kajian lapangan geografi stpm khs 2010 - kumpulan 2

18
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKAL PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR DI PUSAT PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH, LANCHANG PAHANG AHLI KUMPULAN 2 : MUHAMMAD RUSYDI NAZIRUL HISYAM BIN MD. ALI : MOHD AZIZI FAUZI BIN LASEMIN : MUHAMMAD AKMAL BIN ZULKIFLI : MOHD SYAFIQ ASWAD BIN ZULKIFLI : MOHD HAFIS HAFIZAN BIN ALIAS NAMA GURU PENASIHAT : EN. NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFAR

Upload: cikgunikmie

Post on 19-Jun-2015

1.226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANGKAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKALPEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR DI PUSAT PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH, LANCHANG PAHANGAHLI KUMPULAN 2 HISYAM BIN MD. ALI : : : : MOHD AZIZI FAUZI BIN LASEMIN MUHAMMAD AKMAL BIN ZULKIFLI MOHD SYAFIQ ASWAD BIN ZULKIFLI MOHD HAFIS HAFIZAN BIN ALIAS : MUHAMMAD RUSYDI NAZIRULNAMA GURU PENASIHAT:EN. NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFARVISI SMK TINGGI KAJANGKe arah membentuk sahsiah pelajar berk

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKAL

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR DI PUSAT

PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH,

LANCHANG PAHANG

AHLI KUMPULAN 2 : MUHAMMAD RUSYDI NAZIRUL HISYAM BIN MD. ALI

: MOHD AZIZI FAUZI BIN LASEMIN

: MUHAMMAD AKMAL BIN ZULKIFLI

: MOHD SYAFIQ ASWAD BIN ZULKIFLI

: MOHD HAFIS HAFIZAN BIN ALIAS

NAMA GURU PENASIHAT : EN. NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFAR

VISI SMK TINGGI KAJANG

Page 2: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Ke arah membentuk sahsiah pelajar berketerampilan, bercita-cita tinggi dan

mempunyai pandangan yang menyeluruh berlandaskan falsafah pendidikan negara.

HIGH SCHOOL TERBILANG

MENJELANG 2010

MISI SMK TINGGI KAJANG

Menjadikan SMK TINGGI KAJANG institusi pendidikan cemerlang dalam bidang

kurikulum dan kokurikulum melalui kerja erat semua pihak. Memastikan sokongan

pentadbiran yang cekap dan amanah serta sentiasa berusaha melakukan anjakan

paradigma agar selari dengan persekitaran global. Melahirkan generasi berilmu,

berakhlak mulia, dan mampu memberi sumbangan positif kepada keluarga dan

masyarakat. Menjana pelajar dalam bidang pendidikan dan mampu berdaya saing.

Memulihara dan memelihara persekitaran sekolah yang ceria untuk mewujudkan

iklim sekolah yang harmoni.

MOTTO SMK TINGGI KAJANG

BERILMU , BERDISIPLIN , BERJAYA

Page 3: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

PENGHARGAAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 KAEDAH KAJIAN

4.0 KAWASAN KAJIAN

5.0 HASIL KAJIAN

PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 4: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Alhamdulillah tanda syukur kepada tuhan kerana membenarkan kami untuk

melaksanakan Kajian Lapangan Geografi Fizikal ini tanpa halangan dan kesulitan. Di

samping itu, jutaan terima kasih terutamanya kepada En. Nik Suhaimi bin Nik Jaafar,

guru subjek Geografi kerana tunjuk ajar serta garis panduan yang beliau telah

berikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat handai yang memberi sumbangan berbentuk

idea kepada kami. Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya

amat membantu kami untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Kepada rakan

sekelas, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan

secara langsung mahupun tidak langsung.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua-dua ibu bapa

kami semua yang telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.

Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua-dua ibu bapa kami, sudah tentu

usaha ini tidak mendapat restu dan sia-sia.

Akhir kata daripada kami, terima kasih kepada yang telah membantu untuk

menjayakan kajian lapangan ini.

Page 5: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

1.0 Pendahuluan

Pada 26 Mac 2010, Persatuan Tingkatan Enam telah mengadakan

satu lawatan sambil belajar di Pusat Pemuliharaan Gajah dan Pusat

Biodiversiti Kuala Gandah. Rombongan ini teleh disertai oleh lebih kurang 80

orang pelajar, 32 orang daripada kelas Geografi dan selebihnya daripada

kelas aliran sains. Pelajar-pelajar daripada kelas Geografi telah diberi tugasan

untuk membuat satu kajian lapangan mengenai kawasan sekitar pusat

pemuliharaan gajah tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk memenuhi

pembelajaran geografi yang memerlukan kajian luar dan markah daripada

kajian ini akan diambil kira dalam peperiksaan pertengahan tahun pada awal

bulan Jun nanti.

Rombongan ini diiringi oleh lima orang guru pengiring iaitu En. Rizal

bin Uzir, En. Nik Suhaimi bin Nik Jaafar, En. Ramzi bin Yunus, Pn. Fam Chen

Ai dan Pn. Leela a/p Manivasagam. Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.30

pagi dan sampai pada jam 11.00 pagi. Perjalanan mengambil kira-kira 2 jam

30 minit untuk sampai ke destinasi iaitu di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala

Gandah, Lanchang Pahang. Pelbagai pengalaman yang kami dapat peroleh

daripada mengikuti rombongan sambil belajar ini. Pelbagai aktiviti telah

diadakan sepanjang kami berada di sana. Antaranya tayangan mengenai

hutan simpan di Malaysia, tayangan mengenai Pusat Pemuliharaan Gajah

Kuala Gandah, menunggang gajah, memberi makan kepada gajah,

memandikan gajah dan sebagainya.

Tempat tersebut juga terkenal dalam kalangan pelancong-pelancong

asing kerana setibanya kami di sana terdapat ramai pelancong asing

daripada pelbagai negara yang mengunjungi tempat itu. Kami bertolak dari

pusat pemuliharaan gajah untuk pulang ke Kajang pada jam 5 petang dan

sampai di kawasan sekolah pada tepat jam 7.30 malam. Kami berharap

kepada semua yang terlibat dengan rombongan sambil belajar ini dapat

memanfaatkan semua yang dipelajari sepanjang rombongan serta

menggunakan ilmu tersebut dengan sebaik mungkin.

Page 6: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

2.0 Objektif kajian

Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemuliharaan

Gajah Jabatan Perhilitan Kuala Gandah, Lanchang Pahang.

Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosio-

ekonomi penduduk setempat.

Mengenal pasri kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal

tempatan.

Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi

pelancongan terhadap alam sekitar fizikal.

Page 7: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

3.0 Kaedah kajian

Rujukan buku / Pamplet : Beberapa buah buku rujukan telah

digunakan untuk mendapatkan lebih banyak

rujukan mengenai kawasan kajian.

Pemerhatian : Kami telah membuat beberapa

pemerhatian untuk mengenal pasti jenis-

jenis aktiviti serta kesannya terhadap alam

sekitar fizikal di kawasan tersebut.

Menemu bual : Kami telah menemu bual beberapa

orang untuk mengetahui kepentingan sektor

pelancongan ekonomi penduduk dan kesan

yang timbul akibat kegiatan pelancongan

yang dijalankan. Antara yang telah ditemu

bual oleh kami ialah Nor Faddillah binti

Abd. Latif dan En. Khairuddin.

Merujuk laman web : Kami telah membuat beberapa

rujukan di laman sesawang untuk

mengetahui latar belakang kawasan kajian,

peta dan lain-lain. Antaranya ialah :

www.wildlife.gov.my

Page 8: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

4.0 Kawasan kajian

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan

oleh Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara ( PERHILITAN)

pada tahun 1989 tetapi di rasmikan pada 5 Mei 2001 oleh Yang Berhormat

Dato Law Hieng Ding, PNBS, KMN, PBS, PBI Menteri Sains, Teknologi dan

Alam Sekitar. Terletak di Lancang Pahang kira-kira 160 km dari Kuala

Lumpur. Kawasan ini terletak di kawasan pedalaman yang berhampiran

dengan petempatan orang asli. Kawasan ini merupakan kawasan yang

sangat strategik kerana di kelilingi dengan kawasan hutan yang memberi

keselesaan kepada gajah-gajah di sana selain mempunyai iklim yang sesuai.

Keluasan kawasan Kuala Gandah adalah kiri-kira 62365 hektar.

Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor

gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang

ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia.

Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan

berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Pusat ini

mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada

Thailand dan Myanmar.

Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah

liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung

Malaysia . Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh

ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibu terus

hidup. Pusat ini dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

Pelbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan

kemudahan sedia ada sama ada untuk penyelidikan dan pembangunan atau

untuk pelawat yang datang ke pusat ini.

Page 9: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

5.0 Hasil kajian

5.1 Jenis aktiviti

Pelbagai aktiviti terdapat di sini, salah satu contohnya ialah

perniagaan. Terdapat peniaga yang menjual barangan cenderamata seperti

baju t-shirt, sapu tangan, gelang kunci (key-chain), cawan perhiasan dan

pelbagai lagi. Terdapat juga peniagaan warung makan yang menyediakan

beberapa jenis hidangan seperti warung-warung yang lain. Jenis aktiviti

utama di kawasan tersebut merupakan aktiviti bersama-sama gajah. Sebagai

contoh terdapat tiga aktiviti pelancongan yang diadakan iaitu aktiviti

menunggang gajah, aktiviti memandikan gajah dan aktiviti memberi makan

kepada gajah. Secara tidak langsung, ia boleh dikategorikan sebagai aktiviti

memulihara serta memelihara gajah-gajah tersebut.

5.2 Sumbangan

Dari aktiviti tersebut, pelbagai sumbangan dapat disalurkan dalam

pembangunan ekonomi setempat dan negara. Pelancong yang berbelanja di

sekitar kawasan itu, meningkatkan taraf penduduk dan memberi keselesaan

kepada penduduk setempat. Sebagai contoh, peniaga mampu menyediakan

pengangkutan harian, membesarkan peniagaan. Bagi pemilik pusat

pemuliharaan dan pemeliharaan gajah, wang tersebut akan digunakan untuk

membiayai kesihatan gajah, sumber makanan gajah, kemungkinan juga

memperluaskan kawasan pemeliharaan.

Page 10: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

5.3 Kesan

Pelbagai kesan dapat dilihat melalui pemerhatian dari sumber ekonomi

di kawasan kajian. Seperti, jalan kecil diperluaskan. Perkara ini perlu untuk

keselesaan bersama termasuk pelancong dan penduduk. Jalan yang

diperluaskan mampu melancarkan pergerakan keluar masuk dari bandar ke

pedalaman. Selain itu, terlihat juga beberapa projek menaik taraf seperti

jambatan. Dari pusat pemeliharaan ke pusat biodeversiti, pengunjung harus

melalui perjalanan sejauh 3Km bersamaan 15 minit masa perjalanan.

Dipertengahan jalan terdapat sebuah jambatan di naik taraf lebih tepat lagi

dilebarkan. Tujuan tersebut untuk memberikan keselesaan kepada

pelancong, penduduk serta pekerja di kawasan tersebut. Terdapat juga

penempatan dibangunkan bagi memenuhi kehendak penduduk setempat.

Selain kesan kepada ekonomi, terdapat juga kesan kepada alam

sekitar. contohnya hakisan tanah, banjir lumpur, dan suhu semakin

meningkat. Hal ini kerana penempatan yang didirikan menggunakan kawasan

yang luas bersamaan keluasan itulah penebangan pokok berlaku.

Walaubagaimanapun, dengan hanya penebangan pokok pelbagai kesan akan

terjadi seperti runtuhan tanah, banjir lumpur, hakisan dan peningkatan suhu

kawasan setempat.

Page 11: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

5.4 Cadangan

Cadangan yang sesuai untuk mewujudkan kawasan di pusat

pemulihan gajah di Kuala Gandah adalah dengan mewujudkan pusat

pelancongan yang berorientasikan program pelancongan “ homestay “ di

pusat pemuliharan dan pemuliharaan gajah di Kuala Gandah. Konsep

pelancongan yang seperti ini mampu menarik kedatangan para pelancong

kerana menerusi program ini para pelancong dapat lebih memahami dan

menghayati keindahan kawasan di sekitar pusat pemuliharaan gajah tersebut

dan dapat merasai tentang cara kehidupan masyarakat kaum asli di kawasan

Kuala Gandah.

Jabatan Perhilitan di kawasan Kuala Gandah juga perlu

penambahbaikan infrastruktur yang ada di kawasan pusat pemuliharaan dan

pemeliharaan Kuala Gandah bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik

untuk mngurusakan gajah-gajah di pusat pemeliharaan dan pemuliharaan

tersebut. Kemudahan infrastruktur yang baik juga boleh memudahkan para

pelancong untuk datang melawat ke pusat pemulihan gajah tersebut.

Promosi tentang keindahan yang terdapat di kawasan pemeliharaan

dan pemulihan gajah di Kuala Gandah juga perlu diadakan secara meluas

seperti iklan di media massa. Promosi ini dapat meningkatkan lagi kesedaran

tentang pentingnya memulihara haiwan-haiwan terutama di kawasan rizab “

Perhilitan “ seperti di Kuala Gandah. Hasil daripada promosi ini, kawasan

tersebut akan meningkat maju dan mampu menarik minat lebih ramai

pelancong asing.

Selain itu, jabatan PERHILITAN juga boleh membina dan menaik taraf

pusat pemulihan tersebut menjadi lebih besar dan menyediakan pelbagai

peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat orang asli terutama dalam

bidang eko-pelancongan.

Page 12: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Penutup

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi yang

dijalankan seperti aktiviti pelancongan di kawasan Kuala Gandah memberikan kesan

tertentu terhadap penduduk setempat dan Alam Sekitar Fizikal kawasan tersebut.

Hasil daripada kegiatan ekonomi ini, penduduk kaum asli di kawasan Kuala Gandah

memperoleh peluang pekerjaan dan dapat menaikkan taraf hidup mereka.

Kemudahan infrastruktur yang kian bertambah di kawasan tersebut dirangsang oleh

aktiviti pelancongan yang semakin berkembang. Oleh yang demikian, kesan yang

negatif juga tidak terlepas memberi impak terhadap alam sekitar fizikal di kawasan

Kuala Gandah seperti hakisan tanah, banjir lumpur dan lain-lain. Namun langkah

membangunkan kawasan tersebut secara lestari dan berhemah perlu dilakukan agar

sumber keindahan flora dan fauna tempat tersebut tidak pupus ditelan arus

pembangunan.

Page 13: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Rujukan

www.wildlife.gov.my

Buku rujukan geografi alam sekitar fizikal hasil penulisan Haji Rusly Musa dan

NurAshikin Abdullah, terbitan Logman 2006.

Risalah yang di sediakan di Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala

Gandah.

Page 14: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Lampiran :-

Lampiran 1

Gajah dewasa yang diberi makan oleh pekerja. Gajah ini berusia 5 tahun dan bernama siput

Lampiran 2

Kesan terhadap alam sekitar fizikal akibat dari aktiviti pembinaan untuk pelancongan.

Page 15: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Lampiran 3

Kawasan yang telah ditarah oleh aktiviti pembalakan dan penarahan bukit.

Lampiran 4

kesan daripada aktiviti manusia di Kuala Gandah terhadap alam sekitar

Page 16: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Peta kawasan kajian

Peta Malaysia

Page 17: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Peta menuju ke Kuala Gandah