nor hafsah binti sulaiman - fp.utm.my · pdf filesesi pengajian: 2008/09 ... 2.3 amalan...
TRANSCRIPT
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI
NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI .
SESI PENGAJIAN: 2008/09 - II
Saya : NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 64, KG SOKOR, PROF DR ABU BAKAR HJ HASHIM KOK LANAS, 16450 KETEREH, KELANTAN. Tarikh : 25 APRIL 2009 Tarikh : __27 APRIL 2009___ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya / Kami * akui bahawa saya / kami * telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya / kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : _____________________________________
Nama penyelia : PROF. DR ABU BAKAR BIN HJ HASHIM
Tarikh : ____ 27 April 2009_____________
* Potong yang tidak berkenaan
i
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI
NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : _______________________________
Nama penulis : NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN
Tarikh : 25 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat:
Abah (SULAIMAN BIN MAMAT)
Umi
(NORAINI BINTI NOR)
Berkat doamu, didikanmu dan restumu pendorong kejayaanku dunia dan akhirat
Jasa dan pengorbananmu penguat semangatku
Maaf di atas kenakalan anakmu
Keluarga yang tercinta:
(Kak Long, Abe Long, Aqie, Jie, Ae, Pemon, Yaa, Akram, Amar, Syakir dan Syatibhi)
Terima kasih kerana sentiasa membantu
Dorongan kalian menjadi kekuatanku
Dalam ingatan:
(Amini Aisyah dan Amir Mubarak)
Walaupun tiada disisi, rinduku terhadapmu menjadi semangatku
Teman-teman seperjuangan:
(Laa, Nor, Zue, Ana dan Qilah)
Idea dan pandangan kalian amat dihargai
Terima kasih kerana bantuan kalian dan memahami insan ini
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kesejahteraan
yang diberikan kepada kita. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad
S.A.W., kelurga serta sahabat-sahabat baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kepada Allah S.W.T kerana dengan izin Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana
Muda(PSM) ini dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan sempurna.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga buat Prof Abu Bakar Hashim selaku pensyarah
pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar bagi membuat kajian ini. Tunjuk ajar dari
Prof . adalah pengalaman yang beharga dan semoga ia akan menambah pengetahuan
saya. Terima kasih atas keperihatinan dan sentiasa memberi peluang untuk saya perbaiki
kesilapan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak mencurahkan
idea dan membantu meringankan beban tugas ini. Jasa kalian amat dihargai. Sekalung
penghargaan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas jasa kalian.
Jutaan terima kasih dan penghargaan saya khasnya untuk keluarga tercinta yang
sepanjang masa mengambil berat dan memberi dorongan yang tidak terhingga dalam
hidup ini. Semoga kalian diberkati olehNya.
Sekian, terima kasih.
NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap amalan keselamatan bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah di Zon Skudai, Johor. Aspek yang dikaji adalah tahap pengetahuan pelajar
tentang peraturan am keselamatan bengkel, tahap pengetahuan pelajar tentang peraturan
keselamatan alatan dan mesin yang digunakan, dan tahap amalan keselamatan bengkel
berdasarkan peraturan keselamatan bengkel oleh pelajar-pelajar. Kajian deskriptif ini
dijalankan ke atas 333 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari empat buah sekolah
di Zon Skudai. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk
mengumpul data daripada responden, diedarkan ke sekolah-sekolah yang dipilih. Ujian
reliabiliti terhadap instrumen ini menunjukkan indeks 0.87 pada alpha Cronbach, yang
mana menunjukkan nilai yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian ini. Semua data
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi
10.0. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus.
Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pelajar tentang peraturan am keselamatan
bengkel, tahap pengetahuan pelajar tentang peraturan keselamatan alatan dan mesin serta
tahap amalan keselamatan bengkel pelajar berdasarkan peraturan am keselamatan
bengkel adalah positif dan baik. Kajian ini juga mencadangkan beberapa cadangan
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, pihak pengurusan
sekolah, guru-guru dan pelajar.
vi
ABSTRACT
The purpose of study was to determine the level of safety as practiced in Living
Skills workshop by the Form Four students in Skudai, Johor. Among aspects
investigated in the study were the students’ knowledge about the safety rules in
workshop, their knowledge about safety rules in using tools and machines, and their
observance of safety rules. The descriptive research involved 333 respondents selected
randomly from among Form Four students of secondary schools in Skudai. A set of
questionnaire was used to collect data from the respondents, sent through their
respective schools. A test was conducted to determine the reliability of the instrument. It
gave an index of 0.87 on Cronbach’s alpha, which was fairly high and therefore
appropriate to be used in this study. The data were analyzed using the Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) version 10.0. The statistics of means, frequencies and
percentages were used. The study revealed that the students’ understanding of the safety
rules in workshop, their knowledge about safety rules in using tools and machines, and
their observance of safety practice were fairly good. Relevant recommendations for
Education Ministry of Malaysia, Johore Education Department, schools management,
teachers and students were put forward for their action.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 10
1.4 Objektif kajian 11
1.5 Persoalan kajian 12
1.6 Kepentingan kajian 12
1.7 Batasan kajian 13
1.8 Instrumen kajian 13
viii
1.9 Definisi konsep dan istilah 14
1.9.1 Amalan keselamatan 14
1.9.2 Bengkel 14
1.9.3 Kemahiran Hidup Bersepadu 14
1.10 Penutup 15
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sikap pelajar 17
2.3 Amalan keselamatan 18
2.4 Kepentingan keselamatan 19
2.4.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (AKKP) 20
2.5 Suasana dan persekitaran di bengkel 21
2.6 Peraturan keselamatan bengkel 24
2.7 Kemahiran penggunaan mesin yang mempengaruhi
amalan keselamatan 25
2.8 Pengetahuan dan latihan 27
2.9 Langkah-langkah pencegahan kemalangan 29
2.10 Kajian terdahulu 31
2.11 Penutup 32
BAB 3 METODOLGI KAJIAN 33
3.1 Pendahuluan 33
3.2 Reka bentuk kajian 34
3.3 Tempat kajian 34
3.4 Sempelan dan populasi 35
ix
3.5 Prosedur pengumpulan data 36
3.6 Pengedaran borang soal selidik 36
3.7 Instrumentasi kajian 37
3.8 Kajian rintis 39
3.9 Analisis data 40
3.10 Penutup 42
BAB 4 ANALISIS DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Keputusan dan analisis soal selidik
Bahagian A 44
4.2.1 Sekolah 44
4.2.2 Jantina 45
4.2.3 Etnik 45
4.2.4 Keputusan (gred) Kemahiran Hidup
Bersepadu dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR) 46
4.3 Keputusan dan analisis soal selidik Bahagian B 46
4.3.1 Keputusan kajian berdasarkan
persoalan kajian 1 47
4.3.2 Keputusan kajian berdasarkan
persoalan kajian 2 54
4.3.3 Keputusan kajian berdasarkan
persoalan kajian 3 57
4.3.4 Perbezaan antara jantina terhadap tahap
pengetahuan dan amalan keselamatan bengkel 62
x
4.3.5 Perbezaan antara keputusan (gred)
Kemahiran Hidup Bersepadu dalam PMR
terhadap tahap pengetahuan dan amalan
keselamatan bengkel 63
4.4 Penutup 65
BAB 5 RINGKASAN RUMUSAN, PERBINCANGAN
DAN CADANGAN 66
5.1 Pengenalan 66
5.2 Ringkasan 67
5.3 Rumusan 68
5.4 Perbincangan 69
5.4.1 Tahap pengetahuan pelajar terhadap
peraturan am keselamatan bengkel 70
5.4.2 Tahap pengetahuan pelajar mengenai
peraturan keselamatan peralatan
dan mesin 72
5.4.3 Amalan keselamatan bengkel
pelajar berasaskan peraturan
keselamatan bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu 73
5.5 Cadangan 75
5.6 Cadangan untuk kajian lanjutan 77
5.7 Penutup 78
RUJUKAN 79
LAMPIRAN (A-E) 82-94
xi
SENARAI JADUAL
NO. MUKA JADUAL TAJUK SURAT
1.1 Jumlah kemalangan bagi negeri Johor dan Malaysia
yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) bagi tahun 2006 dan 2007 9
3.1 Pengkelasan skala likert beserta dengan markah skor 38
3.2 Taburan item berdasarkan persoalan kajian 38
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 40
3.4 Penilaian responden berdasarkan min 41
3.5 Kriteria penilaian kaedah ujian-t 41
3.6 Kriteria penilaian kaedah ANOVA 42
4.1 Taburan responden mengikut sekolah 44
4.2 Taburan responden mengikut Jantina 45
4.3 Taburan responden mengikut etnik 45
4.4 Taburan responden mengikut keputusan(gred)
Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR) 46
4.5 Taburan responden mengikut tahap pengetahuan terhadap
peraturan am keselamatan bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu 48
4.6 Purata peratusan item persoalan kajian 1 53
xii
4.7 Taburan responden mengikut tahap pengetahuan pelajar
mengenai peraturan menggunakan mesin dan peralatan yang
di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 54
4.8 Purata peratusan item persoalan kajian 2 57
4.9 Taburan responden mengikut tahap amalan keselamatan
pelajar berasaskan peraturan keselamatan bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu 58
4.10 Purata peratusan item persoalan kajian 3 62
4.11 Hasil dapatan analisis ujian-t 63
4.12 Hasil dapatan analisis ujian ANOVA 64
xiii
SENARAI RAJAH
NO. MUKA RAJAH TAJUK SURAT
1.1 Kemalangan industri yang dilaporkan kepada
JKKP 1999-2006 6
1.2 Jumlah kemalangan yang dilaporkan ke JKKP bagi
tahun 2007 (Sehingga Bulan Julai 2007) 7
1.3 Kemalangan Mengikut Negeri dan Jenis Kecederaan 2006 8
xiv
SENARAI SINGKATAN
KHB : Kemahiran Hidup Bersepadu
PMR : Penilaian Menengah Rendah
NIOSH : National Institute of Organization Safety and Health
AKKP : Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JKKP : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
DOSH : Department of Safety and Health
PERKESO : Pertubuhan Keselamatan Sosial
IKKPN : Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
SPSS : Statistical Package for Social Sciences
BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
JPJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
ERT : Ekonomi Rumah Tangga
KMT : Kemahiran Manipulatif Tambahan
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
STS : Sangat Tidak Setuju
TS : Tidak Setuju
TP : Tidak Pasti
S : Setuju
SS : Sangat Setuju
f : Frekuensi
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 82
B Surat Kebenenaran Menjalankan Kajian UTM 90
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) 91
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 93
E Output Analisis Data - Kajian Rintis 94
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran
pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-
kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan
kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata pelajaran ini diperkenalkan pada
tahun 1989. Pada tahun 1991, mata pelajaran ini dikenali sebagai Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) dan dibahagikan kepada bahagian teras dan bahagian pilihan.
Bahagian teras terdiri daripada tiga komponen iaitu Kemahiran Manipulatif,
Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari oleh semua
pelajar, manakala bahagian pilihan ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT),
Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu seperti yang dinyatakan
dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2 (2005)
adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta
kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk
kehidupan harian.
Selain daripada teori, proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu adalah dalam bentuk amali yang mana melibatkan hampir 70 peratus
peggunaan bengkel sebagai tempat pembelajaran. Diketahui umum bahawa makmal-
makmal atau bengkel-bengkel adalah tempat yang berisiko tinggi untuk berlakunya
kemalangan yang boleh menyebabkan kecedaraan samada kepada diri sendiri atau orang
lain. Sehubungan dengan itu, semua inisiatif ke arah menjamin keselamatan pelajar-
pelajar yang menjalankan kerja di bengkel sekolah samada dari aspek fizikal, mental,
emosi dan rohani seterusnya mencapai matlamat yang ditetapkan dalam usaha
Kementerian Pendidikan untuk menwujudkan ‘sekolah selamat’.
Stephens (1996) dalam Shamsiah, et al. (2005) mendefinisikan sekolah selamat
ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang
selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan.
Pengerusi National Institute of Organization Safety and Health (NIOSH), Tan
Sri Lee Lam Thye dalam Shamsiah, et al. (2005) pula menjelaskan bahawa konsep
‘sekolah selamat’ tidak seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman
kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi
aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu
sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan
dan kesihatan.
Menurut beliau walaupun keutamaan akta tersebut untuk melindungi pekerja,
tetapi ia termasuk juga peruntukan mencukupi bagi melindungi “perkara-perkara lain”
yang terjejas. Lee berkata selaras dengan akta itu, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan
Pelajaran yang mewakili majikan, mempunyai tanggungjawab am bagi memastikan
keselamatan dan kebajikan guru dan kakitangan sokongan serta melindungi pelajar dan
pelawat.
Zuraida (2004) menjelaskan bahawa pengabaian aspek keselamatan mungkin
akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan
imej istitusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran
operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa ditanggung akibat
kerosakan dan tanggungan kos perubatan.
Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku di
bengkel, menjadi tanggungjawab pihak pengurusan bengkel untuk memastikan
persekitaran, peralatan dan perkara yang mungkin membawa kearah berlakunya
kemalangan disenggara dan diselenggara secara berterusan dan sistematik. Jesteru itu,
Laney (1982) menyatakan bahawa wakil kepada majikan (penyelia) perlu tahu dan
bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan
kepada sesebuah bengkel.
Wan Abdul Rahman (2004) menjelaskan keselamatan bukan sahaja untuk
diketahui tetapi perlu diterapkan turutamanya ketika melakukan kerja-kerja harian.
Perlaksanaan amalan keselamatan perlulah ditekankan kepada semua pihak terutamanya
kepada pelajar yang bakal menjadi penyambung kepada generasi yang ada sekarang.
Atas sebab inilah pengajaran memainkan peranan yang penting kearah
mewujudkan suasana pembelajaran bengkel yang selamat. Pullias dan Young (1977)
mendefinisikan bahawa pengajaran adalah keseluruhannya merupakan cara
membimbing murid untuk memperoleh sejumlah pengalaman yang cukup bermutu
hingga mampu sejauh mungkin menolong pengembangan kemungkinan manusia.
Bagi situasi bengkel sekolah, untuk memastikan semua peraturan dan
keselamatan bengkel dipatuhi oleh semua pelajar, adalah menjadi tanggungjawab guru
untuk membimbing dan memberi pengajaran kepada pelajar cara bekerja yang selamat.
Sehubungan dengan hasrat Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini
digubal iaitu ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam
teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar
dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi,
aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang
menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (Huraian Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, 2005).
Jesteru itu, guru perlu bertanggungjawab bagi memastikan semua peraturan
keselamatan di bengkel dipatuhi dan dihayati oleh pelajar. Selain itu pelajar-pelajar juga
perlu didedahkan dengan amalan keselamatan agar mereka mengetahui dan seterusnya
mengamalkan aspek yang berkaitan dengan keselamatan dibengkel. Pelajar-pelajar perlu
didedahkan diperingkat awal lagi samada secara langsung atau tidak langsung mengenai
kepentingan menjaga keselamatan agar mereka dapat menerapkan budaya ini di
peringkat pekerjaan iaitu selepas mereka menamatkan alam persekolahan mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Setiap kemalangan, walau sekecil manapun akan mengakibatkan kerugian.
Dengan demikian langkah yang mesti diambil untuk mencegah kerugian adalah dengan
mencegah berlakunya kemalangan tersebut. Untuk mencegah kemalangan tersebut,
perkara yang perlu difahami ialah takrifan kemalangan, bagaimana ia boleh berlaku dan
punca-punca yang menyebabkan kemalangan tersebut belaku.
Kemalangan menurut Ismail (2006) ialah urutan peristiwa yang tidak
dijangkakan dan tidak dirancang, berlaku melalui urutan yang logik dan akibat gabungan
beberapa sebab lalu mengakibatkan kecederaan fizikal (kecederaan dan penyakit)
kepada individu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris, kerugian atau gabungan
kesan tersebut.
Oleh kerana kemalangan adalah satu kejadian dikaitkan dengan bahaya yang
tidak dirancang dan tidak dapat dijangkakan oleh seseorang individu akan kejadiannya,
punca-punca kemalangan harus dikenalpasti dan diketahui.
Wan Abdul Rahman (2004) menjelaskan bahawa kebanyakan punca kemalangan
adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lalai terhadap kerja yang dilakukan. Ianya
dapat dicegah melalui amalan, sikap, disiplin dan tabiat kerja yang baik.
Laney (1982) pula berpendapat bahawa kecuaian dan tidak peka kepada kerja
kebiasaannya dilakukan oleh pekerja muda seperti pelajar yang baru tamat Sekolah,
Kolej dan Universiti. Golongan ini bersemangat untuk bekerja tetapi mereka tidak
mempunyai pengetahuan yang cukup terhadap kerja yang mereka lakukan dan mudah
terdedah kepada bahaya yang berpunca daripada sikap mereka sendiri. Oleh itu untuk
mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku, langkah awal perlu dibuat dan
dilaksanakan sebaik mungkin bermula di peringkat sekolah lagi.
Mengikut laporan statistik Kementerian Sumber Manusia (2008), peningkatan
kemalangan di industri yang tinggi setiap tahun amat merungsingkan. Berikut adalah
statistik jumlah kemalangan industri yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan di
Malaysia yang diambil daripada laman web http//dosh.mohr.gov.my (laman web rasmi
rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).
Rajah 1.1 Kemalangan industri yang dilaporkan kepada JKKP 1999-2006
Sumber: Kementerian Sumber Manusia (2008)
Rajah 1.1 menunjukkan statistik jumlah kemalangan industri yang dilaporkan
kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi tahun 1999 sehingga 2006.
Rajah ini jelas menunjukkan peningkatan kadar kemalangan di tempat kerja setiap
tahun.
Rajah 1.2 Jumlah kemalangan yang dilaporkan ke JKKP bagi tahun 2007
(Sehingga Bulan Julai 2007)
Sumber: Kementerian Sumber Manusia (2008)
Rajah 1.2 menunjukkan jumlah kemalangan yang dilaporkan ke JKKP bagi tahun
2007 mengikut jenis kecederaan.
Rajah 1.3 Kemalangan Mengikut Negeri dan Jenis Kecederaan 2006
Sumber: Kementerian Sumber Manusia (2008)
Rajah 3 pula menunjukkan statistik kemalangan mengikut negeri dan jenis
kecederaan bagi tahun 2006. Berdasarkan rajah 3 ini, negeri Johor adalah negeri yang
paling tinggi kadar kemalangan di tempat kerja.
Manakala jadual 1 adalah menunjukkan jumlah kemalangan bagi negeri Johor
dan Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi
tahun 2006 dan 2007.
Jadual 1.1 : Jumlah kemalangan bagi negeri Johor dan Malaysia yang dilaporkan
kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2006
dan 2007.
2006 2007
Johor 9,725 10,114
Malaysia 58,321 56,339
Sumber: PERKESO (8 Ogos 2008)
Kadar kemalangan yang tinggi ini agak membimbangkan ramai pihak. Oleh itu
pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kadar kemalangan di negara ini
berkurang menjelang 2010 seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah JKKP Datuk Ir
Dr Johari Basri dalam Bernama bertarikh 7 April 2007. Menurut beliau JKKP
mensasarkan 3.5 kes setiap 1,000 pekerja menjelang 2010 adalah setanding dengan
negara maju termasuk Jepun dan United Kingdom yang kini berada pada tahap tiga kes
setiap 1,000 pekerja.
Jesteru itu, untuk merealisasikan sasaran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Malaysia (JKKPM) untuk menurunkan kadar kes kematian akibat kemalangan
di tempat kerja kepada tahap yang paling minimum bagi setiap 1,000 pekerja menjelang
2010, pendidikan dan pendedahan di peringkat akar umbi lagi perlu dilakukan.
Jika diteliti punca-punca kemalangan di tempat kerja, dapat dibuat satu
kesimpulan yang agak empirik terhadap punca satu permasaalahan yang rumit. Oleh
kerana kemalangan melibatkan manusia, Ismail Bahari (2006) berpendapat bahawa
manusia jugalah yang harus dipertanggungjawabkan terhadap kemalangan yang berlaku.
Dalam hal ini jelas menunjukkan sekolah memainkan peranan yang penting bagi
memberi pendedahan awal kepada pelajar sebagai persediaan untuk pekerjaan.
Penyataan ini juga disokong oleh Kamarudin dan Siti Hajar (2004) yang menjelaskan
bahawa sekolah bertanggungjawab memberi pendidikan ke arah membolehkan ahli
masyarakatnya mendapat pekerjaan. Menurut mereka lagi, sistem pendidikan merupakan
alat bagi mengisi keperluan pekerjaan.
Sehubungan dengan itu, Wan Abdul Rahman (2004) pula menjelaskan latihan
amali yang dikuti di bengkel adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar
sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar kelak. Jesteru itu pendedahan di
sekolah adalah merupakan langkah awal untuk membiasakan diri pelajar dengan situasi
yang sebenar di bengkel.
Oleh itu, kesedaran terhadap keselamatan di bengkel bukan sahaja
menguntungkan diri sendiri malahan melindung orang lain dan harta benda. Atas sebab
inilah, guru-guru perlulah berperanan untuk menjadikan bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu sebagai tempat menyemarakkan proses pengajaran dan pembelajaran dan
sebagai tempat untuk menerapkan amalan keselamatan dikalangan pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Bagi memastikan hasrat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan untuk
mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja menjelang 2010 nanti, kesedaran
terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar. Oleh itu
kesedaran yang tinggi yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi di kalangan pelajar
dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang
pekerjaan.
Menyentuh aspek untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan
keselamatan di bidang pekerjaan, timbul persoalan apakah tahap pengetahuan pelajar
tentang semua aspek keselamatan yang dipelajari ketika di sekolah mencukupi untuk
diaplikasikan di tempat kerja mereka nanti.
Selain itu, Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan
kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bagi menjayakan
perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, ia memerlukan komitmen
semua pihak yang terlibat.
Berdasarkan persoalan inilah, kajian ini ingin melihat sejauhmanakah tahap
pengetahuan pelajar dalam semua aspek keselamatan yang melibatkan kerja dibengkel.
Perkara ini penting bagi memastikan pelajar peka terhadap keselamatan diri sendiri dan
orang lain ketika mereka menjalankan amali di bengkel. Sehubungan dengan itu, kajian
yang bertajuk “Amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah
Menengah Zon Skudai” di pilih.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan adalah berdasarkan pemerhatian secara umun dengan tujuan
untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Antara objektif kajian adalah seperti
berikut:
1. Mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap peraturan am keselamatan di
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
2. Mengetahui tahap pengetahuan pelajar mengenai peraturan mengunakan mesin
dan peralatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
3. Mengetahui tahap amalan keselamatan pelajar berdasarkan peraturan
keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan
amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Zon
Skudai. Persoalan-persoalan kajian dalam kajian ini adalah:
1. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap peraturan am keselamatan di
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?
2. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai peraturan menggunakan mesin
dan peralatan yang di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?
3. Apakah tahap amalan keselamatan pelajar berdasarkan peraturan keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?