kurikulum esaimen

29

Click here to load reader

Upload: thiah-raju

Post on 08-Sep-2015

68 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama : SANTHIAH A/P SUNTHARARAJUNo K/P : 950628-01-6032Tarikh : 06 APRIL 2015

IHALAMAN JUDUL

TAJUK:

TOPIK-TOPIK DOKUMEN STANDARD KURIKULUM TAHUN 4 DAN TAHUN 5 MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG BERPATRIOTIK DAN JATI DIRI

Jabatan Sains SosialIPG Kampus Tuanku Bainun,14000 Mengkuang, Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

IIPENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Santhiah a/p Sunthararaju dari kelas 2 PISMP SEJARAH, amat bersyukur kepada Tuhan yang Maha Mulia kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En.Zahari bin Zainal kerana beliau telah mejadi pedoman dan pembimbing saya untuk melengkapkan kerja kursus ini. Beliau telah mengajar saya pelbagai teknik yang berkesan untuk menghasilkan suatu kerja kursus yang berkualiti dan sempurna. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya, En.Sunthraraju a/l Marimuthu dan Pn.Suba a/p Subbramaniam yang telah membantu saya dari aspek kewangan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberi sokongan moral kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ucapan penghargaan saya juga khas ditujukan kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah sudi meluangkan masa bersama saya di perpusatakaan bagi mengumpul bahan untuk kerja kursus. Akhirnya, penghargaan ini saya tujukan kepada semua pihak yang telah menolong saya secara langsung dan juga secara tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Semoga tuhan dapat membalas jasa kalian dan segala usaha yang telah saya ambil bagi menyiapkan kerja kursus ini. Bantuan dari semua pihak, tidak mungkin saya dapat lupakan dan segala bantuan yang telah diberikan kepada saya amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

IIISENARAI KANDUNGANMUKASURATHALAMAN PENGAKUANIHALAMAN JUDULIIPENGHARGAANIIISENARAI KANDUNGANIV

Pengenalan1Topik-topik Dokumen Standard Kurikulum Sejarah melahirkan warganegara yang berpatriotik dan jati diri2

Refleksi13Rumusan15BIBLIOGRAFILAMPIRAN

VPengenalan

Berdasarkan konteks pendidikan Malaysia,kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Manakala, kandungan kurikulum dirancang dan disusun sesuai mengikut tahap umur murid dan matapelajaran. Sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan, matapelajaran Sejarah diberi nafas baru serta menjadi matapelajaran teras yang wajib untuk semua murid mulai tahun 4. Kurikulum Sejarah dihasilkan untuk menerapkan semangat patriotik serta elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kehidupan seharian murid. Tujuan ini dapat direalisasikan berpandukan topik-topik yang terkandung dalam standard kandungan serta standard pembelajaran. Kandungan matapelajaran Sejarah juga disusun secara tematik yang membincangkan pengenalan negara dan identitinya, sejarah awal negara dan warisannya serta kedaulatan dan kejayaan negara.

1Topik-topik Dokumen Standard Kurikulum Sejarah melahirkan warganegara yang berpatriotik dan jati diriTerdapat 5 topik untuk tahun 4 dan 4 topik bagi tahun 5 yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. 9 buah topik ini menekankan pembinaan jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah di Tahap II. Menurut Dewan Bahasa, jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara serta menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu ataupun sesuatu bangsa. Manakala, perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang bermaksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya. Topik 1 sehingga topik 5 yang terdapat dalam Buku Teks Sejarah Tahun 4 dipersembahkan dengan pelbagai cara yang menarik berdasarkan tema Sejarah Awal Negara. Tema ini dibahagikan kepada 5 tajuk dan 11 unit secara sistematik dan tersusun. Dengan ini murid-murid boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mendalam ataupun terperinci dan mudah untuk difahami dengan jelas. Seterusnya, membolehkan para murid untuk menceritakan balik hasil pembelajarannya, mencernakan idea baru, serta menerapkan nilai-nilai murni. Manakala, topik 1 sehingga topik 4 yang terkandung dalam Buku Teks Sejarah Tahun 5 dibahagikan kepada 12 unit dan ditulis untuk memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang harmonis. Buku Teks Tingkatan 5 merupakn kesinambungan daripada Buku Teks Tahun 4. Tema Sejarah Tahun 5 ialah Kedaulatan negara. Tema ini menjadi elemen penting dalam proses pembinaan sahsiah dan jati diri murid di peringkat rendah. Pelbagai jenis pendekatan pembelajarn aktif disediakan atas tujuan meningkatkan minat dan membantu murid menghayati ilmu sejarah dengan lebih berkesan.Pelbagai isu, unsur dan perkara-perkara penting telah dimasukkan dalam Dokumen Stadard Kurikulum Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5. Hal ini meningkatkan ilmu pengetahuan murid dan menimbulkan semangat inkuiri iaitu sifat ingin tahu dalam kalangan murid sekolah. Kesannya, mereka akan berusaha secara sendiri dengan meneroka internet ataupun mana-mana media sosial untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam. Aktiviti ini meningkatkan dan menggalakkan minat dan budaya membaca dalam kalangan anak murid.Secara langsungnya, murid-murid dapat melibatkan diri dan menceburi kemudahan dan kecanggihan ICT.

2Pertamanya, seseorang manusia harus mengenali dahulu latar belakang diri dan keluarga suapaya dapat mengetahui asal usul ataupun warisan keluarga secara terperinci. Kepentingan mengenali diri sendiri dan keluarga telah dipertimbangkan dalam pembentukan Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. Sebagai contoh, tajuk 1 yang bernama Mari Belajar Sejarah dalam buku teks Sejarah Tahun 4. Seterusnya, tajuk ini menjelaskan murid-murid untuk mengenali diri dan keluarga mereka. Murid-murid boleh melakukan sesi perbualan dengan keluarga masing-masing untuk mengumpul beberapa maklumat penting, warisan dan sejarah keluarga yang tidak boleh diketahui daripada orang lain.Melalui pembelajaran ini hubungan silaturahim antara murid dan juga ahli keluarganya dapat dieratkan. Murid-murid akan bermula untuk tanggungjawab atas menjaga keluarganya. Murid- murid juga akan mendapat peluang untuk menyesuaikan dri mereka mengikut tradisi dan keperluan keluarganya. Perubahan ketara ataupun drastik boleh dinampak dalam tingkah laku serta perwatakan seseorang murid secara automatik. Kesannya, semua orang akan mendapat peluang untuk mengetahui asal usul keluarganya dan pasti akan berasa bangga, tanggungjawab dan situasi kelaurga boleh menggalakkan pembinaan jati diri dan patriotik yang kukuh.Seterusnya, peristiwa Sejarah membawa maksud apa-apa peristiwa yang sudah berlalu dan bermakna. Peristiwa yang baik ataupun buruk boleh dikatakan sebagai peristiwa sejarah peristiwa tersebut perlu bermakna. Setiap peristiwa yang berlaku pasti mempunyai sebab dan akibatnya. Kita dapat memahami sesuatu peristiwa sejarah dengan mengetahui sebab dan akibatnya. Unsur ini diperkenalkan kepada murid tahap II melalui Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. Buktinya, peristiwa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang diterangkan dalam unit 1 di bawah tajuk 1, buku teks Sejarah Tahun 4.Murid-murid didedahkan kepada satu peristiwa sejarah yang bermakna. Peristiwa sejarah ini telah berlaku melalui perundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan pihak British. Murid-murid mendapat peluang untuk mengetahui bahawa Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan. Seterusnya, mereka akan mendapat tahu bahawa kemerdekaan ialah akibat daripada perundingan tersebut. Selain itu, murid-murid akan mendapat ilmu tentang proses kemerdekaan dan memahami bahawa kemerdekaan merupakan hasil daripada usaha tokoh-tokoh yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Dengan ini, pemibinaan jati diri dan semangat patriotik disemai dengan efektif dalam hati mereka dengan memahami proses kemerdekaan serta konsep sebab dan akibat.

3Selain itu, Bahasa Melayu ialah lingua franca ataupun bahasa pemersatu. Lingua franca dimaksudkan sebagai bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara Bangsa Malaysia, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah menerangkan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu. Contohnya, Unit 3 di bawah topik 1 dalam buku teks Sejarah Tahun 5 iaitu Bahasa Melayu Warisan Kita menerangkan asal usul Bahasa Melayu.Murid-murid juga didedahkan dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pendidikan dan sosial. Kesannya, murid-murid akan menyedar kepentingan memelihara dan menjaga serta bertutur Bahasa Melayu. Mereka juga akan memahami bahasa sebagai identiti negara Malaysia yang mengekalkan perpaduan masyarakat. Seterusnya, memikirkan cara mengekalkan bahasa Melayu sebagai warisan kebanggaan negara. Pemikiran dan kesedaran ini akan menggalakkan pembinaan jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan anak murid.Di samping itu, bendera Kebangsaan negara Malaysia ialah Jalur Gemilang. Bendera Kebangsaan juga lambang kebesaran dan kedaulatan negara kita. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah memberi keutamaan ataupun kepentingan kepada bendera kebangsaan. Hal ini disebabkan unit 9 yang bertajuk Bendera Berkibar di bawah tajuk 4 dalam buku teks Sejarah Tahun 5 menceritakan banyak perkara tentang bendera kebangsaan. Murid-murid mendapat peluang untuk mempelajari sejarah yang berkaitan dengan negara bermula dari sekolah. Oleh itu, murid-murid dapat melihatkan proses perkembangan negara Malaysia secara peringkat.Unit 9 akan menjelaskan dahulu asal usul nama bendera kebangsaan. Diikuti dengan sejarah ataupun proses penciptaan bendera kebangsaan iaitu Jalur Gemilang. Keduanya, murid-murid akan didedahkan dengan makna Jalur Gemilang secara mendalam. Seterusnya, murid akan diajar serta dibimbing oleh guru untuk melukis Jalur Gemilang mengikut cara dan nisbah yang betul dan tepat. Para murid juga akan mengenali etika menaik dan menurunkan bendera. Pada akhir sesi proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) murid mampu menjelaskan kepentingan Jalur Gemilang kepada rakyat Malaysia. Mereka juga akan mengetahui tujuan mengibarkan dan menghormati bendera kebangsaan. Dengan ini pembinaan jati diri dan penerapan semangat patriotik berlaku secara automatik.

4Tambahan pula, tradisimembawa maksud kebiasaan, sesuatu yang telah dilakukan ataupun diteruskan untuk sejak lama seperti pakaian, makanan, tarian, seni mempertahankan diri dan alat muzik yang telah menjadi sebahagian dalam kehidupan sesuatu kelompokmasyarakat. Golongan kanak-kanak merupakan pembawa ataupun penyambung tradisi kepada generasi seterusnya pada masa depan. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita kaya dengan pelbagai tradisi ataupun warisan yang unik. Pengamalan dan pengekalan warisan diterangkan dalam subtopik Warisan kita di bawah unit 2, buku teks Sejarah Tahun4.Ini menunjukkan Dokumen Standard Kurikulum Sejarah memberi kepentingan kepada warisan negara kita. Misalnya, murid-murid didedahkan dengan tradisi tarian dan alat muzik pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Guru juga membimbing murid dengan menjelaskan tradisi lain seperti pakaian, makan kepada anak muridnya. Dengan ini murid boleh memahami konsep warisan dan dapat menghargai tradisi kaum lain. Mereka juga akan menyedar tanggungjawab masing-masing sebagai penyambung warisan. Dengan ini murid-murid dapat meningkatkan jati diri dan semangat patriotik dengan mempertahankan tradisi masing-masing dan menghormati tradisi lain. Seterunsya, manusia prasejarah merupakan manusia yang tinggal pada zaman prasejarah. Zaman prasejarah pula membawa maksud zaman manusia belum mengenali ataupun memiliki sistem tulisan. Kewujudan manusia prasejarah dapat diketahui melalui kaedah gali cari dan kajian arkeologi. Zaman prasejarah telah dimasukkan dalam Dokumen Standara Kurikulum Sejarah. Contohnya, unit 6 di bawah tajuk 3 iaitu Zaman Prasejarah yang terkandung dalam buku teks Sejarah Tahun 4. Tajuk ini memberi satu peluang emasa kepada para murid untuk dapatkan gambaran dan berimaginasi tentang suasana kehidupan pada zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam. Mereka memperoleh ilmu dan maklumat mengenai cara hidup manusia pada zaman prasejarah. Murid-murid juga boleh mengetahui cara pemikiran manusia prasejarah. Contohnya, penciptaan seperti beliung, kapak menunjukkan kemahiran ataupun sifat inovatif dan kreatif yang terdapat dalam kalangan manusia prasejarah. Murid juga boleh memahami kepentingan dan keperluan sistem tulisan kepada kumpulan manusia. Di samping itu, murid-murid akan menghargai segala kemudahan yang mereka dapat merasai pada zaman ini. Murid-murid akan mula berasa syukur dan bertanggungjawab untuk menjaga persekitarannya. Impaknya, sifat menghargai yang muncul dalam hati murid akan menyumbang kepada pembinaan jati diri dan semanagat patrotik yang mendalam.

5Yang di-Pertuan AgongataupunRaja Malaysia ialah ketua rasmi bagi negaraMalaysia. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas dan tertakluk kepada perlembagaan. Hal ini kerana negara kita mengamalkan sistemraja berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialahSultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishahdari negeri Kedah. dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun 5.Buktinya, tajuk 3 dalam buku teks Sejarah Tahun 5 iaitu Yang di-Pertuan Agong memberi huraiana dan maklumat terperinci mengenai institusi Yang-diPertuan Agong. Pembelajara tajuk ini mendedahkan cara ataupun istiadat pelantikan, alat kebesaran diraja dan bidang kuasa Raja Berperlembagaan kepada murid supaya murid-murid boleh mengetahui dan memahami kedudukan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara kita. Hasil pemebelajaran tajuk ini ialah semangat patriotisme dan cinta akan negara serta jati diri akan terus dipupuk melalui penghormatan dan sanjungan yang diberikan kepada institusi Yang di-Pertuan Agong.Lebih-labih lagi, menghargai masa ialah satu nilai murni yang perlu diikuti oleh semua orang. Hal ini kerana setiap detik yang sudah berlalu tidak boleh dapatkan kembali. Masa ialah berharga seperti peribahasa masa itu emas. Orang Jepun sangat mementingkan masa dan dicontohi oleh semua negara bukan setakat di benua Asia tetapi di seluruh dunia ini. Latihan yang berterusan akan menjadi amalan, tabiat ataupun budaya, seterusya membina sikap yang utuh dalam diri manusia. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah juga memasukkan elemen menghargai masa dalam buku teks Tahun 4 iaitu dalam tajuk Menghargai Masa dibawah topik 1.Tajuk ini menjelaskan kepentingan merancang masa kepada murid. Murid-murid juga dididik supaya mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat, sihat dan positif. Selain itu, guru akan membimbing untuk menyediakan satu jadual mingguan dengan kaedah yang betul. Aktiviti seperti ini akan menggalakkan murid untuk menghargai masa. Anak murid diberi pendedahan untuk merancang dan menguruskan masa untuk memastikan semua aktiviti dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Di samping itu, murid-murid dapat mengenalpasti serta menyatakan kesan- kesan tidak merancang masa dengan baik. Akhirnya, sikap menghargai masa akan membentuk insan yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik.

6Sehubungan itu, alam sekitar adalah satu sistem yang dinamik dan manusia adalah salah satu elemen di dalamnya. Pada umumnya, manusia bergantung kepada alam sekitar untuk mendapatkan bahan mentah seperti logam, barangan yang dikongsi awam seperti gas, oksigen dan sebagainya. Alam juga adalah penerima luahan ke udara, air dan bumi. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah mengajar murid untuk menghargai alam sekitar. Misalnya, subtopik yang bertajuk Pentingnya Alam Sekitar dalam unit 5 di bawah topik 2,buku teks Sejarah Tahun 4 menjelaskan kepentingan alam sekitar kepada manusia.Tajuk ini memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah tentang peranan alam sekitar. Tajuk ini juga menjelaskan kesan ataupun akibat aktiviti manusia seperti pemusnahan hutan. Punca pencemaran alam sekitar juga diterangkan secara ringkas. Hasil daripada pembelajaran ini, para murid dapat mengetahui dan mengembangkan ilmunya mengenai isu-isu alam sekitar yang semangkin berleluasa. Mereka juga boleh memahami dan menyeneraikan langkah-langkah pencegahan ataupun cara memelihara alam sekitar. Dengan ini, murid dapat membina jati diri untuk menjaga alam sekiar.Jata Negara merupakan lambang negara Malaysia. Jata negara ialah identiti negara kita yang telah diperkenankan oleh Raja-raja Melayu. Bagi tujuan semua orang boleh mengenali simbol negara, jata negara telah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada Dokumen Standard Kurikulum Sejarah iaitu unit 8 di bawah tajuk 4 dalam buku teks Sejarah Tahun 5. Pendedahan simbol negara kepada murid-murid merupakan langkah yang baik untuk membina generasi yang bangga terhadap kemegahan negara Malaysia. Lambang-lambang yang terkandung dalam jata negara dijealskan kepada murid-murid melalui unit 8.Pembelajaran ini akan menambahkan ilmu pengetahuan murid dalam hal-hal negara. Mereka juga akan dibimbing oleh guru untuk mengenalpasti lambang jata negara pada dokumen-dokumen rasmi dan bangunan pentadbiran negara. Seterusnya, para murid akan memahami bahawa lambang-lambang pada Jata negara ialah melambangkan negeri-negeri di Malaysia. Hasilnya, murid-murid akan mengamalakan tanggungjawab warganegara Malaysia, iaitu memahami dan menghayati makna lambang negara dan akan menghormati Jata negara sebagai simbol perpaduan. Kesedaran tentang peranan masing-masing sebagai warganegara akan membuka ruang kepada pembinaan jati diri dan semangat patriotik.

7Selanjutan itu, tanggungjawab ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang diamanahkan dengan sempurna. Contoh-contoh tingkah laku bertanggungjawab ialah berpegang kepada janji dan bertanggungjawab atas sesuatu kesilapan. Seseorang yang bertanggungjawab akan dipercayai dan diyakini dengan keupayaannya. Bagi menjelaskan dan menyedarkan murid-murid tentang tanggungjawab mereka sebagai murid, anak, kakak, abang, kawan dan warganegara amalan tanggungjawab dihuraikan dalam Dokumen Standard Kandungan Sejarah.Contohnya, tajuk Tanggungjawab Saya dalam Unit 11 di bawah topik 5 buku teks Sejarah Tahun 4. Tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh ditunjukkan melalui perwatakan Laksamana Hang Tuah. Semasa guru mengajarkan topik ini, murid-murid akan berasa menarik dan kebarangkalian untuk perwatakan Hang Tuah diteladani dan dicontohi adalah tinggi. Murid-murid akan memahami kepentingan sikap tanggungjawab melalui perwatakan Hang Tuah. Maka, mereka akan menyedari bahawa sikap bertanggungjawab menjamin kesempurnaan tugas dan kesejahteraan hidup. Akhirnya, sikap tanggunjawab yang timbul dalam diri mereka akan menggalakan pembinaan jati dan semangat patriotik.Semangat kekitaan merupakan semangat bekerjasama ataupun semangat persaudaraan dalam sesuatu kumpulan seperti masyarakat. Kerjasama ialah aset yang penting terutamanya bagi negara kita yang pendudukunya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Maka, maknad dan kepentingan kerjasama ataupun semangat kekitaan harus ditekankan kepada anak murid sejak di bangu sekolah. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah telah menyelitkan semangat kekitaan ataupun perpaduan dalam Sejarah Tahun 5.Misalnya, topik Mufakat Membawa Berkat di bawah unit 6 dalam tajuk Perjuangan Kemerdekaan Negara memberi peristiwa-peristiwa sejarah yang merupakan hasil daripada muafakat rakyat. Contoh peristiwa-peristiwa ini telah menyerlahkan kesan dan kejayaan muafakat rakyat dan pemimpin pada masa tersebut. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1953 dapat menjelsakan generasi muda tentang kepentingan semangat kekitaan unutk mempertahankan kedaulatan negara kita. Mereka akan memehami bahawa melalui semangat persaudaraan segala perkara dapat diselesaikan dan perselisihan ataupun konflik dapat dielakkan. Dengan menyedari dan memahami konsep, kepentingan dan kesan muafakat, jati diri dan patriotik dapat disemai dalam minda murid- murid kecil.

8Lagu kebangsaanpada umumnya adalah sebuahgubahanmuzikbersifatsetia negarayang diiktiraf oleh sebuahnegarasebagailagurasminya. Negaraku merupakan lagu kebangsaan negara Malaysia. Pengetahuan dan asal usul lagu kebangsaan diberikan dan didedahkan kepada murid-murid sekolah tahap II melalui kandungan Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. Contohnya, unit 10 yang bertajuk Negaraku dalam buku teks Sejarah Tahun 5 menerangkan proses penciptaan, maksud dan kepentingan lagu kebangsaan. Murid-murid juga diberi penjelasan untuk memahami lirik dan maksud lagu kebangsaan. Di samping itu, etika menyanyikan lagu negaraku diterangkan secara jelas dan murid-murid akan mengamalkan etika menyanyikan lagu kebangsaan setiap kali pada waktu perhimpunan. Murid-murid dapat memahami lagu kebangsaan sebagai symbol kebanggaan dan kedaulatan negara. Seterusnya, para murid akan dibimbing oleh guru untuk menghormati lagu kebangsaan dalam pelbagai situasi. Segala pengajaran ini akan membentuk golongan murid untuk menghormati lagu kebangsaan dan seterusnya menyerlahkan semangat patriotik dan membentuk jati diri sejak kecil lagi.Selain itu, kebijaksanaan ialah sifat pemikiran yang cerdik, kepandaian menggunakan akal fikiran serta kecekapan berfikir dan ia berbeza mengikut setiap orang dan juga situasi. Setiap orang perlu memiliki dan mengembangkan kebijaksanaan mereka supaya dapat menghadapi masalah dengan tabah dan boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan mudah dan tidak perlu bargantung kepada orang lain untuk mengambil sesuatu masalah. Sifat ataupun kemahiran perlu diterapkan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mengaplikasinya dalam kehidupan seharian dan menjadi satu tabiat. Maka, unsur kebijaksanaan diambil kira dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah.Contohnya, salah satu subtopik dalam unit 10 iaitu Kebijaksanaan Tun Perak dan juga subtopik dalam unit 11 yang bertajuk Kebijaksanaan Laksamana Hang Tuah. Subtopik-subtopik ini membincangkan dan menerangkan cara tokoh ataupun pemimpin tersebut bertindak menggunakan kebijaksanaan dalam keadaaan-keadaan yang tertentu. Murid-murid juga dapat memahami kesan kebijaksanaan pemimpin tersebut. Misalnya, kebijaksanaan Bendahara Tun Perak dalam mengkalahkan serangan Siam sebanyak dua kali. Manakala,kebijaksanaan Laksmana Hang Tuah menyerlah apabila mempersiapkan pertahanan Melaka daripada serangan musuh. Dengan ini murid-murid dapat mengambil iktibar dan terus berusaha untuk megamalkan kebijaksanaan dalam kehidupan seperti pemimpin ini. Hasilnya, manak murid dapat membina jati diri dan patriotik dalam diri mereka.

9

Penjajahan serta campur tangan pihak British di negara kita telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan semangat perjuangan dalam kalangan pemimpin tempatan. Pemimpin-pemimpin ini merupakan golongan pejuang yang telah memimpin rakyat untuk terus berjuang dengan gigih untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Bagi mengenang jasa dan menghormati sumbangan serta pengorbanan tokoh tempatan, Dokumen Standard Kurikulum Sejarah telah menjelaskan peranan mereka dalam buku teks Sejarah Tahun 5. Misalnya, unit 5 yang berjudul Perjuangan Tokoh Tempatan dibawah tajuk 2 iaitu Perjuangan Merdeka Negara. Topik Perjuangan Tokoh Tempatan memperkenalkan tokoh tempatan seperti Rentap, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Antanom, Dato Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong, Yamtuan Antah dan Dato Bahaman kepada anak-anak muda. Murid-murid dapat memahami dan mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Selain itu, para murid juga akan mengenali tokoh- tokoh kedamaian seperti Pak Sako, Tun Tan Cheng Lock, S.A.Ganapathy dan Lily Eberwein. Melalui pembacaan cerita tokoh-tokoh ini murid boleh memahami pelbagai cara berjuang dan akan berubah seorang rakyat yang berguna kepada negara. Tanggungjawab yang telah lahir dalam diri mereka menerusi pembacaan sejarah tokoh akan membina jati diri dan semangat patriotik yang utuh. Kebersihan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebersihan fizikal dan kebersihan mental. Kebersihan fizikal adalah gabungan daripada kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Manakala, kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Kebersihan merupakan sikap yang harus dipupuk sejak di bangku sekolah. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah juga memberi fokus ataupun tumpuan kepada aspek kebersihan. Buktinya, tajuk Indahnya Alam Sekitar di bawah unit 7 dalam buku teks Tahun 4 menjelaskan keperluan kebersihan persisiran pantai. Gambar yang dipaparkan dalam buku teks mengambarkan situasi sebuah persisiran pantai yang telah mengalami pencemaran. Gambar ini memudahkan murid-murid untuk melihat dan memahami kesan pencemaran pantai denganlebih jelas. Murid-murid diberi peluang untuk memikirkan, mengkaji dan membincangkan tentang faktor-faktor pencemaran pantai. Mereka juga dapat mengenalpasti aktiviti-aktiviti manusia yang mengakibatkan pencemaran pantai.Guru pula akan membing para murid untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar sekolah. Hal ini akan menolong murid-murid untuk menyedari dan menghindari daripada aktivti mencemarkan pantai. Akhirnya kesedaran tentang kebersihan akan meneruskan pembinaan jati diri dan semangat patriotik. 10Di samping itu, kesetiaan merupakan perkataan sinonim dengan perkataan- perkataan seperti teguh hati, tetap hati cekal dan patuh. Sifat kesetiaan ialah amalan yang perlu diikuti oleh semua insan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungya sifat kesetiaan ini harus diajar sejak kecil lagi supaya dipraktikkan dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Justeru, Dokumen Standard Kurikulum Sejarah menyelitkan cerita-cerita yang mementingkan sifat kesetiaan. Sebagai contoh, Unit 11 di bawah topik 5 buku teks Sejarah Tahun 4, tajuknya Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. . Di bawah tajuk ini terdapat subtopik yang bertajuk Kesetiaan Tak berbelah Bagi. Subtopik ini menjelaskan riwayat hidup, peranan dan contoh peristiwa yang dipetik daripada Hikayat Hang Tuah. Kesetiaan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka dijelaskan kepada para murid dengan contoh peristiwa yang sesuai. Kesannya, murid akan bermula untuk meniru perwatakan Hang Tuah dan belajar untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin negara. Seterusnya, sifat kesetiaan yang disemai dalam hati murid akan menggalakan pembinaan jati diri dan semangat patriotik secara semula jadi. Bunga Kebangsaan iaitu bunga raya, juga dikenali sebagaibunga sepatudankembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) ialah sejenistumbuhanberbunga sepanjang tahun dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga Kebangsaan merupakan satu simbol ataupun lambang negara Malaysia. Ilmu tentang bunga kebangsaan disertakan dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. Contohnya, unit 2 Bunga Kebangsaan di bawah topik 4 dalam buku teks Sejarah Tahun 5. Unit ini menjelaskan banyak maklumat penting tentang bunga kebangsaan Malaysia.Unit ini memberi peluang kepada murid untuk mengetahui dan mengenalpasti ciri-ciri bunga raya seperti warna dan bilangan kelopak. Selain itu, topik ini menghuraikan serba sedikit mengenai asal usul pemilihan bunga kebangsaan Malaysia. Di samping itu, murid dapat mengetahui keistimewaan bunga kebangsaan Malaysia ataupun bunga raya. Dengan ini murid akan mengenali sejarah pemilihan bunga raya. Pada masa yang sama murid-murid juga akan memperoleh ilmu tambahan seperti keistimewaan bunga raya. Secara tidak langsung, keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat dipupuk. Pada akhir sesi pembelejara topik ini para murid akan berasa bertanggungjawab serta mengjormati bunga kebangsaan negara kita. Hasilnya, pengukuhan dalam aspek pembinaan jati diri dan patriotik akan dikembangkan secara semula jadi.

11Agama bermaknakepercayaankepadaTuhan. Agama mempunyai makna yang lebih luas serta merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif. Kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan dan melibatkan sebuah komuniti manusia. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah mementingkan dan menerapkan aspek keagmaan. Misalnya, unit 2 yang bertajuk Warisan Islam di Malaysia di bawah tajuk 1 dalam buku teks Sejarah Tahun 5 menjelaskan pengamalan agama Islam di negara Malaysia. Tajuk ini memberi peluang dan pengetahuan kepada para murid untuk mengetahui asal usul kedatangan Islam dan kesenian Islam.Hubungan agama Islam dengan masyarakat. Tambahan pula, murid-murid akan dijelaskan dengan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan dengan bimbingan guru. Selanjut itu, murid akan mengambil inisiatif untuk mencari dan mengetahui dan memahami konsep, nilai murni yang terkandung dalam agama dan kepercayaan selain daripada Islam. Hasilnya, mereka dapat menjelaskan kebaikan menghormati agama sendiri dan juga agama lain. Secara tidak langsung sikap menghormati agama akan membina jati diri dan semangat patriotik yang kukuh dalam jiwa murid-murid.Akhirnya, adab ialah tatacara, perilaku dan kesusilaan yang perlu dipatuhi oleh semua insan untuk menjalani kehidupan yang selesa, aman dan damai. Adab perlu diajar kepada seseorang sejak dari usia kecil. Hal ini kerana adab yang dipelajari pada usia muda akan menjadi amalan pada masa depan. Kepentingan adab dinampak apabila terdapat topik yang berkait rapat dengan amalan adab dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. Mislanya, subtopik Amalan Beradab Amalan Mulia di bawah tajuk 1 iaitu Mari Belajar Sejarah dalam buku teks sejarah Tahun 4. Subtopik ini menerangkandefinisi amalan beradab kepada murid murid sekolah tahap II. Buku teks menekankan bahawa adab dan sopan perlu diamalkan pada setiap masa. Selain itu, subtopik ini menyatakan bahawa amalan beradab pelru dipraktikkan dan diamalkan bermula dari institusi keluarga sendiri. Tambahan pula, anak murid diberi huraian tentang jenis-jenis adab seperti adab sopan, menghormati, makan, salam dan seterusnya. Menenrusi pembalajaran ini murid-murid akan mendapat tahu dan memahami amalan adab yang betul. Seterunsya, mereka akan mempraktikkn dalam kehidupan seharian mereka. Amalan beradab membentuk jati diri dan menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah.

12REFLEKSI Saya Santhiah a/p Sunthararaju dari kelas 2 PISMP Sejarah ingin mengucapkan dahulu terima kasih kepada pensyarah saya En.Zahari bin Zainal. Saya telah mendapat soalan KKBI pada hari 10 bulan februari 2015. Mula-mula apabila saya membaca soalannya saya kurang faham kehendak soalannya . Namun selepas pensyarah kursus Kurikulum Sejarah telah menjelaskan soalan KKBI dalam waktu kuliah untuk kali pertama, saya mula faham kehendak soalan tersebut. Seterusnya, saya dan rakan-rakan saya telah bermula untuk mengumpul maklumat dan bahan dari pelbagai sudut dan sumber.Selain itu, kami telah ke Perpustakaan Zaba setiap hari selepas tamat kuliah. Kami telah berusha unutk mengumpul info secara berkolaborasi. Kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat dari buku, internet dan sebagainya. Setelah itu, di kolej kediaman kami sering membincangkan bahan yang telah dapat. Kami telah berfikir secara kritis dan kreatif untuk menganalisa segala maklumat yang telah dapat. Selepas kami mengumpulkan segala maklumat, bahan dan info berhubung dengan tugasan Sejarah Sabah dan Sarawak. Kemudian, kami telah membuat keputusan untuk membuat tugasan secara solo.Saya telah bermula untuk menyediakan draf tugasan Kurikulum Sejarah. Semasa melakukan tugasan ini secara automatik saya menghadapi banyak cabaran dan masalah. Namun, saya berusaha untuk bertemu dengan pensyarah dan bertanya beberapa kemusykilan. Saya telah mendapat jawapan dan saya mula untuk memahami cara menjawab soalan tugasan ini. Kadang-kadang saya tidak boleh bertemu dengan pensyarah atas sebab-sebab tertentu ataupun pensyarah terlalu sibuk melaksanakan tugasnysa. Walaubagaimanapun, saya telah mendapat peluang untuk bertanya solan kepada pensyarah dalam waktu kuliah.

13Semasa membuat tugasan ini saya mendapat peluang untuk mempelajari Dokumen Standar Kurikulum Sejarah Tahun 4 da Tahun 5 serta buku teks Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5. Dengan itu, saya telah memahami isi kandungan Sejarah yang dipelajari oleh murid sekolah Tahap II. Saya juga bersempat untuk menaganalisa beberapa nilai yang terdapat ataupun dapat diperolehi daripada hasil pembelajaran Sejarah Tahun 4 dan 5. Justeru, saya telah memasukkan isi-isi ini dalam tugasan saya. Saya juga dapat menambahkan ilmu ataupun pengetahun sejarah tentang Negara kita dengan lebih mendalam.Melalui tugasan ini saya telah melatih diri saya untuk mengaitkan pembelajaran subjek Sejarah dengan unsur- unsur seperti patriotisme, nasionalisme, demokrasi dan nasionaliti. Saya juga telah mendapat peluang untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan baru melalui tugasan ini. Selain itu, saya berharap segala, ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang saya telah menimba daripada tugasan ini akan membantu saya semasa saya bertugas sebagai guru Sejarah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Saya juga mempelajari kepentingan pengurusan masa melalui tugasan ini. Seterusnya, saya telah menyiapkan amanah yang diberi oleh pensyarah kepada saya dengan baik. Akhirnya, saya berharap saya telah menjawab soalan tugasan ini dengan baik dan sesuai dengan kehendak soalan. Terima kasih.

14RumusanKumpulan muid-murid zaman sekarang ialah barisan pemimpin yang bakal membimbing rakyat untuk terus maju dalam kehidupan pada masa depan. Murid-murid perlu diberi didikan yang sistematik dan bersesuaian supaya dapat membentuk insan modal yang boleh menyesuaikan diri dalam semua situasi dan dapat menyumbang jasa kepada tanah air. Dalam mencapai matlamat ini peranan guru amat dititikberatkan sebagai wahana utama ataupun dominan. Guru-guru perlu menggunkan pelbagai kaedah pengajaran untuk merangsangkan minda murid dan menimbulkan keinginan murid untuk membaca sejarah. Sebagai contoh, guru perlu mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik belajar sambil bermain. Tuntasnya, kerjasama dan hubungan baik antara guru dengan murid akan menjamin sesuatu pembelajaran mencapai matlamatnya.

15BIBLIOGRAFI

Akashah & Jayakumary, (2013). Sejarah Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun 4, (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun 5, (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Shakila, Sivarajan, Sharifah Afidah & Muslimin (2014). Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kebijaksanaanfile:///C:/Users/User/Downloads/2007ppp_5_bab4%20(1).pdfhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kedaulatan&d=10http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jati&d=10http://ms.wikipedia.org/wiki/Integritihttps://www.google.com.my/search?q=adat

LAMPIRAN