media info jtmk

25
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI BIL 2 / JANUARI 2014 AKTIVITI STAF HAL EHWAL STAF PERKONGSIAN TIPS DAN TEKNIK M E D I A I N F O J T M K

Upload: ngoquynh

Post on 31-Dec-2016

274 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

J A B A T A NT E K N O L O G IMAKLUMAT & KOMUNIKASI

BIL 2 / JANUARI 2014

AKTIVITI STAFHAL EHWAL STAFPERKONGSIANTIPS DAN TEKNIK

MEDIA INFO JTMK

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREHBersama Ketua Jabatan & Ketua Program

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

AKTIVITI STAFPelbagai Aktiviti Staf

Program yang dianjurkan oleh JTMK

HAL EHWAL STAFCerita Perkahwinan, Kelahiran cahaya mata,

Ulangtahun Perkahwinan

PERKONGSIAN

NOTA EDITOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga JTMK Alhamdulillah Syukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dipanjang-kan umur Bersua kita kembali diruangan coretan editor edisi Okt—Dis 2013. Di kesempatan ini, Saya mengucapkan TAHNIAH kepada EN AZMAN kerana dipilih sebagai Ketua Jabatan JTMK. Semoga JTMK terus maju kehadapan seiring dengan kemajuan teknologi zaman ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada mantan Ketua Jabatan HJ SHOHIMI kerana telah berkhidmat dengan JTMK dengan penuh kesabaran mengharungi segala cabaran yang menempuh kita. Dan Tahniah kepada beliau di atas perlantikan sebagai Ketua Jabatan JKE. Semoga maju jaya.

MediaInfo JTMK akan diteruskan dengan informasi terkini danhimpunan segala aktiviti jabatan dari bulan September hingga disember. Semoga ianya akan menjadi satu informasi berguna untuk anda. Sebarang cadan-gan bagi meningkatkan mutu mediaInfo ini bolehlah berjumpa dengan kami basisan editor.

Akhirnya sebelum menutup bual bicara saya kali ini, tidak lupa untuk memohon jutaan kemaafan andainya ada tulisan yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak. wassalam

Politeknik Seberang PeraiJalan Permatang PauhPulau Pinang

Tel : 04-5383322Fax : 04-5389266

UNIT PENERBITAN / BULETINMULTIMEDIA & INFORMASI JTMK

MEDIA INFO JTMK

J A B A T A NT E K N O LO G I

MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Perkongsian tips, resepi, teknologi dan berbagai-bagai lagi

SIDANG REKDAKSI

EDITOR SABRINA BINTI SYED SULTAN / NORASMAH HAMZAHREKABENTUK / GRAFIK MOHD RAZIF BIN MUSTAPHAJURUFOTO WARTAWAN SABRINA BT. SYED SULTAN NORASMAH BT. HAMZAH NOOR HAFIZZAH BT. ISMAIL NOR ATIQAH BT. AHMAD NORZILA BT. ISHAK NORZAWATI BT. AHMAD NUR NAIMAH BT. MOHAMAD YUSOF MOHD RAZIF BIN. MUSTAPHA NORHIDAYAH BT. NORDIN

SIDANG REDAKSI

Sekapur Sirih bersama Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & komunikasi a.k.a Ketua Program DNS

En Azman Bin Ahmad merupakan Ketua Program DNS dan kini sedang memangku jawatan ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Seberang Perai. Merupakan seorang yang ‘simple’ dan ‘smart looking’ namun tegas dan berdisplin dalam usaha untuk memartabatkan dan meningkatkan nama JTMK. Berasal dari Permatang Batu, Bukit Mertajam. Merupakan anak sulung dari 3 beradik. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati Pn Samsiah Bt Sha’aban pada 5 Jun 2004 dan telah dikurniakan 3 orang anak perempuan. Isteri beliau juga bertugas sebagai pensyarah di jabatan kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai. Anak-anak beliau Aina, Asha dan Auni yang berumur 9 tahun, 7 tahun dan 5 tahun menjadi buah hati beliau di rumah.

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L). En Azman meneruskan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Sarjana Pendidikan (Teknikal).

Selepas menamatkan pengajian beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah pada 1 Januari 2002 di Politeknik kuching sarawak. Berdasarkan ilmu, pengalaman dan prinsip kerja yang mantap, beliau telah di lantik menjawat jawatan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & komunikasi di Politeknik kuching Sarawak.

Beliau merupakan seorang yang sangat mengambil berat terhadap keluarga dan ingin terus melihat kejayaan institusi keluarganya berjaya didunia dan akhirat. Baginya kejayaan keluarga sangat penting untuk menjamin kejayaan kerjayanya. Dengan azam itu, Beliau telah bertukar ke Politeknik Seberang Perai, sebagai pensyarah, tempat asal beliau. Bagi En Azman prinsip kerjanya sangat mudah iaitu “The more you give, the

more you will get”. Antara pengalaman manis sepanjang kerjaya beliau adalah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005 dan pekerja contoh bulan November 2012 PSP. Pengalaman menjadi seorang ketua jabatan banyak memberi pendidikan tidak formal dalam meningkatkan kredibiliti beliau dalam memimpin sesebuah institusi. Dengan kewibawaan yang ada pada beliau, En Azman di beri jawatan Ketua Program DNS Teknologi Maklumat & komunikasi di Politeknik Seberang Perai. Kini beliau memangku jawatan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi . Baginya PSP banyak menyumbang ilmu dan pengalaman dalam hidupnya untuk meningkatkan lagi kejayaan dalam kerjaya dan kehidupannya hari ini.

Sebagai seorang Ketua Jabatan, beliau melontarkan pandangan kepada semua pensyarah JTMK, dalam usaha mendidik pelajar hari ini. Sudah pasti pelajar hari ini tidak sama dengan pelajar dahulu. Dengan perkembangan Teknologi yang pesat menyebabkan kita perlu menerima perubahan zaman dan seterusnya menerima pelajar mengikut trend mereka. “Adapt, Adopt & Teach Others to Adapt” ialah motto hidup beliau. Tidak ada istilah tidak tahu. Staf perlu sentiasa bermotivasi untuk melaksanakan tugas dengan sempurna dan cemerlang. Beliau berharap dengan semangat yang ada pada semua staff akan membawa kejayaan JMTK hari ini, esok dan selamanya.

JTMK MEDIA INFO

“The more you give, the more you will get”

Pn. Anirah binti Ahmad merupakan Ketua Program bagi Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Beliau merupakan seorang yang peramah dan pemurah dengan senyuman, walaubagaimanapun di sebalik itu beliau adalah seorang yang sangat dedikasi dan tegas dalam menjalankan tugas di jabatan. Anak sulung daripada 3 beradik ini gemar menghabiskan masa dengan membaca. Bagi beliau membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan masa yang ada seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat. Beliau berasal dari Kg Cherok To’Kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai (T). Anak kepada pasangan Ahmad bin Ibrahim 67 tahun dan Ramlah bt Md. Saman 60 tahun ini, telah mempunyai 4 orang anak iaitu seorang lelaki dan 3 orang perempuan. Suami beliau iaitu Mohd Azhar bin Halim merupakan seorang jurutera kilang di Prai. Anak sulung beliau iaitu Mohammad Afiq 13 tahun bersekolah di SMKA Al-Irsyad Pulau Pinang, manakala anak kedua Nur Afiqah 10 tahun dan anak ketiga Nur Aqilah 7 tahun bersekolah di SK Pokok Sena, Seb. Prai (U), manakala anak yang bongsu iaitu Nur Arissa 5 tahun bersekolah di tadika PASTI An-Najmie,Pongsu Seribu, Seb. Prai (U).

Pn Anirah menerima pendidikan sekolah rendah di SK Juara Kg Cherok To’Kun, Bukit Mertajam dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor, Pulau Pinang. Setelah tamat

pengajian menengah beliau menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sains Komputer). Beliau memulakan kerjaya di Politeknik pada 16 Ogos 2001 di Politeknik Seberang Perai sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih. Perkhidmatan selama 13 tahun di Politeknik telah mematangkan beliau dengan pengurusan dan pentadbiran Politeknik. Pengalaman mengajar yang ada pada beliau sangat membantu jabatan untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Dengan semangat yang tinggi serta dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan di PSP, pada tahun 2010 beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) Gelugor, dalam jurusan Sarjana Sains (Sains Komputer). Setelah tamat pengajian di USM, beliau kembali berbakti di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Seberang Perai.

Pengalaman hidup beliau yang tidak dapat dilupakan ialah menghadapi suasana cemas keadaan ribut Greg seorang diri pada 26 Disember 1996 di kampus Jalan Tuaran, UMS. Ketika kejadian iaitu sekitar jam 3 pagi, beliau sangat gementar dan takut kerana kebetulan rakan sebilik pulang ke kampung halaman di Kudat sempena cuti pertengahan semester. Beliau juga mempunyai kenangan manis iaitu dapat menunaikan umrah bersama suami tersayang pada 11 Mei 2013.

Pn. Anirah berpegang kepada prinsip hidup tiada yang mustahil dalam hidup ini dan usaha tangga kejayaan. Beliau telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 2009, dan anugerah tersebut telah menjadi motivasi kepada beliau untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Nasihat dan petua daripada beliau kepada semua staf ialah belajar daripada kesilapan kerana itulah guru yang terbaik di dalam kehidupan kita. Seterusnya bagi Puan Anirah, kita semua di JTMK umpama sebuah keluarga justeru sentiasa tanamkan sikap sedia membantu dan tolong menolong di antara satu sama lain, tanpa mementingkan ego masing-masing. Beliau juga ingin mengingatkan rakan-rakan seperjuangan di JTMK, sesungguhnya mencari kesilapan itu mudah, tetapi menghasilkan kesempurnaan itu yang payah. Akhir kalam, marilah kita bersatu hati untuk memantapkan kecemerlangan diri dan sahsiah kita semua dalam usaha meningkatkan tahap kecemerlangan JTMK di PSP.

JTMKMEDIA INFO

SEKAPUR SIRIH BERSAMA KETUA PROGRAM DIP

KEJAYAAN PSP ROBOT SOCCER TEAMDI 18TH FIRA ROBOWORLD CUP 2013Pasukan Robot Soccer Politeknik Seberang Perai (PSP) telah menyertai satu kejohanan antarabangsa 18TH FIRA Roboworld Cup 2013 yang diadakan di Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor pada 24 hingga 29 Ogos 2013 yang lalu.

Pasukan Robot Soccer PSP yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz bin Haron dan Encik Mohd Fauzi bin Mohd Sani selaku pengurus pasukan telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai dua kategori berbeza dalam pertandingan bertaraf dunia itu. Antara kategori yang disertai oleh pasukan Robot Soccer PSP ialah kategori MIROSOT (Micro Robot) dan SIMUROSOT (Simulation Micro Robot).

Pertandingan yang bertaraf dunia ini telah disertai oleh beberapa negara lain yang mahir dalam mengendalikan robot berasaskan bola antaranya seperti Singapura, Korea, Taiwan, Canada, India dan Mexico. Manakalah pasukan robot dari Malaysia telah disertai oleh kesemua pasukan dari politeknik-politeknik di seluruh Malaysia termasuklah PSP dan juga satu pasukan wakil dari universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

OLEH : : MOHD HAFIZ BIN HARON / MOHD FAUZI B MOHD SANI

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

PSP ULTRA ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskanH1N1 dari Singapura di peringkat separuh akhir.

PSP ULTRA menang menewaskan PUO DA-SHART.

Barisan pegawai serta pelajar Pasukan ROBOT SOCCER PSP 2013.

MAJLIS KONVOKESYENPOLITEKNIK SEBERANG PERAI KE 13

Pada 08 September 2013, berlangsungnya sesi kedua Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai untuk kali Ke 13 dengan bertemakan “Graduan Dinamik Pemacu Transformasi”. Pada sesi kedua ini anugerah telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Hamzah yang merupakan timbalan ketua pengarah (operasi), jabatan pengajian politeknik kepada para graduan jabatan teknologi maklumat dan komunikasi seramai 300 orang graduan bagi sesi jun 2012 dan disember 2012. Seramai 266 graduan dari Diploma teknologi maklumat (pengaturcaraan) dan buat pertama kalinya jabatan teknologi maklumat dan komunikasi melahirkan 34 graduan dari Diploma teknologi maklumat (rangkaian). Tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan.

OLEH : NOR ATIQAH BT. AHMAD

AKREDITASI MQA DNS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga JTMK kerana telah mendapat perakuan bagi akreditasi program Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian (DNS). Segala usaha staf dan pelajar JTMK membuahkan hasil yang sangat bernilai. Mengapa sesuatu program itu memerlukan akreditasi dari MQA. Ini kerana perakuan akreditasi merupakan satu perakuan rasmi bahawa sesuatu sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh (Malaysian Qualifications Agency, MQA) dan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF). Program yang telah memperoleh Perakuan Akreditasi sahaja layak menggunakan perkataan 'Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)' atau bentuk kenyataan lain dengan maksud yang sama dalam iklan dan tawaran kursus mereka.

Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri. Selain ia menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi manfaat lain seperti berikut:

Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);

Memudahkan pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat dan keputusan muktamad institusi terbabit;

Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau luar negara;

Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka; dan/atau

Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Mulai tahun 2007, perakuan akreditasi MQA tidak mempunyai tarikh tamat kecuali kelayakan profesional yang mempunyai tempoh akreditasi 1-5 tahun. Ia bersifat berterusan bermula dari tarikh kelayakan tersebut diakredit tetapi tertakluk kepada audit pematuhan program secara berkala. Sekiranya sesuatu kelayakan dibatalkan akreditasi, maka tarikh pembatalan akreditasi akan dinyatakan. Bagaimanapun, kelayakan yang diakredit semasa era Lembaga Akreditasi Negara (LAN) mempunyai tempoh sah laku akreditasi selama 5 tahun dan turut dikekalkan dalam portal ini sebagai rujukan bagi graduan yang bergraduat dalam tempoh yang tersebut.

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

OLEH : PN ROSMAWATI BT. JAAFAR

KURSUS KEUSAHAWANAN VENDOR

OLEH : PN NORZILA BT ISHAK

Pada 21-25 Ogos 2013. Dalam usaha mendedahkan pelajar kepada dunia perniagaan satu kursus keusahawanan anjuran Gabungan Pengeluar dan Pengendar IBS (GPIBS) dengan kerjasama Kelab Keusahawanan PSP telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.Seramai 6 orang pela-jar dar iahli kelab keusahawanan JTMK telah menyertainya.

Melalui kursus ini, pelajar didedahkan bagaimana untuk menjadi vendor pembekal dan pemasang kepada kilang-kilang yang menjalankan program dengan kerjasama GPIBS. Selain dari itu, pelajar juga didedahkan dengan teori yang diajar dimana ia dibahagikan kepada dua iaitu operasi dan pengurusan perniagaan.

Secara keseluruhanya, banyak manfaat telah diperolehi oleh pelajar dan boleh memberikan pengetahuan pengurusan vendor untuk bersaing dalam pasaran terbuka kelak.

OLEH : PN ANIS MARDHIYAH AZROAI

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

Fasilitator dari Biz Consultancy & Services dan PI1M

Para peserta sedang tekun mengikuti bengkel

Fasilitator dan Urusetia ProgramUsahawan Laman Web

5 Oktober 2013 – Dalam usaha menterjemahkan hasil pembelajaran program (PLO) yang mengambilkira kemahiran keusahawanan dalam teknologi maklumat, pihak Kelab Keusahawanan JTMK dengan kerjasama Biz Consultancy & Services telah menganjurkan sebuah program khusus untuk melahirkan sekumpulan pelajar yang mengusahakan perniagaan dalam laman sesawang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar Kelab Keusahawanan JTMK merebut peluang bagi memanfaatkan geran Get Malaysian Business Online yang ditawarkan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Melalui program ini, para pelajar telah dibimbing oleh fasilitator dari Biz Consultancy & Services untuk membangunkan laman sesawang perniagaan masing-masing dan seterusnya mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi menjayakan program ini, para pelajar telah membeli hosting dan mendaftar laman sesawang dengan myDomain Registry.

Program yang telah berlangsung di Bilik Tayangan, UIDM ini telah dihadiri oleh Tn. Hj. Mohd Shohimi b. Mt. Isa, Ketua Jabatan JTMK dan mendapat penyertaan meluas dari para pelajar serta pensyarah JTMK, JKE dan Politeknik Metro Tasek Gelugor. Sebagai tanda sokongan program ini bukan sahaja dikendalikan oleh fasilitator dari Biz Consultancy & Services, malah dibantu oleh Pn. Noorhayati bt. Abd Rahman, Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Sg. Senam, Sik dan En. Mohd Hasnizam b. Abu Hassan, Pengurus PI1M Felda Lubok Merbau, Pendang, Kedah.

Secara keseluruhannya, program lapan jam bersama industri khususnya dalam bidang keusahawanan ini mampu memberi impak jangka panjang kepada kerjaya pelajar pada masa akan datang.

PROGRAM BERSAMA INDUSTRIBENGKEL USAHAWAN LAMAN WEB BIZ MALAYSIA ADVANCE WEBSITE

PROGRAM GERAK USAHAWANKAMPUS POLITEKNIK ZON UTARA4-6 Oktober 2013 – Program Gerak Usahawan Kampus Politeknik Zon Utara 2013 telah diadakan Di PSP selama 3 Hari. Selaku tuan rumah, dikesempatan dan peluang yang ada Kelab

Keusahawanan JTMK telah mengambil bahagian dalam jualan dan promosi internet. Ini merupakan satu langkah yang diambil bagi memperluaskan ilmu pengetahuan dikalangan ahli kelab keusahawanan JTMK dalam perniagaan.

Secara keseluruhanya, objektif utama program initelah tercapai dimana ia melibatkan banyak perkongsian ilmu, serta menguji kemampuan pelajar dalam perniagaan sepanjang program itu berlangsung.

OLEH : PN ROSMAWATI BT. JAAFAR

31 Oktober 2013 – Dalam usaha memperkembangkan dan memperkasakan ilmu pengetahuan dalam dunia keusahawanan ,pihak kelab keusahawanan JTMK telah menyertai satu seminar yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Nasiona lBerhad (PNS) iaitu Seminar Pembiayaan Usahawan Kecil-Kecilanatau Business in Transformation (B.I.T).

Melalui seminar ini, pelajar telah didedahkan dengan maklumat dar iusahawan kecil sedia ada khususnya dari negeri Pulau Pinang. Program B.I.T adalah satu program transformasi perniagaan untuk parausahawan kecil menjadi lebih kompetetif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar dapat menjana keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif. Selain itu, program ini diharap dapat membentuk para usahawan menjadi lebih berdaya saing di pasaran dan seterusnya dapat dibangunkan ke arah francais.

Seminar pembiayaan usahawan kecil telah diadakan di Dewan Produktiviti, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Kepala Batas dan telah dirasmikan oleh YB Sr. Muhamad Farid Bin Haji Saat Pengerusi Jawatankuasa FOCUS GROUP Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang. Wakil Usahawan

B.I.T di bawah PNS dan menjadi tetamu undangan adalah dari Old Time Sengkuang dan L Pizz Pizza.

Secara Keseluruhanya, seminar yang diadakan dapat membantu pelajar-pelajar kita dalam menimba pengetahuan dalam bidang keusahawanan di samping meninjau contoh – contoh perniagaan kecil yang berpotensi untuk dibangunkan kearah francais pada masa akan datang.

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

SEMINAR PEMBIAYAAN USAHAWAN KECIL

KURSUS CIDB (GREEN CARD)Tanggal 12 November 2013 yang lepas dan bertempat di Dewan Kuliah Mekanikal telah diadakan satu Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CIDB – Green Card). Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Politeknik Seberang Perai (PSP).

Penyertaan kursus ini terbuka kepada semua warga PSP yang berminat untuk menyertai kursus CIDB ini dan kepada mereka yang ingin mendapatkan kad hijau. Peserta kursus ini perlu membayar wang penyertaan sebanyak RM50 bagi mendapatkan Kad Hijau. Pemegang Kad Hijau akan mendapat faedah dalam kaedah perlindungan insuran pekerjaan. Antara manfaatnya adalah seperti berikut:

Mendapat perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada pemegang kad hijau dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun. Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.Selain itu, Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Sebagai contoh, Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB dan pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.

Kepada para pensyarah Kad Hijau merupakan keperluan wajib bagi sesiapa yang ingin memasuki tapak pembinaan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan lawatan penyelian pelajar di industri oleh pensyarah. Akhir sekali, secara tidak langsung para pensyarah dapat menambah ilmu pengetahuan dalam Kursus Keselamatan dan Kesihatan ini.

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

OLEH : NORHIDAYAH BT NORDIN

JAMUAN PERPISAHANEN. MOHAMAD TARMIZY BIN AHMAD DANPN. NORHASLINDA BINTI ABDUL KARIM

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) dengan kerjasama Unit Kualiti Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) telah mengadakan satu Kursus Coaching And Mentoring: Pengurusan Aset dan Inventori pada 15 November 2013 yang lepas. Kursus ini telah diadakan di Makmal E05 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Seramai 19 orang peserta telah menyertai kursus ini dan mereka terdiri daripada Ketua Juruaudit Pengurusan Aset PSP,Penyelaras Unit Kualiti dan Penyelia-penyelia makmal JTMK. Kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan pengetahuan kepada semua penyelia makmal dalam pengurusan aset dan rekod di makmal masing-masing. Selain itu, kursus ini juga diadakan sebagai persediaan bagi menghadapi audit aset.

Kursus ini disampaikan oleh Encik Che Ghani bin Che Kob selaku Ketua Juruaudit Pengurusan Aset PSP dan Encik Mohd Hafiz bin Abd Halim wakil daripada Unit Kualiti PSP. Melalui kursus ini semua penyelia makmal telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus aset di makmal-makmal yang diselia mereka.

Pada 14 November 2013 yang lalu, JTMK telah mengadakan jamuan perpisahan untuk staf yang akan meninggalkan JTMK. Jamuan perpisahan ini dikendalikan oleh Kelab Kebajikan Staf JTMK dan pengacara majlis pada hari itu ialah En. Mohd Fauzi bin Mohd Sani.

Jamuan ini diadakan khas untuk meraikan staf-staf JTMK yang akan bertukar keluar dari PSP. En Mohamad Tarmizy bin Ahmad iaitu mantan Ketua Program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) yang akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selama 3 tahun. Manakala, Pn. Norhaslinda binti Abdul Karim yang akan bertukar ke Politeknik Premier Ungku Omar.Selamat maju jaya diucapkan kepada En. Mohamad Tarmizy bin Ahmad yang akan melanjutkan pengajian dan selamat bertugas kepada Pn. Norhaslinda binti Abdul Karim yang akan mula bertugas di tempat baru. Jasa dan khidmat bakti kalian akan kami kenang hingga akhir hayat.

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

OLEH : NORHIDAYAH BT NORDIN

KURSUS APLIKASI ON-MITTKursus Aplikasi ON-MITT telah diadakan pada 08 November 2013 yang lepas bertempat di Makmal E05, JTMK bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 57 orang pensyarah dari JTMK telah menghadiri kursus ini. Unit LPL, JTMK telah menjemput Pn. Siti Nurul Mahfuzah binti Mohamad daripada Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka sebagai penceramah bagi kursus tersebut.

On-MITT atau Online Multiple Intelligence Teaching Tools adalah koleksi “tool” pengajaran yang mana kaedah ini membolehkan para pensyarah untuk mereka dan membangunkan kaedah pengajaran masing-masing tanpa pengetahuan ICT terutamanya dalam programming. Teori yang digunapakai dalam kursus ini menggunakan Multiple Intelligences (MI). Dalam usaha untuk mencapai kualiti pengajaran dan pembelajaran perlu berasaskan kepada pelbagai kaedah dan aktiviti pengajaran atas talian. Kaedah pengajaran ini hanya terhad kepada tiga kaedah sahaja iaitu Interpersonal, Visual-Spatial and Verbal-Linguistic.

Melalui kaedah pengajaran ini para pensyarah dapat meningkatkan kemahiran dalam pengajaran, dapat membentuk kerjasama antara pensyarah dan pelajar, pensyarah juga dapat menjimatkan masa penyediaan P&P dan selain itu ia dapat meningkatkan motivasi pensyarah dan pelajar dalam melaksanakan P&P agar lebih berkesan.

KURSUS COACHING AND MENTORINGPENGURUSAN ASET DAN INVENTORI

KURSUS FOTOGRAFI28 Ogos 2013 – Kelab keusahawanan JTMK telah mengadakan satu kursus fotografi penataan cahaya dan flash yang diadakan di Bilik Tayangan UIDM.Tujuan utama kursus ini, adalah memastikan ahli kelab keusahawanan dan peserta untuk meneliti dan memahami fungsi pencahayaan dalam fotografi.Selain daripada itu,peserta juga perlu mengenali ciri-ciri dan bagaimana cahaya boleh menukar dari gambar yang “biasa” kepada gambar yang lebih dramatik dan memberi impak kepada sesuatu gambar yang diambil.

Pada keseluruhanya, objektif kursus ini tercapai dimana peserta dapat menginterpretasikan hasil dapatan dengan lebih berkesan dan mengimplikasikan pengetahuan yang telah diterima dengan manfaatnya.

OLEH : PN ROSMAWATI BT. JAAFAR

6-8 September 2013 – Majlis Konvokesyen Ke 13, Politeknik Seberang Perai yang berlangsung baru-baru ini telah memberi ruang kepada ahli kelab keushawanan JTMK untuk berniaga. Menu yang menjadi pilihan untuk jualan adalah air soya.Pelbagai jenis air soya yang dijual iaitu soya cincau, soya jagung, soya biasa dan juga soya bandung. Selain daripada itu, dadih dan juga tau foo fah menjadi pilihan untuk jualan pada hari tersebut.

Secara keseluruhannya, pengalaman berniaga adalah satu langkah permulaan dalam perniagaan kerana mereka telah didedahkan dengan dunia perniagaan yang sebenar di mana mereka perlu mengambil risiko dengan melaburkan sejumlah wang sebagai modal untuk memulakan perniagaan yang hanya berlangsung selama 3 hari sahaja. Syabas dan tahniah kepada ahli kelab keusahawanan yang berani mengambil risiko dan berusaha keras dari awal pagi hingga ke petang untuk mendapat-kan kembali modal yang dilaburkan sekaligus meraih keuntungan.

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

E-NIAGA SEMPENA KONVOKESYEN

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN LAPANGANKE MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION (MDEC)DI CYBERJAYA, SELANGOR

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

OLEH : NOR ATIQAH BT. AHMAD

Satu program pembelajaran lapangan telah dijalankan pada 29 dan 30 September 2013 bertempat di Multimedia Development Corporation (MDeC), Cyberjaya, Selangor. Seramai 33 orang pelajar dari kelas DNS5B dan seorang pensyarah pengiring iaitu Pn Maz Azleena Bt Azahari telah mengikuti lawatan ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan suasana baru dalam mengorganisasikan suatu program bersama pihak luar. Selain itu ia juga dapat mendisiplinkan pelajar untuk mengikut arahan dan mematuhinya. Program ini juga dapat memberikan motivasi kepada pelajar tentang bagaimana hendak menghadapi cabaran dunia luar setelah tamat pengajian nanti.

Program sehari yang telah disusun oleh pihak MDeC iaitu KDC Open Day 2013 merangkumi pelbagai aktiviti yang dijalankan serentak sempena sambutan ulang tahun yang pertama Knowledge Worker Development Centre (KDC) bertapak di Cyberjaya. Pelajar-pelajar DNS5B dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu :

Peserta pertandinganSeramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk mewakili 2 kumpulan bagi pertandingan penghasilan permainan komputer dengan menggunakan perisian GameSalad.

Ceramah daripada badan korporatSebahagian daripada pelajar kelas DNS5B mendengar sesi taklimat – Are you ready to start your Career? Yang bertempat di Auditorium KDC, Cyberjaya. Antara taklimat yang disampaikan adalah seperti berikut:

Kesimpulannya, program pembelajaran lapangan ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan para pelajar dapat menimba pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang sangat berharga. Diharapkan agar program-program seperti ini dapat dikordinasi dan dilaksanakan oleh pelajar bagi melatih kemahiran insaniah dalam diri masing-masing.

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN LAPANGANKE MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION (MDEC)DI CYBERJAYA, SELANGOR

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

OLEH : NOR ATIQAH BT. AHMAD

Satu program pembelajaran lapangan telah dijalankan pada 29 dan 30 September 2013 bertempat di Multimedia Development Corporation (MDeC), Cyberjaya, Selangor. Seramai 33 orang pelajar dari kelas DNS5B dan seorang pensyarah pengiring iaitu Pn Maz Azleena Bt Azahari telah mengikuti lawatan ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan suasana baru dalam mengorganisasikan suatu program bersama pihak luar. Selain itu ia juga dapat mendisiplinkan pelajar untuk mengikut arahan dan mematuhinya. Program ini juga dapat memberikan motivasi kepada pelajar tentang bagaimana hendak menghadapi cabaran dunia luar setelah tamat pengajian nanti.

Program sehari yang telah disusun oleh pihak MDeC iaitu KDC Open Day 2013 merangkumi pelbagai aktiviti yang dijalankan serentak sempena sambutan ulang tahun yang pertama Knowledge Worker Development Centre (KDC) bertapak di Cyberjaya. Pelajar-pelajar DNS5B dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu :

Peserta pertandinganSeramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk mewakili 2 kumpulan bagi pertandingan penghasilan permainan komputer dengan menggunakan perisian GameSalad.

Ceramah daripada badan korporatSebahagian daripada pelajar kelas DNS5B mendengar sesi taklimat – Are you ready to start your Career? Yang bertempat di Auditorium KDC, Cyberjaya. Antara taklimat yang disampaikan adalah seperti berikut:

Kesimpulannya, program pembelajaran lapangan ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan para pelajar dapat menimba pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang sangat berharga. Diharapkan agar program-program seperti ini dapat dikordinasi dan dilaksanakan oleh pelajar bagi melatih kemahiran insaniah dalam diri masing-masing.

Pada 7 Oktober 2013, Unit Pengurusan Projek Pelajar JTMK telah menganjurkan hari persembahan projek akhir pelajar yang merupakan salah satu modul semester akhir bagi pelajar JTMK. Sebanyak 42 kumpulan yang terdiri daripada 150 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) mengambil bahagian dalam pembentangan ini.

Pembentangan bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Seramai 33 orang pensyarah telah dilantik sebagai panel penilai yang bertanggungjawab untuk menilai hasil kerja pelajar. Daripada pembentangan tersebut, beberapa projek yang terbaik telah dipilih untuk menyertai hari pertandingan projek akhir yang diadakan pada 8 Oktober 2013. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang Berjaya dan tahniah juga kepada penyelia projek pelajar.

Merdeka Video Competition (MVC)Merdeka Video Competition (MVC) was organised by 1 Malaysia Indian Student Movement (1MISM). Star Awards is an event which all Indian students nationwide would be acknowledging for their achievement. Total 130 participants took part from Various IPTA/IPTS institutions. Out of this 15 were selected for the finalist. Finally the winner is from our PSP student, Hariiharan a/l Bala (JTMK). Title of the video : Proud to be Malaysian 1 Malaysia 1 Community.

The event was held in IPPP Auditorium, University Malaya on 28th September 2013. Students from UKM, UM, UMK, UMP, UMS, UNIMAS, UMT, UPSI, UPM, UniZa, UTEM, UTHM, UUM, UTM, UniMap, Lim Kok Wing, MMU participated in this program.

PERSEMBAHAN PROJEK PELAJAR &HARI PERTANDINGAN PROJEK AKHIRSESI JUN 2013

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

Tempat Pertama : Mobile CCTV Tempat Kedua `VOIP in LAN enviroment Sistem Pilihanraya Kampus

Tempat Ketiga`

OLEH : NOR ATIQAH BT. AHMAD

Penyelia : MOHD FAUZI MOHD SANIPenyelia : NURHIDAYAH MOKHTAR Penyelia : IZAWAN AFFENDI ADNAN

PROGRAM PEMBELAJARAN AKTIFTREASURE HUNT “Authentication and Encryption Technology”

26 ~ 27 September 2013 – Dalam usaha memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran Kursus FP611 Information System Security menggunakan pendekatan outcome based education (OBE), satu pertandingan Treasure Hunt bertemakan topik Authentication and Encryption Technology akan diadakan pada dua sesi amali kursus tersebut. Di samping dapat memenuhi CLO2 : reorganize information security vulnerabilities to encounter threats and attacks using various tools, pertandingan ini bertujuan menarik minat para pelajar menguasai teknik-teknik penyulitan dalam bentuk pembelajaran aktif. Objektif program ini adalah bagi menguji kefahaman pelajar untuk topik Authentication and Encryption Technology, mengasah kecerdasan fizikal dan mental melalui permainan treasure hunt dan memupuk kerjasama berkumpulan dan persaingan sihat melalui pertandingan yang diadakan. Ini signifikan kerana menurut Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi (1997) menyatakan bahawa corak pembelajaran yang diperlukan pada zaman moden ini adalah dengan menggabungkan teori dan amali bagi melahirkan pelajar yang mampu memahami dan mengaplikasi apa yang telah dipelajari.

Seramai 64 orang pelajar kursus FP611 sesi Jun 2013 telah menyertai program ini yang berlangsung selama dua sesi dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Dalam permainan treasure hunt ini, para pelajar secara berkumpulan bergerak mendapatkan kata kunci bagi menyelesaikan soalan yang diberi dalam bentuk penyulitan. Justeru terdapat sekumpulan pelajar yang lewat menamatkan permainan kerana kesukaran menyelesaikan penyulitan yang diberi. Selain itu, kefahaman para pelajar juga diuji melalui soalan-soalan secara permainan minda seperti teka silangkata, suai padan dan isi petak kosong.

Secara keseluruhannya, program ini menyediakan peluang aplikasi kepada para pelajar berkenaan topik dalam Bab 5, kursus FP611. Berikut adalah wajah-wajah pemenang bagi pertandingan ini.

JTMKMEDIA INFO

AKTIVITISTAF

OLEH : PN ANIS MARDHIYAH AZROAI

Pemenang Tempat Pertama Pemenang Tempat Kedua

Pemenang Tempat Ketiga

PROGRAM LATIHAN KEM TAHUNAN ASKARWATANIAH POLITEKNIK SE- MALAYSIA

(MAIPTAAC) KALI KE 8 / 2013

OLEH : NOR ATIQAH BT. AHMAD

PSP menjadi tuan rumah bagi program Latihan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Se Malaysia bermula dari 6 Nov hingga 20 Nov 2013. Pada 8 Nov 2013 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Program Latihan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Se- Malaysia (MaIPTAAC) Kali Ke 8 / 2013yang bertempat di Dewan Seri Mutiara, PSP yang telah disempurnakan oleh Timb. Ketua Pengarah (Operasi), JPP , Tn. Haji Kamaruddin Bin Hamzah. Seramai 660 orang anggota merangkumi 11 buah politeknik seluruh semenanjung Malaysia menyertai kem selama 15 hari ini yang meliputi pelbagai aktiviti seperti kawad, latihan menembak dan Karnival sukan.

MaIPTAAC telah diperkenalkan seawal tahun 1999 malah telah berjaya melatih lebih 10,000 anggota pasukan askar wataniah yang terdiri daripada penuntut politeknik seluruh Malaysia. Latihan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung bukan sahaja dapat meingkatkan semangat patriotic malah dapat membina semangat juang yang tinggi serta mampu membentuk ahlak yang lebih baik. Sikap patuh pada arahan dan menepati masa juga dapat membantu anggota untuk lebih berdisiplin dalam menempuh dunia pekerjaan selepas tamat belajar nanti.

Pada 19 Nov 2013, telah berlangsungnya majlis penutupan untuk program ini dan telah disempurnakan oleh BRIG JEN DATUK MAHADI BIN ABDUL, ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN, MARKAS TENTERA DARAT dan turut hadir sama pengarah PSP Tn Hj Zulkifli Bin Ariffin dan staf-staf psp. Majlis telah di serikan lagi dengan persembahan Kawad Senyap, Senaman Perang dan Tambor 2 RAMD.

LOGO RASMI

Baju Melayu & Jubah

KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA

Sukacita dimaklumkan susulan dari penggabungan KPT-KPM, penggunaan logo telah diseragamkan . Penggunaan logo baru ini boleh dibuat segera di dalam penerbitan publisiti item seperti kepala surat, sijil, baju koporat, bunting dan banner. Logo baru KPM ini telah direkabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad dari Majlis Rekabentuk Malaysia. Rasional rekabentuk logo baru ini adalah seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi¬fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia. Dengan terhasilnya logo baru KPM ini, diharapkan warga kerja KPM lebih komited dalam melaksanakan tugas didalam satu kementerian yang sama dalam menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi dan berkualiti.

HAL EHWAL STAFJTMKMEDIA INFO

//ULANGTAHUN PERKAHWINAN

08.08.2008

//H

ARI L

AHIR

HAPPY WEDDINGANNIVERSARY !

HAPPY

BIRTH

DAY!

NORHIDAYAH BINTI NORDINNURHIDAYAH BINTI MOKHTARYUVANES A/P KUPPANSARAH BINTI MAHAMUDOOI LIN BEEMOHD AZRAN BIN MOHD RASHIDNORZILA BT ISHAKMOHAMAD TARMIZY B. AHMADNOOR HAFIZZAH BT ISMAILMOHAMAD REDUAN BIN HUSSAINMUNA BT ISHAKROZITA BINTI SAADANIS MARDHIYAH BT AZROAIFARRAH WAHEDA BT ABDULLAHSITI NAZURAH BINTI HASHIMMOHD RAZIF BIN MUSTAPHASAW BEE FONGNORBAHIAH BT ZAKARIAPAZILAH DARUSHAMIDAH BINTI OSMANSITI FARRAH BINTI MD. HASHIM

16.09.201116.09.201101.09.200823.09.200526.09.200404.09.20042.10.201001.11.199726.11.201005.11.200526.12.200320.12.200806.12.200821.06.200815.12.201315.12.201331.12.200804.12.200418.12.198914.12.200722.12.2007

EZZATUS SYIMA BT AZIZANMOHD ASYRAF BIN MOHD ARSHADZULHADI BIN ZAKARIANOOR AZLEEN BT MOHD NOORSITI FARTIMAH BT MOHAMED YUSOPMAZ AZLEENA BT AZAHARINOOR HAFIZZAH BT ISMAILPAZILAH DARUSROHAZLIN BINTI MOHAMED IQBALROSMAWATI BINTI JAAFARIZZIANI BINTI AZIZANLEILA BT ADJA RADJEMAN @ RADJIMANNUR NAIMAH BT. MOHAMAD YUSOFMOHD AZRAN BIN MOHD RASHIDKHOLILAH BINTI HILALUDDINIZWAN AFFENDI BIN ADNANMOHAMAD REDUAN BIN HUSSAINAZMAN BIN AHMADHAMIDAH BINTI OSMAN

12.09.197915.09.198503.09.197829.09.197912.09.198617.09.198119.09.19846.09.196529.09.198210.10.198109.10.198016.10.197621.10.198510.10.197929.11.198409.11.198023.11.197820.12.197714.09.1980

HAL EHWAL STAF JTMKMEDIA INFO

NAMA STAF : EZZATUS SYIMA BT AZIZANNAMA ANAK : ASHRAFF SYAHMI BIN MOHD ASMANITARIKH LAHIR : 21.09.2013

NAMA STAF : HAMIDAH BT OSMANNAMA ANAK : NUR AUNI HADIRAH BT AZAHATARIKH LAHIR : 02.11.2013

NAMA STAF : ZULHADI BIN ZAKARIANAMA ANAK : ZUHAILI AQEEL ZHARIF BIN ZULHADITARIKH LAHIR : 22.12.2013

NAMA STAF : MUNA BT ISHAKNAMA ANAK : MUHAMMAD AMINUL HADI BIN MD ROZAINITARIKH LAHIR : 24.11.2013

NAMA STAF : NORHIDAYAH BINTI NORDINNAMA ANAK : MUHAMMAD NUR IRFAN QAYYIM BIN MOHD ZUL HASYMITARIKH LAHIR : 16.06.2013

KELAHIRAN CAHAYA MATA STAF-STAF JTMK

HAL EHWAL STAF JTMKMEDIA INFO

NAMA STAF : MOHD RAZIF BIN MUSTAPHA / SITI NAZURAH BT HASHIMNAMA ANAK : AALIYAN ANAQI BIN MOHD RAZIFTARIKH LAHIR : 19.11. 2013

NAMA STAF : MOHD ASYRAF BIN MOHD ARSHADNAMA ANAK : ALISHA AMANDA BT MOHD ASYRAFTARIKH LAHIR : 30.11.2013

KELAHIRAN CAHAYA MATA STAF-STAF JTMK

PERKONGSIAN

MENGHIAS KEDIAMAN SEMPIT

Siapa kata kediaman sempit susah untuk ditata hias kerana keluasannya yang sekangkang kera. Apatah lagi kediaman jenis flat mahupun rumah kos rendah seringkali jarang dititik beratkan penampilan gaya dekornya. Jika anda kreatif dan bijak menata hias akan menghasilkan dekorasi yang menarik lagi mempesonakan.Menghias kediaman sempit merupakan cabaran yang hebat tetapi boleh menghasilkan penataan yang menggabungkan gaya dan keselesaan. Berikut terdapat 10 tip yang perlu diambil kira dalam mendekorasi kediaman:

Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah jangan menjadikan ruang yang sempit dengan peletakan pelbagai jenis barangan. Pastikan elemen keselesaan menjadi kunci utama penataan.

Pemilihan rona-rona asas dan cerah dapat menghasilkan ruang yang terhad kelihatan dengan lebih luas. Aplikasikan pada rona dinding serta kemasan lantai serta perabot.

Peletakan cermin sama ada bersaiz besar ataupun kecil dapat memberikan kesan visual yang berganda pada sesebuah ruang.

Bagi ruang tamu, anda boleh mengaplikasikan peletakan meja kopi atau ottoman yang beroda bagi sistem pergerakan yang lebih fleksibel selain boleh digerakkan untuk disimpan di ruang sudut setelah tidak digunakan.

Pemilihan almari kabinet dengan dwifungsi sebagai almari pamer boleh menjadi tempat peletakan aksesori selain berper-anan sebagai unit penstoran.

Bagi memanfaatkan ruang yang terhad pada kamar, binaan almari pakaian binaan dalam sehingga ke ruang siling meng-hasilkan unit penstoran yang praktikal.

Anda boleh menjadikan kamar sebagai ruang serba guna. Kamar anak boleh dijadikan kamar belajar atau bermain dengan pengasingan satu sudut khas bagi ruang aktiviti.

Pencahayaan turut mencipta ilusi kepada sesebuah ruang. Membiarkan langsir tingkap terbuka pada siang hari mengha-puskan sudut gelap yang menjadi ruang kelihatan lebih kecil.

Anda boleh mempertimbangkan penggunaan kreatif skrin pembahagi ruang. Ia boleh dipindahkan sekiranya anda mahu-kan ruang yang lebih terbuka.

Cari rujukan atau idea dengan melihat tata hias kamar hotel dan lihat bagaimana ruang dimaksimakan penggunaannya dengan menarik.

INFO KESIHATAN

Menurut kajian Sakit gigi yang tidak dirawat boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik seperti nyeri mata, strok, jantung, diabetes dan kelahiran pramatang bagi ibu hamil. Sebenarnya ada banyak penyakit yang bermula daripada mulut dan gigi kerana mulut adalah pintu masuk segala macam benda asing ke dalam tubuh. Sakit gigi boleh menyebabkan serangan jantung kerana kuman yang bersarang pada gigi yang berlubang boleh menembusi ke saluran darah dan berkumpul di jantung. Gigi yang rosak teruk juga boleh mengganggu system imun tubuh. Ini kerana system imun yang rosak akibat serangan bacteria akan merembeskan sejenis protein, cytokenis. Ini menyebabkan kerosakan sel pancreas yang menghasilkan insulin, hormon yang memicu serangan diabetes.

BARLI PULIHKAN KENCING BERDARAH

Jika anda mengalami kencing berdarah dan tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus sehingga. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum

c a m p u r k a n sedikit gula. A m a l k a n setiap hari s e h i n g g a penyakit anda sembuh.

PERKONGSIAN

MENGATASI PAHIT PERIA

HIRIS buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaul buah peria yang telah dipotong bersama garam kasar. Biarkan selama lima minit. Selepas itu cuci buah peria beberapa kali sebelum dimasak. Hasilnya, buah peria yang dimasak tadi tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

SAKIT GIGI sumber penyakit kronik

ATASI KULIT BERKEDUTAmbil sebatang lobak merah, bersih dan perutkan, selepas itu campurkan sebiji kuning telur dan sesudu besar tepung jagung. Kacau sehingga sebati dan lumur pada kulit muka. Jadikan seperti topeng muka. Sebelum tidur bersihkan dengan air suam. Lakukan sehari sekali pada waktu malam. Amalkan selalu.

MERAWAT BENGKAK USUSPenyakit bengkak usus jika dibiarkan amat berbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup(dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan ke dalam air suam dan minum. Jadikan ia sebagai amalan harian anda.

KENCING TIDAK LAWASSekiranya anda menghadapi masalah kencing tidak lawas cubalah masak sayur lobak putih dan makan sebanyak mana yang anda mahu. Insyaallah, masalah kencing tidak lawas akan beransur hilang.

OLEH : NORASMAH BT HAMZAH

INFO KESIHATAN

TIPS MENJAGA KESIHATAN MENTAL Untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan mental adalah berbeza dengan menjaga kesihatan fizikal. Ini kerana tiada gim yang khusus untuk melakukan senaman mental. Apa yang penting ialah sentiasa menjaga kecergasan mental seiring dengan kesihatan fizikal: Berhubung dengan orang lain sama ada rakan atau ahli keluarga dan usah selalu bersendirian.

Wujudkan satu hobi yang menyeronokkan.

Senaman membantu mengurangkan tekanan dan keresahan serta lain-lain masalah yang berkaitan dengan mental.

Berusahalah untuk menilai kehidupan anda atas apa yang telah, sedang dan akan dilakukan untuk membendung sebarang permasalahan daripada bertambah rumit. Adakah anda gembira dengan kerjaya dan hubungan yang anda jalinkan? Apakah cara terbaik untuk mempertingkatkan cara hidup anda?

Lakukan rawatan terapi sekiranya anda mempunyai masa yang terluang sebagai sumber potensi diri.

Tips minda cerdascara islam

Islam juga sangat menganjurkan beberapa kaedah untuk mencerdaskan minda. Diantaranya:

Memilih jenis pemakanan yang dapat meningkatkan daya fikir dan tumpuan. Kismis, ikan, bayam, brokoli

Elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak seperti makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.

Amalkan puasa sunat

Hafaz al-Quran dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun jika sukar untuk menghafaz, amalkan membaca surah-surah lazim yang sesuai.

Solat di awal waktu dan amalkan solat sunat

Disiplin diri dan memilih kawan yang baik dan selalu melakukan kebaikan.

PERKONGSIAN

sakit kepala

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.

Penyebab Sakit KepalaBerikut adalah keadaan yang menyebabkan sakit kepala :

• Tekanan (tension headache).• Kemurungan• Migrain (pengecutan salur darah)• Penyakit serta ketegangan dalam mata.• Sakit gigi dan tulang rahang.• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.• Kejang otot.• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.

Rawatan bergantung kepada penyebab :• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.• Cuba teknik bertenang dan urutan.• Jika migrain, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.• Tangani tekanan anda dengan baik.• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.• Angin Ahmar• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).• Tekanan Darah Tinggi• Pengambilan dadah dan racun

OLEH : NORASMAH BT HAMZAH

PERKONGSIAN

IDEA BUAIAN DI LAMAN Kerusi yang sudah rosak boleh menjadi buaianyang unik dan menarik di Laman anda

Mesti terasa tenang dan damai menghirup udara segar di Laman kediaman sambil berayun di buaian buatan sendiri. Tidak perlu memberi buaian yang mahal jika ingin selesa menghidup udara segar. Hanya menggunakan kerusi yang terpakai pun anda mampu merialisasikan buaian 'diy ' anda. Kerusi yang tidak digunakan lagi boleh di 'diy' menjadi bangku untuk buaian anda di Laman. Tentu timbul perasaan bangga dan puas hati dengan dekorasi buaian anda sendiri sambil menikmati kedamaian dekorasi tumbuhan dan bunga-bungaan . Selamat Mencuba...!!

MIA MIKHAIL COLLECTION : TELEKUNG BERWARNA

PERKONGSIANRESEPI

RESEPI PAVLOVABAHAN-BAHAN:

4 biji putih telur1 cawan gula castor1/2 sudu teh esen vanilla1 sudu teh cuka masakan1/2 sudu besar tepung jagung

TOPPING/HIASAN 1 cawan (240 ml ) whipping cream 1 1/2 sudu besar gula halus1/2 sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUAT:

Pukul putih telur dengan perlahan.

Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.

Masukkan esen vanilla dan gaul.

Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.

Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.

Masukkan adunan ke dalam oven.

Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.

Bakar selama satu jam.

Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.

OLEH : NOOR HAFIZZAH BT. ISMAIL