kajian lapangan

Upload: rzain-zul

Post on 07-Jul-2015

1.862 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN LAPANGANOleh: Muhammad Rizal bin Che Din Muhammad Khalilizul syahmie bin Nordin@Nordey Rozaini bin Zulkiffle Sahibul Amin bin Wardi

Pengenalan Kajian lapangan ialah satu kaedah inkuiri sains yang sesuai dengan pengajaran topik-topik persekitaran dalam sains Sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat baru dengan lebih jelas Membolehkan seseorang memahami fenomena yang dikaji itu dengan sedalam mungkin

Prinsip-prinsip Kajian Lapangan

Pelaksanaan Kajian Lapangan

Memilih lokasi

Memohon Kebenaran Daripada Semua Pihak Yang Berkenaan

Persediaan dan Perancangan Awal

Tindakan Yang Perlu Diambil Sehari/Dua Hari Sebelum Kajian Luar

Tindakan Yang Perlu Diambil Dua Minggu Sebelum Kajian Luar

Perancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tindakan Yang Perlu Diambil Pada Hari Kajian Luar

Tindakan Yang Perlu Diambil Sepanjang Kajian Lapangan

Tindakan Yang Perlu Diambil Sebelum Perjalanan Balik

Aktiviti PengajaranPembelajaran Selepas Kajian Luar

1. Memilih lokasi Guru-guru boleh mempertimbangkan kawasan sekolah atau tapak di luar sekolah Perkara yang mesti dipertimbangkan: a. peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi di kawasan kajian lapangan, b. waktu/masa pembukaan, c. bilangan dan julat umur pelawat yang dibenarkan d. bolehkah sampel diambil dan gambar ditangkap?

2. Memohon Kebenaran Daripada Semua Pihak Yang Berkenaan Permohonan kepada pihak berkuasa lokasi kajian lapangan mesti dibuat secara bertulis Sebaik sahaja mendapat jawapan positif daripada pihak tersebut, failkan pengesahan tempahan. Seterusnya, guru mesti mendapat kelulusan dari pihak JPN, guru besar dan ibu bapa. Failkan semua surat jawapan dari pihak-pihak tersebut.

3. Persediaan dan Perancangan Awal Menentukan bilangan pelajar. Melantik pembantu, pengawas dan pemandu kajian luar. Menetapkan masa/waktu/hari kajian lapangan. Menyediakan peta dan jalan/laluan perjalanan semasa kajian luar.

Menyediakan arahan, peraturan dan tugas untuk semua pelajar. Mengorganisasikan pelajar ke dalam kumpulan besar dan pasukan kecil. Menyediakan peta, alat, bekalan, bahan bacaan dan rujukan, belanjawan, penginapan, pengangkutan dan insuran.

4. Perancangan Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran Seseorang guru mesti membuat perancangan pengajaran seperti biasa Segala aktiviti pembelajaran boleh dirumuskan dalam Buku Panduan Kajian Lapangan Untuk Pelajar Mesti membincangkan perancangan pengajaran bersama dengan guru-guru pembantu dan fasilitator yang lain.

5. Tindakan Yang Perlu Diambil Dua Minggu Sebelum Kajian Luar Pungut yuran daripada murid. Pastikan bekalan, tempat penginapan dan pengangkutan sudah sedia. Beri makluman kepada pelajar tentang pakaian, peralatan, bekalan peribadi yang dibenarkkan dan bahan-bahan yang diharamkan semasa kajian lapangan. Pastikan semua persuratan tempahan/kelulusan adalah lengkap.

6. Tindakan Yang Perlu Diambil Sehari/Dua Hari Sebelum Kajian Luar Edarkan dan bincangkan Buku Panduan Kajian Lapangan. Bahagikan pelajar kepada pasukan kecil kajian. Mengesahkan tarikh, masa dan tempat bertolak. Pastikan bekalan kecemasan dan bekalan lain adalah lengkap.

7. Tindakan Yang Perlu Diambil Pada Hari Kajian Luar Buat head count apabila semua orang telah berhimpun di tempat bertolak. Setibanya, di tapak kajian lapangan tentukan semua orang ada bilik tidur, kemudahan asas, maklumat tempat dan waktu makan. Berikan masa untuk murid berehat dan sesuaikan diri kepada tempat baru. Tetapkan ruang untuk perbincangan pasukan kecil kajian. Beri taklimat kepada pemandu/pengawas/fasilitator tentang aktiviti pembelajaran dan langkah-langkah keselamatan dan disiplin.

. Tindakan Yang Perlu Diambil Sepanjang Kajian Lapangan Selaraskan kerja kumpulan kecil. Atasi masalah yang timbul seperti selar matahari dan lepuh. Berikan nasihat dan panduan kepada pelajar bagaimana memerhati dan mencatat dapatan.

9. Tindakan Yang Perlu Diambil Sebelum Perjalanan Balik Pastikan kawasan bersih dan semua alat/bahan diambil. Buat head count .

10. Aktiviti Pengajaran-Pembelajaran Selepas Kajian Luar Minta murid melengkapan penulisan laporan awal kajian dan catatan pengalaman masingmasing. Bincangkan dapatan kajian dan inferens yang boleh dibuat. Minta murid menyediakan laporan akhir dan penilaian kajian luar.

Kebaikan Kajian Lapangan Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Berpeluang mengkaji penggunaan pengetahuan sains dalam keadaan yang sebenar Berpeluang mengkaji tumbuhan dan haiwan dalam keadaan semulajadi

Menyedari pelajar tentang hubungan di antara sains dengan masyarakat Meningkatkan minat pelajar terhadap sains Menyemai sikap cinta alam sekitar

Keburukan Kajian Lapangan Menghabiskan tenaga yang banyak Memakan masa yang lama Perbelanjaan yang tinggi Risiko adalah tinggi kerana kemalangan mungkin berlaku terutamanya dalam kajian lapangan di luar kawasan sekolah

Sekian, terima kasih