maududi esaimen

23
……………………………………………………………………………………………….. Soalan: Bincangkan sumbangan Sayyid Abul A’la Maududi sebagai seorang mujaddid yang agung pada abad ke -20. Pengenalan Kepentingan tentang pembentukan negara Islam oleh Abu Alam AL-Maududi ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syari‘ah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib. Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Setiap manusia di dunia ini mempunyai kepercayaannya yang tersendiri. Dengan wujudnya kepercayaan ini, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka. Agama yang diamalkan di negara yang terletak di rantau Asia adalah berbeza-beza.Perkembangannya dan pengaruhnya terhadap negara 1.

Upload: khairuljamilah

Post on 19-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

maududi

TRANSCRIPT

Soalan:

..

Soalan:

Bincangkan sumbangan Sayyid Abul Ala Maududi sebagai seorang mujaddid yang agung pada abad ke -20.

Pengenalan

Kepentingan tentang pembentukan negara Islam oleh Abu Alam AL-Maududi ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syariah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib. Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Setiap manusia di dunia ini mempunyai kepercayaannya yang tersendiri. Dengan wujudnya kepercayaan ini, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka. Agama yang diamalkan di negara yang terletak di rantau Asia adalah berbeza-beza.Perkembangannya dan pengaruhnya terhadap negara tersebut juga berbeza.Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran bebas. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini..

Konsep Negara Islam

Istilah Negara Islam al-Dawlah Islamiyyah atau al-Hukumah al-Islamiyyah tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Sayyid Abul Ala Maududi dalam bukunya, Caliphate and the Great Immate . Sungguhpun begitu dalam Quran terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa atau khalaif dan juga istilah imam , yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam.Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa , perkataan hukum atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Quran yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang , istilah kaum yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah dan jamaah yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya,autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syariat atau perlaksanaannya.Dalam kertas kerja ini perbincangan akan ditumpukan kepada perkara berikut; pengenalan negara Islam, sumber autoriti pembentukannya, syarat-syarat Ketua Negara Islam, pemilihan Ketua Negara, kerakyatan negara dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan Islam.

Dalam konteks ini pegangan Sayyid Abul Ala Maududi fahaman beragama adalah bersumberkan mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk mempertahankan Islam.datangmembawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini. Gejala kepercayaan yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh kepercayaan salah tersebut telah di benteras sehingga ke akar umbinya. Ini adalah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sinaran kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya. Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu

Sumbangan Sayyid Abul Ala Maududi abad ke -20

Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam Sayyid Abul Ala Maududi selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, al-siyasah al-shariyyah. Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah cirri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara. Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat cendekiawan Islam yang cuba memberi definisi tentang negara Islam. Maududi ada mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah S.W.T. yang menentukan syariatnya dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theo democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syara.Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak ada sebarang persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan yang ada. Negara Islam bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang. Sesebuah negara Islam bebas daripada dispotisme. Ia adalah negara berperlembagaan tetapi bukan dalam erti kata moden iaitu perlembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara Islam ialah negara berperlembagaan dalam ertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan sysrat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah . Sayyid Abul Ala Maududi juga dalam membincangkan konsep negara Islam dan bukan Islam membawa beberapa pandangan ulama yang terkenal antaranya pandangan Abu Hanifah yang berpendapat bahawa negara bukan Islam ialah ada tiga sysrat iaitu:

a.Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut seperti amalan riba, arak, judi dan babi.

b.Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah disegi geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan dan dikelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya Dar-al-harb.

c.Tidak ada di sana seorang Islam pun atau dhimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan. Muslim awal dengan pengikut-pengikutnya.

Berdasarkan ini bagi Sayyid Abul Ala Maududi berpendapat negara Islam ialah negara yang melaksanakan hukum Islam atau orang Islam atau dhimmi berada dibawah pemerintahan Islam atau pemerintah Islam. Abu Yusuf, Muhammad dan setengah fuqaha lain berpendapat bahawa penentuan negara sama ada negara Islam atau tidak ialah terletak kepada perlaksanaan hukum Islam, jika hukum Islam dilaksanakan maka ia negara Islam dan jika tidak ia bukan negara Islam. Alasan mereka ialah hakikat pembentukan negara ialah daripada asas Islam dan kufur; dinamakan negara Islam jika hukum dan sistem Islam berkuatkuasa dan dinamakan negara bukan Islam jika hukum dan sistem bukan Islam dilaksanakan.Berdasarkan huraian di atas Sayyid Abul Ala Maududi membuat kesimpulan bahawa pentafsiran fuqaha tentang negara Islam dan bukan Islam terdapat dua pandangan iaitu:

a.Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan perlaksanaan hukum Islam dan sistemnya, kalau tidak ianya bukan negara Islam.

b.Pandangan kedua ialah diasaskan kepada keadaan keamanan Muslim dan kawasannya. Kalau orang Muslim mendapat keamanan sebagaimana keamanan negara Islam awal maka ia adalah negara Islam.

Berdasarkan pendapat kedua dalam menentukan negara Islam adalah berasaskan unsur majoriti bilangan Muslim, jika unsur ini ada maka negara itu ialah negara Islam, sekalipun undang-undang dan sistem Islam tidak terlaksana. Sayyid Abul Ala Maududi lebih cenderung kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya. Beliau menganggap semua negara yang penduduk Muslim lebih banyak adalah negara Islam sekalipun undang-undang Islam tidak dilaksanakan, tetapi beliau mengharapkan bahawa hukum Quran dan Sunnah supaya lahir di seluruh negara Islam supaya negara Islam itu sempurna mengikut pendapat ijmak bukan mengikut pendapat seorang faqih sahaja sekalipun ia seorang yang hebat. Berdasarkan pandangan Sayyid Abul Ala Maududi mengakui bahawa negara Islam merangkumi kawasan daripada maghribi sebelah barat sehingga Turkistan dan Pakistan di timur.merasai bahang campurtangan asing pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam.

c.Ulama juga tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran.

d.Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin).

c.Unsur-unsur pengaruh yang diterima oleh kebudayaan tempatan bukan sahaja telah mendokong sistem kota dan nilai yang ada malah memberikan implikasinya terhadap kehidupan masyarakat kesan pengaruh khususnya dalam bidang politik dan kemasyarakatan tempatan, kepercayaan dan falsafah, adat istiadat dan lain-lain .Menurut Sayyid Abul Ala Maududi kebudayaan yang berkembang di nusantara ini hanya tertumpu di kalangan kaum bangsawan atau masyarakat atasan. Oleh itu, pembentukan negara Islam cuba memahami ayat-ayat yang ada akitan dengan persoalan ini seperti kekuasaan Allah, undang-undang, nubuwwah, ketaatan, khalifah, umat dan sebagainya dijadikan asas teori kepada pembentukan negara Islam. Kebanyakan ulama dalam membincangkan teori pembentukan negara Islam ini sumbernya diambil daripada Hadith dan sirah Rasulullah s.a.w. serta sirah para khulafa Rashidun.Keperluan kepada Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan dan Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya, Ketua Negara (Imamah) digelar sebagai Kahlifah Rasulullah dalam urusan agama dan urusan dunia, pemilihan orang yang akan menjalankan tugas ini adalaah wajib mengikut ijmak kecuali pendapat Asam Ibn Hazm berkata bahawa sepakat di kalangan semua ulama ahl- Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij tentang wajib diadakan pemimpin negara. Berdasarkan kepada nas-nas dan huraian-huraian yang diberikan oleh Sayyid Abul Ala Maududi menunjukkan bahawa keperluan kepada ketua negara dan pemilihannya adalah merupakan satu tuntutan hukum yang mesti dilaksanakan oleh umat iaitu:-

a.Seseorang Islam; kerana tugas utama ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat. Tugas ini hanya dapat dilakukan oleh ketua negara Muslim.

b.Merdeka; iaitu dia bukannya hamba, kerana hamba tidak mempunyai kelayakan undang-undang.

c.Seorang lelaki; Ijmak ulama berpendapat bahawa jawatan khalifah hanya sah dipegang oleh lelaki, kerana jawatan ini disegi beban tugasnya tidak sesuai dengan keadaan kaum wanita.

d.Cukup umur; iaitu dia seorang Mukallaf yang terikat dengan kewajipan hukum syara (taklif), bukannya kanak-kanak yang tidak terikat dengan kewajipan hukum syara.

e.Kelayakan ilmiah; iaitu kelayakan dalam bidang ilmu yang sampai ke tahapmampu berijtihad. Mengikut kenyataan Ibn Khaldun bahawa khalifah ialah orang yang melaksanakan hukum Allah. Lima syarat yang disebutkan di atas adalah syarat yang disepakati oleh jumhur ulama, tetapi memandangkan kepada perkembangan yang berlaku dalam sejarah politik umat Islam dirasakan oleh sebahagian ulama ada syarat-syarat yang tidak boleh diterima sepenuhnya kerana keadaan dan suasana masyrakaat Islam telah berubah. Oleh itu orang yang disyaratkan untuk memimpin dan mentadbir urusan umat ialah orang yang mempunyai kekuatan dan keupayaan menguasai orang lain pada zamannya dan mereka itu tunduk kepadanya dan bersatu dengan pengawalan dan penjagaannya. Pemilihan ketua negara tidak terhenti setakat pemilihan anggota Ahl al-Hal wa al-Aqd, tetapi ia memerlukan proses persetujuan rakyat umum terhadap calon yang telah dipilih oleh anggota Ahl al-Hal wa al-Aqd. Persetujuan majoriti umat ini dilakukan secara terbuka sebagaimana yang berlaku pada pemilihan ini seorang calon ketua negara disahkan menjadi ketua negara Islam. Syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu masuklah pula pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat. Manakala di dalam masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Pemilihan ketua negara Islam mengikut proses pilihanraya tidak selamanya berlaku, tetapi terdapat Khalifah menyerahkan kuasanya kepada penggantinya sebelum dia meninggal. Sebilangan besar di kalangan fuqaha menerimanya sebagai sah. Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya, Adapun menyerah kuasa Imamah kepada orang tertentu yang dipilihnya, mengikut ijmak adalah sah kerana ada dua alasan; pertama Abu Bakr menyerahkan kuasa kepada Umar dan umat Islam menerima penyerahan itu sebagai sah. Kedua, Umar menyerahkan kuasa kepada anggota ahli syura, mereka menerimanya dan mereka adalah orang yang penting ketika itu dengan berkeyakinan bahawa penyerahan itu adalah sah, sedangkan sebahagian sahabat yang lain tidak termasuk anggota ahli syura. Justeru itu penyerahan kuasa demikian dikira sebagai ijmak.Penyerahan kuasa ada juga berlaku dalam pemerintahan Islam dalam bentuk warisan apabila negara Islam menerima sistem beraja dalam pemerintahannya. Pemindahan kuasa secara warisan ini juga diterima oleh ulama sebagai sah. Demikan juga jika kuasa pemerintahan itu dipegang oleh orang yang kuat dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua negara, mengikut Abu Yaala al-Fara adalah sah dan meletakkan keadaan ini sebagai satu suasana dharurah yang mengharuskan membuat perkara yang dilarang.

Sayyid Abul Ala Maududi juga ada memberi pandangan tentang ini. Beliau berpendapat bahawa apabila syarat-syarat yang diperlukan untuk kelayakan seorang menjadi ketua tidak dapat dipenuhi dan kuasa itu dipegang oleh seorang yang mempunyai kekuatan (shaukah) dan fasik, sesiapa yang melantiknya maka pemerintahannya sah sebagaimana sahnya pemerintahan orang yang zalim (bughat). Kerakyatan negara Islam diasaskan di atas dua asas; pertama kepercayaan agama dan kedua ialah ikatan perjanjian kemasyarakatan di mana seseorang itu berada. Kerakyatan bagi Muslim ialah kerana kepercayaan agama dan bagi bukan Muslim kerakyatannya melalui ikatan perjanjian kemasyarakatan yang dipanggil Aqd al-Dhimmah. Dengan perjanjian ini mereka menjadi rakyat negara Islam seperti Muslim yang mendapat hak dan menanggung tanggungjawab.Bagi golongan bukan Islam yang datang ke negara Islam untuk mendapat perlindungan maka mereka diletakkan di bawah perjanjian khas yang dipanggil Adq al-Mustamin. Dengan perjanjian ini mereka diberi perlindungan dan mereka hidup mengikut ajaran agamanya.Golongan bukan Islam yang mendapat taraf kerakyatan diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat, bebas beragama, boleh melakukan ibadat di rumah mereka dan menghayati syiar agamanya. Mereka boleh mengikut ajaran agamanya dalam bidang muamalat dan acara selama mereka tidak membawa masalah pertikaiannya kepada pihak Islam. Pemerintahan Islam berkewajipan melindungi mereka di segi nyawa dan harta daripada pencerobohan. Kalau mereka diceroboh, hukuman qisas dikenakan ke atas penjenayah, dibayar ganti rugi kepadanya jika berlaku pembunuhan. Jika jenayah melibatkan harta dibayar ganti rugi atau dipulangkan jika masih ada. Pemerintahan Islam juga berkewajipan melindungi mereka daripada serangan luar. Mereka berhak mendapat tempat tinggal, hak bermaustatin, hak berpindah dalam negara Islam selain daripada Mekkah dan Semenanjung Tanah Arab secara amnyaMereka ditegah daripada mendedahkan perbuatan mungkar dalam semua bentuknya, atau membina rumah ibadat lain daripada tempat yang dipersetujuinya. Pengamatan oleh Abu Alam Al-Maududi yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:

a. Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan

beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.

b.Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang

tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri.

Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka.Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi

penganut hawa nafsu mereka.

c. Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga merekatidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Kesimpulan

Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahajaManakala di dalam masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya.Apa yang dapat disimpulkan ialah segala unsur lama itu masih lagi dikekalkan dan tidak semua dihapuskan. ini disebabkan walaupun dengan hadirnya pengaruh asing, unsur lama masih lagi boleh diterap atau digunakan dalam pengaruh itu dengan mencampuadukkan kebudayaan-kebudayaan itu. Mamenglah tidak mudah untuk masyarakat untuk menerima pengaruh luar tetapi kebudayaan -kebudayaan yang dibawa oleh pengaruh luar itu ada sedikit sebanyak persamaan dengan unsur asli dan dari sini perkembangan masyarakat, budaya asli boleh berkembang. Ditambah lagi dengan kedatangan pengaruh Islam telah mencelikkan masyarakat dan memperbaiki lagi kebudayaan dengan lebih mendekati Tuhan. Rujukan

1.Farish A. Noor ,Terrorising the Truth: The Shaping of Contemporary Images of Islam and Muslims in Media, Politics and Culture Kuala Lumpur / JUST / 1995.

2.Farish A. Noor ,The Other Malaysia: Writings on Malaysias Subaltern History

(Malaysia yang lain: Menulis sejarah subaltern Malaysia) Kuala Lumpur / Silverfishbooks / 2002 .

3.Georg Stauth Politics and Cultures of Islamization in Southeast Asia: Indonesia and Malaysia in the Nineteen-nineties, Bielefeld / Transcript Verlag / 2002 .

4.Mona Abaza ,Debates on Islam and Knowledge in Malaysia and Egypt: Shifting Worlds London / Routledge Curzon / 2002.

5.Syed Hussein Alatas ,Ke Mana dengan Islam Kuala Lumpur / Utusan Publications & Distributors / 2002.

6.Fadhlullah Jamil.Islam Zaman Moden: Cabaran dan Konflik.Bab1, Edisi Kedua.Thinkers Library Sdn.Bhd.,Batu Caves, K.L.,2005

Izala-e-Auham, Roohani Khazain ,jilid 3, 1997 ,hlm 114.

Izala-e-Auham, Roohani Khazain ,jilid 3, 1997 ,hlm 114.

Kamalate Islam, Roohani Khazain jilid.5,1999 hlm 89

Buku Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Abad ke-19, DBP, Kuala Lumpur,1990, hlm 52).

H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1964, hlm 34

1.