kepentingan bengkel

13
Kepentingan bengkel/motivasi/seminar upsr Pengenalan o Menjelang UPSR 2015 pada 8 September ini, pihak sekolah akan mengadakan seminar, bengkel dan motovasi untuk para pelajar yang bakal menduduki UPSR. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah akan menjemput para penceramah dari luar untuk memberi motivasi kepada para pelajar. Pelajar dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan daripada motivasi ini. Membaiki kelemahan diri o Penceramah akan memberikan tip-tip/kaedah-kaedah untuk menjawab soalan peperiksaan dengan kaedah yang tepat yang menepati kehendak soalan. o Para pelajar juga dapat membaiki kelemahan diri lalu bertanggungjawab dalam subjek-subjek yang mereka lemah. o Malah, para pelajar turut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan Meningkatkan keyakinan diri o Penceramah akan mendedahkan cara mengawal diri dan menenangkan diri untuk menghadapi soalan-soalan yang sukar/mencabar. o Penceramah juga akan memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar untuk membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan. Meluangkan masa lapang o Masa lapang dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah o Para pelajar juga dapat mengelakkan diri terlibat daripada gejala sosial seperti melepak dan merempit. o Masa mereka juga tidak dibazirkan sia-sia kerana masa itu emas. Penutup o Kesimpulannya, pihak sekolah harus mewajibkan semua pelajar yang bakal menduduki UPSR untuk menyertai program ini. o Para pelajar diharapkan bersedia menghadapi peperiksaan dalam keadaan yang tenang. Langkah untuk memupuk semangat kejiranan

Upload: gaya-gaya

Post on 31-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Points

TRANSCRIPT

Kepentingan bengkel/motivasi/seminar upsr Pengenalan

o Menjelang UPSR 2015 pada 8 September ini, pihak sekolah akan mengadakan seminar, bengkel dan motovasi untuk para pelajar yang bakal menduduki UPSR. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah akan menjemput para penceramah dari luar untuk memberi motivasi kepada para pelajar. Pelajar dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan daripada motivasi ini.

Membaiki kelemahan dirio Penceramah akan memberikan tip-tip/kaedah-kaedah untuk menjawab

soalan peperiksaan dengan kaedah yang tepat yang menepati kehendak soalan.

o Para pelajar juga dapat membaiki kelemahan diri lalu bertanggungjawab dalam subjek-subjek yang mereka lemah.

o Malah, para pelajar turut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

Meningkatkan keyakinan dirio Penceramah akan mendedahkan cara mengawal diri dan

menenangkan diri untuk menghadapi soalan-soalan yang sukar/mencabar.

o Penceramah juga akan memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar untuk membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Meluangkan masa lapango Masa lapang dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang

berfaedaho Para pelajar juga dapat mengelakkan diri terlibat daripada gejala sosial

seperti melepak dan merempit.o Masa mereka juga tidak dibazirkan sia-sia kerana masa itu emas.

Penutupo Kesimpulannya, pihak sekolah harus mewajibkan semua pelajar yang

bakal menduduki UPSR untuk menyertai program ini.o Para pelajar diharapkan bersedia menghadapi peperiksaan dalam

keadaan yang tenang.

Langkah untuk memupuk semangat kejiranan Pengenalan

o Setiap kaum haruslah mengamalkan semangat kejiranan terutamanya di kawasan yang mempunyai pelbagai kaum.

o Melalui semangat kejiranan, setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam suasana yang harmoni demi mewujudkan perpaduan kaum.

o Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk mewujudkan semangat kejiranan.

Mengadakan gotong-royongo Setiap kawasan perumahan hendalah mengadakan aktiviti gotong-royong

yang akan melibatkan para penduduk setempat.

o Dengan ini, para penduduk akan bekerjasama dengan membantu jiran dalam melakukan kerja amal bak kata pepatah ‘berat dapat dipikul, ringan sama dijinjing’.

o Melalui kerjasama penduduk, kita bukan sahaja dapat membersihkan kawasan malah dapat memupuk semangat kejiranan.

Mengadakan rumah terbuka o Menjelang sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, setiap orang boleh

mengadakan rumah terbuka dengan menyediakan pelbagai jamuan.o Mereka akan menjemput jiran-jiran ke rumah mereka untuk meikmati juadah

disediakan.o Mereka boleh bergaul mesra sesame jiran sambil merayakan hari perayaan

sekali gus memupuk semangat kejiranan.

Aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan hari sukanekao Setiap penduduk hendaklah mengadakan aktiviti sukaneka yang akan

melibatkan semua penduduk tanpa mengira perbezaan kaum. o Dengan mengadakan acara sukan, setiap penduduk dapat bertanding secara

sihat lalu melahirkan nilai bekerjasama untuk memenangi sesuatu acara.o Kerjasama antara pasukan dapat menyemai semangat kejiranan.

Menghidupkan Rukun Tetangga o Rukun Tetangga berfungsi sebagai kuasa yang menjaga keselamatan

penduduk setempat.o Di samping itu, dapat menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan dengan

kemajuan sesuatu kaum.o Semua penduduk harus melibatkan diri secara aktif untuk memastikan rukun

tetangga berfungsi secara berterusan.o Melalui Rukun Tetangga, para penduduk akan dapat berinteraksi sesama

mereka bagi menjaga keamanan setempat sekali gus dapat menanamkan semangat kejiranan.

Kebaikan telefon bimbit

Pengenalano Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang direka dalam pelbagai

bentuk dan rupao Telefon bimbit kini semakin popular dalam semua peringkat umur

memandangkan harganya yang mampu dimiliki semua.o Oleh itu, telefon bimbit memberikan kebaikan kepada penggunanya.

Memudahkan komunikasi o Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas

pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada.

o Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai.

o Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja.

o Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit.

o Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

Merapatkan hubungan silaturahim o Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di

mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas.

o Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter.

o Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan

Sebagai hiburano Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana

ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan.

o Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit.

o Penggunaan telefon bimbit akan mengurangkan tekanan para remaja.

Urusan perniagaan o Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan

telefon bimbit untuk menjalankan perniagaan mereka.o Para peniaga tidak perlu sewa premis untuk menjalankan perniagaan

lalu menjimatkan modal perniagaan.o Perniagaan juga dapat menembusi pasaran dunia.

Kebaikan mempunyai ramai kawan

Pengenalano Kawan merupakan seseorang yanag amat penting dalam hidup kita

khususnya pelajar.o Bagi seorang pelajar, mereka lebih banyak meluangkan masa mereka

bersama-sama dengan kawan mereka berbanding keluarga mereka sendiri.

o Kita haruslah bijak dalam berkawan agar nilai positif dalam berkawan dapat dijadikan teladan dalam hidup kita.

Belajar bersama-samao Pelajar akan bersama dari sudut pembelajaran secara berkumpulan.o Kita akan memperoleh faedah berkaitan pandangan kawan-kawan kita

terhadap subjek yang dibincangkan.o Secara tidak langsung, nilai bekerjasama dapat dilahirkan dalam diri

para pelajar.

Mengurangkan tekanano Sebagai pelajar khususnya sudah pasti mempunyai banyak masalah

dari pelbagai aspek.o Kawan ialah orang yang sesuai untuk kita berkongsi masalah.o Contohnya, kawan akan membantu apabila menghadapi masalah

kewangan sewaktu terlupa membawa wang saku.o Kawan akan berkongsi bekalan makanan mereka bersama kita.

Meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajaro Perpaduan bermula dari bangku sekolaho Menyemaikan sikap toleransi dalam diri

Contoh Karangan Ramalan UPSR 2015 (Kepentingan Mempunyai Ramai Kawan)

Pada zaman sekarang, kawan merupakan seseorang yang amat penting dalam hidup kita khususnya pelajar. Malahan, bagi seorang pelajar, mereka lebih banyak meluangkan masa mereka bersama-sama dengan kawan mereka berbanding keluarga mereka sendiri. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam berkawan agar nilai positif dalam berkawan dapat dijadikan teladan dalam hidup kita.

Seterusnya, pelajar akan duduk bersama-sama dari segi sudut pembelajaran secara berkumpulan. Kita akan memperoleh faedah berkaitan pandangan kawan-kawan kita terhadap subjek yang dibincangkan. Secara tidak langsung, nilai bekerjasama dapat dilahirkan dalam diri para pelajar.

Sebagai pelajar khususnya sudah pasti mempunyai banyak masalah dari pelbagai aspek. Jadi, kepentingan yang lain adalah dapat mengurangkan tekanan. Kawan ialah orang yang sesuai untuk kita berkongsi masalah. Contohnya, kawan akan berkongsi bekalan makanan mereka bersama kita apabila kita terlupa membawa wang saku untuk membeli makanan di sekolah.

Di samping itu, manfaat seseorang kawan adalah dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Jika kita berkawan dengan pelajar yang berbilang kaum, sudah tentu bahawa perpaduan antara rakyat bermula dari bangku sekolah lagi. Dengan ini, menyemaikan sikap toleransi dalam diri bagi menjalinkan perpaduan yang kukuh dalam diri masing-masing.

Kesimpulannya, berkawan banyak mendatangkan pelbagai kebaikan pada kita, namun jika kita tersilap langkah kita juga boleh terlibat dalam kancah negatif. Jadi, kita haruslah bijak memilih kawan demi masa depan kita yang cerah.

Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah

Pendahuluano Ungkapan “Sekolahku, Syurgaku” sering diperkatakan baik dalam

kalangan pendidik mahupun pelajar.o Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid.o Pelbagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan

persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih.

Mencegah penyakit.

o Mengelakkan dari bau busuk dan keadaan yang tidak selesa.o Pembersihan bekas-bekas yang bertakungan airo Kesihatan para pelajar dijamin.

Mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceriao Pastikan bangunan dan kemudahan dalam keadaan bersih dan kemas.o Identiti sekolah sebagai institusi yang sihat

Menerapkan nilai tanggungjawabo Pelajar memastikan kelas dalam keadaan kemas da tidak berhabuko Melahirkan generasi yang bertanggungjawabo Meningkatkan imej sekolah

Langkah–langkah untuk mengalakkan para pelajar kegiatan kokurikulum

Pendahuluano Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di

luar bilik darjah.o Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah bertujuan mengembangkan potensi

mental, sosial, jasmani dan rohani pelajar secara optimum.o Oleh itu,terdapat pelbagai langkah yang dapat mengalakkan pelajar

mengikuti aktiviti ini.

Pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masao Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah

dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. o Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat

mereka. o Kegiatan yang dijalankan hanya untuk memenuhi jadual.o Oleh itu, pihak sekolah mestilah memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan

mestilah benar-benar mendatangkan manfaat kepada mereka.

Menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar.

o Para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati.

o Sebagai contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat.

o Hal ini demikian akan dapat menarik minat para pelajar untuk bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum tersebut kerana tak kenal maka tak cinta.

Pihak kerajaan perlu menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulumo Sistem pendidikan perlulah menerapkan faedah menyertai aktiviti

kokurikulum.o Pelajar akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum

dan kokurikulum.

Kepentingan menjaga kemudahan asas di sekolah

Pendahuluan

o Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan pelajaro Tandas, perpustakaan, bilik makmal dan peralatan sekolaho Tanggungjawab para pelajar untuk menjaga kemudahan asas sekolah

Memberi kemudahano Membantu ketika kecemasano Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Menjimatkan kos o Membina kemudahan awam adalah tinggi dan memerlukan masa yang

lama.o Perbelanjaan yang tinggi ini wajar dihargai oleh pelajar dengan

menjaga kemudahan awam tersebut.o Wang tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain

Meningkatkan imej sekolaho Melahirkan pandangan positif terhadap sekolah kita dari mata sekolah

laino Pelajar sebagai insan yang bijak menjaga kemudahan asas sekolah o Menggunakan kemudahan asas mengikut peraturan yang telah

disediakan

Cara-cara untuk menggembirakan kedua-dua ibu bapa kita

Pengenalan o Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga.o Merekalah yang memberikan kasih sayang yang sejati kepada anak-

anak sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita.

o Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Menjadi anak yang berakhlak muliao Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang anak itu mentaati perintah

agama, menghormati orang lain, bertanggunjawab dan berdisiplin.o Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama

baik ibu bapa dan keluarga.o Mengelakkan tingkah laku yang kurang sopan seperti pertuturan yang

kasar

Belajar bersungguh-sungguho Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan

yang cemerlang dalam pelajaran.o Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta

memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Menghulurkan bantuan kepada ibu bapa o Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang

sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan mencuci kereta.o Kita dapat meringankan beban merekao Ini sudah tentu menggembirakan hati mereka.

Cara-cara menjaga alam sekitar

Pengenalan o Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak

mengira bangsa, agama dan negara. o Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air

seperti sungai dan laut. o Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang

tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai dan penggunaan baja-baja kimia.

Pendedahan media massao Media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran

semua pengguna.o Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu

pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen.o Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini

dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Kempen alam sekitaro Melalui kempen, masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga

alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar.o Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar

semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. o Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat

mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Penggunaan teknologi modeno Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan

pencemaran dengan lebih cepat dan efektif.o Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih

mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak.o Oleh itu, akan dapat mengurangkan kadar pencemaran laut dan hidupan

akuatik.

Kebaikan Koperasi Sekolah

Pengenalano Koperasi ialah sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan

barangan dan perkhidmatan.

o Ditubuhkan mengikut Akta Koperasi

Membeli barangan keperluan pelajaro Mengurangkan kebergantungan pelajar kepada kedai-kedai atau pusat

beli belah di luar sekolah.o Mendidik pelajar tentang cara berbelanja yang membantu mereka

lebih berjimat cermat.

Pelajar akan berpeluang mengetahui asas selok-belok mengendalikan urusan perniagaan

o Ahli-ahli koperasi terutamanya pelajar terlibat dalam aktiviti jual beli, membuat akaun, pemasaran dan perbekalan.

o Pelajar-pelajar berpeluang menjadi pemegang saham syarikat sekali gus mendapat untung dalam bentuk dividen dan bonus.

Menambah kewangan sekolaho Keuntungan diperoleh pihak koperasi berpunca daripada pembelian

murid-murid, guru-guru dan warga sekolah.o Sebahagian keuntungan akan diberikan kepada pihak sekolah supaya

kewangan sekolah meningkat memandangkan koperasi merupakan kepunyaan sekolah.

Kepentingan bersukan

Pendahuluano Bersukan membawa maksud kepada aktiviti yang sangat berfaedah

kepada kita.o Terdapat pelbagai jenis sukan di Negara kita seperti bola sepak, bola

keranjang dan badminton.

Kegiatan sukan menyihatkan badano Tubuh kita akan mengeluarkan peluho Pergerakan anggota badan menguatkan sendi dan otot badano Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihato Mudah ulangkaji pelajaran

Mengisi masa lapang o Tidak terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat seperti melepak

dengan kawan-kawan dan berlumba haramo Masa itu emaso Aktiviti bersukan dijadikan sebagai hobi yang dilakukan pada masa

lapang

Membuka peluang untuk menambah kenalano Semasa menyertai pertandingan o Menjalani latihan sukan bersamao Memupuk semangat kerjasama

Mengharumkan nama sekolah dan Negarao Ibu bapa, guru-guru berasa bangaa atas kejayaan kita o Pada peringkat antarabangsa, orang akan mengenali seseorang

apabila berjayao Contohnya, Datuk Lee Chong Wei mewakili Negara Malaysia dalam

sukan badminton.