hikayat raja pasai kump. 5

52
BMS3022 Karya Agung Melayu MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI D20111047670 MOHD IRFAN BIN ARIFIN D20111047663 MASDA BINTI ALWI D20111047628 NAJWA KHAIRANI BINTI AZMAN D20111047631 NURUL NAEMAH BINTI A WAHAB D20111047664

Upload: m-ma-nurna

Post on 11-Apr-2017

864 views

Category:

Presentations & Public Speaking


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

BMS3022Karya Agung Melayu

MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI D20111047670 MOHD IRFAN BIN ARIFIN D20111047663 MASDA BINTI ALWI D20111047628 NAJWA KHAIRANI BINTI AZMAN D20111047631 NURUL NAEMAH BINTI A WAHABD20111047664

Page 2: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Karya Agung Melayu‘Karya agung’ ialah karya ulung yang

meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa (Mohd Rashid Idris et.al, 2014).

Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, nilai budaya, ilmu, falsafah dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.

Page 3: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Hikayat Raja Pasai• Hikayat ini mencakupi peristiwa-peristiwa yang

terjadi dalam tempoh waktu antara 1280 dan 1400 M atau bertepatan dengan 680 H hingga 800 H.

• Menurut Jones (1999), terdapat 3 manuskrip Hikayat Raja Pasai.

- The Royal Asiatic Society,london.- Bibliotheque Nationale,Paris. (manuskrip di salin)- British Library, London.• R.O winstedt menyatakan Hikayat Raja Pasai

ditulis pada abad ke – 15.

Page 4: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Sinopsis

Page 5: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Pemikiran(Isi dan Mesej)

Page 6: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Pemikiran bermula dengan idea, yang kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan. (Mohd Rashid Idris et.al, 2014).

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi ke empat (2010), mesej bermaksud sesuatu gagasan, pengajaran dan lain-lain yang hendak disampaikan di dalam sesuatu karya sastera.

Pemikiran (Isi dan Mesej)

Page 7: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

KEDATANGAN ISLAMPerjalanan Sheikh Ismail ke Samudera

untuk mengislamkan orang-orang di situ.Merah silu bermimpi berjumpa dengan

Nabi Muhammad SAW yang mengajarnya dua kalimah syahadah.

KEAGUNGAN SALASILAH RAJA PASAI Merah silu merupakan anak

kepada Puteri Betung dan Merah Gajah.

Kelebihan keturunan raja yang berbeza dengan rakyat biasa.

Page 8: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

KEHEBATAN RAJA PASAINegeri Pasai bertambah makmur dan maju.Merah Silu terus memeluk Islam selepas

bermimpi berjumpa Nabi Muhammad

Kesetiaan Tun Beraim Bapa kepada ayahandanya iaitu Sultan Ahmad.

KESETIAAN KEPADA RAJA

Page 9: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Kemunculan Negeri baru• Samudera diambil daripada nama

seekor semut besar sebesar seekor kucing.

• Pasai pula sempena nama anjing baginda.

Page 10: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Nilai-nilai yang terkandung dalam hikayat raja pasai

Page 11: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

DEFINISI BUDAYA• Definisi budaya• Budaya adalah suatu cara hidup yang

berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok manusia dan diwariskan dari satu generasi ke generasi lain. Budaya terhasil dari banyak unsur yang rumit, tidak tertumpu kepada sesuatu sistem sahaja.

• Sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan dan ikutan akan menjadi budaya termasuklah sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni.

Page 12: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Nilai Kasih Sayang“…maka hendak diparang oleh Raja Muhammad rebung itu, maka

keluar seorang kanak-kanak perempuan terlalu baik parasnya;

maka dibuangkannyalah gedubangnya, lalu segera diambilnya

kanak-kanak itu, [di]dukungnya lalu dibawanya pulang ke

rumahnya. Serta dilihat oleh isteri baginda Raja Muhammad

mendukung kanak-kanak itu, maka segeralah didapatkan oleh

isteri baginda lalu disambut.” (Halaman 1)

Kasih sayang Raja Muhammad terhadap bayi perempuan.

Page 13: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

NILAI HORMAT-MENGHORMATI“Setelah baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda

itu, maka

adinda pun memberi hormat kepada kakanda itu berpesilakan

duduk.Maka baginda pun duduk duduklah dua laki isteri dan

adinda pun duduklah mengadap dua laki isteri.” (Halaman

2)

Rasa hormat Raja Muhammad terhadap kekandanya iaitu Raja Ahmad

Page 14: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

TIDAK BERPUTUS ASA

“Maka segala orang dalam negeri itu pun dengaranlah akan 

Merah Silu itu. Maka kata segala orang dalam negeri itu,

‘Binatang apa dibawa ini; jikalau demikian janganlah tuan-

tuan duduk berama-sama dengan kami.’ Setelah Merah Silu

menegar kata mereka sekalian, maka kata Merah Silu, ‘Hai

segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu

sementara hamba mencari tempat duduk.”

(Halaman

8)

Merah Silu tidak berputus asa walaupun menerima banyak dugaan.

Page 15: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

NILAI KEAGAMAAN“Maka pada keesokan harinya datanglah fakir itu  membawa Quran tiga puluh juz

itu kepada Sultan Malikul Saleh; maka diunjukkannya oleh fakir itu Quran

kepada  Sultan Malikul Saleh; maka disambutnya dengan | takzim lalu dijunjungnya

serta dibukanya lalu dibacanya, tiadalah ia minta ajari lagi, tahulah ia membaca dia

sendirinya; maka fakir dan Syekh Ismail pun keduanya mengucap, ‘Al-hamduli’lllahi

Rabbi’l-alamin’.” (Halaman 13)

Merah Silu bertukar nama kepada Sultan Malikul Saleh setelah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan telah diislamkan sendiri oleh baginda nabi.

Page 16: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

KETINGGIAN DARJAT RAJA

• Pengislaman Merah Silu melalui mimpi

• Perbezaan raja dan rakyat• Mengukuhkan kedudukan raja

Page 17: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

UNSUR-unsur mitosSeorang puteri muncul daripada rebung

betung.

Mendapat putera yang dipelihara oleh gajah.

Cacing gelang-gelang yang berubah menjadi emas dan perak setelah direbus.

Page 18: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Adat Dan Istiadat Melayu.• Menurut kamus dewan edisi keempat

(2010), adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun di dalam sesuatu masyarakat sehingga ia merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

• Istiadat menurut kamus dewan edisi keempat (2010)pula bermaksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

Page 19: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Adat Pertabalan Raja.Dapat di lihat dari episod pertabalan Malikul Salleh setelah menjadi raja Islam;“Setelah datang segala perkakas adat kerajaan, maka pada ketika yang baik, berhimpunlah segala hulubalang dan rakyat mengadap...maka hulubalang sekaliannya bersaf-safduduk mengadap nobat Ibrahim Khalil.”

Tentang pengurniaan gelaran pembesar-pembesar semuanya di beri oleh raja;“Adapun orang besar dalam negeri itu dua orang, bemama Tan sri kaya bergelar Sayyid Ali Ghiyatuddin dan Baba Sri Kaya Bergelar Sayyid Asmayuddin.”

Adat pengurniaan gelaran pembesar-pembesar .

Page 20: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Adat sewaktu seorang raja dilahirkan

Dapat dilihat dalam hikayat ini contohnya;“Maka titah baginda orang pemalu gendang dan segala bunyi-bunyian, berjaga-jaga seperti adat segala raja-raja beranak. Maka pada hari menjejakkan tanak dan berakikah maka segala rakyat pun berhimpun makan minum. Baginda memberi kumia akan segala hulubalang, menteri dan rakyat kecil besar, fakir dan miskin sekaliannya.”

Dalam adat melayu perlu diadakan upacara perkahwinan diadakan dengan meriah dan menurut kelaziman seperti meminang, hantaran dan memilih jodoh. Contohnya dalam peminangan sultan Malikul Salleh ke Perlak;“Maka diangkat oranglah sireh dalam junjong, suasa dan perak lalu disampaikan kepada menteri-menteri dan sekalian yang datang.”

Adat Perkahwinan Raja

Page 21: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

NILAI ILMU

Page 22: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

DEFINISI• Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi

Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan lain-lain.

• Ilmu dan maklumat yang ingin dikaji berdasarkan karya agung merupakan ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu pengasih, strata masyarakat Melayu, adat dan istiadat Melayu.

Page 23: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

• Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat.

Ilmu firasat

Page 24: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Ilmu firasat Ilmu firasat yang dilakukan terhadap binatang. Anjing

diberikan penghormatan oleh Raja-raja Melayu zaman terdahulu. Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sesebuah negeri. Anjing perburuan itu telah menyalak disebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malikul Saleh kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu dinamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi. Contoh petikan:

“Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di Rimba Jerana itu. Sekali persetua pada suatu hari Merah Silau pergi berburu. Maka ada seekor anjing dibawanya akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu. Maka dilihatnya ada seekor semut besarnya seperti kucing. Maka itu pun disuruh Merah Silau tebasi pada segala orang yang sertanya itu. Maka setelah itu diperbuatnya akan istananya.”

(Hikayat Raja Pasai,2004)

Page 25: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Ilmu Jampi • Jampi menurut Kamus Dewan (2010),

membawa makna kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Mana Sikana (1996) pula berpendapat bahawa jampi serapah tidak hanya sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada hubungannya dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi dikatakan sebagai sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutama pada perubatan. Pawang sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.

Page 26: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

• “ Maka jogi itu pun pengsan sebab daripada keramat sultan itu.”

• (Hikayat Raja Pasai: 35)• Berdasarkan ayat di atas, jelaslah

bahawa jampi juga ada diceritakan dalam Hikayat Raja Pasai. Hal ini kerana ayat tersebut menunjukkan bahawa jogi itu pengsan disebabkan sultan tersebut mempunyai tongkat sakti atau tongkat yang telah dijampi.

Page 27: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

• Menurut Kamus dewan bahasa edisi keempat (2010), perkataan strata dapat didefinisikan sebagai tingkat kedudukan, peringkat taraf (dalam susunan atau hierarki tertentu)

• Hikayat Raja Pasai telah memaparkan susunan lapisan pemerintahan beraja sultan berketurunan Raja Pasai.

Strata Sosial Masyarakat Melayu

Page 28: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Raja / SultanGelaran raja ialah Tuanku, paduka atau syah alam. Pangkat Pegawai

Kerajaan (menteri-menteri,

hulubalang, sida-sida, embuai, pendeta serta

pegawai-pegawai kanan iaitu orang besar-besar)Peringkat Kampung

-Terdapat ketua-ketua yang dipanggil pendekar atau

penghulu.Peringkat Rakyat biasa

-Hamba, sahaya dan hamba tuan (Kerja-kerja berat dijalankan oleh biti-biti)

Rajah Susun Lapis

Pemerintahan

Dalam H.R.P

Page 29: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

• Terdapat juga ilmu-ilmu lain yang digunakan secara tidak langsung di dalam karya ini seperti nilai ilmu estetika, teologi, pensejarahan dan lain-lain lagi.

Page 30: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

PANDANGAN HIDUP

Page 31: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Pandangan Hidup (Falsafah)

• Konsep pandangan hidup mengaitkan alam semesta secara keseluruhan.

• Pandangan hidup mempunyai kaitan dengan falsafah.

• Falsafah berasal daripada perkataan Yunani iaitu philosophia, iaitu ‘philo’ ertinya cinta dan ‘sophia’ ertinya nikmat.

Page 32: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

1.Falsafah Melayu• Kehidupan masyarakat Melayu

sememangnya tidak terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi.

• Masyarakat Melayu sangat mementingkan aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat.

• Nilai yang disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan.

• Nilai dan etika yang dipegang menjadi cerminan kepada masyarakat Melayu dan membentuk jati diri mereka dalam interaksi dan kehidupan bermasyarakat.

Page 33: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

a) Adab rakyat terhadap pemerintah.• Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa semasa Raja

Muhammad bersama segala rakyatnya menebas rimba.

“Di tengah rimba itu terdapat serumpun buluh betung yang terlalu rimbun. Sekalian rakyat menebas dan menebang pohon buluh itu. Akan tetapi, sebaik ditebas, buluh itu akan kembali tumbuh semula. Kemudian Raja Muhammad sendiri yang menebas buluh betung itu dan habis semua buluh betung itu ditebang oleh baginda”

(Hikayat Raja Pasai, 2004: 1-2)

Page 34: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

b) Kedaulatan dan kesaktian raja

“Raja Muhammad terpandang rebung buluh di tengah-tengah buluh betung itu besarnya seperti badan manusia. Baginda hendak menenbang rebung itu, maka sekonyong-konyong keluar seoarang kanak-kanak perempuan. Rupa paras anak itu terlalu cantik”

(Hikayat Raja Pasai, 2004: 2)

Page 35: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

c) Taat kepada perintah raja dan kerabatnya

“Tuan puteri itu menyuruh hulubalang yang bernama Tun Perpatih Jena pergi ke setiap negeri untuk melukiskan rupa segala anak raja-raja yang ada pada segala negeri serta membawa kertas seperti dan dakwat penuh sekoci dan kalam seberkas.”

(Hikayat Raja Pasai, 2004: 96)

Page 36: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

2. Falsafah Alam• Hubung kait antara manusia dan

alam sekitarnya iaitu cara manusia menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan alam.

• Alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Perkataan alam sekitar merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.

Page 37: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

a) Pemilihan kosa kata berunsur alam

“Raja Ahmad bercerita kepada orang tua itu yang mereka sedang memburu binatang hutan, akan tetapi masih tidak bertemu dengan sebarang binatang buruan. Setelah itu, Raja Ahmad bercerita kepada orang tua itu bahawa saudaranya mendapat seorang kanak-kanak perempuan di dalam rebung buluh betung”

(Hikayat Raja Pasai, 2004: 4)

Page 38: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

b) Kaitan alam dengan peristiwa dalam Hikayat Raja Pasai

“Anak itu diberikan nama Puteri Betong”(Hikayat Raja Pasai, 2004: 2)

• Raja Muhammad telah menjumpai seorang kanak-kanak perempuan yang cantik di celahan rimbunan pohon buluh betung.

• Anak itu dinamakan sebagai Puteri Betong berdasarkan tempat ia ditemui.

Page 39: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

3. Falsafah Islam• Falsafah ialah satu disiplin ilmu yang

mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.

• Menerangkan pertalian antara manusia dengan penciptanya, antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan persekitarannya.

• Falsafah Islam tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-Quran dan as-Sunnah

Page 40: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Wasiat Maliku’l-Saleh

“Barang siapa yang tiada menghukumkan dengan barang hukum yang diturunkan Allah, maka bahawasanya mereka itu jadi kafir. ”

(Hikayat Raja Pasai 2004: 41)

Page 41: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Gaya Bahasa (Seni Bahasa)

Page 42: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Gaya Bahasa (Seni Bahasa)• Menurut Za’aba, “gaya bahasa ialah

rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang.”

• Dikatakan sebagai kekuatan perbandingan yang dipakai dalam karangan.

• Bahasa yang dipakai itu ialah untuk menimbulkan daya (iaitu kata-kata biasa, sindiran dan perbandingan)

Page 43: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Gaya bahasa dalam Hikayat Raja Pasai

• a) Simile- Perbandingan yang menggunakan kata konkrit

(boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung).

- menggunakan kata seperti bagai, umpama, seperti, sebagai dan sebagai bagi tujuan membandingkan atau menyamakan sesuatu benda. Antara contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai ialah

– Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri.

Page 44: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

• b) Hiperbola / Bahasa melampau-lampau- Lalu Merah Silau melihat di sana terdapat seekor semut

yang sangat besar, sebesar seekor kucing.

• c) Pengulangan– Dia meminta untuk mencabut rambut itu dari Puteri Betung

tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya.

• d) Sinkope -Rombongan itu pun belayar mencari negeri Samudera.

• e) Pertentangan– Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul

Mansur memerintah negeri Pasai.

• f) Penggunaan Bahasa Asing- wasiat, mualim, sheikh, rahmahtullah dsb.

Page 45: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

TEKNIK KEPENGARAN

GAN

Page 46: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Teknik Kepengarangan• Kepengarangan bermaksud perihal yang

berkaitan pengarang. • Menurut Karya Agung Melayu (2014: 98),

kepengarangan dianalisis daripada aspek keperibadian yang dicapai pengarang.

• Secara umumnya, kepengarangan membawa maksud penciptaan dan olahan yang dilakukan oleh pengarang terhadap watak-watak yang terdapat dalam karyanya.

Page 47: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

• Estetika pula menurut Karya Agung Melayu (2014: 97) menyatakan menilai teks sastera dengan merujuk kepada aspek keindahan dan kekuatannya.

• Merupakan rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran.

• Selalunya merujuk kepada keindahan yang berkait rapat dengan kesan daripada pengalaman perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan.

• Keindahan juga terpancar daripada pengolahan bahasa..

• Kesannya, kisah-kisah yang menarik dan luar biasa yang digarap oleh pengarang.

Page 48: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

a) Kepengarangan dan estetika dalam Hikayat Raja Pasai

“Di tengah rimba itu terdapat serumpun buluh betung yang terlalu rimbun. Sekalian rakyat menebas dan menebang pohon buluh itu. Akan tetapi, sebaik ditebas, buluh itu akan kembali tumbuh semula. Kemudian Raja Muhammad sendiri yang menebas buluh betung itu dan habis semua buluh betung itu ditebang oleh baginda”

(Hikayat Raja Pasai, 2004: 1-2)

Page 49: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

“Sultan mendengar suara itu, maka baginda mengambil air sembahyang lalu sembahyang dua rakaat serta salam. Belum pun selesai baginda memberi salam, maka datanglah wa’du’llah atas baginda diambil malaikatul maut nyawa baginda lalu ia kembalilah ke rahmatullah. Menurut suatu cerita, baginda mati semasa sedang sujud. Segala manusia hairan melihat baginda.”

(Hikayat Raja Pasai, 2004: 55-56)

Page 50: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

KESIMPULAN• Hikayat Raja Pasai merupakan antara

karya yang menceritakan asal usul keturunan Raja pasai.

• Segala bentuk, nilai ilmu, nilai budaya , seni bahasa dan lain-lain lagi memperlihatkan karya ini adalah antara karya tradisional yang wajar diberikan perhatian memandangkan ia turut merupakan antara warisan Melayu yang agung

Page 51: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

Sekian Terima Kasih

Page 52: Hikayat Raja Pasai Kump. 5

RUJUKAN

• Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Abu Hassan Abdul (2013). Seni mengarang. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

• Mohd Rashis Md Idris (2014). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

• http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2338/hikayat-raja-pasai