esaimen muzik malaysia
DESCRIPTION
Esaimen Muzik MalaysiaTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Bangsawan merujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan
gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang stailaiz dan lain dari teater
moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Selain itu, bangsawan juga bermaksud
komedi, wayang atau sandiwara yang disertai nyanyian dan tarian (biasanya
menceritakan kisah raja – raja zaman dahulu) yang di persembahkan di
panggung . Sekiranya ditambah perkataan anak, perkataan bangsawan bermaksud
anak orang bangsawan atau pelakon komedi bangsawan. Teater bangsawan antara
teater tradisional yang masih lagi aktif dipentaskan. Bangsawan adalah teater yang
kaya dengan nilai-nilai estetiknya yang merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri-
ciri kebudayaan. Bangsawan merupakan satu-satunya daripada seni drama dan
pementasan yang benar-benar menjadi hak milik orang Melayu.
Rajah 1: Kerangka tajuk bangsawan
2.0 Sejarah Bangsawan
1
‘Extra turns’Alat-alat muzik:
kombinasi alat muzik Melayu
dan alat muzik Barat
Bangsawan
Repertoir muzik dan cerita
Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan
teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di
Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang
ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia. Bangsawan adalah salah satu bentuk teater
Melayu yangpopular pada awal abad ke – 19. Kesenian teater bangsawan merupakan
khazanah kebudayaan dan kesenian yang cukup berharga. Ia
kayadengan teknik – teknik estetik yang wajar dipelihara serta dikekalkan sebagai
tradisi bangsa. Seperti kata Winsted dan yang dipetik oleh Brandon (1974) :
“Bangsawan merupakan satu – satunya daripada seni drama dan pementasan yang
benar – benar menjadi hak milik orang – orang Melayu”.
Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya
bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun
1870-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak
bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan
mengunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang
didatangkan dari India. Sejarah bangsawan bermula di Asia Tenggara dengan
ketibaanWayang Parsi atau Mendu di Pulau Pinang sekitar tahun 1870. Rombongan
pelakon lelaki dari Bombay bertawaf seluruh negara mempersembahkan kisah-kisah
klasik dari Timur Tengah, Parsi dan India dengan bahasa pengantar ialah Hindi
disulami lagu-lagu Hindustani. Sekelip mata ia disambut sebagai satu fenomena
dengan undangan di majlis perkahwinan, pesta dan majlis diraja. Dalam tahun-tahun
1900, bangsawan lebih banyak bertumpu di Singapura memandangkan kebanyakan
rombongan bangsawan yang akan menyeberang ke Indonesia singgah beberapa
lama di pulau tersebut. PushiIndera Bangsawan dikatakan kumpulan bangsawan
pertama di Malaysia.Kemudian kita mendengar nama-nama lain seperti Seri Penglipur
Lara yang aktif mementas bangsawan di Happy World, New World dan panggung
Alhambra di Singapura. Kedatangan Jepun menjadikan kumpulan bangsawan
dipaksamempersembahkan kisah-kisah dengan elemen propaganda Jepun
dan initerlihat pada persembahan kumpulan Mina Bakar dan kumpulan Din-
2
Tijah.Selepas itu bangsawan terus popular dengan persembahan antara lain ialahRaja
Laksamana Bentan dan Jula Juli Bintang Tiga. Bangsawan pernah disifatkan sebagai
commedia dellárte timur dengan mempertahankansifat-sifat teater tradisional rantau
Timur
Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu
perkataan ‘Bangsa’ dan ‘Wan’. ‘Bangsa’ bermaksud berkumpulan atau segolongan
manusia yang sudah bersatu sebagai satu kumpulan tertentu. ‘Wan’ pula ialah gelaran
untuk orang kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya. Ini merujuk kepada
persembahan untuk golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun
demikian, setelah diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan
yang diminati dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan
juga turut bertembung dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang
dikarang oleh Shakespeare yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan
menjadikan drama bangsawan menjadi lebih menarik. Hal ini telah menyebabkan
munculnya istilah opera dalam seni teater melayu.
Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu.
Pengaruh opera Barat adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran
tentang pendidikan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni
teater Melayu adalah berbeza dengan pengertian opera Barat yang bererti pertunjukkan
yang semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera Melayu atau teater
Melayu banyak disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih
penting serta lagu-lagu hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater
melayu.
Kini dalam usaha mempopularkan kembali persembahan bangsawan, Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah
melaksanakan program Semarak Bangsawan. Setiap hujung minggu kedua bermula
pada bulan Mac sehingga Disember di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga
bangsawan terus berkembang dan diminati masyarakat Malaysia.
3
2.1 Terdapat tujuh ciri teatrikal dalam bangsawan iaitu :
4
Mempunyai tujuh latar
Unsur Tasmat
Gaya Lakon
Bahasa
Muzik
Tarian
Extra-turn
Mempunyai tujuh latar
-Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu seperti hutan, rumah, istana, gua, taman
bunga, kampung , jalan kampong. Latar akan ditukarkan mengikut
kesesuaian adegan-adegan yangterdapat dalam cerita teater bangsawan.
Unsur Tasmat
-Spektakular merupakan unsur kekaguman yang ada dalam persembahan
bangsawan. Ia seringkali disebut sebagai tasmat. Unsur ini wujud dalam
persembahan bangsawan bagi memberi kekaguman kepada penonton tentang apa
yang dipaparkan. Oleh itu, penonton akan lebih teruja dan percaya dengan aksi
yang dipaparkan di atas pentas. Ia hanya digunakan pada babak-babak tertentu
sahaja yang diberi penekananseperti babak aksi, magis, kayangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, penggunaan asap buatan semasa babak di alam mimpi,
penyalaan api di atas pentas semasa babak berada di neraka, atau air yang turun
dari atas pentas kononnya air itu adalah air mata bidadari. Tasmat bolehlah
dikatakan sebagai efek atau trick untuk mewujudkan elemen kekaguman itu sendiri.
Bezanya bangsawan dengan persembahan tradisional lain, elemen kekaguman itu
ditunjukkan secara visual dan fizikal di atas pentas.
Gaya Lakon
-Gaya lakon di dalam bangsawan merupakan elemen yang istimewa. Ini kerana ia
berbeza dengan gaya lakon persembahan teater moden, terutamanya yang
beraliran realism. Ia masih mengekalkan gaya lakon biasa, cuma diperbesar-
besarkan. Gestura tangan, gerak badan, mimik muka, gaya pengucapan dialog;
semuanya diperbesar. Ini bertujuan untuk menarik perhatian audien terhadap
5
bahasa tubuh mereka yang besar. Selain itu, memang tujuan mereka agar audien
sentiasa melihat apa jua yang mereka lakukan di atas pentas. Selain untuk tujuan
pemahaman mesej, ia berkait rapat dengan showmanship mereka selaku pelakon
yang digilai penonton (dalam konteks semasa zaman popular bangsawan).
Bahasa
-Bahasa yang digunakan dalam persembahan bangsawan merupakan bahasa
istana. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gurindam, lagu, seloka, bersyair, dan
sebagainya.
Muzik
-Muzik merujuk kepada bunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam
lakonan ataupun untuk mengiringi tarian tarian dan nyanyian adalah perlu untuk
menghidupkan persembahan bangsawan. Pada peringkat permulaannya adat-adat
muzik yang digunakan hanyalah tabla, harmonium dan dol. Tetapi setelah pengaruh
Barat mulai berkembang di Tanah Melayu dan Singapura, alat-alat muzik Barat
mulai digunakan oleh Orkestra Bangsawan. Pada peringkat kemashyurannya
(antara tahun-tahun 1920-1935) terdapat alat-alat muzik seperti biola dan mandolin
dari jenis “stringed instrumentals”, “drum”, tabla dan cymbal dari jenis “percussion”,
dan terdapat juga seruling, “saxaphone”, “clarinet” dan “trumpet” dan jenis “wind
instruments”.
Tarian
-Dalam persembahan bangsawan, terdapat juga babak-babak di mana ada
unsur tarian dipertontonkan. Misalnya, babak hari pertabalan, majlis keramaian,
bercinta, kayangan, dan sebagainya. Tarian yang dipersembahkan biasanya adalah
tarian tradisional. Para penari juga adalah golongan terlatih dan selalunya sering
6
mengambil peranan kecil dalam persembahan bangsawan seperti menjadi inang,
dayang, orang kampung, dan sebagainya.
Extra – turn
-Extra-turn pula merupakan elemen yang tiada dalam persembahan tradisional lain.
Extra-turn merupakan persembahan selingan semasa pertukaran antara dua babak.
Biasanya, slot ini akan diisi dengan persembahan-persembahan yang tiada
langsung kaitannya dengan cerita yang dipaparkan dalam bangsawan.
Persembahan extra-turn dibuat adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat
pentas mengikut latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak
tertunggu-tunggu. Antara persembahan yang diselitkan ialah nyanyian dari penyanyi
terkenal, akrobatik silap mata, tarian, lawak jenaka, dan sebagainya.Namun, pada
zaman kemasyuran bangsawan; tarian tradisional yang lebih banyak
dipersembahkan semasa extra-turn. Penari-penari terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang terlatih dalam berbagai-bagai jenis tarian Timur dan Barat bagi
persembahan dalam babak-babak extra-turn. Tarian-tarian lama yang pernah
dijadikan popular oleh Bangsawan ialah tarian “Tarik Tari” ciptaan Kumpulan
Wayang Siti Hawa, tariah “Mak Inang”, tarian “Lilin” dan lain-lain lagi. Dalam zaman
Bangsawan mula mengambil gelaran opera selepas tahun 1930, tarian ala Barat
seperti mambo dan ca ca ca telah menjadi kegemaran.
2.2 Fungsi teater bangsawan
7Teater bangsawan
juga mempunyai fungsi sebagai penggalang rasa kesetiakawanan diantara
warga masyarakat yang
menjadi pemilik cerita rakyat tersebut. Fungsi lain teater bangsawan adalah
2.3 Alat-alat muzik, kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Barat
Pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, teater bangsawan atau opera Melayu ialah
teater baru yang muncul akibat daripada pengaruh dari negeri Parsi. Istilah ’bangsawan’
merujuk kepada cerita dan watak yang berkisar tentang golongan bangsawan. Teater
bangsawan mempunyai satu atau lebih cerita yang diselang-seli dengan muzik berbentuk
instrumental dan nyanyian. Teater ini mempunyai pengaruh Barat, iaitu ia dipentaskan di pentas
prosenium, mengikut stail atau gaya panggung di Barat. Di atas pentas terdapat tirai latar
(backdrop) jalar atau ’drop sin’, kota bam atau ’side wing’, kening dan mahkota. Pentas tersebut
dipersembahkan di bawah khemah besar atau di taman-taman hiburan (Matusky dan Tan
1997:58).
Alat muzik bangsawan bergantung kepada 3 jenis kombinasi instumental yang biasa
digunakan dalam teater bangsawan. Secara ringkasnya kombinasi atau ensembel ini boleh
disimpulkan dalam rajah di bawah:
Kombinasi Ensembel
Penerangan Alat muzik Bilangan alat
Kombinasi Di sebut Biola Bilangan alat
8
Teater bangsawan
juga mempunyai fungsi sebagai penggalang rasa kesetiakawanan diantara
warga masyarakat yang
menjadi pemilik cerita rakyat tersebut. Fungsi lain teater bangsawan adalah
1 orkestra Melayu yang mencontohi orkestra tarian Barat
TrumpetTrombonSaksafonFlutKlarinetPianoGitarBesDramMarakasBlok kayu danTamborin
muzik bergantung kepada berapa bilangan pemain muzik yang ada
Alat-alat muzik seperti trompet, trombon, dan lain-lain alat dalam Orkestra Melayu boleh dikecualikan jika tiada pemain muzik.
Adakala hanya piano digunakan
Alat muzik sentiasa ditambah-ganti kerana teater bangsawan sentiasa mengalami perubahan.
Kombinasi2
Ensembel ini menyerupai ensembel sosial ronggeng.Ensembel dalam teater bangsawan ini digunakan dalam cerita Melayu dan Jawa
BiolaAkordianRebana danGong
* Pemain muzik biasanya akan: -Ganti arkodian dengan piano
-Ganti rebana dengan dram barat
-Ganti gong dengan bes
Rebana ialah alat muzik terulung dalam bangsawan’
Kombinasi 3
Ensembel ini dimainkan dalam bangsawan yang mempunyai latarbelakang cerita Hindustan
HarmoniumTablaBaya atau gendang
Rajah 2: Ketiga-tiga kombinasi ensembel dalam teater bangsawan
2.4. Repertoir muzik dan cerita
2.4.1 Repertoir muzik
9
Repertoir bangsawan menggunakan kreativiti pencipta kerana lagu-lagunya adalah
bersifat seperti lagu barat, iaitu lagu yang menggunakan rentak-rentak waltz, tango, foxtrot,
quickstep, mac dan rentak lain yang dimainkan oleh pancaragam barat, kumpulan teater barat,
di radio yang memainkan muzik dari piring hitam.
Setiap lagu dikaitkan dengan unsur-unsur muzik spesifik seperti rentak dan tempo yang
membantu penonton mengenali adegan, watak atau keaadaan dalam cerita. Lagu spesifik atau
lagu-lagu yang khas yang digunakan untuk menggambarkan situasi dramatik atau mengiringi
watak-watak tertentu. Lagu Nasib ialah satu contoh repertoir yang digunakan untuk adegan
penceraian, kemalangan atau peristiwa sedih. Lagu taman pula digunakan untuk mengiringi
adegan permaisuri serta dayang-dayang yang sedang bermain di dalam taman. Lagu cakap
digunakan untuk mengiringi adegan raja, permaisuri, anak-anak raja atau menteri-menteri
sedang berdialog. Lagu strit digunakan untuk adegan watak yang sedang berjalan di atas jalan
raya. Lagu jin pula digunakan untuk mengiringi watak jin dan lagu perang semasa peperangan
(Matusky dan Tan, 1997).
Repertoir bangsawan adalah unik dan berbeza dari repertoir tradisional kerana melodi
sentiasa berubah, dan ciptaan baru sentiasa diwujudkan seperti contoh lagu tema baru untuk
cerita baru, seumpama dalam filem dan teater barat.
Terdapat tiga jenis cerita yang lazim dipersembahkan kepada penonton, iaitu Cerita
Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/Jawa. Cerita dari barat adalah tergolong dalam cerita
klasik. Repertoir muzik bangsawan ditulis berdasarkan tema dan jalan cerita tersebut. Berikut
adalah gambar rajah yang menunjukkan hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak
dan tempo:
Situasi dramatik/Watak
Rentak/tempoCerita Klasik
Rentak/tempoCerita Arab
Rentak/tempoCerita Melayu/Jawa
10
Lagu Nasib waltz lambat,foxtrot lambat
masri lambat,asli lambat
asli lambat
Lagu Taman waltz lambat, waltz cepat, foxtrot, quickstep
inang/ masri inang, masri, asli cepat
Lagu Cakap waltz cepat waltz cepat, masri asli cepat , inang
Lagu Strit mac, quickstep, foxstrot mac, quickstep asli cepat , inang
Lagu Jin mac , quickstep mac , quickstep tidak ada
Lagu Perang Mac mac joget/ inang
Rajah 3 : hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo
Beberapa contoh lagu yang digunakan dalam persembahan bangsawan yang
mengaitkan adegan, watak atau situasi cerita dengan rentak dan tempo adalah seperti Lagu
Penceraian Jula Juli dengan Sultan (lagu nasib) yang mengunakan rentak waltz lambat dalam
Cerita klasik dan Arab, Lagu Puja Kamati Darsha Alam (lagu nasib) dengan rentak asli lambat,
Lagu Donau Walen (lagu cakap) dengan rentak waltz cepat, dan Lagu Che Wan Gayah (lagu
taman, lagu cakap dan lagu strit) dalam cerita Melayu dan Jawa. Secara umum tempo yang
lambat menunjukkan kesedihan dan tempo yang rancak untuk menggambarkan suasana riang
(Matusky dan Tan, 1997:60)
11
Gambar 1 : Salah satu adegan dalam cerita Jula Juli Bintang Tiga
2.5 Cerita
Bangsawan bersifat komersial oleh itu ia diiklankan melalui risalah, radio, surat khabar
dan surat siaran. Teater komersial ini akan mengunjungi Bandar-bandar di Semenanjung,
Singapura, Sumatera, Jawa dan Borneo sepanjang tahun. Teater seumpama ini telah menarik
minat penonton, pelakon dan tauke dari pelbagai kaum. Kumpulan bangsawan yang terkenal
diuruskan oleh tauke dari berbagai bangsa seperti Dean’s Opera, Opera Nooran, Wayang Yap
Chow Thong, Pushi Indera Bangsawan dan Wayang Kassim (Matusky dan Tan, 1997).
Gambar 2 : Dua jenis iklan teater bangsawan : kiri- iklan dari surat-khabar
pada tahun 1926 dan kanan- iklan berbentuk poster tahun 2010
12
Cerita dalam bangsawan adalah berbeza jika dibandingkan dengan teater rakyat kerana
ia bersifat komersial. Cerita bangsawan sentiasa dalam corak aneka warna. Hal ini
menyebabkan kemunculan tiga jenis cerita bagi memenuhi selera audiens pelbagai kaum, iaitu
Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/ Jawa. Terdapat juga cerita bangsawan barat
dipersembahkan. Matusky dan Tan (1997:59) menyatakan beberapa cerita yang popular
termasuklah Laksamana Bentan (Melayu), Laila Majnun (Arab), Sam Pek Eng Tai (Cina), Puteri
Bakawali (Hindustan) dan Hamlet (Barat/Klasik).
Gambar 3: Satu adegan dari cerita ‘Hamlet’ iaitu cerita Barat.
Gambar 4: Adegan dari cerita ‘Lela Manja’ iaitu cerita Melayu.
13
‘Extra turn’
Pementasan bangsawan terdiri dari sebuah atau lebih dari sebuah cerita dengan diiringi
lagu-lagu selingan atau ‘extra turn’ yang dipersembahkan apabila set ditukar. Tirai latar atau
‘back sin’ menunjukkan permandangan untuk cerita atau adegan yang tertentu. Babak cerita
akan bertukar apabila sin atau backdrop diubah. Semasa itu muzik selingan yang mengiringinya
turut berubah dan memberi warna kepada cerita seterusnya.
Gambar 5: Beberapa jenis backdrop atau tirai mengikut adegan cerita.
14
Contoh-contoh cerita bangsawan
15
BUTUH SUKARELAWAN MANUSIA SATU KATA PAK SERKAH
TEMAN BAIK YANG KHIANAT
LAGENDA GUNUNG BATU SAPU
SI BUTA DAN SI BUKUNG
ANAK PIPIT DAN KERA JAMPANG LAGENDA TELAGA
BIDADARI
16
DATU KALAKA PAGERAN SARIF ASAL USUL KOTA BENJAMASIN
ULAR DANDAUNG HIKAYAT BUNGA KEMUNING
KERIS MENJADI SAKSI
PUTERI SAADONG MELATI PUJAAN TEMASEK HJ.YUSTAN AJIDDIN
3.0 RUMUSAN
Teater bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia
tidak melibatkan pengunaan skrip berbanding drama moden kini. Sebagai seorang pelakon,
mereka hanya perlu menguasai jalan cerita sahaja.
Para pelakon bangsawan hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan dan ada
kalanya berimprovisasi berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah. Apa yang penting
dalam pementasan bangsawan adalah keaslian cerita yang dilakonkan. Kebijaksanaan pelakon
berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri merupakan tarikan utama penonton untuk
menonton pementasan tersebut, selain pelakon yang kacak dan cantik. Sesuatu lakonan
bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur lucu dan melodrama selain daripada
unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang bernada serius.
Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang
kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya “Jula Juli Bintang
Tujuh”. Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan
puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa.
17
RUJUKAN
Artikel Utusan Melayu (M) Bhd
http :// www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0222&sec=Rencana&pg=re_12.htm#ixzz2qXQgOfO0 dilayari 2 Mac 2014 .
Olai-olai Angsana.http://qalamminda.blogspot.com/2008/10/bangsawan-pupusnya-seni-
pentas.html dilayari pada 2 Mac 2014.
Mohamed Ghouse Nasuruddin,2007. Traditional Malaysian Music.Kuala Lumpur: DBP.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,
Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang:
The Asian Centre.
18
19
LAMPIRAN