sej eropah

34
1 Nilaikan keberkesanan dasar realpolitik bismarck sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar negara. 1.0 PENDAHULUAN Otto Von Bismarck sememangnya telah dikenang oleh para sarjana khususnya di Jerman dikaitkan sebagai penyatuan Jerman. Bismarck merupakan seorang Aristokrat Prusia. Bismarck datang daripada seorang Junker atau bangsawan Jerman. “Bismarck born in 1815, bismarck had inherited his powerful intellect and imagination from his mother. Bismarck’ father was a dull- witted Junker, who gave him nobility, social position and wealth, but nothing else.” 1 Bismarck juga telah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan Prusia seperti wakil Prusia di Parlimen Frankfurt. Kemudian Bismarck telah menjawat jawatan Menteri Pertama dan Menteri Luar, dan akhirnya Canselor. 2 Bismarck telah melakukan penyatuan Jerman dengan usaha diplomasi, kekerasan serta kebijaksanaan Bismarck sendiri. “To non-Germans as well, the personality and achievement of the Junker genius have a magnetic attraction. His political career of almost half a century was one of the longest in the annals of statecraft. For nearly three decades of that time he was the dominant figure in German and European politics.” 3 Bismarck diingati disebabkan oleh kejayaan dan cara yang digunakan iaitu menggunakan mementingkan kejayaan semata-mata dalam pentadbiran politiknya. Apa yang biasa dianggap sebagai prinsip moral dan tradisi telah dikesampingkan oleh Bismarck dan cara berpolitik begini dikenali di Barat sebagai realpolitik atau politik ala Machiavelli. 4 Oleh itu, Bismarck telah menggunakan pendekatan realpolitik sebagai senjata dalam 1 H.Hearder, Europe in the nineteeth century 1830-1880, Longman Group Limited, London,1966, Hlm. 217. 2 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 106. 3 Otto Pflanze, Bismarck and the development of Germany the period of unification, 1815-1817, Princeton University Press, New Jersey, 1971, Hlm .3. 4 Qasim Ahmad, Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .106.

Upload: amylia-abdul-rahman

Post on 03-Oct-2015

174 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

31

Nilaikan keberkesanan dasar realpolitik bismarck sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar negara.1.0 PENDAHULUANOtto Von Bismarck sememangnya telah dikenang oleh para sarjana khususnya di Jerman dikaitkan sebagai penyatuan Jerman. Bismarck merupakan seorang Aristokrat Prusia. Bismarck datang daripada seorang Junker atau bangsawan Jerman.Bismarck born in 1815, bismarck had inherited his powerful intellect and imagination from his mother. Bismarck father was a dull- witted Junker, who gave him nobility, social position and wealth, but nothing else.[footnoteRef:1] [1: H.Hearder, Europe in the nineteeth century 1830-1880, Longman Group Limited, London,1966, Hlm. 217.]

Bismarck juga telah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan Prusia seperti wakil Prusia di Parlimen Frankfurt. Kemudian Bismarck telah menjawat jawatan Menteri Pertama dan Menteri Luar, dan akhirnya Canselor.[footnoteRef:2] Bismarck telah melakukan penyatuan Jerman dengan usaha diplomasi, kekerasan serta kebijaksanaan Bismarck sendiri. [2: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 106.]

To non-Germans as well, the personality and achievement of the Junker genius have a magnetic attraction. His political career of almost half a century was one of the longest in the annals of statecraft. For nearly three decades of that time he was the dominant figure in German and European politics. [footnoteRef:3] [3: Otto Pflanze, Bismarck and the development of Germany the period of unification, 1815-1817, Princeton University Press, New Jersey, 1971, Hlm .3.]

Bismarck diingati disebabkan oleh kejayaan dan cara yang digunakan iaitu menggunakan mementingkan kejayaan semata-mata dalam pentadbiran politiknya. Apa yang biasa dianggap sebagai prinsip moral dan tradisi telah dikesampingkan oleh Bismarck dan cara berpolitik begini dikenali di Barat sebagai realpolitik atau politik ala Machiavelli.[footnoteRef:4] Oleh itu, Bismarck telah menggunakan pendekatan realpolitik sebagai senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar negara semasa Bismarck memimpin Jerman. [4: Qasim Ahmad, Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .106.]

Oleh itu, dalam esei ini keberkesanan dasar realpolitik Bismarck sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar negara akan ditekan sepenuhnya bersesuaian dengan kehendak soalan esei.

2.0 DASAR REAL POLITIK

Realpolitik adalah amalan politik yang telah dipelopori oleh Niccolo Machiavelli . Seorang pemikir berbangsa Itali, Niccolo Machiavelli telah mengembangkan falsafah politik melalui bukunya The Prince. Amalan ini menggunakan slogan The End Justifies the Mean iaitu mewajarkan apa sahaja cara ataupun konsep matlamat menghalalkan cara. Seseorang itu boleh menggunakan apa sahaja cara dan tindakan seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, pembunuhan politik, provokasi, ugutan ancaman, kekerasan bersenjata, dan peperangan untuk mencapai matlamat politik oleh pihak-pihak berkepentingan. Deceptive frankness and moderation in victory were important weapons in Bismarck's tactical armory.[footnoteRef:5] [5: Otto Pflanze, Bismarck and the development of Germany the period of unification, 1815-1817, Princeton University Press, New Jersey, 1971, Hlm. 7.]

[...] matlamat utama politik ialah pencapaian dan pengekalan kuasa; segala yang lain adalah sampingan.[footnoteRef:6] [6: Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985, Hlm 106.]

Walaupun dia sedar bahawa tindakan kejam dan jahat boleh menjejaskan kejayaan politik itu sendiri , namun aspek ini tidak ditekankan. Otto Eduard Von Bismarck telah menggunakan idea ini ataupun kaedah realpolitik dalam menyatupadukan, membina negara Jerman serta dalam melaksanakan dasar dalam dan luar negeri Jerman. Ciri-ciri tindakan politik Bismarck juga boleh dilihat melalui melaksanakan dasar dalam dan luar negara.

Sewaktu revolusi melanda Eropah, Bismarck telah melahirkan sifat politiknya yang mencemuh dasar lemah lembut dan menolak taktik bertolak ansur kerana dianggap asing oleh Bismarck. Sewaktu Bismarck memasuki bidang politik dan menjadi ahli parlimen Prusia dalam tahun 1847. Dengan keras beliau berucap menentang golongan liberal di Parlimen.[footnoteRef:7] Dasar yang diamalkan oleh Bismarck juga dianggap sebagai dasar darah dan besi dan setelah Bismarck menjawat jawatan Canselor, maka gelaran Canselor besi pula telah diberikan kepada Bismarck.[footnoteRef:8] Hal ini kerana, cara dan tindakan yang telah digunakan oleh Bismarck dalam mencorakkan pentadbirannya[footnoteRef:9]. Bagi Bismarck, apabila melaksanakan sesuatu dasar, ia harus dilaksanakan dengan tegas tanpa menggunakan dasar lemah- lembut. [7: Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm. 193.] [8: Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 107.] [9: Hajo Holborn,Bismarcks Realpolitic, Journal of the History of Ideas, 1990,Vol.21 (1): 84-98]

Menurut Bismarck, tugas negarawan adalah rumit dan hidup sebagai negarawan perlu sentiasa bersedia. In the attainment of that for which he strives he is too dependent on the participation of others, a fluctuating and incalculable factor.Even after the greatest success he cannot say with certainty, 'Now it is achieved; I am done with it,' and look back at what has beenaccomplished with complacency.To be sure, one can bring individual matters to a conclusion.[footnoteRef:10] [10: Otto Pflanze, Bismarck and the development of Germany the period of unification, 1815-1817, Princeton University Press, New Jersey, 1971, Hlm 4.]

2.1 ISU PERLEMBAGAAN PRUSIA YANG MEMBAWA KEPADA PENYERTAAN BISMARCK DALAM PEMERINTAHAN

Isu perlembagaan Prusia telah menyebabkan dan membawa Bismarck menjadi orang penting kerajaan iaitu dilantik menjadi menteri pertama dan menteri luar negeri di Prusia. Isu perlembagaan Prusia ini wujud apabila negara Jerman menubuhkan sebuah negara yang bersatu padu di bawah satu pemerintahan pusat yang teratur . Namun, wujud masalah apabila golongan liberal telah memenangi pilihan raya Prusia pada tahun 1859. Kemenangan ini merupakan sesuatu yang kurang disenangi oleh Raja William I (1860-1889) kerana Prusia sebagai negara yang konservatif dan di bawah monarki. Pastinya akan berlaku masalah dalam menggubal undang-undang bagi kepentingan negara secara keseluruhan kerana bertentangan pendirian antara fahaman. Bagi golongan bangsawan, mereka melihat kemenangan golongan liberal di Prusia sebagai ancaman kepada golongan bangsawan itu sendiri. Bismarck juga kurang senang dengan keadaan ini kerana beliau berpendapat bahawa fahaman liberal adalah salah satu penghalang kepada penyatuan Jerman daripada mengambil contoh daripada kegagalan revolusi 1848 dalam membawa kepada penyatuan Jerman dan Bismarck pada masa itu juga seorang anggota kerajaan Prusia yang pro konservatif.

Antara isu yang wujud adalah apabila raja William I bersama-sama Von Roon sebagai menteri perang dan Von Molke sebagai ketua Turus Angkatan Tentera telah membuat rancangan untuk memperkuat angkatan tentera Prusia iaitu dengan menambah bilangannya daripada 500,000 kepada 750,000 orang. Untuk memperkuatkan angkatan Tentera, Raja William dan dua menteri telah mendesak parlimen untuk menambah cukai. [footnoteRef:11] Langkah Raja William I berpunca daripada usaha baginda untuk mendapat sokongan tentera kerana golongan tentera amat berpengaruh dalam kerajaan Prusia dan sekiranya tercetus sebarang usaha revolusi untuk menjatuhkan kerajaan. [11: Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm.194.]

[...] mereka membangkang cadangan membesarkan tentera, tetapi mereka mahu parlimen menurut mereka supaya Parlimen mengawal Raja. Oleh itu, mereka mencadangkan undang-undang tentera dipinda sebagai syarat dalam penerimaan cukai-cukai baru[footnoteRef:12] [12: Ibid., Hlm .195.]

Golongan liberal sebenarnya menyokong usaha demi kepentingan negara Prusia tetapi mereka agak meragui dengan tindak-tanduk sebahagian pegawai dalam pasukan tentera Prusia yang dianggap cuba menggunakan tentera bagi menekan pihak golongan pertengahan. Otto Von Bismarck pada masa ini berada di St Petersburg Rusia kerana beliau merupakan seorang duta di Rusia. Bismarck telah menerima sepucuk telegram daripada Albert Von Ron yang diterima pada tahun 18 september. Bismarck pulang ke Prusia dan pada 22 september, Bismarck telah mengadap raja dan bersedia untuk memerintah negara tanpa restu daripada diet. Dia juga menyatakan bahawa akan berkhidmat kepada raja tanpa syarat dan tanpa perasaan gentar menghadapi sebarang ancaman daripada puak lain. Di sini kita dapat lihat bahawa dalam diri Bismarck telah menerapkan amalan realpolitik apabila beliau tidak gentar dan mementingkan matlamat sahaja.Peristiwa ini bermula apabila Albert Von Roon iaitu menteri perang Prusia telah mengkhianati pihak diet dan Majlis Perhimpunan pada malam 18 september 1862 apabila mengisytiharkan pemerintahan tanpa perlembagaan.[footnoteRef:13] [13: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 107.]

Apabila Bismarck kembali ke Prusia, Bismarck telah dilantik menjadi menteri luar negeri. Bismarck telah menjadi orang penting dalam kerajaan Prusia. Pelantikan Bismarck sebagai Menteri Luar Prusia telah memudahkan beliau dalam menjalankan penyatuan Jerman.[..]menteri luar negeri dahulu, Count Bernstorff dan menteri kewangan, Von der Heydt telah meletakkan jawatan mereka kerana enggan terlibat dalam pemerintahan yang melanggar perlembagaan

Melalui peristiwa pada Pada 27 Januari 1863 telah menunjukkan lagi ciri-ciri realpolitik atau ala pemikiran Machiavelli dalam sikap dan tindak tanduk Bismarck iaitu beliau telah memberi ucapan dan telah membela dirinya semasa berucap di dalam diet. Dalam ucapannya, dia telah mengemukakan interpretasinya tentang perlembagaan Prusia dan menurut Bismarck dalam ucapannya, diet tidak mempunyai kuasa mutlak dalam hal peruntukan kewangan dan menegaskan bahawa persoalan utama pada masa itu ialah persoalan mengenai penerusan pemerintahan negara. Soal mengenai diet bersetuju atau tidak bukanlah soal yang mustahak. Monarki Prusia belum lagi mencapai matlamatnya dan belum lagi rela untuk semata-mata tunduk kepada arahan diet.

3.0 KEBERKESANAN DASAR REALPOLITIK OTTO VON BISMARCK DALAM PEMERINTAHAN DI FASA PERTAMA : TAHUN 1862-1871

Semasa pemerintahan di fasa pertama, memperlihatkan Bismarck mengamalkan pemerintahan bersifat mengancam dan mengakibatkan berlakunya tiga peperangan. Pada masa ini, kita dapat melihat dasar yang dilakukan oleh Bismarck semasa menjadi Menteri Luar Negeri sehingga membawa kepada penyatuan Jerman.Pemerintahan di fasa pertama memperlihatkan dengan jelas permainan bismarck berdasarkan pengamalan dasar realpolitik beliau. Pada fasa ini, memperlihatkan kebijaksanaan Bismarck dalam mengeksploitasi dan memanipulasi sesuatu keadaan untuk mencapai matlamat beliau. Di fasa pertama ini, kita dapat melihat dengan jelas keberkesanan dasar realpolitik Bismarck dan telah menunjukkan dasar realpolitik yang diamalkan oleh Bismarck berkesan dan berjaya melalui penaklukan Daerah Schleswig-Holstein, Perang Prusia-Austria, Peperangan dengan Perancis, dan membawa kepada pembentukan empayar Jerman[footnoteRef:14]. [14: Dalam penyatuan Jerman, Bismarck telah mengambil peluang melalui kesilapan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa lain seperti Denmark dan Perancis. Bismarck telah menunggu masa yang sesuai dalam operasi penyatuan dan dasar luar Bismarck yang halus dalam menguasai negeri-negeri Jerman serta Bismarck juga dengan mudah telah mengishtiharkan kerana mendapat sokongan ketenteraan dan Raja William I.]

Bismarck did not have two character, a warlike aggressive one before 1871 and peaceful defensive one after 1871. He had a cautious, calculating preference for limited objectives from start to finish [footnoteRef:15] [15: L.C.B Seaman, From Vienna to Versailles, Methuen & CO LTD, Great Britain,1955, Hlm. 98.]

3.1Penaklukan Daerah Schleswig-Holstein

Keberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga boleh dilihat melalui kejayaan Bismarck dalam menakluki daerah Schleswig- Holstein. Dalam peristiwa ini telah menunjukkan keupayaan Bismarck dalam memanfaatkan sesuatu krisis politik untuk mendapatkan sesuatu keuntungan bagi Prusia. Perkembangan daripada peristiwa ini juga kita dapat menilai bagaimana Bismarck mengaplikasikan dasar realpolitik dalam peristiwa penaklukan Daerah Schleswig-Holstein dan dengan mudahnya Bismarck menjadikan Austria sebagai kawan apabila perlu dan sebagai lawan apabila sesuatu keadaan lain pula timbul. Daerah Schleswig-Holstein berada di bawah kuasa Vienna selepas penyelesaian Vienna 1815.

For many centuries the twin Duchies of Schleswig and Holstein had been ruled by Denmark. This arrangement hels a good during the Napoleonic war and was confirmed by the Vienne Setlement of 1815.[footnoteRef:16] [16: Alan Palmer, Bismarck,Weidenfeld and Nicolson,London, 1976, Hlm . 90.]

Peristiwa ini bermula apabila berlaku pergolakan di daerah Schleswig-Holstein akibat daripada kebangkitan semangat kebangsaan disebabkan daripada revolusi-revolusi 1848.[footnoteRef:17] Ekoran daripada itu, telah membawa kepada Perjanjian London 1852 yang telah ditandatangani oleh kuasa-kuasa besar Eropah yang terdiri daripada Rusia, Austria, Prusia, Perancis, Britain, Denmark, dan Sweden. Semasa tahun 1863, Raja Denmark yang baru dilantik telah meletakkan daerah ini di bawah kuasanya dan hasrat ini juga hasrat rakyat Denmark. [17: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 108.]

Apa yang dilihat oleh Bismarck ialah apabila pihak kerajaan Denmark terpaksa memasukkan wilayah Schleswig- holstein di bawah kekuasaan Denmark adalah usaha kerajaan Denmark untuk memenuhi aspirasi rakyatnya terhadap kawasan tersebut[footnoteRef:18] [18: ]

Hasrat yang dinyatakan oleh Raja Denmark telah mengejutkan Jerman. Isu ini amat sensitif kerana Schleswig-holstein mempunyai minoriti bangsa Jerman yang ramai jumlahnya.[footnoteRef:19] Selain itu, isu ini juga akan menjadi ancaman kepada usaha penyatuan Jerman dan pasti akan menimbulkan rasa marah orang-orang Jerman terhadap Denmark. Pada masa itu juga terdapat seorang pesaing kepada raja baru Denmark yang ingin merebut takhta. Oleh itu, Bismarck telah mengambil kesempatan ini memanipulasi serta mengeksploitasi keadaan tersebut. Pada waktu ini, kita dapat keberkesanan dasar realpolitik Bismarck dalam mengeksploitasi keadaan untuk kepentingannya. Bismarck telah mengatur strategi dengan mendapatkan persetujuan dari Diet dan Austria untuk melakukan serangan terhadap Denmark dengan tentera berikat Prusia-Austria. Bismarck sebenarnya tidak memandang ringan kemampuan Denmark kerana juga merupakan negara yang kuat sungguhpun tidak sehebat kuasa Eropah yang lain yang lebih menonjol dalam soal penaklukan.[footnoteRef:20] Langkah yang difikir oleh Bismarck ialah cuba mendapat sekutu bagi melawan Denmark. Hasil daripada kejayaan Bismarck yang menggunakan dasar realpolitik menunjukkan keberkesanannya apabila Bismarck telah memaksa Denmark menyerah kalah dan pada 30 oktober 1864, perjanjian Perdamaian Vienna telah ditandatangani. [footnoteRef:21]Kesan daripada perdamaian Vienna menyebabkan Schleswig- holstein telah diserahkan oleh Denmark kepada pihak Prusia dan Austria.[footnoteRef:22] [19: Ibid,.Hlm.109.] [20: Koch, A history of Prussian, London, longman Group Limited,1978. Hlm .255-256.] [21: Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm .196.] [22: Eyck, Bismarck And The German Empire, George Allen and Urwin Book L.t.d, London,1958, Hlm .89.]

Peperangan dan perdamaian ini telah memansuhkan Perjanjian London 1852 yang pernah diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar di Eropah. Kesan daripada peristiwa ini juga telah menyebabkan penimbangan kuasa di Eropah turut berubah. Hal ini kerana, terdapat kuasa lain yang kurang setuju dengan perkembangan yang berlaku ini kerana mereka terikat dengan hal masing-masing untuk bertindak balas secara terus. Rusia pula mengamalkan dasar berkecuali kerana tahun sebelumnya Prusia telah berjanji untuk membantu Rusia jika bangsa Pole yang berada di bawah pemerintahan Rusia memberontak kerana bimbang Britain dan Perancis membantu pemberontakan bangsa Pole di Rusia. Hal ini telah mencerminkan sikap pentingkan diri sendiri Rusia dan tiada kesepakatan di antara kuasa-kuasa besar Eropah. Di sudut lain pula memperlihatkan keberkesanan dasar realpolitik Bismarck mencapai kejayaan dan berjaya dalam menjalankan strategi untuk menakluk Daerah Schleswig-Holstein. Tindakan Bismarck menunjukkan bukan sahaja sikapnya nekad serta keghairahannya memperjuangkan kepentingan Jerman tetapi turut berupaya memanipulasi keadaan politik yang rapuh dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah pada masa itu. Bismarck telah menggunakan kesempatan melalui pergolakan politik yang berlaku di Eropah pada ketika itu. Bismarck juga menggunakan pemikiran ala Machiavelli melalui tindak-tanduk yang dilakukannya iaitu selagi ada kesempatan, Bismarck akan sedaya upaya menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan Jerman. Hal ini jelas dapat dinilai bahawa melalui penaklukan daerah Schleswig-Holstein telah menunjukkan keberkesanan dasar realpolitik Bismarck berjaya.

3.2 Perang Prusia-Austria

Melalui Perang Prusia- Austria juga dapat menilai keberkesanan dasar realpolitik Bismarck selepas berlakunya penaklukan daerah Schleswig-Holstein. Walaupun Prusia dan Austria bersepakat dalam memerangi Schleswig- Holstein tetapi kesefahaman ini kekal lama apabila berlaku perselisihan faham dalam urusan pemerintahan daerah Schleswig-Holstein. Permasalahan tersebut telah diselesaikan melalui konvensi Gastein. Melalui konvensi Gastein suatu pembahagian telah dilakukan iaitu Holstein di bawah Austria dan Schleswing di bawah kuasa Prusia. Tapi isu masih lagi timbul sehinggalah isu ini dibawa ke dalam diet bagi konfederasi Jerman di Frannkfurt.[footnoteRef:23] [23: Koch, History of Prussia, A longman Paperback L.t.d, London, 1978,Hlm. 257.]

[...] Schleswig would provisionally be assigned to Prusia, Holstein to Austria[footnoteRef:24] [24: Alan Palmer, Bismarck,Weidenfeld and Nicolson,London, 1976, Hlm . 104.]

Pada masa rundingan Gastein lagi, Bismarck telah melaksanakan dasar realpolitiknya apabila cuba mendapatkan persetujuan Itali dan Perancis untuk membentuk pakatan sulit bagi menentang Austria. Walaupun awalnya gagal tetapi Bismarck tidak mengaku kalah apabila pada tahun berikutnya, Bismarck telah mendapatkan persetujuan daripada raja Prusia untuk mengadakan pakatan sulit dengan Itali. Bismarck meramalkan bahawa peperangan Prusia-Austria adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ketua-ketua tentera memihak kepada Bismarck dan raja. Namun, putera Mahkota Prusia tidak bersetuju dengan rancangan Bismarck. Pada bulan mac 1866, seorang wakil Itali datang ke Berlin dan menyebabkan termaktub perjanjian sulit di antara Prusia dan Itali. Dalam perjanjian tersebut, Prusia tidak terikat untuk melakukan perang terhadap Austria tetapi Itali terpaksa mengikuti jejak langkah Prusia sekiranya Prusia berperang dengan Austria. Namun, sekiranya Prusia tidak melancarkan peperangan dalam masa tiga bulan, syarat Itali untuk mengikuti Prusia berperang akan dimansuhkan.[footnoteRef:25] Bismarck telah menggunakan segala kemahiran politiknya kerana hendak menetapkan bahawa apabila timbul konflik terakhir antara Prusia dengan Jerman, Austria tetap tanpa sekutu.[footnoteRef:26] [25: Eyck, Bismarck And The German Empire, George Allan and Urwin Book L.td, London,1959, Hlm. 123.] [26: Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm .198.]

Bismarck cuba untuk melakukan provokasi ke atas pihak Austria dengan membawa masuk tentera Prusia ke Holstein agar pihak Austria akan membina peperangan dengan Prusia tetapi pihak Austria di Holstein di bawah pimpinan Koblenz tidak membalas dengan kekuatan senjata sebaliknya hanya mengiringi semula tentera Prusia keluar dari Holstein secara damai. Hal ini menyebabkan Bismarck kecewa kerana beliau berharap melalui peristiwa ini pihak Austria melancarkan peperangan dan memudahkan Prusia untuk berperang kerana bulan tersebut ( bulan Jun 1866) adalah bulan terakhir bagi perjanjian Sulit Itali-Prusia. Bismarck bimbang jika perang tidak disegerakan akan menyebabkan masalah lain timbul iaitu Prusia tidak akan ada sekutu yang sesuai dan menyukarkan penentangan terhadap Austria. Bismarck merupakan seorang pemimpin yang bijak dan licik, apabila pihak Austria membawa hal ini di diet di Frankfurt pada 14 Jun 1866 sebagai tanda bantahan terhadap peristiwa tersebut. Bismarck sengaja mengarah wakil Prusia di Frankfurt untuk mengisytiharkan bahawa tindakan negeri-negeri lain tentang isu ini adalah bertentangan dengan semangat konfederasi Jerman kerana negeri-negeri Jerman dianggap sebagai tidak memenuhi semangat konfederasi Jerman. Tujuan Bismarck adalah untuk memastikan negeri-negeri Jerman di Utara dan Austria berasa tercabar dan membawa mereka kepada perang dengan Austria.[footnoteRef:27] Kesan daripada tindakan Bismarck telah memberi kejayaan kepada Prusia apabila Bismarck bukan sahaja dapat menyingkirkan Austria tetapi berjaya membawa negeri-negeri utara di Jerman ke dalam penyatuan Jerman di bawah Prusia. Oleh itu, terbukti keberkesanan dasar realpolitik Bismarck sebagai senjata terhadap dasar Bismarck berjaya melalui perang Prusia-Austria dan mencapai kejayaan kerana selepas kemenangan di Sadowa,[footnoteRef:28] Prusia berjaya singkirkan Austria dari persekutuan Jerman dan muncul sebagai kuasa utama di Jerman Utara.[footnoteRef:29] Pada bulan Oktober 1866, Pihak Austria/ Habsburg terpaksa menyerah Venetia dan berundur daripada sebarang kepentingan di Jerman.[footnoteRef:30] [27: H. Hearder, Europe in the nineteenth century 1830-1880, Longman Group Limited, London, 1970, Hlm . 151.] [28: Semasa peperangan berlaku, Bismarck telah memastikan tiada kuasa besar yang campur tangan. Hal ini telah memberi peluang kepada Moltke untuk mengirimkan tentera sebanyak tiga ketumbukan menerusi laluan gunung yang berasingan dan bertemu di tanah datar Bohemia lalu menyerang tentera Austria di Sadowa. Peralatan peperangan ( senapang) Prusia jauh lebih baik dari tentera Austria. Paul Kennedy, Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar, Pen.tej Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa & Abdul Razak Ator, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, Hlm 245] [29: Kejayaan ini disebabkan kesan daripada reformasi ketenteraan oleh pentadbiran Bismarck yang membangunkan teknologi ketenteraan Prusia sehingga mewujudkan kekuatan tentera Prusia berbanding musuh di medan peperangan. Koch, History Of Prusia, ALongman paperback Ltd, London, 1978,Hlm .260. ] [30: Paul Kennedy, Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar, Pen.tej Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa & Abdul Razak Ator, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, Hlm .246.]

Dari peristiwa Prusia-Austria telah memperlihatkan bahawa bismarck telah menggunakan dasar realpolitik sebagai senjata untuk mencapai matlamatnya. Daripada konsep matlamat menghalalkan cara telah di aplikasi oleh Bismarck dibuktikan apabila peruntukan perjanjian sulit yang dilakukan oleh Bismarck merupakan sesuatu yang tidak wajar kerana telah melanggar semangat dan fasal perlembagaan persekutuan Jerman yang melarang mana-mana ahlinya mengadakan pakatan dengan kuasa asing bagi tujuan menentang mana-mana ahli persekutuan yang lain.[footnoteRef:31] Oleh itu, Bismarck telah berjaya untuk melanggar tradisi persekutuan yang berusia lima puluh tahun ini. Melalui pakatan sulit juga membuktikan bahawa Bismarck telah menggunakan kebijaksanaannya dengan memperalatkan Itali agar menyertai perikatan dengan menawarkan perkara yang menguntungkan kepada pihak Itali iaitu Wilayah Venetia dan Bismarck telah menunaikan janjinya. Melalui dasar realpolitik yang diterapkan juga menyebabkan Bismarck memutarbelitkan keadaan dan mengakibatkan kedua-dua pihak bermusuhan. [31: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .109-110.]

[...] Bismarck patut berbangga dengan kejayaannya mempengaruhi raja Prusia dan merupakan kejayaan penuh dasarnya[footnoteRef:32] [32: Ibid, Hlm .110.]

Bismarck juga menyebabkan pengkhianatan terhadap sekutu lamanya iaitu Austria dan falsafah politik Bismarck sangat sesuai dengan cara beliau mengendalikan Austria dan ini juga faktor keperibadian Bismarck yang mewujudkan penyatuan Jerman itu sendiri.[footnoteRef:33] Tetapi juga menjadi bukti bahawa Bismarck amat bijak memanfaatkan suasana serta menggunakan masalah sebagai alat yang berkesan dalam menyatukan Jerman serta memahami kehendak musuh Austria iaitu Itali. [33: Tenbrock, A history Of German,Longman, Greens And Co L.td, London,1968, Hlm .205.]

Selain itu, keberkesanan dasar realpolitik Bismarck sememangnya mendatangkan kebaikan kepada Jerman tetapi juga memberikan impak yang tragis kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain yang bertelagah disebabkan tindakan Bismarck .Apa yang dapat dirumuskan ialah melalui peristiwa ini sememangnya menunjukkan keberkesanan dasar realpolitik Bismarck sebagai senjata terhadap dasar Bismarck sehingga berjaya membawa Prusia untuk memimpin sebuah negara Jerman bersatu sendiri.

3.3 Peperangan dengan Perancis.

Selain daripada isu Penaklukan Daerah Schleswig-Holstein dan Perang Prusia-Austria, keberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga dapat dilihat sewaktu peperangan dengan Perancis. Perang ini adalah rentetan daripada fasa-fasa penyatuan oleh Jerman. Bismarck sedang menumpukan usaha untuk menguasai negeri-negeri selatan Jerman seperti Bayern, Batavia[footnoteRef:34], dan negeri lain-lain ke dalam Persekutuan empayar Jerman sebelum bermula pertelingkahan dengan Perancis. [footnoteRef:35]Dasar realpolitik Machiavelli ini telah diterapkan lagi dalam pembentukan Konfederasi Jerman Utara yang mendatangkan kekhuatiran bukan sahaja kepada pihak Empayar Austria-Hungary tetapi juga ke pihak Perancis.[footnoteRef:36] [34: Di Batavia, parti anti Prusia telah memenangi dalam piliharaya negeri tersebut dan hal ini telah membimbangkan Bismarck kerana dianggap menjadi penghalang kepada penyatuan Jerman.] [35: Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm .202.] [36: Otto Pelanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period of Unification,1815-1871.Princeton University Press, New Jersey,1963.hal.373.]

Kebimbangan melanda Perancis dengan perimbangan kuasa yang baru. Melihat kepada kebimbangan Perancis ini, sekali lagi Bismarck mencelah dan menyuruh pihak Perancis mengemukakan hajatnya untuk menambahkan daerah kuasanya secara bertulis. Perancis bersetuju dengan cadangan Bismarck. Namun, apa yang berlaku adalah, Bismarck telah mendedahkan surat tersebut kepada akhbar sehingga Perancis digambarkan sebagai satu Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah takluknya.[footnoteRef:37] Bismarck sebenarnya ingin memastikan Perancis disisihkan serta Perancis dilihat sebagai pengancam kedaulatan Eropah. Oleh itu, Bismarck berasa bangga kerana beliau telah mencapai matlamatnya apabila kuasa-kuasa Eropah mengetahui tindakan Perancis tersebut. Di samping itu, terdapat peristiwa yang lain seperti krisis warisan takhta Sepanyol yang akhirnya tercetus peperangan di antara Perancis dan Prusia pada tahun 1870.[footnoteRef:38] [37: Surat yang didedah oleh Bismarck di surat khabar Jerman dan Perancis pada 10 Julai 1870.] [38: Isu pewarisan takhta sepanyol timbul semasa berlaku revolusi di Sepanyol yang menyebabkan Maharani Sepanyol telah digulingkan oleh parti politik Sepanyol untuk digantikan dengan Leapord of Hollenzellern dan Bismarck telah mengaplikasi dasar real politiknya dengan cara memujuk Leapord untuk menaiki takhta di Sepanyol dan bertujuan untuk menjadikan sepanyol sebagai sekutu baru Prusia dan boleh berkerjasama dengan Prusia jika Perancis serang Prusia. ]

Jelaslah bahawa Bismarck telah merealisasikan dasar realpolitik dalam mencetuskan konflik dalam Negara Perancis. Bismarck berjaya membuatkan kuasa-kuasa Eropah lain melihat Perancis sebagai Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah taklukannya. Jika dianalisis, Bismarck sendiri yang mencadangkan kepada Perancis untuk meluaskan daerah taklukan. Apabila Perancis menurut cadangan Bismarck, Bismarck telah memanipulasikan keadaan tersebut dan melabelkan Perancis sebuah Negara yang agresif. Oleh itu, kuasa Eropah yang lain mempunyai satu pandangan di mana, mereka akan mengelakkan diri untuk menjalinkan kerjasama dengan Perancis. Bismarck seperti menikam belakang Perancis kerana Perancis hanya menurut tuntutan Bismarck. Bagi Bismarck juga, tindakan ini merupakan cara yang terbaik agar Perancis tidak berada dalam kelima-lima kuasa kuat Eropah tersebut. Jika dilihat dengan jelas, peperangan antara Prusia dan Perancis tersebut hanya disebabkan oleh sepucuk surat sahaja. Perang antara Prusia dan Perancis berlangsung dengan lama namun pada akhirnya Perancis telah kalah. Gencatan senjata telah diadakan pada 28 Januari 1871 dan Perjanjian Frankfurt ditandatangani pada 10 Mei.[footnoteRef:39] Perancis telah menyerah daerah Alasce dan Lorraine kepada Jerman dan membayar ganti rugi sebanyak lima billion franc (200 juta pound sterling) kepada Jerman. Bismarck akhirnya berjaya menyatukan Jerman setelah beberapa siri peperangan berlaku. Bismarck menyatakan, [39: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm.164.]

[...]without me, three great wars would not had happened and 80,000 men could not have perished.[footnoteRef:40] [40: Erick Eyck,Bismarck and The German Empire,Unwin University Books,London,1968,Hlm.174.]

Oleh itu, penyatuan Jerman ini merupakan usaha Bismarck dengan menggunakan dasar realpolitik untuk mengatur strateginya. Konfederasi Jerman yang baru telah diisytiharkan pada 18 September 1871 di Versailes. Raja Prusia iaitu William I telah dilantik sebagai Maharaja kerana khuatir bidang kuasanya di Prusia akan berkurangan. Bismarck pula menjadi Canselor Reich[footnoteRef:41] ketika itu. Kuasa di dalam Kemaharajaan Jerman, atau Reich nyata terletak pada Prusia dan kuasa di Prusia berada pada tangan Bismarck. Maka, dalam tempoh pemerintahan Bismarck, ia dikenali sebagai zaman Bismarck. Daripada analisis daripada peristiwa peperangan dengan Perancis membuktikan Bismarck telah bertanggungjawab dengan penyatuan Jerman serta terbukti apabila Bismarck telah berjaya menggunakan dasar realpolitik dalam menyatukan Jerman dengan menggunakan penipuan dan pemalsuan dokumen dalam menjalankan misinya. [41: Reich merupakan badan parlimen yang terdapat di Prusia. Dalam parlimen tersebut, terdapat dua dewan iaitu dewan rakyat (Reighstag) manakala dewan Negara (Bundesrat).]

The German Empire in 1871 4.0 KEBERKESANAN DASAR REALPOLITIK OTTA VON BISMARCK DALAM PEMERINTAHAN DI FASA KEDUA : 1871-1890

Matlamat Bismarck dasar dalam dan luar negara semasa fasa kedua ialah memperkukuhkan empayar Jerman.[footnoteRef:42] Beliau telah menjadikan monarki Prusia sebagai akar tunjang kepada dasar yang digubal dan menjadi tulang belakang kepada empayar Jerman. Empayar Jerman yang kukuh akan mampu mengawal segala kegiatan diplomasi di Eropah. Dalam melaksanakan segala dasar, Bismark akan memegang teraju sebagai pengarah utama dan kuasa-kuasa besar Eropah seperti Rusia, Britain, Perancis dan Austria-Hungary perlu diawasi dan dikemudikan Bismarck . Namun begitu, Jerman diyakini merupakan kuasa yang lagi besar dan Bismarck menyatakan bahawa Jerman akan menjadi sebuah Negara yang digeruni.[footnoteRef:43] [42: E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.Britain.1969.Hlm.85.] [43: Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm.129.]

After 1871 the achievement was of a somewhat different character. Bismarck survived, and so did the empire[footnoteRef:44] [44: W.N.Melicott, Bismarck and modern Germany, The English Universities Press LTD, London, 1965, Hlm 178.]

DASAR DALAM 4.1 Dasar dalam pengukuhan Kuasa di ReichKeberkesanan dasar realpolitik juga boleh dinilai melalui pengukuhan kuasanya dalam Reich iaitu semasa Bismarck memegang teraju utama dalam Reich. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan kuasanya dalam Reich , Bismarck telah melaksanakan pelbagai dasar. Dalam dasar realpolitik sendiri ada dinyatakan bahawa matlamat utama politik ialah pencapaian dan pengekalan kuasa; segala yang lain adalah sampingan. Oleh itu, pengetahuan kepimpinan Bismarck dapat dilihat melalui cara Bismarck menyusun pembahagian suara dan kuasa dalam diet. Untuk menyusun langkah dalam pentadbiran agar lebih mantap, Bismarck telah membuat pembahagian suara dan kuasa Dewan Rakyat menjadi terhad iaitu undang-undang yang digubal oleh dewan rakyat ( Reichstag) harus disahkan oleh dewan negara (Bundesrat ).

Diet mempunyai dua dewan iaitu dewan rakyat (Reichstag) dan dewan negara (Bundesrat).[footnoteRef:45]Dewan Rakyat hanya mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang, menolak rang undang-undang, menolak peruntukan belanjawan tetapi tidak berkuasa untuk mempengaruhi dasar kerajaan. Misalnya, Dewan rakyat hanya boleh menyekat kelulusan belanjawan negara apabila tidak bersetuju dengan sesuatu dasar tetapi dewan negara yang lebih berkuasa kerana boleh mengesahkan undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat. [45: ]

Di dewan negara pula kuasa dan pengaruh seolah-olah dibolot oleh Prusia. Kewujudan Dewan Negara hanyalah sebagai topeng kepada pemerintahan Prusia terhadap Empayar dan dewan negara bukanlah satu institusi daripada parlimen tetapi satu perhimpunan para Duta.[footnoteRef:46] [46: Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 114.]

Dasar realpolitik Bismarck juga dapat dilihat apabila beliau sedaya upaya cuba melumpuhkan tentangan terhadapnya yang datang dari pihak parti pembangkang di dewan rakyat (Reichstag) yang terdiri daripada Parti Liberal Kebangsaan, Parti Tengah Katolik, Parti Progresif, dan Parti Sosial Demokratik. Bismarck telah mengaplikasikan dasar realpolitik demi mencapai matlamat melalui kuasa dan cara-caranya yang pelbagai rupa. Bismarck telah mengamalkan pujukan, penentangan secara terang-terangan serta pelaksanaan dasar-dasar yang boleh menyaingi atau yang lebih baik daripada parti lawan dalam usaha untuk menjejaskan pengaruh parti-parti ini. Dalam setiap dasar yang diamalkan oleh Bismarck adalah untuk kepentingan matlamatnya. Contohnya, demi menjaga hati golongan bangsawan dan tentera di Prusia, Bismarck telah mengetepikan kelas menengah dan bawahan Negara. Bagi Bismarck, golongan bangsawan dan tentera menjadi tunjang kepada kejayaan di Prusia. Sungguhpun begitu, Demi kepentingannya juga Bismarck sedaya upaya untuk memenuhi cita-cita golongan menengah agar mereka memberikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi. Jelaslah, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik sebagai senjata untuk mengukuhkan kuasanya di Reich. Terdapat parti-parti yang menentangnya tetapi Bismarck sedaya upaya menangkis serangan tersebut. Pada penilaian penulis, Dasar realpolitik yang digunakan oleh Bismarck memang berkesan untuk mencapai matlamatnya tetapi Bismarck juga perlu menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira kedudukan dan darjat seseorang.

4.2 Dasar dalam Undang-undang Tentera dan Kulturkampf

Keberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga dapat dilihat dan dinilai melalui dasar dalam undang-undang tentera dan Kulturkampf. Undang-undang tentera adalah rang undang-undang yang telah dibentangkan oleh Bismarck bagi mendapatkan kelulusan daripada dewan rakyat (Reichstag). Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik melalui rang undang-undang yang dibuat kerana hanya mementingkan kejayaan dalam matlamat beliau. Oleh itu, rang undang-undang dibuat adalah untuk menghapuskan pengaruh Dewan Rakyat (Reichstag) ke atas hal ehwal tentera buat selama-lamanya.[footnoteRef:47] Dalam undang-undang ini, ia telah menyatakan bahawa jumlah tentera haruslah melebihi 400,000 dan mencadangkan jumlah tentera harus dipadankan dengan jumlah rakyat Jerman. Puak Liberal kebangsaan tidak bersetuju pada awalnya. Oleh itu, Bismarck juga telah mengugut untuk mengadakan pilihan raya setelah jawatankuasa di Dewan Rakyat ( Reichstag) di bawah puak liberal berhaluan kiri menentang rang undang-undang ini.[footnoteRef:48] Tindakan Bismarck yang mengugut untuk mengadakan pilihan raya menyebabkan puak liberal bersetuju dan menerima penetapan jumlah tentera dalam tempoh tujuh tahun sahaja. Hal ini memberi kesan kepada kuasa dewan rakyat ( Reichstag) apabila pemansuhan hak mutlak diet dalam menentukan belanjawan dan jumlah tentera kerana diet di Jerman bertukar setiap tiga tahun sekali. Akhirnya melalui dasar realpolitik menyebabkan Bismarck berjaya mencapai matlamatnya iaitu semua parti Liberal Kebangsaan bersetuju dengan rang undang-undang ini sebagai dasar kerajaan untuk cuba untuk mendapatkan faedah dari Bismarck sebagai balasan. [47: E.J Passant , Short History of Germany 1815-1945, Cambridge University Press, London, 1969, Hlm. 89.] [48: Tindakan Bismarck mengugut untuk mengadakan pilihanraya baru telah menyebabkan puak liberal tukar fikiran kerana puak liberal adalah sebuah parti yang dipilih oleh rakyat dan apabila membuat pilihan raya baru mereka perlu menghadapinya dan pihak liberal sebenarnya tidak berani menghadapi pilihan raya baru dan khuatir untuk berdepan dengan rakyat sekali sebagai penentang Bismarck.]

Seterusnya, melalui dasar Kulturkampf[footnoteRef:49] juga kita dapat menilai dasar keberkesanan realpolitik Bismarck. Dasar ini bertujuan untuk memerangi pengaruh mazhab katolik. Oleh itu, Parti yang menjadi sasaran Bismarck ialah Parti Tengah Katolik. Bismarck telah memansuhkan bahagian Katolik yang terdapat dalam Kementerian Hal Ehwal Agama dan Pelajaran kerana menganggap bahagian tersebut telah dipergunakan oleh pihak gereja untuk mempengaruhi pentadbiran kerajaan.[footnoteRef:50] Pada bulan Mac 1872, pengawasan sekolah-sekolah oleh pihak gereja telah dihapuskan. Berdasarkan amalan realpolitik yang mementingkan matlamat dan kejayaan menyebabkan Bismarck akan melakukan sesuatu jika boleh menghalang matlamatnya. Oleh itu, Bismarck tidak menyenangi pentadbiran sekolah dan gereja di bawah urusan negeri dan bukannya urusan pusat. Bagi Bismarck keadaan ini menghalang beliau mengawasi golongan agama yang tidak bersetuju dengan dasarnya. Jadi, Bismarck telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan gereja dan telah mendatangkan ketidakpuasan hati dalam kalangan golongan Konservatif. Di samping itu, berlaku beberapa pertelagahan antara Bismarck dengan golongan Katolik ini dan akhirnya digubal siri undang-undang yang dikenali nama Undang-undang Mei 1873. Perkara utama dalam undang-undang tersebut adalah memindahkan kekuasaan Paus dalam soal kehakiman dan disiplin ke atas golongan Katolik kepada pihak kerajaan. Begitu juga, pada 5 Februari 1875 pihak Paus di Rom mengisytiharkan segala perundangan mengenai agama Katolik di Jerman sebagai tidak sah. Kerajaan telah menyekat segala bentuk bantuan yang disalurkan kepada gereja sehingga para biskop bersedia untuk menerima undang-undang kerajaan.[footnoteRef:51] [49: Dasar Kulturkampf berkaitan dengan aspek kebudayaan atau perang budaya yang dianjurkan untuk membebaskan soal politik dan pentadbiran negara dari pengaruh dan kawalan agama. Pengaruh agama dilihat begitu berpengaruh dalam politik dan pentadbiran negara. Maka, dasar ini diperkenalkan untuk menyingkirkan pengaruh agama dalam politik dan pentadbiran negara yang boleh membantutkan polisi kenegaraan yang dirangka. Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .119.] [50: E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.London.1969.Hlm.89.] [51: Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .120.]

Kesimpulan kecil yang dapat dilihat melalui dasar ketenteraan ialah Bismarck mahu agar jumlah tentera ditambah. Dasar ketenteraan yang dibuat oleh Bismarck merupakan salah satu strategi Bismarck untuk menjaga keamanan Jerman daripada serangan kuasa luar. Dasar realpolitik telah digunakan oleh Bismarck untuk mencapai setiap matlamatnya dan pengaplikasian dasar realpolitik dalam undang-undang ketenteraan dilihat berkesan sehingga rang undang-undang tentera yang dibuat oleh Bismarck dipersetujui oleh semua parti Liberal Kebangsaan dan dijadikan sebagai dasar kerajaan. Melalui dasar Kulturkampf pula, Bismarck dan puak liberal mahukan soal politik dan pentadbiran Negara bebas dari pengaruh dan kawalan agama.[footnoteRef:52] Pendirian mereka ini sebenarnya rentetan daripada arus sekularisme yang sudah tercetus semasa Revolusi Perancis. Namun, tidak berjaya kerana telah gagal untuk tundukkan golongan katolik melalui dasar Kulturkampf. Menurut Bismarck, dia tidak melihat kegagalannya sebagai sesuatu yang menandakan kelemahan prinsipnya dan kekuatan pihak lawan tetapi disebabkan oleh kelemahan strategi dalam pelaksanaan dasarnya. [52: William M.Sloane.1900.Bismarck as a Maker of Empire.Political Science Quantely. Vol.15(4d) :647-666.]

4.3 Dasar dalam Tarif dan Undang-undang Anti-sosialisDasar realpolitik Bismarck juga dapat dinilai melalui dasar Tarif dan Undang-undang Anti-sosialis. Para liberal telah gagal dalam memanfaatkan kesepakatan mereka dengan Bismarck dalam kes dasar Tarif bebas. Bismarck telah mengamalkan dasar ekonomi bebas sebelum tahun 1877. Namun, dasar yang diamalkan oleh Bismarck tidak disukai oleh golongan tuan tanah dan para industrialis yang mengalami tekanan ekonomi akibat daripada saingan Negara asing. Golongan bangsawan Jerman merupakan pengeksport utama bijiran dan menguntungkan mereka. Pada tahun 1870-an, Jerman telah mengalami kekurangan bijiran untuk keperluan dalam negeri sendiri. [footnoteRef:53] Oleh itu, dasar ekonomi bebas telah dimansuhkan dalam tahun 1870-an. Pemansuhan dasar ekonomi bebas telah melindungi industri di Jerman daripada saingan barang import dan berjaya menstabilkan ekonomi Jerman. Sebelum dasar ekonomi bebas dirombak, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik untuk mencapai matlamatnya dengan cara bertemu dengan ketua Parti Liberal Kebangsaan, Rudolf von Bennigsen dan menawarkan jawatan naib canselor dan menteri dalam kabinet Prusia. Motif Bismarck ialah untuk memastikan golongan sayap kanan Parti Liberal Kebangsaan akan menyokong dasar ekonomi tersebut. Tetapi jawatan yang ditawarkan kepada Bennigsen telah dibatalkan kerana Bennigsen mahukan dua orang lagi rakannya dari sayap kiri Parti Liberal Kebangsaan diberikan jawatan. Bismarck dilihat hanya bersedia bersekutu dengan Parti Liberal Kebangsaan apabila perlu dan meninggalkan mereka apabila tidak perlu. [53: Imanuel Geiss, Jerman Foreign Policy: 1871-1914, Routledge and kegan Paul, London,1976, Hlm .9.]

Pada tahun 1878, Bismarck telah membentangkan Rang Undang-undang Anti-Sosialis di Reichstag dan ini menyebabkan Parti Liberal Kebangsaan membantah. Bismarck telah menggunakan dasar realpolitiknya apabila telah menggunakan alasan daripada peristiwa 11 Mei 1878 untuk mengetengahkan undang-undang anti-sosialis ini.[footnoteRef:54] Rang undang-undang ini telah ditolak apabila pertama kali dibentangkan di Reichstag kerana hanya parti Konservatif yang memberi sokongan. Namun, Bismarck bukanlah seorang yang mudah berputus asa sebaliknya Bismarck telah mengambil kesempatan daripada percubaan satu lagi percubaan membunuh Raja William I untuk membubarkan diet dan mengadakan satu pilihan raya baru. [54: Peristiwanya ialah percubaan membunuh Raja William I oleh Hodel iaitu pernah menjadi ahli Parti Demokratik Sosial dan Bismarck menuduh Parti Demokratik Sosial perlu bertanggungjawab.]

Kesan daripada pilihan raya umum yang dijalankan telah membuktikan kejayaan Bismarck dalam mengaplikasikan dasar realpolitiknya apabila rang undang-undang Anti-Sosialis yang dibentangkan buat kali kedua pada September 1878 oleh Bismarck telah berjaya diluluskan dengan mudah. Keputusan pilihan raya yang telah diadakan menunjukkan Parti Liberal Kebangsaan kehilangan 30 kerusi dan Parti Progresif 10 kerusi. Sebaliknya, Parti Konservatif dan Konservatif bebas berjaya menambahkan bilangan kerusi dari 78 ke 115 kerusi. Pihak kerajaan juga gagal mendapatkan suara majoriti di Reichstag kerana kerusi Parti Konservatif yang menyokongnya tidak melebihi jumlah kerusi parti lain. Namun, Kebanyakan calon Parti Liberal Kebangsaan yang menang telah berjanji kepada para pengundi mereka untuk menyokong Bismarck dalam tindakan antisosialisnya.[footnoteRef:55] [55: Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985, Hlm .123.]

Berdasarkan undang-undang ini, kerajaan boleh menyekat atau mengharamkan segala persatuan, perjumpaan dan penerbitan Parti Demokratik Sosial, sosialis dan komunis. Begitu juga, kerajaan boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah yang mengancam politik Bismarck serta menarik balik lesen penerbit, pencetak dan pengedar yang ingkar. Rang Undang-undang yang dibuat oleh Bismarck juga adalah untuk kepentingan matlamat beliau. Hal ini kerana apabila undang-undang ini dilaksanakan, ia dikatakan berjaya menghapuskan semua institusi Parti Demokratik Sosial yang mencakupi perusahaan persuratkhabaran, percetakan dan kesatuan sekerja. Kesannya, terdapat 900 orang telah disingkirkan dari rumah dan 1500 orang dipenjarakan dalam jangka masa 12 tahun undang-undang ini dilaksanakan. Jelaslah, Dasar realpolitik Bismarck yang di aplikasi dalam Undang-undang Anti-Sosialis menunjukkan keberkesanan dan berjaya .DASAR LUAR.4.4 Dasar pengasingan PerancisKeberkesanan realpolitik Bismarck juga dilihat menerusi salah satu dasar luar Jerman iaitu Pengasingan Perancis. Melalui pengasingan Perancis memperlihatkan kejayaan Jerman dan mampu mengekalkan keamanannya di bawah pemerintahan Bismarck. Bismarck mencorakkan dasar pengasingan Perancis kerana untuk mengelak Perancis balas dendam terhadap Jerman. Hal ini disebabkan kemarahan Perancis terhadap Jerman apabila daerah Alasce dan Lorraine telah dirampas oleh Jerman. Alasce dan Lorraine adalah daerah yang telah ditadbir oleh Perancis selama lebih kurang dua abad. Bismarck merampas dengan menggunakan cara kekerasan Alasce dan Lorraine adalah disebabkan soal ketenteraan dan kedua-dua daerah tersebut amat penting bagi pertahanan Jerman untuk menghadapi kemungkinan serangan yang akan datang dari Perancis terutama di bahagian Barat Laut Jerman.[footnoteRef:56] Oleh itu, untuk menghadapi permasalahan ini, Bismarck telah melaksanakan satu dasar untuk mengasingkan Perancis. Selepas tahun 1871, bismarck giat sekali berusaha mengadakan pakatan dengan negara Eropah untuk mengelak Perancis membalas dendam terhadap Jerman apabila Jerman terlibat di dalam peperangan dengan Negara lain. Hal ini berkait rapat dengan akibat peperangan Perancis-Jerman .Jadi, Bismarck pula dengan licik mula merapatkan Jerman dengan kuasa-kuasa besar Eropah yang lain yang mungkin akan menjadi sekutu Perancis. Bismarck juga mahu kuasa-kuasa besar yang lain bersikap berkecuali jika tercetusnya peperangan di antara Jerman dan Perancis. Sekiranya Perancis menjadi sekutu Rusia, Bismarck akan mengalami kekalahan. [56: Otto Pflanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period Of Unification,1815-1871.Princeton University Press.America., Hlm.477.]

[...] jika terjalin ikatan perancis-Rusia maka Jerman mungkin terpaksa berperang di dua pembatasan[footnoteRef:57] [57: Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 131.]

Dasar realpolitik Bismarck jelas menunjukkan Bismarck seorang yang bijak dalam mengatur starategi agar mencapai matlamat dan merupakan suatu kepuasan baginya sekiranya mencapai matlamat tersebut. Dalam situasi pengasingan Perancis jelas menunjukkan dasar realpolitik telah di aplikasi oleh Bismarck dan menunjukkan berkesan dan berjaya. 4.5 Dasar luar terhadap Liga Tiga MaharajaKeberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga boleh dilihat menerusi dasar Luar Negara iaitu Liga Tiga Maharaja. Liga tiga maharaja ini dikaitkan dengan konflik di antara Jerman (Bismarck), Russia dan Austria- Hungary. Dalam konflik liga tiga maharaja ini, Bismarck sebenarnya ingin mengelakkan keadaan yang akan memaksanya untuk memilih sama ada berpihak kepada Russia atau Austria-Hungary.[footnoteRef:58] Hal ini kerana, sekiranya berlaku konflik dan peperangan di antara Russia dan Austria-Hungary, secara tidak langsung ia akan memberi kesan yang berlarutan terhadap kestabilan politik Jerman. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, Bismarck telah mengadakan dasar berbaik-baik semula dengan Austria-Hungary yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi musuh kepada Jerman. Dasar berbaik-baik dengan Austria-Hungary sebenarnya merupakan satu tindakan yang bijak dilakukan oleh Bismarck kerana sekiranya ditinjau dari dasar luar Jerman, ia jelas menguntungkan Jerman.[footnoteRef:59] Dasar berbaik-baik ini menjamin agar Austria-Hungary tidak terlalu bersikap baik dengan Perancis dan Britain sehingga ia boleh menjejaskan kepentingan Jerman. Rentetan daripada dasar berbaik-baik yang dianjurkan oleh Bismarck ini, maka pada tahun 1873, lahirlah liga tiga maharaja. [58: Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976.Hlm.26.] [59: Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976,Hlm.27.]

Perjanjian Liga Tiga Maharaja ini disertai oleh Russia, Austria-Hungary dan Jerman. Perjanjian ini juga sebenarnya memberi kelebihan kepada Jerman kerana ia juga merupakan rentetan daripada dasar pengasingan Perancis. Hal ini kerana, apabila Jerman, Austria-Hungary dan Rusia bersekutu, maka Perancis pula akan kehilangan sekutu yang kuat. Dalam perjanjian tersebut, ketiga-tiga maharaja ini akan bersatu padu untuk menghadapi ancaman luar. Begitu juga, mereka bersetuju untuk berhubung di antara satu sama lain mengenai soal Timur Dekat, yakni Balkans atau daerah di bawah naungan Empayar Turki pada ketika itu. Ia tidak membayangkan suatu pengiktirafan kepada pemerintahan Jerman ke atas Alasce dan Lorraine tetapi Bismarck melihat ia sebagai suatu tindakan yang ditujukan kepada Perancis.[footnoteRef:60] [60: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm.192.]

Walaupun begitu, Liga Tiga Maharaja ini tidak begitu mencapai matlamatnya kerana pada akhirnya semasa Perancis menyerang Jerman, Perancis telah meminta bantuan daripada Rusia dan Rusia serta Britain tidak begitu senang dengan pendirian Jerman yang memusuhi Perancis. Hal ini menyebabkan Bismarck tawar hati dan ia seterusnya mengancam strategi Bismarck untuk berada dalam kalangan tiga kuasa daripada lima kuasa besar Eropah yang lain. Sungguhpun begitu, krisis ini tidak berlanjutan menjadi satu peperangan. Oleh itu, jika dilihat kepada perjanjian Liga Tiga Maharaja ini, Bismarck sedaya upaya menjadikan Jerman sebagai sebuah kuasa besar di Eropah. Dalam mencapai matlamat ini, sekali lagi dapat menganalisis bahawa Bismarck berusaha untuk menyingkirkan Perancis dengan mengadakan pakatan dengan Austria-Hungary dan Russia melalui dasar berbaik-baik dengan kedua-dua Negara tersebut. Jika sebelum ini, hubungan Jerman dengan Austria-Hungary dan Russia tidak baik tetapi disebabkan ingin menjaga kepentingan Jerman, Bismarck sanggup mengadakan pakatan dengan mereka. Realitinya, Bismarck menerapkan dasar realpolitik dalam mengadakan perjanjian Liga Tiga Maharaja tersebut walaupun pada penghujungnya, perjanjian itu adalah gagal. Kesannya, Rusia dan Britain tidak bersetuju dengan pendirian Bismarck. Namun begitu, nasib Bismarck agak baik kerana krisis di antara Perancis tersebut tidak berakhir dengan peperangan. Nasib Bismarck seakan seperti telur di hujung tanduk kerana masih ada banyak ancaman lain yang boleh menggugat kestabilan politik Jerman. Justeru, bagi Bismarck, dasar realpolitik yang dianjurkan dalam dasar luar Negara Jerman sememangnya berkesan kerana ia merupakan salah satu cara yang mutlak yang digunakan Bismarck untuk menjaga kepentingan Jerman. 4.6 Dasar luar terhadap Krisis di BalkansBismarck sekali lagi menerapkan dasar realpolitik sebagai senjata dalam melaksanakan dasar luarnya apabila Bismarck meneruskan keazamannya untuk mengekalkan keamanan di Eropah melalui krisis di Balkans atau Timur Dekat. Dasar realpolitik yang digunakan oleh Bismarck untuk krisis di Balkans tidak melibatkan peperangan, tipu helah, ataupun mengeksploitasi sesuatu keadaan tetapi bertujuan untuk menunjukkan bahawa Bismarck atau untuk menjadikan dirinya dapat dilihat sebagai pemimpin yang peka terhadap permasalahan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah pada ketika itu. Justeru, apa yang kita boleh analisis di sini adalah, Bismarck cuba menggunakan muslihat untuk menjadi sebagai seorang penyelamat dalam menyelesaikan pertelagahan di antara Rusia, Austria-Hungary dan Britain dalam soal mendapatkan daerah taklukan di Turki. Peristiwa ini bermula pemerintahan di Turki menjadi goyah, kuasa-kuasa Eropah tertarik untuk menjadi pengganti kepada Turki. Kuasa yang mempunyai kepentingan di Balkans ialah Rusia, Austria-Hungary, dan Britain. Sementara itu, Bismarck telah menjadi tuan rumah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara Rusia dan Austria-Hungary. Hal ini kerana, setelah Rusia dapat menakluki Turki, Rusia mendapat daerah yang lebih besar daripada Austria-Hungary.[footnoteRef:61] [61: Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann Educational Books Ltd.London. 1958.Hlm.194.]

Tetapi apa yang memeranjatkan Austria-Hungary, keadaan sedemikian tidak berlaku berdasarkan perjanjian yang dilakukan. Hal ini menyebabkan Austria-Hungary tidak berpuas hati dan membawa kes ini ke dalam Kongres Berlin. Bagi Bismarck pula, keadaan ini merupakan satu jalan untuk mengambil hati kuasa-kuasa Eropah yang sedang bertelagah ini. Semasa kongres tersebut, Bismarck telah membahagikan daerah-daerah peninggalan empayar Turki tersebut sama rata kepada tiga kuasa yang hadir iaitu Russia, Austria-Hungary dan Britain tanpa memperuntukkan mana-mana daerah tersebut kepada Jerman.Walaupun Jerman tidak mendapat daerah Turki, tetapi apa yang ingin dicapai oleh oleh Bismarck ialah hubungan yang baik antara ketiga-tiga negara tersebut iaitu Rusia, Austria- Hungary, dan Britain. Justeru, apa yang kita boleh analisa di sini adalah, Bismarck bertindak menjadi sebagai seorang penyelamat dalam menyelesaikan pertelagahan di antara Russia, Austria-Hungary dan Britain dalam soal mendapatkan daerah taklukan di Turki. Berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau sebenarnya secara halus menerapkan dasar realpolitik dalam tindakan tersebut. Hal ini kerana, apabila beliau bertindak sebagai seorang pengaman dan berkecuali dalam krisis ini, secara tidak langsung. Bismarck dapat mengekalkan kedaulatan dan pengaruh yang ada pada dirinya sebagai seorang pemimpin yang disegani, bertanggungjawab, dan bertoleransi. Bismarck juga mengambil kesempatan ini untuk menjadikan dirinya dapat dilihat sebagai pemimpin yang peka terhadap permasalahan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah pada ketika itu. Ia juga dilihat sebagai satu penghormatan kepada Bismarck kerana beliau berusaha untuk mengekalkan keamanan di Eropah pada ketika itu dengan menjadi orang ketiga dan berkecuali dalam krisis di Balkans. Walaupun Jerman tidak mendapat daerah pengaruh di Turki, namun apa yang ingin dicapai oleh Bismarck adalah hubungan yang baik di antara ketiga-tiga Negara tersebut iaitu Russia, Austria-Hungary dan Britain. Malah, menurut Eyck Bismarck sebenarnya tidak peduli jika krisis Balkan berterusan. Hal ini kerana, Hubungan antara Negara yang Bismarck penting kerana beliau ingin meletakkan Jerman sebagai salah satu kuasa Eropah yang berpengaruh dan sentiasa aman. Maka, melalui krisis di Balkans Bismarck telah berjaya menggunakan muslihatnya sebagai salah satu dasar realpolitiknya dan menunjukkan keberkesanan.4.7 Dasar luar terhadap Ikatan Dua dan Tiga KuasaDasar realpolitik Bismarck juga boleh dilihat menerusi dasar ikatan dua dan tiga kuasa. Melalui dasar luar negara ini telah berjaya mendatangkan kebaikan kestabilan politik dan hubungan luar Jerman serta berkesan terhadap pentadbiran Jerman. Ikatan dua dan tiga kuasa ini merupakan rentetan yang berlaku semasa Kongres Berlin di mana pada ketika itu Bismarck menjadi tuan rumah dalam menyelesaikan pertikaian daerah pengaruh di antara Russia, Austria-Hungary dan Britain.[footnoteRef:62] Setelah Kongres Berlin di adakan, Britain merasakan bahawa Jerman merupakan kuasa eropah yang tamak. Russia pula tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan dalam Kongres Berlin. Maharaja Russia iaitu Alexander II telah meluahkan rasa tidak puas hati tersebut kepada Maharaja Jerman, Raja William I. Walaupun Bismarck mahu berbaik-baik dengan Rusia dan Austria-Hungary. Namun, Jerman sebenarnya ingin memperbaiki hubungan persahabatan dengan Austria-Hungary. In year 1879 was begining of the special relationship between Germany and Austria.[footnoteRef:63] Oleh itu, itu wujud satu pakatan Anti-Russia di antara Jerman dan Austria-Hungary yang kemudiannya dikenali sebagai Ikatan Dua kuasa, 1879.[footnoteRef:64] Ikatan dua kuasa ini merupakan satu perjanjian yang mempunyai fasal-fasal sulit. Sebelum termeterai ikatan dua kuasa secara rasmi. Bismarck perlu mendapatkan pengesahan daripada daripada maharaja Jerman iaitu Raja William I. Bismarck telah menggunakan dasar realpolitiknya apabila telah mengugut Raja William I untuk meletakkan jawatan beliau kerana awalnya Raja William I tidak mahu mengesahkan. Hal ini menyebabkan Raja William I terpaksa mengesahkan. Namun begitu, fasal sulit Anti-Rusia ini akhirnya dapat dihidu oleh kuasa Eropah yang lain seterusnya boleh menyebabkan Jerman diheret ke dalam kancah konflik antarabangsa dan kemungkinan akan berhadapan dengan Rusia. Dalam menghadapi permasalahan ini, Bismarck telah mengatur strategi dan membuat percaturan bahawa beliau ingin menarik Britain ke dalam Ikatan Dua Kuasa tersebut. [62: W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany. The English Universities Press.Ltd.London.1965.Hlm.99.] [63: Peter Pulzer,Germany 1870-1945 politics, state Formation, and war, Oxford University Press, New York, 1997, Hlm 43.] [64: Ikatan dua kuasa , tahun 1879 ialah satu perjanjian antara Jerman dan Austria-Hungary untuk menentang Rusia. Perjanjian ini telah menyebabkan Jerman dan Aunstria-Hungary akan saling membantu jika salah seorang dari mereka akan diserang oleh musuh. Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .133.]

Percaturan yang ingin dibuat oleh Bismarck dibatalkan kerana apabila Rusia menerusi pengantaraan diplomatiknya ingin berbaik-baik dengan Jerman pada bulan September 1879. Peristiwa ini menyebabkan Bismarck menarik balik strateginya untuk menarik Britain ke dalam ikatan dua Kuasa. Sikap berbaik-baik Rusia terhadap Jerman tanpa mengira kewujudan ikatan dua kuasa telah merintis ke arah pembaharuan Liga Tiga Maharaja pada 18 Jun 1881.[footnoteRef:65] [65: Erich Eyck. Bismarck and The German Empire. Unwin University Books.London.1968.Hlm.188. ]

Sementara itu, ikatan dua kuasa telah diperbesarkan menjadi ikatan Tiga kuasa pada tahun 1882 iaitu Itali menjadi ahli ketiga. Kemasukan Itali hingga membawa kepada ikatan tiga kuasa adalah muslihat Bismarck dan mempunyai tujuan tertentu yang menunjukkan Bismarck mengaplikasikan amalan realpolitik. Bagi Bismarck penyertaan Itali dalam Ikatan Tiga Kuasa bertujuan untuk mengawasi kegiatan Itali dan menghalangnya dari cuba mencetuskan peperangan yang akan merosakkan keamanan dan kestabilan Eropah. Apa yang penting bagi Bismarck adalah, kestabilan politik di Eropah harus dikekalkan bagi kepentingan nasional Bismarck sendiri. Apabila politik di Eropah stabil, maka ia juga memberi kelebihan kepada Bismarck untuk mengadakan hubungan diplomatik yang baik di antara kuasa-kuasa Eropah yang lain. Melalui tindakan yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau berusaha akan menyingkirkan kuasa lain yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik Jerman dan membantutkan matlamat Jerman untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki olehnya. Contohnya,dalam dasar penyingkiran Perancis dan cubaan menyingkirkan Rusia tetapi dibatalkan. Hal ini jelas menunjukkan, Bismarck telah berjaya menggunakan dasar realpolitik dalam melaksanakan dasar luar Negara Jerman iaitu dapat dilihat menerusi ikatan dua dan Tiga kuasa.4.8 Dasar luar terhadap Perjanjian Insurans BerlapisSeterusnya, dasar realpolitik Bismarck juga boleh dinilai menerusi perjanjian insurans Berlapis. Bismarck masih meneruskan usaha untuk mengekalkan kestabilan politik di Eropah semasa tahun 1887. Peristiwa ini berlaku apabila Maharaja Rusia enggan memperbaharui Liga Tiga Maharaja yang sepatutnya diperbaharui pada tahun itu.[footnoteRef:66] Namun, Bismarck tidak mudah untuk berputus asa. Oleh itu, Liga Tiga Maharaja telah digantikan dengan Perjanjian Insurans Berlapis dan ia telah ditandatangani oleh pihak Jerman dan Rusia pada 18 Jun 1887.[footnoteRef:67] Perjanjian ini berlaku di antara Rusia dan Jerman ini sebenarnya menghidupkan semula peruntukan yang terdapat di dalam Liga Tiga Maharaja, Cuma Austria-Hungary tidak lagi termasuk dalam perjanjian ini. Apa yang menjadi pertikaian di sini adalah, Perjanjian Insurans Berlapis ini sejajar atau tidak dengan peruntukan yang terdapat dalam Ikatan Dua Kuasa dan Ikatan Tiga Kuasa.[footnoteRef:68] Hal ini kerana, dalam peruntukan tersebut, Jerman sepatutnya membantu Austria-Hungary jika ia diserang oleh Rusia manakala dalam Perjanjian Insurans Berlapis Jerman terpaksa meneruskan dasar berkecuali sekiranya Austria-Hungary yang bersalah atau yang memulakan peperangan. Hal yang berlaku ini menunjukkan seolah-olah Jerman berpaling tadah dari Austria-Hungary kerana Jerman telah menandatangani Perjanjian Insurans Berlapis bersama Rusia.[footnoteRef:69] Jika dilihat kembali, dalam Ikatan Dua Kuasa, Jerman dan Austria-Hungary telah bersekutu. Oleh itu, peruntukan yang terdapat dalam Ikatan Dua Kuasa tersebut terhapus begitu sahaja disebabkan oleh tindakan Jerman yang berpaling tadah dari Austria-Hungary. Oleh itu, berdasarkan tindakan yang diambil oleh Bismarck ini,ternyata beliau akan menyebelahi pihak yang hanya akan mendatangkan kepentingan kepada beliau. [66: Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976.Hlm..35.] [67: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 134.] [68: Ibid.Hlm.136.] [69: Qasim Ahmad,Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .136.]

faedah yang jitu daripada ikatan Austria-Hungary dengan Jerman telah dihapuskan oleh perjanjian insurans berlapis[footnoteRef:70] [70: Ibid,. Hlm .135.]

Kesimpulan kecil menunjukkan, segala perjanjian yang dilakukan oleh Bismarck dalam dasar luarnya lebih kepada kepentingan Negara Jerman sendiri. Begitu juga, unsur yang dapat kita lihat dalam siri-siri perjanjian yang dilakukan oleh Bismarck ternyata berupa sulit atau rahsia dan dilakukan di antara Negara yang mempunyai kuasa yang kuat. Dalam siri perjanjian tersebut, Jerman yang diwakili oleh Bismarck merupakan aktor utama manakala Austria-Hungary, Russia dan Britain hanyalah watak sampingan sahaja dalam merealisasikan matlamat Bismarck. Bismarck sering menyatakan bahawa beliau akan terus memburu kestabilan politik di Eropah kerana beliau cuba menjaga kestabilan politik di Jerman dengan membuat dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah yang dianggap oleh beliau cuba mengancam Jerman. Sungguhpun begitu, ramai ahli sarjana berpendapat bahawa tindakan Bismarck ini telah memulakan proses yang menjatuhkan kualiti diplomasi di Eropah dan menjadikan hubungan antarabangsa begitu penuh dengan keadaan yang syak wasangka.[footnoteRef:71] Jelaslah, Bismarck telah menerapkan pendekatan realpolitik dalam dasar luar Negara, maka tidak hairan jika Bismarck sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan beliau dan Negara Jerman dan menerusi perjanjian insurans berlapis boleh dinilai dasar realpolitik Bismarck . [71: Ibid,.Hlm. 137.]

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengaplikasian dan penerapan dasar realpolitik Bismarck sebagai senjata ke atas dasar dalam dan luar negara dilihat mempunyai keberkesanan kerana telah berjaya membawa kepada kejayaan dalam pemerintahannya. Dasar realpolitik yang dianjurkan oleh Bismarck juga telah menyebabkan beliau digelar sebagai Canselor Besi dalam melaksanakan dasar dalam dan luar negara Jerman. Kredibiliti Bismarck dengan sikapnya yang suka mengeksploitasi sesuatu keadaan dan daripada kelemahan musuh-musuhnya telah menyebabkan beliau berjaya dalam menyatukan Jerman dan berjaya membawa Jerman sebagai sebuah negara yang kuat. Bismarck juga telah berjaya menempah kejayaan sehingga beliau meletak jawatan pada tahun 1890. Namun selepas perletakkan jawatan, pentadbiran Jerman berada dalam keadaan yang tidak stabil sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama. Oleh itu, penulis dapat menilai bahawa dasar realpolitik Bismarck menunjukkan keberkesanan sebagai senjata dasar dalam dan luar Jerman. Jerman di bawah kepimpinan Bismarck juga menunjukkan lebih teratur dan berjalan lancar dengan dasar realpolitik beliau. Namun, selepas Bismarck meletakkan Jawatan dan diambil alih oleh William II, keadaan Jerman berada dalam keadaan kucar-kacir.

6.0 RUJUKAN.

Alan Palmer.1976. Bismarck. London: Weidenfeld and Nicolson.E.J.Passant. 1969. Short History of Germany 1815-1945. Britain: Cambridge University Press.Eyck. 1958. Bismarck And The German Empire. London: George Allen and Urwin Book L.t.d.Herbert L. Peacock. 1976. Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.H.Hearder.1966. Europe in the nineteeth century 1830-1880. London.: Longman Group Limited.Imanuel Geiss. 1976. German Foreign Policy:1871-1891.London:Routledge and Kegan Paul.

Otto Pflanze. 1971. Bismarck and the development of Germany the period of unification, 1815-1817. New Jersey: Princeton University Press.Koch. 1978. A history of Prussian. London: Longman Group Limited.

L.C.B Seaman. 1955. From Vienna to Versailles. Great Britain: Methuen & CO LTD.Paul Kennedy. 1994. Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar, Pen.tej Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa & Abdul Razak Ator. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peter Pulzer. 1997. Germany 1870-1945 politics, state Formation, and war. New York: Oxford University Press.Qasim Ahmad. 1985. Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Tenbrock. 1968.A history Of German,Longman. London: Greens And Co Ltd.

W.N.Melicott. 1965. Bismarck and modern Germany. London:The English Universities Press LTD, London.

JurnalHajo Holborn. 1990. Bismarcks Realpolitic, Journal of the History of Ideas.Vol.21 (1): 84-98William M.Sloane.1900. Bismarck as a Maker of Empire. Political Science Quartely. Vol.15 (4) :647-666.