detailed environmental impact assessment (deia) … filedetailed environmental impact assessment...

14
DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT (DEIA) FOR THE PROPOSED TETIARY BUTYL ALCOHOL (TBA) PLANT AT EXISTING PROPYLENE PLANT AND PROPOSED TBA, NAPHTHA & BENZENE STORAGE TANKS AT TITAN TERMINAL 3 ADDRESS: JALAN TEMBAGA 4, PASIR GUDANG INDUSTRIAL ESTATE, PASIR GUDANG, JOHOR VOLUME I : EXECUTIVE SUMMARY MARCH 2012 Doc Ref: TITAN/1203-01 50-01, Jalan Sagu 15, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia Tel : +607-353 7302 Fax : +607-353 7302 __________________________________________________________________________________________ Prepared for TITAN PETCHEM (M) SDN BHD PLO 312, Jalan Tembaga 4 Kawasan Perindustrian Pasir Gudang 81700 Pasir Gudang Johor Prepared by DAYA ECO TECHNO SDN BHD 50-01, Jalan Sagu 15 Taman Daya 81100 Johor Bahru Johor Tel/Fax : 07-353 7302 PIC. : Ir Linda Tan (012-7072610)

Upload: vuongdung

Post on 30-May-2019

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT (DEIA) FOR

THE PROPOSED TETIARY BUTYL ALCOHOL (TBA) PLANT AT EXISTING PROPYLENE PLANT

AND PROPOSED TBA, NAPHTHA & BENZENE STORAGE TANKS

AT TITAN TERMINAL 3

ADDRESS: JALAN TEMBAGA 4, PASIR GUDANG INDUSTRIAL ESTATE, PASIR GUDANG, JOHOR

VOLUME I : EXECUTIVE SUMMARY

MARCH 2012 Doc Ref: TITAN/1203-01

50-01, Jalan Sagu 15, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia Tel : +607-353 7302 Fax : +607-353 7302 __________________________________________________________________________________________

Prepared for

TITAN PETCHEM (M) SDN BHD

PLO 312, Jalan Tembaga 4

Kawasan Perindustrian Pasir Gudang

81700 Pasir Gudang

Johor

Prepared by DAYA ECO TECHNO SDN BHD

50-01, Jalan Sagu 15

Taman Daya

81100 Johor Bahru Johor

Tel/Fax : 07-353 7302

PIC. : Ir Linda Tan (012-7072610)

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-1

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENGENALAN PROJEK

Project yang dicadangkan adalah dikenali sebagai ‘Cadangan Kilang Tertiary Butyl Alcohol (TBA)

di Kilang Propylene Sediada dan Cadangan Tangki Penyimpanan TBA, Naphtha & Benzene di

Terminal 3, Jalan Tembaga 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Pasir Gudang, Johor’.

Pengerak projek ini, Titan Petchem (M) Sdn Bhd bercadang untuk mempertingkatkan operasi

sediada di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang dengan membangunkan kilang pengeluaran

TBA dan penambahan tangki penyimpanan untuk Naptha dan Benzene.

Cadangan kilang TBA akan dibangunkan di dalam lingkungan kompleks petrokimia TITAN

manakala empat (4) tangki penyimpanan baru akan dibina di loji penyimpanan TITAN sediada

(Terminal 3) di Pasir Gudang. Pelan kunci dan pelan lokasi ditunjukkan dalam Rajah RE-1 dan

Rajah RE-2 masing-masing.

Rajah RE-1 – Pelan Kunci Tapak Projek

PROJECT SITE

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-2

Rajah RE-2 – Pelan Lokasi Tapak Projek

JALAN PEKELILING

JALAN PERAK SATU

JA

LA

N P

ER

AK

JALAN GANGSA

JA

LA

N E

MA

S

JALAN TEMBAGA EMPAT

JALAN PEKELILING

JALAN TEMBAGA TIGA

JALA

N T

EMBAG

A D

UA

JA

LA

N B

ES

I S

AT

U

JLN. BESI

JA

LA

N P

AS

IR G

UD

AN

G

JALAN PERAK EMPAT

JL

N. T

IMA

H S

AT

U

RIZ

AB

PA

RIT

JALAN TIMAH

JA

LA

N P

EK

EL

ILIN

G

JA

LA

N P

EK

EL

ILIN

G

JALAN PEKELILING

JA

LA

N E

MA

S

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-3

2.0 KEPERLUAN PERUNDANGAN

Cadangan projek merupakan salah satu aktiviti yang ditetapkan untuk melaksanakan Penilanan

Kesan Alam Sekeliling (EIA) mengikuti Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang

Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1995. Aktiviti yang ditetapkan ini adalah:

8) Industri (b) Petrokimia

Cadangan projek juga merupakan aktiviti yang memerlukan Kesan Penilaian Alam Sekeliling

Terperinci (DEIA) menurut surat dari DOE (ruj: AS(PN) 37/209/103/069 Jilid 7(8)) pada 3hb Ogos

2011.

3.0 PENGERAK PROJEK / JURURUNDING

TITAN Petchem (M) Sdn Bhd adalah pengerak projek ini.

TITAN PETCHEM (M) Sdn Bhd

PLO 312, Jalan Tembaga 4

Kawasan Perindustrian Pasir Gudang

81700 Pasir Gudang

Johor

Tel: 607-253 8888

Fax: 607-252 9560

Contact Person: Mr Chun Myung Jin (Executive Vice President)

Daya Eco Techno Sdn Bhd dilantik sebagai Jururunding EIA projek ini.

Daya Eco Techno Sdn Bhd

50-01, Jalan Sagu 15

Taman Daya

81100 Johor Bahru

Johor

Tel : 07-353 7302

Fax : 07-353 7302

Contact Person. : Ir Linda Tan (Manager)

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-4

4.0 PEMERIHALAN PROJEK

4.1 Konsep Projek

Secara amnya, cadangan projek terdiri daripada:

• Satu (1) kilang TBA dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 110,000 MT setahun;

• Satu (1) tangki penyimpanan TBA dengan kapasiti sebanyak 6,000 MT;

• Dua (2) tangki penyimpanan naphtha dengan jumlah kapasiti 50,000 MT (25,000 MT setiap

tangki);

• Satu (1) tangki penyimpanan benzene dengan kapasiti sebanyak 4,400 MT.

4.2 Latarbelakang Projek

Cadangan kilang TBA merupakan lanjutan kepada kilang pemprosesan C4 sediada. Produk

sambingan (Iso-Butylene) dari kilang C4 akan diproses untuk menghasil produk yang lebih

bernilai iaitu TBA. Pada masa kini, Iso-Butylene dijual kepada MTBE dengan harga yang rendah.

Maka, pengeluaran TBA dapat dijustifikasi dari segi ekonomi di mana ia bernilai tinggi dan

mempunyai pasaran yang baik. Rajah RE-3 menunjukkan gambarajah keseluruhan process

yang dikendali oleh TITAN.

Rajah RE-3 – Aliran Proses bagi Kilang Sediada dan Cadangan Kilang TBA

Cracker-1

Cracker-2

Ethylene

Propylene

Naphtha PE 1, 2, 3

PP 1, 2

Mix C4sBD

OCU

C5+ BTX

PolyEthylene

PolyPropylene

Butadiene

Propylene

Iso-Butylene

Benzene

Toulene

TBA

Tert

Butyl

Alcohol

New plant & tank

New tank

New tanks

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-5

4.3 Pemerihalan Proses

Kilang TBA terdiri daripada dua seksyen utama iaitu seksyen reaksi dan seksyen pengasingan

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah RE-4. C4 Raffinate 1 akan diproses di seksyen reaksi

yang mempunyai empat (4) siri unit reaksi (reactor). Proses ini akan hanya menukar iso-butylene

(di dalam C4 Raffinate 1) kepada TBA. Seterusnya, TBA diasingkan dari Butene, Butane dan air

mengikuti takat didih yang berlainan.

4.4 Cadangan Tangki Penyimpanan

Maklumat berkenaan dengan tangki penyimpanan diberikan dalam Jadual RE-1. Tangki

penyimpanan tersebut akan menyambung melalui paip ke jeti di Terminal 3 (Jetty No. DCJ-4 yang

dioperasi oleh Johor Port Berhad) bagi tujuan import-export.

Jadual RE-1 – Spesifikasi Cadangan Tangki Penyimpanan

Kapasiti Diameter Tinggi Bahan Kuantiti Jenis

MT mm mm

Kod

Rekabentuk

Naphtha 2 Floating Roof 25000 48000 22500 API 650

Benzene 1 Cone Roof with

Internal Float 4400 20000 19000 API 650

TBA 1 Cone Roof with

Internal Float 6000 20000 21000 API 650

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-6

Rajah RE-4 – Aliran Proses TBA

IN IN OUT OUT OUT OUT OUT

FEED FEED PRODUCT BY-PRODUCT RECYCLE RECYCLE EFFLUENT STREAM

C4 RAFFINATE 1 (C4 RAFF1)

DEMINERALISED WATER

TERTIARY BUTYL ALCOHOL (TBA)

C4 RAFFINATE 2 (C4 RAFF2)

VENT 1 VENT 2 WASTE WATER

FLOW (MT/hr) 21.9 4.5 13.0 11.6 0.1 1.6 0.15

COMPOSITION (%)

45% IsoButylene

40% Butenes

15% Butanes

100% Water

87% TBA

13% Water

68% Butenes

24% Butanes

8% IsoButylene

45% IsoButylene

40% Butenes

15% Butanes

64% Butenes

24% Butanes

9% IsoButylene

3% Methane

99.8% Water

0.2% TBA

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-7

5.0 PERSEKITARAN SEDIA ADA

5.1 Bentuk Mukabumi, Tanah dan Geologi

Tapak projek adalah tanah lapang yang rata terletak di dalam premis TITAN. Tanah tapak projek

terdiri daripada Red Yellow Latosols dan gley soils di subrecent alluvium. Geologi tapak

merupakan Alluvium of Quartenary Age.

5.2 Hidrologi dan Sistem Saliran

Larian air dari tapak projek disalurkan ke sistem perparitan sediada dan seterusnya disalurkan

ke Sg. Perembi dan Selat Johor.

5.3 Guna Tanah

Di dalam lingkungan 1.0km dari tapak projek, guna tanah adalah terdiri daripada kawasan

industri. Penerima sensitif yang terdekat ialah Taman Mawar yang terletak kira-kira 1100m dari

tapak projek.

5.4 Kualiti Air Sungai

Sampel air dikutip sepanjang Sg Perembi. Analisa menunjukkan BOD dan COD adalah melebihi

had-had NWQS Kelas III.

5.5 Kualiti Air Laut

Keputusan kualiti air laut terkini menunjukkan parameter-parameter seperti TSS, Pb, kuprum dan

E.coli adalah melebihi had-had IMWQS di semua stesen manakala parameter lain adalah di

bawah had-had IMWQS.

5.6 Kualiti Efluen Terawat

TITAN telah menjalankan pemantauan kualiti efluent terawat setiap minggu di loji rawatan efluen

sediada (WWTP-2). Keputusan analisa terkini menunjukkan semua parameter adalah di bawah

had Piawai B, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

5.7 Kualiti Udara

Stesen persampelan kualiti udara telah didirikan di tapak projek. Lima (5) parameter – TSP,

PM10, VOC, SO2 dan NO2 telah dipantau. Keputusan analisa menunjukkan semua parameter

adalah di bawah had piawaian yang dicadangkan oleh Garispanduan Kualiti Udara bagi Malaysia.

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-8

5.8 Kualiti Bunyi

Stesen kualiti bunyi telah didirikan di sempadan tapak projek. Tahap bunyi yang dicatatkan

adalah di bawah paras bunyi yang ditetapkan untuk kawasan perindustrian.

5.9 Persekitaran Ekologi

Tapak projek dan kawasan sekelilingnya telahpun diterokai untuk aktiviti industri, maka isu

berkaitan dengan persekitaran ekologi tidak akan dibincangkan.

5.10 Persekitaran Sosio-Ekonomi

Sebanyak 150 penduduk di Taman Mawar, Taman Air Biru, Kampung Pasir Gudang Baru dan

Taman Bukit Dalila telahpun ditemu ramah. Penerima sensitif yang terdekat adalah Taman

Mawar, kira-kira 1.1km dari tapak projek; Taman Air Biru kira-kira 2km; Kampung Pasir Gudang

Baru kira-kira 2.5km dan Taman Bukit Dalila kira-kira 2 – 2.5km. Keputusan temu ramah seperti

berikut:

• Penduduk melayu adalah majoriti di kawasan kajian, diikuti oleh penduduk India dan cina.

• Umur responden dari 17 ke 74 tahun. Min umur responden ialah 41 tahun.

• Kebanyakan responden mempunyai tahap pengetahuan setakat SPM/SPMV/MCE.

• Kebanyakan responden bekerja di bidang swasta.

• Pendapatan keluarga di antara RM300 dan RM10,000 sebulan.

• Ahli keluarga di antara 1 dan 12. Kebanyakannya 4 – 5 ahli dalam satu keluarga.

• 83 responden adalah penduduk setempat dan 67 responden bukan penduduk setempat.

Bagi responden bukan penduduk setempat, purata hayat pendudukan di kawasan tersebut

sepanjang 16 tahun.

• Dari segi jenis rumah, kebanyakannya duduk di flat (42.0%) atau rumah dua tingkat (387%).

Sebanyak 101 responden (67.3%) memiliki rumah sendiri dan yang lain adalah penyewa.

• Hampir semua responden memperolehi kemudahan asas seperti air dan elektrik.

• Responden berpendapat bahawa kemudahan sosial dari segi ’kesihatan’ dan ’keselamatan’

adalah tidak memuaskan.

6.0 PENILAIAN KESAN DAN LANGKAH-LANGKAH TEBATAN

Tapak projek hanya meliputi kawasan kecil (sebanyak 0.4 ha bagi kilang TBA dan 1.3ha bagi

tangki penyimpanan) dan aktiviti-aktiviti yang terlibat semasa fasa pembinaan adalah kerja

pembinaan minor / pemasangan mesin. Maka, penilaian ke atas kesan alam sekitar ketika fasa

pembinaan adalah tidak ketara. Di antara kesan-kesan yang dijangka akan berlaku semasa fasa

operasi adalah:

• Kualiti air. Efluen terjana dari proses TBA akan disalur ke loji rawatan efluen sediada

(WWTP-2) sebelum discaj ke Sg Perembi. Permodelan kualiti air (QUAL2E) dijalankan untuk

mengkaji kesan-kesan kualiti air disebabkan oleh efluen industri. Keputusan permodelan

menunjukkan efluen terawat yang mematuhi had-had Standard B dijangka tidak akan

memberi kesan pada kualiti air persekitaran.

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-9

• Kualiti udara. Punca pencemaran udara telah dikenalpasti iaitu pelepasan gas dari

penyalaan (flare) melalui sistem penyalaan sediada. Kuantiti penyalaan dari proses TBA

adalah jauh rendah bila berbanding dengan kuantiti penyalaan dari kemudahan TITAN

sediada. Memandangkan inciden penyalaan hanya berlaku seketika bila diperlu, maksimum

kuantiti penyalaan dijangka dari kemudahan sediada.

• Tahap bunyi. Permodelan tahap bunyi menunjukkan bahawa projek cadangan tidak akan

memberi gangguan kepada lot industri bersebelahan.

• Buangan terjadual. Sisa pembuangan terjadual dari cadangan projek adalah terdiri

daripada mangkin terpakai. Kesan negatif adalah tidak ketara dengan cara-cara

pengendalian dan amalan yang betul ke atas sisa pembuangan tersebut.

• Sosio-ekonomi. Walaupun kebanyakan responden tidak menyedari cadangan projek ini,

majoriti responden (82.1%) bersetuju terhadap perlaksanaan cadangan projek.

• Penilaian kesan kesihatan. Pencemar udara di komuniti setempat adalah dijangka di

bawah had-had RMAQG. Risiko kesihatan seperti kronik dan kanser disebabkan oleh

pendedahan benzene di Taman Mawar adalah di tahap yang boleh diterima.

Kesan berpotensi yang ketara serta langkah-langkah yang dicadangkan telah disimpulkan di

dalam jadual yang terpapar di bahagian terakhir ringkasan eksekutif.

7.0 KAJIAN RISIKO KUANTITATIF

Berdasarkan kajian risiko, paras risiko bagi 1 per juta per tahun (1 x 10-6

) dan 10 per juta per

tahun (10 x 10-6

or 1 x 10-5

) adalah di paras yang boleh diterima. Maka projek ini memehuhi

kriteria yang dicadangkan dalam Garispanduan EIA untuk Kajian Risiko, 2004.

8.0 PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Laporan EIA tersebut telah menggariskan rangka asas EMP untuk projek tersebut. Secara

minimum skop EMP perlu merangkumi perkara-perkara yang berikut:

• Penentuan impak utama yang perlu dipantau;

• Merencanakan program pemantauan sebagai sistem pengesanan awal keadaan alam

sekitar;

• Penyediaan format laporan dan perlaksanaan langkah-langkah mitigasi yang sesuai; dan

� Peruntukan tenaga kerja dan pembentukan satu Unit Pengurusan Alam Sekitar.

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-10

9.0 KESIMPULAN

Dengan langkah pencegahan dan perlindungan pencemaran yang mencukupi, kajian EIA ke

atas cadangan projek menunjukkan bahawa ia tidak mendatangkan sebarang kesan buruk yang

ketara ke atas persekitaran setempat, malahan ia memberi manfaat dari segi sosial-ekonomi

memandangkan kesesuaian tapak dan kebolehlaksanaan dari segi ekonomi.

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-11

JADUAL RINGKASAN KESAN BERPOTENSI DAN LANGKAH-LANGKAH TEBATAN SEMASA FASA OPERASI

Kesan

Berpotensi

Aktiviti Projek dan

Punca Pencemaran

Langkah-langkah Tebatan Kesan

Residual

Komen

JAS

Kualiti air

• Efluen perindustrian

• Tumpahan / limpahan bahan

cecair

• Efluen industri perlu dirawat sebelum discaj ke luar tapak. Kilang perlu

diperhentikan sekiranya loji rawatan efluen tidak dapat berfungsi

seperti biasa.

• Efluen perindustrian terawat mesti mematuhi Standard B, Peraturan-

peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

• Penyelenggaraan yang kerap pada loji rawatan dan pemantauan

prestasi mingguan bagi pH, suhu, BOD5, COD, SS dan O&G perlu

dilakukan untuk memastikan operasi sistem rawatan yang optimum.

• Operasi loji rawatan dikendali oleh operator/pekerja yang berwibawa

yang akan mendapat sijil latihan dari JAS Eimas.

• Pembuangan efluen tanpa rawatan adalah dilarang sama sekali.

• Pemantauan efluen yang kerap perlu dilakukan dan keputusan

pemantauan perlu dihantar ke JAS untuk direkodkan.

• Benteng dan permukaan kalis air disediakan di kawasan pemprosesan

TBA.

• Pemeriksaan yang kerap pada pembentangan sediada di Terminal 3.

Tiada

Kualiti udara

• Penyalaan (semasa

kecemasan).

• Pemeriksaan yang kerap pada sistem penyalaan untuk memastikan

operasi yang efisien.

Minor

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-12

Kesan

Berpotensi

Aktiviti Projek dan

Punca Pencemaran

Langkah-langkah Tebatan Kesan

Residual

Komen

JAS

Pencemaran

Bunyi

• Kebisingan operasi kilang.

• Aktiviti pergerakkan

kenderaan.

• Pematuhan mengikuti Planning Guidelines for Environment Noise

Limits and Control.

• Pematuhan mengikuti Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Kilang

dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) 1989.

• Penyelenggaraan yang kerap ke atas jentera dan kenderaan.

Minor

Bahan

Buangan

Terjadual

• Sisa buangan mangkin.

• Penyediaan tempat penyimpanan sementara bagi sisa buangan

terjadual sebelum dikutip oleh kontraktor berlesen.

• Pemberitahuan sisa buangan terjadual kepada JAS.

• Pelabelan sisa buangan terjadual.

• Penyimpanan inventori sisa buangan terjadual.

• Peringatan had penyimpanan sisa buangan terjadual tidak melebihi

20MT dan kurang daripada 180 hari di tapak.

Tiada

DEIA for TBA Plant & TBA, Benzene, Naphtha Storage Tanks, Pasir Gudang

RE-13

Kesan

Berpotensi

Aktiviti Projek dan

Punca Pencemaran

Langkah-langkah Tebatan Kesan

Residual

Komen

JAS

Sosio-ekonomi

• Kesihatan dan keselamatan.

• Utiliti dan kemudahan.

• Gas pelepasan.

• Pihak berkuasa perlu memberi pertimbangan supaya mengurangkan

kemalangan (terutamanya Lebuhraya Pasir Gudang-Johor Bahru)

seperti memperbaiki keadaan jalanraya dan penguatkuasaan

keselamatan jalanraya.

• Pekerja asing perlu didudukkan di tempat sesuai supaya tidak

memberi gangguan kepada penduduk setempat.

• Pengerak projek perlu memastikan tiada asap atau gas toksik

dilepaskan dari tapak yang akan mengancam penduduk.

• Pengerak projek perlu mendirikan kemudahan kesihatan tersendiri

terutamanya kepada pekerja asing.

Tiada

Kesan

kesihatan

• Pendedahan pencemar

udara.

• Kesan kesihatan (non-

carcinogenic)

• Risiko kanser

• Pekerja kilang perlu diberikan perlindungan respirasi seperti topeng

N95.

Tiada