jabatan perkhidmatan awam malaysia bahagian … · 2010. 12. 17. · penguatkuasaan peraturan...

Post on 13-Mar-2021

7 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIABAHAGIAN PERKHIDMATANAras 1, 6, dan7, Blok C2, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 W. P. PUTRAJAYAMALAYSIA

Tel. : 03-88853000/88854000Faks : 03-88892205 1220412202Web : http://wwwjpa.gov.my

JPA

Rujukan KamiTarikh

: JPA(S)TT .233t2 Jrd.2(1 ),2Y Januar i 2010

Semua Ketua Setiausaha Kementerian.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Tuan/Puan,

PENGUATKUASAAN PERATURANBEKERJA PEGAWAI AWAM

BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, Jabatan ini sering menerima aduan orangramai berkenaan sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktubekerja dan berada di tempat-tempat makan seperti kantin atau kafeteriamahupun di tempat-tempat awam lain seperti pusat membeli-belah semasawaktu bekerja. Ketidakpatuhan waktu bekerja ini adalah bertentangan denganPerintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa1974 dan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4,peraturan-peraturan yang sama.

3. Pada tahun 2009, Jabatan ini telah melaksanakan operasi pemantauandengan kerjasama beberapa buah kementerian di lokasi-lokasi yang menjaditumpuan pegawai awam. Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi inidilaksanakan telah diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepadaKetua Jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.

4. Susulan ke atas tindakan yang telah diambil oleh Jabatan ini dan bagimeningkatkan lagi integriti serta imej perkhidmatan awam, pihak Tuan/Puanadalah diminta supaya menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhanwaktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari serta membuatpemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yangmenjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan Tuan/Puan.

(Sila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung).. JPA PENERAJU PERKHIDMATAN AWAM"

5. Di atas kerjasama Tuan/Puan dalam memastikanbawah seliaan Tuan/Puan sentiasa mematuhi waktu bekeflatelah ditetapkan amat dihargai. '

Sekian, terima kasih.

,,BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia.

s.k. Y.Bhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MalaysiaY.Bhg. Datuk TKPPA (P)Y.Bhg. Dato'TKPPA (O)

pegawai awam diseperti mana yang

(DATO' DR. M

top related