persepsi murid lelaki terhadap mata · pdf filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui...

25
PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA PELAJARAN PILIHAN II EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK HARIAN BIASA ABD KAHAR BIN KASBI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongtu

Post on 03-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA PELAJARAN PILIHAN II

EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)

DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK HARIAN BIASA

ABD KAHAR BIN KASBI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus
Page 3: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus
Page 4: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

i

PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA PELAJARAN PILIHAN II

EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)

DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK HARIAN BIASA

ABD KAHAR BIN KASBI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan Kemahiran Hidup.

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknogi Malaysia

Februari, 2004

Page 5: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus
Page 6: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

iii

DEDIKASI

Khas Untuk

Ayahandaku Haji Kasbi bin Mardimin

Bondaku Hajjah Kastamah binti Haji Ridzuan

Segala pengorbanan serta doa dan harapan kalian tidakku persiakan

Juga Untuk

Isteriku Suraiya binti Haji Ashaary

Yang banyak memberi inspirasi ketika aku menyiapkan kajian ini

Pengorbananmu akan kuabadikan.

Buat Untuk

Rakan-rakan seperjuanganku

Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan

Semoga Allah membalasnya jua.

Page 7: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia

dan hidayah-Nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia saya Puan Sanitah binti Yusof di atas bimbingan,

tunjuk ajar serta teguran yang membina sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.

Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat di atas

kerjasama yang diberikan iaitu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor melalui

Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian melalui Unit Teknologi

dan Vokasional, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, 81500

Pekan Nanas, Johor dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Jalan

Parit Ismail, 82200 Benut, Pontian, Johor amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi

Malaysia yang telah banyak berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan sebagai

bekalan saya di masa hadapan. Akhirnya jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung membantu dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah

S.W.T. membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

Page 8: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

v

ABSTRAK

Senario penglibatan murid dalam Mata Pelajaran Pilihan II Ekonomi Rumah

Tangga lebih cenderung kepada golongan murid perempuan berbanding murid lelaki

telah menarik perhatian penyelidik untuk melihat persepsi minat murid lelaki

terhadap Mata Pelajaran Pilihan II Ekonomi Rumah Tangga. Kajian ini dilakukan

berdasarkan lima faktor yang mempengaruhi minat murid lelaki iaitu input

pengajaran guru, pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, kemudahan fizikal Makmal

Ekonomi Rumah Tangga dan kesedaran minat murid lelaki itu sendiri. Seramai 84

orang murid lelaki dari dua buah sekolah akademik harian biasa di daerah Pontian

yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian berdasarkan

kaedah penyelidikan deskriptif, manakala instrumen kajian yang digunakan untuk

mengumpul data mengenai minat murid lelaki merupakan satu set soal selidik

dengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. Dapatan kajian

menunjukkan tahap minat murid lelaki setelah mengikuti Mata Pelajaran Ekonomi

Rumah Tangga selama dua tahun berada pada kedudukan sederhana. Namun begitu,

usaha perlu dilakukan dengan memberi penekanan kepada kesungguhan guru dalam

memperkayakan metadologi pengajaran yang variasi serta kepekaan institusi

keluarga terhadap pemupukan minat murid lelaki. Seterusnya beberapa cadangan

dikemukakan dengan harapan untuk meningkatkan minat murid lelaki terhadap Mata

Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.

Page 9: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

vi

ABSTRACT

The scenario of students involvement in Elective subject II, ERT is more

focus on female students compared to male students has attracted the researcher to

make a study on the perception of boys’ on this subject. This research has been

conducted based on five factors that influenced boys’ interest such as input from

teachers, parental influence, peers factor, physical facilities of the ERT lab and the

awareness of the student’s interest. About 84 male students from two daily schools

in Pontian District are involved as the respondent in this study. This research is

based descriptive method and a set of questionaire using Likert level scale of

questions has been used to collect data on boys’ interest. The finding of this study

shows the level of boys’ interest in ERT after two years is average. However, effort

must be done with the emphasize on teachers determination in enrichment of

variation in teaching methodology and the awareness of family institution on

students’ interest. Several suggestions have been given to enhance the boys interest

on ERT.

Page 10: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 11: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah Kajian 9

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Minat 9

1.8.3 Murid 9

1.8.4 Guru 10

1.8.5 Rakan Sebaya 10

1.8.6 Kemudahan Fizikal 10

1.8.7 Makmal ERT 11

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pengaruh Minat Murid 14

Itu Sendiri

2.3 Pengaruh Daripada Input Guru

Di Sekolah 15

2.4 Pengaruh Daripada Ibu Bapa 17

2.5 Pengaruh Rakan Sebaya 19

2.6 Kemudahan Fizikal Makmal ERT 20

Page 12: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

ix

BAHAGIAN TIGA

METADOLOGI

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Sampel dan Populasi Kajian 23

3.4 Tempat Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 24

3.5.1 Bahagian A 25

3.5.2 Bahagian B 26

3.6 Prosedur Kajian 27

3.7 Kajian Rintis 27

3.7.1 Kesahan Soal Selidik 28

3.8 Analisis Data 28

3.9.1 Analisa Akhir dan Klasifikasi

Semula 29

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2.1 Analisis Data Bahagian A

(Latar Belakang Responden) 31

4.3 Ulasan Analisis Bahagian A 34

4.4 Analisis Data Bahagian B 35

4.4.1 Tahap Minat Murid Lelaki

Terhadap Mata Pelajaran ERT 35

Page 13: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

x

4.4.2 Meninjau Minat Murid Lelaki

Terhadap Mata Pelajaran

Pilihan II ERT Berdasarkan

Input Daripada Pengajaran

Guru Di Sekolah 38

4.4.3 Peranan Ibu Bapa Dalam

Menimbulkan Minat Murid

Lelaki Terhadap Mata

Pelajaran Pilihan II ERT 41

4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam

Menimbulkan Minat Murid

Lelaki Terhadap Mata Pelajaran

Pilihan II ERT 43

4.4.5 Peranan Kemudahan Fizikal

ERT Dalam Mempengaruhi

Minat Murid Lelaki Terhadap

Mata Pelajaran Pilihan II ERT 45

4.5 Kesimpulan Analisis Data 47

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Perbincangan 49

5.2.1 Profil Responden 50

5.2.2 Persoalan Kajian 1 50

5.2.3 Persoalan Kajian 2 51

5.2.4 Persoalan Kajian 3 53

5.2.5 Persoalan Kajian 4 54

Page 14: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

xi

5.2.6 Persoalan Kajian 5 55

5.3 Rumusan 56

5.4 Cadangan 57

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58

Rujukan 59-64

BAHAGIAN ENAM

LAMPIRAN

LAMPIRAN A-I 65-78

Page 15: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kandungan Teras dan Pilihan Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu 2

1.2 Kandungan Mata Pelajaran Teras ERT KHB 3

1.3 Kandungan Mata Pelajaran Pilihan II

ERT KHB 3

3.1 Jumlah Sampel Kajian Murid Lelaki Yang

Mengambil Mata Pelajaran Pilihan II ERT 24

3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 26

3.3 Markat Skala Likert 5 Mata 26

3.4 Skala Pemeringkatan 29

3.5 Penilaian Terhadap Analisis Kajian 29

4.1 Taburan Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Bangsa 32

4.2 Taburan Bilangan dan Peratus Responden

Berkemahiran Bahasa Melayu Dalam

Pertuturan Dan Penulisan 32

4.3 Taburan Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Umur 33

4.4 Taburan Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Pekerjaan Ibu bapa 33

4.5 Taburan Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Komponen ERT Yang Paling Disukai 34

4.6 Taburan Bilangan, Pertusan Dan Min Bagi

Faktor Minat Murid Itu Sendiri 35

Page 16: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

xiii

4.7 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Faktor Input Pengajaran Guru 38

4.8 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Peranan Ibu Bapa Dalam Menimbulkan Minat

Murid Lelaki Terhadap Mata Pelajaran

Pilihan II ERT 41

4.9 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Menimbulkan

Minat Murid Lelaki Terhadap Mata Pelajaran

Pilihan II ERT 43

4.10 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Faktor Kemudahan Fizikal Makmal ERT 45

4.11 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Lima

Persoalan Kajian Mengikut Min 47

Page 17: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN ISTILAH

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

SRT - Sains Rumah Tangga

ABM - Alat Bantu Mengajar

Page 18: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 65

B Data Kajian Rintis 71

C Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 72

D Surat Kebenaran Daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 73

E Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan

Johor, Unit Pendidikan Khas 74

F Surat Pengesahan Daripada Pejabat Pendidikan

Daerah Pontian, Unit Teknologi dan

Vokasional 75

G Surat Kebenaran Daripada Sekolah Menengah

Kebangsaan Pekan Nanas, Pekan Nanas, Johor 76

H Surat Kebenaran Daripada Sekolah Menengah

Kebangsaan Sri Tanjung, Benut, Pontian, Johor 77

I Berita Harian 4 hb Ogos 2003 78

Page 19: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara menjurus ke arah melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Insan yang

sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi

sumbangan terhadap kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dibentuk

sebagai kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan

menitikberatkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, peningkatan daya

intelek, penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan

dan penggunaan Bahasa Melayu serta kesepaduan pengalaman pembelajaran.

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu Mata Pelajaran

teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang digubal selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara. Mata Pelajaran ini dirancang ke arah meningkatkan

daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif,

kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang berkemahiran dalam

bidang teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Page 20: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

2

Melalui Mata Pelajaran KHB murid diterapkan dengan pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran praktis, penanaman semangat keusahawanan dan daya

mereka cipta. Mata Pelajaran ini juga membekalkan murid dengan kemahiran asas

bagi membolehkan mereka bertindak serta dapat mengendalikan hidup secara

produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks. Di samping itu

juga, Mata Pelajaran KHB bertujuan memupuk sikap positif terhadap kerja yang

bermutu tinggi. Murid juga digalakkan bersikap inovatif, menggunakan inisiatif

serta peluang yang ada padanya dan berdikari supaya dapat melaksanakan urusan

seharian dengan penuh yakin. Ini selaras dengan hasrat negara yang inginkan

sumber tenaga manusia bersemangat yakin boleh dalam melakukan sesuatu perkara.

Peningkatan kemahiran ini tertumpu khas kepada kemahiran menjalankan kerja-buat-

sendiri yang mudah, peningkatan kendiri, kesejahteraan hidup berkeluarga, kerja

amal masyarakat, alam pekerjaan dan kemahiran asas yang boleh digunakan dalam

pelbagai situasi (Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Tingkatan I – III, Kemahiran

Hidup Bersepadu, 1992).

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian

iaitu TERAS DAN PILIHAN (ELEKTIF). Organisasi kandungan adalah seperti

jadual di bawah :-

Jadual 1.1 : Kandungan Teras dan Pilihan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu

Tingakatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

TERAS

Kemahiran Manipulatif

Perdagangan dan Keusahawanan

Kekeluargaan

Kemahiran Manipulatif Tambahan

Ekonomi Rumah Tangga

PILIHAN

Pertanian

(Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Tingkatan I – III, Kemahiran Hidup

Bersepadu, 1992).

Page 21: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

3

Bagi komponen Pilihan II ERT KHB, sub topik yang dibahagikan mengikut

teras dan pilihan adalah seperti jadual berikut :-

Jadual 1.2 : Kandungan Mata Pelajaran Teras ERT KHB

TERAS

Mengurus makanan

Mengurus pakaian

Pengurusan Diri

Mengurus tempat kediaman

Jadual 1.3 : Kandungan Mata Pelajaran Pilihan II ERT KHB

PILIHAN

Makanan dan Pengendalian Makanan

Kandungan, fungsi dan pilihan makanan

Diet seimbang

Keperluan makanan harian

Sanitasi makanan

Tabiat makanan yang sihat

Pengurusan Sajian

Makanan dan Pemakanan

Pemilihan, penyediaan, penyajian dan

pengiraan kos makanan

Peranggu meja

Pakaian Sendiri

Jenis dan ciri fabrik

Pilihan pakaian dan pengiraan kos

Penjagaan pakaian

Jahitan

Pakaian

Jahitan asas dan hiasan

Proses jahitan

Membersihkan dan mengemas

Ruang

Tempat Kediaman

Hiasan dalaman dan pengiraan kos

Page 22: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

4

Pada tahun 2002 Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu mengalami

semakan semula. Penyemakan semula kurikulum adalah satu usaha penambahbaikan

yang bertujuan menetapkan keperluan dan kehendak Akta Pendidikan, memenuhi

semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi

mempertingkatkan keupayaan dan kredibiliti murid menghadapi cabaran pada abad

ke 21. Sukatan Kemahiran Hidup Bersepadu (semakan) merangkumi Mata Pelajaran

teras dan elektif juga. ERT ditekankan pada bahagian elektif di samping empat

bidang Mata Pelajaran yang lain iaitu Sains Pertanian, Perdagangan dan

Keusahawanan dan Kemahiran Teknikal. Manakala bahagian teras meliputi bidang

pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Ia diperkenalkan secara berperingkat

bermula dengan murid tingkatan satu tahun 2003 dan akan dilaksanakan sepenuhnya

pada tahun 2005 (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,

Tingkatan I – III, 2003).

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang Ekonomi Rumah Tangga menyediakan murid dengan pengetahuan

dan kemahiran mengenai makanan dan pemakanan, pengurusan sajian, pakaian dan

jahitan. Murid diberi pengetahuan mengenai diet dan pemilihan menu yang

seimbang untuk merancang kerja dan menghasilkan masakan seperti kuih tempatan

serta hidangan utama dan sampingan. Murid juga berpengetahuan dalam pemilihan

stail pakaian serta menghasilkan artikel dan pakaian. Secara tidak langsung Mata

Pelajaran ERT membolehkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan

seharian. Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di peringkat

sekolah dapat menimbulkan minat murid untuk menceburkan diri dalam bidang

kerjaya yang berkaitan (Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Tingkatan I – III,

Kemahiran Hidup Bersepadu, 1992).

Hasil pemerhatian penyelidik mendapati, senario penglibatan murid dalam

mengambil Mata Pelajaran Pilihan II ERT KHB lebih cenderung kepada golongan

murid perempuan berbanding murid lelaki. Fenomena ini jelas menggambarkan

perkara sebenar apabila didapati hanya dua buah sekolah sahaja daripada tiga belas

Page 23: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

5

buah sekolah akademik harian biasa di dearah Pontian yang memberi peluang kepada

murid lelaki mengikuti kelas Pilihan II ERT (Pejabat Pendidikan Daerah Pontian,

2003).

Di kalangan murid perempuan, pihak pentadbir sekolah memastikan bahawa

mereka mengikuti aliran Pilihan II ERT KHB kerana dirasakan amat sesuai dan

relevan dengan sifat kewanitaan mereka. Tambahan pula aliran Pilihan II ERT

banyak memberi manafaat dalam kehidupan harian dan masa depan mereka. Senario

yang ada sekarang adalah tidak seimbang memandangkan murid perempuan

mengikuti hampir kesemua komponen Mata Pelajaran elektif KHB termasuk Pilihan

II ERT, berbanding murid lelaki yang kurang diberi penekanan untuk mengambil

Mata Pelajaran Pilihan II ERT KHB.

Peranan pentadbir sekolah adalah kurang jelas kerana sekolah sepatutnya

bersedia memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang

murid itu. Keadaan ini pernah ditegur oleh Pengarah Pendidikan Johor iaitu Rokhani

Mangi dalam Majlis Penutupan Rasmi Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah

Menengah Johor pada 3 hb Ogos 2003, iaitu beliau menyatakan peluang untuk murid

lelaki dalam mengikuti Mata Pelajaran Pilihan II Ekonomi Rumah Tangga perlu

diperluaskan dan menjadi tugas guru untuk mengesan serta mengenal pasti minat dan

bakat murid lelaki dengan memberi banyak pendedahan kepada mereka. Oleh yang

demikian itu menurut beliau lagi, pengurusan sekolah disaran tidak menghadkan

murid yang mengikuti Mata Pelajaran Pilihan II ERT kepada murid perempuan

semata-mata, sebaliknya turut memberi peluang kepada murid lelaki menunjukkan

bakat serta minat mereka dalam bidang berkenaan (Berita Harian, 2003).

Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang

bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu. Menurut Dewey (dalam

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib, 1996) pendidikan harus berpusatkan kepada

murid sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang

sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat

untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan

sahaja tetapi perlu membuat pesediaan untuk mereka dalam membangunkan

masyarakat.

Page 24: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

6

1.3 Pernyataan Masalah

Minat merupakan faktor utama menentukan kejayaan seorang murid dalam

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Persoalannya adakah murid lelaki

berminat dengan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan II ERT yang lebih

bercorak kewanitaan? Atau bolehkah minat mereka dipupuk kemudian, selepas

mengikuti Mata Pelajaran tersebut ? Ini kerana kebanyakan murid lelaki lebih

cenderung menerima pembelajaran yang bercorak lasak. Anggapan ini

diperkukuhkan lagi oleh pendapat Schertzer dan Stone (1974), yang menyatakan

bahawa murid lelaki lebih berminat kepada aktiviti berbentuk fizikal, mekanikal dan

lain-lain yang berkaitan dengan sains, politik dan perniagaan. Fryland (1950), turut

menyokong pandangan ini dengan menyatakan bahawa minat yang timbul dalam

setiap diri murid akan mempengaruhi proses pembelajaran apabila seseorang itu

berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan

tekun sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.

Di sekolah, murid dianggap sebagai pelanggan utama yang perlu dipenuhi

kehendaknya. Oleh itu maklum balas daripada murid adalah di antara unsur penting

yang perlu diberi perhatian untuk mengetahui dan melihat tahap minat murid lelaki

yang telah diberi peluang dan pendedahan terhadap Mata Pelajaran Pilihan II ERT di

sekolah-sekolah akademik harian biasa daerah Pontian Johor.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :-

1.4.1 Mengenal pasti tahap minat murid lelaki terhadap Mata Pelajaran

Pilihan II ERT.

1.4.2 Meninjau minat murid lelaki terhadap Mata Pelajaran Pilihan II ERT

berdasarkan input daripada pengajaran guru di sekolah.

1.4.3 Meninjau sejauh mana dorongan ibu bapa dalam mempengaruhi minat

murid lelaki terhadap Mata Pelajaran Pilihan II ERT.

Page 25: PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA · PDF filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. ... Pelajaran Pilihan II ERT 41 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam ... Mengurus

7

1.4.4 Melihat pengaruh rakan sebaya terhadap minat murid lelaki dalam

mengikuti Mata Pelajaran Pilihan II ERT.

1.4.5 Meninjau sejauh mana kemudahan fizikal makmal ERT yang

disediakan boleh membantu murid lelaki meminati Mata Pelajaran

Pilihan II ERT.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang boleh dibentuk berdasarkan objektif di atas ialah :-

1.5.1 Adakah murid lelaki benar-benar berminat setelah diberi peluang

mengikuti kelas Pilihan II ERT ?

1.5.2 Adakah tenaga pengajar menggunakan metadologi yang variasi bagi

menanam minat murid lelaki terhadap Mata Pelajaran Pilihan II

ERT ?

1.5.3 Adakah ibu bapa memainkan peranan dalam menimbulkan minat

murid lelaki terhadap pembelajaran Pilihan II ERT ?

1.5.4 Adakah rakan sebaya banyak mempengaruhi minat murid lelaki

semasa mengikuti Pilihan II ERT ?

1.5.5 Adakah kemudahan fizikal di makmal ERT yang disediakan

memenuhi keperluan pembelajaran murid ?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini diharap dapat menyedarkan pihak pentadbir sekolah

agar memberi kebebasan kepada semua murid tanpa mengira jantina untuk mengikuti

Mata Pelajaran elektif yang ditawarkan. Kajian ini juga diharap dapat memberi

panduan kepada pelbagai pihak khususnya guru dalam menyelesaikan masalah-

masalah serta membaiki sebarang kelemahan yang wujud dalam pengajaran dan

pembelajaran Mata Pelajaran Pilihan II ERT. Di samping itu juga saranan-saranan