borang pengesahan status tesis...“saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan...

26
Psz 19:16 (pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya CHEW POO YEOK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 125, Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah. EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES Nama Penyelia Tarikh : 4 MEI 2009 Tarikh : 4 MEI 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 06-Mar-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Psz 19:16 (pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya CHEW POO YEOK

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 125, Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah. EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES Nama Penyelia

Tarikh : 4 MEI 2009 Tarikh : 4 MEI 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains & Komputer Serta Pendidikan ( Matematik ).”

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES

Tarikh : 4 MEI 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR DAN HUBUNGANNYA

DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

CHEW POO YEOK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penulis : CHEW POO YEOK

Tarikh : 4 MEI 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

iii

DEDIKASI

Untuk

Ibu bapa saya,

Chew Teng Hiang

Teoh Chye Gak

Adik-beradik saya,

Chew Poo Kok

Chew Poh Lian

Chew Poh Looi

Chew Poo Mee

Chew Poh Tow

serta rakan-rakan saya yang dikasihi.

Terima kasih atas segala kasih sayang,

pengorbanan dan dorongan yang diberikan kepada saya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Encik Ahmad Johari Bin Sihes, selaku penyelia kajian ini di atas bimbingan, tunjuk ajar

dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela

meluangkan masa untuk mengisi borang soal selidik. Mereka telah memberi maklumat

yang banyak dan berguna kepada penulis.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga atas

sokongan yang diberikan sepanjang proses penulisan projek sarjana muda ini. Tidak

dilupai, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan dan staf-staf fakulti pendidikan

kerana sudi memberi sokongan dan maklumat untuk menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia serta mengenalpasti hubungan di antara pendekatan pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pelajar Fakulti Pendidikan yang dipilih secara rawak di mana 50 orang pelajar dipilih mengikut setiap tahun pengajian iaitu tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun empat. Terjemahan daripada Revised Two Factor Study Process Questionaire (R-SPQ-2F) yang telah disahkan digunakan di dalam instrumen kajian untuk mengkaji pendekatan pembelajaran pelajar. Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 15.0. Ujian kekerapan, peratusan dan min dijalankan untuk menentukan pendekatan pembelajaran pelajar, ujian kolerasi Pearson digunakan bagi mengenal pasti hubungan di antara pendekatan pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar, ujian ANOVA dijalankan untuk menentukan perbezaan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar berdasarkan tahun pengajian, dan ujian-t dijalankan bagi menentukan perbezaan pendekatan pembelajaran pelajar berdasarkan jantina. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pelajar Fakulti Pendidikan adalah lebih cenderung mengamalkan pendekatan mendalam daripada pendekatan permukaan. Hubungan yang signifikan didapati wujud di antara pendekatan pembelajaran permukaan dengan pencapaian akademik pelajar tetapi hubungan ini adalah sangat lemah dan bersongsangan. Hubungan yang signifikan didapati wujud di antara pendekatan pembelajaran mendalam dengan pencapaian akademik pelajar tetapi hubungan ini adalah lemah. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahun pengajian pelajar terhadap pendekatan pembelajaran permukaan dan mendalam. Perbezaan yang signifikan didapati wujud di antara jantina pelajar terhadap pendekatan pembelajaran permukaan dan mendalam. Pelajar lelaki adalah lebih cenderung mengamalkan pendekatan permukaan manakala pelajar perempuan adalah lebih cenderung mengamalkan pendekatan mendalam. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk menggalakkan pendekatan pembelajaran mendalam bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

vi

ABSTRACT

This study is to identify the learning approaches of students of The Education

Faculty in Universiti Teknologi Malaysia according to the intake year group and to examine the relationship between the students’ learning approaches and their academic performances. The respondents consist of 200 students who were randomly selected from The Education Faculty with 50 students selected from every year groups from first year to fourth year. The primary method of research is the use of questionnaires. The translation of Revised Two Factor Study Process Questionaire (R-SPQ-2F) was used in the instrument to investigate students’ learning approaches. The data was analysed using SPSS version 15.0. Student learning approaches are determined by frequency, percentage and min, Pearson Correlation test was used to identify relationship between student learning approaches and student academic achievement, ANOVA is carried out to determine learning approach difference among students based on intake year, and t-test was used to determine student learning approach difference on gender basis. Survey results show that students prefer practising deep approach as oppose to surface approach. Significant relationship were found between surface learning approach with student academic achievement but the relationship is drained and reciprocal. There were significant relationship between deep learning approach and the student academic achievement but the relationship were weak. Study also found that there were no significant differences between students' studies year on surface learning approach and also deep learning approach. Significant differences were found between students’ gender on surface learning approach and deep learning approach. Male students are more inclined to practise surface learning approach while female are more inclined to practise deep learning approach. The researcher made a number of suggestions to encourage deep learning approach to increase student academic achievement.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

JADUAL KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

viii

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Pelajar 11

1.9.2 Pembelajaran 12

1.9.3 Pengajaran 12

1.9.4 Pemdekatan pembelajaran 12

1.9.4.1 Pendekatan Mendalam 13

1.9.4.2 Pendekatan Permukaan 13

1.9.5 Pencapaian Akademik 14

1.10 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN LITERATUR 15

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Pendekatan Pembelajaran Di Kalangan Pelajar 16

2.3 Hubungan Di Antara Pendekatan Pembelajaran

Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

22

2.4 Perbezaan Pendekatan Pembelajaran Di Kalangan

Pelajar Pendidikan Tinggi Berdasarkan Tahun

Pengajian

29

2.5 Perbezaan Pendekatan Pembelajaran Di Kalangan

Pelajar Berdasarkan Jantina

32

2.6 Penutup 34

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ix

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.4 Instrumen Kajian 37

3.4.1 Revised Two Factor Study Process

Questionaire (R-SPQ-2F)

38

3.5 Prosedur Pengumpulan Data 39

3.6 Kajian Rintis 40

3.7 Analisis Data 41

3.8 Penutup 43

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN 44

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Bahagian A 45

4.2.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Jantina

45

4.2.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden

Mengikut Tahun Pengajian

46

4.2.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden

Mengikut PNGK Terkini

46

4.3 Analisis Bahagian B 47

4.3.1 Apakah pendekatan pembelajaran yang

diamalkan oleh pelajar-pelajar Fakulti

Pendidikan?

47

4.3.2 Adakah terdapat hubungan di antara

pendekatan pembelajaran pelajar dengan

pencapaian akademik pelajar?

52

4.3.2.1 Hipotesis Nol 1(a) : Tidak terdapat

hubungan yang signifikan di antara

pendekatan pembelajaran permukaan

52

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

x

dengan pencapaian akademik pelajar.

4.3.2.2 Hipotesis Nol 1(b) : Tidak terdapat

hubungan yang signifikan di antara

pendekatan pembelajaran mendalam

dengan pencapaian akademik pelajar.

53

4.3.3 Adakah terdapat perbezaan pendekatan

pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti

Pendidikan berdasarkan tahun pengajian?

54

4.3.3.1 Hipotesis Nol 2(a) : Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan di antara

tahun pengajian pelajar terhadap

pendekatan pembelajaran

permukaan.

54

4.3.3.2 Hipotesis Nol 2(a) : Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan di antara

tahun pengajian pelajar terhadap

pendekatan pembelajaran mendalam.

55

4.3.4 Adakah terdapat perbezaan pendekatan

pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti

Pendidikan berdasarkan jantina?

55

4.3.4.1 Hipotesis Nol 3(a) : Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan di antara

jantina pelajar terhadap pendekatan

pembelajaran permukaan.

56

4.3.4.2 Hipotesis Nol 3(b) : Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan di antara

jantina pelajar terhadap pendekatan

pembelajaran mendalam.

56

4.4 Penutup 57

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xi

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Rumusan Kajian 58

5.3 Perbincangan 60

5.3.1 Pendekatan pembelajaran yang

diamalkan oleh pelajar-pelajar Fakulti

Pendidikan

60

5.3.2 Hubungan di antara pendekatan

pembelajaran dengan pencapaian akademik

pelajar

63

5.3.3 Perbezaan pendekatan pembelajaran di

kalangan pelajar Fakulti Pendidikan

berdasarkan tahun pengajian

64

5.3.4 Perbezaan pendekatan pembelajaran di

kalangan pelajar Fakulti Pendidikan

berdasarkan jantina

66

5.4 Cadangan 67

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.6 Penutup 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN A - B 77

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Ciri-ciri pendekatan mendalam dan permukaan

16

3.1 Pembolehubah-pembolehubah dalam kajian

36

3.2 Jumlah sampel yang dipilih secara rawak dalam kajian

37

3.3 Item-item dalam R-SPQ-2F

39

3.4 Keterangan skala likert dalam R-SPQ-2F

39

3.5 Penggunaan kaedah statistik mengikut objektif kajian

42

3.6 Garis panduan Guilford terhadap analisis korelasi

42

4.1 Analisis taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut jantina

45

4.2 Analisis taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut tahun pengajian

46

4.3 Analisis taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut PNGK terkini

46

4.4 Analisis frekuensi, peratusan dan min responden yang menjawab item jenis pendekatan pembelajaran permukaan

49

4.5 Analisis frekuensi, peratusan dan min responden yang menjawab item jenis pendekatan pembelajaran mendalam

50

4.6 Analisis hubungan korelasi antara pendekatan pembelajaran permukaan dengan pencapaian akademik pelajar

52

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xiii

4.7 Analisis hubungan korelasi antara pendekatan pembelajaran mendalam dengan pencapaian akademik pelajar

53

4.8 Analisis ANOVA untuk perbezaan di antara tahun pengajian pelajar terhadap pendekatan pembelajaran permukaan

54

4.9 Analisis ANOVA untuk perbezaan di antara tahun pengajian pelajar terhadap pendekatan pembelajaran mendalam

55

4.10 Analisis ujian-t bagi perbezaan di antara jantina pelajar terhadap pendekatan pembelajaran permukaan

56

4.11 Analisis ujian-t bagi perbezaan di antara jantina pelajar terhadap pendekatan pembelajaran mendalam

57

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PNGK - Purata mata nilai gred kumulatif yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti

R-SPQ-2F - Revised Two Factor Study Process Questionaire

SPSS - Statistical Package Of Social Science for window

ANOVA - Analysis of Variance

CTL - Centre for Teaching and Learning

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 77

B Analisis Kebolehpercayaan Item 82

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju, Malaysia perlu

mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang

tinggi, masyarakat yang memandang jauh kehadapan, inovatif serta penyumbang kepada

tamadun sains dan teknologi masa hadapan, berfikiran kritikal dan yang bersedia untuk

mengambil bahagian dalam ekonomi global di abad ke-21 ini. Tanggungjawab ini perlu

dipikul oleh semua pihak sama ada ia pembuat dasar, pengetua, guru besar, pelajar,

ibubapa, masyarakat dan para pendidik.

Universiti sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan yang terkemuka

memainkan peranan yang penting dalam konteks ini. Para pelajar yang berkelayakan

dapat mempelajari berbagai-bagai bidang yang ditawarkan di universiti. Pembelajaran di

universiti adalah berlainan dengan pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah

menengah. Pembelajaran di universiti adalah lebih kompleks dan pembelajaran pelajar

tidak terlalu bergantung kepada pengajar. Walau bagaimanapun, antara tanggungjawab

utama para pendidik adalah usaha berterusan untuk memastikan semua anak murid dapat

belajar dengan berapa baik yang boleh.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

2

Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan

mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep

dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasikannya ke

dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat persetujuan mutlak antara ahli

psikologi mengenai proses pembelajaran yang lengkap. Mereka hanya mempunyai

andaian asas iaitu pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima sesuatu yang baru,

atau mengubahsuai pola tingkahlaku yang mempunyai pengaruh terhadap sikap atau

pencapaian akan datang.

Pakar pendidikan dan pengkaji psikologi telah mengemukakan pelbagai teori

pembelajaran seperti teori behavioris, teori kognitif, teori sosial dan humanis dalam

usaha memahami cara mana pembelajaran berlaku. Teori-teori ini telah menolong para

pendidik mengutarakan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang telah dan

sedang memandu amalan pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi

pembelajaran di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Berdasarkan literatur, pembelajaran ialah satu fenomena yang telah sebati

dengan kehidupan manusia. Menurut Horton dan Turnhage (1976), apa sahaja yang telah

dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu yang mampu dilakukan olehnya,

boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu pembelajaran. Oleh yang demikian,

hampir seluruh masa dalam hidup ini, manusia terlibat dalam aktiviti pembelajaran

(Borger dan Seaborne, 1982). Jadi, tidak menghairankan jika pembelajaran telah dikaji

sejak lebih seratus tahun yang lalu. Ia dikaji dari pelbagai perspektif, sama ada daripada

perspektif pengajar, ahli psikologi mahupun penyelidik sendiri. Tujuan asas

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

3

penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan pembelajaran menerusi pemahaman yang

mendalam tentang bagaimana proses ini berlaku (Entwistle, 1981).

Berdasarkan kajian Ramsden (1988), sebahagian besar daripada pelajar universiti

tidak berupaya menunjukkan mereka memahami pokok sesuatu pelajaran walaupun

mereka mampu menggunakan pelbagai kemahiran yang kompleks dalam bidang sains,

kemanusiaan dan matematik; mengeluarkan pelbagai maklumat faktual dan lulus

cemerlang dalam peperiksaan. Mereka sering keliru dengan konsep sebenar konsep yang

terdapat dalam pelajaran tersebut. Misalnya, McDermont (1984) mendapati pelajar yang

tinggi pencapaian pun tidak faham konsep pecutan sebagai nisbah cepatan dengan

perubahan masa. Begitu juga Dahlgren (1984) mendapati sesetengah pelajar ekonomi

yang berjaya pun tidak dapat menerangkan konsep harga dengan betul. Seterusnya, Wan

Zah Wan Ali (1992) mendapati bahawa tidak ada seorang pun daripada 30 subjek dalam

kajinnya yang terdiri daripada pelajar universiti memahami secara tepat inti pati

sesebuah teks akademik.

Jika dirumuskan kesemua dapatan kajian tersebut, kelihatan pelajar seolah-olah

kebingungan apabila berhadapan dengan persoalan yang menyentuh perkara teras

sesuatu pelajaran serta bidang ilmu. Mereka gagal memahami dan berfikir sejajar

dengan ilmu yang dituntut walaupun setelah menjalani ujian dan latihan dengan jayanya.

Ini tentunya suatu fenomena yang amat mendukacitakan kita semua. Banyak faktor yang

menyebabkan masalah ini, yang penting sekarang adalah meneliti dan memahami

masalah pembelajaran pelajar serta mendapatkan maklumat yang dapat membantu

mengatasinya.

Hasil pembelajaran yang berkualiti tinggi biasanya dianggap sesuai untuk

pengajian tinggi. Ini termasuklah pembelajaran yang bermakna (Novak, 1977),

perubahan konseptual (Biggs, 1999; Ramsden, 1988), persefahaman (Entwistle, 1998)

dan pembangunan cara-cara yang lebih kompleks bagi mengalami atau melihat

fenomena (Bowden & Marton, 1999; Marton & Booth, 1997).

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

4

Pendekatan pembelajaran permukaan melibatkan satu fokus di satu tugas

pembelajaran dalam pengasingan. Kandungan bersekutu dengan satu tugas pembelajaran

adalah dipandang sebagai satu sumber pengetahuan yang berkeperluan akan didapati

untuk mengingat dalam situasi-situasi penilaian akan datang. Strategi-strategi

pembelajaran diutamakan digunakan untuk mendapatkan pengetahuan. Strategi-strategi

biasanya melibatkan pengulangan membawa kepada penghafalan. Pengulangan mungkin

melibatkan membaca, menulis, membaca, dan sebagainya., atau penggabungan

kesemuanya. Ingatan dalam situasi-situasi penilaian adalah biasanya mengingati teks,

akronim, tatacara, strategi-strategi penyelesaian masalah, dan sebagainya. Kejayaan

dalam tugas-tugas penilaian akan datang adalah tumpuan utama pembelajaran

pendekatan permukaan.

Sebaliknya, pendekatan pembelajaran mendalam melibatkan satu minat intrinsik

dalam dan kesedaran membangun satu pemahaman kandungan bersekutu dengan satu

tugas pembelajaran. Gambaran yang lebih terlihat adalah sengaja menemui, dengan

penilaian akan datang dalam fikiran malah juga bersefahaman untuk minat peribadi,

melebihi latar akademik. Seorang pelajar menggunakan strategi-strategi yang disukai

untuk mendapatkan kefahaman. Semua strategi adalah mencari makna yang

menghubungkaitkan dengan kefahaman yang sebelumnya dan untuk kandungan dalam

tugas-tugas pelajaran lain dalam satu subjek.

Hubungan antara pendekatan pembelajaran dan kualiti hasil-hasil pembelajaran

telah disiasat dalam banyak kajian. Dalam kajian-kajian ini, pendekatan pembelajaran

permukaan adalah digabungkan secara empirikal dengan hasil pembelajaran yang

berkualiti rendah yang berketrampilan sedikit atau tiada pembangunan konsepsi.

Manakala, pendekatan pembelajaran mendalam adalah dihubungkaitkan secara

konsisten dengan pelbagai jenis kualiti hasil pembelajaran yang sesuai untuk pengajian

tinggi (contohnya, Crawford et al., 1994; Hazel, Prosser & Trigwell, 2002; Prosser &

Millar, 1989; Prosser, Walker & Millar, 1995; Trigwell & Yasukawa, 1999).

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

5

Pendekatan pembelajaran mendalam melibatkan tujuan untuk memahami melalui

penyiasatan dan penemuan dan menghubungkaitkan makna tersirat di perspektif yang

berbeza dalam isi kandungan. Tujuan ini menandakan satu kesedaran pengalaman

pembelajaran, kedua-dua merupakan satu pemahaman yang berkembang dan proses-

proses yang digunakan bagi menghasilkan bersefahaman (Cope, 2000). Oleh itu,

pendekatan pembelajaran mendalam memerlukan seorang pelajar yang aktif yang ingin

mencari dan membawa perspektif baru untuk mempengaruhi beberapa kandungan, yang

mencari perhubungan antara pelbagai aspek atau pengalaman dalam kandungan.

Seorang pelajar yang menggunakan pendekatan pembelajaran permukaan hanya

pertimbangkan aspek-aspek terpencil dalam kandungan yang mereka mempelajari.

Mereka tidak mempunyai niat untuk mencari sebarang perhubungan antara pelbagai

aspek dalam kandungan. Pembangunan konsepsi untuk pelajar seperti ini tidak dijangka.

Berbanding dengan pelajar yang menggunakan pendekatan permukaan, seorang

pelajar yang menggunakan pendekatan pembelajaran bersedia untuk

memperkembangkan konsepsi mereka dengan mencuba melihat bagaimana caranya

bahagian-bahagian membentuk sesuatu, dengan mencuba mengeluarkan kefahaman

mereka dalam situasi-situasi yang berbeza, dengan menghubungkaitkan apa yang

mereka mempelajari kepada bahagian berlainan dalam sesuatu mata pelajaran, perkara-

perkara lain dan pengalaman-pengalaman peribadi mereka. Kesedaran seorang pelajar

yang menggunakan pendekatan pembelajaran mendalam adalah dinamik. Itu adalah satu

kemungkinan kepada pembangunan konsepsi (Booth, 1997).

Gibbs (1994) juga banyak mengkaji dalam kesan dua pendekatan ini dalam kualiti

pembelajaran. Beliau telah menyanggah bahawa bukan hanya satu pendekatan

permukaan sangat tersebar luas di kursus-kursus Pengajian Tinggi, malah ia juga

menyebabkan kualiti hasil pembelajaran yang rendah. Beliau berpandangan bahawa

pelajar yang menggunakan pendekatan permukaan menunjukkan pemahaman yang

sedikit dan hanya mengingati maklumat dalam jangkamasa yang pendek. Pendekatan

permukaan juga menyebabkan markah yang rendah apabila sistem penilaian

menngganjarkan pendekatan mendalam. Pendekatan mendalam pula boleh menjurus

kefahaman yang baik, ingatan jangkamasa panjang dan markah yang lebih baik.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

6

Malangnya, pelajar tidak akan menggunakan pendekatan yang betul secara

automatik. Pelajar-pelajar akan menggunakan pendekatan pembelajaran mereka terus

bersama dengan kaedah-kaedah bekerja dan bersekolah yang lalu melainkan kita

menyediakan satu daya yang sebenar untuk mereka mencuba baru dan cara-cara yang

pada mulanya tidak selesa bekerja. Marton Dan Saljo (1976; 1997) adalah amat jelas

bahawa dua pendekatan bukan sifat-sifat keperibadian atau ciri-ciri tetap tetapi ia

merupakan sesuatu niat.

Jika pelajar-pelajar mendapati bahawa konteks pembelajaran memerlukan

pendekatan mendalam, mereka akan menggunakannya. Walau bagaimanapun jika

mereka melihat konteks pembelajaran hanya memerlukan luahan permintaan

pengetahuan nyata, contohnya dalam peperiksaan, kemudian mereka akan mengambil

pendekatan permukaan. Ramsden (1992) memberi satu contoh ketara pelajar serupa

menggunakan kedua-dua pendekatan menurut bagaimana tuntutan setiap tugasan

pembelajaran telah diamati.

Penyelidikan terhadap pembelajaran dan pengajaran di pendidikan tinggi telah

dimajukan dengan meluas dalam dekad terakhir dan disokongi. Bagaimanapun untuk

penyelidikan menjadi berguna, penggunaan praktik hendaklah diterjemahkan ke dalam

amalan profesional. Apabila penyelidik-penyelidik terkunci dengan teori wacana

mengenai proses pembelajaran, cara pengajaran dan kesan-kesan penilaian, kadangkala

ia menjadi sukar untuk pensyarah-pensyarah untuk mengekstrak apa yang mungkin

penggunaan praktikal dalam pengajaran mereka.

Pelajar-pelajar menggunakan pendekatan pembelajaran dengan tujuan yang

berbeza-beza, dan kadangkala bercanggah dengan matlamat untuk belajar. Terdapat tiga

jenis orientasi pembelajaran iaitu : (1) ke arah membentuk makna peribadi, (2) ke arah

penghasilan semula, dan (3) ke arah pencapaian gred tinggi. Setiap orientasi yang diguna

menunjukkan tujuan untuk belajar yang berbeza-beza (Entwistle, 1981).

Berdasarkan orientasi dan tujuan pembelajaran, pelajar-pelajar mempunyai

motivasi yang berbeza terhadap proses pembelajaran. Sebagai contoh, seorang pelajar

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

7

mungkin menunjukkan orientasi terhadap membina makna peribadi dan pada masa yang

sama, menunjukkan orientasi yang tinggi terhadap pencapaian gred tinggi. Orientasi

tinggi terhadap pencapaian pula memerlukan pelajar mendapatkan makna daripada apa

yang dipelajari dan menghasilkan semula apa yang dipelajari mengikut keperluan kursus

dan pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Entwistle telah mengambil kira kerja

yang dilakukan oleh Pask (1976) untuk merangka model pembelajaran pada peringkat

pendidikan tinggi. Pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berbeza berdasarkan

gaya pilihan masing-masing.

Biggs (1999) berpendapat bahawa pengajaran yang baik boleh mempengaruhi

pelajar-pelajar untuk menggunakan pendekatan pembelajaran mendalam, manakala

pengajaran yang kurang bagus akan menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan

pendekatan permukaan. Biggs telah menyatakan satu pengajaran yang baik adalah

sokongan kepada pendekatan mendalam untuk pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidikan terhadap pembelajaran pelajar di universiti amat berguna untuk

memperbaiki pendidikan dan pembelajaran universiti. Perbezaan antara pendekatan

mendalam dan pendekatan permukaan untuk belajar adalah berguna kepada pensyarah-

pensyarah yang terutamanya yang mahu untuk memahami pembelajaran pelajar-pelajar

mereka dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pelajar-pelajar

untuk mencapai hasil-hasil pembelajaran yang dihasrat.

Kebanyakan pensyarah universiti berkata bahawa mereka lebih suka pelajar-

pelajar mereka menggunakan pendekatan mendalam, tetapi pelajar-pelajar sering

menggunakan pendekatan permukaan. Sebenarnya, pensyarah-pensyarah dapat buat

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

8

sesuatu untuk mempengaruhi pendekatan pembelajaran pelajar-pelajar itu kerana

pendekatan pelajar bukan sifat seseorang pelajar yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin menentukan jenis-jenis pendekatan

pembelajaran di kalangan pelajar, menentukan perbezaan jenis pendekatan pembelajaran

di kalangan pelajar serta mengenalpasti hubungan di antara pendekatan pembelajaran

pelajar dengan pencapaian akademik pelajar Falkuti Pendidikan UTM.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

i. Menentukan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan.

ii. Mengenalpasti hubungan di antara pendekatan pembelajaran dengan

pencapaian akademik pelajar.

iii. Menentukan perbezaan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti

Pendidikan berdasarkan tahun pengajian.

iv. Menentukan perbezaan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti

Pendidikan berdasarkan jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah selari dengan tujuan kajian. Persoalan kajian

disenaraikan seperti berikut:

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

9

i. Apakah pendekatan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar

Fakulti Pendidikan?

ii. Adakah terdapat hubungan di antara pendekatan pembelajaran dengan

pencapaian akademik pelajar?

iii. Adakah terdapat perbezaan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar

Fakulti Pendidikan berdasarkan tahun pengajian?

iv. Adakah terdapat perbezaan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar

Fakulti Pendidikan berdasarkan jantina?

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini menguji hipotesis-hipotesis nol berikut:

Ho 1(a) : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pendekatan

pembelajaran permukaan dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho 1(b) : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pendekatan

pembelajaran mendalam dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho 2(a) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahun

pengajian pelajar terhadap pendekatan pembelajaran permukaan.

Ho 2(b) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahun

pengajian pelajar terhadap pendekatan pembelajaran mendalam.

Ho 3(a) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina pelajar

terhadap pendekatan pembelajaran permukaan.

Ho 3(b) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina pelajar

terhadap pendekatan pembelajaran mendalam.