pendekatan dakwah mohd fadli yusof pensiangan, ?· kajian ini bertujuan untuk menganalisis...

Download PENDEKATAN DAKWAH MOHD FADLI YUSOF PENSIANGAN, ?· kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan…

Post on 21-Aug-2019

228 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PENDEKATAN DAKWAH MOHD FADLI YUSOF

    DALAM PENGISLAMAN MASYARAKAT

    NON-MUSLIM DI PEDALAMAN

    PENSIANGAN, SABAH

    ABD HADI BIN BORHAM

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2016

  • PENDEKATAN DAKWAH MOHD FADLI YUSOF

    DALAM PENGISLAMAN MASYARAKAT

    NON-MUSLIM DI PEDALAMAN

    PENSIANGAN, SABAH

    ABD HADI BIN BORHAM

    TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI

    KEPERLUAN BAGI IJAZAH

    DOKTOR FALSAFAH

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2016

  • ii

    ABSTRAK

    Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas yang berasal daripada negeri

    Perak Darul Ridzuan. Beliau telah menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat non-

    muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah sejak tahun 2011. Dalam tempoh dua tahun beliau

    telah berjaya mengislamkan 269 orang non-muslim yang terdiri daripada pelbagai latar

    belakang seperti petani, pemburu, paderi, pastor gereja, pelajar dan lain-lain. Oleh itu,

    kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof, faktor-

    faktor tarikan kepada pendekatan dakwah dan masalah kepada pendekatan dakwah beliau

    dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah. Metodologi

    kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara perpustakaan dan lapangan. Data kajian

    secara lapangan dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan menemu

    bual informan yang telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) di Kampung

    Padang, mukim Sepulut, Pensiangan, Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga

    pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam mengislamkan masyarakat non-muslim di

    pedalaman Pensiangan iaitu pendekatan al-ḥikmah, mawʻiẓah al-ḥasanah dan mujādalah.

    Pendekatan al-ḥikmah dilakukan dengan menyeru non-muslim kepada Islam dengan tidak

    memaksa, membina hubungan baik, memahami psikologi golongan madʻū, berziarah dan

    memberi hadiah secara berulang ulang, dan menjemput makan kenduri. Pendekatan

    mawʻizah al-hasanah pula dilakukan dengan menyampaikan dakwah secara pengajaran

    lisan dan menunjukkan contoh atau model cara kehidupan Islam yang menarik. Manakala

    pendekatan al-mujādalah dilakukan secara dialog dengan non-muslim semasa ziarah. Di

    samping itu, dapatan ini menunjukkan terdapat lapan faktor yang menarik perhatian non-

    muslim di pedalaman Pensiangan kepada pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof iaitu

    faktor tarikan qudwah, tarikan quwwah, tarikan kelainan, tarikan berulang-ulang, tarikan

    keprihatinan, tarikan targhīb dan tarhīb, tarikan kesamaan dalam agama samawi dan tarikan

    menghubungkan. Hasil kajian ini juga mendapati pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof

  • iii

    telah bejaya membangunkan model contoh kehidupan sosial secara Islam pedalaman

    Pensiangan. Namun begitu kajian ini turut menunjukkan terdapat beberapa masalah kepada

    pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof di pedalaman Pensiangan. Antaranya ialah masalah

    kesihatan beliau, contoh kurang baik dari pendakwah-pendakwah di pedalaman sebelum ini,

    halangan kuat pihak missionari Kristian di Sabah dan lain-lain.

  • iv

    ABSTRACT

    Mohd Fadli Yusof is an independent dāʻī from the state of Perak Darul Ridzuan. He has

    been involved the da’wah work to the non-Muslim community in the rural area of

    Pensiangan, Sabah since 2011. In two years, he was succeeded converting 269 of non-

    Muslims from various backgrounds such as farmer, hunter, priest, pastor, students etc.

    Therefore, the aims of this study is to identify the da’wah approach, factors attracting or

    influencing the da’wah approach and the problems of the da’wah approach of Mohd Fadli

    Yusof in the Islamization of the non-Muslim community in the rural areas of Pensiangan,

    Sabah. The research methodology was used the qualitative through by library and field

    study methods. In the field, data was obtained with participation observation method and

    interviewing selected informants (purposive sampling) in Kampung Padang, mukim of

    Sepulut, Pensiangan, Sabah. The results showed that three da’wah approaches of Mohd

    Fadli Yusof in the Islamization of the non-Muslim community in the rural areas of

    Pensiangan are al-ḥikmah, mawʻiẓah al-ḥasanah and mujādalah approaches. The al-ḥikmah

    approach was carried out by giving da’wah work to the non-Muslims without force, good

    relationships with non-Muslim, understand the psychology of non-Muslim, visit and give

    gifts to non-Muslims repeatedly, as well as inviting them for feasts (makan kenduri).

    Meanwhile, the mawʻizah al-hasanah approach was done by giving da’wah work through

    oral teaching and showing examples or models of Islamic way of life. While, the al-

    mujādalah approach was made through dialogues with non-Muslims during visits. Also the

    findings showed eight attraction factors on the Mohd Fadli Yusof da’wah approaches

    toward non-muslim community in the rural of Pensiangan. These factors are qudwah

    attraction, quwwah attraction, variant attraction, repeated attraction, concern attraction,

    targhīb and tarhīb attraction, similarity attraction in samawi religion and connecting

    attraction. This study found the Mohd Fadli Yusof approaches was succeeded converting

    the non-Muslims belief to ʻaqidah Islam and also developing the good example for social

  • v

    and economy life in the rural of Pensiangan. However, the findings also showed several

    problems regarding the da’wah approach of Mohd Fadli Yusof in the rural areas of

    Pensiangan. These problem are Mohd Fadli Yusof health problem, bad examples from

    previous dāʻī, obstacle from the Christian missionaries in Sabah etc.

  • vi

    PENGHARGAAN

    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Setinggi kesyukuran dirafaʻkan kehadrat Ilahi

    atas kurniaan rezeki, kemudahan, kekuatan dan kesihatan penulis serta keluarga dalam

    menyiapkan doktor falsafah ini mengikut tempoh yang ditetapkan. Selawat dan salam ke

    atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabatnya.

    Pertamanya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Fakhrul

    Adabi Bin Abdul Kadir selaku penyelia yang telah banyak meluangkan masa, memberi

    nasihat, bimbingan serta tunjuk ajar yang bermanfaat kepada penulis dalam usaha

    menyiapkan tesis ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah di

    Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

    (APIUM), terutamanya Prof. Dr. Aziz Mohd Zin, Dr. Yusmini Md. Yusoff, Dr. Norrodzoh

    Hj. Siren dan Dr. Mohammed Yusof. Begitu juga ucapan terima kasih kepada Prof. Dr.

    Zulkiple Abd Ghani di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Prof. Dr. Badlihisham

    Mohd Nasir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku pemeriksa dan penyumbang

    idea dalam kajian penulis ini. Semoga Allah memberikan kebaikan kepada kalian semua.

    Penulis juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris

    (UPSI) di atas peluang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah. Begitu juga

    pihak Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), khususnya rakan-rakan di Jabatan Pengajian Islam

    yang telah memberikan idea dan semangat moral kepada sepanjang penulis dalam

    menyiapkan kajian ini. Segala tunjuk ajar dan sumbangan kalian itu akan mendapat

    ganjaran kebaikan dari Allah s.w.t.

    Keduanya, sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan di Perpustakaan Utama

    Universiti Malaya, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam dan Perpustakaan Tun Seri

    Lanang UKM di atas kerjasama yang diberikan kepada penulis sepanjang mendapatkan

    maklumat penting untuk tesis ini. Begitu juga, sekalung penghargaan dan terima kasih

    kepada pendakwah Mohd Fadli Yusof, Siti Aishah Nordin, sekeluarga dan rakan-rakan

    yang bersama-sama menyertai misi Kembara Syahadah di pedalaman Pensiangan,

    Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jabatan Agama Islam Negeri Sabah

    (JHEAINS), Pertubuhan Nurul Mustofa Kota Kinabalu Sabah, semua penduduk Kampung

    Padang, Sepulut Pensiangan yang telah sudi berkerjasama dalam memberi bantuan kepada

    penulis semasa mendapatkan data di pedalaman Pensiangan, Sabah. Semoga kalian

    diberkati dan mendapat kebaikan dari Allah s.w.t. Amin.

  • vii

    Akhir sekali, ucapan dedikasi ini khas buat ibu - Hjh. Hamidah binti Hi. Salleh,

    isteri - Nor Hidayah binti Ab. Wahab dan anak-anak - Ahmad Thaqif Aisar, Nur ʻAwatif,

    Ahmad Ajwad dan Ahmad ʻAqli; yang sentiasa mendoakan dan berkorban masa untuk

    penulis. Tidak ketinggallan buat adik beradik dan keluarga mertua yang sama-sama

    memberi bantuan, sokongan moral dan doa kepada penulis sekeluarga sepanjang pengajian

    di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Begitu juga kepada rakan-rakan yang

    mengenali penulis dan memberi sumbangan idea sepanjang pengajian ini. Semoga kalian

    diberkati dan mendapat kebaikan dari Allah