tips dan petua pemancing

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 31-May-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    1/21

    TIPS DAN PETUA PEMANCING

    Buah-buahan masam ubat mabuk laut

    MASIH banyak petua atau amalan yang perlu dilakukan oleh pemancing terutama kepada pemancinglaut dalam yang sering menghadapi mabuk atau mual tekak ketika ekspedisi.

    Pandangan beberapa veteran nelayan boleh diberi perhatian mengenai masalah ini. Mual atau mabuklaut berlaku sejak dulu lagi dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya. Hasilnya, pelbagai caradan kaedah dilakukan bagi mengekang musibah itu yang pasti akan membantutkan keseronokan danpemburuan. Namun paling mudah dan berkesan ialah dengan membawa makanan ringan seperti buah-buahan atau gula-gula yang tidak keterlaluan masamnya.

    Gula-gula yang ada rasa masam biarkan sentiasa berada dalam mulut untuk mengelak tekak tidakkering. Cengkih juga dapat membantu sebagai langkah ikhtiar mencegah daripada menghadapi mabukatau mual serta tekak kering.

    Pernah berlaku dalam beberapa aktiviti memancing laut dalam, keadaan cuaca panas terikmengakibatkan beberapa kaki pancing diserang mabuk, mual-mual dan tekak kering. Walaupun merekasudah meneguk beberapa botol air tetapi keadaan masih berada pada tahap yang sama. Namun setelahdiberi cengkih untuk beberapa ketika, keadaan mabuk dan kering tekak dapat dipulihkan.

    Kemudian anda perlu mengelak daripada terus mendedahkan diri di bawah bahang panas mataharidalam tempoh yang lama.

    Faktor lain yang perlu diambil kira ialah memakan buah-buahan masam yang mengandungi banyak airsupaya badan sentiasa berada dalam keadaan lembap dan berair selain daripada berpeluh.

    Pada masa sama, anda perlu mengambil tindakan ketika berada di laut untuk mengelak daripada terus

    mabuk dan muntah.

    Antara petua terbaik demi menjaga keselamatan, anda dinasihatkan tidak membongkok di bibir botdengan menghulurkan kepala keluar ketika melepaskan muntah. Perbuatan ini sangat berbahaya keranarisiko anda boleh terhumban ke laut sangat besar dalam keadaan kawalan diri anda yang sudah tidakmenentu atau tidak seimbang itu.

    Namun dalam apa juga keadaan, kerjasama daripada semua pemancing dalam bot mesti dilakukan bagibertindak sebagai sebuah pasukan.

    Memancing duduk ketika gelora lebih selamat

    KALANGAN pemancing laut perlu mengutamakan keselamatan diri dalam apa juga keadaan ketika

    memancing terutama bila berlaku ribut dan gelombang besar. Cara terbaik ketika menghadapi situasibegini ialah pemancing harus berjaga-jaga dengan tidak berdiri dalam bot jika tangan tidak dapat berpautpada tiang yang kukuh. Juga, jangan berada di tepi kiri dan kanan bot kerana tindakan ini tidak menjaminkeselamatan anda.

    Pernah berlaku peristiwa pemancing tercampak ke laut ketika memancing dalam keadaan berdiri, begitucerita tekong dari Kuala Pahang yang sudah berusia 82 tahun dan kini sudah menetap di darat.

    Pak Ali menceritakan detik cemas ketika membawa pemancing dari Johor Bahru dalam keadaan ributdan gelombang setinggi dua meter. Mereka masih berlabuh di unjam kerana ikan selar bermusim dan

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    2/21

    peluang ini tidak mahu dilepaskan.

    Mereka menggunakan teknik pancing apollo dalam keadaan yang kurang selesa namun seorangdaripada mereka berdiri di kawasan tepi bot walaupun ditegur tekong. Akhirnya, beliau tidak dapatmengawal keseimbangan diri kerana bot dilambung ombak lalu tercampak ke laut. Bagaimanapun,mangsa dapat diselamatkan oleh tekong.

    Saya terpaksa terjun untuk menyelamatkan pemancing berkenaan, kata Pak Ali sambil menggeleng-gelengkan kepala.

    Justeru, daripada pengalaman pahit dan keadaan berbahaya itu maka ia perlu dijadikan satu iktibarbahawa memancing dalam keadaan berdiri ketika laut bergelora perlu mengambil kira keselamatan dirisebelum terjadi sesuatu yang boleh mengorbankan nyawa.

    Apa yang terbaik pada pandangan Pak Nuri jika keadaan laut tidak mengizinkan tetapi terpaksamemancing juga, maka langkah terbaik yang boleh kita melakukan ialah memancing dalam keadaanduduk (walaupun tidak selesa). Namun itu lebih baik daripada menerima padah yang lebih buruk atauberdiri dengan mengikat badan pada tiang yang kukuh dengan tali yang juga kuat. Sebaik-baiknya, andagunakan tali pinggang dengan kain getah yang kukuh.

    Apa pun ini satu langkah keselamatan atau ikhtiar yang boleh diguna pakai jika hasrat untuk terusmemancing dalam keadaan laut yang bergelora. Tetapi, nasihat tekong perlu dipatuhi kerana dia lebih arifdan waras dalam detik-detik cemas begitu.

    Sebagai petua atau amalan, memancing dalam keadaan berdiri membuka ruang yang lebih luas kepadarisiko terhumban ke laut berbanding memancing dalam keadaan duduk.

    Pak Nuri ingin mengingatkan kepada pemancing laut supaya mengutamakan keselamatan diri daripadamendapat keselesaan atau terlalu teruja untuk mendapatkan habuan. Cara lebih selamat dan ini pastilangkah bijak ialah bot pergi berlindung di balik pulau atau masuk ke muara ketika laut bergelora. Ingat,nyawa tidak ada tukar gantinya.

    Buaya pantang dayung melintang

    KUALA KETIL: Bagi yang ingin memancing dalam suasana tanpa gangguan terutama di sungai yang adabuaya, petua Abdul Wahab Zakaria, 50, boleh diguna pakai.

    Apatah lagi bagi pemancing yang terkena badi udang galah, petua amalan Abdul Wahab sejak sekianlama bukan saja mampu menghindar gangguan sang bedal malah joran lebih mudah memperdayakan sisepit biru itu.

    Petua itu diwarisi daripada arwah ayahnya, yang memang pakar menjejak lubuk udang galah suatu ketikadulu. Dengan izin Allah, Abdul Wahab yang juga mahir menjinakkan udang galah belum pernahmengalami kejadian tidak diingini ketika memancing.

    Petuanya amat mudah, katanya yang menetap di Kampung Padang, Kulim.

    Ketika anda memancing sama ada dalam bot atau sampan yang berlabuh di tengah atau di tepi sungai,pendayung jangan diletakkan dalam keadaan melintang. Kalau membawa galah pun perlu jangandiletakkan melintang, katanya.

    Seelok-eloknya, pendayung atau galah perlu diletakkan dalam keadaan membujur (selari dengankedudukan bot atau perahu).

    Berdasarkan pengalaman memancing bersama arwah ayahnya, jika petua itu diabaikan, akibatnya ialah

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    3/21

    mengundang gangguan buaya.

    Beliau berkata, raja sungai itu amat pantang jika pemancing meletakkan pendayung atau galah melintangperahu ataupun bot.

    Kalau dibuat juga, pemancing akan menerima musibah. Buaya akan mengganas dan kalau silap haribulan, nyawa akan jadi pertaruhan!

    Arwah ayah pernah menceritakan seorang kawannya yang memancing seorang diri di Sungai Sedimsuatu ketika dulu diganggu buaya gara-gara terlupa meletakkan pendayung pada kedudukan yang betul.

    Dua ekor buaya timbul di permukaan sungai kira-kira tiga meter dari perahunya. Menyedari berdepanbahaya, dia segera beredar dari situ dan merapatkan perahu ke tebing sungai, katanya.

    Sebaik saja dia naik ke tebing, tiba-tiba kelihatan ekor buaya melibas bahagian belakang perahunya.Bahagian itu berkecai akibat libasan buaya yang seakan-akan memberi amaran, katanya.

    Abdul Wahab berkata, jika seseorang mengamalkan petua itu, pemancing bukan saja tidak diganggubuaya malah akan memperoleh tangkapan udang galah yang lumayan.

    Bagaimanapun, katanya, faktor cuaca dan keadaan air sungai juga perlu diambil kira.

    Memang tidak dinafikan, di mana banyak udang galah, di situlah ada buaya. Berhati-hatilah jikamemancing udang galah, nasihatnya lagi.

    Keselamatan memancing penting

    MEMAKAI jaket keselamatan ketika memancing di laut atau sungai sudah diamalkan sejak dulu lagi olehpelaut ketika dalam sebarang keadaan lebih-lebih lagi keadaan cuaca laut, buruk.

    Bertitik tolak daripada itu Petua Pak Nuri kali ini mengajak kaki pancing berkongsi pengalaman yangdikaitkan dengan beberapa peristiwa dilalui oleh mereka yang sudah berdepan dengan kejadianterhumban ke laut kerana tidak memakai jaket keselamatan berbanding mereka yang sentiasamengenakan jaket berkenaan ketika berada dalam bot.

    Keselamatan yang diperoleh walaupun tidak 100 peratus oleh mereka yang memakai jaket keselamatanketika bertarung di permukaan laut, tetapi adalah lebih baik daripada mereka yang tidak memakainya.

    Pengalaman ini dilalui sendiri oleh seorang pelaut dari Kampung Dumpar di Muar, Johor, yang terpaksabertarung hampir 12 jam di Selat Melaka. Dia cuma dapat bergayut pada sekeping papan sebelumdiselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain yang secara kebetulan menjalankan aktiviti memancingudang.

    Sampan saya karam dilambung ombak besar yang datang dengan tiba-tiba. Jaket keselamatan adatetapi saya tak sempat memakainya, kata Yaakob (Haji Yaakob) ketika ditemui di rumahnya di KampungSeri Pantai, Muar, baru-baru ini.

    Pengalaman pahit itu mahu dikongsi bersama dengan rakan pelaut lain supaya dapat menggalakkanmereka memakai jaket keselamatan setiap masa walaupun waktu tidur kerana menurut pendapatnyayang sudah melalui pelbagai peristiwa di laut bahawa keselamatan diri perlu diutamakan daripadakeselesaan. Tidak guna keselesaan sekiranya boleh mengundang bahaya yang datang dengan tiba-tiba,katanya.

    Apa pun persediaan tidak memberi makna jika kita sendiri tidak mahu menggunakannya walaupunmenyedari keselamatan nyawa ketika berada di laut. Lautan bukan tempat untuk bermain atau boleh

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    4/21

    diajak berjanji.

    Justeru daripada pengalaman anak pelaut di Kampung Dumpar itu boleh dijadikan satu amalan baik ataupetua yang harus diamalkan hari ini. Jaket keselamatan tetap penting setiap kali turun memancingwalaupun cuma memancing di kuala sungai. Bahaya yang akan datang tidak melalui kompang ataumenggunakan juruhebah sebelum sampai ke lokasi.

    Segala petua yang baik tidak sukar dilakukan dan ia tidak mengeluarkan belanja sesen pun untuk diikuti,cuma keyakinan dalam diri itu sendiri perlu ada dan tidak lupa mohon pertolongan dari Allah.

    Rahsia air jerang berkhasiat tinggi

    KALI ini Pak Nuri mahu memetik petua amalan seorang tua nelayan yang hingga hari ini masih berupayamendayung sampan berulang alik mencari rezeki di togok (kelong) di perairan Parit Jawa, Muar, Johor.

    Usia beliau kini menjangkau 86 tahun. Warga tua ini yang banyak menimba ilmu dari laut sejak kecil,masih meneruskan kegemaran mengisi masa lapang di laut. Walaupun kerja ini kurang disenangi isteridan anak-anaknya tetapi beliau merasakan laut banyak memberi ketenangan kepada jiwanya.

    Dikenali sebagai Pak Mion, beliau mengamalkan meminum air jerang (air panas yang disejukkan padakadar sederhana).

    Pakcik minum seawal pagi. Sebelum membasuh muka, air panas mati (jerang) diminum segelas besarselepas membaca selawat. Lakukan (teguk) dengan satu nafas jika terdaya, kata Pak Mion sambiltersenyum dengan menampakkan barisan giginya yang masih kukuh berbaris dalam mulutnya.

    Di samping itu, beliau turut melakukan senaman kecil di halaman rumah sebaik selesai menunaikan solatsubuh. Beliau menghirup udara pagi yang pasti menyegar dan melapangkan dada.

    Udara pagi sebelum terbit mata hari adalah baik untuk kita. Kita membuat senaman supaya badan dapatmengeluarkan peluh dan bila berpeluh pasti badan sihat, katanya lagi sambil mengingatkan supaya kitatidak memaksa diri untuk melakukan senaman yang berat.

    Cukup hanya mengeluarkan peluh dengan menggerak-gerak otot yang bekerja untuk beberapa minitsaja. Selepas itu, kita berehatlah, katanya dengan nada selamba tetapi penuh dengan pengajaran.

    Justeru, melalui petua tradisi ini, Pak Nuri menyeru kepada semua kaki pancing supaya dapatmengamalkan senaman ringan ini di mana saja kita berada terutama ketika berada dalam bot dandilakukan seawal pagi - itu pasti lebih mujarab!

    Di samping itu, kita perlu mengamalkan minum air masak pada setiap waktu. Lagi banyak kita minum,lebih baik untuk kesihatan dalam perut dan kesihatan keseluruhannya.

    Dalam apa pun tindakan apa dilakukan oleh kaki pancing, jangan sekali-kali lupa atau lengah mengambilair minum yang banyak (air jerang). Tetapi awas - anda tidak mengamalkan meminum air yang dicampurdengan ketul ais. Air batu sebenarnya cuma dapat memberikan kelegaan daripada panas tekak untuk

    seketika. Tetapi ia tidak mendatangkan kebaikan kepada kesihatan yang berkekalan berbanding denganair masak.

    Pak Mion masih terus mengamalkan air masak atau air suam hingga hari ini yang membolehkan masihkelihatan sihat hingga mencecah usia 86 tahun. Kenapa kita tidak?

    Cara elak alah ikan talang

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    5/21

    SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatanterutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yangkurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.

    Tentu ada cara untuk mengelak daripada terkena penyakit berkenaan selepas memakannya. JusteruPetua Pak Nuri kali ini cuba mendapatkan ikhtiar bagi mereka yang alah jika menyentuh atau makan ikantalang yang dikatakan sangat enak itu.

    Daripada risik yang diperoleh daripada beberapa rakan yang berpengalaman jika seseorang itu alahdengan ikan talang terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya langkah yangperlu diambil ialah dengan mengoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabithingga hancur dan halus lalu disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali lalu membiarkannya hinggakering.

    Spesies ikan talang yang terkenal dengan menyambar umpan di permukaan air sangat ganas ketikabertarung terutama apabila merasai dirinya (ikan) sudah menjadi mangsa pemancing. Bagaimanapunkeganasan itulah yang sangat digemari kaki pancing kerana dapat menguji kemahiran masing-masing.

    Apa pun yang diperkatakan terhadap spesies ikan yang cuma dikaitkan dengan ikan kering itusebenarnya mempunyai rasa isi yang lazat walau dicelah-celah tulang tajam berselerak itu. Cara untuk

    mendapatkan isi ikan berkenaan dengan tidak menjejaskan isinya anda perlu kukus ikan talangberkenaan sehingga masak, kemudian mengeruk isinya menggunakan garfu.

    Isi ikan talang yang sudah tidak bertulang itu boleh dimasak mengikut selera masing-masing tapi yangterbaik anda boleh buat sup atau bebola ikan serta digoreng tepung.

    Kepada penggemar nasi goreng boleh juga menjadikan talang sebagai sebahagian dariapda rencahnya.Mereka yang alah boleh mencuba petua yang diturunkan diatas atau jika rasa takut jangan paksa untukmemakannya.

    Zikir dalam bot bawa ketenangan

    ADA beberapa petua Pak Nuri yang perlu diulang semula untuk memantapkan lagi keyakinan mengenaiberkesan segala amalan yang diguna pakai terutama ketika berada di laut yang tiada penghujung matamemandang atau dikelilingi pulau yang wujud beratus juta tahun sekali gus tentu ada menyimpan misteritersendiri atau dihuni penghuni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    Daripada beberapa petua yang Pak Nuri nyatakan sebelum ini dalam halaman ini, mungkin masih adayang tertinggal. Justeru dalam halaman kali ini Pak Nuri masih mengaitkan adanya pantang larang yangperlu diambil kira ketika di laut, bekas lombong di tengah belukar, tasik di belantara mahupun di kualasungai apabila tibanya waktu senja (antara waktu siang bertukar pada malam).

    Pada waktu begini, kita kena lebih berhati-hati supaya tidak banyak (kalau boleh jangan sekali-kali)bersiul, menjerit atau menyanyi dengan suara yang lantang kerana laut yang dihuni oleh makhluk halusdan berkeliaran pada waktu begini. Tindakan kita berkeliaran dan bersuka-suka dikhuatiri akanmendorong makhluk itu mengusik kita yang tidak menyedari kedatangan mereka.

    Langkah terbaik pada waktu begini ialah memperbanyakkan berzikir atau berehat dengan membaca ayatsuci al-Quran. Yang pasti, jangan lupa menunaikan solat wajib lima waktu. Lakukan ini untuk beberapawaktu setelah menjelang malam. Kemudian, kita boleh meneruskan aktiviti memancing dengan selesa.Namun dengan tidak bersiul, menjerit atau menyanyi dengan melepaskan suara yang kuat dibimbangkanakan mengundang bahaya tidak diundang atau tidak diduga daripada pihak kedua itu.

    Namun dalam apa juga yang kita lakukan terutama pada waktu malam atau di tempat yang dapatdirasakan berlainan, anda perlu melakukan zikir dan ini boleh dizahirkan dengan suara dengan kuat.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    6/21

    Pernah berlaku ketika melakukan zikir begini dapat diikuti oleh suara kedua yang tidak dapat dilihat wajahnyatanya. Cuma suara saja yang dapat didengar mengikut suara zikir kita, demikian cerita seorangtekong dari Parit Unas, Muar ketika penulis bertanya mengenai makhluk halus yang boleh mengikutbacaan ayat suci itu.

    Beliau tidak menolak mungkin adanya makhluk meniru mengikut bacaan kita mahu pun berzikir bersamatetapi cuma beberapa saat saja atau pada ayat-ayat tertentu saja. Justeru, kita harus mengalahkan suarakedua itu supaya kita menang dan suara kedua hilang kerana dengan kekalahan.

    Justeru, berzikirlah dengan pelbagai lagu atau irama kerana berzikir itu adalah ketenangan selainmendapat pahala.

    Jengkal joran untuk tangkapan lumayan

    PERNAH anda mendengar pemancing dulu yang menggunakan joran buluh terlebih dulu menyukatukuran panjangnya dengan menjengkal joran berkenaan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuktangan kanan?

    Ukuran terbaik diguna pakai ialah pada ukuran bilangan jengkalan pada angka ganjil. Ini satukepercayaan pada ketika itu. Malah ukuran itu juga turut dilakukan oleh sesetengah pemancing veteranyang beranggapan bahawa ukur ganjil itu boleh mendatangkan hasil tangkapan yang lumayan.

    Adakah anda percaya dengan kepercayaan ini?

    Jika itu dijadikan satu amalan yang membolehkan seseorang mendapat rezeki yang lumayan, mengapahari ini rata-rata pemancing tidak menjengkal batang pancing sebelum membelinya?

    Justeru, tentunya kepercayaan ini sudah tidak dapat dipakai atau diterima lagi pada zaman sekarangyang serba-serbi moden ini. Tetapi apapun yang diamalkan dulu tetap masih boleh diterima pakai sebagaipetua. Contohnya, mendahulukan kaki kanan ketika melangkah keluar dari rumah, membaca Bismillahdan selawat, tidak melangkah batang pancing, mesra dengan anak-anak dan isteri sebelum pergimemancing serta tidak digalakkan membawa kaki pancing yang panas baran mahupun mulut celupar.

    Perkara-perkara seperti ini harus difikirkan dengan teliti supaya tidak berlaku kekesalan jika berlakusesuatu yang buruk yang membabitkan keseluruhan pemancing.

    Kembali kepada tindakan menjengkal bagi mengukur joran, penulis sekali lagi merisik pendapat seorangnelayan veteran dari Jeram dekat Sungai Buluh, Selangor mengakui bahawa amalan itu sangat bergunaketika itu.

    Ketika itu, joran buluh dibuat sendiri. Jadi, untuk mendapatkan imbang ukuran antara joran dengan taliperambut yang biasanya tidak melebihi satu depa maka joran turut dipotong menjadikannya satu depa.Itupun berpandukan pada ukuran genap atau ganjil. Joran itu dijemur hingga kering untuk dapat bertahandengan aksi ikan besar. Kepercayaan pada masa itu sangat tebal mengenai perbuatan menjengkal joranlalu menjadi satu petua yang mesti diamalkan.

    Tetapi hari ini, amalan itu sudah tidak diguna pakai lagi tambahan pula joran yang dibeli sudah lengkapdengan cincin di bahagian hujung. Ini sudah pasti sukar untuk dipotong untuk mendapatkan ukuran ganjil.

    Apa pun, terpulang kepada anda sama ada hendak menggunakan joran buluh yang ukurannya dijengkalatau menggunakan joran sedia ada daripada pelbagai jenama terbaik lagi canggih.

    Udara segar laut boleh cegah mabuk

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    7/21

    KEPADA pemancing, mabuk laut adalah asam garam dalam menjalani aktiviti berkenaan.Bagaimanapun, jika terasa mabuk ketika terperangkap dalam keadaan ribut dan gelombang besar, andatidak harus menyorokkan diri atau terperap dalam kabin atau ruang tertutup.

    Sebaliknya, udara yang bertiup dari luar adalah bersih yang datangnya dari lautan dan boleh dianggapsebagai penawar mabuk atau pening. Udara segar itu perlu dimanfaatkan walaupun angin bertiupkencang.

    Di samping itu, pemancing harus tidak merebahkan badan atau berbaring dalam keadaan tempat yangsempit serta keadaan udara yang tidak bersih terutama terlalu hampir dengan enjin kerana bau asapdiesel boleh menambahkan lagi rasa mabuk sekali gus anda akan terus muntah-muntah.

    Ketika bot dilambung ombak, anda mesti pandai mengimbang badan serta mengikut lenggok bot yangdibuai gelombang. Cara ini anda pasti dapat bertahan lebih lama daripada terus mabuk.

    Bersandar dengan mendedahkan pandangan jauh ke hujung ke laut adalah sebaik-baik amalan yangpatut dijadikan petua. Cuma apa yang tidak patut dilakukan dalam keadaan kecemasan begini ialah tidakmemaksa diri untuk melawan kerana ribut atau gelombang besar tidak boleh ditawan dengan kekuatantenaga kecuali bertindak segera mencari kekuatan mental supaya anda terus dapat bertahan sertamelalui cemas, khuatir dan perasaan bercampur-baur itu.

    Jika dalam keadaan mabuk, tindakan menelan pil sudah tidak berguna lagi. Apa yang mungkin dapatmembantu diri anda daripada terus diserang mabuk laut ialah anda tidak perlu banyak bergerak ataubercakap banyak dalam bot yang sedang dilambung gelombang.

    Bagi mereka yang sudah dapat bertahan dengan keadaan begini, ertinya tidak mabuk laut perlumengambil kira rakan yang sudah dilanda mual.

    Beri bantuan dengan memicit tengkuk sambil menggunakan minyak angin atau mencium minyak anginsambil menyedut udara laut yang segar. Basahkan mulut dengan mengunyah benda yang masamsebagai ubat tetapi bukan untuk makan biasa yang tentunya bakal dikeluarkan semula melalui muntah.

    Dalam apa juga bantuan, untuk mengelak daripada mabuk laut, pening atau muntah selain dari petua

    yang Pak Nuri turunkan sebelum ini dalam halaman Petua Pak Nuri, anda kaki pancing perlu membuatpersediaan awal seterusnya tidak mendedahkan diri dengan sentiasa memandang air laut yangberombak atau bergerak berlebihan hingga anda tidak dapat mengawal diri jika keadaan laut bergelora.Jauhkan daripada memasang mata kail dalam bot kerana jarak pandangan mata yang dekat danmemfokus pada lubang pancing akan mengundang mabuk serta-merta.

    Kebelakangan ini, keadaan cuaca tidak menentu terutama di perairan laut sebelah Pantai Timur (LautChina Selatan). Justeru, langkah berjaga-jaga perlu diambil kira atau batalkan saja hasrat untuk turunmemancing buat sementara waktu ini.

    Pemancing perlu bekas umpan kecil sendiri

    PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak

    diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itudimasukkan dalam peti sejuk. Yang sebaik-baiknya peti sejuk itu tidak kerap atau sewenang-wenangnyadibuka bagi memastikan tahap sejuknya berterusan.

    Langkah terbaik ialah pemancing boleh mengambil beberapa ekor sotong dan ikan (jenis selayang atauselar) dimasukkan dalam bekas umpan. Bekas yang sebaik-baiknya ialah yang kecil kerana saiz inimampu mengekalkan tahap sejuknya.

    Bekas umpan ini elok tidak dikongsi. Kerana cara ini juga boleh mengelakkan ketidakselesaan

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    8/21

    memancing terutama ketika hendak menukar umpan. Justeru, adalah baik untuk tidak mengganggurakan pancing yang lain dengan memiliki bekas umpan sendiri. Cuma ais mestilah sentiasa berada padatahap sejuk.

    Satu perkara yang perlu diambil ingatan ialah umpan antara sotong dan ikan hendaklah diasingkan. Inikerana kita tidak mahu kesan bau ini bersatu. Kelak ia akan menjejaskan minat spesies ikan karang didasar laut.

    Namun dalam apa juga keadaan, umpan paling baik dan digemari oleh semua spesies ikan ialah umpanhidup yang tentunya boleh dipancing dari unjam manakala sotong dicandat atau disauk pada waktumalam bulan gelap.

    Umpan hidup seperti ini dijamin dapat memberi kejutan pada bila-bila masa saja apabila dilabuhkan.Namun begitu, harapan ini tidak semestinya menjadi kenyataan jika labuhan itu tidak mengena padaterumbu atau lubuk karang yang ada ikan. Untuk memastikan sasaran terbaik, sudah pastinya andamemerlukan alat pengesan.

    Apa pun, langkah terbaik bagi mengekalkan tahap umpan sentiasa segar, peti sejuk hendaklahdigunakan dan sotong atau ikan hendaklah dilambakkan dalam peti sejuk umpan dan kemudian ditutupdengan guni basah.

    Oleh yang demikian, adalah baik jika pemancing mempunyai satu bekas umpan sendiri bagi menjimatkanmasa memancing dan anda tidak berebut umpan. Cuma, anda tidak terlalu banyak mengambil umpandari tong umpan utama. Kerana jika umpan diambil berulang kali dari tong utama, maka ini dibimbangiakan terjejas mutu dagingnya kerana tahap sejuknya tidak lagi maksimum.

    Diharapkan petua kali ini menjadi dengan syarat setiap kaki pancing membawa tong kecil sendiri.

    Joran sebatang cukup untuk teroka laut

    KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untukmembawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhisegenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.

    Ada sesuatu yang menarik ketika Pak Nuri berbual dengan seorang pemancing veteran dariperkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapaperalatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebihselesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.

    Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, Pak Nuri mencadangkan kepada semua kakipancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joranpancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!

    Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut.Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak.

    Tentu kelam kabut dibuatnya, kata pemancing veteran itu yang mendapat gelaran Pokde Deris sambilmenggayakan dua belah tangan menjulang joran pancing.

    Habis (kalau terlalu banyak joran) macam mana nak gulung tali? katanya sambil ketawa besarmengingatkan peristiwa benar yang berlaku pada dirinya ketika muda dulu.

    Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala keranaterlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    9/21

    dengan baik.

    Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezekiterlepas begitu saja, suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidakmenggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.

    Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan kedasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.

    Justeru, daripada pengalaman Pokde Deris adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petuaamalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yanghendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa bebanyang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.

    Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turunmemancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai.

    Usah berlagak hero

    SENGAJA mendedahkan diri pada bahang panas matahari dan hujan lebat atau berembun pada waktumalam adalah perkara yang perlu dielak semasa memancing di kolam, sungai atau tasik lebih lagi di laut.

    Panas terik akan mengundang kurang selesa dan bahang panas akan mengeringkan kulit kepala dantubuh badan sekali gus tekak akan kering dan dahaga yang berterusan. Sebaik-baik langkah berjaga,pemancing kena cari tempat berteduh atau menggunakan topi lebar di kepala seperti kaum cinamemakainya semasa bekerja di kebun sayur.

    Menutup seluruh badan dengan kain lembut dan boleh menyerap peluh adalah langkah paling baik tapiini tidak harus di biasakan, kerana mungkin kulit badan kita tidak dapat bertahan dan ia akan menjadiruam kulit atau bertanda seperti panau, lagi berbahaya jika membiarkan baju yang basah itu kering dibadan.

    Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya panas terik dan hujan lebat dapat dielakkan tapi banyakanminum air panas sejuk dan tidak membiarkan perut kosong kerana dibimbangkan perut masuk angin.Andainya jika ini berlaku anda akan berdepan dalam satu keadaan paling rumit kerana rawatan tidakseperti di darat, namun apa pun keadaan jika penyakit ini tidak berkurang langkah terbaik ialah membawamangsa pulang.

    Mengingati satu peristiwa yang dipetik dari cerita seorang kawan pancing dari Kahang Keluang Johor,terdedah pada bahang panas matahari yang panjang seorang pemancing jatuh pitam tidak sedarkan diridan akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke jeti.

    Daripada peristiwa ini dapat dijadikan satu iktibar bahawa kita tidak harus mendedahkan diri pada bahangpanas matahari atau hujan lebat dianggap membantu segarkan badan tapi sangkaan itu tidak dapatmemberi janji yang tepat, justeru langkah terbaik kita tidak melakukan perkara yang boleh melibatkan diri

    kita kepada keburukan.

    Jangan jadikan panas terik dan hujan lebat sebagai permainan atau sengaja untuk menarik perhatikankawan-kawan pancing bahawa akulah jaguh tapi sebenarnya tindakan itu sesuatu yang memerangkapdiri sebagai seorang yang paling bodoh.

    Kadang-kadang petua yang kurang diyakini tapi menjadi, malah tidak kurang yang tidak menjadiwalaupun diyakini. Allah lebih berkuasa daripada semua kekuasaan yang diciptaNya justeru kepadaNyasaja untuk kita meminta atas jalan kebaikan.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    10/21

    Bangun awal pagi dapat rezeki berganda

    Petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu mengaitkan keyakinan walaupun kadang-kadangdirasakan tidak selari antara petua dan keyakinan Pada hakikatnya petua dapat bertahan lama daripadakeyakinan yang sering berubah.

    Pak Nuri pernah merisik satu rahsia daripada beberapa orang nelayan veteran yang rata-rata sudahberusia tujuh puluhan yang terus mengamalkan bangun awal pagi sambil melakukan senaman ringan dihalaman rumah sebelum menunaikan solat subuh.

    Selepas itu berjalan di kebun dengan melalui dicelah-celah daun pokok yang masih berembun bagimendapatkan kesihatan badan. Melakukan tidur semula selepas solat subuh adalah satu amalan yangkurang baik sama ada dari segi kesihatan mahu pun rezeki.

    Menurut Pak Uyup, nelayan tertua di kampung Dumpar Muar, yang dikatakan sudah mencecah usia 105tahun masih mengamalkan bangun awal pagi kerana udara pagi belum tercemar.

    Walaupun tidak turun ke laut, tapi Atuk tetap bangun pagi dan tidak tidur selepas solat subuh, CeritaPak Uyup kepada penulis baru-baru ini sambil mengingatkan berkali-kali supaya air batu jangandiamalkan untuk minum terutama daripada ketul-ketul ais yang dicampur dalam gelas minuman.

    Minum air batu memang lazat untuk hilangkan dahaga, tapi kita tak akan rasa puas. Berbeza kalau kitameneguk teh o panas tanpa gula, tambah orang tua itu sambil mempelawa penulis minum bersamanyadengan teh o panas.

    Minuman teh yang Atuk amalkan walau di mana Atuk pergi, teh o tawar bagaikan penawar yangmengalir dalam tubuh dan terasa segarnya walau dalam keadaan bahang panas matahari ketika itu.

    Daripada apa yang dapat Pak Nuri timba amalan yang digunakan oleh Pak Uyup yang masih kuatingatannya perlu dijadikan petua amalan bagi kita terutama pada kaki pancing yang terdedah denganhaus dahaga di tengah laut semasa memancing.

    Kita kena amalkan walaupun dirasakan perbuatan ini satu penyeksaan pada mulanya, tapi pada

    penghujungnya adalah kebaikan.

    Sambil itu bangun tidur pada waktu awal pagi dan tidak mengulangi tidur sebaik selepas solat subuhperlu dijadikan amalan dan Allah berfirman dalam Al-Quran. - Telah aku taburkan rezeki yang banyakpada waktu awal pagi, berlumba-lumbalah kamu meninggalkan rumah untuk mencarinya dan akan akugandakan rezeki itu jika kamu benar-benar ikhlas tidak mengulangi tidur hingga matahari terbit.

    Tangkapan lumayan jika tidak mandi?

    Oleh Nuri Angkasa

    ADA sesetengah berpendapat bahawa selama manamemancing, kita dilarang mandi atau menukar pakaiankerana perubahan ini boleh menjejaskan tangkapanikan. Apakah ini sesuatu yang melucukan? Apakahasas dan rasionalnya? Ketika kita mengejar perubahandan melaksanakan pembangunan negara denganteknologi moden sekarang, tindakan tidak mandi atauenggan menukar pakaian ketika ekspedisi beberapahari di laut pastinya mencetuskan keadaan kurangselesa.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    11/21

    Pak Nuri percaya, ramai pemancing sekarang tidak mahu cara lama itu diamal atau dijadikan petua.Tetapi apa pula pendapat seorang tekong lama yang sebelumnya veteran nelayan dari Umbai, Melakayang kini sudah berusia 90 tahun. Beliau masih kelihatan berdaya lagi jika diajak turun memancing diPulau Besar. Beliau mahu dikenal sebagai Tok Deris Serkam ketika ditemui di warung ikan bakar SerkamLaut.

    Beliau tidak menolak amalan nelayan dulu yang tidak mandi ketika memancing. Katanya, itu adalah petuayang sering diamalkan kerana sampan dulu kecil dan sempit yang tidak membenarkan kita berdiri ataubergerak bebas apa lagi untuk mandi. Malah jangka masa turun ke laut pun tidak melebihi 24 jam.Justeru, mereka tetap menganggap peluang untuk mandi ketika turun di laut tidak berlaku.

    Sekarang dah banyak berubah. Bot dah besar macam kapal. Lebih dari sepuluh orang boleh turunmemancing dalam satu masa. Ada dapur masak. Ada tandas, tentu saja boleh mandi, kata Tok DerisSerkam sambil ketawa dengan mempamerkan dua batang gigi yang masih bertahan tetapi mata danpendengaran masih baik.

    Mengaitkan mengenai bau dengan ikan di laut yang dianggap ada sentuhan halus yang kita sendiri tidaktahu, Tok Deris agak sukar untuk menidakkan hubungan bau itu kerana mereka (nelayan) dulu memangtidak mandi tapi tangkapan ikan memang lumayan, ikan memang banyak.

    Ini terpulang kepada keyakinan dan kepercayaan seseorang. Rezeki bukan di tangan kita. Allah yangmenentukan dan tentunya tidak berkait dengan bau badan yang tidak mandi atau dengan mandi berpuluhkali, kata orang tua itu lagi.

    Namun pandangan Pak Nuri adalah lebih baik pemancing di laut yang melakukan ekspedisi memancingtiga hari dua malam harus berada dalam keadaan selesa dengan pakaian bersih supaya kita dapatbertahan lama untuk melakukan aktiviti memancing.

    Justeru berpandukan faktor ini, kepercayaan bau badan daripada pemancing yang tidak mandi bolehdikaitkan dengan sentuhan halus dengan ikan dalam laut itu ternyata tidak boleh diterima pakai bagigenerasi sekarang yang turun memancing dalam bot besar dan lengkap pelbagai kemudahan. Namunpetua lain yang masih relevan perlu diamalkan demi keselamatan diri dan kumpulan kerana petua adalah

    yang terbaik jika diamalkan.

    Kejar waktu jangan lupa makan

    KADANG-kadang pemancing tidak mengira waktu untuk berehat, tidur atau makan semasa ekspedisimemancing yang berlarutan hingga tiga hari dua malam atau lebih daripada itu.

    Justeru jadual untuk menjaga kesihatan diri juga perlu diatur bersama dengan aktiviti memancing supayakita dapat bertahan lebih lama dalam keadaan yang selesa.

    Petua Pak Nuri kali ini adalah langkah terbaik membahagikan masa memancing pada waktu tertentuseperti pada pagi sebelum fajar dan selepas fajar. Waktu hampir senja sebelum terbenam matahari dantengah malam. Selain daripada waktu tertentu itu kita boleh memilih waktu arus air lemah antara air

    pasang dan surut. Kita kena memburu waktu yang terhad ini dan selepas itu kita boleh berehat untukmenyimpan tenaga supaya sentiasa aktif.

    Pertemuan dengan Pak Ayub yang sesekali masih turun ke laut melangai udang di Selat Melakamengamalkan waktu air mati dan cuaca untuk turun ke laut. Pertemuan singkat di kuala sungai ParitJawa Muar, Pak Ayub, yang berusia 85 tahun masih gagah mengisi tugas sebagai warga pelaut tidakmenolak ajakan untuk memburu umpan di kawasan lubuk atau karang.

    Pak Ayub berkata waktu dan masa seperti yang disebutkan di atas perlu diamalkan dan dengan cara

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    12/21

    begitu kita mempunyai masa untuk berehat yang agak panjang.

    Kita tak perlu terus menerus memancing sampaikan lupa waktu malam, solat dan berihat, sedangkanketika itu ikan langsung tak minat mencari makan, jadi kita nak buat tunggu, kata Pak Ayub.

    Cakapnya ada benarnya melalui pengalamannya yang sudah begitu lama berkawan dengan laut jadipetua yang baik ini perlu dijadikan pedoman oleh generasi hari ini yang berhajat untuk menjadipemancing yang boleh bertahan lama di laut.

    Penting membahagikan masa dan berbincang selalu dengan tekong untuk mendapatkan waktu sesuaiuntuk memancing supaya kita tidak bosan menunggu begitu lama terutama menunggu masa ikanmencari umpan.

    Justeru petua harus di jadikan pedoman dan mengamalkannya.

    Selalu tukar umpan mampu gamit ikan

    Oleh Nuri Angkasa

    SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepandengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantanadalah sahabat baik dengan orang tua itu.

    Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal dikawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dicksonbaru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama menegukkopi o tanpa gula.

    Wow! Pahit, kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahanlalu cepat-cepat menelannya.

    Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis.

    Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi, kata Pak Dolmatsambil menghirup kopinya dengan berselera.

    Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis singgah di warung Pak Jantanuntuk mendapatkan petua bagaimana cara umpan dapat bertahan lama dalam air laut walaupun keadaanarus terlalu deras.

    Pak Jantan dan Pak Dolmat sependapat bahawa jika dalam air melebihi 50 meter dan arus terlalu deras,pemancing dinasihatkan mengguna umpan yang liat seperti isi sotong segar atau isi ikan selayang segaratau ikan hidup.

    Cara menurunkan umpan ke dasar juga perlu diberi perhatian. Anda tidak boleh serta-merta atau terus

    menghulurnya ke dasar kerana cara ini dibimbangkan umpan isi ikan yang tidak segar akan tanggal darimata kail dengan sendirinya.

    Cara paling baik anda perlu menurunkan umpan dengan perlahan dan berhenti seketika dan teruskansemula. Lakukan ini beberapa kali hingga batu ladung mencecah dasar. Seperti biasa apabila mencecahdasar, gulung sedikit tali supaya umpan terampai-ampai.

    Kita juga perlu selalu menukar umpan dengan yang baru kerana kadang kala anda tidak sedar bahawaumpan sudah lama hilang dari mata kail dan ini tentunya menghampakan anda untuk mendaratkan ikan.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    13/21

    Petua selalu menukar umpan adalah sesuatu yang terbaik untuk diamalkan dan tentunya dapat menarikminat ikan di dasar. Petua yang sama juga selalu diceritakan oleh pemenang acara GP Joran sejak 10tahun lalu.

    Kawal tekanan perasaan

    Oleh Nuri Angkasa

    KETIKA memancing di laut pemancing sering kali didatangi rasa tertekan mungkin kumpulan merekatidak mendapat ikan atau individu terbabit kurang bernasib baik. Sedangkan dalam masa yang samarakan pancing yang lain berjaya mendaratkan satu demi satu ikan. Rasa tertekan di kalangan ahli yangkurang bernasib baik itu tambah menebal dan jika tidak dapat dikawal keadaan akan menjadi lebih buruk.

    Pernah berlaku dalam satu kumpulan, seorang yang kurang bernasib baik mengutuk dirinya sendiri lantasmenuduh rakannya lain ada menyimpan hantu laut atau ilmu hitam yang boleh menjinakkan ikan di laut.

    Lantas beliau menggantung joran pancing, tidak lagi berminat untuk meneruskan aktiviti memancing,

    namun ekspedisi tiga hari dua malam itu mencatat satu pengajaran baru bagi insan pemancing yangtidak pernah bersyukur atas nikmat yang Allah berikan itu apabila seorang lagi rakan pancing dalamkumpulan itu yang juga menerima nasib sepertinya, tapi rakan itu terus bersabar dan dengan tenangmenanti ikan meragut umpan yang dilabuhkan itu.

    Akhirnya berkat sabar sambil berusaha, beliau paling banyak meraih rezeki daripada rakan yang lain.Menyedari bahawa tekanan perasaan yang lahir daripada perasaan cemburu terhadap rezeki kawan-kawan hingga sanggup menuduh perkara yang bukan-bukan hingga membuatkan dirinya sendiri jadimangsa dari tekanan dirinya sendiri.

    Jika tuduh menuduh itu hanya untuk gurauan ketika memancing tidak mengapa, tetapi jika selepaspulang ke tanah besar perasaan marah terus berkubu dalam hati ini akan menjadi lebih buruk dan iniboleh menimbulkan perkelahian.

    Justeru atas kesilapan itu beliau akhirnya sedar bahawa petua paling baik ialah sentiasa bersabar danbersyukur walau cuma mendapat seekor anak ikan gelama. Allah tidak pernah zalim terhadap hambanya.

    Rahsia sepinggan nasi makan bersama

    SEPINGGAN nasi dimakan bersama, seketul kuih jamah menjamah, inilah peribahasa yang mengaitkankeharmonian dalam berumah tangga.

    Malah berpandukan kepada peribahasa ini, pasangan suami isteri akan menjadi lebih mesra dan ini tidakharus bermusim ataupun cuma dilakukan ketika dalam keadaan tertentu saja.

    Bagi pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, amalan sepinggan nasi makan bersama

    perlu dijadikan petua, demikian amalan bagi veteran nelayan dari Pontian, Johor.

    Pak Shamsuri, 85, bersama pasangannya Saleha, 80, masih mengekalkan prinsip sepinggan nasi makanbersama, bergurau senda sambil mengamalkan kata-kata klasik, berterus terang antara satu sama laindan bantu membantu.

    Malah sikap yang mereka amalkan ini juga menjadi contoh kepada anak, cucu malah cicit dan menantu.

    Ketika ditemui penulis baru-baru ini, mereka kelihatan ceria seperti zaman muda dulu. Cumapendengaran kedua-duanya sedikit kekurangan dek faktor usia. Namun daripada apa yang terukir pada

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    14/21

    wajah tua yang sudah berkedut itu nyata mereka mengamalkan petua yang berkait rapat denganperibahasa sepinggan nasi makan bersama.

    Apa pun ada banyak lagi usaha yang perlu diamalkan atau dijadikan petua sebagai langkah mengekalkantonggak bahagia rumah tangga terutama bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

    Pak Nuri turut mengamalkan petua terbaik ini. Walau pun ada rasa malu apabila diperhatikan oleh cucuyang sudah dewasa. Tetapi ini juga adalah satu contoh yang baik untuk mereka dalam persediaanmengisi jalan yang lebih dewasa pada masa akan datang.

    Begitu juga dalam bersahabat, terutama untuk pemancing. Soal makan di dalam bot atau ketika di lokasijangan terlalu individualistik. Jika ada makanan atau bekalan yang dibawa perlu dibahagikan makajangan terasa berat hati untuk melakukannya kerana ini akan memberi keberkatan serta menambahrezeki.

    Jika kita sanggup berkongsi maka Allah akan membukakan hati orang lain untuk berkongsi dengan kita.

    Rawatan ketika mabuk laut

    Oleh Nuri Angkasa

    BIASANYA, kita kurang berminat untuk memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah-muntah dalam bot ketika keluar memancing. Alasannya kerana bimbang kita pun turut sama akanmuntah.

    Sepatutnya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi rawatan kepada mereka yang menghadapisituasi berkenaan. Sekurang-kurangnya mengurut tengkuk mangsa supaya muntah keluar lebih lancarsupaya lebih cepat lega.

    Rakan yang muntah sudah tentu tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan.Langkah pertama, anda harus membantu mereka supaya duduk bersandar dan memicit bahagian

    tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan. Mangsa muntah perlu diberi minum air suamdengan banyak bagi mengelak daripada kering mulut dan perut.

    Malah jika perlu bancuh air gula bercampur garam bagi menggantikan cecair badannya yang sudah habiskeluar bersama muntah. Jika ini dilakukan, mangsa akan lebih cepat segar.

    Dengan apa cara sekali pun perut mesti diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makananringan, mangsa akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara rawatan yang perlulakukan.

    Rakan yang muntah perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti memancing demi untuk memulihkankesihatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam apa jua keadaan, mangsa muntah perlu dikawalkerana ketika memancing dalam bot, kemudahan rawatan adalah terhad. Justeru, anda adalah jururawatdan anda juga doktor ketika itu.

    Langkah terbaik, rehatkan mangsa muntah dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempatterbuka. Kalau boleh di belakang bot. Ini untuk mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikanmangsa tidak menyedut asap enjin kerana boleh memburukkan keadaan.

    Mangsa muntah jangan diganggu. Benarkan mereka tidur terus sehingga terjaga sendiri. Insya-Allahmereka yang terbabit itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktiviti memancing. Tetapi andatidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas baru pulih.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    15/21

    Tembakau untuk perubatan alternatif

    Oleh pak Nuri

    RAMAI pemancing masih tidak mengetahui tembakau yang diadun secara tradisi untuk dihisap bersama

    rokok daun nipah terutama tekong bot mempunyai khasiat yang berguna terutama untuk perubatanalternatif sebelum mendapat ubat yang betul atau dihantar ke hospital.

    Pernah berlaku kepada pemancing di Pantai Timur yang kehabisan ubat setelah mereka terluka kenamata kail menyebabkan banyak darah keluar. Tekong yang secara kebetulan menghisap rokok tembakautradisional mengambil sedikit tembakau yang diadun secara tradisi dan dibasahkan dengan air.

    Selepas itu tembakau berkenaan ditampal pada mata luka dan dibalut dengan kain bersih. Dalam masakurang daripada setengah jam darah yang mengalir dari mata luka berhenti serta merta dan sejam lepasitu pemancing dapat meneruskan aktiviti seperti biasa.

    Kepada tekong atau nelayan tradisi mereka memang selalu membawa tembakau, jika tidak menghisappun mereka akan simpan untuk dijadikan ubat. Getah tembakau yang kelat boleh dijadikan ubat untuk

    menahan darah atau untuk sengatan binatang biasa kecil seperti lipan atau kala jengking.

    Disebabkan hari ini teknologi perubatan sudah semakin maju cara tradisional hampir dilupakan.bagaimanapun kepada nelayan tempatan mereka masih mengekalkan perubatan alternatif denganmembawa daun sireh, tembakau, cuka, bawang putih sebagai pengganti ubat jika terkena musibah.

    Untuk itu kepada pemancing yang sering ke laut walaupun mempunyai ubat yang mencukupi perubatantradisi perlu disediakan kerana ia boleh dijadikan satu cara perubatan sementara untuk mendapatkhidmat perubatan moden.

    Jangan lupa halia, bawang putih

    Oleh Pak Nuri

    KETIKA rasa ghairah membuat persediaan turun memancing, ramai kaki pancing lupa kepada beberapapetua yang perlu diamalkan seperti menyediakan ubat-ubatan menahan bisa, sakit perut, pening kepalaatau sakit gigi serta disengat binatang bisa.

    Keperluan ini sangat penting untuk dibawa bersama sama ada secara kumpulan atau individu walaupunkeperluan berkenaan ada disediakan dalam bot atau kotak ubat, namun langkah berjaga-jaga perludilakukan kerana ada kemungkinan tekong atau ketua kumpulan terlepas pandang mengenai ubat yangperlu dibawa dalam setiap kotak atau beg pemancing.

    Pernah berlaku pada satu trip memancing laut dalam apabila seorang pemancing terkena sengat ikanpari.

    Sebagai langkah bantuan untuk menahan bisa, tekong bergegas membuka kotak ubat yang tersediatetapi semua ubat yang diperlukan sudah kehabisan.

    Keadaan menjadi kelam kabut dan mencemaskan. Bagaimanapun seorang daripada pemancing laindalam kumpulan berkenaan bertindak memicit bahagian yang terkena sengat untuk mengeluarkan bisadan kemudian menumbuk halia bersama bawang putih lalu dilumurkan pada tempat luka yang terkenasengat itu.

    Langkah ini dapat mengurangkan rasa sakit kerana panas halia bercampur bawang putih dapat melawan

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    16/21

    sakit. Bagaimanapun ia perlu dirawat terlebih dulu.

    Daripada peristiwa yang berlaku langkah terbaik suiaya kita semua tidak mudah panik, tetapi perlumemberikan kerjasama dan cepat memberi bantuan.

    Kepada tekong berpengalaman, mereka tetap mempunyai beberapa jenis rempah ratus selain untukmasak sekurang-kurangnya sebagai pilihan kedua apabila ubat yang diperlukan tertinggal ataukehabisan.

    Peranan halia dan bawang putih amat penting kerana kepercayaan masyarakat Cina dua rempahberkenaan dapat membuang angin dalam badan dan dapat menyedut biasa jika terkena sengat binatangatau ikan berbisa.

    Berpatah balik selepas separuh perjalanan

    Oleh Nuri Angkasa

    LANGKAH kaki ketika keluar rumah menjadi perkiraan serius bagi sesetengah orang. Justeru, berpatahbalik setelah mengatur perjalanan jauh adalah satu perbuatan yang kurang baik.

    Tetapi hakikatnya itulah yang sering berlaku apabila seseorang sanggup membatalkan niat ke sesuatulokasi kerana semata-mata berlaku perkara tertentu yang dianggap tidak wajar bagi meneruskanperjalanan.

    Namun tidak ramai yang memikirkan petanda kurang baik daripada apa yang dilakukan itu. Keranaberpatah balik itu nyata satu petanda perjalanan itu tidak harus diteruskan pada waktu itu. Justeru,ambillah tindakan untuk pulang jika kita benar-benar faham mengenai detik hati, gerak rasa atau petua.

    Langkah terbaik yang perlu dilakukan ialah anda harus berehat untuk beberapa ketika di rumah atau dimana saja destinasi yang membabitkan anda berpatah balik. Atau, adalah lebih berkat lagi denganmengamalkan petua seperti menunaikan solat sunat dua rakaat dan bermohon kepada Allah supayaperjalanan anda seterusnya akan diberkati, lancar dan beroleh keselamatan.

    Kita tentu jarang-jarang memikirkan atau tidak langsung mahu menjadikan iktibar daripada perkara ini.

    Ingat, sikap mengambil ringan atau tidak endah sering membawa padan buruk. Namun tidak ramaidaripada kalangan kita terutama mereka yang berdarah muda yang sentiasa memburu masa; mengambilkira ada tanda-tanda buruk yang sudah ditunjukkan pada peringkat awal.

    Kerana itu adalah lebih baik pada pandangan Pak Nuri yang melalui beberapa peristiwa yang adabaiknya, jika anda berpatah balik kerana ada barang yang tertinggal di rumah walaupun anda sudahmelakukan separuh perjalanan ke destinasi.

    Apa yang perlu dibuat ialah anda perlu berehat di rumah atau tidak digalakkan untuk meneruskanperjalanan. Berehat untuk beberapa ketika, tunaikan solat sunat dua rakaat dan kemudian bolehlahmeneruskan perjalanan anda dan sentiasa ingat kepada Allah bermohon untuk selamat dalam

    perjalanan.

    Memancing elok berkawan

    BIASANYA ada perundingan kecil sebelum menetapkan tarikh turun memancing sama ada di kolam,tasik, sungai atau laut. Cara begini sangat baik, tapi ada kalanya cara begini juga gagal dapat katasepakat. Perkara ini timbul apabila ada pihak dalam kumpulan sering rasa tidak puas hati dengan satupihak lain.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    17/21

    Kaitan yang sering dilakukan ialah dengan mengatakan pihak berkenaan menggunakan ilmu hitam,membawa tangkal dan pelbagai tuduhan sebelum turun memancing.

    Pernah berlaku satu kumpulan yang menamakan dirinyaMemerang tidak dapat turun memancingdalam tempuh berbulan lamanya disebabkan bertelagah sesama sendiri.

    Apa pun petua terbaik harus diambil kira dengan mengenepikan cara berfikir yang sudah tidak relevan dizaman pembangunan ini, tapi bukan semua cara lama harus dibuang.

    Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang nelayan veteran di Pantai Remis, Perak yang masihmengekalkan cara berkumpulan untuk turun memancing, sama ada di sungai atau laut dalam, sekali gusmengamalkan istilah lamaJalan seorang kita mati - jalan berdua kita berkawan lantas menolak ilmuhitam yang dipakai rakan pancing menyebabkan rezeki hilang dalam tangan, atau ikan lari ketakutan.

    Tafsiran ini salah dan bercanggah dengan ajaran agama Islam.

    Allah yang menentukan segala apa yang terjadi bukan menggunakan ilmu hitam atau tangkal.

    Untuk itu dalam segala hal yang ada hubung kait dengan memancing sama ada di sungai, tasik atau lautcara berkumpulan adalah yang terbaik dan tidak timbul untuk memikirkan pihak tertentu ada memakaiilmu hitam atau menggunakan hantu.

    Petua baca selawat dan bismillah sebelum melangkah meninggalkan rumah dan baca selawatberkumpulan sebelum masuk dalam bot, Insya-Allah kita akan beroleh selamat.

    Jangan memancing semasa kilat

    CUACA banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah. Begitu jugadengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripada fenomena yang penting terutamaketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dan tanah besar.

    Pernah berlaku beberapa peristiwa semasa satu kumpulan pemancing muda melakukan ekspedisimemancing di laut berhampiran perairan Pulau Bidong Terengganu, beberapa tahun lalu.

    Menurut cerita Pak Wan Dollah, tekong veteran yang kini sudah berusia 88 tahun dan tidak lagi turun kelaut tapi masih dapat mengingati kumpulan yang tidak mengindahkan larangan atau petua ketikamemancing ketika berlaku kilat sabung menyabung.

    Jika berlaku sebarang suasana sedemikian pemancing tidak digalakkan mendedahkan diri di tempatlapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang besi kerana ia mudah disambarpetir.

    Menurut Pak Wan Dollah, ketika membawa rombongan pemancing beliau menasihatkan kaki pancingsupaya patuh kepada petua seperti yang dinyatakan di atas tapi petua itu langsung tidak diendahkansebilangan pemancing yang terdiri daripada lapan orang anak muda.

    Dalam suasana cuaca yang berubah dengan tiba-tiba angin kencang bertiup berserta guruh dan kilat,gelombang besar mula mengubah ganas di laut yang tadinya tenang.

    Pak Wan Dollah mengarahkan kaki pancing supaya beredar masuk ke kabin dan tidak mendedahkan diribagaikan mencabar kilat yang mula memanah beberapa kaki pancing yang degil itu.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    18/21

    Suasana menjadi kelam kabut kerana tiga pemancing pengsan apabila joran pancing mereka disambarkilat. Pak Wan Dolah terpaksa melakukan rawatan daripada pengalamannya yang luas dalammenghadapi situa si begitu.

    Rakan pancing lain menginsafi kedegilan setelah melihat rakan mereka yang dan tidak langsung mahumendengar nasihat tekong atau mengamalkan petua yang baik itu.

    Justeru nasihat Pak Nuri perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan mendedahkan diri kepadakeadaan sedemikian. Berhentikan sebarang aktiviti memancing semasa guruh dan kilat sabungmenyabung.

    Berlindung di tempat yang selamat serta berzikir untuk kebaikkan semua.

    InsyaAllah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingat kepadanya.

    Air tawar halang terik matahari

    SEMASA menghadapi cuaca panas yang terus berbahang semasa memancing di laut kita bakalberdepan dengan suasana tidak selesa terutama bumbung pelindung bot tidak cukup besar untukmenampung keseluruhan bot.

    Justeru langkah terbaik pemancing perlu mengunakan topi lebar (seperti pekebun sayur wanita cina).Selain itu baju tebal berwarna putih yang dapat menyerap peluh juga sebaik-baik pakaian yang perludigunakan.

    Baju yang berupaya menyerap peluh ini dapat menyegarkan kita kerana sentiasa lembab berbandingdengan mereka yang tidak berbaju kerana pendedahan terbuka kepada matahari menyebabkan kulitbadan menjadi kering dan mudah menggelupas.

    Dalam apa juga keadaan suhu badan harus diletakkan dalam keadaan sederhana dengan mengambilkira keadaan sekitar yang mesti ada ruang untuk mendapatkan angin laut yang terbuka. Tuala perlu

    dibasahkan dengan air tawar, bukan dengan air laut yang masin. Tuala basah di bungkus di kepalasupaya bahagian kepala dapat bertahan daripada panas mata hari dan segarnya dapat bertahan lebihlama.

    Langkah terbaik dan sangat berkesan pemancing perlu banyak minum air sejuk (air mineral) bukan yangdisejukkan dalam peti sejuk nelayan atau mengambil ketul ais untuk di minum sama. Ketul ais yangdibekalkan untuk menyegarkan ikan bahaya untuk diminum.

    Pemancing juga tidak digalakan terus mandi dalam keadaan badan yang masih berbahang panas. Andaperlu mengambil masa untuk beberapa minit berihat sebelum mandi.

    Air tawar yang dibawa dari darat adalah terbaik untuk menghalang bahang panas matahari.

    'Tidur-tidur ayam' selamat nyawa

    TIDUR memainkan peranan penting kepada kesihatan seseorang sama ada semasa memandukenderaan di daratan atau mengendalikan bot, atau kapal semasa di lautan. Jika mengantuk yang tidakterkawal boleh membawa mudarat seperti terbabit dalam kemalangan sama ada di jalan raya atau di laut.

    Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi pengalaman di laut selain menjadi tempat kita mencari rezeki, laut jugatempat yang penuh dengan cabaran walaupun tidak sesibuk se perti di darat. Namun laut tetapdikategorikan sebagai tempat berbahaya yang mesti difikirkan sebelum melangkah turun ke laut.

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    19/21

    Pengalaman yang hendak dikongsikan kali ini walaupun dianggap ringan tapi faedahnya besar. Kakipancing yang sentiasa menjalani aktiviti memancing di laut digalakkan supaya belajar `tidur-tidur ayam'terutama kepada tekong. Cara berkenaan mempunyai kebaikan terutama untuk menjaga keselamatandan bertindak pantas jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Tidur-tidur ayam dalam bot tidak banyak menimbulkan masalah kerana tidak perlu disediakan tilam atau

    bantal kerana kita bukan bertujuan untuk tidur nyenyak semasa menjalankan aktiviti memancing namuntidur untuk berehat supaya mendapat semula tenaga, sebelum meneruskan aktiviti memancing yangmungkin berlarutan hingga beberapa hari.

    Tidur nyenyak yang panjang ketika di laut merugikan masa yang sepatutnya digunakan untukmemancing, sebab itu tidur-tidur ayam digalakkan supaya masa memancing lebih panjang.

    Satu lagi tidur-tidur ayam juga untuk menjaga keselamatan. Pernah berlaku peristiwa yang hampirmeragut nyawa sepuluh pemancing dalam satu bot yang dapat mengubah haluan kapal dagang daripadamelanggar bot pemancing terbabit.

    Pemancing yang tidur-tidur ayam dapat melakukan tindakan keselamatan dengan memberi isyarat lampukepada kapal terbabit yang akhirnya dapat dikesan oleh kapal yang berhadapan dengan mereka. Sebab

    itu kebanyakan tekong dan pemancing berpengalaman tahu cara bagaimana untuk tidur-tidur ayamketika berada di laut.

    Hilang punca jalan keluar

    SESAT sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing di terutama lombong tinggalatau tasik dalam hutan, namun pengalaman seorang bekas sarjan komando tentera darat, dapatdijadikan petua untuk diamalkan bersama kaki pancing.

    Petuanya mudah, lakukan menakik pokok pada permulaan kita masuk ke hutan dengan meletak rantingpokok yang ditajamkan bahagian hujung menghala ke lokasi. Tanda berkenaan perlu dibuat setiap 5 atauenam meter sehingga sampai di lokasi.

    Semasa pulang ikut jalan yang dilalui dengan menjadikan tanda sebagai panduan. Cara begini anda pastitidak akan sesat namun perlu berhati-hati kadang-kadang timbul kekeliruan disebabkan hilang atau salahtunjuk.

    Jika timbul kekeliruan anda jangan penik dan hentikan perjalanan bagi mengelakkan terus sesat.Teruskan mencari tanda jangan berpecah jika dalam kumpulan kerana berpecah itu akan mengundangmasalah yang lebih buruk.

    Ini pernah berlaku dalam kumpulan pemancing yang hilang arah untuk pulang lalu berpecah duakumpulan untuk mencari arah pulang dengan mencari ranting pokok yang dipatahkan, bagaimanapunkedua-duanya akhirnya jauh meninggalkan jalan mula yang ditanda.

    Akhir dua kumpulan berkenaan hilang antara satu sama lain hingga bermalam dalam hutan tebal. Merekaakhirnya di selamatkan oleh satu lagi kumpulan pemancing yang mengunakan jalan yang sama tidak jauhdari tempat kedua-dua kumpulan yang sesat itu.

    Berpandu kepada peristiwa ini Pak Nuri syorkan supaya arah tuju mesti ditanda semasa melalui hutantebal atau lorong dalam hutan. Jangan sekali-kali berpisah jauh daripada tanda yang sudah dibuat. Petuaini mesti di amalkan.

    Jangan meludah dalam laut

  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    20/21

    DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur,namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkankebaikan.

    Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning,telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu

    tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.

    "Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan oleh mereka danrata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.

    Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktumalam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikansebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yangbaru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.

    Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua

    atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah denganmengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempatkita mencari rezeki yang perlu dihormati.

    Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untukkeluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalamplastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.

    Buah-buahan masam ubat mabuk laut

    Memancing duduk ketika gelora lebih selamat

    Buaya pantang dayung melintang

    Keselamatan memancing penting

    Rahsia air jerang berkhasiat tinggi

    Cara elak alah ikan talang

    Zikir dalam bot bawa ketenangan

    Jengkal joran untuk tangkapan lumayan

    Udara segar laut boleh cegah mabuk

    Pemancing perlu bekas umpan kecil sendiri

    Joran sebatang cukup untuk teroka laut

    http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080307120320/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080222151757/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080222151710/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080215153337/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080202115647/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080202115647/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080125150648/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080118110440/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080111144514/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071213110652/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071213110542/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071213110542/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071203153525/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080222151757/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080222151710/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080215153337/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080202115647/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080125150648/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080118110440/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080111144514/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071213110652/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071213110542/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071203153525/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20080307120320/Article/index_html
  • 8/14/2019 TIPS DAN PETUA PEMANCING

    21/21

    Usah berlagak hero

    Bangun awal pagi dapat rezeki berganda

    Tangkapan lumayan jika tidak mandi?

    Kejar waktu jangan lupa makan

    Selalu tukar umpan mampu gamit ikan

    Kawal tekanan perasaan

    Rahsia sepinggan nasi makan bersama

    Rawatan ketika mabuk laut

    Tembakau untuk perubatan alternatif

    Jangan lupa halia, bawang putih

    Berpatah balik selepas separuh perjalanan

    Memancing elok berkawan

    Jangan memancing semasa kilat

    Air tawar halang terik matahari

    'Tidur-tidur ayam' selamat nyawa

    Hilang punca jalan keluar

    Jangan meludah dalam laut

    http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071030101030/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071017135752/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071005122841/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070927112509/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070914124405/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070810153456/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070911143103/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070808103227/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070727112922/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070720150753/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070712120432/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165829/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165743/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165418/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165418/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165225/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165134/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165016/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071030101030/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071017135752/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20071005122841/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070927112509/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070914124405/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070810153456/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070911143103/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070808103227/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070727112922/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070720150753/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070712120432/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165829/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165743/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165418/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165225/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165134/Article/index_htmlhttp://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20070622165016/Article/index_html