kertas cadangan pembinaan tempat letak kereta berbumbung smk orang kaya haji

2
KERTAS CADANGAN PEMBINAAN TEMPAT LETAK KERETA BERBUMBUNG SMK ORANG KAYA HAJI, KUALA LIPIS, PAHANG PENDAHULUAN Kelengkapan prasarana sekolah banyak menyumbang kearah kemajuan sekolah. Prasarana yang lengkap memudahkan warga sekolah menjalankan pelbagai aktiviti disamping memberi kepuasan kerjaya kepada guru-guru dan staf sokongan. Namun demikian penyediaan prasarana yang lengkap tersebut memerlukan peruntukan kewangan yang besar. Dengan peruntukan yang terhad sudah pasti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mampu menyediakan semua prasarana tersebut. Justeru sekolah amat mengharapkan bantuan daripada pihak luar untuk membantu melengkapkan prasarana tersebut. Oleh itu kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon peruntukan bagi membina tempat letak kereta berbumbung untuk kemudahan guru-guru dan staf sokongan sekolah ini. RASIONAL 1.SMK Orang Kaya Haji telah dibuka pada tahun 1960 (53 tahun). 2.SMK Orang Kaya Haji hanya mempunyai 2 buah tempat letak kereta berbumbung iaitu 3% daripada keperluan 53 orang guru dan 13 orang staf sokongan. OBJEKTIF 1.Memohon peruntukan bagi membina 20 unit tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan guru-guru dan staf sokongan dalam kawasan SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis. KUMPULAN SASARAN

Upload: shaharin-b-abdullah

Post on 09-Dec-2015

441 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Pembinaan Tempat Letak Kereta Berbumbung Smk Orang Kaya Haji

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN TEMPAT LETAK KERETA BERBUMBUNG

SMK ORANG KAYA HAJI, KUALA LIPIS, PAHANG

PENDAHULUAN

Kelengkapan prasarana sekolah banyak menyumbang kearah kemajuan sekolah. Prasarana yang lengkap memudahkan warga sekolah menjalankan pelbagai aktiviti disamping memberi kepuasan kerjaya kepada guru-guru dan staf sokongan. Namun demikian penyediaan prasarana yang lengkap tersebut memerlukan peruntukan kewangan yang besar. Dengan peruntukan yang terhad sudah pasti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mampu menyediakan semua prasarana tersebut. Justeru sekolah amat mengharapkan bantuan daripada pihak luar untuk membantu melengkapkan prasarana tersebut. Oleh itu kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon peruntukan bagi membina tempat letak kereta berbumbung untuk kemudahan guru-guru dan staf sokongan sekolah ini.

RASIONAL

1.SMK Orang Kaya Haji telah dibuka pada tahun 1960 (53 tahun).

2.SMK Orang Kaya Haji hanya mempunyai 2 buah tempat letak kereta berbumbung iaitu 3% daripada

keperluan 53 orang guru dan 13 orang staf sokongan.

OBJEKTIF

1.Memohon peruntukan bagi membina 20 unit tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan

guru-guru dan staf sokongan dalam kawasan SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis.

KUMPULAN SASARAN

Tempat letak kereta berbumbung ini dikhaskan kepada guru-guru dan staf sokongan.

ANGGARAN KOS

20 unit X RM1,000 = RM20,000.00

Page 2: Kertas Cadangan Pembinaan Tempat Letak Kereta Berbumbung Smk Orang Kaya Haji

IMPAK PROJEK

1.Menambahkan tempat letak kereta berbumbung untuk keperluan guru-guru dan staf sokongan.

2.Meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan guru dan staf sokongan.

PENUTUP

Justeru pihak sekolah amat berharap agar permohonan ini dapat diangkat untuk dipertimbangkan. Semoga dengan kelulusan projek ini dapat memberi banyak manfaat kepada warga sekolah.

Di sediakan Oleh;