chitty hub.etnik

Upload: bent

Post on 19-Jul-2015

1.644 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

MASYARAKAT CHIITTY

PENGENALAN Kebanyakan orang di Malaysia sama sekali tidak menyedari kewujudan komuniti etnik India kecil yang disebut Chitty atau peranakan Hindu Melaka jika dibandingkan dengan para Baba & Nyonya Melaka. Maka masyarakat Chitty kurang diketahui oleh orang awam Malaysia. Alasan yang paling mungkin adalah bahawa komuniti ini belum menonjol dalam perniagaan dan politik tidak seperti sepupu peranakan mereka, Baba & Nyonya.

Sebenarnya, istilah Chitty ialah gelaran masyarakat berasal daripada perkataan Sresthi atau dalam bahasa Sanskrit bermaksud orang kaya atau pedagang.

Walaupun masyarakat

Chitty seakan menyamai kumpulan chettiar, tetapi mereka adalah

masyarakat yang berbeza. Jika Chettiar memang terkenal sebagai pemberi hutang dan berniaga, Chitty Melaka pula lebih terdedah kepada pelbagai pekerjaan, termasuk makan gaji dan hanya sebilangan kecil menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Perkahwinan campur dengan orang tempatan juga mengubah wajah masyarakat ini, sekali gus kelihatan sangat berbeza dengan orang India, khususnya generasi baru yang ada berkulit putih gebu, sawo matang dan hitam manis. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ramai juga dalam kalangan gadis mereka mempunyai rupa paras menarik.

Penggunaan perkataan Chitty dilihat kurang sesuai lantaran ia sebenarnya hanya mewakili satu kluster daripada 10 kumpulan lain yang terbabit secara langsung dengan kewujudan masyarakat itu di Melaka sejak beratus tahun lamanya akibat hubungan perdagangan kawasan di Benua Hindi dengan beberapa negeri di Nusantara.

Bagi masyarakat itu yang kini kebanyakannya menetap di Kampung Chetti, Melaka, etnik minoriti itu lebih tepat dikenali Chetti, malah ia turut digunakan secara rasmi bagi menamakan muzium mereka (Muzium Chetti) yang terletak di pintu masuk perkampungan itu.

______________________________ R. Rabeendran, Ethno-Racial Marginality in West Malaysia: The Case of the Peranakan Hindu Melaka or MalaccaChitty Community. Lecture, Department of Anthropology and Sociology, University of Malaya, 1976. p.1.

1|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang-orang Melayu iaitu nasi. Namun terdapat juga makanan tradisi mereka yang biasanya dihidangkan pada harihari kebesaran ugama atau perayaan. Makanan itu ialah tause dan itali. Kedua-dua makanan ini diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus. Masyarakat 'India Chetty' ini menganut agama Hindu. Mereka adalah penganut agama yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan pantang larang. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah dipercayai perayaan ini turut disambut oleh masyarakat India tetapi bagi masyarakat Chetti ia bermula lebih awal. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13 Januari) yang bermaksud bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi' (bermulanya perayaan Ponggol). Untuk menghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi baru, beberapa pertandingan diadakan seperti mengikat Talapa (serban kepala), menganyam daun kelapa (mateh), mengikat bunga (Sarem) dan melukis Kolem. Asimilasi dengan masyarakat tempatan menyebabkan bilangan etnik ini kian berkurangan. Di Kampung Chetty yang menjadi satu lokasi penempatan mereka, hanya ada kurang 25 rumah daripada 50 kediaman itu yang didiami keluarga berketurunan itu manakala bakinya disewa orang Cina. 1Jika mahu dihitung, populasi masyarakat itu dikatakan sekitar 500 orang di seluruh Malaysia. Ini dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam pendidikan dalam kalangan generasi mudanya juga menyumbang kepada kemerosotan jumlah populasi masyarakat Chetty Melaka apabila mereka berhijrah ke bandar sama ada untuk

1

Narinasamy, Indian Melaka Chitties, p. 243-244. SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

2|Page

menyambung

pengajian

atau

berkahwin

dengan

kaum

lain.

Di sini, kami dapat menyelami cara hidup mereka dan dapat mendedahkan banyak keunikan terutama membabitkan budaya, bahasa, sejarah serta sumbangan mereka. .

Perkahwinan campur

3|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

KAJIAN LAPANGAN Bagi memenuhi tugasan yang telah diberikan, kami menggunakan kaedah kajian lapangan iaitu dengan cara menebual sendiri salah seorang masyarakay Chitty, iaitu Aunty Bavanee yang telah menetap di Kg. Gajah Berang, Melaka. Bibliografi Mrs. Bavanee Nama Umur Bil anak : Bavanee a/p Poovarisam : 75 tahun : 6 orang

Mrs. Bavanee bersama cucu

anak-anak Mrs. Bavanee

Cucu-cucu Mrs. Bavane

4|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

Berikut adalah sesi temu ramah yang telah dijalankan di antara kami dan beliau:

Q: kami ingin menemubual Aunty Bavanee mengenai Masyarakat Chitty bagi memenuhi tugasan kami ini. Jadi, bolehkah makcik ceritakan sejarah dan asal usul kemunculan Masyarakat Chitty sehingga menetap di Melaka sehingga kini. A: sebenarnya, Masyarakat Chitty ini wujud hasil daripada perkahwinan campur antara pedagang Hindu dari pantai Coromandel, India dengan masyarakat tempatan daripada

keturunan Melayu, Cina, Jawa, dan Batak di mana mereka singgah dan berdagang di Pelabuhan Melaka ketika itu untuk berdagang rempah dan mereka menetap di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

Q: betulkah masyarakat Chetty telah wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

A: mengikut ceritanya, memang masyarakat Chetty wujud lebih awal ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, di mana ketika itu, seorang Bendahara Melaka yang dilantik selepas kemasukan Portugis berketurunan Chitty iaitu Naina Chetu, yang dikatakan terbabit membantu Portugis untuk menawan Melaka. Ini yang membuktikan kewujudan masyarakat Chitty sebelum kemasukan portugis, kerana agak mustahil jika masyarakat Chitty wujud selepas kemasukan Portugis kerana Portugis mempunyai dasar tidak membenarkan orang luar

menjalankan perniagaan kerana mereka sendiri mahu memonopoli semua aktiviti itu. Tetapi, semua ini tidak ada bukti bertulis, cuma yang diperkatakan adalah mengenai Tanjung Keling di mana kewujudan Tanjung Keling dapat membuktikan yang masyarakat dari Selatan India sudah ada di Melaka sejak begitu lama.

5|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

Q: bagaimana pula kewujudan dan keadaaan masyarakat Chitty ketika zaman Belanda? A:ketika zaman Belanda, kewujudan masyarakat Chittty lebih terserlah apabila mereka diberikan geran rasmi Belanda pada tahun 1781 bagi pembinaan kuil di Kampung Keling dan pembinaan kuil di situ menjadi bukti bahawa masyarakat Chitty adalah penduduk lama di Melaka kerana agak mustahil untuk orang luar mendapat tanah secara sah di kawasan pesat membangun di tengah bandar Melaka (kini di Jalan Tukang Emas), kerana mereka telah memberi tekanan kepada Belanda untuk mendapat hak mereka sebagai penduduk lama di situ dan akhirnya, terbinalah Kuil Sri Poyyatha Vinayagar, bersebelahan masjid yang dibina masyarakat Keling Islam.

Q: kami difahamkan bahawa masyarakay Chitty telah berpindah dari Kampung Keling ke Tengkera, Bacang dan Gajah Berang dan menetap di situ sehingga sekarang. Apakah puncanya? A: perpindahan ini berlaku di sebabkan kegiatan ekonomi masyarakat Chitty sebagai pedagang mula merosot selepas kedatangan Belanda kerana berlaku sekatan dan menghalang peniaga menjalankan pelbagai perniagaan. Ketika itu, pihak Belanda hanya membenarkan satu jenis barang diniagakan dan ini menyebabkan tidak ramai peniaga Chetty mampu bertahan. Akhirnya mereka menjadi petani dan tidak mampu tinggal di Kampung Keling dan kerana itu mereka terpaksa berpindah tempat.

Q: apakah kesan atau akibat setelah masyarakat Chitty berpindah ke Gajah Berang? A: kesan yang paling ketara sekali adalah apabila hak penjagaan Kuil Sri Poyyatha Vinayagar telah diserahkan kepada kepada masyarakat Chettiar setelah satu perjanjian telah dibuat sejak zaman British walaupun masyarakat Chetti telah diberi geran.

6|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

Q: berbalik kepada masa kini, masyarakat Chitty telah menetap di Gajah Berang untuk sekian lama, apakah perubahan yang terjadi terutamanya dari segi kebudayaan dan cara hidup masyarakat Chitty sekarang ini? A: sebenarnya, masyarakat Chitty menganuti agama Hindu, tetapi kebudayaan dan cara hidup kami banyak dipengaruhi oleh adat kebudayaan Melayu. Kami lebih senang bertutur dalam bahasa Malayu sebagai bahasa harian termasuklah di dalam bacaan doa dan mentera ketika menjalankan upacarasembahyang. Hanya sami sahaja yang menggunakan Bahsa Sanskrit ketika mengetuai upacara tersebut. Walaupun begitu, masih ada juga sebahagian daripada kami yang bertutur dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris terutamanya generasi baru. Bercakap soal cara hidup pula, tidak banyak bezanya dengan orang Melayu. Kami juga berkain batik di rumah, berkebaya labuh atau pendek dengan kerongsang dan bersanggul, manakala kaum lelaki pula berkain pelikat, berbaju Melayu cekak musang dan memakai talapa yang mirip serban. tetapi kaum wanita suka memakai saree apabila menghadiri upacara sembahyang di kuil-kuil. Pergaulan dengan masyarakat tempatan terutamanya orang Melayu mempengaruhi jenis makanan kami di mana menu masakan saling tidak tumpah rasanya seperti menu orang Melayu, seperti dodol, wajik, baulu, dan halwa yang sentiasa menjadi makanan kegemaran kami Manakala kanak-kanak pula gemar bermain congkak dan gasing, malah kami juga sangat gemar menonton filem Melayu dengan hanya sebilangan kecil sahaja yangsukia menonton filem Tamil atau Hindi.

Q: bagaimana pula dengan keunikan kebudayaan perayaan masyarakat Chitty? A: perayaan yang disambut oleh masayarakat Chitty sangat unik kerana kami mempunyai perayaan tersendiri, iaitu Amman Thirunnal , di mana Amman adalah dewi yang dipuja oleh semua kaum Hindu. Bila tiba pada perayaan ini semua ahli-ahli keluarga yang tinggal jauh akan pulang ke kampung di Gajah Berang ini. Selain itu, kami juga mempunyai banyak pesta seperti Pesta Ponggol, Bhogi, Bhittu Ponggol, dan Kanni Ponggol.

7|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

Q: boleh terangkan serba sedikit mengenai pesta-pesta yang disambut oleh masyarakat Chitty? A: sudah tentu. Pesta yang paling meriah adalah pesta Pesta Ponggol yang juga dipanggil Pesta Menuai. Ia merupakan hari kesyukuran yang diraikan pada hari terakhir bulan Margli menurut kalender Hindu, atau 13 Januari setiap tahun. Pesta Ponggol disambut selama empat hari berturut-turut seperti berikut: (1) Bhogi ( Kenduri Simati ) diadakan pada 13 Januari, iaitu pada hari terakhir Bulan Margli ( mengikut kalender Hindu ). (2) Bitthu Ponggol ( Rumah Terbuka ) diadakan pada 14 Januari, iaitu hari pertama Bulan Thai ( mengikut kalender Hindu ).

(3) Maatu Ponggol ( Meraikan Lembu )- diadakan pada 15 Januari. (4) Kanni Ponggol ( Meraikan Anak Gadis )- diadakan pada 16 Januari.

Pada hari tersebut masyarakat Chetti akan memasak makanan tradisional seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak. Ia disediakan kira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan tersebut kerana ia perlu disiapkan dengan penuh teliti. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak kerana jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenek moyang akan mengutuk serta mendatangkan bencana kepada keluarga. Manakala wanita yang sedang mengalami haid pula, tidak dibenarkan memasak kerana ia menjadi pantang larang dalam menyediakan makanan itu untuk roh dan nenek moyang dan sudara mara yang telah meninggal dunia.

8|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

MAKLUMAT TAMBAHAN : (dari kajian lapangan) 1. Sejarah dan asal usul Proses asimilasi yang berlaku di kalangan pedagang dari Pantai Koromondal, Selatan India dengan wanita tempatan di Melaka dikatakan menjadi penyebab utama wujud kaum Chetti Melaka sehingga hari ini. Kewujudan masyarakat ini melalui proses panjang dan sukar dinyatakan dengan jelas, lantaran wujud pelbagai kemungkinan dari pelbagai kajian yang pernah dibuat.

Ada bukti menunjukkan masyarakat ini sudah terbentuk sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, malah ada yang mengatakan mereka sudah ada di Melaka sebelum Laksamana Cheng Ho menjejakkan kaki ke bumi bersejarah itu.

Catatan Cheng Ho menceritakan sebilangan orang Keling di Melaka ketika itu dan menurut beberapa pengkaji masyarakat Chetti Melaka, K Narayanasamy, hanya orang India dari Selatan yang berhijrah menjalankan urusan di Melaka ketika itu dan ia menguatkan hujah mengenai kewujudan Chetti Melaka disebabkan perkahwinan dengan orang tempatan.

2. Perkahwinan dan kesannya Pedagang yang berasal dari Kalinga Partanam atau Benua Keling ke Melaka dalam sekumpulan lelaki kerana adat Hindu melarang perempuan menyeberangi laut.

Oleh itu, ramai mereka berkahwin dengan wanita tempatan dan memulakan keluarga di Melaka, sekali gus menjadi punca pembentukan masyarakat itu sebagai minoriti. Ia diperkuatkan lagi dengan kedudukan ekonomi kukuh masyarakat itu yang menjadi tarikan utama orang tempatan mengahwini mereka.

Peraturan ketika itu membolehkan perkahwinan campur antara agama. Namun, pedagang Kalinga begitu kuat berpegang kepada agama Hindu selepas berkahwin. Ia tidak menjadi masalah kepada wanita tempatan kerana ketika itu, budaya serta cara hidup Hindu dan orang Melayu begitu dekat, malah ramai juga orang Islam pada awalnya beragama Hindu.

9|Page

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

Dalam keluarga, agama Hindu ditekankan, namun cara hidup dan bahasa lebih terarah pada kehidupan Melayu kerana anak lebih dekat dengan ibu, sekali gus mewujudkan generasi yang berbahasa Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu tetapi kuat berpegang kepada agama Hindu.

Selepas berlaku perkahwinan campur, konflik mula timbul apabila lelaki Keling sukar membawa balik isteri warga tempatan ke negara asal kerana mereka dianggap terkeluar kasta dan tidak boleh diterima masyarakat.

Mereka bimbang, jika bawa balik isteri ke India, wanita itu mungkin ditindas kerana bukan kasta mereka. Di kalangan orang India lain pula, masyarakat ini juga kurang disenangi kerana dianggap bukan satu kasta. Oleh itu, orang India tidak mahu rapat dengan masyarakat Chetti, kononnya khuatir anak mereka terikut budaya komuniti itu

3. Akibat Masyarakat Chettiar pernah memohon untuk mendirikan sebuah lagi kuil tetapi tidak mendapat kelulusan pemerintah British kerana sudah ada Kuil Sri Poyyatha Vinayagar, namun keengganan masyarakat itu untuk berkongsi menyebabkan berlaku perjanjian persefahaman antara mereka.

Perjanjian itu membolehkan masyarakat Chettiar menjaga kuil dan digunakan sepenuhnya tetapi di atas geran, ia masih milik masyarakat Chetti. Keadaan itu menjadikan tiada lagi sebarang perayaan khusus masyarakat Chetthi dapat dijalankan di situ.

Sebenarnya banyak kawasan tanah masyarakat Chetti disewakan kepada orang lain terutama masyarakat Cina kerana pelbagai sebab termasuk masalah kewangan ketika menerima tekanan Belanda. 2 Lebih teruk lagi, banyak tanah yang disewakan dengan kadar RM1 sebulan sehingga kini. Jika dikumpul dan dihitung, sebenarnya masyarakat ini mempunyai banyak tanah di Melaka.

2

D Mearns, Residence, Religion, Ethnicity and Social Change amongst the Indians of Melaka, in Sandhu, and Wheatley (eds.). Melaka. p.216.

10 | P a g e

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

4. Sumbangan Menyentuh mengenai sumbangan ke atas perkembangan agama Hindu di Melaka, Chetti Melaka adalah penyumbang utama pembukaan puluhan kuil di Bandaraya Bersejarah itu. Sehingga kini masih ada 10 kuil yang aktif digunakan termasuk Sri Poyatha Venayager Moorthi, kuil besar tertua yang masih digunakan di negara ini. Pada awal kedatangan mereka ke Melaka, masyarakat ini membina perkampungan di Kampung Keling, bersebelahan Sungai Melaka yang kini menjadi kawasan perniagaan utama masyarakat Cina, sebelum berhijrah ke Tengkera.

kuil

11 | P a g e

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

5. Sifat masyarakat Chitty Masyarakat Chitty ini mengamalkan ajaran Siva Hindu yang agak ortodoks kerana mempunyai banyak pantang larang, terutamanya mereka tidak membenarkan percampuran yang bebas diantara remaja lelaki dengan remaja perempuan, masih mengamalkan system Kasta, dan wanita-wanita hanya duduk di rumah dan tidak perlu bekerja di luar.3 Tetapi akibat pengaruh moden yang memberi impak kepada semua bangsa pada hari ini, mereka kini sudah bertambah moden.

Masyarakat Chitty kini

3

Dhoraisingham, Peranakan Indians, p.16. SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

12 | P a g e

PANDANGAN MASYARAKAT CHITTY KINI Mirip dengan komuniti hibrid yang lain di dunia, masyarakat Chitty tidak terlepas dari cabaran pemodenan dan globalisasi. Namun, masyarakat Chitty telah berjaya mengelak 'perubahan' untuk menjadi sebahagian dari cara hidup mereka. Walaupun demikian, transformasi tidak dapat dielakkan dalam masyarakat Malaysia moden, dan hampir mustahil untuk menolak. Beberapa perubahan yang terlihat dalam beberapa aspek budaya Chitty, terutama dalam menggunakan bahasa, panggilan, etiket berpakaian, mod resolusi konflik, dan sifat interaksi mereka dengan masyarakat lain dan institusi. Masyarakat Chitty menjadi budaya asimilasi berkurun lamanya dengan komuniti lain, yang mungkin lebih bersedia untuk menghadapi cabaran.

Pengamatan perbandingan antara 1996-2009 dari 'persepsi' masyarakat Chitty terhadap diri dan pandangan dunia mereka mendedahkan penemuan menarik. 4Pertama, tidak ada perubahan signifikan tentang bagaimana mereka melihat diri mereka sendiri dan peranan mereka dalam tatacara yang lebih luas dari masyarakat Malaysia. Mereka sedar melihat diri mereka sebagai sebuah komuniti 'warisan' yang perlu dilestarikan. Mereka melihat diri mereka sebagai non-India. Walaupun interaksi mereka dengan Hindu India yang lebih besar melalui aktiviti keagamaan dan antara perkahwinan, masyarakat Chitty masih merasa diri mereka berbeza dari sepupu mereka yang lain. Mereka menemukan afiniti lebih besar dengan Baba & Nyonya Melaka dan menghargai interaksi dengan mereka. The Baba & Nyonya secara teratur dijemput untuk menyertai dalam fungsi sosial dan keagamaan, dan ini adalah saling membalas oleh Baba & Nyonyas. The Chittys melihat diri dalam masyarakat, tetapi tanpa konsep yang jelas tentang bagaimana mereka masuk ke dalam masyarakat yang lebih besar.

Mengejar kepentingan mereka dalam hidup, khususnya bagi generasi yang lebih tua, adalah pemuliharaan dan promosi budaya dan cara hidup melalui penggunaan bahasa, dan aktiviti sosial dan agama sangat dialukan. pola pemikiran mereka masih berkisar pada 'kampung' (Chitty desa di Melaka).

4

S.S. Dhoraisingham, Peranakan Indians of Singapore and Melaka: Indian Babas and Nyonyas-Chitty Melaka, Singapore, ISEAS, 2006, p.6.

13 | P a g e

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

PENUTUP / RUMUSAN Chitty Melaka juga disebut peranakan Hindu Melaka. Istilah peranakan Nampak seperti bangsaasing. Namun, peranakan juga merujuk pada asal-usul masyarakat dan adat. Dalam kes Chitty Melaka, peranakan secara khusus digunakan untuk merujuk pada 'berasimilasi' Baba & Nyonya dan masyarakat Chitty yang tinggal di Melaka selama lima abad terakhir. Para masyarakat Chitty, secara unik berasimilasi dengan adat sosial-budaya Melayu, seperti dalam hal bahasa, pakaian, kebiasaan makanan dan aspek-aspek lain dari perilaku sosial umum. Walaupun mewujudkan tingkat tinggi asimilasi ke dalam budaya tempatan, mereka tetap kukuh dan setia kepada agama Hindu mereka. Dari segi penampilan fizikal dan warna kulit, mereka berpaksikan kepada identity Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa ibu mereka walaupun mereka berbahasa Inggeris. Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Tamil, mahupun India yang lain. Bagaimanapun, kedatangan agama

Islam dan Kristian di Melaka tidak mengugat agama Hindu yang dianuti oleh komuniti Chitty ini. Komuniti ini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan sanak saudara di India dan tidak lagi faham berbahasa Tamil tetapi mereka telah mengekalkan nama-nama Hindu mereka dan mengamalkan amalan adat serta agama Hindu mereka. Walaupun komuniti ini sudah bermastautin di Melaka sejak beberapa kurun lama dan memberi sumbangan besar kepada perdagangan dan politik Melaka namun komuniti ini kurang dikenali dan telah dikesampingkan oleh masyarakat.

Semasa kami membuat tinjauan melalui kawasan rumah mereka di Kampung Chetty, kami dapati, walaupun masyarakat Chetty adalah kaum minority, perpaduan dan sikap kekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan dan sebagainya. Kemeriahan pastinya terbayang di wajah penduduk perkampungan di Gajah Berang kerana kepulangan saudara mereka untuk berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Namun kini, kebanyakan generasi muda masyarakat Chetti Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya melalui datuk nenek mereka. Jika generasi muda ini tidak didedahkan dengan kebudayaan tradisional, lama kelamaan adat istiadat itu dikhuatiri akan pupus ditelan zaman.

14 | P a g e

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

Pada masa kini, perjuangan utama masyarakat adalah untuk mendapatkan hak untuk mengakui mereka sebagai Bumiputera kerana mereka merasa bahawa saat ini status sosioekonomi akan ditingkatkan dengan hak-hak istimewa. Status mereka juga adalah sesuai di atas sumbangan nenek moyang mereka dalam sejarah Melaka selama lima abad dan khasnya budaya berasimilasi mereka. Namun, para pemimpin masyarakat mengakui kurangnya usaha untuk membuatnya menjadi kenyataan, dan keduanya tidak pernah mendapat respon positif dari pihak berkuasa 'Melayu' (kerajaan) mengenai masalah ini. Para Chittys juga menderita kerana dilabel sebagai 'pengkhianat' (sejarah) kepada kesultanan Melaka, sebagai akibat daripada Nina Chitty telah memberi bantuan kepada Portugis antara tahun 1509-1511.

15 | P a g e

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK

RUJUKAN

1. Andaya, B.W. 1978. The Indian Saudagar Raja (The Kings Merchant) in traditional Malay courts. JMBRAS, vol.51. pt.1. 2. Arasaratnam, S. 1970. Indian in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 3. Bremmer, J.M (transl) 1927. Report of Governor Balthasar Bort on Malacca. JMBRAS, vol.5 pt.1. 4. Mills, J.V. 1930. Eredias Description of Malacca and Meridional India, and Cathy. JMBRAS, vol.8, pt.1. 5. Narinasamy, K. 1983. The Melaka Chitties, in Sandhu, K.S and Wheatley, P (eds.). Melaka: The Transformation of A Malay Capital c.1400-1980. vol.2. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 6. Rabeendran, R. 1976. Ethno-Racial Marginality in West Malaysia: The Case of the Peranakan Hindu Melaka or Malacca Chitty Community. Lecture, Department of Anthropology and Sociology, University of Malaya.

16 | P a g e

SKP 2204-HUBUNGAN ETNIK