seksyen kaunseling

Download Seksyen Kaunseling

Post on 24-Jun-2015

599 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

KUMPULAN SASAR 1. Kanak-Kanak (Mengikut tafsiran Akta Kanak - Kanak 2001) 2. Orang Kurang Upaya (OKU) 3. Warga Tua 4. Orang Papa (Mengikut tafsiran Akta Orang Papa 1977) 5. Keluarga (Wanita dan gadis, ibu / bapa tunggal, mangsa keganasan rumah tangga, orang miskin dan mereka yang mempunyai masalah) 6. Mangsa Bencana 7. Pertubuhan Kebajikan Sukarela.

1

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING 1. Semua permohonan Khidmat Kaunseling akan diberi layanan mersra berasaskan Kerja Ikhtisas. 2. Semua maklumat yang diberikan di dalam Sesi Kaunseling akan dirahsiakan. 3. Pelanggan dibimbing dan dibantu untuk mencari jalan penyelesaian.

KOD ETIKA KAUNSELOR 1. Tatalaku Kaunselor a. Kaunselor hendaklah menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling. b. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, profesionnya. kebolehan Kaunselor dan kemahiran dalam bidang hendaklah sentiasa memonitor

keberkesanannya sebagai professional. c. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan berdedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi. 2. Hubungan Kaunselor Klien a. Tanggungjawab utama kaunselor ialah menghormati integriti dan kebajikan klien, sama ada klien dibantu secara individu atau berkelompok. b. Hubungan kaunseling dan maklumat yang diperolehi daripadanya mestilah dirahsiakan, kecuali jika keadaan klien menunjukkan tanda - tanda yang membahayakan klien atau orang - orang lain, yang mana kaunselor diharapkan mengambil tindakan secara

2

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

langsung atau memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab. c. Kaunselor mestilah mendapat persetujuan yang sesuai daripada klien apabila menyampaikan hal - hal yang berkaitan dengan klien kepada pihak ketiga. Langkah - langkah yang berhati - hati hendaklah diambil apabila menyampaikan maklumat melalui faksimili, mel elektronik atau mana - mana cara menyampaikan maklumat untuk menjamin kerahsiaan. d. Kaunselor hendaklah berusaha memahami dan menghormati latarbelakang sosio - budaya klien. e. Kaunselor hendaklah bertanggungjawab melindungi klien daripada ancaman fizikal atau trauma psikologi. f. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk memenuhi kepentingan emosi, seksual atau kewangannya. g. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama. Status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun. h. Kaunselor hendaklah menggalak dan membentuk pemahaman kendiri serta memupuk klien. perkembangan Justeru, kaunselor tingkahlaku hendaklah bertanggungjawab klien. i. Kaunselor mestilah menghormati privasi klien dalam sesi - sesi kaunseling. 3. Tanggungjawab Kaunselor Kepada Rakan Profesional a. Kaunselor hendaklah menghormati rakan profesionalnya. b. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, menzahir dan memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh

3

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

c. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang didapati teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika. 4. Tanggungjawab Kaunselor Kepada Masyarakat a. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati nilai - nilai sosio budaya masyarakat di mana dia berkhidmat. b. Kaunselor hendaklah mematuhi undang - undang negara dalam melaksanakan tugasnya. 5. Tanggungjawab Kaunselor Kepada Organisasi dan Majikan a. Kaunselor hendaklah mematuhi segala perjanjian yang ditandatangani dengan organisasi di mana dia berkhidmat. b. Kaunselor hendaklah mematuhi polisi dan prosedur organisasinya, serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatannya dengan organisasi. c. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi di mana dia bertugas. d. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. e. Kaunselor hendaklah memberitahu majikan keadaan - keadaan di mana berkemungkinan berlakunya konflik yang boleh merosakkan atau perkara yang menyekat keberkesanan tugas - tugasnya. f. Kaunselor hendaklah bersama - sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

4

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA

OBJEKTIF

Menyediakan

perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang-bidang kaunseling

secara cekap dan berkesan bagi mempertingkatkan profesionalisme pegawai serta kualiti perkhidmatan kaunseling Jabatan. FUNGSI Peningkatan profesionalisme dan kualiti perkhidmatan kaunseling Jabatan Pemantauan terhadap pematuhan aspek - aspek etika dan standard amalan kaunseling di setiap peringkat pelaksana. Penyediaan garis panduan atau dokumen serta penetapan dasar berhubung dengan perkhidmatan kaunseling Jabatan. Perancangan dan pelaksanaan program atau aktiviti bagi pembangunan dan perkembangan serta peningkatan kualiti perkhidmatan kaunseling Jabatan. Perancangan dan pelaksanaan program atau aktiviti bagi peningkatan profesionalisme pegawai kaunseling jabatan

Kemajuan Kerjaya 5

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

Perbincangan ikhtisas / seminar / bengkel. Penyediaan peluang latihan, penggubalan kurikulum atau modul serta pelaksanaan program latihan secara dalaman atau / dan melalui perkongsian bijak dengan institusi - institusi tinggi atau lain - lain agensi luar Jabatan. Mengenalpasti keperluan latihan serta bentuk dan tahap latihan yang diperlukan oleh pegawai kaunseling Jabatan. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Perancangan, penyediaan serta penyelarasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Sesi kaunseling. Perancangan, pelaksanaan tafsiran dan analisa ujian - ujian psikologi, serta kaji selidik. Khidmat rundingan dalam bidang kaunseling. Pendaftaran Kaunselor Urus Setia Lembaga Kaunselor. Pendaftaran Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan. yang merangkumi aspek aspek pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi dan pemulihan.

AKTIVITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING 6

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

Program Perbincangan Ikhtisas Panel Kaunselor Negeri. Seminar / Bengkel Latihan. Pemantauan dan khidmat rundingan. Penyediaan garis panduan / penetapan dasar.

PANEL KAUNSELOR NEGERI Panel Kaunselor telah dilantik di setiap Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Panel ini dianggotai oleh pegawai - pegawai Jabatan yang mempunyai kelulusan dalam bidang kaunseling. Di peringkat negeri, Panel ini berfungsi untuk : Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada anggota Jabatan yang memerlukan / bermasalah. Merancang serta melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling bagi klien Jabatan. Membantu menyelaras program / aktiviti Bahagian Perkaunselan yang dilaksanakan di peringkat Negeri.

OBJEKTIF PANEL KAUNSELOR NEGERI 7

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

Menyediakan satu mekanisma di peringkat negeri bagi membolehkan Jabatan menyediakan perkhidmatan kaunseling secara formal dan terancang.

Menyediakan kaunseling.

satu

pasukan

pegawai

kaunseling

bagi

membantu

kumpulan sasar dan anggota Jabatan yang memerlukan perkhidmatan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

OBJEKTIF

Memberi

perkhidmatan

kaunseling

secara

sistematik

untuk

membantu

perhubungan berdasarkan prinsip - prinsip psikologi mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

FUNGSI 1. Bengkel Interaktif Menyelaras dan melaksana aktiviti Bengkel Interaktif. Menjalankan penilaian masalah dan penilaian kemajuan klien Menyediakan laporan penilaian. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 8

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

Merancang, menyedia dan melaksana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi dan pemulihan. Mengendalikan sesi kaunseling individu, kelompok dan kaunseling keluarga. Merancang, mentadbir, mentafsir dan menganalisis ujian - ujian psikologi serta kajiselidik. Menjalankan khidmat rundingan dalam bidang kaunseling.

Meningkatkan profesionalisme kaunseling sebagai satu profesion. Mematuhi Kod Etika Kaunselor dan Standard Amalan Kaunseling. Menjalankan perkhidmatan kaunseling mengikut garis panduan atau dokumen dan dasar yang ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kaunseling. Menyertai program atau aktiviti pembangunan perkembangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kaunseling. Menyertai program atau aktiviti peningkatan profesionalisme kaunselor. Kemajuan Kerjaya Mengambil bahagian dalam perbincangan ikhtisas / seminar / bengkel. Menyertai atau mengikuti latihan secara dalaman atau dan melalui perkongsian bijak dengan institusi - institusi pengajian tinggi atau Panel Kaunselor Negeri Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada anggota jabatan yang memerlukan atau bermasalah. Merancang dan melaksana aktiviti bimbingan dan kaunseling bagi klien jabataan. Membantu meyelaras program atau aktiviti Bahagian Perkhidmatan Kaunseling yang dilaksanakan di peringkat negeri. lain - lain agensi.

9

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit

10

Fail Meja Pegawai Psikologi Gred