4088771 program pembimbing rakan sebaya

Upload: clarence-anthonius

Post on 08-Mar-2016

73 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

program prs

TRANSCRIPT

  • Program Pembimbing Rakan Sebaya

    Disampaikan oleh Clarence Bin AnthoniusSk St Mary (M) Papar

    KLIK DI SINI

  • PENGENALANPembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.

  • PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYABersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

  • FALSAFAH

    BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

  • VISI

    Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

  • MISI

    Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

  • MATLAMAT

    Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

  • PERANAN PRSMenjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.

  • PERANAN PRSSebagai Role Model kepada pelajar lain. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.

    Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

    Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.

    Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh di atasi.

  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.

    Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.

    Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

    PERANAN PRS

  • ETIKA PRSMelapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

    ETIKA PRS

    Amanah dan menyimpan rahsia.

    Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.

    Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspekTahu batasan dan keupayaan diri.

    Menerima dan menghormati rakan dan orang lainMematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

    ETIKA PRS

  • PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRSPerkara yang boleh

    Pemudah cara dalam keadaan terbuka,penuh kepercayaan rasa selesa dan empati.Menerima rakan dengan terbuka.Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.Mematuhi kerahsiaan.Menyedari bukan semua masalah boleh diatasiPerkara yang tidak boleh

    Mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.Memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian untuk diikuti.Menyelamatkan rakan denmgan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.Bercerita dengan orang lain.

  • PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRSPerkara yang boleh

    Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa seharian.Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalamannya.Merujuk kes-kes yang berat kepada guru bimbingan dan menjadi jambatan kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru BK atau orang yang lebih arif.Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.Memberatkan kesajahteraan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu.

    Perkara yang tidak boleh

    Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam.Bertindak menyelesaikan masalah rakan.Menghadapi sendiri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.

  • RUKUNEGARAKepercayaan kepada tuhanKesetiaan kepada raja dan negaraKeluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undangKesopanan dan kesusilaan

  • PENGHARGAANZuraidah binti Ab. Rahman (Pengasas Program PRS Malaysia)Kementerian Pelajaran MalaysiaJabatan Pendidikan Negeri.Pejabat Pendidikan Daerah.

  • X

  • ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENGBUNYINYA KLING KLING KLINGDITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING