kajian lapangan geografi stpm khs 2010 - kumpulan 1

17
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA Tema 2 : Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar Kajian Mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar di Kawasan Sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah & Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang. Kelas : 6 AA Kumpulan 1 Ahli-ahli: 1] HOR KAH LOON 2] ERNA SUZANA 3] NUR HAMIZAH 4] LEONG KAH WEI 5] KALPANA Ringkasan Eksekutif

Upload: cikgunikmie

Post on 19-Jun-2015

1.295 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIATema 2 : Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar“ Kajian Mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar di Kawasan Sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah & Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang. ” Kelas : 6 AA Kumpulan 1Ahli-ahli: 1] HOR KAH LOON 2] ERNA SUZANA 3] NUR HAMIZAH 4] LEONG KAH WEI 5] KALPANARingkasan Eksekutif Secara keseluruhan, kajian lapangan ini ialah mengenai pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar terhadap kawasan

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

KAJIAN LAPANGANGEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

Tema 2 : Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

“ Kajian Mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar di Kawasan Sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah & Institut

Biodiversiti, Lanchang, Pahang. ”

Kelas : 6 AA

Kumpulan 1

Ahli-ahli:

1] HOR KAH LOON2] ERNA SUZANA3] NUR HAMIZAH4] LEONG KAH WEI5] KALPANA

Page 2: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

Ringkasan Eksekutif

Secara keseluruhan, kajian lapangan ini ialah mengenai pembangunan ekonomi dan impak

alam sekitar terhadap kawasan sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah di Lanchang, Pahang. Kami

telah berpeluang melakukan aktiviti seperti menunggang gajah, memandikan gajah dan

memberi makan kepada gajah. Kesemua aktiviti ini telah membolehkan kami berinteraksi

dengan lebih dekat terhadap gajah-gajah yang terdapat di Pusat Pemuliharaan Gajah ini.

Berdasarkan kajian, kami mendapati penduduk setempat terdiri daripada dua komuniti orang

Asli yang tinggal di sekitar Rezab Hidupan Liar Krau iaitu: masyarakat Che Wong dan Jah

Hut. Masyarakat Che Wong menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan. Masyarakat Jah

Hut pula ialah masyarakat yang terkenal dengan hasil kraftangan termasuk ukiran dan

anyaman, ada di antara mereka yang berkhidmat di bahagian pentadbiran di pejabat-pejabat

kerajaan atau sebagai buruh pembalakan. Ternyata pembangunan ekonomi seperti aktiviti

pelancongan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang

mahir dengan kwasan sekitar mereka. Secara tidak langsung, kami telah dapat mengenal pasti

jenis-jenis aktiviti pelancongan di Kuala Gandah seperti yang terdapat dalam objektif kajian

ini. Seterusnya, kami telah dapat melakukan kaedah temu bual terhadap seorang kakitangan

Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang dan berkesempatan melawat laman sesawang beliau

untuk memenuhi kajian lapangan ini. Walau bagaimanapun, kami mendapati terdapat kesan

negatif akibat daripada aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal setempat. Oleh itu,

kami berusaha mencari cadangan tentang langkah-langkah mencegah masalah yang terdapat

di kawasan kajian tersebut. Selain itu, kajian lapangan ini telah menanamkan semangat

cintakan alam sekitar terhadap pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Kami bukan sekadar

menjalakan kajian, malahan turut mempelajari tentang kepentingan kepelbagaian biologi di

bumi. Ringkasnya, setiap hidupan di muka bumi ini memainkan peranan dalam

menyeimbangkan kitaran semulajadi terhadap sistem hidrologi, ekologi, atmosfera dan

geomofologi. Konklusinya, kajian lapangan ini mengandungi butir-butir dapatan kajian

tentang sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan seperti pengwujudan Taman Negara

Pahang, DEERLAND dan Pusat Pemuliharaan Gajah yang menarik kedatangan pelancong

asing ke kawasan sekitar kajian ini.

Page 3: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

1.0 Pengenalan

Kajian lapangan atau kajian luar ini telah dijalankan pada 29 Mac 2010 bersamaan hari Isnin

di kawasan yang bersifat mikro, iaitu sekitar Institut Biodiversiti & Pusat

Pemuliharaan/Konservasi Gajah, Jabatan PERHILITAN, Kuala Gandah, 28500 Lanchang,

Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Pusat Pemuliharaan Gajah ini giat memberi kesedaran

kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para

pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah

liar yang dilakukan pada tahun 1996 dengan kerjasama krew ‘National Geographic’.

Seterusnya, program khas turut disediakan untuk rombongan sekolah. Kami telah dibahagikan

kepada beberapa kumpulan semasa menjalankan kajian ini. Selain itu, kami turut diberi

ceramah ringkas semasa di dalam ‘Bilik Kuliah Merak’ ketika lawatan di Institut Biodiversiti.

Sehubungan dengan itu kami telah mencatat pelbagai informasi berguna untuk direkodkan

bagi menyempurnakan kajian lapangan ini. Oleh itu, kami akan menghuraikan tentang kaedah

kajian, memperincikan lebih lanjut lagi tentang kawasan kajian, dan menyelaras dapatan

kajian ketika melakukan pelbagai aktiviti di kawasan kajian ini. Kajian lapangan ini

digunakan untuk mempersembahkan laporan agar kami terdedah dengan kajian empirikal di

lapangan yang melibatkan aspek-aspek seperti pemerhatian, pemerolehan data, pengujian

hipotesis tentang kesan aktiviti manusia, serta menganalisis. Kami telah memberi tumpuan

terhadap faktor yang menyumbang kepada kegiatan sosioekonomi penduduk setempat dan

mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan kajian.

Justeru itu, kajian ini amat berguna kerana dapat mengukuhkan kefahaman kami tentang teori

yang dipelajari dalam subjek geografi dan menyatukannya dengan realiti yang telah disatukan

dalam rangka kerja geografi yang menarik.

Page 4: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

1

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1) Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Kuala Gandah.

2) Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk setempat.

3) Mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal setempat.

4) Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah atau kesan kegiatan ekonomi pelancongan.

2

Page 5: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

4.0 Kaedah Kajian

1) Pemerhatian dan pencerapan.

Pemerhatian dan pencerapan di kawasan lapangan dilakukan bagi mengenal pasti

jenis-jenis tanaman yang ditanam di sekitar dan jenis kegiatan sosioekonomi penduduk serta

kesannya terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Antara kesan yang telah

diperhatikan ialah perubahan landskap, pencemaran air dan perkembangan kegiatan

pelancongan di Kuala Gandah. Kami menggunakan kamera sebagai peralatan dalam kajian

untuk melakukan pemerhatian.

2) Temu bual.

Temu bual telah dijalankan terhadap seorang kakitangan Institut Biodiversiti Lancang,

Pahang iaitu Encik Mujahidin yang telah bermurah hati memberi kami maklumat tentang

kawasan kajian kami. Beliau turut memberikan laman sesawang beliau iaitu

http://pokding.blogspot.com/

3) Rujukan sumber sekunder.

Laman web rasmi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara(PERHILITAN) http://www.wildlife.gov.my/ telah kami lawati bagi menambahkan

lagi pengetahuan kami tentang pentingnya memulihara biodiversiti negara. Selain itu kami

turut merujuk laman web berita seperti Berita Pahang dan BERNAMA.

Page 6: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

34.0 Kawasan Kajian

1) Kawasan kajian kami terletak di Lanchang, merupakan sebuah bandar kecil di antara

bandar Karak dan Mentakab di negeri Pahang, Malaysia. Pekan Lanchang boleh dihubungkan

melalui jalan lama Kuala Lumpur ke Kuantan dan juga melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah dan 'Deer Land' juga terletak di Lanchang. Ini

adalah tarikan utama bandar ini selain daripada pertanian dan banyak Skim FELDA untuk

tanaman getah dan kelapa sawit iaitu di Felda Lakum dan Felda Bukit Damar. Pekan

Lanchang adalah merupakan pekan kebanggaan penduduk sekitarnya. Pekan ini dihidupkan

dengan pelbagai aktiviti mingguan seperti Pekan Sehari pada setiap selasa dan Pasar Malam

pada malam Sabtu. Selain daripada itu pekan ini disediakan dengan kemudahan asas seperti

pejabat pos, masjid, klinik, perpustakaan awam, dewan orang tamai, Dataran Bahaman,

sekolah menengah dan rendah, deretan kedai-kedai, Pusat Belian Getah Skrap, balai polis dan

pasar awam. Lanchang telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya di dalam sektor awam dan

swasta, kebanyakan mereka telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan

Lanchang yang kini dikenali sebagai Sek Men Dato Bahaman.

2) Secara khususnya kami telah ke Pusat Pemuliharaan/Konservasi Gajah, Jabatan

PERHILITAN, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, MALAYSIA yang

berdekatan dengan Hutan Simpan Hidupan Liar Krau. Terdapat 12 ekor gajah termasuk dua

ekor gajah berumur 70 tahun bernama Mek Bunga dan Lokimala. Pusat Konservasi Gajah

Kuala Gandah telah ditubuhkan pada tahun 1989 ini dibiayai oleh Jabatan Perlindungan

Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. Pusat ini

merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun

1974. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan dan gajah yang dibawa masuk dari

Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-

gajah liar dari kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga

memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak

gajah tersebut terus hidup.

4

Page 7: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

3) Selain itu kami turut singgah ke Institut Biodiversiti, Jabatan Perlindungan Hidupan

Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) , Pahang. Di sini telah banyak ditempatkan bahan

rujukan penyelidikan seperti haiwan yang diawet kerana mati akibat kecederaan yang

disebabkan jerat dawai pemburu haram dan pelbagai jenis binatang liar seperti ular, seladang

dan sebagainya.

5.0 Jenis- jenis Aktiviti Pelancongan

1) Ekopelancongan.

Terdapat aktiviti pelancongan yang berkembang berasaskan sumber semula jadi

seperti hutan hujan tropika di kawasan kajian. Contohnya: Taman Negara Pahang yang

menyediakan aktiviti mendaki gunung dan eksplorasi hutan, lawatan ke perkampungan orang

asli, pemerhatian burung dan bumbun (pemerhatian hidupan liar).

2) Pelancongan pendidikan.

Di Pusat Pemuliharaan Gajah, mereka menggalakkan kajian dan penyelidikan

berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Terdapat program khas yang boleh

disediakan untuk rombongan sekolah yang menggalakkan aktiviti pelancongan sambil belajar.

Begitu juga yang terdapat di Institut Biodiversiti yang menyediakan galeri pameran tentang

kepelbagaian biologi dan mempamerkan haiwan yang diawet berikutan kejadian pemburuan

haram. Sebahagian bintang yang diawet telah dijadikan rujukan untuk penyelidikan.

3) Pelancongan kesihatan.

Kedatangan pelancong untuk mendpatkan rawatan perubatan tradisonal turut

berkembang di kawasan sekitar kajian ini. Sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan yang

bernama ‘mogot’ atau nama saintifiknya ‘Henckelia sp.’ Digunakan sebagai rawatan penyakit

tekanan darah tinggi. Masyarakat Che Wong merebus akarnya dan air rebusannya diminum

untuk mengubati penyakit tersebut.

5

Page 8: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

6.0 Sumbangan Aktiviti Pelancongan.

Antara sumbangan aktiviti pelancongan ialah:

1) Kegiatan pembinaan yang telah menyumbang dari segi meningkatkan infrastuktur

kawasan di pusat pemuliharaan tersebut serta di kawasan sekitarnya. Jalan raya juga mula

dibina untuk menghubungkan pusat pemuliharaan gajah ini dengan tempat-tempat lain.

Kemudahan elektrik dan air juga telah meningkat dengan baik. Selain itu, kegiatan pembinaan

ini juga telah berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

2) Di samping itu, sektor ini juga menyumbang kepada pendapatan dalam negara kita di

mana para pelancong telah berkunjung ke Pusat Pemuliharaan Gajah ini menyebabkan apabila

ramai pelancong dari negara luar berkunjung ke negara kita menyebabkan pertukaran mata

wang asing akan berlaku di mana pendapatan negara kita akan meningkat.

3) Selain itu, peluang pekerjaan meningkat menerusi penjualan kraf tangan dari

buluh, rotan dan damar serta kewujudan jawatan pengawal keselamatan, pemandu pelancong

serta buruh binaan telah meningkatkan taraf hidup penduduk kerana masing-masing

mempunyai pekerjaan.

6

Page 9: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

7.0 Kesan-kesan Aktiviti Pelancongan

7.1 Kesan positif:

1) Memberi kesan positif kepada industri pelancongan. Jumlah kedatangan

pelancong semakin meningkat seterusnya meningkatkan imej negeri Pahang sebagai

salah satu pusat pelancongan yang popular di Asia. Memetik kata-kata daripada

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Datuk Shafik Fauzan

Sharif "Kedatangan pelancongan ke Pahang pada 2008 ialah 7.7 juta dan telah

memberi pulangan dalam industri pelancongan sebanyak RM6 bilion". Hal ini

mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan

Malaysia di mata dunia.

2) Menambah lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Penduduk boleh

bekerja sebagai pemandu pelancong, pengusaha restoran, penjaja kedai barangan

cenderamata, pengusaha chalet dan sebagainya. Situasi ini turut menggalakkan industri

kraftangan / desa.

3) Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur /

kemudahan asas. Walaupun di kawasan kajian ini terletak jauh di tengah

hutan,hakikatnya tidak dinafikan terdapat kemudahan utiliti elektrik, air dan gas.

Destinasi pelancongan yang terdapat di Kawasan sekitar iaitu: Taman Negara Pahang,

DEERLAND dan Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah. Kemudahan infrastruktur

seperti tandas telah dilengkapi dengan utiliti air dan elektrik. Selain itu, terdapat cafe

yang sentiasa memerlukan bekalan gas.

7

Page 10: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

7.2 Kesan negatif:

1) Kawasan hutan telah ditebang untuk pembinaan petempatan, pembalakan dan

pembukaan kawasan ladang secara haram akan memberi kesan negatif kepada

hidupan.Terdapat proses penyahhutanan di kawasan sekitar Kuala Gandah.

Kepelbagaian spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan. Apabila sesuatu

spesies pupus, kita bukan sahaja kehilangan satu bentuk hidupan tetapi juga hilang

informasi genetiknya. Dengan setiap kepupusan bumi kehilangan sebahagian daripada

kepelbagaiaan biologinya. Kadar kepupusan terpantas yang pernah dialami ialah-

kadar kepupusan spesies ialah satu spesies setiap 15 minit.

2) Penduduk setempat turut menerima tempias akibat daripada pencemaran

budaya oleh pelancong asing seperti mereka yang datang dari negara Australia,

Amerika Syarikat dan sebagainya. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempedulikan

cara berpakaian mereka yang dianggap ‘menjolok mata’ bagi masyarakat timur. Cara

pergaulan bebas juga turut akan mempengaruhi remaja setempat yang mungkin

terikut-ikut dengan negara barat yang dianggap sudah maju itu.

8

Page 11: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

8.0 Langkah-langkah Mencegah/Mengatasi Masalah Kegiatan Ekonomi

Pelancongan

1) Mengamalkan pembangunan lestari yang mengadunkan pembangunan atau

kemajuan berterusan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada

musnah. Berdasarkan langkah bukan perundangan. Langkah pengurusan hutan yang

strategik mengadakan sistem penebangan terpilih dengan ini jumlah pokok balak yang

ditebang boleh dikawal. Kesemua pokok-pokok yang mempunyai nilai dagangan

ditebang dalam satu operasi dan tempoh pusingan tebangan adalah antara 60 tahun

hingga 80 tahun. Satu inventori di sesuatu kawasan yang hendak ditebang akan dibuat,

selepas itu 2 kaedah penebangan akan diamalkan iaitu Kaedah Polikitar ialah

sebilangan kecil sahaja pokok yang telah dipilih dan ditandakan untuk ditebang. Pokok

tersebut mestilah cukup umur dan mempunyai diameter minimum 45 sentimeter

hingga 50 sentimeter. Pusingan tebangan adalah antara 25 tahun dan 30 tahun.

Seterusnya, penanaman semula hutan iaitu menanam semula pokok-pokok yang cepat

tumbuh seperti pokok jati, Yamane dan Batai untuk mengekalkan pokok-pokok di

hutan yang telah ditebang. Silvilkultur ialah satu cara pemulihan hutan yang

melibatkan penubuhan ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan, dan penggantian

sesuatu dirian hutan dengan teratur.

Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan secara dua peringkat iaitu:

(a) peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran

geografi dan interdisiplin seperti dalam mata pelajaran sains.

(b) kempen kesedaran untuk orang ramai seperti Cintailah Hutan Kita dan The

Green World.Usaha ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang boleh hidup

dengan harmoni antara manusia dan flora.

9

Page 12: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

2) Tambahan lagi, langkah perundangan boleh dilaksanakan jika langakah bukan

perundangan kurang berkesan. Akta Perhutanan Negara 1984 telah

mengariskan beberapa larangan yang berkaitan dengan kawasan hutan simpan

kekal. Larangan-larangan tersebut ialah :

(a) memasuki hutan simpan kekal.

(b) menebang, memotong , menggelang, menanda atau menoreh pokok.

(c) mencari, mengambil , dan mendedahkan kepada sebarang proses

pengilangan atau memindahkan sebarang hasil hutan atau mineral.

(d) membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau sebarang

maksud lain.

(e) menggunakan bahan beracun atau bahan letupan di dalam sungai atau tasik

bagi maksud menangkap ikan, memburu , menembak, memasang jerat, dan

menjebak.

(f) menceroboh dengan apa jua cara.

Akta ini juga menetapkan bahawa sesiapa yang didapati melanggar larangan-larangan

tersebut boleh didakwa di mahkamah dan boleh didenda maksima sehingga RM50,000 atau 2

tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Dasar Perhutanan Negara 1978 diisytiharkan untuk bertujuan mewartakan

hutan simpan kekal supaya dapat mengekalkan habitat flora dan fauna. Seterusnya

mewujudkan hutan perlindungan iaitu keadaan iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan

air bersih, kesuburan tanah dan keadaan alam sekeliling yang memuaskan supaya kesan banjir

dan hakisan kepada sungai dan tanah pertanian dapat dikurangkan. Mewujudkan hutan

berhasil iaitu pengeluaran semua jenis keluaran hutan dalam negara akan berkekalan serta

pada kadar yang berpatutan untuk pertanian, kegunaan tempatan, dan eksport.

10

Page 13: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

9.0 Kesimpulan

Konklusinya, kajian lapangan ini penting untuk dilaksanakan agar kami lebih memahami

tentang subjek geografi secara mendalam. Pembangunan ekonomi akibat kegiatan

pelancongan di kawasan sekitar Kuala Gandah telah meningkatkan penyediaan kemudahan

infrastruktur dan kemudahan sosial. Penduduk juga telah mengalami peningkatan taraf hidup

kerana berlaku penambahan jumlah pendapatan dalam kalangan mereka yang bekerja. Walau

bagaimanapun, segala pembangunan perlulah dirancang dan kesan jangka panjangnya

difikirkan dahulu supaya tidak memberi kemudaratan kepada generasi akan datang. Selain itu,

kita hendaklah menyokong usaha pemiliharaan dan pemuliharaan spesies. Contohnya tidak

membeli barangan yang diperbuat daripada anggota badan haiwan yang dilindungi.Selain itu,

kajian secara berterusan hendaklah dijalankan agar kita dapat menyedari segera jika berlaku

masalah di kawasan kajian tersebut dan dapat mengatasinya serta merta. Tambahan lagi,

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran kurang

40,000 ekor gajah liar di Asia dan kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung

Malaysia. Kajian lapangan ini telah memberi kesedaran kepada kami tentang spesies yang

terancam serta perlu diselamatkan daripada kepupusan. Akhir sekali kami menyimpulkan

bahawa kajian lapangan ini telah menambahkan lagi pengalaman kami tentang keadaan

sebenar impak perbuatan manusia terhadap alam sekitar.

11

Page 14: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

10.0 Lampiran

Cafetaria dan tempat penjualan cenderamata.

Sebahagian petempatan penduduk Asli

Page 15: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

Sebahagian kanak-kanak masyarakatpenduduk setempat.

Pembinaan infrastruktur yang sedang dijalakan.

Page 16: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

Institut Biodiversiti

Aktiviti pembangunan bagi membina infrastruktur

Kuala Gandah

DEERLAND

Page 17: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

Aktiviti penyahhutanan

Penarahan di tebing sungai yang membawa larian air permukaan