a1001 pendidikan islam 1 unit1

14
KONSEP ILMU ___________________________________________________________ _____ .. KONSEP ILMU OBJEKTIF AM 1. Mengetahui dan memahami definisi ilmu dan pembahagian ilmu. 2. Mengetahui dan memahami kewajipan menuntut ilmu. 3. Mengetahui dan memahami hiraki ilmu. 4. Mengetahui kelebihan ilmu dan ilmuan. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: 1. menyatakan takrif ilmu. 2. membezakan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah. 3. menerangkan kelebihan ilmu dan ilmuan. 4. menyenaraikan matlamat ilmu dalam Islam. A1001 / UNIT 1 / 1 UNIT 1 OBJEKTIF Wah..rup anya banyak lagi yang aku tak tahu…..

Upload: jhj01

Post on 14-Jul-2016

252 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

best

TRANSCRIPT

Page 1: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

..

KONSEP ILMU

OBJEKTIF AM

1. Mengetahui dan memahami definisi ilmu dan pembahagian ilmu.2. Mengetahui dan memahami kewajipan menuntut ilmu.3. Mengetahui dan memahami hiraki ilmu.4. Mengetahui kelebihan ilmu dan ilmuan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. menyatakan takrif ilmu.2. membezakan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah.3. menerangkan kelebihan ilmu dan ilmuan.4. menyenaraikan matlamat ilmu dalam Islam.

A1001 / UNIT 1 / 1

UNIT 1

OBJEKTIF

Wah..rupanya banyak lagi yang aku tak tahu…..

Page 2: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

INPUT( KONSEP ILMU )

1.0 PENGENALAN.

Penekanan kepada ilmu jelas terdapat di dalam al Qur’an. Ini menunjukkan bahawa Islam memberi perhatian yang serius terhadap ilmu. Pengiktirafan Allah SWT terhadap ilmu sebagai sumber tertinggi dijadikan perkara awal yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Ilmu dianggap sebagai teras sistem nilai yang tertinggi dalam Islam.

1.1 KONSEP ILMU DAN PEMBAHAGIAN ILMU.

1.1.1 Takrif Ilmu.

Ilmu berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘alima (mengetahui). Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai kepandaian @ pengetahuan.

Ibn Manzur di dalam Lisan al ‘Arab, memberi empat huraian terhadap kata dasar al ‘ilm:

Merujuk kepada sifat Allah yang Maha Mengetahui. Berlawanan dengan sifat al jahl (tidak tahu atau dungu). Mengetahui sesuatu atau mengenalinya atau ‘arafa. Dengan pengertian al a’lam yang bermakna tanda atau alamat.

A1001 / UNIT 1 / 2

Siapa yang hendakkan dunia mesti dengan ilmu. Siapa yang hendakkan akhirat mesti dengan ilmu dan siapa yang hendakkan kedua-duanya mesti dengan ilmu

Page 3: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

Al Qannuji mentakrif ilmu sebagai al-idrak dan al-tasdiq (pengetahuan dan kebenaran).

Menurut Imam al Ghazali, ilmu adalah hakikat atau kebenaran semua perkara. Ilmu juga merupakan keupayaan membuat generalisasi, kefahaman terhadap idea-idea abstrak dan kebolehan untuk memperolehi kebenaran. Menurut beliau juga, kebenaran sebenar adalah yang disandarkan kepada Allah SWT.

1.1.2 Pembahagian Ilmu.

Dari aspek kewajipan hukum ke atas setiap muslim, ilmu dibahagikan kepada dua: ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah.

1.1.2.1 Ilmu Fardhu Ain

Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang telah akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya, merangkumi ilmu akidah seperti perkara yang berkaitan dengan solat, puasa dan sebagainya. Juga merangkumi ilmu akhlak seperti adab dengan ibubapa dan seumpamanya. Kesemua ilmu ini adalah untuk pembentukan peribadi muslim. Peribadi muslim hanya akan sempurna apabila tercapainya kesempurnaan akidah, syariah, dan akhlak.

1.1.2.2 Ilmu Fardhu Kifayah

Ilmu-ilmu yang dipelajari oleh masyarakat secara kolektif dan bukannya sebagai kewajipan ke atas individu, kecuali sekiranya hanya seorang sahaja yang berkeahlian di dalam bidang tertentu dan tidak ada orang lain yang mempunyai kemahiran tersebut dengan sendirinya ia akan menjadi Fardu Ain. Ilmu Fardu Kifayah yang diwajibkan itu ialah ilmu yang diperlukan untuk kepentingan kehidupan masyarakat Islam di dalam bidang kebendaan dan lain-lain yang bertujuan untuk mencapai keselesaan, kestabilan dan keamanan dalam masyarakat, contohnya seperti ilmu perubatan, ilmu matematik dan sebagainya.

A1001 / UNIT 1 / 3

Rupanya ilmu itu mesti benar, tetapi bagaimana mereka yang menggunakan ilmu untuk perkara yang tidak benar?

Kalau aku yang cipta kereta itu, banyaknya pahala aku…

Page 4: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

1.2 KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU.

Menuntut ilmu adalah wajib kepada semua individu muslim. Ini berdasarkan hadis Rasulallah SAW ( Terjemahannya ) : “ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”

Berdasarkan hadis di atas, kewajipan menuntut ilmu bukan sahaja kepada kaum lelaki muslim sahaja, tetapi juga kepada perempuan muslim. Malah tuntutan ini berterusan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini adalah bertambah besar kepada individu yang jahil sedangkan dia berkemampuan dan berpeluang untuk mempelajarinya.

A1001 / UNIT 1 / 4

Kalau aku tahu malas tu berdosa, pasti dari dulu lagi aku dah belajar bersungguh-sungguh !!!!

AKTIVITI1A

Page 5: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

Arahan :Jawab semua soalan di bawah.

1.1 Semua penyataan berikut adalah berkenaan dengan ilmu.Nyatakan sama ada pernyataan tersebut benar (B) atau salah (S):

i Allah pemilik dan punca segala ilmu yang wujud di muka bumi ini.

B/S

ii Lelaki diwajibkan menuntut ilmu, manakala wanita adalah sunat.

B/S

iii Ilmu yang benar akan dapat membangunkan insan secara seimbang.

B/S

iv Kewajipan menuntut ilmu lebih besar ke atas orang yang jahil.

B/S

1.2 Berikan definisi berikut:i. Ilmu.ii. Ilmu Fardhu Ain.iii. Ilmu Fardhu Kifayah.

1.3 Penyataan berikut adalah berkenaan dengan hukum menuntut ilmu.Nyatakan sama ada hukumnya Fardhu Ain (FA) atau Fardhu Kifayah (FK):

i Saya sedang belajar dalam bidang kejuruteraan awam FA/FKii Saya hendak belajar ilmu kedoktoran FA/FKiii Saya tidak dapat membaca al Qur’an dengan betul,

apa hukumnya saya belajar TajwidFA/FK

iv Saya berkursus haji untuk menunaikan haji pada tahun ini

FA/FK

v Saya belajar memasak untuk menjadi tukang masak FA/FK

MAKLUM BALAS AKTIVITI 1A

A1001 / UNIT 1 / 5

Page 6: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

1.1. i : Betul.ii : Salah.iii : Betul.iv : Betul.

1.2. i. Berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘alima (mengetahui).Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai kepandaian @ pengetahuan.

Atau,

Mengikut Ibn Manzur di dalam Lisan al ‘Arab, memberi empat huraian terhadap kata dasar al ‘ilm:

Merujuk kepada sifat Allah yang Maha Mengetahui. Berlawanan dengan sifat al jahl (tidak tahu atau dungu). Mengetahui sesuatu atau mengenalinya atau ‘arafa. Dengan pengertian al-a’lam yang bermakna tanda atau alamat.

Atau,

Mengikut Al Qannuji mentakrif ilmu sebagai al-idrak dan al-tasdiq (pengetahuan dan kebenaran).

Atau,

Menurut Imam al Ghazali, ilmu adalah hakikat atau kebenaran semua perkara.

ii. Ilmu Fardu Ain ialah :Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang telah akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya. Contohnya, ilmu tentang cara bersembahyang.

iii. Ilmu Fardu Kifayah ialah ilmu yang diperlukan untuk kepentingan kehidupan masyarakat Islam bertujuan untuk mencapai keselesaan, kestabilan dan keamanan dalam masyarakat, contohnya seperti ilmu perubatan, ilmu matematik dan sebagainya. Sekiranya hanya seorang sahaja yang berkeahlian di dalam bidang tertentu dan tidak ada orang lain yang mempunyai kemahiran tersebut dengan sendirinya ia akan menjadi Fardu Ain.

A1001 / UNIT 1 / 6

Page 7: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

1.3 i. Fardhu Ainii. Fardhu Kifayahiii. Fardhu Kifayahiv. Fardhu Ainv. Fardhu Kifayah

INPUT(KONSEP ILMU : SAMBUNGAN)

1.3 KELEBIHAN ILMU DAN ILMUAN.

Allah SWT mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Persiapan keilmuan dilihat sebagai persiapan yang asasi dalam amanah kerasulan Nabi Muhammad SAW berdasarkan surah al alaq 1-5. Perlantikan Nabi Adam AS sebagai khalifah

A1001 / UNIT 1 / 7

Dah siap pun, Bolehlah saya teruskan ke unit seterusnya….

Bukan senang nak jadi orang berilmu……

Page 8: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________ Allah di muka bumi serta tunduknya para malaikat adalah kerana kelebihan Nabi Adam dari segi ilmu dan bukan kerana asal kejadiannya. Saidina Ali menegaskan ilmu itu lebih baik dari harta, ilmu menjaga manakala harta dijaga. Ilmu menghukum manakala harta terhukum. Harta berkurang apabila dibelanjakan manakala ilmu pula bertambah apabila diberikan.

1.3.1 Ilmuan.

Ilmuan merupakan golongan yang mendapat kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan seluruh makhluk. Islam menyatakan dengan jelas tidak sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Mereka yang takut kepada Allah adalah dari kalangan ulamak. Tidak sama di antara orang yang alim dengan orang yang jahil kerana yang ingat kepada Allah hanyalah orang-orang berilmu. Para ulamak juga diiktiraf sebagai pewaris Nabi yang meneruskan tugas dan amanah kepada masyarakat sekelilingnya. Rasulallah SAW memberi amaran keselamatan dan keruntuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada dua kelompok manusia iaitu para pemimpin dan ilmuan.

1.3.2 Matlamat Ilmu.

Antara matlamat ilmu Islam ialah : Ilmu sebagai pelita yang mampu memberi cahaya kepada manusia

dalam kehidupan mereka. Ilmu dalam Islam hendaklah digunakan hanya untuk mencari keredaan Allah dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk faedah diri dan kepentingan masyarakat manusia dan alam seluruhnya.

Untuk melahirkan insan yang kamil ( insan yang baik lagi sempurna ) yang dapat mempertahankan kedudukan sebagai manusia yang sebenarnya menurut ajaran Islam.

Melahirkan insan yang bertakwa ( takut kepada Allah ) .

1.3.3 Sumber Ilmu.

A1001 / UNIT 1 / 8

Page 9: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

Al Qur’an

Al Qur’an merupakan sumber ilmu yang pertama dan wajib diterima secara qarti’e oleh setiap umat Islam. Sumber ilmu Islam berasaskan kepada Al Qur’an mempunyai kemutlakan autoriti yang tidak boleh disangkal. Al Qur’an ialah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang termaktub di dalam mashaf, dipetik dari riwayat yang mutawatir, membacanya dikira ibadah, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dengan lafaz dan makna dari Allah SWT dalam bahasa arab.

Al Sunnah.

Merupakan sumber ilmu yang kedua selepas al Qu’ran. Al Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan ( persetujuan ) ataupun sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum atau sesudah dilantik sebagai Rasul. Berperanan sebagai penjelas, penghurai, penguat kepada al Qur’an.

Sumber-sumber Lain.

Sumber lain berdasarkan kajian dan orientasi yang benar diterima asalkan tidak bercanggah dengan prinsip Islam, misalnya akal fikiran, psikologi manusia, sejarah dan sebagainya. Sumber tambahan ini perlulah selaras dan tidak bertentangan dengan isi kandungan al Qur’an dan al Sunnah. Sumber ini merupakan ruang lingkup yang membuka peluang untuk manusia melakukan ijtihad.

A1001 / UNIT 1 / 9

Saya nak jadi orang berilmu !!!!

Hayatilah al Qur’an dan Sunnah dalam kehidupan harian kita. Insya Allah kita akan berjaya dunia dan akhirat…

Page 10: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

Arahan :Jawab semua soalan di bawah.

1.4. Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan kelebihan:

i. Ilmu.ii. Orang yang berilmu.

1.5. Nyatakan satu nas dari al Qur’an atau Hadis mengenai kelebihan orang yang berilmu.

1.6. Antara yang berikut yang manakah matlamat utama ilmu?

A1001 / UNIT 1 / 10

AKTIVITI1B

Page 11: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

A) Mendapat manfaat di dunia dan akhirat.B) Mendapat keredhaan Allah.C) Melahirkan insan kamil.D) Melahirkan insan bertaqwa.

1.7. Berikut adalah sumber-sumber ilmu dalam Islam.Susun mengikut keutamaan:

i. Akal.ii. Al Qur’an.iii. Al Sunnah.iv. Pengalaman.

A. i, ii, iii, dan iv.B. ii, iii, iv, dan i.C. i, iii, iv, dan ii.D. ii, iii, i, dan iv.

MAKLUM BALAS AKTIVITI 1B

1.4. i. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu akan menjaga manusia manakala harta dijaga oleh manusia. Ilmu menghukum manakala harta terhukum. Ilmu akan bertambah apabila diberikan kepada orang lain, tetapi harta akan berkurangan apabila diberi kepada orang. Manusia mulia kerana ilmu yang dimiliki. Ilmu akan membezakan di antara manusia dan haiwan.

ii. Ilmuan merupakan golongan yang mendapat kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan seluruh makhluk. Islam menyatakan dengan jelas tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

A1001 / UNIT 1 / 11

Mudah betul soalan-soalan ini! Saya nak cuba bandingkan la… jawapan saya dengan jawapan di ruangan MAKLUM BALAS AKTIVITI.

Page 12: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

Mereka yang takut kepada Allah adalah dari kalangan ulamak. Para Ulama juga diiktiraf sebagai pewaris Nabi yang akan meneruskan tugas dan amanah kepada masyarakat sekelilingnya.

1.5. Al Qur’an : Maksudnya: Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

(Al-Zumar:9)

Hadis : Manusia yang terbaik ialah mukmin yang berilmu. Jika diperlukan dia berguna dan jika tidak diperlukan dia dapat menguruskan dirinya sendiri.

Atau hadis-hadis lain yang sesuai.

1.6. B 1.7. D

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan pengertian al Qur’an dan al Sunnah.

2. Senaraikan matlamat ilmu.

3. Kenyataan di bawah merujuk kepada pandangan Ibnu Manzur di dalam Lisan Al-Arab mengenai pengertian ilmu, kecuali:

A. Merujuk kepada sifat Allah yang Maha Mengetahui.B. Berlawanan dengan sifat al-jahl (tidak tahu atau dungu).

A1001 / UNIT 1 / 12

Page 13: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

C. Kefahaman terhadap idea-idea yang abstrak.D. Mengetahui sesuatu atau mengenalinya atau ‘arafa.

4. “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”.Berdasarkan hadis di atas , huraikan kefahaman anda .

MAKLUM BALAS

PENILAIAN KENDIRI

1. Al Qur’an : Al Qur’an ialah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang termaktub di dalam mashaf, dipetik dari riwayat yang mutawatir, membacanya dikira ibadah, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dengan lafaz dan makna dari Allah SWT dalam bahasa Arab.

Al Sunnah : Merupakan sumber ilmu yang kedua selepas al Qur’an. Al Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan ( persetujuan ) ataupun sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum atau sesudah dilantik

A1001 / UNIT 1 / 13

Sabda Nabi SAW :“ Carilah ilmu sampai ke negeri China “Aku baru nak keluar dari kampung…Aku mesti berusaha tambah ilmu di dalam dadaku…

Page 14: A1001 Pendidikan Islam 1 UNIT1

KONSEP ILMU

________________________________________________________________

sebagai Rasul. Berperanan sebagai penjelas, penghurai, penguat kepada al Quran.

2. Antara matlamat ilmu Islam ialah : Ilmu sebagai pelita yang mampu memberi cahaya kepada manusia

dalam kehidupan mereka. Ilmu dalam Islam hendaklah digunakan hanya untuk mencari keredaan Allah dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk faedah diri dan kepentingan masyarakat manusia dan alam seluruhnya.

Untuk melahirkan insan yang kamil ( insan yang baik lagi sempurna ) yang dapat mempertahankan kedudukan sebagai manusia yang sebenarnya menurut ajaran Islam

Melahirkan insan yang bertakwa ( takut kepada Allah ) .

3. C

4. Berdasarkan hadis di atas, kewajipan menuntut ilmu bukan sahaja kepada kaum lelaki muslim sahaja, tetapi juga kepada perempuan muslim. Malah tuntutan ini berterusan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini adalah bertambah besar kepada individu yang jahil sedangkan dia berkemampuan dan berpeluang untuk mempelajarinya.

A1001 / UNIT 1 / 14

Setelah dapat menguasai Unit 1 dan dapat menjawab dengan betul, anda bolehlah berpindah ke Unit 2 pula….