menurut Zainal

(2008), pelajar mudah mengikuti dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal

sekiranya mereka sering diingati dan didedahkan dengan peraturan keselamatan.

Namun begitu, pelajar yang melakukan amali kimia lebih berisiko mengalami

kemalangan kerana mereka terdedah dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti

cecair yang berasid dan beralkali. Menurut Kong Meow San (1984), di makmal sains

kini terdapat banyak bahan kimia yang merbahaya. Jadi langkah-langkah keselamatan

perlu dititik beratkan semasa melakukan ujikaji di makmal. Guru tidak mahir tentang

cara memberi pertolongan cemas semasa berlaku kecemasan ketika di makmal

menyebabkan kecederaan mangsa bertambah parah. Menurut Halimaton dan Zaiton

(1994), pengetahuan dan penggunaan peralatan yang betul dan langkah-langkah bagi

mengelakkan berlaku kemalangan mesti dipelajari oleh semua individu.

Page 22: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

5  

Selain daripada masalah keselamatan, pengajaran di makmal juga memerlukan

kemahiran pengajaran. Bakal-bakal guru sains perlu memahami pedagogi sains bagi

membantu pelajar membina kefahaman mereka sendiri dan mengingati aktiviti amali

tersebut kerana mereka dapat mengalami keadaan sebenar serta akan berkecenderungan

untuk menyelidiki pembelajaran sains yang seterusnya (NSTA, 2003 dalam Nor

Hasniza, 2006). Menurut Nor Hasniza (2006) lagi, bakal guru kurang cekap dalam

membahagikan masa dengan baik, kawalan kelas, penggunaan bahan bantu mengajar

dan teknik pengajaran tetapi mereka merasakan mereka berkeupayaan dalam

menguruskan masa semasa menyampaikan sesi pengajaran sains di dalam kelas.

Kemahiran pengurusan masa adalah elemen yang penting dalam kemahiran pengajaran

di makmal kerana dalam dapatan kajian Nor Hasniza (2006) dalam catatan refleksi guru

pelatih sains menyatakan mereka tidak dapat pengurusan masa dengan baik dan

menurut Behets (1997) dalam Nor Hasniza (2006), guru yang efektif adalah mereka

yang dapat menghabiskan masa secara aktif dan berkesan semasa pengajaran.

Selain itu, pembinaan bahan bantu mangajar yang tidak menarik dan tidak

sempurna menyebabkan pelajar kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut catatan refleksi guru pelatih sains dalam Nor Hasniza (2006), menyatakan guru

pelatih sains tidak berupaya menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik.

Pengurusan makmal juga elemen penting dalam kemahiran pengajaran di makmal.

Bakal guru perlu dibekalkan dengan kemahiran dan pengetahuan pengurusan di makmal

kerana menurut catatan refleksi guru pelatih sains dalam Nor Hasniza (2006),

menyatakan mereka tidak dapat menguruskan makmal dengan baik dan selamat

digunakan. Kenyataan ini menunjukkan guru bakal guru tidak mahir dalam

menguruskan makmal. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan

penyelenggaraan makmal sains merupakan aspek yang perlu dikuasai oleh setiap guru

sains bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta

mengelak berlakunya sebarang kecelakaan.

Page 23: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

6  

1.3 Pernyataan masalah

Menurut Nor Hasniza (2006), pengajaran sains yang berkesan, guru sains perlu

menguasai isi kandungan yang baik, mempunyai sikap dan ciri ahli sains yang baik,

mempunyai pelbagai kemahiran, teknik dan strategi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains. Justeru itu menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), startegi

pengajaran dan pembelajaran sains harus berteraskan pembelajaran menerusi

pengalaman seperti pendekatan konstruktivisme dan inkuiri. Melalui pendekatan ini

pelajar boleh meluaskan pengalaman pembelajaran meraka dan memperkukuhkan

kefahaman dan ingatan mereka. Menurut Freedman (1996), dalam aspek persekitaran

pembelajaran, makmal adalah faktor yang mempengaruhi pelajar dalam pembentukkan

sikap positif terhadap sains. Oleh itu, kemahiran pengajaran di makmal perlu bagi

memupuk sikap pelajar terhadap matapelajaran yang melibatkan pembelajaran dan

pengajaran di makmal.

Kemahiran keselamatan merupakan aspek yang penting kerana aspek ini sering

dibimbangi oleh ibubapa pelajar agar anak mereka sentiasa berada dalam keadaan

selamat. Pelajar-pelajar perlu sentiasa diingatkan akan peraturan dan keselamatan

makmal sebelum dan semasa berada dimakmal bagi mengelakkan berlaku kemalangan

dalam makmal. Menurut Siti Suhaila dan Umaimah (2006), kemalangan lebih mudah

berlaku kepada individu yang melakukan ujikaji kerana tidak menitik berat tentang

keselamatan diri sendiri. Justeru itu, bakal guru perlu mahir mengenai aspek

keselamatan di makmal serta menimbulkan persekitaran yang selamat dan

menggalakkan pembelajaran.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai kemahiran guru-guru pelatih sains

UTM yang telah menjalani latihan mengajar iaitu pelajar tahun tiga dan empat bagi

Page 24: RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

7  

kursus SPP, SPF, SPC, SPK dan SPN tentang kemahiran pengajaran dan keselamatan

makmal yang harus diketahui dan dipraktikkan. Oleh itu objektif kajian ini adalah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap kemahiran pengajaran di makmal dalam kalangan bakal

guru

1.4.2 Mengenal pasti tahap kemahiran keselamatan di makmal dalam kalangan bakal

guru

1.4.3 Mengenal pasti perbezaan kemahiran pengajaran di makmal di berdasarkan

jantina dan kursus.

1.4.4 Mengenal pasti perbezaan kemahiran keselamatan makmal berdasarkan jantina

dan kursus.

1.4.5 Mengenal pasti hubungan antara kemahiran pengajaran dan keselamatan di

makmal makmal dalam kalangan bakal guru.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan pernyataan masalah terdapat beberapa persoalan kajian bagi kajian

ini adalah:

1.5.1 Apakah tahap kemahiran pelajar tentang kemahiran pengajaran di makmal?

1.5.2 Apakah tahap kemahiran pelajar tentang keselamatan di makmal?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan signifikan kemahiran pengajaran di makmal

berdasarkan jantina dan kursus?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan signifikan kemahiran keselamatan di makmal

berdasarkan jantina dan kursus?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan signifikan antara kemahiran pengajaran dan

keselamatan di makmal makmal dalam kalangan bakal guru?