esaimen komputer

Upload: incik-faisal

Post on 05-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

it

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1. Pengenalan22.0Ciri-Ciri Baru Yang Akan Dimasukkan Dalam Komputer Baru63.0Ciri-Ciri/Fungsi-Fungsi Lama Yang Akan Dikekalkan Dan Dibuang84.0Prinsip-Prinsip Yang Akan Diguna Pakai Dalam Merekabentuk 9Komputer Generasi Baru5.0Kesimpulan116.0 Rujukan13

1.0 PENGENALANKomputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program atau atur cara komputer mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.Komputer berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah menerangkan perbezaan definisi data, maklumat dan pengetahuan Jadual 1.1: Definisi Data, Maklumat, dan Pengetahuan

Senn (1998) mengatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi bagi kerja maklumat iaitu mengumpul, memproses, menjana, menyimpan, mendapatkan semula dan menyampaikan. Dalam kebanyakan kes, dua atau lebih fungsi dilaksanakan secara serentak. Ini dinyatakan dalam jadual di bawah yang menerangkan fungsi, definisi dan contoh IT.

Jadual 1.2: Enam Fungsi Teknologi MaklumatFungsiDefinisiContoh

MengumpulMengumpul rekod aktiviti untuk digunakan kemudian.Membaca maklumat pengundi, membaca meter elektrik.

MemprosesProses mengubah, menganalisis, mengira dan mensisntesiskan semua bentuk data atau maklumat.Mengira undi, pemprosesan bil elektrik, pemprosesan perkataan, pemprosesan cukai.

MenjanaMengumpul maklumat ke dalam bentuk yang berguna, sama ada sebagai teks, audio atau imej.Bil elektrik, jadual, graf, carta di atas cakera, pita, fail CD-ROM

MenyimpanProses pengkomputeran dalam menyimpan data dan maklumat untuk digunakan kemudian.Rekod cukai pendapatan, rekod keahlian persatuan, rekod kesalahan trafik.

Mendapatkan maklumatMenempatkan data dan memperolehnya kembali.Faks, e-mel, mel suara, laporan

MenyampaiMengambil, menghantar, atau mempersembahkanE-mel, mel suara

Jadual 1.3: Empat Manfaat Teknologi Maklumat

Manakala dari segi manfaatnya pula telah disenaraikan seperti dalam jadual di atas. Secara umum, ada dua kategori peluang yang ditawarkan oleh IT iaitu: IT telah digunakan dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah dan membantu manusia.Komputer pada saat ini merupakan suatu keperluan bagi setiap orang. Komputer menjadi suatu bahagian yang penting bagi setiap kehidupan manusia kerana melalui komputer kita boleh melakukan berbagai aktiviti sehingga memudahkan urusan dan menjimatkan waktu pekerjaan tersebut. Komputer ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.Komputer dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya komputer sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui computer untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya. Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.Komputer tidak hanya digunakan oleh orang dewasa saja, namun anak-anak pun juga boleh menggunakannya dan mereka boleh belajar sambil bermain. Beberapa fungsi dari komputer yang sering dimanfaatkan oleh manusia ialah terdapatnya pengisian yang lengkap di dalam komputer yang boleh kita gunakan. Komputer juga membolehkan kita berinteraksi dengan pengguna lain di belahan dunia manapun, asalkan berhubung dengan jaringan internet seperti Facebook, Twitter dan sebagainya yang mana semakin hari mereka semakin mempercanggih sarana tersebut demi kepuasan penggunanya.Pemantapan fungsi-fungsi komputer dari segi aplikasi luaran dan dalaman dari masa ke semasa amat perlu bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna. Ini kerana pengguna akan sentiasa menginginkan pemproses yang lebih berkualiti, lebih berprestasi dan mempunyai fungsi-fungsi yang lebih interaktif dan memudahkan bagi menjalankan kerja-kerja harian mereka.Oleh yang demikian, untuk tugasan kali ini saya sebagai jurutera komputer di Silicon Valley, USA akan mereka bentuk komputer generasi baru bagi mendalami dan memantapkan lagi fungsi-fungsi komputer dari segi luaran dan dalaman untuk memudahkan pengguna di masa hadapan.

2.0 CIRI-CIRI BARU YANG AKAN DIMASUKKAN DALAM KOMPUTER BARU.Seiring dengan perkembangan zaman, dan kemajuan ilmu pengetahuan serta teknologi yang begitu cepat bukanlah hal yang mustahil bagi manusia untuk menikmati berbagai layanan yang semakin canggih dan fungsi-fungsi baru dari komputer pada masa akan datang. Oleh yang demikian konsep komputer baru yang akan saya perkenalkan adalah komputer model pena. Komputer ini direka bersaiz kecil sebesar telefon bimbit dan kelebihannya adalah ia boleh dimasukkan didalam poket dan sangat memudahkan untuk dibawa kemana-mana. Komputer pena ini akan direka seperti telefon pintar yang ada di pasaran di mana ianya mempunyai sokongan wireless dan bluetooth. Ini bagi memudahkan perkongsian dan mampu menyambung dengan peranti multimedia lain, seperti kamera, telefon, dan speaker yang boleh menggunakan akses bluetooth, sehingga tidak memerlukan kabel penghubung lagi. Komputer pena ini juga akan dilengkapi dengan sokongan kamera depan dan belakang. Antara ciri-ciri lain, komputer ini juga akan dilengkapi dengan teknologi 3D Hologram. Teknologi 3D Hologram ini sangat membantu berbagai keperluan manusia di zaman sekarang. Kesibukan dan mobiliti yang tinggi dapat diatasi dengan teknologi komunikasi ini. 3D Hologram ini lebih kurang sama dengan 3G dan webcam, tetapi ia mempunyai kelebihan yang luarbiasa iaitu dapat mengzahirkan gambar/objek dalam bentuk 3D dan sistem hologram ini adalah dapat berfungsi sebagai salah satu alat komunikasi. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk mengubati rasa rindu kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang jauh dimata.Teknologi yang dikenali sebagai hologram ini akan memudahkan pengguna berbual mesra dengan menggunakan aplikasi video chatting kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui komputer anda melalui projektor. Projektor kecil yang terdapat pada komputer itu akan memancarkan imej video maya apabila anda sedang menggunakan aplikasi tersebut. Dalam dunia pendidikan hal ini dilihat sangat membantu. Jika zaman dahulu setiap pelajar dan pensyarah/guru harus hadir dalam satu ruangan yang sama supaya dapat bertemu mata ke mata, tapi tidak perlu lagi dengan adanya teknologi ini. Proses pembelajaran dapat dilaksanakan walaupun tidak berada dalam satu bilik yag sama. Projektor kecil yang ada pada komputer ini juga boleh digunakan sebagai alat bantu semasa pembentangan tanpa memerlukan projektor yang lain. Pengguna tidak perlu lagi membawa dua tiga beg untuk membuat pembentangan kerja ataupun kerja sebagai pendidik yang memerlukan projektor dalam sesi pengajaran. Hanya tukarkan sahaja kepada mode pembentangan maka projektor ini akan berfungsi memancarkan gambar keluar dan saiz output juga boleh dilaraskan. Projektor yang dibina pada komputer ini mampu memberi kemudahan yang optimum kepada pengguna.Komputer ini akan dilengkapi bola tetikus di tengah-tengahnya yang membolehkan pengguna mengawal fungsi komputer dan aplikasi dengan hanya menyentuh bayangan di udara melalui hologram yang dipancarkan dari projector komputer. Komputer pena yang bersaiz telefon ini boleh diletakkan di atas tapak tangan sahaja atau di atas meja untuk membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.Komputer ini juga akan disertakan dengan kemudahan virtual keyboard yang mana papan kekunci ini sangat fleksibel kerana boleh digunakan dimana sahaja dan bila-bila sahaja dan ianya tidak memerlukan ruang yang besar untuk membawanya seperti papan kekunci yang ada di pasaran sekarang. Ini kerana virtual keyboard ini dibangunkan dengan pembangunan teknologi laser untuk permukaan rata. Sinar laser yang dipancar dari sudut khas komputer akan memancar grafik ke permukaaan yang rata yang membentuk sebuah papan kekunci maya.Seperti mana komputer riba yang mempunyai charger untuk mengecaj bateri pada komputer, komputer ini menggunakan teknologi solar untuk mengecaj bateri computer. Hanya letakkan komputer di tempat caj yang dibina seperti kotak, dalam beberapa jam bateri komputer itu akan penuh dan boleh digunakan semula. Kelebihan caj semula menggunakan teknologi solar ini adalah sangat memudahkan pengguna apabila berada di luar. Mereka tidak perlu bersusah payah mencari plug untuk caj semula computer tersebut seperti yang berlaku sekarang. Bateri komputer ini juga akan berhenti mengecaj dan pengaliran elektrik juga turut berhenti serta merta apabila bateri sudah penuh dicajkan. Ini bagi menjaga ketahanan bateri supaya tidak cepat rosak.Model yang tampil dengan reka bentuk yang kecil bagi tujuan penjimatan ruang ini juga turut mempertingkatkan kebolehan pada fungsi lain seperti sambungan rangkaian komuniti sosial dan aplikasi pengecaman muka sebagai kata laluan log masuk.3.0 CIRI-CIRI/FUNGSI-FUNGSI LAMA YANG AKAN DIKEKALKAN DAN DIBUANG

Walaupun komputer yang akan direka mengalami anjakan teknologi yang berbeza seperti sekarang, namun masih terdapat ciri-ciri lama yang akan dikekalkan contohnya dari segi sistem operasi yang akan digunakan. Pada masa sekarang window 8 sangat relevan untuk dikekalkan dan dibina di dalam komputer pena ini. Ini kerana antaramukanya (charm bar) yang interaktif untuk mencapai aplikasi sangat sesuai dengan komputer yang menggunakan konsep hologram ini. Oleh sebab itu, kerjasama dengan syarikat Microsoft perlu untuk membina komputer ini supaya perisian di dalam komputer ini disokong oleh perisian-perisian yang dihasilkan oleh Microsoft.Selain itu, fungsi wireless dan bluetooth masih dikekalkan seperti komputer sekarang. Ini bagi memudahkan perkongsian dan mampu menyambung dengan peranti multimedia lain, seperti kamera, printer, dan speaker yang boleh menggunakan akses bluetooth, sehingga tidak memerlukan kabel penghubung lagi. Secara keseluruhannya, fungsi-fungsi lama komputer masih dikekalkan malah dipertambahbaikkan agar penggguna lebih teruja dan lebih praktik dalam urusan seharian.Penggunaan skrin seperti komputer pada masa sekarang iaitu menggunakan teknologi lcd tidak lagi digunakan kerana sudah tersedia hologram yang lebih fleksible dari segi saiznya dan penggunaannya. Tidak ada lagi masalah skrin rosak atas sebab terlalu panas dan sebagainya. Ini akan mengurangkan kos penyelenggaraan komputer tersebut dari segi penjagaan skrin yang mana pengguna tidak perlu berfikir untuk menangani masalah tersebut.Selain digunakan untuk melaksanakan tugas dan berkomunikasi secara maya, komputer juga kini berperanan penting sebagai medium utama dalam fungsi hiburan seperti permainan muzik dan filem, permainan video dan televisyen. Bagi membawa kemudahan itu kepada pengguna, komputer ini juga tampil dengan teknologi hiburan berdefinisi tinggi. Menerusi nisbah 16:9 dan sokongan resolusi 1920 x 1080 berdefinisi tinggi, ia menghasilkan imej berkualiti dan menarik. Paparannya juga menawarkan penonton dengan pengalaman hiburan sebenar seperti di pawagam. Ini akan memberi kepuasan tanpa batasan kepada pengguna.

4.0 PRINSIP-PRINSIP YANG AKAN DIGUNA PAKAI DALAM MEREKABENTUK KOMPUTER GENERASI BARUObjektif utama pembinaan teknologi komputer adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menolong pengguna dan organisasi menyelesaikan masalah dan memulakan kreativiti di mana ia membolehkan mereka bekerja lebih pantas dan berkesan. IT boleh membantu mereka dalam aktiviti harian. Oleh itu, IT membebaskan pekerja daripada rutin kerja, membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki kehidupan seharian mereka. Jadual di bawah menerangkan kepentingan lapan prinsip IT.Jadual 1.3: Lapan Prinsip Teknologi Maklumat

Dalam merekabentuk komputer pena ini, prinsip utama yang akan digunakan adalah kebolehgunaan (usability) yang bermaksud, sesuatu rekaan mestilah mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan sebagainya. Ini adalah salah satu prinsip yang digunakan dalam menghasilkan komputer rekaan terbaru kerana kebolehgunaan merupakan salah satu faktor yang digunakan untuk mengukur sejauh mana penerimaan pengguna terhadap suatu sistem atau rekaan.Selain itu, prinsip lain yang akan diberi perhatian adalah dari segi keselamatan komputer. Keselamatan komputer merupakan satu ciri penting untuk sistem pengoperasian sebab maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer adalah penting dan bernilai tinggi kepada suatu organisasi. Oleh yang demikian, komputer pena ini akan didatangkan bersama-sama sistem keselamatan khas yang lebih kuat contohnya seperti membina kata kunci (password) dengan menggunakan cap jari. Hanya cap jari yang didaftarkan didalam komputer ini sahaja yang dibenarkan untuk mengakses komputer tersebut. Perisian antivirus khas juga dibina bagi menghalang virus-virus dari mengganggu keselamatan data.Komputer ini juga direka berprinsipkan fleksible yang mana ianya mampu dibawa kemana-mana kerana siznya yang kecil dan boleh dibesarkan saiz output mengikut keselesaan pengguna dengan menggunakan kemudahan hologram. Rekabentuk komputer ini yang ringkas dan bersifat semulajadi adalah bertujuan untuk mempercepatkan interaksi antara pengguna dengan sistem.Teknologi yang direka ini juga berdasarkan prinsip inovasi yang mana teknologi hologram bukanlah lagi mimpi dan cerita-cerita dongeng yang tidak mampu diwujudkan. Perkembangan teknologi dari masa ke semasa juga akan membawa cara berfikir pengguna menjadi lebih inovatif dan kreatif.

5.0 KESIMPULANPerkembangan teknologi komputer dari zaman ke zaman memang terasa sangat cepat dan menakjubkan. Namun, diharapkan agar persaingan inovasi-inovasi yang akan ada di masa yang datang dapat memberikan manfaat bagi kehidupan manusia dan tampak positif terhadap lingkungan sekitar. Perkembangan teknologi juga diharapkan semakin ramah lingkungan, sehingga tidak akan merosakkan bumi, tempat tinggal, serta kehidupan seharian kita.Semakin lama dunia teknik akan semakin berkembang, dari teknologi komputer, sampai elektronik dan otomotive ikut bersaing dalam mengembangkannya. Perkembangan di zaman moden mengikuti para pengembang teknik untuk memperbaharui produknya demi perubahan dan pengembangan di era masa depan, di mana para pengembang meningkatkan kecanggihan dan kehebatan dari produk teknologinya terutama pada komputer.Kini kita kembali kepada perkembangan teknologi komputer masa kini, meskipun komputer sudah menjadi alat yang multifungsional dan teknologi yang digunakan sudah berkembang sangat pesat tetapi fungsi yang dimiliki masih sangat terbatas (sebagai contoh: komputer hanya digunakan sebagai alat bantu pekerjaan pejabat, dan hiburan saja) dan tidak semua orang memerlukan atau memakai komputer. Untuk itulah, maka dimasa depan nanti komputer harus benar-benar menjadi alat yang serbaguna di mana penggunaannya dapat mnyokong semua aktiviti keperluan manusia dan dapat memberikan kemudahan dalam segala hal dan juga benar-benar bersifat user-friendly sehingga semua golongan masyarakat dapat menggunakannya.Semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding bahu untuk menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam kehidupan dan pekerjaan. Namun begitu, perlu diingat jika komputer digunakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah, maka implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer sebaik-baiknya supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini. semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Di samping menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah. Hal ini bertepatan dengan dasar kerajaan dan saranan Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Kesimpulannya, komputer masa depan diharapkan akan dapat berinteraksi secara langsung dengan otak manusia tanpa melalui perantara seperti keyboard, mouse, monitor, dan lain-lain. Sehingga nantinya setiap orang tetap dapat mengakses komputer sambil berjalan tanpa perlu menunduk untuk melihat display dari komputer seperti komputer saat ini seperti laptop atau telefon pintar. Itulah beberapa perkembangan teknologi komputer masa depan yang dapat semakin mempermudah kehidupan manusia. Kerana menurut fungsi utama teknologi adalah diciptakan supaya dapat mempermudah kehidupan manusia.

[2548 patah perkataan]

6.0 RUJUKANMALAYSIA, Open University. (2004). CBCT 2203 Konsep Asas Teknologi Maklumat. KualaLumpur: UNITEM Sdn. Bhd.MALAYSIA, Open University. (2005). CBAD2103 Analisis dan Rekabentuk Sistem. KualaLumpur: UNITEM Sdn. Bhd.MALAYSIA, Open University. ( 2005). Analisis Dan Pemodelan Data, Kuala Lumpur:UNITEM Sdn. Bhd.Mohd Yazid, Paridah Samsuri, Rozlina Mohamed, Suhaimi Ibrahim, Wan MohdNasir (2000).Kejuruteraan Perisian. FSKSM : UTMRoyger Jackson Simamora. (2012). Pengantar Teknologi Informasi.http://www.slideshare.net/RoygerSimamora/sejarah-perkembangan-komputer-36988406Ridzwan Md Amin (2004). Parallelisma - Trend Mega Komputer Masa Depan. UtusanMalaysia, 10 November.

11