documenthe

2
Tutorial (MInggu 2) : Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. a. Ekonomi - Setiap golongan etnik di negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa p kerana mereka semua adalah rakyat negara ini. - Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi denga adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara. - Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. - Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada negara dalam perkembangan ekonomi negara. Tanpa adanya perpaduan yang kitakecapi ini kemungkinan besar negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini. b. Budaya - Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah meujudkan budaya yang pelbagai dalam negara. Seperti yang kita ketahui, negara !alaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. "engan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama etnik di negara kita. - !erapatkan lagijurang perbe#aan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. - !enghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti.

Upload: pei-chin

Post on 02-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Tutorial (MInggu 2) : Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

a. Ekonomi Setiap golongan etnik di negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapatmenjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada negara dalam perkembangan ekonomi negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.

b. Budaya Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam negara. Seperti yang kita ketahui, negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama etnik di negara kita. Merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat negara ini.

c. Keselamatan Dapat mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Dapat melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan negara. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan negara kita Malaysia.