sej utmaniyah individu
DESCRIPTION
yani bongokTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Peperangan dalam Islam adalah satu jalan yang terpaksa dihadapi demi
mempertahankan diri dan maruah daripada pencerobohan mana-mana pihak,
mempertahankan akidah dan agama, mempertahankan kemanusiaan dan
kedamaian, mempertahankan kesejahteraan umat manusia serta tamadunnya1.
Perang Salib adalah salah satu babak yang paling kelam dan dramatis dalam
sejarah perjalanan umat beragama yang tercatat dalam lembaran sejarah perang
sebagai suatu perang yang memakan tempoh yang agak lama iaitu sekitar dua abad
lamanya (1096- 1291 M) dengan tujuh siri peperangan kesemuanya.
Fakta sejarah membuktikan bahawa dari sudut ketenteraan Perang Salib
sememangnya tidak pernah berhasil dimenangi oleh pihak Kristian walaupun
peperangan tersebut dilancarkan terhadap kaum muslimin sejak sekian lama.
Sebaliknya, menerusi Perang Salib jugalah telah mendorong dengan tegarnya
gerakan Kristianisasi serta memperlihatkan gereja yang tumbuh ibarat cendawan
yang tumbuh selepas hujan. Huntington memetik kata-kata Esposito yang
bermaksud bahawa dinamika sejarah mengenai hubungan Kristian-Islam sering
mendapati bahawa kedua-dua komuniti ini sering bersaing dan ada kalanya mereka
terperangkap dalam perang merebut kuasa, tanah dan nyawa yang menelan banyak
korban2.
Hal tersebut bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang mengatakan bahawa:
“Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak akan berhenti memerangi kalian
sehingga kalian murtad (keluar) dari agama kalian seandainya mereka
sanggup,” al-Baqarah (2) : 217.
Sejarawan Muslim mengaitkan istilah “Perang Salib” sebagai al-Hamlat al-
Salabiyah yang membawa erti “Serangan Pasukan Salib”3. Sebaliknya, sejarawan
Barat selalu menyebutnya sebagai “Gerakan Salib” atau “Gerakan Keagamaan”.
Istilah Perang Salib berasal daripada bahasa Arab iaitu كة yang حر bermaksud
1 Haron Din. (2007). Islam: Jihad sebagai Survival Insan. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd. Hlmn 72.2 A.G. Noorani. (2007). Islam dan Jihad: Prasangka atau Kenyataan. Kuala Lumpur: PTSPublications. Hlmn 5.3 Sami bin Abdullah. (2009). Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan.Jakarta: Penerbit Almahira. Hlmn 1.
1
“suatu gerakan” atau “barisan” serta merujuk صلیبیة kepada “kayu palang” atau
“tanda silang (dua batang kayu dalam keadaan bersilang)”4.
Menariknya, istilah Perang Salib ini sememangnya tidak pernah digunapakai
oleh mereka yang terlibat dalam peperangan terbabit. Hal ini demikian kerana
tentera Salib yang asal telah menggunapakai istilah fideles Sancti Petri (Orang yang
Beriman dengan St. Peter) atau milites Christi merujuk kepada “tentera al-Masih”5.
Istilah ini bermula apabila mereka seringkali melihat diri mereka sebagai orang yang
membuat iter (perjalanan) atau peregrinatio (haji) walaupun pada hakikatnya jemaah
haji dilarang sama sekali membawa senjata. Setiap daripada jemaah haji ini telah
bersumpah bahawa mereka akan berjaya tiba di Baitul Maqdis. Justeru itu, mereka
diharuskan memakai tanda salib berwarna merah pada bahagian hadapan dan
belakang pakaian mereka6. Tujuannya ialah semata-mata untuk membangkitkan
emosi dan semangat keagamaan, sekaligus membezakan pasukan mereka dari
pasukan lain. Kesinambungan daripada mengambil salib tersebut akhirnya dikaitkan
dengan seluruh perjalanan itu kerana di sinilah merupakan titik tolak terbinanya
istilah “crusade” dalam bahasa Inggeris, “croisade” dalam bahasa Perancis,
“crociata” dalam bahasa Itali dan “croziada” dalam bahasa Portugis.
Sejarah penggunaan istilah Perang Salib menyaksikan bahawa sejak dari
kurun ke-17 lagi penggunaan istilah tersebut telah mencetuskan satu konotasi dalam
dunia Barat sebagai satu kempen yang wajar, di mana pada kebiasaannya adalah
untuk “membanteras kejahatan,” atau berperang berpaksi pada alasan yang wajar.
Namun begitu, dalam makna yang lebih luas, ternyata ia mengandungi makna
retorik dan metafora demi mewajarkan sebarang perang yang mendapat justifikasi
agama.
4 Ahmad Warson Munawwir. (1997). Kamus Arab Indonesia, c. xiv. Yogjakarta: Pustaka Progressif. Hlmn787.5 Sami bin Abdullah. (2009). op. cit., Hlmn 1.6 Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy (t.t). Perang Salib di Alam Islami. Kuala Lumpur: PustakaSyuhada. Hlmn 47.
2
2.0 SIRI-SIRI PERANG SALIB
2.1 Perang Salib Pertama
Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1095-1099 adalah hasil seruan
“jihad” Pope Urbar II berdasarkan dua matlamat yang besar iaitu membebaskan
Islamicjerusalem dan Tanah Suci Kristian dari kekuasaan orang Islam serta
membebaskan orang-orang Kristian Timur daripada pemerintahan orang Islam.
Siri peperangan ini merupakan kesinambungan daripada peristiwa-peristiwa
yang berlaku lebih awal seperti yang telah dinyatakan sebelumnya pada Zaman
Pertengahan dan ia bertitik tolak daripada rayuan yang dilakukan Maharaja Empayar
Byzantine, Alexios I Komnenus dalam Persidangan Piacenza pada Mac 1095 bagi
mendapatkan tentera upahan Barat dengan tujuan untuk menentang bangsa Turki di
Anatolia. Namun begitu, sebaliknya rayuan ini betukar kepada perpindahan dan
penaklukan wilayah secara besar-besaran oleh Barat di luar Eropah apabila Pope
Urban II menerusi Persidangan Clermont telah menyeru para hadirin supaya
merebut penguasaan Islamicjerusalem dari tangan orang Islam. Rentetan daripada
misi peperangan tersebut, ramai daripada kesatria dan petani mengharungi lautan
serta daratan menuju ke Islamicjerusalem dan berjaya menaklukinya pada bulan
Julai 1099 dengan tertubuhnya Kerajaan Baitul Maqdis dan negeri-negeri Salibi yang
lain.
Kesibukan para pemerintah negeri Islam terhadap masalah peribadi,
perpecahan dalaman seperti perebutan kuasa di antara mereka, serta minat pihak
berkuasa dalam mengukuhkan negeri masing-masing selain meluaskan pengaruh
kekuasaannya terhadap negara jiran adalah merupakan faktor penyumbang kepada
kejayaan Kristian dalam Perang Salib sekaligus merupakan perkara yang paling
malang pernah berlaku dalam sejarah Perang Salib Pertama iaitu kekalahan di pihak
Muslim dalam menentang tentera Salib. Justifikasi daripada kegagalan
mempertahankan negeri-negeri Islam daripada penguasaan pihak Salib
menyebabkan banyak daripada negeri naungan Islam seperti Wilayah Edessa,
Wilayah Antioch, termasuk Kerajaan Baitul Maqdis dan Tripoli di Palestin berada di
bawah negeri-negeri Salibiah.
3
2.2 Siri Perang Salib Kedua
Perang Salib Kedua berlaku pada tahun (1145-1149) adalah merupakan
rentetan daripada Perang Salib Pertama di mana kejatuhan Edessa atau al-Ruha
kepada kaum Muslim cukup memberikan suatu impak yang sangat besar terhadap
pasukan Salib. Hal tersebut kerana Edessa merupakan negeri Salib yang pernah
dibina pasukan Salib dalam siri Perang Salib Pertama, namun bertindak sebagai
negeri Salib pertama yang jatuh ke tangan umat Islam.
Maudud bin Tuntakin, seorang penguasa Mosul merupakan sebagai tokoh
pertama di seluruh dunia Islam yang menyahut seruan jihad. Beliau memimpin
pasukannya menuju ke al-Ruha lalu menangkap tawanan Armenia, selaku para
pembantu kepada pasukan musuh. Kemenangan yang digapainya dalam misi
tersebut telah memberikan umat Islam suatu harapan baru bagi meneruskan misi
menawan kembali negara-negara Islam yang telah tergadai sebelum daripada itu di
tangan pasukan Salib. Pihak Kristian yang menyedari keadaan mereka berada
dalam bahaya telah bertindak dengan mengupah seorang anggota Hasyasyiyun
supaya membunuh Maudud sekembalinya ke Damaskus dalam usaha
memperkemaskan angkatan tenteranya.
Perjuangan untuk membebaskan al-Ruha daripada naungan Salib diteruskan
oleh Imaduddin Zanki pada tahun 539 Hijrah. Berbekalkan semangat jihad yang
tinggi, beliau berjaya menawan semula al-Ruha. Penguasaan ke atas kota ini
menjadi titik tolak kepada perebutan kota-kota yang lain. Sebagai langkah awal,
beliau bertindak menakluki Kota Aleppo (Halab) yang merupakan kota terpenting di
utara Syam. Imaduddin meneruskan langkahnya untuk menuju ke Kota Hamah pada
tahun berikutnya 532 Hijrah. Kemudian, beliau juga turut membebaskan Kota Sarja,
Dara dan Benteng al-Atsarib daripada kekuasaan Salib dan akhirnya berhasil
menakluk sebahagian besar kawasan Syam.
Nuruddin Zanki telah dilantik oleh bapanya sebagai pemerintah Aleppo masih
meneruskan misinya bapanya terdahulu iaitu memerangi kaum Salib. Beliau telah
menyerang Antakya yang masih berada di bawah kuasa pasukan Salib. Tindakan ini
adalah untuk untuk menggagalkan usaha Juslin II yang cuba menduduki al-Ruha
kembali, akibat daripada kekalahan yang dialami pasukan Salib di al-Ruha. Beliau
bertindak menghapuskan Daulah Ubaidiyyah dengan bantuan dua parajurit yang
4
handal iaitu Asaduddin Syirkukh serta anak saudaranya iaitu Salahuddin al-Ayubi.
Penghapusan Daulah Ubaidiyyah tersebut secara tidak langsungnya akan
membawa kepada kelemahan kekuatan pasukan Salib serta kaum Hasyasyiyun di
Syam selain mengembalikan bumi Mesir ke pangkuan akidah Ahl Sunnah wal
Jama’ah.
Perjuangan ini diteruskan oleh Salahuddin al-Ayubi adalah merupakan
seorang tokoh yang sangat dikagumi dalam Daulah Ayubiyah di Mesir sehingga 80
tahun kemudiannya7. Para sejarawan mengatakan bahawa setelah Asaduddin
Syirkukh meninggal dunia, semua urusan kenegaraan diserahkan kepada beliau.
Setelah kewafatan Nuruddin telah memberikan kesempatan kepada Salahuddin bagi
meluaskan daerah kekuasaannya sehingga ke Mesir, sebahagian daripada Syam,
al-Jazirah, Yaman serta Mosul. Dengan kata lain, Daulah Ayubiyah telah mencakupi
sebuah kawasan yang amat luas di dunia Arab.
Sebagai langkah untuk membebaskan Islamicjeruslem daripada tangan pihak
Salib, Salahuddin mempunyai ramai angkatan tentera perang, selain memiliki
angkatan perang Mesir sendiri serta angkatan perang oleh Morocco. Beliau bersama
gabungan militernya telah menakluk Benteng Karak terlebih dahulu pada tahun 578
H/ 1182 M. Ternyata Salahuddin begitu mengambil berat tentang masalah umat
Islam di mana beliau tidak pernah ragu untuk berkonfrontrasi dengan semua pihak
yang cuba mengganggu keamanan di laut tersebut.
Salahuddin kemudiannya telah menyerang Tiberias di saat pasukan Salib
menyangkakan bahawa beliau serta pasukannya masih berada di daerah Shafurinya
iaitu di Akko. Hal ini menyebabkan Salahuddin berjaya mengambil kembali Tiberias
daripada terus menjadi milik pasukan Salib. Misi Salahuddin seterusnya sebelum
menuju ke Islamicjerussalem ialah membebaskan daerah Tebnine di mana beliau
berhasil merampas kembali daripada pasukan Salib pada 18 Jamadilawal.
Seterusnya , daerah Shaida pula yang jatuh ke tangan Muslim pada 20 Jamadilawal
manakala Kota Beirut pula pada, 29 Jamadilawal. Asqelon pula turut jatuh pada
tahun yang sama iaitu 583 H setelah hampir 35 tahun kota ini dikuasai oleh pasukan
Salib. Salahuddin bersama pasukannya mengambil keputusan menetap di Asqelon
7 Lyons, M., & Jackson, D. (1982). Saladin: The Politics of The Holy War. UK: Cambridge UniversityPress. Hlmn 34.
5
di mana di Asqelon inilah beliau menerima penyerahan Kota Gaza, Bait Jibril serta
Nazhrun tanpa berlaku sebarang pertempuran.
Menjadi suatu perkara yang menggembirakan pasukan Muslim serta umat
Islam seluruhnya apabila pasukan Muslim menerima penyerahan al-Quds atau
Islamicjerusalem pada hari Jumaat, 27 Rejab 583 H. Seramai 60,000 orang Frank
telah diusir dari kota ini, manakala 16,000 lagi masih tertawan kerana ada di antara
mereka yang tidak mampu membayar wang tebusan diri. Kemenangan yang dicapai
ini menyebabkan ramai daripada umat Islam dari seluruh pelusuk negeri ke
Islamicjerusalem untuk menziarahi tanah suci ini.
2.3 Siri Perang Salib Ketiga
Perang Salib ketiga bermula dari tahun 1189-1192 adalah merupakan cubaan
raja-raja Kristian Eropah untuk merampas kembali Jurusalem daripada Salahuddin
al-Ayubi. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry II dari England dan juga Philip
II dari Perancis sanggup melupakan persengketaan di antara mereka sekaligus
menamatkan konflik yang sedia ada demi memimpin Perang Salib baru. Namun
begitu, kematian Henry pada tahun 1189 telah meletakkan tentera Salib di bawah
pimpinan Raja Richard I (Si Hati Singa).
Pada 12 Julai 1191 M, di bawah pimpinan Raja Richard I, Kota Akko berjaya
dirampas kembali oleh pihak Salib. Tindakan ini ternyata membuatkan pasukan
Islam marah kerana Richard telah melanggar perjanjian damai yang telah dimeterai
sebelum ini. Pasukan Salib melarang semua penduduk Muslim meninggalkan kota
tersebut sebelum semuanya harta mereka diserahkan kepada pasukan Salib. Oleh
itu, Salahuddin sendiri membayar sebanyak 200 dinar demi melindungi penduduk
Muslim. Untuk mengelakkan Akko daripada jatuh ke tangan tentera Salib,
Salahuddin telah meminta bantuan daripada para penguasa Muslim yang lain tetapi
permintaan beliau ditolak. Hanya pemerintahan Turkmenistan sahaja yang berjanji
akan menghulurkan bantuan ketenteraannya8. Faktor yang menarik minat pasukan
Salib untuk menakluki kembali Akko adalah kerana fungsinya sebagai pusat
pemerintahan semua kota yang ditakluki pasukan Salib.
8 Kamal al-Din Abi Al-Qasim. (1996). Zubdat al-Halab min Tarikh Halab. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyya. Hlmn 408-409.
6
Malangnya untuk tentera Salib pada masa yang sama telah terjadinya
pertengkaran rampasan perang antara mereka. Oleh itu, pada 2 September 1192
M/588 H, termeterailah perjanjian di antara pihak Muslim dan Salib yang dikenali
sebagai “Perjanjian Damai Ramallah” di mana Salahuddin al-Ayubi diwakili oleh dua
orang puteranya iaitu al-Afdhal dan juga al-Zahir, selain daripada saudara
kandungnya sendiri iaitu Adil. Sebaliknya, Raja Richard pula diwakili oleh Henry de
Champagne, Balian II de Ibelin, dan Unfroy de IV de Torun. Kesan daripada
perjanjian tersebut telah menyaksikan Islamicjerusalem terus kekal di bawah
kekuasaan Islam dengan syarat penziarah Kristian yang tidak bersenjata dibenarkan
melawat bandar tersebut.
2.4 Siri Perang Salib Akhir
Seterusnya para raja dan pembesar Kristian telah beberapa kali mengetuai
askar-askar dalam Perang Salib ke Jerussalem. Semua Perang Salib ini tidak
berjaya. Gerakan untuk melancarkan Perang Salib yang keempat telah diseur oleh
paderi besar, Innocent III pada tahun 1202 Masihi. Mereka yang mengambil dalam
peperangan ini tidak mampu membayar tambang yang mahal yang diminta oleh tuan
kapal dari Venice untuk membawa mereka ke tanah suci. Orang Venice sanggup
membawa askar-askar Perang Salib dengan tidak mengenakan apa-apa bayaran
tambang jika mereka setuju menolong menawan pusat perniagaan Zara.
Selepas menakluki Zara, pejuang Salib masih kekurangan sumber kewangan.
Untuk mengatasinya pedagang-pedagang Venice menggesa askar-askar Perang
Salib melanggar Constantinople yang digambarkan dapat menyediakan kekayaan
jikan dapat dikuasai. Constantinople, ibu pejabat wilayah kerajaan Rom di Timur
akhirnya ditawan pada tahun 1204 Masihi dan askar-askar Kristian menubuhkan
sebuah wilayah kerajaan Latin di sana. Tindakan ini menggambarkan betapa tamak
dan halobanya askar-askar Kristian. Mereka juga lupa bahawa tujuan utama mereka
itu adalah untuk membebaskan bandar suci.
Sementara askar Kristian bersedia untuk melancarkan banyak lagi Perang
Salib, orang Turki secara beransur-ansur telah menakluki semua kawasan yang
terletak di bawah kuasa orang Kristian di Timur Tengah; Acre, iaitu kawasan
7
pertahanan orang Kristian yang akhirnya jatuh ke tangan Turki pada tahun 1291
Masihi. Selepas ini Perang Salib diberhentikan sama sekali.9
3.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERANG SALIB DI TIMUR TENGAH.
3.1 Faktor Agama
9 Sivachandralingam Sundara Raja. (2002). Sejarah Eropah. Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hlmn 96-97.
8
Baitulmuqaddis merupakan kota suci orang Kristian. Di sinilah Nabi Isa a.s
(Jesus Christ) dilahirkan. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dari
kerajaan Bani Abbasiyyah, baginda telah menjalinkan hubungan yang baik dengan
kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah. Oleh itu, orang Kristian tidak menghadapi
sebarang masalah untuk mengunjungi Baitulmuqaddis.
Kehadiran Islam di tanah suci Kristian telah bermula sejak penaklukan
Palestin oleh tentera Islam Arab pada abad ke-7. Sejarah Barat menyatakan bahawa
pertapakan Islam di tanah suci Kristian tersebut telah mengganggu urusan
perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci, selain mengganggu keselamatan
bihara-bihara dan masyarakat Kristian di tanah suci. Salah seorang daripada jemaah
tersebut bernama Peter the Hermit. Hakikatnya, orang-orang Islam tidak banyak
campur tangan dalam urusan mereka10. Bahkan, orang Eropah di Barat itu sendiri
tidak begitu peduli dengan kehilangan Islamicjerusalem disebabkan oleh kesibukan
mereka dalam menghadapi serangan orang Islam dan puak bukan Kristian dari
Viking dan Magyar.
Namun begitu, sejak tahun 1071 M, iaitu apabila orang Islam di bawah
kerajaan Turki Saljuk menawan kota suci Baitumuqaddis, dasar terhadap kunjungan
orang Kristian ke kota suci mereka itu telah berubah. Orang-orang Turki dikatakan
telah bertindak kejam terhadap ‘jemaah-jemaah haji’ Kristian yang mengunjungi
Baitulmuqaddis. Mereka menutup jalan kepada orang Kristian yang melalui Asia
Kecil untuk ke Baitulmuqaddis yang sebelum bebas digunakanoleh mereka.
Sebelum peristiwa ini, iaitu pada tahun 1009 M, kerajaan Fatimiyah di Mesir
telah meruntuhkan gereja-gereja ‘Holy Sepulchre’ yang menjadi tumpuan orang
Kristian untuk menunaikan ibadat ‘haji’ mereka. Peristiwa tersebut telah mendorong
Pope Urban II merayu kepada seluruh umat Kristian supaya bersatu tenaga
melancarkan peperangan terhadap umat Islam khususnya untuk membebaskan
Kota Baitulmuqaddis. Kesannya, kekejaman yang telah dilakukan oleh orang Turki
Saljuk telah menyemarakkan kemarahan orang Kristian terhadap umat Islam.
Rombongan orang Kristian telah bertolak ke Baitulmuqaddis yang mencecah
hampir 7000 orang dan rombongan tersebut membawa pedang dan diiringi oleh
pegawal-pegawal bersenjata. Malah terdapat juga ketua-ketua rombongan itu
10 Ahmad Shalabi. (1975). Perang Salib. Singapura: Pustaka National Pte Ltd. Hlmn 17.
9
menyerang orang-orang Turki dan Arab. Oleh itu, agama dijadikan alat semata-mata
untuk menawan wilayah-wilayah Islam. Buktinya sebaik sahaja menguasai wilayah-
wilayah Islam, orang Kristian merampas harta benda orang Islam dan membunuh
orang Islam yang tidak berdosa. Sebaliknya apabila Salahuddin al-Ayubbi dapat
merebut kembali wilayah-wilayah itu daripada orang Kristian, orang Islam
menunjukkan sikap yang sungguh mengagumkan. Orang-orang sakit dibantu dan
yang sihat dibenarkan masuk ke kota suci mereka. Tugas-tugas pengawalan
dititikberatkan supaya tidak ada orang Kristian yang menghadapi kesukaran.
3.2 Faktor Politik
Kekalahan demi kekalahan di pihak Kristian menyebabkan pihak Barat
sentiasa berasakan bahawa Islam merupakan musuh utama bagi mereka. Atas
dasar tersebut, Maharaja Byzantine ketika itu, Alexius Comnenus mula merancang
strategi untuk menentang Islam secara besar-besaran dengan meminta bantuan
daripada Pope Gregory VII di Rom. Kebetulan ketika itu, gereja-gereja Kristian telah
berpecah kepada Gereja Ortodoks Byzantine (Timur) dan Gereja Katolik di Rom
(Barat). Pertelagahan antara kedua-kedua gereja itu semakin runcing malah wujud
kafir-mengkafir antara satu sama lain.
Gereja Rom menganggap rayuan yang dibuat oleh Maharaja Byzantine itu
satu pengiktirafan atau pengakuan orang Kristian terhadap mereka sebagai ketua
orang Kristian. Perang Salib dilihat sebagai usaha untuk menyatupadukan semula
semua pihak yang berpecah dan bertelagah. Mereka mencari satu isu yang boleh
ditojolkan sebagai musuh bersama untuk diperangi.
Dalam pertelagahan dalam kalangan raja-raja di Eropah, wujudlah pihak yang
menang dan pihak yang kalah. Kesempatan ini digunakan oleh anak-anak raja yang
kalah untuk menjadi raja atau pemerintah di wilayah-wilayah Islam yang ditakluki.
Dengan itu, mereka telah bergabung atas nama agama dengan raja-raja Eropah
yang lain untuk mengembalikan kekuatan dan kekuasaan Eropah seluruhnya.
Sesungguhnya peperangan ini lebih merupakan lanjutan kepada peperangan di
antara orang Rom (Byzantine) dengan orang Islam sejak berabad-abad lamanya.
10
3.3 Faktor Ekonomi
Penguasaan dan penaklukan ke atas wilayah-wilayah di sekitar Laut
Mediterranean telah menjadikan pedagang-pedagang Islam memonopoli
perdagangan bukan sahaja di kawasan orang Islam malah beberapa pelabuhan di
Eropah. Ekonomi orang Kristian telah merosot ekoran daripada penguasaan
beberapa pelabuhan pentingnya orang Islam. Orang Kristian mula menganggap
Perang Salib sebagai satu cara untuk melemahkan monopoli orang Islam dalam
bidang perdagangan. Mereka berhasrat untuk memindahkan pusat kegiatan dan
sumber ekonomi dari negara-negara Islam ke negara-negara Eropah. Oleh itu, tidak
hairanlah jika terdapat dalam kalangan raja-raja di Eropah yang membenarkan
golongan bangsawan Eropah menggunakan tanah mereka asalkan golongan
bangsawan menyediakan tentera menentang orang-orang Islam.
3.4 Faktor Sosial
Faktor keruntuhan sosial masyarakat feudal di Eropah telah mempercepatkan
lagi proses berlakunya Perang Salib. Golongan bangsawan sentiasa bertelagah
sesame sendiri dan kedudukan raja menjadi tidak selamat. Rakyat mulai hilang
kepercayaan terhadap raja sebagai lambing perpaduan dan keamanan. Golongan
hamba pula dijanjikan kemerdekaan oleh tuannya sekiranya mereka menyertai
Perang Salib kerana golongan tuan tanah berpendapat bahawa pengaruh dan
kedudukan mereka akan kembali kuat apabila orang Islam ditewaskan. Selain itu,
ada juga dalam kalangan raja, pembesar, dan rakyat biasa yang ingin melibatkan diri
dalam Perang Salib untuk mendapatkan kekayaan hasil rampasan perang. Para
pemimpin Kristian di Eropah percaya bahawa umat Islam mempunyai khazanah
yang berharga dan tamadun yang tinggi.
3.5 Perpecahan dalam Kalangan Umat Islam
Umat Islam ketika itu sedang menghadapi krisis politik yang berlarutan
menyebabkan perpaduan dalam kalangan mereka begitu rapuh. Misalnya, setelah
11
kematian Malik Syah (1092M) dalam kerajaan Saljuq, keempat-empat puteranya
telah membahagikan kerajaan mereka. Pemerintahan kerajaan Fatimiyah pula
bermasalah apabila timbul pemberontakan yang gagal dihapuskan semasa
pemerintahan al-Hakim.
Kerajaan Saljuq dan kerajaan Fatimiyah bertelagah sesame sendiri kerana
ingin merebut wilayah-wilayah di Syam dan Jerussalem. Krisis ini menjadi lebih teruk
lagi akibat pegangan mazhad yang berbeza. Puak Saljuq mendukung mazhad
Sunnah manakala puak Fatmiyah menganut mazhad Syiah. Orang Kristian telah
melihat perang tersebut sebagai peluang yang tidak boleh ditinggalkan begitu
sahaja. Umat Kristian berpendapat mereka perlu bertindak segera sebelum umat
Islam bersatu dan kembali kuat.
4.0 IMPAK PERANG SALIB TERHADAP RANTAU TIMUR TENGAH
4.1 Bidang Ketenteraan
12
Hitti menyatakan, “Jika kita mengalihkan perhatian pada dunia ketenteraan,
kita boleh melihat bahawa pengaruh Arab sangat mempengaruhi dalam minda”.
Dunia Barat menemukan banyak jenis persenjataan moden di Timur yang belum
pernah dijumpai sebelum ini seperti penggunaan bahan-bahan mudah terbakar,
bahan-bahan peledak dan penggunaan tenaga peledak untuk melontarkan peluru.
Di Syria, tentera Salib baru mengenal alat-alat rebana dan gendang untuk
memberikan dorongan dan semangat juang kepada para tentera perang, namun
sebelum ini mereka hanya mengenal terompet yang diperbuat daripada tanduk.
Demikian pula dari segi taktik dan strategi peperangan, di mana mereka
banyak belajar dari pengalaman tentera Islam, termasuklah melatih burung-burung
merpati untuk menyampaikan informasi, pemakaian perisai, penggunaan kode-kode
peperangan dengan mempergunakan cahaya lampu, keterampilan bermain jenis-
jenis senjata tertentu di atas kuda, dan sebagainya.
4.2 Bidang Pertanian, Industri, dan Perdagangan
Sistem pertanian sama sekali baru dikenal di dunia Barat. Mereka
menemukan itu semua di Timur Islam seperti sistem irigasi yang praktis dengan
teknik hidrolik (teknik bercocok tanam tanpa bergantung kepada musim hujan dan
kesuburan tanah).
Pelbagai jenis tumbuhan yang baru dijumpai bagi mereka seperti cengkih,
semangka, rumput sesam, pohon carok (sejenis pohon sukun), padi, jeruk, abrikas
dan syalot (jenis bawang); pelbagai rempah sebagai bahan masakan, pelbagai jenis
kembang, dan bahan-bahan minyak wangi.
Selain itu, penemuan terpenting juga daripada Perang Salib ialah guna di
mana sebelum ini orang-orang Eropah hanya menggunakan madu sebagai sarapan
mereka. Daripada penemuan gula, lalu berkembanglah pelbagai jenis minuman dari
berbagai jenis buah-buahan.
Dalam bidang industri pula, mereka menemukan kain tenunan dan peralatan
tenunnya serta pelbagai jenis kain seperti masselin, setti, dan damast dari Timur.
Selain itu, kemenyan dan getah arab yang harum untuk mengharumkan ruangan
13
dan penggunaan pelbagai jenis wangian yang merupakan kesukaan orang-orang
Damaskus. Ke semua barang tersebut telah di pasarkan di Eropah dan telah
dieksport ke seluruh daerah lain.
Mereka juga baru mengenal surat-surat berharga selain daripada mata wang,
pengembangan sistem moneter, sistem mengawal peredaran mata wang, dan
sistem peredaran mata wang yang lebih cepat. Bahkan juga, di Kota Genoa dan
Pisa mereka sudah mendirikan bank yang mempunyai banyak cawangan di daerah.
4.3 Bidang Ilmu Pengetahuan
Dalam kalangan orang-orang Salib, terdapat prasangkan yang buruk bahawa
orang-orang Islam adalah penyembah berhala dan bodoh. Namun setelah bertemu,
mereka terkejut kerana prasangka itu ternyata bertentangan dengan kenyataan
sebenarnya. Orang-orang Islam telah menikmati kehidupan dan budaya yang lebih
tinggi daripada kehidupan mereka. Sifat-sifat orang Islam juga murah hati dan
pemaaf. Jelaslah bahawa secara keseluruhan mereka itu lebih beradab daripada
tentera Salib.
Mereka tidak tertarik kepada ilmu pengetahuan kerana kebanyakan daripada
mereka yakin bahawa hal itu membawa kepada bid’ah. Bahagian terbesar daripada
tentera Salib adalah serdadu-serdadu dan petani-petani yang tidak beradab serta
golongan ini juga tidak tertarik kepada usaha-usaha intelektual. Bahkan sekiranya
mereka belajar daripada oarng-orang Arab, mereka tidak mampu melakukannya
kerana terlalu sukar untuk turuti disebabkan oleh budaya Arab yang semakin
canggih jika dibandingkan dengan pengetahuan mereka yang masih primitif.
Tentera-tentera Salib sendiri tidak mendirikan sekolah bagi anak-anak mereka
selama masa tinggal di Palestin. Mereka sangat menaruh minat terhadap perkara
lain, tetapi bukan pada ilmu pengetahuan.
Setelah dipengaruhi dengan budaya Islam, barulah mereka menyedari
bahawa mereka berada di belakang. Oleh itu, satu demi satu ilmu pengetahuan
mulai dipelajari seperti kedoktoran, fisik, kimia, biologi, falsafah dan sehingga ke ilmu
pelayaran. Dalam ilmu pelayaran, mungkin Cina adalah bangsa yang pertama kali
menemukan sifat-sifat jurusan jarum kompas. Namun, orang-orang Arab yang
14
pertama menggunakan kompas untuk keperluan pelayaran. Penemuan ini juga tidak
disia-siakan oleh pihak Barat. Demikian pula dengan beberapa industri seperti kaca
dan bahan-bahan pewarna.
4.4 Bidang Kebahasaan
Setelah Perang Salib tamat, Barat-Kristian telah mendirikan pusat-pusat
kajian bahasa terutamanya dalam penyelidikan tentang pelbagai ilmu yang
terkandung dalam pelbagai buku yang menggunakan bahasa Timur, khususnya
bahasa Arab.
Jelaslah bahawa, inspirasi para pelopor dari Barat seperti Marcopolo yang
melakukan ekspedisi ke Asia dan Cina serta Vasco Da Gama yang menemukan
jalan ke Timur melalui Tanjung Harapan dan seterusnya menemukan Benua
Amerika yang diilhamkan oleh pelbagai ilmu pelajaran yang berharga daripada
perang Salib.
4.5 Bidang Kesihatan dan Kedoktoran
Sebelum Perang Salib, dunia Barat belum mengenal hospital. Hospital di
Eropah baru ditubuhkan pada abad ke-12. Akan tetapi, dunia Islam di Timur telah
lama berkembangnya hospital yang moden. Hospital yang ditubuhkan adalah untuk
mengenalpasti jenis-jenis penyakit yang menular dan tidak menular di mana pesakit
akan diletakkan di tempat yang terpisah contohnya pesakit yang berpenyakit kusta.
Demikian pula dunia Barat telah banyak mengenal pelbagai jenis ubat dan sistem
pengubatan di Timur ketika berlangsung perang Salib11.
4.6 Kemerosotan Sistem Feudalisme
11 Prof. Dr Didin Saefuddin Buchori. (2009). Sejarah Politik Islam. Jakarta: Pustaka Intermasa. Hlmn 209-212.
15
Perang Salib menjadi punca utama yang membuka jalan kepada
pembebasan golongan hamba di lading yang menyertai tentera Salib. Peluang ini
telah menyediakan kemungkinan golongan hamba mendapat kemerdekaan kerana
tentera-tentera Salib Barat mendapati tidak ada seorang pun hamba dalam bala
tentera Islam. Keadaanini telah meluaskan pandangan untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi sesiapa yang telah dicap sebagai hamba.
Pada waktu yang sama golongan feudal telah menjual sebahagian lading-
ladang mereka sebagai persediaan bagi menyertai peperangan. Ada kalanya
mereka menjual ladang kepada penduduk untuk mendapatkan kemerdekaan diri
masing-masing. Keadaan ini menyaksikan penjualan kota-kota untuk kemerdekaan
sebagai suatu pegangan yang umum. Imi seterusnya membawa kepada
kemunculan pecan yang merdeka dalam setiap kota, manakala kota itu kelak terikat
dalam kuasa raja dengan suatu ikatan yang terus-menerus dan tidak lagi menerusi
puak feudal.
Pada zaman ini juga gereja (Pope) dan raja bertambah kuat. Ramai golongan
bangsawan yang menyertai Perang Salib terkorban di medan pertempuran. Harta
yang diserahkan oleh golongan bangsawan kepada gereja menjadikan gereja lebih
berpengaruh. Raja pula mula mengambil alih kuasa terhadap tanah para
bangsawan.
4.7 Perubahan Cara Hidup
Apabila tentera Salib kembali ke Eropah, mereka tidak lagi mempraktikkan
cara hidup mereka yang lama sebelum mereka mengembara ke Timur dahulu,
bahkan mereka kembali membawa budi pekerti yang baru, ilmu pengetahuan yang
baru dan cara pemikiran yang baru, dan lebih daripada itu mereka kini telah biasa
dengan cara hidup yang suka bersiar-siar dan belayar. Batasan-batasan hidup
bercucuk tanam tidak lagi menjadi penghalang di hadapan mereka. Masyarakat
Barat kini merantau ke seluruh pelusuk rantau Eropah untuk menyebarkan pemikiran
baru ini.
Perang Salib juga telah mencelikkan mata Eropah dari segi sosial. Ferguson
Bruun dalam buku “A Survey of European Civilization” menyifatkannya sebagai
16
perangsang kepada kebangkitan ekonomi, sosial dan kehidupan kebudayaan
masyarakat Eropah Barat. Banyak kejayaan orang Arab dibawa ke Eropah. Menurut
Ferguson, mereka yang kembali dari medan pertempuran berfikiran terbuka dan
mempunyai idea-idea baru. Angka-angka Arab; ilmu algebra, ubat-ubat bedil dan
kompas dari dunia Islam juga digunakan dalam kehidupan Barat. Selain daripada itu,
cara berpakaian, makanan, persekolahan dan pengurusan rumah sakit juga ditiru
dari Timur. Hingga ke hari ini dalam perbendaharaan kata bangsa Eropah banyak
terdapat perkataan Arab atau yang berasal dari Arab. Perang Salib juga
menggalakan suatu minat baru dalam pelayaran dan penerokaan di Timur.
Orang Barat juga tertarik hati dengan pakaian orang Islam. Mereka telah
meninggalkan pakaian Eropah dan berpakaian dengan fesyen-fesyen pakaian
kebangsaan Islam yang menurut mereka lebih merehatkan pemakainya. Bangsa
Eropah juga lebih suka dengan memilih tempat kediaman mereka dengan binaan
ala Timur dengan hiasan yang indah-indah seperti dewan yang luas dan kolam air
yang airnya mengalir.12
5.0 KESIMPULAN
12 Sivachandralingam Sundara Raja. (2002). Sejarah Eropah. Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hlmn 97-98.
17
Kesimpulannya, melalui siri Perang Salib Pertama, Kedua, Ketiga dan
seterusnya ialah Perang Salib Kedua jelas menunjukkan kekalahan pasukan Salib,
bermula dari awal hingga ke akhir. Dengan kata lain, Perang Salib Kedua
merupakan suatu kegagalan bagi mereka, walaupun ternyata jumlah tentera Salib
mengatasi jumlah tentera Muslim sewaktu Perang Hittin. Akan tetapi tentera Islam
turut memperolehi kejayaan demi kejayaan. Sesuai dengan pendapat yang
diutarakan oleh Abu Huraira Abdurrahman di dalam bukunya “Hikmah di Sebalik
Jihad” bahawa kemenangan itu tidak terletak kepada jumlah, tetapi dengan
keimanan, penentuan dan izin Allah swt13. Keimanan sejati dan tawakkal kepada
Allah menakluki segala bahaya yang ditemui14. Berbekalkan semangat jihad yang
tinggi umat Islam tidak terasa getar untuk berhadapan dengan musuh dan
peperangan ini adalah untuk melindungi mereka daripada ditindas daripada pihak
Kristian.
6.0 RUJUKAN
Ahmad Shalabi. (1975). Perang Salib. Singapura: Pustaka National Pte Ltd.
13 Abuhuraira Abdurrahman. (2001). Hikmah di Sebalik Jihad. Kuala Lumpur: Percetakan PutrajayaSdn. Bhd. Hlmn 90.14 Ibid., Hlmn 91.
18
Abuhuraira Abdurrahman. (2001). Hikmah di Sebalik Jihad. Kuala Lumpur:
Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd.
Ahmad Warson Munawwir. (1997). Kamus Arab Indonesia, c. xiv. Yogjakarta:
Pustaka Progressif.
A.G. Noorani. (2007). Islam dan Jihad: Prasangka atau Kenyataan. Kuala Lumpur:
PTS Publications.
Haron Din. (2007). Islam: Jihad sebagai Survival Insan. Kuala Lumpur: PTS
Millennia Sdn. Bhd.
Kamal al-Din Abi Al-Qasim. (1996). Zubdat al-Halab min Tarikh Halab. Beirut: Dar al-
Kutub al-Ilmiyya.
Lyons, M., & Jackson, D. (1982). Saladin: The Politics of The Holy War. UK:
Cambridge University Press.
Mohd Roslan Mohd Nor., & Nor Shakila Mohd Noor. (2012). Perang salib dan
kejayaan salahuddin al-ayubi mengembalikan islamicjerusalem kepada umat
islam. Jurnal Al-Tamaddun. 7(1), 61-74.
Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy (t.t). Perang Salib di Alam Islami. Kuala Lumpur:
Pustaka Syuhada.
Prof. Dr Didin Saefuddin Buchori. (2009). Sejarah Politik Islam. Jakarta: Pustaka
Intermasa.
Sami bin Abdullah. (2009). Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah
Abad Pertengahan. Jakarta: Penerbit Almahira.
Sivachandralingam Sundara Raja. (2002). Sejarah Eropah. Selangor: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
19