esaimen kaunseling

30
EDU 3073 : BIMBINGAN DAN KAUSELING KANAK-KANAK Pengenalan. Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri. Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu. ABU BAKAR 1

Upload: sepangebab

Post on 16-Nov-2015

176 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

esaimen kaunseling

TRANSCRIPT

edu 3073 : bimbingan dan kauseling kanak-kanak

edu 3073 : bimbingan dan kauseling kanak-kanak

Pengenalan.Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.

Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu.

Soalan A

Hassan merupakan seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran. Beliau baru berpindah ke sekolah elit di bandar. Hassan mendapat giliran pembentangan tugasan sejarah dan beliau berasa gementar dan bimbang kerana beliau beranggapan bahawa dia perlu mendapatkan markah yang tinggi kerana sebelum ini dia sentiasa mendapat markah yang tinggi di sekolah lamanya.

Dalam menangani masalah kes Hassan ini, sebagai seorang guru, saya telah memilih satu teori kaunseling yang dilihat mampu untuk membantu Hassan dalam menangani masalah yang dihadapi olehnya iaitu masalah perasaan gementar dan bimbang yang timbul akibat pemikiran yang tidak rasioanal. Setelah menilai dan meneliti apakah teori kaunseling yang sesuai di aplikasikan dalam membantu Hassan dalam mencapai potensi diri, maka saya telah memilih teori Terapi Rasional-Emotif (RET) atau lebih dikenali sekarang ini sebagai REBT merujuk kepada Rational-Emotive Behaviour Therapy.

Terapi Rasional Emotif (RET) telah dikembangkan oleh Albert Ellis dalam tahun 1950 an. Berdasarkan teori ini kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya memperbetulkan fikiran yang tidak rasional.Menurut Ellis, manusia rasional dilahirkan ke dalam dunia yang tidak rasioanal. Manusia menjadi sesemakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea yang tidak rasional kedalam sistem kepercayaan mereka.

Dalam kes Hassan kita akan mendapati bahawa Hassan termasuk di dalam apa yang diperkatakan oleh Albert Ellis iaitu mempunyai fikiran yang tidak rasional berhubung masalah yang dihadapi olehnya iaitu perlu mendapat markah yang tinggi seperti mana markah yang diperoleh semasa beliau berada di sekolah lama.

Di dalam teori REBT ini, Ellis mengemukakan teori A-B-C, di mana :A = activating experience (peristiwa yang menggerakkan)B = Belief system ( sistem kepercayaan)C = Consequences ( akibat)

Apa yang ditekankan oleh Ellis ialah tugas kaunselor adalah menunjukkan kepada klien bahawa seorang itu berasa kecewa (C = akibat) bukan kerana pengalaman yang menggerakkan (A) tetapi adalah kerana sistem kepercayaan (B) yang salah. Contohnya, seorang murid yang telah gagal dalam peperiksaan UPSR berasa sangat kecewa. (C=akibat) kerana dia mempercayai (B) bahawa masa hadapan sudah terjejas dan bukan kerana A (peristiwa gagal dalam UPSR).

Hal yang sama juga boleh dikaitkan berkenaan dengan Hassan yang mana Hassan merasakan dia perlu mendapatkan markah yang tinggi (B) didalam pembentangan. Hal ini kerana dia yakin dan percaya bahawa dia akan melakukan perkara yang sama iaitu mendapat markah yang tinggi sebagaimana dia telah melakukannya semasa di sekolah lama (A). Kesan dan akibat daripada permasalahan ini maka Hassan telah berasa gementar dan bimbang akibat pemikiran yang dianggap tidak rasional bagi dirinya (C).

Bagi menangani masalah yang dihadapi oleh Hassan ini, sebagai seorang guru pembimbing maka saya perlulah memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional itu. Oleh itu nasihat dan bimbingan perlu dilakukan bagi memastikan Hassan mampu berfikir secara rasional dengan menyatakan bahawa Hassan perlu sedar bahawa sekolah lamanya tidak sama dengan keadaan sekolah barunya. Guru perlu menerangkan hakikat bahawa keadaan yang dialami oleh Hassan adalah sangat berbeza. Mungkin beliau merupakan pelajar yang cemerlang di sekolah lamanya akan tetapi tidak disekolah baru. Atau mungkin dia cemerlang di sekolah lamanya dan juga cemerlang di sekolah baru ini. Apa yang terpenting ialah Hassan perlu belajar menerima sesuatu hakikat dan setiap keputusan yang diterimanya. Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasioanal. Situasi ini dinamakan sebagai D ( dispute, iaitu mencabar kepercayaan yang tidak rasional). Setelah mencapai D (kepercayaan rasional) seseorang itu akan mengalami E (effect) atau kesan iaitu perasaan yang tenang dan lega.

Dalam kondisi yang dialami oleh Hassan maka apa yang mungkin akan berlaku kepadanya setelah Hassan menerima bimbingan dan nasihat daripada guru, kita akan melihat bahawa Hassan mampu berfikir secara rasioanal. Hal ini akan menyumbang kepada perasaan ketenangan dan lega kepadanya kerana beliau telah melepaskan tekanan yang dibebani olenya iaitu pemikiran untuk mendapat markah yang tinggi seperti mana ketika beliau berada di sekolah lama. Sekiranya Hassan belajar menerima hakikat dan keputusan maka kita akan dapati bahawa perasaan yang wujud akibat tekanan akan bertukar kepada perassan tenang dan lega.

Rajah 1 Terapi Rasional -Emotif oleh EllisDalam teori rasional emotif tingkah laku, terdapat ciri-ciri kepercayaan tidak rasional yang telah ditetapkan oleh Ellis. Beliau telah menekankan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenal pasti sekiranya individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti rasa malu yang teramat, terlalu menuntut dan merendah diri yang teramat.

Dalam kes yang melanda diri Hassan, beliau dilihat terlalu menuntut untuk mencapai markah yang tinggi didalam pembentangan. Sifat ini merujuk kepada individu yang menganggap satu perkara itu sebagai satu yang mesti dibuat, sepatutnya dan harus berlaku pada dirinya. Kegagalan untuk mencapai tahap atau kriteria tersebut akan membawa kepada perasaan kecewa yang mendalam, marah yang teramat sangat atau terlampau benci kepada dirinnya.

Merujuk kepada kes Hassan ini, tidak mustahil Hassan akan mengalami perasaan yang sama seperti mana yang dijelaskan di atas. Oleh kerana terlalu menuntut untuk mendapat markah yang tinggi, berkemungkinan Hassan akan mengalami perkara yang sama iaitu perasaan kecewa dan benci kepada dirinya. Hal ini dibuktikan melalui perasaan gementar dan bimbang yang di hadapi olehnya setelah berpindah ke sekolah baru. Di sekolah lamanya, Hassan merupakan pelajar yang bijak dan sentiasa mendapat markah yang tinggi. Sekiranya hal ini tidak berlaku di sekolah baru ia akan meberikan kesan seperti mana yang di jelaskan. Oleh itu, peranan kaunselor ialah memperbetulkan pemikiran tidak rasional yang dimiliki oleh Hassan agar Hassan dapat menerima hakikat dan kenyataan.

Soalan B

Dalam menangani masalah yang dihadapi oleh Hassan, pemilihan teknik yang sesuai perlu diaplikasikan. Kebanyakkan teknik yang digunakan dalam terapi Rasional Emotif tingkah Laku adalah bersifat elektif iaitu gabunggan beberapa kaedah atau strategi. Menurut Amir Awang ( 1987), terapi ini memberikan penekanan kepada hubungan antara proses kognitif, emotif dan tingkah laku.

Untuk kajian kes mengenai Hassan, sebagai guru pembimbing, saya memilih untuk menggunakan dua teknik kaunseling yang sesuai yang dapat membantu Hassan menghadapi masalah yang dihadapinya. Teknik- teknik kaunseling tersebut ialah kognitif dan emotif.

Dalam aspek kognitif, klien akan disuruh berhujah mengenai kepercayaan- kepercayaan yang tidak rasional dan cuba membuktikannya. Penekanan dalam teknik ini juga menekankan kepada proses aktiviti harian dalam meningkatkan keyakinan diri sepeti seorang yang malu bercakap di khalayak ramai, maka mula-mula dia akan bersyarah di hadapan kawan-kawanya. Seterusnya barulah dia akan berceramah di hadapan khalayak umum Dalam teori ini juga klien sendiri akan disuruh mencabar sistem kepercayaan dengan bukti-bukti yang sahih.

Manakala dalam aspek emotif pula ianya menekankan kepada menghilangkan rasa malu. Teknik ini menggalakkan klien tampil di khalayak ramai dengan berhati- hati melakukan satu tingkah laku yang dianggap leceh atau bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama kilen akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya kepada perkara-perkara yang boleh dimanfaatkanya dan bukan malu apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.

Selain itu, Imageri Rasional Emotif juga turut ditekankan di dalam aspek emotif ini. Klien akan membuat imagaginasi kepada satu perkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesediahan dan kehampaan secara tepat.

Disamping itu, kilen juga akan ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk menyemaikan kenyataan bersungguh ke dalam fikiran dan jiwanya sehingga dia yakin dan percaya dengan bersungguh- sungguh.

Melalui aspek emotif juga, klien akan merakamkan irrational- beliefs ke dalam pita rakaman dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula pita tersebut dan menyuruh orang lain mendengarnya. Seterusnya klien akan mendengar sama ada ianya cukup kuat dan bertenaga.

Selaian itu, penggunaan aspek jenaka turut di selitkan didalam aspek emotif ini. Ellis (1978) telah mengemukakan lirik lagu yang diciptanya sendiri dan didapati ianya berkesan sama ada dijalankan dalam sesi kaunseling individu, bengkel dan latihan intensif. Lirik-lirik lagu ini menggunakan kata-kata yang berunsur lucu dan rasional.

Terdapat juga latihan di bawah aspek emotif ini. Di dalam kelompok kecil ini, kaunselor akan berhujah dengan kepercayaan yang tidak rasional ahli secara aktif.

Hubungan interpersonal juga turut ditekankan dalam aspek emotif ini. Klien diajar tentang kemahiran interpersonal dan cara-cara untuk mengaplikasikannya dalam hubungan dengan ahli keluarga dan orang lain. Terapi rasional emotif bukan sahaja menghuraikan diri klien sendiri serta perhubungannya dengan orang lain tetapi juga menunjukkan cara berhubung dan berkerjasama dengan baik bersama-sama dengan orang lain.

Selain itu juga, didalam aspek emotif ini juga, main peranan turut dititik beratkan. Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula sehingga klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku.

Dalam kes yang di hadapi oleh Hassan, guru seharusnya meminta Hassan mengemukakan apakah sebab dan hujah mengapa dia mesti mendapat markah yang tinggi seperti mana yang beliau dapat semasa berada di sekolah lamanya sedangkan ianya memberikan kesan sampingan yang negatif kepada dirinya iaitu perasaan gementar dan bimbang.

Guru seharusnya menunjukkan kepada Hassan bahawa ianya tidak logik serta menerangkan kepada Hassan mengepa dan bagaimana beliau berkeadaan demikian. Kemudian guru akan menunjukkan tentang perhubungan antara pemikiran tidak rasioanal dengan keadaan gementar dan bimbang yang dihadapi oleh Hassan.

Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah Hassan ini seterusnya ialah dengan meminta Hassan mempercayai bahawa pemikiran itu boleh dicabar dan seterusnya dapat di ubah dengan cara menyoal dan mencabar tentang kesahan idea-idea yang dipegang oleh Hassan tentang dirinya.

Kemudian, guru hendaklah membantu Hassan mengenal pasti pemikiran yang tidak rasional serta memberikan galakkan kepada Hassan supaya dapat memperkukuhkan dan membangunkan falsafah hidup yang rasional supaya beliau tidak menjadi mangsa kepada kepercayaan dan pemikiran yang tidak rasional.

Soalan C

Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ialah komunikasi interpersonal yang berlaku di antara Klien dan kaunselor. Komunikasi adalah pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber kepada penerima. Komunikasi interpersonal melibatkan komunikasi semuka dan ia berlaku dalam satu persekitaran spesifik atau dalam bentuk kumpulan. Fungsi utamanya ialah untuk mendengar, bercakap, dan menyelesaikan konflik.Komunikasi interpersonal berbeda daripada komunikasi secara lisan (verbal ) kepada secara bukan lisan ( non-verbal ). Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan penggunaan pertuturan dalam situasi bersemuka. Ia merupakan proses komunikasi yang paling efektif, ia membenarkan pertukaran berlaku dengan cepat; ia membenarkan penggunaan bahasa isyarat dan pencurahan perasaan di mana penerima dapat menafsir makna daripada gerak laku yang tidak diucapkan (seperti senyuman dan kerut muka) juga daripada perkataan-perkataan. Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Contohnya, mengangguk kepada mungkin boleh diertikan sebagai memberi galakan peneguhan; menunjuk masam muka menggambarkan kemarahan, diam sahaja mungkin bimbang dan lain-lain lagi.Di dalam sesi kaunseling, yang kerap kali berlaku ialah komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu, guru yang memainkan peranan sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran berkomunikasi. Kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah kaunselor yang boleh bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empati. Kemahiran berkomunikasi secara lisan boleh dikenalpasti daripada ciri-ciri pertuturan yang baik adalah diturunkan seperti berikut:

Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Dalam kejian kes mengenai masalah yang dihadapi oleh Hassan, saya sebagai guru pemimbing akan memilih beberapa kemahiran asas yang akan digunakan untuk membantu Hassan dalam memperbetulkan pemikiran tidak rasioanal yang dihadapi oleh beliau. Antara kemahiran yang akan digunakan ialah kemahiran membina hubungan, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran mengendalikan kesenyapan dan membuat interpretasi, kemahiran menggunakan bahasa yang sesuai dan kemahiran memberi tindak balas yang sesuai

Membina HubunganProses kaunseling berkait rapat dengan perhubungan di antara seorang kaunselor dengan Kliennya di mana menghadapi masalah atau meminta bantuan kaunselor untuk menyelesaikan masalahnya. Objektif kaunseling ialah membina hubungan dengan Kliennya. Untuk mencapai objektif dengan berkesan dalam kes Hassan maka membina hubungan di antara saya dengan Hassan adalah syarat penting. Dengan ini, saya hendaklah menguasai kesemua kemahiran yang berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang baik dengan Hassan, demi menentukan kejayaan kaunseling yang diaturkan. Akan tetapi, dalam proses membina hubungan ini tidak boleh wujud dengan cara paksaan. Ia hanya menjalin hubungan dengan menggunakan teknik yang sesuai di mana saya dapat memberi keyakinan untuk menyakinkan beliau. Saya perlu menunjukkan keikhlasan diri bahawa saya memang seorang yang dapat dipercayai oleh Hassan, sudi dan rela serta mampu membantunya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Situasi-situasi yang menunjukkan bahawa saya menjalin hubungan yang baik dengan beliau adalah boleh melihat dari segi kemesraan perhubungan dalam pertemuan, tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan beliau sepenuhnya tanpa syarat dan seterusnya Hassan akan memberitahu masalahnya tanpa keraguan.Saya sebagai guru pembimbing hendaklah menjalin hubungan baik dengan Hassan pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya proses temu bual kaunseling dapat diteruskan dengan mesra serta mengikut langkah-langkah yang telah diaturkan. Saya boleh menjalin hubungan baik dengan membuka jalan temu bual seperti menyambut kedatangan Hassan dengan ikhlas dalam memberi keyakinan kepadanya sebelum beliau mula meluahkan masalahnya.Hubungan baik ini dapat dicapai apabila perasaan empati di mana saya dapat memahami perasaan beliau. Mengikut Rogers, empati merupakan perihal merasai dunia peribadi klien seolah-olah dunianya. Dengan mempunyai perasaan ini, perasaan saya tidak dipengaruhi oleh Hassan, dan tidak terjunam dalam situasi yang dihadapi olehnya. Akan tetapi, beliau dapat dan menyedari saya benar-benar memahami perasaan, fikiran dan situasi yang dihadapinya.Hal ini akan dipraktikkan didalam membantu Hassan dalam menangani masalah beliau iaitu perasaan gementar dan bimbang sekiranya tidak mendapat markah yang tinggi seperti mana pencapaian beliau semasa di sekolah lamaya. saya akan membina hubungan dengan Hassan pada awal sesi perbincangan. Di sini saya akan dapat mengetahui serba sedikit latar belakang beliau seterusnya merangka strategi pemilihan teori yang akan di aplikasikan.Kesimpulannya, saya hendaklah berusaha menunjukkan perasaan empati kepada Hassan supaya beliau berasa dan percaya bahawa saya benar-benar memahami, mendengar dan mengambil berat terhadap perasaannya. Kemahiran ini dapat menghayati dan merasai dunia subjektif orang lain seolah-olah sendiri berada dalam keadaan dunia ini. Dengan mengadakan perasaan empati ini, hubungan baik di antara saya dengan Hassan dijalin dan kekal sepanjang proses kaunseling itu.

Kemahiran Memberi PerhatianMemberi perhatian memainkan peranan yang penting dalam bidang kaunseling. Ia juga merupakan kemahiran bukan lisan. Walaupun sering digunakan di dalam komunikasi lisan. Sebenarnya melalui kemahiran memberi perhatian, saya sebagai guru pembimbing Hassan dengan ini saya dapat mengumpul atau mencungkil banyak maklumat daripada beliau. Komunikasi bukan lisan banyak menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan. Seseorang boleh mengawal komunikasi lisannya sebelum berucap tetapi komunikasi bukan lisan tidak senang dikawal. Ini disebabkan gerak isyarat, air muka atau kontak mata tidak dapat menipu orang lain. Mengikut Ekman et al. (1972), terdapat sejumlah 76 gerak isyarat yang biasa digunakan dan difahami. Oleh itu, saya perlu berusaha memahami tanda yang ditonjolkan oleh Hassan. Seharusnya saya sebagai seorang guru pembimbing perlu mempunyai kemahiran memberi perhatian supaya dapat merasai dan menyedari kerisauan dan kebimbangan yang dihadapi oleh Hassan dan cuba memujuk dan memberi nasihat supaya beliau mencurahkan perasaannya yang sebenar agar proses kaunseling dapat diteruskan di bawah situasi yang lebih sihat.

Kemahiran MendengarMendengar berhubung rapat dengan memberi perhatian, menurut Rogers (1951) merumuskan: Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud.Dalam proses kaunseling, kemahiran mendengar digunakan lebih banyak daripada berucap dan respons terutamanya dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu, kejayaan dalam sesuatu proses kaunseling bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor. Sebagai seorang guru pembimbing yang akan membantu Hassan berfikir secara rasional maka saya seharusnya mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan, saya perlu sentiasa bersedia untuk mendengar, tidak memberi perhatian kepada fikiran masalah Hassan, sebaliknya, mendengar dengan teliti dan memcari makna dalam apa yang diperkatakan oleh beliau. Dalam proses kaunseling, saya harus mendengar setiap perkataan Hassan untuk mengelakkan timbulnya pandangan prasangka. Seperti mana Eqau (1975) mengatakan mendengar dengan baik-baik akan memberikan kaunselor sesuatu struktur empati yang tepat.Saya juga digalakkan untuk mengembangkan perhatiannya free floating iaitu keupayaan mendengar semua kata yang telah dikomunikasi. saya harus mendengar kesemua perkataan, metafora, volume, nada, suara, gerak isyarat dan kontak mata. Kesemua perhatian ini akan memberi maklumat yang penting dan berguna tentang pandangan atau pemikiran seseorang yang sedang menghadapi masalah. Oleh itu, saya hendaklah menguasai kemahiran memberi perhatian dan mendengar secara free floating daripada memikir apa tindak balas dan respons yang harus diberikan. Menurut Carkhuff dan Pierce (1975): Klien akan mengulang tema perbualannya dalam pelbagai persembahan, tema yang diulang akan meyakinkan kaunselor perkara yang diulang adalah usaha klien memberitahu kaunselor yang mana dia benar-benar datang.

Dalam proses mendengar dan memberikan respon kepada masalah yang dihadapi oleh Hassan, saya juga perlu menunjukkan yang saya berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai. Kajian telah membuktikan ketiga-tiga faktor iaitu memberi perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks dan respons boleh menggalakkan kecurahan perasaan dan mempunyai peneguhan yang kuat.

Kemahiran Mengendalikan Kesenyapan dan Membuat InterpretasiPenyelidik-penyelidik telah membuktikan bahawa kesenyapan-kesenyapan dalam komunikasi dua hala bukan kerana tiada gerak balas (respons), tetapi mempunyai makna yang kompleks. Menurut Shostrom (1968), kesenyapan-kesenyapan ini mempunyai pelbagai makna yang berguna. Kajian juga menunjukkan kesenyapan akan membuat seseorang berucap, memberikan ruang untuk klien berfikir, mengemas idea dan membuat refleksi. Misalnya, seseorang pelajar datang berjumpa kaunselor buat pertama kali, tetapi tidak berucap dan kesenyapan diteruskan buat sementara.Di dalam situasi yang dihadapi bagi membantu Hassan untuk berfikiran rasional, saya perlu menunggu kira-kira satu minit, seterusnya memecahkan suasana kesenyapan itu dengan berkata: mungkin kamu masih cari idea bagaimana kamu patut bermula. Bagaimanapun, saya akan dengar dengan hati terbuka bila-bila kamu telah bersiap bermula. Dengan kata-kata demikian, perasaan empati mula dikesan oleh Hassan ketika itu, dan kemungkinannya akan membawa dorongan untuk meluahkan masalah yang mengganggu fikirannya.Di dalam kemahiran kaunseling, adalah penting bagi saya membenarkan sedikit masa kesenyapan di antara komunikasi dua hala, tetapi tidak dibenarkannya tinggal agak lama, iaitu seelok-eloknya tidak lebih daripada satu minit. Di dalam situasi kesenyapan, saya harus menggunakan kemahiran empati dengan menunjukkan kefahaman perasaan Hassan yang menghadapi masalah, demi mendorongkannya mudah mendedahkan perasaan secara lebih mendalam. Kadang-kala kesenyapan bermakna beliau sedang membuat refleksi terhadap perkara yang telah dibincangkan tadi. Ia juga boleh bermakna gambaran bimbang, gementar, takut, marah, letih, hormat, dukacita atau malu. Saya perlu memerhati komunikasi bukan lisan yang mengiringinya. Kadangkala, adalah wajar bagi saya menyatakan secara langsung bahawa beliau seolah-olah bimbang dan gementar akan sesuatu. Cara ini mungkin dapat mendorong Hassan berucap lebih. Kadangkala, adalah perlu bagi saya menjamin kerahsiaan komunikasi kami, agar membolehkan Hassan merasa selamat untuk meneruskan perbulannya. Kadangkala, mengakui akan Hassan merupakan seorang yang segan berucap mungkin membantu untuk memecahkan kesenyapan yang agak lama. Misalnya, kamu merasa sukar untuk meneruskan berucap kerana kamu kurang yakin atau tidak percaya saya? atau kamu segan berucap kerana kamu marah kerana dipanggil berjumpa saya? Adakah ini fikiran kamuSaya hendaklah menyesuai diri dengan penghentian dan kesenyapan dalam komunikasi, kerana situasi ini seolah-olah memberitahu Hassan: Saya sedang mendengar, saya bagi ruang kamu berfikir dan membuat refleksi.Kesenyapan boleh diinterpretasikan sebagai tidak disetujui. Ini biasanya berlaku selepas beliau mendedahkan peribadi diri, merasa cemas dalam masa menunggu respons daripada saya. Sekiranya kesenyapan diinterpretasikan sebagai menawarkan hati atau menyingkir, respons hendaklah mengelakkan. Misalnya, saya boleh berkata: mungkin sukar bagi kamu mendedahkan masalah kamu. Adakah kamu kurang yakin bahawa saya tidak akan memahami perasaan kamu?Di dalam situasi tertentu, jika Hassan tiba-tiba membisu, atau berhenti berucap dan memandang di sebelah, ia boleh diinterpretasikan bahawa beliau tiba-tiba teringat sesuatu yang penting, misalnya mengingat kembali sesuatu peristiwa yang dia ragu sama ada patut dibongkar. Memecahkan kesenyapan di bawah situasi ini akan lebih membantu jika saya respons dengan berkata: Bagaimana kamu berfikir sekarang?Untuk mengendalikan kesenyapan dalam komunikasi, adalah perlu bagi saya membenarkan kesenyapan singkat berlaku dalam peringkat awal. Sekiranya saya kurang bersabar menunggu kesenyapan yang berlangsung beberapa saat tetapi terus memberi respons sebaik sahaja Hassan berucap, dia bukan sahaja mengulang respons ini dalam komunikasi yang berikutnya, tetapi juga kehilangan banyak maklumat yang berguna, dan kemungkinannya menamatkan sesi kaunseling lebih awal daripada masa yang ditetapkan.Menggunakan Bahasa Yang SesuaiKaunselor mesti menggunakan bahasa yang sesuai berhadapan dengan klien mereka. Selain itu, kaunselor perlu memastikan ibubapa diberitahu dalam bahasa yang mereka memahami mengenai pencapaian akademik dan perancangan masa depan murid-muird. Dalam masalah yang di hadapi oleh Hassan iaitu beliau mempunyai pemikiran yang tidak rasioanal maka saya sebagai guru pembimbing harus lah membantunya dengan kemahiran asas kaunseling yang tepat seperti penggunaan bahasa yang sesuai. Bahasa saya gunakan mesti konsisten dengan segala tindakan saya. Contohnya, jika saya mengatakan, Saya sangat gembira untuk bercakap dengan kamu, nada suara saya dan pergerakan badan saya mesti menyampaikan suasana positif tesebut semasa menerima Hassan.Dalam peninjauan kemahiran menyoal, soalan mengapa perlu dielakkan semasa proses kaunseling dengan Hassan berjalan. Ini disebabkan soalan ini mungkin menjadi soalan bertumpu apabila Hassan menjawab saya tidak tahu. Jika jawapan sebegini diberi, seolah-olahnya Hassan tidak ingin meneruskan perbualan tersebut, saya akan meletakkan dirinya dalam keadaan yang kurang selesa. Saya boleh mengguna semi soalan bercapah seperti: berapa lama kamu rasa bimbang ? Atau yang lebih baik, soalan bercapah seperti: bolehkah kamu memberitahu saya lebih lanjut tentang perasaan bimbang dan gementar yang anda sedang mengalami? Penyoalan merupakan kemahiran penggunaan bahasa yang lebih jika berbanding dengan dorongan minimum. Tujuan dorongan minimum adalah untuk menggalakkan Hassan meneruskan ucapannya, dan saya sedang mendengarnya. Dorongan minimum boleh dilakukan dengan berkata jadi?, aha, Mm, oh dan sebagainya. Kadangkala soalan boleh dijadikan dorongan minimum, seperti, selepas penjelasan klien, soalan diberikan untuk membuka jalan bagi penerokaan tambahan. Selain itu, gerak isyarat seperti mengangguk kepala atau menunjukkan isyarat tangan juga boleh menjadi dorongan minimum yang berkesan.

Kemahiran Memberi Tindak Balas Yang SesuaiTindakbalas yang akan dibincang di sini ialah parafrasa dan refleksi. Menurut Kamus Dewan 1998, Parafrasa ialah pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan karangan dan sebagainya dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna asalnya. Secara amnya, parafrasa mengulang kandungan yang telah diucap tetapi bukannya membuat ringkasan, manakala refleksi memfokuskan mengulang perasaan yang terkandung dalam ucapan. Contohnya, Hassan merasa bimbang untuk mendapatkan keputusan yang tinggi sepertimana beliau peroleh semasa di sekolah lama, saya boleh beritahunya dengan berkata: Anda seolah-olah menghadapi masalah dalam diri anda tentang markah pembentangan. (memparafrasa) atau Anda seolah-olah bimbang tentang pembentangan ini. (refleksi)Dalam kaunseling, parafrasa merujuk kepada pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam komunikasi lisan daripada seseorang klien. Ia bergantung penguasaan kemahiran mendengar serta kemahiran mengingat. Tujuan menggunakan parafrasa ini ialah bukan sahaja menunjukkan bahawa kaunselor sedang mendengar dengan teliti, tetapi juga memahami maksudnya dengan tepat. Yang penting sekali ialah parafrasa pula berfungsi mendorongkan klien meneroka perasanya lebih mendalam serta membina hubungan baik di antara kaunselor dengan klien. Kata-kata mula bagi parafrasa biasanya mengandungi kata-kata seperti: Anda seolah-olah kata... manakala , kata-kata akhir biasanya mengandungi kata seperti: Adakah ini betul? atau Adakah fikiran saya betul?

Refleksi

Alhamdulliah, bersyukur kehadrat ilahi, selawat dan salam kepada nabi junjungan akhir zaman, nabi Muhammad S.A.W, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang sudi membantu saya menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah pembimbing, Puan Latifah binti Jamil yang banyak membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan- rakan yang banyak berkongsi ilmu pengetahuan. Sesungguhnya jasa dan bantuan kalian akan dirahmati oleh Allah S.W.T.Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa saya tempuhi bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa topik yang dibincangkan dalam tugasan ini sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Dengan kehadiran pelbagai tugasan khususnya praktikum fasa ketiga ianya agak membebankan. Namun saya sedar bahawa untuk menjadi pendidik inilah pengorbanan yang perlu dipikul agar menjadi pendidik yang cemerlang.

Melalui tugasan ini, pelbagai input yang berguna telah saya peroleh antaranya ialah pengalaman semasa menjalankan tugasan A iaitu berkenaan dengan kajian kes tentang Hassan seorang pelajar yang sentiasa mendapat markah yang tinggi ketika berada di sekolah lamanya dan menghadapi perasaan gementar setelah berpindah ke sebuah sekolah. Beliau menghadapi perasaan gementar dan bimbang semasa hendak melakukan pembentangan tugasan sejarah dan beranggapan bahawa beliau mesti mendapat markah yang tinggi sebagaimana pencapaian yang telah dilakukanya di sekolah lama beliau.

Melalui kajian kes ini, pelbagai pengalaman pahit dan manis terpaksa saya tempuhi antaranya berjaga lewat malam untuk menyempurnakan tugasan ini. Sesungguhnya ini merupakan satu pengalaman yang pahit bagi saya kerana saya perlu menyusun waktu dengan baik berikutan praktikum fasa 3 sedang berjalan. Antara pengalaman manis dalam melakukan keseluruhan tugasan A ialah saya akhirnya berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Sesungguhnya penat lelah saya akhirnya terbayar setelah tugasan ini berjaya disiapkan dan saya tidak akan sesekali melupakan nama Hassan dalam ingatan saya.

Antara masalah yang dihadapi oleh saya dalam menyiapkan tugasan ini ialah kesukaran saya dalam menentukan teori yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kes Hassan. Umum mengetahui bahawa terdapat banyak teori didalam proses kaunseling yang boleh diguna pakai antaranya ialah teori psikoanalitik, teori berpusat klien, teori terapi, terapi tingkah laku, terapi rasional- emotif , terapi elektrik dan lain- lain. Jesteru setelah berbincang dengan rakan-rakan kelas yang sudi berkongsi pendapat, maka saya telah memilih teori rasional- emotif atau sekarang ini lebih di kenali sebagai teori rasional tingkah laku emotif ( Rebt). Pemilihan teori ini dianggap sesuai dan bersepadan dengan kes kajian mengenai Hassan.

Seterusnya antara masalah yang saya hadapi dalam menjalankan tugasan ini ialah berkenaan sumber bahan yang sangat terhad. Oleh kerana saya sedang menjalani praktikum fasa 3, maka keberadaaan saya di IPG sangat terhad. Oleh itu bahan rujukan yang hendak digunakan juga sangat terhad. Oleh yang demikian pelbagai inisiatif telah saya ambil antaranya dengan pergi ke perpustakaan sekolah. Namun pencarian saya terhadap buku rujukan menemui jalan buntu. Mujur seorang guru mencadangkan kepada saya agar bertemu dengan guru kaunseling sekolah dan meminjam buku daripada beliau. Oleh yang demikian ianya sangat membantu saya dalam mencari maklumat yang penting untuk diselitkan didalam tugasan ini.

Antara masalah lain yang membelenggu diri saya semasa menjalankan tugasan ini ialah umtuk mencari maklumat berkenaan teknik kaunseling seperti dalam tugasan a 2. Setelah menelaah buku oxford saya dapati bahawa tiada maklumat berkenaan dengan teknik dalam kaunseling REBT. Oleh yang demikian saya telah merujuk kepada nota yang di photostat dan buku karangan Sapora Sipon. Ianya sangat membantu dalam menjalankan tugasan ini.

Melalui tugasan ini, saya dapati bahawa pemahaman saya terhadap bimbingan dan kaunseling semakin meningkat khususnya berkenaan dengan teori-teori Kaunseling. Mungkin sebelum ini pemahaman saya berhubung dengan teori ini agak kabur namun setelah menjalankan tugasan ini jelas sekali bahawa saya semakin memahami tentang teori-teori kaunseling.

Selain itu, keyakinan saya dalam menjadi guru yang juga merupakan pembimbing murid juga semakin meningkat setelah menjalankan tugasan ini. Saya dapat mengetahui banyak perkara berhubung dengan cara mebimbing pelajar yang bermasalah dan ini sangat bertepatan dengan saya sedang menjalankan praktikum fasa 3. Melalui tugasan ini saya dapat sedikit sebanyak mengetahui cara untuk mentackle murid yang bermasalah melalui pengaplikasian bimbingan dan kaunseling.

Kesimpulannya, dapatlah saya rumuskan bahawa tugasan ini sangat bermanfaat dan meninggalkan kesan yang positif terhadap diri saya dalam membentuk identiti diri sebagai seorang pendidik yang akan membimbing murid.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan kumpulan serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga jasa kalian akan dibalas di akhirat kelak. Sekian. Yang benar,

.(ABU BAKAR BIN JAMHARI)

Rujukan

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Supiah Nachiappan & Taqiuddin Abd Mukti (2014). Siri Pendidikan Guru : Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn Bhd Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras Mega (M). Sdn. Bhd Mok Soon Sang. ( 2003 ). Ilmu Pendidikan KPLI,Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sapora Sipon & Rohaya Husin. 2007. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai. Universiti Sains Islam.

http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-kaunseling.html http://ekaunseling.koleksiminda.com/Teori-REBT.php http://qalamsaffiyah.blogspot.com/2012/06/teori-rebt.html

Lampiran

Abu Bakar 14