teks garis panduan penguatkuasaan

Upload: mohd-nazrul-zainal-abidin

Post on 17-Jul-2015

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Garis Panduan

PENGUATKUASAAN2002 (Akta 620)

AKTA PENAPISAN

FILEM

Teks / Text Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Rekaletak / Layout Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Diterbitkan oleh / Published by Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Aras 2, Blok D2, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 W.P. Putrajaya.

Cetakan Pertama

2011

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

iii

KANDUNGANGARIS PANDUAN PENGUATKUASAAN AKTA PENAPISAN FILEM 2002 (AKTA 620)PRAKATA KSU VISI, MISI & OBJEKTIF KEMENTERIAN VISI, MISI, OBJEKTIF & STRATEGI BAHAGIAN PENDAHULUAN ADUAN PEMERIKSAAN OPERASI TANGKAPAN SIASATAN KOMPAUN PENDAKWAAN KESALAHAN DAN HUKUMAN DI BAWAH AKTA PENAPISAN FILEM 2002 ALAMAT-ALAMAT BKF CAWANGAN v vi viii 1 2 4 6 8 9 10 11 11 17

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

v

Prakata

vi

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI VISI

PENERAJU KESELAMATAN DALAM NEGERI

MISI

MENTADBIR URUS KESELAMATAN DALAM NEGERI UNTUK MENJAMIN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT INTEGRITI KUALITI INOVASI PROFESIONALISME ESPRIT de CORPS

TERAS

1. Memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terjamin dan terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan pelaksanaan dasar-dasar bagi program-program yang berorientasikan perkhidmatan teras KDN. Pengukuran atau penilaian ini perlu berdasarkan indeks jenayah, penyalahgunaan dadah, penerbitan, filem, pertubuhan, kewarganegaraan, pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI). 2. Memastikan rakyat melibatkan diri dalam programprogram kesedaran dan pencegahan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan penglibatan orang awam tentang kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

OBJEKTIF

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

vii

OBJEKTIF

3. Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah dan pesalah undangundang. Tindakan-tindakan pencegahan juga dilaksanakan untuk mempastikan apa jua niat jahat, ancaman musuh dan kacau bilau dapat dibendung. 4. Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti secara cekap dan berkesan kepada pelanggan yang melibatkan urusan-urusan penting seperti pendaftaran pengenalan diri, pasport, pendaftaran pertubuhan, penerbitan, mesin cetak, agensi persendirian, senjata api, filem dan teks Al-Quran. 5. Menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Badan-badan Antarabangsa yang terlibat untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. 6. Memantapkan hubungan kerjasama dan kolaborasi dalaman antara Bahagian-Bahagian dan Jabatan / Agensi di bawah KDN. 7. Memantapkan mekanisme pentadbiran, sistem pengurusan kewangan, pembangunan sumber manusia, penggunaan ICT, perolehan dan pembangunan infrastruktur dalam menyumbang kepada usaha KDN seiring dengan kemajuan teknologi, pertumbuhan sosioekonomi dan keperluan negara semasa serta pencapaian matlamat Pelan Strategik Tujuh (7) Tahun KDN (2009 2015).

viii

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM DAN PENGUATKUASAAN

PENGENALAN

Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan adalah satu bahagian di Kementerian Dalam Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menapis filem dan menguatkuasakan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

Menguruskan Penapisan Filem dan Bahan Publisiti Filem serta melaksanakan penguatkuasaan dengan cekap dan berkesan

VISI

Memartabatkan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan sebagai badan penapisan filem dan penguatkuasaan yang berwibawa

MISI

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

ix

OBJEKTIF

Berusaha mencegah segala bentuk aktiviti mengedar, menjual, mempamer, menyewa, menyalin atau memiliki filem-filem lucah atau filem-filem tanpa Perakuan B atau memiliki bahan-bahan Publisiti Filem yang tidak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem. Menjalankan pendakwaan dengan membawa individu, pertubuhan, badan-badan serta syarikat yang melanggar peruntukan di bawah Akta Penapisan 2002 (Akta 620) ke muka pengadilan. Memberi kesedaran kepada masyarakat, pengusaha industri filem, pengedar, penjual dan yang lain berkepentingan mengenai peruntukan-peruntukan dan peraturan yang perlu dipatuhi dari masa ke semasa.

STRATEGI

Misi, Visi dan Objektif Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan ini dapat dicapai melalui beberapa strategi yang telah dirancang seperti pendidikan pencegahan, penguatkuasaan, kajian dan penyelidikan serta penapisan filem

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

1

PENDAHULUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada orang awam berkaitan tugas tugas yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dalam menguatkuasakan Akta Penapisan Filem 2002. Diharapkan dengan adanya garis panduan ini, orang awam dapat didedahkan dengan tatacara dan prosedur yang dijalankan oleh pegawai- pegawai penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem serta membantu pegawai-pegawai penguatkuasa agar menjalankan tugas berdasarkan arahan Tetap Penguatkuasa (S.O.P) Melalui Kuasa khas Menteri seperti yang diperuntukan di dalam Seksyen 29, Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620), PegawaiPegawai Penguatkuasa yang dilantik bertujuan menguatkuasakan akta tersebut. Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) membolehkan Pegawai Penguatkuasa menyiasat, menggeledah, menyita, memeriksa dan menangkap orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah akta ini dan mendakwanya di Mahkamah.TAHUKAH ANDA Memiliki, menyebar, menayang, mengedar, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewa filem-filem lucah atau filem yang tidak diluluskan serta filem yang tiada perakuan B adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Penapisan 2002. Muat turun filem lucah atau filem yang bertentangan dengan kesopanan awam atau filem yang belum diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem merupakan kesalahan di bawah Akta Penapisan 2002.

2

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

ADUAN 1. Orang awam boleh memberi maklumat atau membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Filem.ADUAN* Telefon SMS* Rujuk mukasurat 27-28 untuk aduan

Lisan (Hadir ke Pejabat)

Pos

Email

PROSES ADUANTerima Aduan

Rekod Dalam Borang Aduan Serah Kepada Pegawai Atasan/Ketua Cawangan/Timbalan Ketua Cawangan Arahan Untuk Risikan/Operasi Lapor Maklumbalas Kepada Pemberi Maklumat

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

3

BUTIR-BUTIR ADUANNama dan alamat pengadu Butiran pemilik premis

Tempat/lokasi kejadian

Butir-Butir Aduan

Kesalahan

Masa aktiviti beroperasi

MAKLUMAT ANDA ADALAH RAHSIA

4

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

PEMERIKSAAN 1. Semasa menjalankan tugas pemeriksaan pegawai penguatkuasa terikat dengan Arahan Tetap Penguatkuasa (SOP), Akta Penapisan Filem 2002, Kanun Acara Jenayah dan Perlembagaan Malaysia. Pemeriksaan boleh dibuat dengan waran geledah atau tanpa waran jika dikhuatiri permohonan waran boleh melengahkan perlaksanaan pemeriksaan.PERKARA YANG PERLU DIBUAT OLEH PEGAWAI PENGUATKUASA SEMASA MENJALANKAN TUGAS PEMERIKSAAN: Memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa. Pemunya boleh meminta Pegawai Penguatkuasa menunjukkan Kad Kuasa dan bertanya soalan adakah pemeriksaan dengan waran atau tanpa waran. Pemunya (tuan punya) / wakil tuan punya / pekerja / agen perlu hadir bersama semasa aktiviti pemeriksaan dibuat. Memeriksa dokumen yang berkaitan dengan maklumat perniagaan seperti lesen Finas, lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan lesen dari Pendaftar Pertubuhan berkaitan dengan premis seperti bil air, bil TNB, Cukai Tanah dan Cukai Pintu. Memeriksa dokumen yang berkaitan dengan pengenalan diri seperti Kad Pengenalan, Surat Beranak, Passport dan sebagainya. Memeriksa bahan publisiti filem serta tanda kelulusan bahan publisiti filem berkenaan. Memeriksa filem serta tanda kelulusan filem seperti Perakuan A, Perakuan B. Memeriksa pengelasan sesuatu filem.

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

5

Memeriksa ruangan premis, kaunter, beg, kenderaan, dan manamana tempat yang disyaki terdapat maklumat atau bahan yang melanggar Akta Penapisan Filem 2002. Merekodkan semua butiran berhubung pemeriksaan seperti maklumat pemunya, maklumat perniagaan, maklumat premis dan hasil pemeriksaan di dalam borang senarai semak.

CONTOH PERAKUAN B

TANDA KELULUSAN (KETULENAN)

TULEN KPDNKK ORIGINAL

6

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

TANDA KELULUSAN (BAHAN PUBLISITI)

OPERASIOPERASI Jenis-Jenis Operasi 1. Operasi berdasar aduan 2. Operasi berkala 3. Operasi flying squad 4. Operasi cross border. Ulasan Dijalankan berdasarkan maklumat serta aduan dari orang awam atau arahan dari pihak atasan. Dijalankan secara rutin mengikut pengelasan kawasan Dijalankan atau digerakkan diperingkat ibu pejabat ke mana-mana sasaran di seluruh Malaysia. Dijalankan oleh sesebuah negeri ke atas negeri lain dan digerakkan oleh pihak ibupejabat atau pihak negeri. Dijalankan bersama dengan agensi kerajaan yang lain seperti PDRM, JPJ, KPDN, Pihak Berkuasa Tempatan dan RELA .

5. Operasi bersepadu.

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

7

TATACARA OPERASI 1. Caranya adalah sama dengan aktiviti pemeriksaan, tetapi ia akan berubah sekiranya pihak penguat kuasa membuat rampasan terhadap dokumen, peralatan, bahan publisiti filem dan filem yang melanggar Akta Penapisan Filem 2002. 2. Rampasan hanya dibuat keatas DVD/VCD, bahan publisiti filem, barang-barang bukti yang lain, dokumen keatas pengenalan diri, dokumen premis yang menyalahi akta sahaja untuk dijadikan sebagai bukti di mahkamah. 3. Sebelum rampasan dibuat, pemunya, wakil pemunya, pekerja atau agen akan dimaklumkan diatas kesalahan apa yang telah dilakukan. 4. Borang pengakuan rampasan (Search List) dan senarai tajuk filem yang dirampas dan satu salinan akan diberikan kepada pemunya. 5. Membuat laporan polis selepas operasi dibuat. BAGI PREMIS YANG TIDAK BERPENGHUNI 1. Dapatkan maklumat awal atau risikan mengenai kedudukan penghuni premis tersebut. 2. Boleh memecah masuk dengan waran atau tanpa waran jika penghuni tidak dapat dikesan. 3. Pegawai penguatkuasa perlu mengambil gambar dan melukis plan lakar tempat kejadian. 4. Merampas barang-barang yang relevan dengan kes boleh dirampas.

8

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

5. Pengakuan rampasan hendaklah dikeluarkan dan ditampal di tempat yang senang dilihat di permis tersebut. 6. Membuat laporan polis atas tindakan operasi tersebut. TANGKAPAN 1. Menangkap orang yang di syaki melakukan kesalahan di bawah akta. 2. Memaklumkan sebab-sebab tangkapan di buat kepada orang yang ditangkap. 3. Membuat pemeriksaan badan bagi memastikan tiada benda yang merbahaya mengikut Kanun Prosedur Jenayah. 4. Tangkapan terhadap pesalah wanita boleh dibuat oleh pegawai lelaki tetapi pemeriksaan badan bagi pesalah wanita hanya boleh dibuat oleh pegawai wanita sahaja. 5. Orang kena tangkap boleh digari. HAK-HAK ORANG YANG DITANGKAPTerkandung dalam perkara 5 (3) Perlembagaan Malaysia

Hak untuk diberitahu sebab beliau ditangkap.

Hak untuk berhubung dengan keluarga.

Hak untuk mendapat khidmat peguam.

Hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

9

SIASATAN Setelah tindakan rampasan dan tangkapan dibuat barang-barang serta Orang Kena Tahan (OKT) akan dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut. 1. Orang yang ditangkap akan diminta menandatangani 1.1 Senarai Tajuk 1.2 Senarai Rampasan 1.3 Rakaman percakapan beramaran 2. Orang yang ditangkap akan dirakam percakapan beramaran dibawah Seksyen 39 Kanun Acara Jenayah didalam bentuk karangan atau secara soal jawab. 3. Setelah selesai proses siasatan Orang kena Tahan (OKT) boleh di lepaskan dengan jaminan polis atau terus dituduh dimahkamah atau boleh ditawarkan kompaun atau boleh ditahan reman. 4. Orang yang ditangkap akan dibawa ke mahkamah bagi kes pertuduhan segera atau boleh dibebaskan dengan jaminan mahkamah

10

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

KOMPAUNKOMPAUN 1. Bagi kes dimana Orang Kena Tahan (OKT) bersetuju untuk di kompaun, pegawai penyiasat (I.O) hendaklah mengeluarkan notis surat tawaran kompaun dalam masa dua minggu jika diluluskan. 2. Kertas Siasatan (IP) akan dikemukakan kehadapan yang Arif Timbalan Pendakwaraya (TPR) untuk persetujuan kompaun yang ditawarkan dan jika Timbalan Pendakwaraya (TPR) tidak bersetuju maka pendakwaan akan diteruskan. 3. Jika izin kompaun diperolehi, pegawai penyiasat (I.O) akan menyediakan memo cadangan tawaran kompaun. Setelah mendapat persetujuan Ketua Cawangan, kompaun akan disyorkan kepada Setiausaha Lembaga Penapisan Filem (LPF) di ibu pejabat. 4. Setelah selesai Orang Kena Tahan (OKT) akan dibawa ke Balai Polis untuk dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kelulusan jumlah kompaun. 5. Jika tawaran dipersetujui oleh Setiausaha Lembaga Penapisan Filem (LPF), pegawai kompaun akan menghantar notis tawaran kompaun kepada pengawai penyiasat (I.O). 6. Pegawai penyiasat (I.O) akan memaklumkan kepada Orang Kena Tahan (OKT) dan perlu membuat bayaran dalam tempoh 14 hari tawaran kompaun di luluskan. 7. Bayaran perlu dibuat kepada Bahagian Kewangan, Cawangan secara tunai, Bank Draft,Wang Pos di negeri dan resit rasmi kerajaan akan dikeluarkan. 8. Jika tiada bayaran dibuat oleh Orang Kena Tahan (OKT) pendakwaan akan diteruskan di mahkamah

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

11

PENDAKWAANMendapat izin dari TPR Pendakwaan akan dibuat jika Gagal bayar kompaun Tamat tempoh jaminan polis Tamat tempoh reman

KESALAHAN DAN HUKUMAN DI BAWAH AKTA PENAPISAN FILEM 2002. FILEM LUCAH Seksyen 5 (1). Tiada seorang pun boleh: a) ada atau menyebabkan dirinya berada dalam milikan, jagaan, kawalan dan pemunya atau b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan apaapa filem, atau; c) bahan publisiti filem lucah atau selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

12

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

HUKUMAN Seksyen 5(2) 1. Denda tidak kurang RM 10,000.00 dan tidak lebih RM 50,000.00 atau; 2. Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya sekali. FILEM ATAU BAHAN PUBLISITI FILEM YANG BELUM DILULUSKAN 1. Seksyen 6 (1) Tiada seorang pun boleh: a) ada dalam milikan atau dalam jagaannya atau di bawah kawalannya atau; b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum di luluskan oleh ahli Lembaga Penapisan Filem (LPF) 2. Hukuman Seksyen 6(2)(a) Filem a) Denda tidak kurang RM 5,000.00 dan tidak lebih RM 30,000.00 atau; b) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. 3. Hukuman Seksyen 6(2)(b) Bahan Publisiti Filem a) Denda tidak kurang RM 1,000.00 dan tidak lebih RM 10,000.00

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

13

PENAHANAN FILEM DAN BAHAN PUBLISITI FILEM YANG DIIMPORT 1. Seksyen 7(2) Mana-mana filem atau bahan publisiti filem diimport yang di tahan oleh pihak Kastam tidak boleh di lepaskan melainkan satu permit atau perakuan pengecualian yang dikeluarkan berkenaan dengan filem atau bahan publisiti filem di kemukakan kepada seorang pegawai kastam yang hak yang mempunyai kawalan ke atas filem atau bahan itu. 2. Hukuman Seksyen 7 (3) a) Denda tidak kurang RM 5,000.00 dan tidak lebih RM 30, 000.00 atau b) Di penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. PENGEMUKAAAN FILEM UNTUK PENAPISAN 1. Seksyen 9 (1) Pemunya filem hendaklah mengemukakan filem kepada Lembaga untuk penapisan mengikut cara yang telah di tetapkan tanpa apa-apa pengubahan atau pemotongan dan ke atas risiko dan perbelanjaan sendiri. 2. Hukuman Seksyen 9 a) Denda tidak kurang RM 5,000.00 dan tidak lebih dari RM 30,000.00

14

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

b) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali PENGUBAHAN Seksyen 11(1) 1. Pengubahan yang di kehendaki oleh lembaga boleh dibuat: a) Oleh lembaga atau b) Dengan keizinan bertulis dan tertakluk kepada apa-apa syarat lembaga, oleh pemunya filem i) Dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga dan ii) mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan secara kedua-dua Seksyen 11 (2) Jika apa-apa filem dihantarserahkan kepada pemunya filem itu bagi maksud membolehkan pemunya itu membuat pengubahan kepada filem itu, pemunya itu hendaklah memulangkan filem itu kepada Lembaga: a) Dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga dan b) Dengan mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan secara pengeluaran telah dibuat Hukuman Seksyen 11(3) 1. Denda tidak kurang RM 5000.00 dan tidak melebih RM 30 000.00 atau

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

15

2. Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua dua sekali. PEMBUATAN PENDUA FILEM Seksyen 16 (2) Tiada seorang pun boleh membuat salinan pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian filem yang belum diluluskan dan diperakui oleh Lembaga di bawah seksyen 10 dan 14. Hukuman Seksyen 11(3) 1. Denda tidak kurang RM 5000.00 dan tidak lebih RM 30 000.00 2. Kedua-duanya sekali PEMPAMERAN TANDA KELULUSAN, PERAKUAN DAN PENGELASAN Seksyen 18 (1) Pemunya sesuatu filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan hendaklah mengecapkan pada filem itu tanda kelulusan Lembaga. Seksyen 18 (2) Hendaklah dipamerkan mengikut cara yang di tetapkan berkenaan dengan tiap-tiap filem yang diluluskan oleh lembaga untuk tayangan a) Perakuan berkenaan dengan filem itu b) Pengelasan filem itu dan c) Nama dan alamat orang yang menayangkan, mengedarkan, mempamerkan atau menjual, mengikut mana-mana yang berkenaan filem itu.

16

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

Hukuman Seksyen 18 (5) 1. Denda tidak kurang RM 5000.00 dan tidak lebih RM30 000.00 atau 2. Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau keduaduanya sekali. PENGEMUKAAN BAHAN PUBLISITI FILEM Seksyen 19 (1) Tiap-tiap bahan publisiti filem hendaklah di kemukakan kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan bagi kelulusannya. Hukuman Seksyen 19 (4) Denda tidak kurang RM 1000.00 dan tidak lebih RM 10 000.00 TANDA KELULUSAN PADA BAHAN PUBLISITI FILEM Seksyen 20 (1) Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada manamana bahan publisiti filem yang telah diluluskan oleh lembaga atau yang telah diubah sebagaimana yang dikehendaki oleh lembaga. Hukuman Seksyen 20 (3) Denda tidak kurang RM 1 000.00 dan tidak lebih RM 10 000.00

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

17

ALAMAT PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM DAN PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI:Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, Aras 2,Blok D2,Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya, W.P No Telefon: 03-88863204/3262 No Fax: 03-88861609 Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Kelantan, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat 5, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak, 15000 Kota Bharu, Kelantan. No Telefon: 09-7413220/3222 No Fax: 09-7413221 Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Pulau Pinang, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat 7-04, 7-05, 7-06, Tingkat 7, Wisma Pantai, Jalan Wisma Pantai, 12000 Butterworth, Pulau Pinang. No Telefon: 04-3322751/2751 No Fax: 04-2232740 Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Kedah / Perlis, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat 2, Wisma PNKN, Jalan Sultan Badlishah, Peti Surat 140, 05710 Alor Setar, Kedah. No Telefon: 04-7355994 No Fax: 04-7351005 Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan , Cawangan Terengganu, Kementerian Dalam Negeri, Lot 4656, Tingkat 1, 2, 3, 4 Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu. No Telefon: 09-6301111 No Fax: 09-6301110 Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Johor, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat 1& 4, Blok 1, Kompleks KDN Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bharu, Johor Darul Takzim. No Telefon: 07-2344667 No Fax: 07-2344662 Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Negeri Sembilan, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat 4 dan 5, Bangunan Tabung Haji, Kompleks 1, Jalan Lintang, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. No Telefon: 06-7611152 No Fax: 06-7620402

Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Pahang, Kementerian Dalam Negeri, Aras 2, Kompleks KDN, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. No Telefon: 09-5735745 No Fax: 09-5739659

Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Perak, Kementerian Dalam Negeri, Aras 3, Kompleks Pejabat KDN, Persiaran Meru Utama, 30020 Ipoh, Perak. No Telefon: 05-5279002 No Fax: 05-5739659

18

Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Melaka, Kementerian Dalam Negeri, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Aras 3, Kompleks KDN, Jalan Gapam, 75450 Ayer Keroh, Melaka. No Telefon: 06-2326069/6068 No Fax: 06-2326070 Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Sabah Aras 3, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah. No Telefon: 088-488188/187/ 190 No Fax: 088-488189 Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Sarawak, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat 1 & 2, Wisma AM Finance, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak. No Telefon: 082-259831 No Fax: 082-255326 Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Wilayah, Aras 2, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur. No Telefon: 03-41421794 No Fax: 03-41421791

Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan KLIA, Kementerian Dalam Negeri, Aras 2, Kompleks Kastam FCZ, Jalan KLIA S3, 64000 Sepang. No Telefon: 03-87871063 No Fax: 03-87871072

Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan, Cawangan Selangor, Kementerian Dalam Negeri, No. P3.4 Tingkat 3, Bangunan Affin Bank Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. No Telefon: 03-55103259/3284/ 3288 No Fax: 03-55103291