contoh tugasan : tajuk rakan sebaya

38

Click here to load reader

Upload: nazri15

Post on 26-Jun-2015

17.355 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

KERJA KURSUS

PGA 102

PERKEMBANGAN INTRAPERSONAL

DAN

INTERPERSONAL REMAJA

SEMESTER 1

SIDANG AKADEMIK 2012/ 2013

HUBUNGAN RAKAN SEBAYA

NAMA AHLI KUMPULAN : 1) ZULHAKIM BIN BUSTAMI ( 117669 )

2) STEVESON STEWARD ANAK PATRICK ( 117666 )

3) MUHAMAD NAZRI BIN ABDUL KARIM (117630)

PUSAT PENGAJIAN : ILMU PENDIDIKAN

DISEDIAKAN UNTUK : DR. SALMIZA SALEH

PENSYARAH PGA 102 - PERKEMBANGAN

INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL REMAJA

TARIKH HANTAR :10 DISEMBER 2012

Page 2: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpahan

kurnia rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini dapat diselesaikan. Oleh itu, terlebih

dahulu kami ingin merakamkan ucapan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada Dr Salmiza binti Saleh, selaku pensyarah atau penyelaras yang juga merupakan

tutor kami untuk kursus PGA 102 bagi semester satu, sidang akademik 2012/ 2013 kerana

telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, panduan dan kritikan yang membina serta

membetulkan kelemahan kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan

dan usaha beliau yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami, sudah tentu kami tidak

berjaya menyelesaikan tugasan kajian ini.

Tidak lupa juga, terima kasih daun keladi diucapkan kepada rakan - rakan

seperjuangan yang begitu banyak memberi sokongan, kerjasama dan bantuan dalam proses

kami menyiapkan kajian ini baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak ketinggalan

juga, jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada para responden yang sudi bekerjasama

dengan kami dalam mengumpul data – data kajian. Kepada semua ahli keluarga kami, jutaan

terima kasih kami ucapkan kerana sentiasa memberikan dorongan dan semangat yang tidak

terhingga.

Dalam kesempatan ini, kami sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat secara baik langsung mahupun tidak langsung membantu kami

menyiapkan kajian ini. Tanpa kalian, usaha kami ini tidak akan membuahkan hasil yang baik.

Terima kasih semua. Sebelum menutup bicara, kami juga ingin menyusun sepuluh jari,

memohon kemaafan seandainya kami melakukan kesilapan, baik secara sengaja mahupun

tidak sengaja kepada kalian. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah S. W. T, yang buruk

datangnya dari kelemahan kami sebagai insan biasa. Akhir kalam, kami memimpin.

Sekian, terima kasih.

Zulhakim Bin Bustami

Steveson Steward Anak Patrick

Muhamad Nazri Bin Abdul Karim

Page 3: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

SUSUNAN KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN ii

SUSUNAN KANDUNGAN iii

SENARAI GRAF iii

SENARAI LAMPIRAN iii

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 PERSOALAN KAJIAN

4.0 SIGNIFIKAN KAJIAN

5.0 TINJAUAN LITERATUR

6.0 METODOLOGI KAJIAN

7.0 DAPATAN KAJIAN

8.0 KESIMPULAN

9.0 LAMPIRAN

10.0 RUJUKAN

SENARAI GRAF

GRAF BAR 1: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 1

GRAF BAR 2: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 2

GRAF BAR 3: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 3

GRAF BAR 4: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 4

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK

Page 4: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

1.0 PENGENALAN

Rakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling

penting dalam kehidupan seseorang remaja. Lazimnya seseorang remaja akan bergaul

dengan keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di

rumah. Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan

sebaya. Namun, oleh sebab remaja lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa

bersama rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat remaja

yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka.

Menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1987), rakan sebaya boleh di definisikan sebagai

sahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama.

Menurut Saffer (1999) pula, rakan sebaya membawa erti dua atau lebih individu yang

mempunyai aras tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai persefahaman antara

satu sama lain. Menurut beliau lagi, rakan sebaya ini tidak semestinya mempunyai umur

yang sama, asalkan dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara satu sama lain

dari segi minat dan matlamat.

Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertama

adalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16

tahun, peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaitu

peringkat keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebaya

pula, terdapat beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan,

tarikan, minat, kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat

penting kepada seseorang remaja kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model

sosial kepada mereka.

Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting

dalam kehidupan setiap individu terutamanya remaja. Mereka berperanan sebagai

Page 5: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

pengganti keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam

kehidupan seseorang remaja. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai

pemberi sokongan sosial dan ekonomi. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting

dalam kehidupan seseorang remaja, maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan

sebaya sangat kuat kepada seseorang remaja. Terdapat dua jenis pengaruh rakan sebaya

dalam kehidupan seseorang remaja, iaitu pengaruh positif dan pengaruh negatif. Pengaruh

rakan sebaya yang positif dapat membentuk sikap dan keperibadian yang mulia pada diri

seseorang remaja itu, manakala pengaruh yang negatif pula akan menyebabkan seseorang

remaja terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa hadapan remaja

tersebut.

Dalam kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan golongan remaja sebagai subjek

utama kajian kami. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu

melalui kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas sembilan orang responden yang

terdiri daripada mahasiswa tahun pertama, sidang akademik 2012/2013 Universiti Sains

Malaysia.

Page 6: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk:

Mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalam

memilih rakan sebaya.

Mengenal pasti kepentingan rakan sebaya kepada remaja.

Mengenal pasti peranan- peranan rakan sebaya dalam kehidupan seseorang

remaja.

Mengetahui pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja.

3.0 PERSOALAN KAJIAN:

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:

Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalam memilih

rakan sebaya?

Sejauh manakah rakan sebaya penting kepada seseorang remaja?

Sejauh manakah rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan

seseorang remaja?

Apakah pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja?

Page 7: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

4.0 SIGNIFIKAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat dan pengetahuan kepada semua

pihak yang terlibat di dalam kajian ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Antara

signifikan kajian ini adalah:

(1) Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak - pihak tertentu

mengenai hubungan rakan sebaya, iaitu dari aspek faktor- faktor yang mempengaruhi

pemilihan rakan sebaya, kepentingan rakan sebaya, peranan rakan sebaya dan

pengaruh rakan sebaya.

(2) Diharapkan dengan dapatan kajian ini, pihak – pihak yang bertanggungjawab dapat

menggunakannya sebagai sumber rujukan dan maklumat dalam usaha membendung

masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja di negara kita yang

dikatakan berpunca daripada rakan sebaya.

(3) Dengan dapatan kajian ini juga, diharapkan dapat membantu para responden untuk

membuat penilaian kendiri ke atas hubungan mereka dengan rakan sebaya mereka.

Penilaian ini diharap dapat meyakinkan individu tersebut bahawa rakan sebaya

merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang, khasnya golongan

remaja.

(4) Kajian ini juga diharap boleh menjadi satu maklumat dan rujukan bagi individu yang

ingin melakukan penyelidikan mengenai perkara – perkara yang perlu dititikberatkan

dalam perhubungan rakan sebaya.

(5) Menggunakan maklumat yang ada untuk memantapkan program pembimbing rakan

sebaya sebagai satu sistem sokongan sosialdalam kalangan pelajar - pelajar sekolah

berkaitan dengan program remaja di peringkat negeri dan kebangsaan pada masa akan

datang.

Page 8: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Klausmerier et. al (1975), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,

keberanian, kejujuran, kemesraan dan lain-lain, para remaja dipengaruhi oleh pendapat

dan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini

banyak menimbulkan penggeseran di antara para remaja dengan ibu bapa. Para remaja

menganggap ibu bapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru

dengan tingkah laku dan tindak - tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan

identiti diri dianggap sebagai menentang. Kekeliruan ini memburukkan dan akhirnya

menimbulkan masalah. Apabila remaja menemui masalah seperti ini, dia memerlukan

seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadang - kala

mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan

sebaya mereka.

Segala aktiviti remaja dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Menurut Mustafa Fahmi

(1971), beliau menyatakan remaja cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang mana

ia berada di dalamnya. Remaja di peringkat awalan ini akan bersungguh – sungguh

mencuba bertingkah laku seperti tingkah laku kumpulannya. Remaja ini juga akan

melakukan atau membuat apa - apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya.

Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan

sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan

disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya adalah sangat

penting. Dalam hal ini , siapakah yang patut menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi

pilihan? Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenal pasti rakan-rakan yang berakhlak mulia

(Osman Ayub, 1990). Melalui rakan-rakannya yang positif ini, akan wujudlah model -

model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat. Di Malaysia, program

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan sebaya dimanfaatkan

untuk membaiki disiplin dalam kalangan pelajar.

Page 9: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

Dalam aspek pengaruh rakan sebaya dapatan kajian lepas menunjukkan pelajar

menghisap rokok secara berkumpulan atau bersama rakan. Pelajar juga menganggap

peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu

dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturan

tertentu dan setiap ahli kumpulan hendaklah mematuhinya. Hal ini mula menimbulkan

masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan

dipukul, mereka akan membalas secara berkumpulan (Dewan Masyarakat, April 1995).

Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkat

nasional yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada

tahun 1993 yang menunjukkan punca salah laku dalam kalangan pelajar adalah

disebabkan oleh faktor diri, keluarga, persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah.

Sebagai contoh, kajian tersebut mendapati pada tahun 1993 kira-kira 81.03 peratus

melakukan kerana faktor kekeluargaan 4.10 peratus kerana pengaruh rakan sebaya dan

1.24 peratus kerana faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April 1995).

Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalam

sesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawan

yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan

cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan

mereka juga akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak

langsung minat seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam

mata pelajaran dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing

mereka ke arah yang diinginkan. Sejauh mana seorang pelajar bergantung kepada rakan

sebaya adalah dilihat kepada pengaruh tarikan yang ada pada diri individu itu. Apabila

pelajar itu sudah yakin pada rakan pilihannya, hubungan antara kedua - duanya akan

menjadi bertambah erat dan apa - apa yang dilakukan oleh rakannya, maka dia juga akan

turut melakukannya juga.

Habibah (1997) menyatakan rakan sebaya ialah mereka yang tergolong dalam

kumpulan sama dan mempunyai persamaan dari minat, nilai dan aktiviti yang dilakukan

Page 10: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

oleh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting dalam pencapaian akademik

remaja. Mereka boleh mempengaruhi pelajar dari segi nilai dan sikap lebih daripada ibu

bapa, sekolah, institusi agama dan kumpulan sosial yang lain.

Remaja menghabiskan masa mereka dengan pelbagai cara. Dalam kajian yang

dijalankan oleh Larson (1984) dalam Habibah (1997), didapati remaja menghabiskan

kurang satu pertiga daripada masa mereka dalam aktiviti produktif seperti belajar, kerja

sekolah dan kerja sambilan. Kurang daripada satu pertiga lagi daripada masa mereka

dihabiskan untuk kegiatan masa lapang seperti bergaul dengan kawan-kawan, sukan,

permainan, menonton televisyen, mendengar muzik, berehat dan memberi tumpuan

kepada hobi. Kira - kira 16 peratus daripada mereka juga dikelaskan kepada pergaulan

sementara iaitu mereka menghabiskan satu pertiga dari masa mereka berjaga bersama -

sama kawan sebaya sama ada di sekolah mahupun luar sekolah. Remaja juga didapati

berasa paling seronok apabila bersama-sama rakan sebaya.

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun

kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid:

1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia

adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi

daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat

mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang

mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang

mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones &

Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh

rakan sebaya (Brown, 1990). Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentang

kecenderungan menurut seseorang remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderungan

rakan sebaya paling tinggi pada umur 14 hingga 15 tahun. Malah konflik dengan ibu

bapa paling banyak berlaku pada tahap ini. Ini kerana kecenderungan menurut tingkah

laku anti sosial paling tinggi pada umur ini. Remaja lebih cenderung menurut pengaruh

rakan sebaya kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh

ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri.

Page 11: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997); Muhd. Mansur dan Siti

Nordinar (1988), remaja merupakan zaman peralihan dalam pusingan hidup seseorang.

Banyak perubahan yang berlaku pada zaman ini, sama ada dari segi fizikal atau emosi.

Keremajaan merupakan satu jangka masa yang mencabar dalam perkembangan

seseorang. Rogers (1972) membahagikan masa remaja kepada tiga peringkat iaitu awal

remaja (12 – 15 tahun), pertengahan remaja (15 – 18 tahun) dan akhir remaja (18 – 22

tahun). Namun begitu, umur akhir remaja masih dipertikaikan lagi kerana terdapat

perbezaan budaya dan negara yang membezakan peringkat akhir remaja.

Seltzer dan Waterman (1996) menjelaskan pada awal remaja, mereka mula mencari

identiti sendiri. Rujukan utama mereka tentang tingkah laku, identiti dan masa depan

ialah kumpulan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah tempat melafazkan fikiran dan

emosi. Pada zaman remaja juga, wujud Peership iaitu persahabatan yang unik kepada

remaja. Rakan sebaya berumur lebih kurang sama dengan remaja tersebut. Rakan sebaya

bagi remaja terdiri daripada rakan persekolahan, rakan yang tinggal di kawasan

perumahan yang sama, rakan-rakan dalam aktiviti riadah dan sukan yang sama. Wujud

kumpulan rujukan psikologikal remaja apabila remaja memerlukan pemisahan dari

kongkongan ibu bapa untuk menjadi dewasa. Mereka lebih bergantung kepada rakan

sebaya. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya dan tingkah laku dan

aspirasi.

Page 12: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Ketika menjalankan kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah kajian

untuk mengumpulkan data-data kajian dan maklumat yang berkaitan hubungan rakan sebaya.

Kaedah kajian yang digunakan oleh kumpulan kami terdiri daripada:

6.1 Instrumen

Pertamanya, instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal

selidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi

mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula

berpendapat, penggunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia

disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai.

Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan.

Dengan menggunakan soal selidik juga responden tidak perlu menulis nama dan ini

memungkinkan mereka menjawab dengan jujur (Cockburn, 1996). Selain itu, penggunaan

soal selidik adalah lebih sesuai kerana ia lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan

perbelanjaan. Pembinaan soal selidik ini telah dilakukan berdasarkan beberapa andaian yang

telah dicadangkan oleh Wolf (1988) iaitu:

Page 13: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

i) Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidik

ii) Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi

untuk menjawab item-item dalam soal selidik

iii) Responden menjawab soal selidik secara sukarela dan ikhlas

Kumpulan kami membuat soal selidiknya sendiri di samping mendapat tunjuk ajar

daripada pensyarah bimbingan. Soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu

Bahagian 1 dan Bahagian 2 sebagaimana diterangkan di bawah ini:

Bahagian 1: Mengumpul maklumat mengenai butiran peribadi responden iaitu jantina,

bangsa dan umur. Responden dikehendaki mengisi tempat kosong yang

disediakan.

Bahagian 2: Bahagian ini terdiri daripada empat aspek, iaitu Aspek 1: Faktor- faktor

yang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya, Aspek 2: Kepentingan

rakan sebaya, Aspek 3: Peranan rakan sebaya, dan Aspek 4: Pengaruh

rakan sebaya.

Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada sembilan orang responden

yang terdiri daripada mahasiswa tahun pertama Universiti Sains Malaysia. Demi

mendapatkan data kajian yang lengkap dan menyeluruh, kami memilih responden-responden

daripada pelajar – pelajar yang mengikuti kursus pengajian yang berbeza iaitu Sastera dengan

Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kaji Hayat, Geofizik dan Teknologi Industri. Selain

itu, mereka juga dipilih berdasarkan kriteria jantina, umur, bangsa dan agama yang berbeza.

Rasional kumpulan kami menjadikan mahasiswa tahun pertama sebagai subjek kajian ialah

mereka tergolong dalam tahap remaja ketiga, iaitu tahap akhir remaja ( Steinberg, 1999) dan

mereka amat sesuai kerana mereka berada dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu bakal

menamatkan zaman remaja dan mula memasuki alam dewasa. Maka, merekalah subjek yang

paling sesuai kerana mereka memahami golongan remaja, dan dalam masa yang sama,

mereka bakal menjadi golongan dewasa.

Page 14: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

6.2 Pemerhatian

Seterusnya, kami juga turut menggunakan kaedah pemerhatian untuk memperoleh

data-data dan maklumat kajian. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap mahasiswa

Universiti Sains Malaysia. Pemerhatian yang dilakukan adalah terhadap aspek pergaulan dan

tingkah laku mahasiswa dalam perhubungan dengan rakan sebaya.

6.3 Sumber Internet

Internet juga menjadi salah satu kaedah dalam mengumpul data-data dan maklumat

berkaitan hubungan rakan sebaya. Melalui rujukan internet, kami memperoleh maklumat

berkaitan kajian-kajian lepas dan isu - isu semasa berkaitan tajuk ini.

6.4 Sumber Buku

Akhir sekali, kaedah yang digunakan oleh kami adalah dengan membuat rujukan di

perpustakaan. Kami mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukan

oleh kami.

Page 15: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

7.0 DAPATAN KAJIAN

Graf Bar 1: Analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang mempengaruhi

pemilihan rakan sebaya.

Graf bar 1 di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang

mempengaruhi pemilihan rakan sebaya. Demi mencapai objektif kajian, sebanyak tujuh

soalan telah dirangka untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan

rakan sebaya.

Soalan 1: Anda sering menitikberatkan faktor tarikan (personaliti atau paras rupa) dalam

pemilihan rakan sebaya?

Menurut Azizi (2006), faktor luaran seperti faktor penampilan diri yang menarik

menjadi salah satu aspek yang diambil kira oleh seseorang dalam pemilihan rakan sebaya.

Menurut beliau lagi, seseorang individu tertarik kepada individu lain yang memiliki fizikal

yang menarik kerana adanya andaian bahawa yang cantik adalah baik, aktif , tegas, dan

sebagainya. Merujuk kepada data kajian yang diperoleh bagi soalan pertama, didapati hanya

Page 16: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

2 orang responden yang bersetuju bahawa faktor tarikan menjadi aspek penting dalam

pemilihan rakan sebaya mereka manakala 7 orang responden yang lain menyatakan

ketidaksetujuan mereka. Majoriti berpendapat bahawa paras rupa dan personaliti bukanlah

satu faktor yang penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini bermakna, tidak semua

remaja memilih rakan sebaya yang hanya mempunyai tarikan.

Soalan 2: Anda hanya akan memilih individu yang berkongsi minat yang sama dengan

anda sebagai rakan sebaya anda?

Azizi (2006) mengatakan faktor kedekatan atau proximity juga mempengaruhi

seseorang remaja dalam pemilihan rakan sebaya. Seseorang individu akan lebih tertarik

untuk mengenali seseorang individu lain yang berada dekat dengannya (Festinger, 1950).

Kedekatan di sini bermaksud wujudnya perkara yang menjadi dua indivdu tersebut menjadi

lebih dekat. Antaranya adalah persamaan dari segi minat. Remaja biasanya akan memilih

rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap, minat dan identiti dengan

mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Bagi soalan kedua pula,

data soal selidik menunjukkan hanya 3 orang responden bersetuju dengan soalan tersebut,

iaitu mereka hanya memilih rakan sebaya yang hanya dari kalangan individu yang berkongsi

minat dengan mereka. 6 orang responden yang lain tidak bersetuju bahawa minat merupakan

salah satu faktor dalam pemilihan rakan sebaya mereka. Mereka lebih terbuka dalam

pemilihan rakan sebaya. Mereka tidak kisah untuk berkawan dengan rakan sebaya mereka

yang mempunyai minat dan hobi yang berbeza.

Soalan 3: Anda menjadikan faktor usia sebagai kriteria utama untuk anda memilih rakan

sebaya?

Bagi soalan ini, seramai 4 orang responden menyatakan persetujuan mereka bahawa

usia merupakan salah satu kriteria utama dalam pemilihan rakan sebaya manakala selebihnya

tidak bersetuju tentang soalan berkenaan. Majoriti daripada responden mengatakan usia

bukanlah faktor penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kehidupan di

luar membuatkan remaja perlu lebih bersosial dan berkawan dengan segenap lapisan umur.

Sebagai contoh, kehidupan di universiti yang penuh cabaran dan dugaan membuat seseorang

remaja terpaksa berkawan dengan semua orang tanpa mengira usia untuk meneruskan

kehidupan di universiti. Maka melalui data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini, kami

Page 17: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

dapat menyimpulkan bahawa faktor usia bukanlah faktor yang penting dalam pemilihan

rakan sebaya.

Soalan 4: Anda hanya memilih rakan sebaya dari kalangan pelajar yang mempunyai

tingkah laku dan pencapaian yang baik di sekolah/ universiti?

Para responden menunjukkan respons positif bagi soalan ini apabila semua mereka

bersetuju bahawa rakan sebaya mereka terdiri daripada golongan yang baik daripada segi

tingkah laku dan pencapaian akademik seseorang itu. Rakan sebaya merupakan cermin

kepada diri remaja itu sendiri. Jika mereka memilih rakan sebaya yang mempunyai masalah

dalam akhlaknya, peratusan mereka untuk terpengaruh dengan pengaruh negatif rakan sebaya

mereka adalah tinggi. Pencapaian akademik yang baik juga menjadi faktor penting dalam

pemilihan rakan sebaya. Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang dalam mata

pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika

mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan mendapat kegagalan dalam

mata pelajaran (Kamarudin, 1989).

Page 18: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

Graf Bar 2: Analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya kepada

remaja.

Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan

sebaya kepada remaja. Sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh

mana kepentingan rakan sebaya kepada remaja.

Soalan 1: Adakah anda mempunyai rakan sebaya?

Berdasarkan analisis data soalan soal selidik bagi soalan satu, kumpulan pengkaji

mendapati bahawa semua responden mengatakan mereka mempunyai rakan sebaya. Analisis

data soalan kaji selidik yang positif ini menunjukkan betapa pentingnya rakan sebaya dan

rakan sebaya merupakan suatu keperluan kepada seseorang remaja.

Soalan 2: Anda lebih selesa berbincangkan atau berceritakan masalah anda dengan rakan

anda berbanding dengan ibu bapa anda.

Bagi soalan dua, kumpulan pengkaji mendapati bahawa hanya tujuh orang responden

mengatakan persetujuan mereka, manakala selebihnya mengatakan ketidaksetujuan mereka.

Data ini menunjukkan golongan remaja lebih cenderung untuk berkongsi masalah mereka

dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa

Page 19: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

kebanyakan remaja mempunyai darjah intimasi yang lebih tinggi dengan rakan sebaya

berbanding ibu bapa. Hal ini mungkin disebabkan oleh pendapat sesetengah remaja yang

menganggap rakan sebaya mereka lebih memahami diri mereka. Keadaan ini mungkin wujud

kesan berlakunya perbezaan pemahaman dan pengalaman antara remaja dengan ibu bapa

mereka. Perbezaan ini dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi merupakan salah

satu punca konflik antara remaja dan ibu bapa. Ia adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai,

sikap dan tingkah laku antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu

bapa sering memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan

peraturan mereka padahal mereka mengetahui bahawa remaja pada zaman ini berbeza dengan

remaja pada zaman mereka. Oleh hal yang sedemikian, remaja lebih selesa berkongsi

masalah mereka dengan rakan sebaya (Klausmerier et. Al, 1975) kerana mereka tidak terbatas

oleh jurang generasi dan rakan sebaya mereka lebih memahami masalah mereka berbanding

dengan ibu bapa. Selain itu, hal ini mungkin disebabkan oleh remaja lebih banyak

menghabiskan masa dengan ibu bapa berbanding dengan ibu bapa.

Soalan 3: Anda kadang – kala pernah cuba meniru tingkah laku, personaliti atau fesyen

yang dimiliki oleh rakan sebaya anda.

Berdasarkan analisis data soal selidik bagi soalan tiga, kumpulan pengkaji mendapati

hanya lima orang responden mengatakan persetujuan mereka. Empat orang responden yang

lain menyatakan ketidaksetujuan mereka. Hartup (1983) mengatakan biasanya remaja gemar

meniru tingkah laku rakannya yang popular dan sudah membentuk hubungan rapat

dengannya. Keadaan ini seolah – olah rakan sebaya memberitahu cara mereka perlu

bertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam

meniru gaya dan tingkah laku dan aspirasi (Seltzer dan Waterman, 1996). Teori pembelajaran

sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama

yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja adalah melalui pemerhatian terhadap

tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Oleh sebab remaja

menghabiskan masa yang lebih banyak bersama rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa

mereka, tidak hairanlah mereka menjadikan rakan sebaya sebagai suri teladan. Jadi secara

tidak langsung, jika tingkah laku negatif ditunjukkan oleh rakan sebaya mereka, maka itulah

yang akan menjadi ikutan remaja.

Page 20: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

Graf bar 3: Analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebaya

Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebaya.

Sebanyak enam soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana peranan rakan

sebaya kepada remaja.

Soalan 1: Anda lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya berbanding

keluarga anda?

Seramai empat orang responden bersetuju bahawa masa mereka lebih banyak

dihabiskan bersama dengan rakan sebaya, manakala lima orang lagi tidak bersetuju bahawa

masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan rakan sebaya. Hal ini mungkin disebabkan

terdapat beberapa responden kami merupakan pelajar yang berasal daripada kawasan yang

berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia. Jadi, mereka kerap pulang dan menghabiskan

masa bersama keluarga mereka. Hal ini berbeza pula dengan responden yang berasal dari

tempat yang jauh dari Universiti Sains Malaysia seperti dari Sabah dan Sarawak, mereka

lebih kerap menghabiskan masa dengan rakan sebaya kerana mereka tidak berkemampuaan

untuk selalu pulang ke negeri masing- masing. Keadaan ini lazimnya berlaku pada zaman

remaja yang membuatkan remaja terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana faktor – faktor

seperti melanjutkan pelajaran, bekerja, dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah

Page 21: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

menyebabkan tempoh masa remaja dan keluarga semakin kurang dan tempoh masa remaja

dengan rakan sebaya mereka lebih lama. Walau bagaimanapun, menurut Larson & Richards

(1994), ibu bapa kekal sebagai orang yang penting dalam kehidupan remaja, tetapi tahap

kemesraan & closeness antara ibu bapa dengan anak remaja selalunya menurun semasa

remaja.

Soalan 3: Anda sering merujuk rakan sebaya anda untuk melakukan sesuatu perkara atau

keputusan?

Berdasarkan data yang kami perolehi, seramai lima orang responden bersetuju

bahawa rakan sebaya merupakan tempat untuk rujukan mereka apabila ingin melakukan

sesuatu perkara atau keputusan manakala empat orang responden yang tidak bersetuju

dengan pernyataan tersebut. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan remaja. Sebagai pengganti keluarga, rakan sebaya dijadikan tempat untuk

meluahkan sesuatu.

Soalan 4: Rakan sebaya ialah tempat untuk anda mencari identiti anda?

Pada awal remaja, mereka mula mencari identiti sendiri. Rujukan utama mereka

tentang tingkah laku ialah kumpulan rakan sebaya. Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-

rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar

satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya.

Berdasarkan kepada data yang diperolehi bagi soalan empat, didapati seramai enam orang

responden memilih bersetuju bahawa rakan sebaya berperanan sebagai tempat mencari

identiti seseorang remaja, manakala hanya tiga orang responden yang tidak bersetuju. Hal ini

bertepatan dengan kajian lepas oleh Seltzer dan Waterman (1996). Hal ini kerana, remaja

akan mengambil segala contoh yang baik dan popular yang ada pada rakan untuk ditiru dan

dijadikan sebagai identiti.

Soalan 5: Rakan sebaya sebagai tempat meluahkan perasaan dan mengadu masalah?

Berdasarkan graf, seramai enam orang responden bersetuju bahawa

rakan sebaya merupakan tempat mereka meluahkan perasaan dan mengadu

masalah. Selebihnya tidak bersetuju mengenainya. Hal ini kerana, semua

Page 22: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

responden merupakan golongan mahasiswa yang tinggal di asrama.

Hubungan mereka lebih rapat dengan rakan sebaya. Kehidupan harian

mereka dihabiskan bersama-sama dengan rakan sebaya. Menurut Pakar

Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara

kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran.

Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan

memperbesar kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih selesa

menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka

kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang

lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya dianggap lebih memahami sikap

dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin

membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang

dewasa.

Soalan 6: Rakan sebaya boleh diharapkan sebagai pengganti keluarga?

Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan

pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah (Akers,

Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995).

Page 23: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

Graf bar 4: Analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya.

Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya.

Sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana pengaruh rakan

sebaya kepada remaja.

Soalan 1: Anda sering mengajak rakan sebaya anda melakukan perkara-perkara negatif

seperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya?

Menurut Azizah binti Lebai Nordin (2002), pengaruh rakan sebaya adalah antara

faktor yang membawa gejala sosial dalam kalangan remaja. Beliau menjelaskan ajakan dan

pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku

tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas

keluarga. Data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini menunjukkan respons yang positif

apabila semua responden tidak bersetuju bahawa mereka sering mengajak rakan sebaya anda

melakukan perkara-perkara negatif seperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya.

Hal ini mungkin disebabkan para responden terdiri daripada pelajar yang tinggi

Page 24: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

pencapaiannya dan ini mengurangkan penglibatan mereka dalam gejala sosial. Respons ini

disokong oleh Azizah binti Lebai Nordin (2002) apabila beliau mengatakan pelajar yang

pencapaiannya tinggi kurang melibatkan diri dalam gejala sosial berbanding dengan pelajar

daripada pencapaian sederhana dan rendah.

Soalan 2: Rakan sebaya anda sering mengajak anda belajar bersama?

Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalam

sesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawan

yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang

dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga

akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak langsung minat

seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam mata pelajaran

dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing mereka ke arah yang

diinginkan. Berdasarkan data soal yang diperolehi, lapan orang daripada sembilan orang

responden bersetuju dengan pernyataan ini. Keadaan ini menunjukkan bahawa rakan sebaya

juga boleh membawa pengaruh positif kepada seseorang individu.

Soalan 4: Rakan sebaya anda membantu anda meningkatkan kemahiran insaniah

(soft skill) anda?

Antara faktor berlakunya pengangguran di kalangan graduan institusi pengajian tinggi

adalah kurangnya penguasaan kemahiran insaniah (Mohd Zaki Kamsah, 2004 dan Hasliza

Hassan, 2002). Antara cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran insaniah adalah

melalui peranan rakan sebaya. Misalnya, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian

masalah dapat diterapkan melalui pembelajaran koperatif kerana tugasan kumpulan yang

diberikan oleh pensyarah adalah lebih mencabar berbanding tugasan secara individu.

Keadaan ini memerlukan pelajar untuk berdiskusi dan berbincang dengan rakan sekumpulan

bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan kemahiran

pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kepada pelajar. Bagi soalan ini, kami mendapati

hanya seorang responden yang menyatakan ketidaksetujuannya terhadap pernyataan ini.

Soalan 6: Pernahkah anda menolak ajakan rakan anda yang mengajak anda melakukan

Page 25: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

perbuatan negatif ?

Kami mendapati data yang diperolehi bagi soalan ini ialah lapan orang daripada sembilan

orang responden bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan remaja berani untuk

menolak ajakan negatif daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, dapatan ini jugak

menunjukkan bahawa remaja sudah boleh menilai baik buruk sesuatu tindakan yang akan

dilakukan.

8.0 KESIMPULAN

Page 26: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

9.0 LAMPIRAN

Page 27: Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

10.0 RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph.D,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) h. 36.

Dewan Masyarakat (1995). Tingkah Laku Delinkuen. 9 –12.

Nota Kuliah PGA 102 – Interpersonal dan Intrapersonal Remaja

Mohd Zaki Kamsah (2004). “Developing Generic Skills in Classroom Environment: Engineering Students’ Perspective.” : Conference On Engineering Education (CEE 2004), 14-15 December 2004, Kuala Lumpur.

Hasliza Hassan, (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini”. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti Teknologi Malaysia: Bangi.