1001 petua turun temurun

38
Tips-tips di bawah ini adalah biasanya petua-petua dari orang-orang tua. Untuk petua dan ubat terbaik, tentulah mesti mengikut cara perubatan Islam, terutamanya makan makanan yang disunatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ================================================================= Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah dihancurkan . Mengatasi Senggugut Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut. 1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut- turut. Ini adalah pengalaman saya. 2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. 3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula- hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

Upload: nazri-yusoff

Post on 22-Jun-2015

192 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

amalan

TRANSCRIPT

Page 1: 1001 Petua Turun Temurun

Tips-tips di bawah ini adalah biasanya petua-petua dari orang-orang tua.

Untuk petua dan ubat terbaik, tentulah mesti mengikut cara perubatan

Islam, terutamanya makan makanan yang disunatkan oleh Nabi

Muhammad S.A.W.

=================================================================

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah

dihancurkan .

Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun

terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.

1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.

Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2

minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana

pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali

makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali

makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-

turut. Ini adalah pengalaman saya.

2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan

petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa

sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-

hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan

sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

Page 2: 1001 Petua Turun Temurun

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2

India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila

suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu

sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-

ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.

Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan

selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata

utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke

tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat

berpanau.

Page 3: 1001 Petua Turun Temurun

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga

bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama

sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi

rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.

Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan

tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar

dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas

rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.

Campur dgn sebiji air Limau Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua

kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Page 4: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan

sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati,

sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-

kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk

menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.selain

itu,gunakan ubat gigi,sapukan ubat gigi d permukaan yang

berparut...amalkan sblum tidur...insyaAllah jika di amal kn akan

berkesan.,,

Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit

kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah

kelemumur.

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Bau Ketiak

Pilihan 1: Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.

Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan

pada bahagian bawah ketiak. Pilihan 2: Ambil sebiji limau kasturi, belah

dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan

seminggu sekali sebelum mandi. Masalah badan berbau semakin

berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.

Page 5: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata

dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda

diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga

berguna utk mengurangkan pening kepala. --Mr> Raaz. 01:46, 20

September 2007 (UTC)Pn JAMILAH

Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi

disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga

rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut

dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.

Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.

Amalkan 2-3 hari.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi

ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Page 6: 1001 Petua Turun Temurun

Menurunkan Berat Badan

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan

campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2

kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat

Badan

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya

ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan

minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian

berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin,

Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang

dipotong atau gugur.

Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.

Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi

selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Page 7: 1001 Petua Turun Temurun

Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.

a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan

sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan

di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau

nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya

menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan

rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah

dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut

kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau

sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah

dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas

itu barulah dibilas.

Page 8: 1001 Petua Turun Temurun

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur.

Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu.

Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang

kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

merah kan bibir tumbuk kunyit dan sapukan di bibir

Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam.

Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia

sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan

air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam

gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki

anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Page 9: 1001 Petua Turun Temurun

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.

Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas

membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk

bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali

.Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat

tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak

tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang

putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih.

Lakukannya tiga kali sehari.

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan

biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah

beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul.

Amalkan selalu.

Page 10: 1001 Petua Turun Temurun

Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah

makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat

tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-

dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah

dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan

amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan

seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan

senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.

Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti

membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah

Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin

dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan

pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan

semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering

dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman

tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Page 11: 1001 Petua Turun Temurun

Merawat demam campak.

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk

dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu

dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (p/s :

Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu

kering).

Khasiat kapur sirih

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-

muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa

panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan

sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya

dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.

Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah

dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan

pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan

beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.

Pulihkan kulit melecur.

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang

melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit

mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Page 12: 1001 Petua Turun Temurun

Anak-anak kencing malam

Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya

minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa

hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh

gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian

ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan

dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.

Menormalkan suhu badan.

Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum

air suam sekiranya dahaga.

Menghilangkan parut

Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada

kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda

menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa)

kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang

tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah

diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota

badan anda. Lakukan beberapa kali.

Pulihkan bengkak di kaki.

Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air.

Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang

terseliuhdipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara

ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.

Page 13: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan bau badan

Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga

lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun

pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini

perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak

tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau

badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai

dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi.

Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air

sabun biasa, InsyaAllah bau

Menghilangkan bau badan.

Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong

batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus

sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian

Hilangkan batuk

Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa

helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-

bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan

sapukan disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali

anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk

yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda

didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor

Page 14: 1001 Petua Turun Temurun

Mari hapuskan kelemumur.

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga

hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan

seminggu dua (2) kali sebelum mandi.

Mengelakkan kulit berparut selepas bersalin

Dalam masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan

kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut

seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan

perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah

perut seperti biasa. Jika anda mengamalkan ini dengan tekun nescaya

perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut

Menghilangkan bau badan

Dengan hanya menggunakan beberapa helai daun sirih, anda dapat

menghilangkan bau peluh dibadan anda yang merimaskan diri anda

sepanjang hari. Caranya sebelum anda mandi gosoklah badan anda

(keseluruhan) dengan beberapa helai daun sirih. Tentukan dibahagian

sudut anggota badan anda dapat digosokkan dengan baik. Selepas itu

barulah anda bersihkan badan dan terus mandi. Hasilnya badan anda

tidak akan berbau peluh lagi walaupun pada suatu waktu badan anda

terlalu banyak mengeluarkan peluh. Bagaimana pun amalkan dua tiga kali

dalam sebulan.

Menghilangkan panau.

Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih.

Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan

diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.

Page 15: 1001 Petua Turun Temurun

Melegakan tekak akibat batuk

Asam jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh

dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang

serak akibat batuk. Caranya ambil sedikit air asam jawa yang telah

dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan

masukkan kedalam botol kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol

yang berisi air asam jawa yang pekat tadi kedalam air selama satu

malam. Keesokan harinya, minumlah, mudah-mudahan tekak anda akan

merasa lega dan suara tidak lagi serak.

Meredakan batuk.

Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3)

kali sehari.

Menghitamkan alis mata

Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu

dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga

halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan

minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan

kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari

hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis....

Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya

memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

Merawat darah tinggi.

Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian

diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap

pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan

Page 16: 1001 Petua Turun Temurun

Mengubati penyakit jantung.

Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam

kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum

campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya

dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.

Kuku mencengkam

Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi.

Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang

menyakitkan itu, ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi.

Apa yang boleh anda lakukan…

cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja

untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah

tempat anda membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk

seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu

tetapi cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya bungkus ibu jari kaki

itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat, amalkan sehingga sembuh.

Merawat Kudis

Kudis merupakan penyakit yang sering diidapi oleh anak-anak. Selain

daripada ditubuh badan anak-anak juga ada yang mengidap kudis

dikepala. Untuk merawatnya, ambil beberapa helai pucuk daun keriang,

sedikit daun ribu-ribu, mata kunyit dan beras, giling hingga lumat

berserta sedikit air. Kemudian sapukan bahan ini pada kudis-kudis itu.

Page 17: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan jerawat batu.

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka

terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras,

tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu

hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan

hilang.

Supaya gigi terlihat lebih putih

Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan

garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu

campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai

lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam

tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat,

beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil

yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan

mutiara.

Hapuskan pecah-pecah telapak kaki.

Ambil buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah. Kaki

yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu. Kemudian barulah

digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik

itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah

dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin

Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak

kaki anda akan hilang.

Page 18: 1001 Petua Turun Temurun

Ubat sakit gigi

Caranya paling mudah iaitu dengan mengambil buah tomato muda

kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian

kecil kedalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat

pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian

berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda

tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Masalah cirit-birit

Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan

pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air

panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk

jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut

tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula

Menyembuhkan gusi bengkak

Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan

masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum,

tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini

memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini

diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika

menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil

sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas

sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat

beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia

akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.

Page 19: 1001 Petua Turun Temurun

Pulihkan sakit tekak.

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa

keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi

hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih.

Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah

tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Sakit kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan

pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan

semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering

dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman

tetapi akan mengelupas dalam sehari dua Insya Allah akan beransur

baik.

Rambut

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang.

Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.

Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.

Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk,

sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada

bahagian kulit kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh

seperti biasa. Amalkan sekurang²nya seminggu sekali.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.

Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.

Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak

kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut

dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua

kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Page 20: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan parut jerawat

Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan

basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering.

Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.

Hilangkan karat pada gigi

Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan

mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu

ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan

kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat

melihat kesannya.

Legakan Sakit kepala

Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau

lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal.

Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit

kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.

Kurangkan kadar kolestrol

Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun.

Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil

makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai

dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Sakit Gigi

Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya. Salai seketika

diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah

sakit akan berkurangan.

Page 21: 1001 Petua Turun Temurun

Kulit Berkedut

Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu

campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan

ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit

muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika

hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.

Senggugut

Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan

ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum.

Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula

kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.

Petua Menghentikan Pendarahan

Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah.

Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya ,

insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.

Turunkan suhu Badan Bayi

Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca

bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras.

Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air

masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan

beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk

disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.

Page 22: 1001 Petua Turun Temurun

Menjadikan wajah berseri

Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum

wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan

airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus

seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil

sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan

biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus

Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin

merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam,

sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua

bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Menghilangkan jerawat batu

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka

terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras,

tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu

hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan

hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas

Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan

tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu

berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut

Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah

semut akan lari.

Page 23: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan demam campak

Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi

minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh

dicampur dengan air).

Melegakan selsema bayi

Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan

pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung

bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Menghilangkan parut luka

Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita.

Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi

kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan

tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut

itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Merawat penyakit buasir

Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk

mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna

kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada

bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Cara merawat penyakit panau

Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara

pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian

tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi

hasilnya.

Page 24: 1001 Petua Turun Temurun

Mengatasi bayi demam selepas disuntik

Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik,

bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang

kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang

tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan

cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi

Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan

beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah

tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu

semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang

keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh

bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih

terdapat kegatalan.

Memudahkan bayi buang air besar

Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa

dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian

sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah

petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah

sebu perut.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya

Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan

pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air

panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk

jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut

tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Page 25: 1001 Petua Turun Temurun

Menghentikan hidung berdarah

Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya,

berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera

pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan

ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan

menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber

wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati.

Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu

basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke

satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke

rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan

di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air

bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di

sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan

kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu

cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian

basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta

menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Page 26: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging

(cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg

termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan

air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyembuhkan Demam

Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring

airnya dengan sehelai kain (diperah dan ambil patinya). Kemudian air

pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan

merasa perubahannya.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang

bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga

kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan

berserilah wajah anda.Selamat mencuba.

Selsema

Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula

dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau minumlah air rebusan

pokok kadok/sirih duduk. Untuk bayi ambil tiga helai daun sirih. Sebiji

limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air

limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.

Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus.Lumurkan pada muka seberapa ketika.

Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah

agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga

berfungsi utk membersihkan kulit.

Page 27: 1001 Petua Turun Temurun

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit

limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Mata bengkak

Mata bengkak biasanya disebabkan oleh lebihan air pada bahagian mata.

Ia di sebabkan oleh kekurangan tidur, stress atau keliling mata

berlemak. Oleh kerana itu anda perlu berikah perhatian lebih kepada

kesihatan mata. Anda boleh mengelakkan masalah ini. Misalnya, pastikan

makan malam tiga jam sebelum tidur. Hindari juga minum dengan

banyak. Krim malam juga boleh menjadi punca masalah ini. Teliti krim

malam anda. Pastikan formula krim malam anda tidak terlalu berat.

Rehatkan mata anda dengan uncang teh yang basah. Letakkannya di

tengah-tengah mata dan biarkannya sehingga kering. Asid tannic dalam

teh dapat berfungsi sebagai astringent. Senaman mata juga penting.

Caranya, lirikkan mata anda ke beberapa arah berbeza. Lakukannya

dengan kerap. Latihan ini berfungsi untuk merehatkan otot mata dan

membantu mengurangi cairan.

Badan Ringan Dan Bertenaga

Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada

hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah

badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat

tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh

enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.

Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian

bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Page 28: 1001 Petua Turun Temurun

Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan

bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan

bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga

berkesan.

Mengatasi semut masuk dalam telinga

Kadang-kadang ada antara anak anda atau anak-anak jiran yang

telinganya dimasuki oleh serangga seperti semut yang sukar untuk

dikeluarkan. Biasanya keadaan ini berlaku apabila bangun dari tidur

ataupun suka bermain disemak-semak, khususnya pada anak lelaki.

Mengeluarkan semut tersebut memang satu perkara yang paling

menyulitkan sekali, semakin dicungkil untuk dikeluarkan semakin dalam

masuknya dan makin menyakitkan. Sebenarnya ada satu cara yang paling

baik untuk dilakukan biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang tua-tua.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kapur sirih sebaik-

baiknya yang lembut yang telah banyak terendam dengan air.

Sapukanlah kapur sirih tadi pada sekeliling telinga anak anda bahagian

luar telinganya sahaja. Biarkan seketika pasti semutnya akan keluar

dengan sendirinya. Inilah dia petua orang tua-tua.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada

bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Menghilangkan Parut

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air.

Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan

sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum

tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Page 29: 1001 Petua Turun Temurun

Rambut merah dan bercabang

Jika anda mendapati rambut anda merah dan bercabang, janganlah

merasa runsing, sebaliknya cubalah mengubatinya sendiri. Caranya

terlalu mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah

didapati. Anda hanya perlu ambil air dari rebusan kangkung tadi dan

didinginkan dan tiris dia dari daunnya. Kemudian anda ambil air daun

tadi dan cucuklah atau siramkan kepada rambut anda yang telahpun

dicuci bersih. Lakukanlah setiap hari sambil rambut tadi diramas-

ramaskan dengan air daun kangkung itu. Hasilnya anda akan mendapati

rambut anda yang merah dan bercabang itu akan segera menjadi hitam

dan sihat.

Khasiat bawang

1. pening kepala: potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat

yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. lemah otot: ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama

susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. demam selsema: makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali

sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur

air wap bawang putih.

4. susah hadam:

rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu.

bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli

dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

Page 30: 1001 Petua Turun Temurun

Kalau kaki dimakan air

Mula-mula anda ambillah gambir yang telah anda tumbuk halus kemudian

campurkan dengan minyak kelapa, kacau biar sebati dan sapukanlah

kepada bahagian kaki anda yang tadal dan pedih itu. Buatlah selalu, pasti

rasa sakitnya akan hilang tidak berapa hari kemudian.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil

lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu

sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.

Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas

rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Susah buang air besar

Jika anda menghadapi masalah sukar buang air besar setiap

pagi cuba amalkan panduan ini, ia mungkin boleh memberikan bantuan

kepada anda jika didapati sesuai dengan tubuh anda. Caranya amat

mudah iaitu minum air kopi pahit yang tidak diberi gula sedikitpun,

tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tadi. Sesudah dibancuh

pekat anda minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi.

Amalkan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak

tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di

indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Page 31: 1001 Petua Turun Temurun

Merawat Senggugut

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas

air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan

selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Alergi pagi

Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi

masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan.

Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya

beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi

masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk)

kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi

beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada

Muka dan seluruh badan…

Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga

bersih.Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas

rambut

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu

panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Page 32: 1001 Petua Turun Temurun

Sembuhkan kurap

Kurap adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan.

Sungguhpun dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang

mengidap penyakit ini, namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk

mengelaknya. Disini akan diperturunkan satu cara tradisi dalam

menghapuskan penyakit kurap. Iaitu dengan menggunakan kapur sirih

bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat. Lepas itu lumurlah ke

tempat yang ditumbuhi kurap tadi.

Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.

Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri.

Lakukan beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut

Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu

disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru

lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu

dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.

Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam

Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah

dihancurkan .

Page 33: 1001 Petua Turun Temurun

Hilangkan bengkak

Banyak petua atau cara hendak mengubati penyakit bengkak-bengkak

dikaki atau tangan (bukan biri-biri). Setengah petua tidak serasi dengan

penyakit tersebut. Bagi mereka yang sudah banyak mencuba beberapa

petua tradisi untuk mengubati penyakit tersebut, tetapi tidak juga

sembuh-sembuh, cubalah pula satu lagi petua tradisi seperti dibawah.

Setakat ini petua ini begitu menjadi dan didapati begitu sesuai untuk

penyakit tersebut. Ambilkan daun betik dan rebus sehingga mendidih.

Kemudian, campurkan garam secukup rasa. Minumlah air tersebut satu

gelas tiap-tiap hari dalam masa dua minggu. Bengkak-bengkak di kaki

dan tangan anda akan kembali surut tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Buang sampah dimata

Pernahkah mata anda dimasuki sampah atau habuk. Jika ini terjadi

tentunya mata anda terasa pedih atau kesat sehingga menganggu

penglihatan anda. Kadang kadang jika ini terlalu serius, mata anda akan

menjadi merah dan bengkak-bengkak. Bila berkeadaan begini apakah

tindakan anda?. Mengikut petua, anda disyorkan mencampurkan

beberapa butir garam kedalam air suam-suam panas. Seelok-eloknya

isikan air kedalam besen. Cecahkan muka anda kedalam air dan kenyit

berulang-ulang sehingga mata anda terasa ringan. InsyaAllah sampah

atau habuk yang terlekat pada mata anda akan hilang kedalam air.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-

ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.

Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan

selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Page 34: 1001 Petua Turun Temurun

Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun

terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut .

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam .

Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2

minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana

pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali

makan.Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali

makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-

turut .

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat 2) Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di

kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat.

Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda

inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan

setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Mengempiskan Perut

Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan

semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka

atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit

Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air

setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam

kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan

mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Page 35: 1001 Petua Turun Temurun

Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke

tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat

berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga

bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama

sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi

rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar

dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas

rumput yg masih berembun .

Mengurangkan penyakit kencing manis

Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing

manis anda juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut

halus. Kemudian embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk.

Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu

bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit

anda akan sembuh. Petua ini juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru

melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.

Page 36: 1001 Petua Turun Temurun

Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah

airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum

dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Bagi ibu yang mengandung

Bagi wanita yang hamil selalunya akan mengalami mabuk, dan muntah-

muntah. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah tujuh tangkai pucuk kecil

jambu batu (jambu biawas) dan tumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah

lumat, campurkan dengan segelas air suam dan biarkan ia hening. Bila

sudah hening bolehlah diminum. Ini perlu diamalkan selama tiga (3) hari

berturut-turut, iaitu pada tiap-tiap pagi.

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan

sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati,

sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-

kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk

menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Melangsingkan badan

Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan

bahan itu dengan air suam-suam kuku dan sedikit garam. Kemudian tapis

bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini

sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu.

Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya.

Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu

banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi kurus kering nanti.

Page 37: 1001 Petua Turun Temurun

Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit

kepala seeloknya pada waktu malam.

Merawat penyakit buasir.

Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil

berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan

pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Daun sirih untuk wajah berminyak

ANDA sering mengalami masalah kulit wajah yang berminyak. Untuk

mengurangkan masalah itu 1 ambil beberapa helai daun sirih lalu diramas

ke dalam air. Setelah itu sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit,

kemudian bilas dengan air bersih. Buat selama 3 minggu berturut-turut.

Anda akan perolehi hasilnya

Air beras cerahkan kulit

AIR basuhan beras memang mempunyai banyak hasiat. Antaranya adalah

mencerahkan kulit. Caranya, ambil air beras dan embunkannya

semalaman. Kemudian air beras yang sudah berembun tadi boleh

dijadikan air mandian. Lakukannya dua kali seminggu, hasilnya pasti

memuaskan.

Page 38: 1001 Petua Turun Temurun

Melicinkan kulit

RAMAl remaja masa kini sanggup menghabiskan wang beringgit-ringgit

semata-mata mahu mendapatkan kulit yang mulus. Sebenarnya, rawatan

untuk memuluskan kulit boleh dilakukannya di rumah dengan modal yang

sedikit. Petuanya adalah, ambil beras dalam segenggam dan

rendamkannya ke dalam air sehingga kembang. Buangkan airnya dan

tumbuk sehingga lumat bersama-sama kunyit hidup. Setelah itu

campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke muka dan badan.

Biarkannya sehingga kering. Sesudah itu sentalkannya dengan jari anda

yang basah. Anda akan melihat kotoran akan keluar. Lakukannya dengan

kerap dan anda akan lihat hasilnya.

Hilangkan kelemumur

RAMBUT adalah mahkota wanita. la penting lebih-lebih lagi ketika

bersiap untuk bersanding. Rambut akan disanggul dan dihias dengan

cantik. jika anda mengalami masalah kelemumur, atasinya segera supaya

kelemumur tidak jatuh ke bahu dan mencacatkan penampilan anda di

atas pelamin. Petua untuk menghilangkan kelemumur adalah dengan

menumbuk daun inai sehingga halus sebelum dilumur pada kulit kepala.

Kepala pula harus disiram dengan air dahulu baru disapu dengan inai.

Kemudian balut dengan plastik. Biarkan selama setengan jam sebelum

dicuci hingga bersih. Lihat sahaja hasilnya. Pasti memuaskan.

Hilangkan perut kendur

WANITA yang mengalami masalah berat badan mungkin mengalami

masalah perut kendur.Untuk mengelakkan penampilan yang kurang

menarik itu amalkan petua ini. Ambil sebiji limau nipis, perah airnya

pada piring. Selepas itu ambil sedikit kapur sirih dan gaulkan dengan air

limau nipis tadi. Sapukan campuran tadi pada perut anda. Lakukan setiap

malam sehingga anda memperolehi hasilnya.