nadwah boneka
TRANSCRIPT
BONEKANURUL NADWAH BINTI KHALID
G3.7
PENGENALAN
Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej serta hiburan.Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.
Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita.
Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan
SEJARAH RINGKAS BONEKA
Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka
telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina.
Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih cantik dibuat
daripada lilin dan gading gajah.
Pada masa itu, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk kanak-kanak tetapi
banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi.
DEFINISI BONEKA
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.
Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Kesannya cukup baik ke arah pendedahan komunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita ,merangsang daya imaginasi dan memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan
JENIS BONEKA
Boneka Jari Boneka Tongkat
Boneka sarung tangan
Boneka Wayang Kulit
Boneka pinggan kertas
Boneka Beg Kertas
Boneka Lidi Boneka Sudu
BAHAN UNTUK MEMBUAT BONEKA
• Bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka tersebut. Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah
sarung tangan atau sarung kaki (boneka
sarung tangan)
kertas tebal/plastik keras (boneka wayang
kulit dan lidi)
beg kertas (boneka beg kertas)
sudu kayu atau senduk (boneka sudu)
perca kain (boneka sarung kepala dan
sarung tangan)
pinggan kertas (boneka pinggan
kertas)
kayu (boneka tongkat) lidi (boneka lidi)
Bahan-bahan terbuang
BONEKA TANGAN
Boneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan.Antaranya ialah stoking, sarung tangan, beg kertas dan sampul surat.
Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas membuat pergerakan.
BONEKA JARI
Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets
merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak
secara sendiri.
Boneka jari dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam
boneka yang bersaiz jari. Jari digerakkan semasa watak
dimainkan.
Boneka jari amat seronok digunakan kerana pelbagai
watak boleh dimainkan serentak.
BONEKA WAYANG KULIT
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna dan bentuknya dipotong keluar.
Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.
Semasa memainkan boneka ini, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.
BONEKA LIDI
Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit.Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.
Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya.
Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyang untuk menggerakkan anggota badan tersebut.
BONEKA BERTALI
Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan
keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu.
Boneka menggunakan tali atau string puppets berbeza dari segi
saiz dan rupa bentuk.Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat
dengan tali bagi tujuan pergerakan.
Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian
boneka yang boleh bergerak.Bahagian kaki dan tangan watak akan dibentuk
supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali.
Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang
memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan
menggelongsor.
Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa ataupun tali
tangsi .