pakej teknologi - pitaya

Upload: dagangputra

Post on 30-May-2018

329 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    1/35

    http://www.hear.org/starr/hiplants/images/600max/html/starr_030702_0005_hylocereus_undatus.htmhttp://www.hear.org/starr/hiplants/images/600max/html/starr_030702_0005_hylocereus_undatus.htm
  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    2/35

    KANDUNGAN

    Pendahuluan v

    1. Pengenalan 12. Botani 33. Keperluan Asas.. 84. Amalan Kultura.. 8

    4.1 Penyediaan Bahan Tanaman... 84.2 Pilihan Pokok Induk.... 104.3 Penyediaan Kawasan Penanaman... 104.4 Jenis Junjung/tiang.. 114.5 Penanaman di ladang... 114.6 Cantasan.. 124.7 Pembajaan 144.8 Pengurusan Air.... 154.9 Pengurusan Perosak.... 154.10Kawalan Rumpai. 17

    5. Kematangan Dan Pengutipan Hasil..... 186. Pengendalian Lepas Tuai..... 197. Ekonomi Pengeluaran Dan Pemasaran.... 20Rujukan.. 23

    Lampiran 1 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (Isi Merah).. 24

    Lampiran 11 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (pada harga

    RM2.40/kg) ... 25

    Lampiran 111 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (pada hasil

    Kurang 25% setiap tahun) .....26

    Penghargaan

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    3/35

    v

    PENDAHULUAN

    Buku ini mengandungi teknologi tanaman secara pakej yang

    disyorkan oleh Jabatan Pertanian terutamanya dari segi botani,

    keperluan asas tanaman, amalan kultura, pengurusan perosak

    tanaman, pengendalian hasil dan ekonomi pengeluaran bagi

    tanaman pitaya.

    Ia diterbitkan sebagai bahan rujukan utama kepada pegawai-

    pegawai yang terlibat di dalam aktiviti khidmat nasihat dan

    perundingan. Teknologi tanaman yang terdapat dalam buku ini

    juga boleh diamalkan oleh pengusaha-pengusaha tanaman pitaya

    dalam usaha untuk memajukan tanaman ini.

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    4/35

    1. PENGENALAN1.1 Pitaya, pitahaya, dragon fruit, atau buah naga adalah sejenis pokok kaktus yang

    dikenali sebagai nightblooming cactus. Berasal dari Amerika Selatan, tanamanini semakin hari semakin popular dibeberapa negara di Asia termasuk Malaysia.Terdapat pelbagai jenis/varieti, diantaranya yang buah berkulit merah dan isi

    berwarna putih, buah berkulit merah dan isi berwarna merah dan buah berkulit

    kuning dan isi berwarna putih.

    1.2 Jenis yang mula popular di negara kita dibawa dari Kemboja dan isinya berwarnaputih. Kini jenis isi berwarna merah telah menarik minat pengusaha untuk

    menanam kerana rasanya lebih manis dari jenis isi berwarna putih. Jenis inidikatakan hibrid dari Taiwan. Varieti yang kulitnya berwarna kuning masih belum

    ditanam secara komersial.

    1.3 Anggaran keluasan tanaman pitaya sehingga kini adalah seperti di Jadual 1.Mengikut data dari Bahagian Perangkaan Jabatan Pertanian bagi tahun 2002,

    jumlah keluasan ialah 47.3 hektar dan negeri utama yang ditanam dengan pitaya

    ialah Johor dan Perak. Keluasan tanaman ini didapati semakin meningkatterutama dikalangan pengusaha swasta dan individu. Sehingga tahun 2005

    keluasan telah meningkat ke 435.8 hektar. Negeri pengeluar utama masih Johor

    diikuti oleh Melaka, Perak dan Pahang. Keluasan ini dijangkakan terus meningkatdengan bertambahnya minat pihak swasta dan individu untuk menanam, kerana

    tanaman ini didapati mudah diurus dan dikatakan mempunyai nilai pemakanandan perubatan yang baik dan boleh diproses untuk menghasilkan pelbagai jenis

    produk.

    1.4. Buah pitaya boleh dimakan segar dan diproses. Selain dari buah, bunga serta

    tunas muda boleh juga dimakan dan mempunyai khasiat dan kegunaannya

    tersendiri. Buah pitaya boleh diproses kepada jus, tepung, teh dan sebagainya.Pati buah boleh digunakan sebagai asas pengeluaran produk perubatan, makanan

    dan minuman. Bijinya juga boleh dijadikan bahan campuran kepada biskut.

    Kandungan zat makanan bagi pitaya merah adalah seperti di Jadual 2.

    Tanaman ini mempunyai kadar nutrisi yang tinggi dan dipercayai mempunyai

    nilai perubatan tertentu. Rupa buah yang seolah-olah bersisik dan warnanya yang

    merah membuatkan kaum Cina menganggap ia seperti naga dan ia diguna sebagaibuah untuk acara sembahan dan perayaan.

    Setakat ini tanaman ini didapati tidak mempunyai masalah perosak utama danboleh diuruskan mengikut kaedah organik. Ini memberi peluang kepada pelabur

    untuk penanaman secara organik bagi memenuhi permintaan terhadap produk

    organik yang semakin meningkat.

    1

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    5/35

    Jadual 1 : Jumlah keluasan (ha) tanaman pitaya sehingga tahun 2005

    Keluasan (ha)Negeri

    Th.2002

    Th.2003

    Th.2004

    Th.2005

    Johor

    Pahang

    SelangorMelaka

    Negeri Sembilan

    Perak

    Pulau PinangKedah

    PerlisKelantan

    Terengganu

    Sabah

    Sarawak

    33.9

    2.8

    --

    -

    10.6

    --

    --

    -

    -

    -

    42.1

    13.3

    --

    2.8

    11.4

    --

    --

    -

    -

    -

    109.5

    24.4

    6.541.5

    15.7

    11.4

    1.0-

    --

    -

    -

    -

    196.0

    39.1

    18.059.9

    19.1

    46.5

    22.117.8

    0.37.8

    9.2

    Jumlah 47.3 69.6 210.0 435.8

    Sumber: Jabatan Pertanian, 2006

    Secara amnya pitaya ialah sejenis tanaman yang mudah diurus dan kos

    pengurusannya tidak tinggi. Ini sesuai bagi petani separuh masa. Bagaimanapun

    kos awal iaitu kos benih, tiang dan para adalah tinggi.

    2

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    6/35

    Jadual 2: Kandungan zat makanan bagi buah pitaya merah

    (setiap 100g bahagian yang boleh dimakan)

    Zat makanan

    (unit/100g)

    Pitaya merah

    Air (g) 82.5-83.0

    Protin (g) 0.159-0.229

    Lemak (g) 0.21-0.61

    Gentian (g) 0.7-0.9

    Karotin (mg) 0.005-0.012

    Kalsium (mg) 6.3-8.8

    Fosporus (mg) 30.2-36.1

    Besi (mg) 0.55-0.65Vitamin B1 (mg) 0.028-0.043

    Vitamin B2 (mg) 0.043-0.045

    Vitamin B3 (mg) 0.297-0.43

    Vitamin C (mg) 8.0-9.0

    Thiamine (mg) 0.28-0.30

    Riboflavin (mg) 0.043-0.044

    Niacin (mg) 1.297-1.300

    Abu (g) 0.28

    Lain-lain (g) 0.54-0.68

    Sumber : Taiwan Food Industry Development & Research AuthoritiesReport code 85-2537

    2. BOTANINama saintifik : Hylocereus undatus (Haw.) Brit. & Rose

    Nama biasa : Pitaya, pitahaya, dragon fruit, buah naga

    Keluarga : Cactaceae

    2.1 PokokPitaya ialah sejenis tumbuhan kaktus yang memanjat. Pokoknya sukulen, berduri

    dan tidak berdaun (daun menyusut). Ia berpaut pada benda-benda yangberdekatan sebagai penyokong untuk memanjat.

    3

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    7/35

    2.2 BatangPada batang kaktus terdapat duri-duri yang dianggap sebagai daun yang telahdiubahsuai. Batang pokok terdiri dari teras yang berwarna perang muda dandibaluti bahagian kulit yang sukulen dan berwarna hijau. Keratan rentas batang

    bersegi tiga. Panjang ruas batang bergantung kepada kesuburan pokok dimana

    ruas batang pokok yang subur adalah lebih panjang.

    2.3 AkarAkar jenis adventitius tumbuh dari batang pokok dan melekap kepada bahan

    sokongan seperti kayu dan konkrit simen supaya pokok tumbuh tegak. Akar juga

    berperanan sebagai akar sokong dimana ia tumbuh dari pangkal keratan danmenembusi tanah untuk sokongan mekanikal.

    2.4 BungaKudup bunga keluar dari segi batang pada bahagian atas duri. Bunga besar,

    berbentuk seperti loceng dan berukuran 35cm panjang dan 22.5cm lebar ketikakembang. Bunga dwiseks dan sendirian. Bilangan sepal dan ranggi tidak tetap dan

    tidak nyata dapat dibezakan antaranya dengan jelas. Warna dibahagian pangkalbunga hijau, bahagian tengah kuning kehijauan dan bahagian hujung putih.

    Bilangan stamen juga tidak tetap dan tumbuh secara berlingkar atau dalambeberapa kumpulan daripada hipantium. Filamen dan anther berwarna kuning.

    Ovarinya inferior, mempunyai banyak karpel, satu lokul, dengan ovul yang sangatbanyak pada plasenta parietal, satu benang sari dan bilangan stigma sama banyak

    dengan karpel. Stigma berwarna kuning.

    2.5 PendebungaanStigma mula keluar dari kelopak bunga pukul 9.00 malam dan bunga kembangpukul 12.00 malam. Ia mengeluarkan aroma yang kuat dan mengeluarkan nektar.

    Bunga layu keesokannya. Pendebungaan berlaku secara silang cross-pollination

    dibantu oleh haiwan/serangga seperti kelawar, kelulut dan lebah.

    4

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    8/35

    2.6 Pembentukan BuahDua hari selepas antesis kelopak bunga menjadi layu dan mula kering dan boleh

    dipotong. Ovari akan mula membesar dan buah matang 50-53 hari daripengeluaran kudup bunga atau 31-34 hari selepas bunga kembang. Jika

    persenyawaan tidak berlaku keseluruhan bunga akan menjadi kuning, layu dankering.

    2.7 BuahBuah seperti berri dan berbentuk bulat lonjong dengan sari salut dikulit buah

    membentuk seperti sisik naga. Kulit mudah dikupas serta mengeluarkan cecair

    yang warnanya melekat pada tangan. Isi berwarna putih atau merah, berair danrasanya sedikit manis, manis atau manis sedikit masam. Kebiasaannya berat buat

    antara 250 600 g bergantung kepada jenis dan juga tahap pengurusan tanaman.

    Peratus gula dalam buah antara 17-21 % brix bagi buah yang masak.

    2.8 BijiBiji jenis dicot, berwarna hitam, leper dan halus. Terdapat banyak biji di dalam isi

    buah. Biji boleh digunakan untuk pembiakan tetapi pokok lambat matang dan

    tidak true to type. Endosperma sedikit atau tidak ada langsung.

    5

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    9/35

    Gambarajah 1: Bahagian-bahagian tanaman pitaya- batang, pokok,

    akar, bunga, buah, isi dan biji.

    a. Batangb. Pokok c. Akar

    f. Bunga mekard. Kudup bunga e. Kudup bunga terbuka

    i. Isi dan biji berwarna hitamg. Putik buahh. Buah matang

    6

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    10/35

    2.9 Ciri-Ciri Varieti KomersialTerdapat dua varieti pitaya yang ditanam secara komersial iaitu jenis isi putih dan

    jenis isi merah. Ciri-ciri varieti berkenaan adalah seperti di Jadual 3 danGambarajah 2.

    Jadual 3 : Ciri varieti komersial

    Ciri-ciri Varieti isi putih Varieti isi merah

    Gerigi batang Berwarna perang Berwarna hijau atau hijau

    sedikit perang

    Warna sari salut

    pada kudup

    bunga

    Bahagian tepi sari salut

    berwarna hijau

    Bahagian tepi sari salut

    berwarna merah keungguan

    Warna isi Putih Merah

    Sari salut/Sisikbuah pada buah

    matang

    Susunan jarang.Bentuk tirus dan

    panjang

    Susunan lebih rapat.Bentuk lebar dan pendik

    Saiz buah Besar (500-800 gm) Sederhana (300-500 gm)

    Gambarajah 2 :Varieti pitaya yang ditanam secara komersial

    Varieti kulit dan isi merah Varieti kulit merah dan isi putih

    7

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    11/35

    3. KEPERLUAN ASAS3.1 Faktor Iklim

    Berasal dari Amerika Selatan tanaman ini sesuai di iklim sederhana panas ke

    panas. Iklim tropika dengan purata suhu antara 25 30

    o

    C adalah sangat sesuai.Hujan antara 500 1500 mm dengan musim kering dan basah adalah diperlukan.Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga

    atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk. Secara amnya tanaman ini

    boleh tahan kepada cuaca sederhana panas dan sederhana sejuk serta tanah yang

    kurang subur.

    Walaupun tanaman pitaya memerlukan banyak cahaya matahari, pendedahan

    kepada cahaya yang terik boleh memudaratkan tanaman dimana dahan pokokdibahagian atas kanopi akan menjadi kuning. Ini mungkin kerana tanaman ini

    berasal dari hutan belantara yang teduh.

    3.2 Faktor TanahTanah yang mengandungi 10 30% pasir sangat sesuai. Tanah gembur padacerun kurang dari 6o dan bersaliran baik adalah sesuai.

    Pitaya boleh ditanam di tanah tinggi jika langkah-langkah pemuliharaan tanahdiambil kira. Ia boleh juga ditanam di tanah rendah, kecuali kawasan yang dilanda

    banjir/ dinaikki air atau bertakung air pada masa-masa tertentu. Tanaman iniboleh juga ditanam di kawasan sawah jika ianya ditanam di atas batas yang cukup

    tinggi dan akarnya tidak digenangi air. Sistem furrow boleh digunakan di tanah

    sawah.

    Ia juga boleh ditanam di tanah bris. Bagaimanapun penanaman di tanah pasir

    memerlukan lebih baja organik untuk membaikpulih tanah.

    3.3 Kawasan PenanamanBerasaskan peta agroiklim, kawasan yang sesuai untuk penanaman pitaya ialah

    sama seperti kebanyakan buah-buahan lain kecuali tanah terendam air dan tanah

    yang cerunnya melebihi 12o.

    8

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    12/35

    4. AMALAN KULTURA4.1 Penyediaan Bahan Tanaman

    Bahan tanaman dari keratan dahan pokok digunakan untuk pembiakkan kerana ia

    lebih cepat matang dan berbuah serta mengekalkan ciri pokok yang dipilih jikadibandingkan dengan bijibenih. Keratan dahan dipotong dengan setiap keratansepanjang 1522 cm. Dahan yang cukup matang dan telah mengeluarkan buah

    dan terasnya bersaiz lebih kurang sebesar batang pensel digunakan untuk

    pembiakan.

    Keratan diletak ditempat kering selama seminggu untuk membolehkan hujung

    keratan kering dan pulih dan untuk menggalakkan pengeluaran akar. Pengeringan

    hujung keratan juga dapat mengurangkan risiko dari jangkitan dan pereputan.

    Keratan boleh disemai ke dalam semaian pasir atau ke dalam polibeg bersaiz

    12.5cm x 17.5cm yang mempunyai saliran yang baik dan diletak di bawahlindungan. Media yang digunakan dalam polibeg ialah satu bahagian pasir dan

    satu bahagian tanah.

    Keratan disiram sedikit sahaja untuk menggalakkan pengeluaran akar. Apabilaakar telah terbentuk keratan boleh didedah kepada cahaya yang lebih dan diberi

    sedikit baja foliar supaya tunas keluar. Keratan yang telah berakar boleh dialih ke

    polibeg atau ditanam terus ke ladang. Bagi keratan yang disemai ke dalam polibegia boleh dialih ke ladang apabila mempunyai tunas sepanjang 10cm (dalam masa

    4-6 minggu).

    Keratan yang baik boleh mengeluarkan buah seawal 7-8 bulan dan kebanyakan

    keratan boleh mengeluarkan buah dalam tempoh 1 tahun.

    Gambarajah 3 : Persediaan bahan tanaman

    a. Pokok induk c. Semaian

    d. Anak benihb. Keratan

    9

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    13/35

    4.2 Pilihan Pokok IndukPokok induk yang sihat, produktif, mengeluarkan buah yang sederhana besar danbuah yang sedap biasanya dipilih untuk tujuan pembiakan.

    4.3 Penyediaan Kawasan PenanamanAsas penyediaan kawasan untuk penanaman pitaya adalah sama seperti

    penyediaan kawasan untuk penanaman pokok buah-buahan yang lain. Kawasanyang semak perlu dibersihkan dan dibajak bagi tanah mineral. Jika tanaman

    hendak ditanam di atas batas, batas tanaman disediakan menggunakan jentera

    pembajak dengan jarak antara batas sejauh 2.3m bagi pengurusan cara biasa dan3.0m jika mekanisasi ladang hendak digunakan antara barisan tanaman.

    Penanaman di atas batas sesuai untuk kawasan yang rata dan agak rendah supaya

    air dapat disalir ke luar kawasan dengan cepat.

    Tanah perlu dikapur untuk mengurangkan kemasamannya. Kadar yang biasa

    digunakan untuk tanah mineral ialah 2-3 tan/ha. Baja organik sebanyak 1.25

    kg/pokok dan baja CIRP sebanyak 50g/pokok, digaul ke lubang tanaman sebelumkerja-kerja menanam dilakukan.

    Tiang junjung dicacak ke dalam tanah sedalam 50-60cm dan tanah sekelilingnyadipadatkan supaya tidak tumbang. Jarak antara tiang ialah 2.5 m dalam baris dan

    3.0 m antara baris bagi penanaman biasa (tanpa batas). Bagi penanaman di atasbatas jarak antara tiang di atas batas ialah 2.0-2.5 m.

    Tanah sekeliling pangkal tiang dinaikkan menjadi busut kecil bagi kaedahpenanaman tanpa batas. Ini supaya pangkal pokok tidak terlalu lembab bagi

    mengelak dari serangan penyakit reput busuk.

    Gambarajah 4 : Penyediaan kawasan penanaman

    a. Tiang ditanam dan tanah dipangkal

    tiang dinaikkan menjadi busut kecil.

    Baja organik digaul dengan tanah

    di atas busut.

    b. Para konkrit diletak di

    atas tiang.

    10

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    14/35

    4.4 Jenis Junjung/Tiang

    Tiang simen konkrit berukuran 7.5cm x 7.5cm x 2.0m lebih sesuai digunakan

    berbanding dengan tiang kayu kerana ia tahan lama. Bancuhan konkrit ialah 1:3:4,1:2:4 atau 1:3:3 (bahagian simen : bahagian pasir : bahagian batu). Saiz tetulangbesi di dalam tiang ialah antara 5-7mm dan panjangnya lebih sedikit dari panjang

    tiang supaya para boleh disangkut ke atas tiang. Jika hendak dipasang dengan

    para konkrit, memadai dilebihkan sepanjang 10cm dari panjang tiang.

    Para boleh dibuat dari simen konkrit yang mengandungi tetulang besi dan saiz

    para ialah 0.5m x 0.5m. Ia juga boleh dibuat dari batang besi yang dibalut dengan

    tiub plastik dan juga dari kayu keras.

    Pokok pitaya boleh juga memanjat pokok kayu lain jika dahan pokok kayu

    dicantas dari masa ke semasa supaya pokok pitaya mendapat cukup cahaya danudara. Sistem para secara trellis menggunakan dawai kasar/ polypipe dan tiang

    besi/ kayu/ konkrit boleh juga digunakan. Pilihan yang sesuai ialah yang murah

    kosnya, tahan lama dan memudahkan tanaman diurus.

    Gambarajah 5 : Jenis tiang dan para

    a. Tiang konkrit b. Para konkrit

    c. Para besi bersalut

    dengan tiub getah

    d. Para polypipe

    11

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    15/35

    4.5 Penanaman Di LadangBagi keratan/keratan berakar, lubang tanaman sedalam 5cm digali dan keratanditanam. Bagi anak pokok didalam polibeg, lubang sebesar polibeg digali dan

    pokok ditanam ke dalam lubang dan tanah dipadatkan. Tiga/ empat keratan/ anakbenih ditanam keliling setiap tiang junjung.

    Keratan/ tunas pokok diikat ke tiang supaya ia memanjat tiang tersebut dan

    tumbuh menegak dan memasuki ke dalam para yang disediakan. Dahan yang

    keluar dari bahagian atas para dibiarkan melempai di atas para tersebut.

    Sungkupan dari jerami padi, sabut kelapa sawit dan sebagainya diletakkan

    disekeliling pokok supaya pertumbuhan rumpai dipangkal pokok dapat dikawal.Pemberian sungkupan juga dapat mengawal kelembapan disekeliling pangkal

    pokok.

    Gambarajah 6 : Peringkat pertumbuhan pokok pitaya

    a. Keratan ditanam b. Tunas diikat ke tiang c. Tunas diasuh

    tumbuh menegakhingga keparas

    para

    d. Dahan pokok

    melempai di atas para

    12

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    16/35

    4.6 CantasanTunas sisi yang keluar dari batang utama di bawah paras para dikutil/ dicantas

    supaya batang pokok cepat memanjang ke atas. Pembuangan tunas sisi iniditeruskan supaya batang utama tidak mempunyai sebarang tunas di bawah paras

    para.

    Cantasan seterusnya ialah pemilihan dahan-dahan yang keluar di atas para

    tanaman. Sebagai panduan dalam tahun pertama dipilih empat dahan, tahun kedua

    dipilih lapan dahan dan untuk tahun ketiga dan seterus dikekalkan 10-12 dahan

    sepokok. Dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas paradipilih.

    Bagi pokok dewasa, dahan lama/ tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Jikadibiarkan ia akan menggunakan bahan makanan dan bersaing dengan dahan-

    dahan muda. Ini akan menjejaskan pengeluaran hasil. Sebagai panduan am, cantas

    dahan-dahan tua yang tidak produktif, dahan-dahan kecil yang tidak subur dantinggalkan lebih kurang 50 dahan pada satu tiang.

    Kerja mencantas ini dibuat berterusan secara berjadual dan hanya sedikit dahan

    dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas.

    Cantasan juga dibuat mengikut keperluan semasa bagi membuang bahagian-

    bahagian yang diserang perosak/ penyakit supaya serangan tidak merebak.

    Gambarajah 7 : Cantasan pokok pitaya

    b. Cantasan dahan yang

    tidak diperlukan

    c. Cantasan dahan tuayang tidak produktifa. Cantasan tunas dibatang pokok

    d. Tunas baru keluar selepas

    dicantas

    13

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    17/35

    4.7 PembajaanBaja dan air perlu mencukupi supaya pokok tumbuh dengan subur danmengeluarkan banyak bunga dan buah. Pelbagai jenis baja digunakan oleh

    pengusaha tanaman pitaya dengan kadar, kekerapan dan kaedah membaja yangtertentu. Ada yang menggunakan baja organik, ada yang menggunakan bajaorganik dan butiran secara bergilir-gilir dan ada yang menggunakan baja cecair

    tertentu secara fertigasi. Namun tidak dipastikan kadar dan jenis baja yang paling

    sesuai untuk tanaman ini.

    Memandangkan kepada sifat tanaman pitaya yang berbuah sepanjang tahun, baja

    yang mudah terurai dan mudah diserap oleh tanaman adalah yang paling sesuai

    digunakan. Baja perlu diberi pada kekerapan yang kerap dan tidak terlalu banyakpada satu-satu masa. Pemberian baja foliar tertentu juga didapati dapat membantu

    memberi kesan segera kepada pertumbuhan tanaman.

    Pemberian baja juga bergantung kepada keadaan atau jenis tanah, dimana tanah

    yang mempunyai lebih kandungan pasir memerlukan lebih baja organik. Tanah

    yang rendah pHnya memerlukan lebih kapur dan sebaliknya.

    Sebagai panduan am, berikut ialah jadual pembajaan yang telah digunakan dan

    didapati boleh memberikan pertumbuhan pokok dan hasil yang baik.

    Jadual 4 : Pembajaan pokok pitaya

    Umur pk(bln) Jenis baja Kadar/rumpun Kekerapan

    Pokok muda:

    1-6 bln

    7 bln dan

    seterusnya

    NPK 15:15:15Atau NPK 16:16:16

    Organan

    NPK 15:15:15

    Atau NPK 16:16:16Organan

    100g

    500g

    200g

    500g

    2 bln sekali

    2 bln sekali, berselang

    seli dengan baja kimia

    2 bln sekali

    2 bln sekali, berselang

    seli dengan baja kimia

    Pokok berbuah:

    Masa berbuah

    Selepas berbuah

    NPK 13:13:21

    Organan

    NPK 15:15:15Organan

    300g

    500g

    300g500g

    Biasanya selang

    sebulan antara baja

    untuk pembesaran dan

    baja untuk berbuah

    14

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    18/35

    Untuk meningkatkan mutu buah, baja tambahan seperti baja foliar yang tinggi

    kandungan kalium boleh digunakan.

    Baja boleh diberi secara menabur sekeliling pangkal pokok dan ditutup dengan

    sungkupan. Baja boleh juga diberi melalui sistem pengairan atau secara fertigasi.Untuk kaedah ini jenis baja yang sesuai dan mudah larut digunakan padabancuhan tertentu mengikut perkembangan tanaman.

    4.8 Pengurusan AirWalaupun pokok pitaya adalah sejenis pokok kaktus, dari pengalaman pengusaha

    didapati pokok perlu disiram diperingkat awal penanaman supaya tunas yangkeluar mempunyai ruas yang panjang dan cepat meninggi dan seterusnya cepat

    membentuk kanopi pokok. Bagaimanapun ada juga pengusaha yang hanya

    bergantung kepada air hujan. Untuk kaedah ini penanaman perlu dibuat sebelummusim hujan.

    Air juga diperlukan untuk pembesaran buah, bagaimanapun air yang berlebihan di

    musim hujan mengakibatkan pokok kurang mengeluarkan bunga dan buah.Pemberian air yang berlebihan juga boleh menyebabkan pangkal pokok menjadi

    lembut dan busuk.

    Sistem pengairan yang biasa digunakan oleh pengusaha ialah sistem renjis mini

    yang menggunakan kadar siraman air yang rendah atau sistem titis.

    Pada peringkat awal penanaman pokok disiram 2-3 hari sekali. Apabila akar

    kelihatan tumbuh pokok disiram 1-2 kali/minggu mengikut keadaan cuaca.Bagaimanapun pokok pitaya boleh juga bergantung kepada air embun dan air

    hujan untuk pertumbuhan.

    Perparitan yang sempurna sangat perlu di kawasan yang mendatar dan di kawasan

    yang agak rendah supaya air tidak bertakung dan cepat mengalir keluar ladang.

    4.9 Pengurusan Perosak

    Kebanyakan pengusaha tanaman pitaya mendapati tanaman ini tidak mempunyaimasalah perosak atau penyakit yang utama. Serangan jika terdapat dikatakan

    hanya sedikit dan memadai dikawal secara manual seperti dengan mencantas

    bahagian yang diserang. Dari tinjauan yang dijalankan oleh pihak JabatanPertanian didapati terdapat beberapa jenis serangga perosak, serta kulat dan

    bakteria yang menyerang tanaman ini dan peratus serangan adalah rendah.

    15

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    19/35

    Diperingkat awal penanaman, siput adalah perosak yang akan memakan tunas-tunas yang baru keluar. Semut api juga akan merosakkan tunas-tunas pokok.

    Terdapat juga perosak sepertiDacus spp.,Haptoncus spp., Planococcus spp. danHypomeces squamosus. Perosak lain ialah mamalia seperti burung dan tikus yangmemakan buah pitaya.

    Gambarajah 8 : Kerosakan pada tanaman pitaya

    a. Kesan cahaya terik :

    b. Penyakit pitaya :

    c. Kesan seranggan serangga :

    Reput lembut Keru in Pestalotia

    16

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    20/35

    Keadaan cuaca yang mempunyai kelembapan yang tinggi menyebabkan tanamanpitaya di Malaysia diserang beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh kulat

    dan bakteria. Seranggan penyakit yang dapat dikesan seperti keruping yang

    disebabkan oleh kulat Pestalotia, reput kering oleh kulat Phyllosticta concave danMycosphaerella spp., antraknos oleh kulat Colletotrichum spp., reput lembut oleh

    bakteria Erwinia caratovora dan reput batang oleh bakteria Helminthosporiumcactivorum.

    Langkah kawalan penting yang boleh diambil oleh pengusaha sekiranya berlaku

    serangan penyakit adalah memusnahkan bahagian tanaman yang diserang.

    Penananam pitaya seeloknya dijalankan di kawasan yang tidak mempunyai kadarkelembapan yang tinggi kerana serangan kurang berlaku di kawasan yang

    mempunyai cuaca kering.

    Serangan dari mamalia dikawal dengan cara membalut buah. Bahan pembalut

    adalah dari beg plastik dan dari jaring plastik. Bagi memudahkan kerja memetik

    hasil, beg plastik yang berbeza warna digunakan mengikut tarikh membalut yangberbeza.

    Gambarajah 9 : Pembalut buah

    Buah dibalut dengan beg

    plastikBuah dibalut dengan

    jaring plastik

    4.10 Kawalan Rumpai

    Sistem akar pitaya adalah cetek. Dengan itu penggunaan racun rumpai dipangkal

    pokok tidak digalakkan. Rumpai disekeliling pokok disyurkan dipotong/ dicabut.Amalan meletakkan bahan sungkupan/ kompos disekeliling pangkal tanaman juga

    dapat mengawal pertumbuhan rumpai disekeliling pokok.

    Bagi kawasan diantara barisan tanaman, disyorkan rumpai dipotong setiap 1-2

    bulan sekali mengikut keadaan cuaca. Bagi kawasan yang luas, racun rumpai

    seperti glufosinate ammonium boleh digunakan dengan berhati-hati supayasemburan tidak terkena pada pokok pitaya.

    17

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    21/35

    5 KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

    mengeluarkan bunga seawal umur 7-8 bulan selepas ditanam.

    Bagaimanapun kebanyakan pokok berbuah pada umur satu tahun. Anggaran hasil

    Jadual 5 : Anggaran hasil buah pitaya

    Um

    (thn) (mt./ha)

    5.1 Penghasilan Buah

    Pokok pitaya boleh

    dikeluarkan adalah seperti di Jadual 5.

    ur pokok Hasil

    12

    3

    4 dan seterusnya

    80

    16

    25

    5.2 Musim Buahberbuah sepanjang tahun kecuali di musim hujan dimanapengeluaran buah akan merosot. Pengeluaran hasil didapati diikuti oleh peringkat

    5.3 n Buahejenis buah yang bukan klimatrik iaitu tidak akan bertambah

    manis selepas dipetik. Dengan itu untuk mempastikan buah yang dipetik manis

    dipetik diantara 50-53ari dan dari bunga mekar ke buah boleh dipetik diantara 31-34 hari. Buah cukup

    .4 Pengutipan Hasil

    Pokok boleh

    vegetatif selama dua minggu.

    Kematanga

    Buah pitaya adalah s

    dan sedap dimakan ia perlu dituai pada masa yang sesuai.

    Jangka masa dari pengeluaran kudup bunga ke buah bolehh

    matang apabila semua kulit buah berwarna merah, kecuali sari salut/ sisik

    dibahagian hujung buah masih hijau sedikit.

    5

    18

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    22/35

    Pengutipan hasil perlu dilakukan dalam tempoh lima hari supaya buah tidakmerekah di pokok. Buah dipotong tangkainya dengan menggunakan pisau/

    PENGENDALIAN LEPAS TUAI

    hari pada suhu bilik. Selepas tempoh ini

    buah mula kecut dan isinya menjadi lembik. Jika disimpan di dalam peti sejuk ia

    .2 Pemilihan/Mengred Buahberat buah seperti panduan berikut.

    Jadual 6 : Gred buah pitaya mengikut timbangan berat buah

    Gred Berat buah (g)

    gunting tanpa merosakkan kulit buah dan diisi ke dalam bakul plastik

    6

    Buah pitaya boleh disimpan selama 4-5

    boleh tahan sehingga 10 hari.

    6

    Buah pitaya digred mengikut

    A >450

    B 300-450

    C

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    23/35

    Gambarajah 10 : Aktiviti pembungkusan buah pitaya

    Buah disusun mengikut gred

    6.4 Pengangkutan Dan PasaranOleh kerana pengeluaran buah masih sedikit kebanyakkan pengusaha mengangkut

    buah ke tempat pemasaran menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau lori kecil.Produk biasa dihantar ke tempat jualan seperti di bandar-bandar besar dimana

    pembeli mempunyai daya beli yang tinggi. Harga runcit adalah antara RM6.00-

    10.00/kg bergantung kepada gred buah bagi buah jenis isi warna merah dan antaraRM 4.00-8.00/kg bagi buah jenis isi warna putih.

    Kini usaha sedang dibuat oleh pengeksport tertentu untuk memasarkan produk inike luar Negara. Jika produk ini berjaya dipasarkan dengan harga yang kompetitif,

    masa hadapan tanaman ini dijangka semakin cerah. Buah pitaya juga telah

    diproses kepada produk hiliran seperti jus sebagai usaha untuk mengembangkanpasarannya.

    7 EKONOMI PENGELUARAN DAN PEMASARAN7.1 Kos Pengeluaran

    Kos pengeluaran bagi satu hektar tanaman pitaya adalah seperti yang ditunjukkan

    dalam aliran wang tunai tanaman pitaya di Lampiran 1. Jumlah kos pengeluaran

    bagi tanaman pitaya boleh diasingkan kepada kos pembangunan, kos bahan input

    dan kos tenaga kerja. Bagi kos pembangunan, tanaman pitaya seluas satu hektarmemerlukan sebanyak RM33,950.00 untuk tahun pertama dan 59% atau sebanyak

    RM19,950.00 dari kos tersebut adalah untuk pembelian tiang dan para tanaman.

    Bagi kos bahan input, sebanyak RM190,492.75 adalah diperlukan bagi tempoh

    projek 20 tahun dan sebanyak RM23,408.00 dari kos tersebut adalah untuk

    pembelian bahan tanaman dalam tahun pertama.

    20

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    24/35

    Bagi kos tenaga kerja, sebanyak RM278,960.00 adalah diperlukan bagi tempohprojek 20 tahun berasaskan perkiraan upah seorang pekerja sebanyak RM625.00

    sebulan dan kerja-kerja menanam tiang junjung, menanam pokok pitaya,

    membalut dan memetik buah dijalankan secara kontrak dan mengikut keperluansemasa.

    Jumlah kos pengeluaran projek pitaya bagi sehektar ialah RM569,143.03 dan initermasuk sebanyak 10% sebagai kos luar jangka.

    7.2 Analisis KewanganSatu analisis kewangan tanaman pitaya seluas satu hektar bagi tempoh projek

    selama 20 tahun dijalankan dan keputusan analisis kewangan adalah sepertiditunjukkan dalam Lampiran 1. Analisis dibuat berasaskan anggaran jumlah

    pengeluaran 75% daripada jumlah pengeluaran yang diperolehi oleh pengusaha-

    pengusaha persendirian. Pengeluaran hasil secara ekonomik bermula dari tahunkedua selepas menanam. Penetapan harga jualan buah pitaya pada RM3.00

    sekilogram adalah 50% lebih rendah daripada purata harga semasa di ladang.

    Berdasarkan kepada analisis kewangan yang dijalankan, Nilai Bersih Kini(NPV)ialah RM223,026.45 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) adalah 1.93 pada kadar

    mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) bagi projek ini ialah 40% dan

    tempoh pulang modal adalah pada tahun keempat. Keputusan analisis kewanganmenunjukkan projek pitaya adalah menguntungkan kerana Nilai Bersih Kini

    adalah positif dan Nisbah Faedah Kos adalah melebihi satu. Ini juga menunjukkanbahawa setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam projek ini boleh membawa

    keuntungan sebanyak RM1.93. Kadar Pulangan Dalam bagi projek ini sebanyak

    40% adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kos pinjaman modal untukmengendalikan projek ini.

    7.3 Analisis KepekaanAnalisis-analisis kepekaan dijalankan bagi projek ini dengan andaian bahawa

    harga buah pitaya jatuh sebanyak 20% daripada RM3.00 kepada RM2.40sekilogram dan pengeluaran hasil buah dikurangkan sebanya 25% bagi tempoh

    projek 20 tahun.

    Bagi analisis kepekaan kes pertama di mana harga buah pitaya diandaikan jatuh

    daripada RM3.00 kepada RM2.40 sekilogram, keputusan analisis kewangan

    menunjukkan projek ini masih menguntungkan dengan Nilai Bersih Kini (NPV)sebanyak RM130,680.78 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) sebanyak 1.55 pada

    kadar mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) adalah 29% dan tempoh

    pulang modal ialah pada tahun kelima. Lihat Lampiran 11.

    21

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    25/35

    Bagi analisis kepekaan kes kedua di mana pengeluaran hasil buah dikurangkansebanyak 25% setiap tahun bagi tempoh 20 tahun projek, keputusan analisis

    kewangan menunjukkan projek ini juga menguntungkan dengan Nilai Bersih Kini

    (NPV) sebanyak RM107,594.36 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) sebanyak1.45 pada kadar mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) adalah 26% dan

    tempoh pulang modal ialah pada tahun keenam. Lihat Lampiran 111.

    Dari analisis di atas penanaman tanaman pitaya didapati boleh memberikan

    keuntungan yang baik. Dengan itu penanaman boleh diperluaskan dan pasaran

    tanaman ini serta produk hiliran darinya perlu dikembangkan dan menembusi

    pasaran antarabangsa.

    22

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    26/35

    RUJUKAN :

    1. Cerise Fruit (Malaysia) Sdn.Bhd. About pitaya.2.

    Fuyit Sdn. Bhd.,(2002). Buah naga buah yang paling berkhasiat di abad 21.

    3. Greenworld Agrosources,(2004). Kertas kerja cadangan membangunkan industriperladangan dan pemprosesan tanaman pokok kaktus buah pitaya.

    4. Indomedia,(2000). Dragon fruit buah kaktus eksotik.5. Jabatan Pertanian,(2004). Laporan kemajuan petak pemerhatian tanaman pitaya di

    SPK Kg. Awah, Pahang, Pusat Pertanian Pulau Gadong, Melaka dan SPK AyerHitam, Johor.

    6.

    Jabatan Pertanian,(2003). Perangkaan keluasan tanaman.

    7. Jabatan Pertanian,(2004). Perangkaan keluasan tanaman.8. Jabatan Pertanian,(2005). Perangkaan keluasan tanaman.9. J/K Pasukan Petugas Projek MOA Inc. Buah Pitaya,(2004). Pelan

    pembangunan/pelan bisnes projek pengeluaran buah pitaya mukim DurianTunggal. Jabatan Pertanian Negeri Melaka.

    10.Unit Perlindungan Tanaman Temerloh,(2004). Laporan bancian perosak danpenyakit tanaman pitaya di daerah Temerloh 2004.

    11.USDA. Plant profile forHylocereus undatus.12.Wee Yong Geap,(2003). Dragon fruit buah-buahan yang berpotensi tinggi dalam

    masa yang akan datang.

    23

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    27/35

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    28/35

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    29/35

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    30/35

    GAMBAR GAMBAR PITAYA SEMASA LAWATAN KE LADANG PITAYA DI

    KERDAU , TEMERLOH PADA 30 APRIL 2003

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    31/35

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    32/35

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    33/35

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    34/35

  • 8/14/2019 Pakej Teknologi - Pitaya

    35/35

    PENGHARGAAN

    Ribuan terima kasih ditujukan kepada semua ahli kumpulan yang telah menyediakan

    pakej ini.

    Ahli kumpulan terdiri dari pegawai-pegawai dari Bahagian Buah-Buahan Melaka, Johor

    dan Pahang iaitu Pn. Hjh. Kamariah Bt. Hj. Ismail (Ketua), Pn. Abesah Bt. Ali, Tn. Hj.

    Esa Bin Kasmore, En. Mhd. Yusof Bin Jurimi, En. Bakhtiar Bin Md. Yusuf dan En. Abd.

    Rahim Bin Awang.

    Wakil dari Bahagian Pengurusan Tanah dan Pengurusan Perosak ialah Tn. Hj. Zulkifli

    Bin Ahmad, En. Rozali Bin Deraman dan En. Khairuddin Bin Ahmad.

    Kepada En. Tan Hoe Hing dan wakil-wakil dari Bahagian Teknikal Ibu Pejabat, terima

    kasih di atas sumbangan idea dan komen dalam penyediaan pakej teknologi ini.

    Terima kasih juga ditujukan kepada En. Chan Tong Seng yang telah membantu membuat

    analisis kewangan bagi pakej ini.

    Terima kasih juga kepada pengusaha-pengusaha tanaman pitaya yang telah memberi

    maklumat mengenai tanaman pitaya dan berkongsi pengalaman mereka mengenai

    tanaman ini.