isipadu cecair

24
Cecair merupakan salah satu keadaan bahan yang wujud di atas muka bumi ini. Cecair merupakan bendalir yang tidak mempunyai bentuk tetap mengambil bentuk bekas yang diisinya.Cecair mempunyai isipadu yang tetap. Isipadu cecair boleh diukur menggunakan dua cara iaitu: i) menggunakan alat pengukuran bukan piawai ii) menggunakan alat pengukuran piawai Contoh alat pengukuran bukan piawai adalah seperti berikut: Sudu Cawan Jag Mug APA ITU CECAIR ? BAGAIMANA MENGUKUR CECAIR?

Upload: suwita-mat-saad

Post on 26-Jun-2015

2.247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isipadu cecair

Cecair merupakan salah satu keadaan bahan yang wujud di atas muka bumi ini. Cecair

merupakan bendalir yang tidak mempunyai bentuk tetap mengambil bentuk bekas yang

diisinya.Cecair mempunyai isipadu yang tetap.

Isipadu cecair boleh diukur menggunakan dua cara iaitu:

i) menggunakan alat pengukuran bukan piawai

ii) menggunakan alat pengukuran piawai

Contoh alat pengukuran bukan piawai adalah seperti berikut:

Sudu Cawan

Jag Mug

Gelas Mangkuk

APA ITU CECAIR ?

BAGAIMANA MENGUKUR CECAIR?

Page 2: Isipadu cecair

Basin Botol

Contoh alat pengukuran piawai adalah seperti berikut:

Silinder Penyukat Bikar

Kelalang Kon Burette

Pipette Jug Penyukat

Page 3: Isipadu cecair

Aktiviti Pemulihan

Sudu Penyukat Cawan Penyukat

Sasaran: Kumpulan Berpencapaian Rendah

Objektif Pembelajaran

Murid-murid akan diajar cara menyukat dan membandingkan isipadu cecair secara jelas

menggunakan unit bukan piawai.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran murid dapat membandingkan dua bekas isipadu cecair menggunakan

unit bukan piawai.

Bahan bantu mengajar:

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 4: Isipadu cecair

Guru perlu memastikan penggunaan alat penyukat samada alat bukan piawai ataupun alat

piawai mestilah menggunakan bahan lutsinar dan cecair yang berwarna.Penggunaan bahan

sebegini boleh:

i) membantu murid memahami konsep dengan lebih jelas dan tepat.

ii) murid dapat melihat dengan jelas bacaan isipadu air.

Beberapa biji gelas kosong 1 jag air berwarna 1 botol air berwarna

Aktiviti:

A. Demonstrasi

1. Guru meletakkan beberapa biji gelas di atas meja.Guru menyoal murid tentang

persamaan yang terdapat di antara kesemua gelas yang dipamerkan.

2. Guru menunjukkan satu jag air berwarna.Guru meminta murid menganggarkan satu

jag air berwarna dan satu botol air berwarna bersamaan berapa jumlah gelas yang

boleh mengisinya.

3. Murid memberi respon.Contoh: 1 jag = 4 gelas dan 1 botol = 2 gelas

4. Guru menunjukkan cara yang betul menuangkan air ke dalam cawan.

i. Letakkan gelas di atas permukaan yang rata.

ii. Tuang air perlahan-lahan ke dalam gelas supaya tidak tumpah

iii. Guru ingatkan murid air yang tertumpah boleh mempengaruhi bacaan sebenar

air di dalam jag.

Page 5: Isipadu cecair

B. Permainan Stesen

1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.

2. Guru menyediakan 3 stesen

3. Pada setiap stesen diletakkan bekas yang berbeza-beza.

Contohnya seperti di bawah:

STESEN 1

Beberapa biji mangkuk 1 jag air berwarna 1 botol air berwarna

STESEN 2

Beberapa biji cawan 1 teko air berwarna 1 mangkuk air berwarna

STESEN 3

Beberapa biji botol 1 bekas air berwarna 1 bekas air berwarna

Page 6: Isipadu cecair

4. Di setiap stesen guru meletakkan kad arahan yang mengandungi tugasan yang perlu

dilakukan oleh setiap kumpulan .

Contoh kad arahan adalah seperti berikut:

STESEN 1

1. Isi air di dalam jag ke dalam mangkuk.

2. Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.

3. Ulangi langkah dengan air di dalam botol pula.

4. Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.

5. Jawab soalan yang disediakan

STESEN 2

1. Isi air di dalam teko ke dalam cawan.

2. Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.

3. Ulangi langkah dengan air di dalam mangkuk pula.

4. Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.

5. Jawab soalan yang disediakan

Page 7: Isipadu cecair

5. Guru mengedarkan kad aktiviti kepada setiap kumpulan.

Contoh kad aktiviti untuk setiap stesen adalah seperti berikut:

Arahan:

i. Catatkan bacaan kamu pada ruang yang disediakan.

ii. Warnakan jumlah mangkuk yang boleh diisi dengan air di dalam jag dan air di

dalam botol.

iii. Jawab soalan yang disediakan di dalam kad aktiviti

STESEN 1

STESEN 3

1. Isi air di dalam bekas A ke dalam botol.

2. Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.

3. Ulangi langkah dengan air di dalam bekas B ke dalam botol pula.

4. Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.

5. Jawab soalan yang disediakan

Page 8: Isipadu cecair

Bekas Sukatan

1 jag air berwarna = ......................mangkuk

Bekas Sukatan

1 botol air berwarna= ....................... mangkuk

Page 9: Isipadu cecair

a) Jumlah isipadu air di dalam jag bersamaan dengan ..........................cawan

b) Jumlah isipadu air di dalam botol bersamaan dengan......................cawan.

c) Bekas yang manakah boleh mengisi air dengan banyak?

.............................................

STESEN 2

Bekas Sukatan

1 teko air berwarna = ......................cawan

Bekas Sukatan

Page 10: Isipadu cecair

1 mangkuk air berwarna= ....................... cawan

a) Jumlah isipadu air di dalam teko bersamaan dengan ......................... cawan.

b) Jumlah isipadu air di dalam mangkuk bersamaan dengan......................cawan.

Page 11: Isipadu cecair

c) Bekas yang manakah boleh mengisi air dengan banyak?

.............................................

STESEN 3

Bekas A Sukatan

1 bekas (A) air berwarna = ......................botol

Bekas B Sukatan

1 bekas ( B) air berwarna= ....................... botol

Page 12: Isipadu cecair

a) Jumlah isipadu air di dalam bekas A bersamaan dengan ......................... botol

b) Jumlah isipadu air di dalam bekas B bersamaan dengan......................botol.

c) Bekas yang manakah boleh mengisi air dengan banyak?........................

5. Masa yang diperuntukkan pada setiap stesen 10 minit.

6. Setelah tamat 10 minit wisel akan dibunyikan 2 kali dan kumpulan bergerak ke stesen

seterusnya.

7. Permainan dikira tamat apabila semua kumpulan telah selesai meyukat isipadu cecair

di ketiga-tiga stesen.

C. Aktiviti Bertulis/Lembaran Kerja

Page 13: Isipadu cecair

Aktiviti Pengayaan

Nama:.................................................... Tarikh:...................

Kelas:.......................................

Isi tempat kosong dengan jawapan

Isipadu air di dalam baldi =..........................botol air.

Isipadu jus oren di dalam jag = ........................gelas jus.

Isipadu satu teko kopi = ........................ cawan kopi.

Isipadu sup di dalam periuk = ....................... mangkuk sup

Sasaran: Kumpulan Berpencapaian Tinggi

Page 14: Isipadu cecair

Objektif Pembelajaran

Murid-murid akan diajar cara menyukat dan membandingkan isipadu cecair secara jelas

menggunakan unit piawai.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran murid dapat membandingkan dua bekas isipadu cecair menggunakan

unit piawai.

Bahan bantu mengajar:

1 jag air berwarna Sebuah silinder penyukat

1000ml

1 botol air berwarna

Aktiviti:

A. Demonstrasi

1. Guru menunjukkan satu jag air berwarna.Guru meminta murid menganggarkan satu

jag air berwarna dan satu botol air berwarna bersamaan berapa isipadu air dalam

mililiter.

2. Murid memberi respon.Contoh: 1 jag = 2 liter dan 1 botol = 1 liter

3. Guru menunjukkan cara yang betul menuangkan air ke dalam silinder penyukat.

i. Letakkan silinder penyukat di atas permukaan yang rata.

ii. Tuang air perlahan-lahan ke dalam silinder penyukat.

iii. Baca isi padu cecair pada kedudukan B seperti gambarajah di bawah.

Page 15: Isipadu cecair

B. Permainan Isi Air Dalam Bekas

i) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

ii) Guru menyediakan 3 buah stesen iaitu Stesen A, Stesen B dan Stesen C yang

berbeza peralatan.Contohnya seperti di bawah:

STESEN A

Bekas Alat Penyukat

STESEN B

Bekas Alat Penyukat

STESEN C

Bekas Alat Penyukat

Page 16: Isipadu cecair

iii) Setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen apabila wisel dibunyikan.

iv) Pada setiap stesen murid perlu mengukur isipadu air dengan menggunakan alat

piawai yang diletakkan.

v) Murid dikehendaki mencatatkan hasil pemerhatian mereka didalam lembaran

kerja yang telah disediakan.Contoh lembaran kerja adalah seperti berikut:

STESEN A

Bekas Alat Penyukat

1 bekas air =......................ml

STESEN B

Bekas Alat Penyukat

Page 17: Isipadu cecair

1 baldi air = ........................ml

STESEN C

Bekas Alat Penyukat

1 basin air = ........................ ml

vi) Masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen ialah 10 minit.

vii) Wisel akan dibunyikan 2 kali menandakan masa tamat 10 minit.

viii) Kumpulan murid perlu bergerak ke stesen yang berikutnya.

ix) Permainan di kira tamat apabila ketiga-tiga kumpulan telah selesai melakukan

pemerhatian ke atas ketiga-tiga stesen.

C. Aktiviti Bertulis/Lembaran Kerja

Page 18: Isipadu cecair

Latihan 1: Isi tempat kosong

Isi padu air di dalam bekas ikan ialah........................liter.

Isipadu air di dalam jar ialah............................liter.

Isipadu air di dalam termos air panas ialah...................liter.

Isipadu air di dalam bekas air ialah......................liter

Latihan 2: Isi tempat kosong

Bekas A Bekas B

Bekas C Bekas D

Page 19: Isipadu cecair

a) Bekas A dapat mengisi .......................... liter air.

b) Bekas B dapat mengisi...........................liter air.

c) Bekas C dapat mengisi............................liter air.

d) Bekas D dapat mengisi............................liter air.

e) Bekas C mempunyai.................isipadu berbanding bekas A.

f) Bekas D mempunyai isipadu yang..................dengan bekas A.

Latihan 3:

Warnakan silinder penyukat untuk menunjukkan isipadu air sebenar di dalam bekas yang

ditunjukkan.

Page 20: Isipadu cecair

a)

2 liter jus tembikai

b)

5 liter jus orange

c)

3 liter jus kiwi