aneka petua umum.docx

Download ANEKA PETUA UMUM.docx

Post on 12-Jan-2016

30 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

ANEKA PETUA UMUM

Assalamualaikum, di sini saya akan cuba mengumpulkan koleksi petua-petua umum dan saya akan update dari masa ke semasa sekiranya mendapat petua baru dari mana-mana sumber .... Sekadar berkongsi maklumat, keberkesanan tidak dapat saya jamin ya...-------------------------------------------------------------------------

Daun semalu penawar bisul

Cara tradisional untuk mengubati bisul ialah dengan menumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

Kunyit ubati kaki terseliuhJika kaki terseliuh, jangan cepat panik. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa. InsyaAllah anda akan berasa lega.

Jika bayi sukar buang air besarAda kalanya bayi sukar untuk membuang air besar. Kaedah tradisional ialah menggunakan beberapa helai daun keledek. Ramas dan ambil lendirnya. Kemudian sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari.

Buang ketuat tanpa sakitUntuk membuang ketuat yang tumbuh dikulit anda boleh cuba cara ini. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat kemudian biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya. Anda tidak akan rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Buah mata kucing buang anginBagi mereka yang sering kali mengalami angin di tubuh, rebut buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Hilangkan rasa pijarRasa pijar lazimnya berlaku apabila memegang cili. Untuk itu, ambil seuncang teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam ais buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendam berulang kali agar uncang teh itu terasa sejuk.

sumber : Mingguan wanitaEdit Terakhir: Disember 01, 2012, 01:43:42 am oleh yusidaTercatatyusida Global Moderator Hero Member Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUMJawab #1 pada:Oktober 14, 2012, 01:12:38 am HILANGKAN GATAL DAN TANDA GIGITAN NYAMUKUntuk menghilangkan rasa gatal dan mengelakkan gigitan daripada bertanda, ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam jawa. Sapu dibahagian gigitan nyamuk. InsyaAllah tiada bekas gigitan nyamuk dan rasa gatal juga berkurangan.

BARANG KEMAS KEMBALI BERSINARBagi memastikan barang kemas sentiasa bersinar, rendamkan barang kemas anda ke dalam bekas bersama air sabun selama satu minit. Berus barang kemas tersebut menggunakan berus gigi yang telah digunakan. Kemudian bilas dengan air. Hasilnya tentu tidak mengecewakan anda.

INAI ATASI KEROSAKAN KUKUJika anda menghadapi kerosakan kuku, tumbuk daun inai. Pakaikan di jari atau pada bahagian kuku yang rosak. InsyaAllah berkesan.

MENGATASI GIGITAN PENYENGATBagi mengatasi gigitan penyengat, tuangkan sedikit cuka ke atas gigitan penyengat tersebut dengan segera. Ia dapat mengindari kulit daripda bengkak. Petua ini sesuai diamalkan untuk semua peringkat umur.

KACANG PEA ELAK PENYAKIT KUNINGPetua untuk menghilangkan penyakit kuning pada bayi yang baru lahir bergantung kepada ibunya. Kepada ibu yang baru melahirkan bayi, makan dua sudu kacang pea 15 minit sebelum menyusukan bayi. InsyaAllah penyakit kuning dapat diatasi.

KEMBALIKAn KEREMAJAAN RAMBUTUntuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat, amalam petua ini. Ramaskan daun bunga raya dan daun lidah buasa sehingga mengeluarkan lendir. Kemudian campurkan kedua-duanya sebleum ditapis. Ratakan ramuan itu ke aas kepala dan biarkan ia kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu. Pasti anda akan mendapat hasilnya.

sumber :Mingguan WanitaEdit Terakhir: Oktober 14, 2012, 01:13:56 am oleh yusidaTercatatyusida Global Moderator Hero Member Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUMJawab #2 pada:Oktober 24, 2012, 01:19:05 pm ATASI MULUT BERBAUPetua untuk menghilangkan bau mulut selepas memakan petai, jering dan kerdas ialah dengan memakan tujuh hingga lapan ulas bawang putih yang telah dibakar. Cara ini juga membantu membuang angin dalam badan.

HILANGKAN GETAH DI TANGANUntuk menghilangkan getah yang melekat pada tangan, gosokkan tangan dengan limau purut yang telah dibelah dua. Ia juga dapat melembutkan tangan.

ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECILPerahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.Tercatatyusida Global Moderator Hero Member Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUMJawab #3 pada:November 03, 2012, 07:14:45 pm

HILANGKAN MINYAK HITAM PADA PAKAIANMemang sukar untuk menghilangkan minyak hitam yang melekat pada pakaian tetapi ada cara mudah untuk membersihkan kotoran itu. Sapukan sedikit marjerin di tempat yang kotor. Gosok dan bilas. Anda akan dapati kesan minyak hitam hilang dengan mudah. Selamat mencuba.

PETUA HILANGKAN BAU PADA BEKAS PLASTIKRendamkan beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut. Lepas tu, kena biarkan selama beberapa jam. InsyaAllah, bau tersebut akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas itu tak lagi berbau.

PETUA HILANGKAN BISUL. Sapukan bedak sejuk ditempat yang terkena bisul . lkukan berulang kali. InsyaAllah berkesan2. Ambil kapur sirih, sapukan ditempatkan terkena bisul. Biarkan kering dan lakukan berulang kali.3. 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk halus, sapukan di tempat bisul dan tutupkan dengan kain.Edit Terakhir: November 03, 2012, 07:23:29 pm oleh yusidaTercatatyusida Global Moderator Hero Member Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUMJawab #4 pada:November 27, 2012, 12:52:18 am KOPI LEMBUTKAN TANGAN

Ambil serbuk kopi yang telah digunakan. Lumur pada tapak tangan dan gosok selama beberapa minit. Kemudian, bilas tangan dengan air bersih. Ulang proses ini dan tangan anda akan berasa lembut.

BISUL CEPAT PECAHAmat menyakitkan apabila timbul bisul pada tubuh. Untuk mempercepatkan bisul pecah, ambik sedikit kapur dan campurkan dengan lendir lidah buaya. Sapu pada bisul. Ia juga dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit.

TELUR SEMBUHKAN KULIT MELECURKulit yang melecur terkena minyak panas boleh disembuhkan dengan menggunakan sebiji hingga dua biji telur. Sapukan telur di atas kulit yang melecur dan biarkan sehingga kering. kemudian, bilas dengan air bersih. Cara ini juga membantu untuk tidak meninggalkan parut.

ATASI MASALAH JENTIK-JENTIKJentik-jentik jika dibiarkan akan mengundang penyakit. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menukar air dalam pasu tumbuhan anda setiap minggu, masukkan minyak masak atau minyak bayi. Cara ini mampu menghalau jentik-jentik.Edit Terakhir: November 27, 2012, 12:53:33 am oleh yusidaTercatatyusida Global Moderator Hero Member Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUMJawab #5 pada:Disember 01, 2012, 01:41:44 am

HILANGKAN SELESEMA BAYISelesema menimbulkan ketidakselesaan kepada badan. Apatah lagi jika bayi yang terpaksa menghidapinya. Untuk mengatasi bayi yang menghidap selesema, tumbuk dua ulas bawang merash serta sedikit lengkuas. Letakkan sedikit minyak masak dan sapukan pada ubun-ubun bayi secara membulat.

MERAWAT BIBIR KERINGKadangkala bibir yang kering boleh meyebabkan sakit dan berdarah. Untuk mengelakkan bibir kering, anda boleh menyapu mentega untuk memberi kelembapan pada bibir.

HILANGKAN JERAGATKehadiran jeragat di muka boleh menjejaskan imej seseorang. Untuk mengatasinya, ambil secawan kacang hijau dan kisar sehingga halus. Kemudian cuci muka menggunakan kacang yang dikisar tersebut sambil gosokkannya dengan perlahan. Amalkan tiga kali sehari.

MENCERAHKAN SIKURamai yang tidak sukakan rupa siku yang hitam dan kering. Untuk mengatasinya, ambil sebiji lemon dan potongnya kepada dua bahagian. Ambil lemon tersebut dan tekankan pada siku. Selepas itu, bersihkan siku dan sapukan pelembab kulit.

MENURUNKAN BERAT BADANJika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

TOMATA GEBUKAN KULITBagi anda yang inginkan kulit yang lembab, putih dan gebu, ambilkan isi tomata dan campurkan dengan kuning telur. Gaul sebati bahan-bahan ini. Kemudain, jadikan masker dan sapukan wajah. Biarkan sehingga kering dan setelah itu, bersihkan wajah dengan air.

TEPUNG UBI PENAWAR RUAMCara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

UBATI SAKIT DADAAmbil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

HILANGKAN URAT DI KAKIBagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

MENGHILANGKAN KEDUTWanita yang sudah berumur biasa