22 petua mudah hafal al-quran

32
Penyusun: Suhili Nain www.facebook.com/suhili.nain Petua Para Hafiz Berjaya Menghafal 30 Juzuk Al-Quran

Upload: fendi-ameen

Post on 18-Feb-2016

308 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Penyusun:Suhili Nainwww.facebook.com/suhili.nain

TRANSCRIPT

Page 1: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Penyusun:

Suhili Nain

www.facebook.com/suhili.nain

Petua Para Hafiz BerjayaMenghafal 30 Juzuk Al-Quran

Page 2: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Allah berfirman:

“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang

Kami turunkan kepadamu (dan

umatmu wahai Muhammad),

kitab yang banyak faedah-faedah

dan manfaatnya, untuk mereka

memahami dengan teliti

kandungan ayat-ayatnya, dan

untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat mengambil

iktibar.” (Surah Shaad: 29)

www.facebook.com/suhili.nain

Page 3: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Mengapa Tidak Berjaya

Hafal Al-Quran?

• Tiada kemahuan.

• Berfikiran negatif dan kurang keyakinan

diri.

• Tidak fokus dalam menghafal.

• Tidak tahu kaedah menghafal yang sesuai.

• Bergelumang dengan dosa.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 4: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Kamu ingin tahu petua-petua

untuk berjaya menghafal 30

juzuk Al-Quran?

Ikuti 22 petua pada

halaman yang akan datang.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 5: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

1. Niat yang Ikhlas

• Menghafal dengan mengharapkan

redha Allah ta’ala.

• Menghafal al-Quran adalah ibadah,

maka tidak seharusnya ia dilakukan

kerana selain Allah ta’ala.

• Di antara orang yang awal masuk

Neraka adalah orang yang melazimi al-

Quran dengan niat yang tidak ikhlas.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 6: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

2. Mulakan Sekarang

• Menghafal al-Quran satu ibadah yang

mulia yang tidak sewajarnya ditunda-

tunda.

• Mulakan usaha menghafal daripada

sekarang.

• Semakin awal mula menghafal, maka

semakin cepat kamu akan hafal 30

juzuk al-Quran.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 7: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

3. Jangan Putus Asa

• Dalam usaha menghafal, syaithan akan

berusaha untuk menggagalkan usaha

kamu.

• Ingatlah, disebalik kesusahan itu ada

ganjaran yang amat besar.

• Hafal al-Quran, bukanlah usaha

kosong. Ia pelaburan yang dijamin

keuntungannya di akhirat.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 8: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

4. Sediakan Masa

• Sediakan waktu khusus menghafal

dalam sehari. Seperti mana kamu

sediakan waktu khusus untuk makan

malam, mandi dan tidur.

• Jadikan menghafal sebagai rutin wajib

kamu, bukannya perkara yang dibuat

ketika masa lapang sahaja.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 9: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

5. Pilih Sahabat

• Sahabat mempengaruhi hidup kamu,

justeru itu pilihlah sahabat yang dapat

membantu kamu dalam menghafal dan

mempunyai matlamat sama seperti

kamu.

• Jauhi atau kurangkan bergaul dengan

orang-orang negatif dan melemahkan

semangat kamu untuk menghafal al-

Quran.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 10: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

6. Jauhi Maksiat

• Al-Quran adalah cahaya. Maksiat

adalah dosa dan kegelapan. Tidak akan

berhimpun kedua-duanya dalam satu

tempat.

• Bergelumang dengan dosa, akan

memadamkan cahaya al-Quran yang

berada dalam hati dan membuatkan

seseorang terlupa hafalannya.

• Banyakkan istighfar dan bertaubat.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 11: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

7. Berdoa Kepada Allah

• Al-Quran adalah kalam Allah, ia

adalah wahyu daripada Allah.

• Untuk menyerap dan menanamkan

dan menyuburkan wahyu Allah dalam

jiwa kamu, maka berdoalah kepada

Allah.

• Perbanyakkan doa pada waktu yang

mustajab seperti hari jumaat, antara

azan dan iqamat dll.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 12: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

8. Tetapkan Tempoh

• Bila kamu mahu habis menghafal 30

juzuk al-Quran?

• Ada orang dapat selesaikan hafalan

dalam masa 1 tahun, ada 3 tahun, ada

5 tahun.

• Tetapkan tempoh kamu ingin selesai,

sesuai dengan kemampuan kamu.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 13: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya seorang yang tidak

ada sedikitpun al-Quran dalam

hatinya adalah seperti rumah

roboh.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/155)

www.facebook.com/suhili.nain

Page 14: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

9. Buat Jadual Hafalan

• Selepas tetapkan tempoh yang kamu

perlu untuk habiskan hafalan al-

Quran, buat jadual dan kira-kira.

• Misalnya,

Habis menghafal dalam masa 15 tahun.

Harus hafal 2 juzuk setiap tahun.

Bulan Januari-Mei, hafal 1 juzuk, bulan

Jun untuk mengulang.

Bulan Julai-November, hafal 1 juzuk,

bulan Disember mengulang.

1 minggu 1 muka surat. Isnin-jumaat

menghafal, sabtu dan ahad mengulang.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 15: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

10. Utamakan Kualiti

• Utamakan kualiti hafalan berbanding

cepat habis hafalan.

• Yang penting bukan berapa cepat

kamu hafal, tetapi sejauh mana kualiti

hafalan al-Quran kamu.

• Pastikan kamu menghafal dan

membaca ayat atau surah hafalan

mengikut hukum tajwid yang betul.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 16: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

11. Bersederhana

• Untuk berjaya hafaz al-Quran, tidakboleh terlalu manjakan diri dan tidakboleh terlalu memaksa diri.

• Bersederhanalah dan jangan terlalumemaksa diri dalam menghafal, misalnya mahu hafal banyak dalamsatu masa.

• Terlalu memaksa diri, bimbang kamuakan tewas ditengah jalan dan patahsemangat.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 17: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Allah berfirman:

“Dan Kami turunkan dengan

beransur-ansur dari al-Quran

ayat-ayat suci yang menjadi ubat

penawar dan rahmat bagi orang-

orang yang beriman kepadanya;

dan (sebaliknya) al-Quran tidak

menambahkan orang-orang yang

zalim (disebabkan keingkaran

mereka) melainkan kerugian

jua.” (Surah al-Israa’: 82)

www.facebook.com/suhili.nain

Page 18: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

12. Hafal Waktu Pagi

• Menghafal pada waktu pagi adalah

lebih baik dan lebih mudah meresap

dalam jiwa seseorang.

• Boleh memilih sama ada menghafal

sebelum atau selepas subuh. Mana-

mana waktu yang kamu rasakan sesuai.

Boleh juga memperuntukkan dua

masa itu untuk menghafal.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 19: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

13. Berguru

• Menghafal al-Quran dengan berguru.

• Tidak semestinya kamu menghafal di

depan guru setiap masa. Yang penting

kamu ada guru untuk semak hafalan

kamu.

• Terkadang menghafal sendiri,

seseorang mudah terdedah kepada

kesilapan tanpa disedari.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 20: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

14. Gunakan 1 Mushaf

• Sediakan satu mushaf khusus untuk

menghafal dan jangan bertukar-tukar

mushaf.

• Gunakan 1 mushaf itu untuk kamu

hafal kesemua 30 juzuk yang kamu

ingin hafal.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 21: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

15. Perbaiki Tajwid

• Ilmu tajwid dan al-Quran tidak dapat

dipisahkan.

• Ilmu tajwid adalah ilmu untuk

menjaga seseorang daripada

melakukan kesilapan saat membaca al-

Quran.

• Pastikan kamu faham dan kuasai ilmu

tajwid dengan betul.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 22: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

16. Ulang Hafalan

• Bila kamu hafal surah, ayat hari ini

jangan terus senyap hingga malam.

Ulang hafalan kamu.

• Kaitkan atau ulang hafalan baru

dengan hafalan lama.

• Ulang hafalan kamu setiap kali selesai

solat sebanyak 2 kali. Bila kamu hafal

waktu subuh atau pagi, sebelum tidur

hafalan kamu sudah jadi semakin kuat.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 23: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

17. Fahami Topik

• Ayat al-Quran mempunyai topik yang

tertentu.

• Bila kamu hafal ayat al-Quran,

pastikan kamu tahu ia membicarakan

tentang apa.

• Satu cara agar menghafal lebih mudah,

bahagiakan surah mengikut topik, agar

lebih jelas dalam ingatan kamu.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 24: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“(Pada hari Kiamat kelak) akan

diseru kepada ahli al-Quran:

“Bacalah dan teruslah naik,

bacalah dengan tartil seperti

yang engkau telah membaca

dengan tartil di dunia, kerana

sesungguhnya tempatmu adalah

pada akhir ayat yang engkau

baca!” (Musnad Ahmad, 11/404)

www.facebook.com/suhili.nain

Page 25: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

18. Tulis Ayat

• Salin dan tulis ayat yang kamu hafal.

• Dengan menulis, ingatan kamu

terhadap sesuatu ayat itu akan lebih

kukuh berbanding membacanya

sahaja.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 26: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

19. Dengar Bacaan

• Cara lain kuatkan hafalan adalah

dengan dengar bacaan al-Quran.

• Dengar bacaan al-Quran daripada

mp3 al-Quran, rakaman daripada Qari

terkenal atau rakaman suara sendiri.

• Mendengar adalah kaedah mengulang

yang santai. Boleh juga minta orang

lain bacakan al-Quran untuk kamu.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 27: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

20. Baca dalam Solat

• Di antara waktu yang terbaik dalam

mengulang dan mengelakkan lupa

adalah dengan baca surah dan ayat

kamu telah hafal dalam solat.

• Sekiranya kamu terlupa ketika solat,

pastikan kamu ingat masalah itu dan

rujuk mushaf sebaik sahaja kamu

selesai solat dan perbaiki hafalan.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 28: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa membaca satu huruf dari

Kitab Allah, maka baginya satu

hasanah (kebaikan) dan satu

hasanah itu digandakan sepuluh

kali ganda seumpamanya. Aku

tidak mengatakan alif lam mim

itu satu huruf, tetapi alif satu

huruf, lam satu huruf dan mim

satu huruf.” (Sunan at-Tirmidzi,

10/153)

www.facebook.com/suhili.nain

Page 29: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

21. Hidupkan Al-Quran

• Al-Quran diturunkan sebagai

petunjuk hidup dan menjadi panduan,

justeru amalkan al-Quran.

• Jangan jadi seperti burung kakak tua

yang cuma mengulang kata-kata

orang, tetapi tidak memahami dan

tidak mempraktikkan.

• Al-Quran yang diamalkan menjadi

lebih kukuh.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 30: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

22. Ajarkan Al-Quran

• Ajar al-Quran kepada orang lain, bila

kamu sudah menguasainya.

• Mengajarkan orang lain al-Quran

termasuk dalam sebaik-baik usaha.

• Mengajarkan al-Quran akan menjadi

ilmu yang bermanfaat yang tidak putus

ganjaran pahalanya setelah meninggal

dunia.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 31: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Tamat

22 petua ini mungkin nampak

„simple‟, tetapi jika kamu

amalkan 22 petua yang telah

dikongsi, dengan izin Allah,

usaha kamu menghafal al-Quran

akan menjadi lebih mudah.

Sebagai akhir, saya doakan agar

kamu berjaya menghafal 30

juzuk al-Quran.

Amiin.

www.facebook.com/suhili.nain

Page 32: 22 Petua Mudah Hafal Al-Quran

Adakah Ebook Kecil Ini

Bermanfaat Buat Kamu?

Jika ya, sila untuk sebarkan

Ebook ini secara meluas.

Sebarkan melalui emel, telegram, Facebook

dan pelbagai medium. Percuma. Dilarang

sebaran untuk tujuan komersial dan

keuntungan.

Semoga ia memberikan manfaat buat diri

kamu.

Ikuti Facebook Suhili Nain untuk lebih

banyak informasi menarik.

www.facebook.com/suhili.nain