nonalissahbmm3105.weebly.com · web viewpada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak...

31
KOLEKSI CERITA RAKYAT KHAMIS, 15 OKTOBER 2009 BERUK TUNGGAL Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu. Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani. Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal. Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi

Upload: others

Post on 12-Nov-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

KOLEKSI CERITA RAKYAT

KHAMIS, 15 OKTOBER 2009

BERUK TUNGGAL

Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya

mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang

perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di

sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia

dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi

tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang

padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi

amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak

raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

Page 2: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu

datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke

istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja

menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya

Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk

Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran

sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak

berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu,

ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal

pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat

mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut

Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui

Page 3: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi

seorang pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan

sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja

Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya

bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.

Pengajaran :

1. Jangan mencuri hak orang lain.

2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.

Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan

Aripin Said. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

DICATAT OLEH ALYNN   DI 11:40 PTG 58 ULASAN:

REAKSI: 

BUNGA CENGKIH

Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk bercakap

kerana mulut mereka tetap berbau busuk.

“Apakah wabak yang menyerang negeri ini?” tanya raja.

Page 4: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam membisu.

Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayang-dayangnya

keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut mereka semuanya

berbau busuk. Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon

bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah sedang bercakap dengan

tuan puteri. Puteri raja tetap membisu.

Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan tempat ia

berpijak.

Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil dan

dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau busuk di

mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang

sahajalah yang tidak malu bercakap-cakap.

Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga itu pun

diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda memerintahkan rakyatnya

menanam dan memakan bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua rakyat terlalu gembira.

Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi.

Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu menjadi hasil

negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.

Pengajaran :

1. Jangan takut mencuba perkara baru.

Page 5: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

2. Fikir selalu keajaiban ciptaan tuhan.

3. Komunikasi amat penting dalam perhubungan.

Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan

Aripin Said. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

DICATAT OLEH ALYNN   DI 11:31 PTG 37 ULASAN:

REAKSI: 

MENGAPA BANGAU KURUS

Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang mengadap.

Semua jenis burung hadir.

“Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta

memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa sahaja.

Beta akan tunaikan permintaan kamu,” titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa

gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.

“Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling

cantik di dunia,” kata merak.

“Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu,” titah Raja Sulaiman sambil

tersenyum.

“Kamu pula hendak apa?” Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.

Page 6: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang,” kata kelicap.

“Kenapa minta paruh yang panjang?” Tanya Raja Sulaiman.

“Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu

bunga,” jawab kelicap,” jawab kelicap.

“Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki

yang lebar,” jawab Raja Sulaiman.

“Patik ingin sarang yang cantik, tuanku,” kata tempua.

“Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang,” titah baginda.

“Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih.

Dari jauh lagi sudah dapat dilihat,” pinta pipit.

“Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman lagi.

Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang

sombong.

“Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan,” titah Raja Sulaiman.

“Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau.

“Apa? Boleh kamu ulang?” soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

Page 7: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau lagi.

Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja

Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya.

Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda

akan tunaikan permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia

tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.

Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan

daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-

katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali

sehari.

“Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong

betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal,” kata bangau

sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih.

Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah

sebabnya badan bangau kurus.

Pengajaran :

1. Jangan bersikap sombong.

2. Berfikir sebelum membuat keputusan.

3. Terimalah takdir dengan redha.

Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan

Aripin Said. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Page 8: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

DICATAT OLEH ALYNN   DI 11:03 PTG 28 ULASAN:

REAKSI: 

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika

harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau

yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan

punya kerbau itu sangat marah.

“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang

telah dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini

malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.

“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,”

kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah

menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya,

seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau

itu.

Page 9: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau yang

besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau

tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat

mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh

membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat

mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua

orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak

itu.

Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai

malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari

memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu

tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Jangan menganiaya orang lain.

2. Usaha tangga kejayaan.

Page 10: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

3. Jangan mudah putus asa.

Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan

Aripin Said. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

DICATAT OLEH ALYNN   DI 10:55 PTG 24 ULASAN:

REAKSI: 

AHAD, 4 OKTOBER 2009

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJENJANG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang

mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu.

Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias

alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti

seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup

merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri

Santubong dan Puteri Sejenjang.

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka

diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain

dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa

sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

Page 11: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?”

Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-

bunga yang telah mekar di taman.”

“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman

sana.”

Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga

selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain.

Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang

asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-

masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun

seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari

nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh!

Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang

yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di

istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat

rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan

Page 12: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling

cantik di dunia ini.”

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba

menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang

paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan.

Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini

menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis

bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap

daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula

rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri

Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri

Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya,

pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat.

Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara

keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci

dan menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting

padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar.

Page 13: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong

dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang

sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan

Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang

sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas

menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya.

Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka

menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut.

Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka

selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke

pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua

seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh

Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan

Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung

Santubong.

Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi

kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan

Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Oh……Puteri Santubong,

Sejinjang sayang,

Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,

Page 14: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

Penjaga gunung Negeri Sarawak,

Manis sik ada dapat dilawan,

Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……

Santubong puteri bertenun kain malam,

Oh……

Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,

Beranuk anuk sik renti-renti,

Seorang madah dirik bagus agik,

Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,

Lalu bertukuk nya duak puteri,

Sejinjang mengayun aluk ke pipi,

Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,

Lalu ditikam batang belidak,

Sampei terkena Sejinjang kepala,

Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,

Asal berkawan jadi musuhan,

Kinik tuk tinggal jadi kenangan,

Pakei ingatan sepanjang zaman.

Page 16: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

Hampir seminggu Tuan Peladang duduk termenung. Musim kemarau memusnahkan

tanaman diladangnya. Tanah menjadi kering-kontang. Tuan Peladang melihat air

simpanannya di dalam tempayan cuma tinggal separuh sahaja lagi. Dia khuatir jika

keadaan kemarau terus berlarutan, ini akan mengakibatkan dia mati kehausan.

Seekor lembu kepunyaan Tuan Peladang berada di kandang. Sang Lembu gembira

kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak musim kemarau melanda. Namun

demikian, kegembiraan lembu itu tidak lama kerana musim kemarau itu

menyebabkan rumput-rumput segar yang menjadi makanannya kering dan mati. Kini

sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.

Pada suatu hari Sang Lembu mengambil keputusan untuk meninggalkan Tuan

Peladang. Seboleh-bolehnya Sang Lembu ingin membuat sesuatu untuk mengubat

kesedihan Tuan Peladang. Pada suatu malam, Sang Lembu telah keluar

meninggalkan kandangnya. Sang Lembu berjalan untuk mencari sumber air. Setelah

jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa dengan sebuah perigi. Sang Lembu berfikir,

tentulah perigi itu mempunyai air tetapi sungguh malang nasibnya kerana tiada air di

dalam perigi tersebut. Sang Lembu berasa sedih dan duduk di tepi perigi buta itu

sambil mengenangkan nasib yang bakal manimpa dirinya.

Sewaktu Sang Lembu duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu suara

memanggilnya.

“Siapa?” Sang Lembu bertanya kehairanan.

“Aku, ulat tanah di dalam perigi buta ini.”

“Buat apa kamu di dalam perigi ini?” soal Sang Lembu lagi.

Page 17: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Ini rumahku Sang Lembu. Sudah lama aku di sini sejak perigi ini kering airnya.”

“Tapi bagaimana kamu boleh hidup tanpa air di sini?” cetus Sang Lembu itu.

“Aku akan memberitahu kamu kenapa aku boleh hidup di sini tetapi kamu mestilah

berjanji denganku terlebih dahulu.”

“Cakaplah saja dan aku akan berpegang pada janji-janji kamu itu.”

“Aku tahu kamu dan Tuan Peladang menghadapi masalah kekurangan air. Aku

boleh tolong mengatasi masalah tersebut.” Sang Lembu tertawa. Dia tidak percaya

dengan ulat tanah. “Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah mentertawakan aku

pula,” marah ulat tanah.

“Aku minta maaf Sang Ulat. Cakaplah aku bersedia mendengarnya.”

“Sebenarnya tanah di dalam perigi ini tetap lembap. Kalau digali pasti akan

mengeluarkan air. Air perigi ini akan penuh semula. Justeru itu aku boleh berikan

perigi ini kepada kamu dan Tuan Peladang. Tetapi sebagai ganjaran kamu

hendaklah menyuruh Tuan Peladang menanam tanam-tanaman seperti sayur-

sayuran di sekitar perigi ini. Aku dan kawan-kawanku akan berpindah dari perigi ini

tetapi tidak jauh dari kawasan ini juga.”

“Terima kasih atas pertolongan kamu itu Sang Ulat. Tapi kenapa tuan aku mesti

menanam tanaman di kawasan perigi ini?”

Page 18: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Itu sebagai ganjaran kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan perkara ini dan tidak

memberitahu sesiapa pun tentang perigi ini. Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan

Peladang menanam sayur-sayuran di sini.”

“Baiklah. Terima kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang Ulat.”

“Ah! Perkara biasa saja. Bukankah kita hidup perlu saling tolong-menolong.”

Sang Lembu pulang dengan hati yang girang. Didapatinya Tuan Peladang masih

duduk termenung. Sang Lembu terus menceritakan tentang penemuan perigi itu

kepada Tuan Peladang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa berlengah-lengah

lagi Tuan Peladang membawa cangkul dan tangga ke perigi yang dikatakan oleh

Sang Lembu.

Tuan Peladang turun ke dalam perigi menerusi tangga yang dibawanya dan terus

mencangkul tanah di dalam perigi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, mata air

mulai muncul di permukaan tanah.

Hati Tuan Peladang bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi itu. Tuan Peladang

menepuk-nepuk belakang Sang Lembu yang berjasa terhadapnya. Walaupun begitu

Sang Lembu tidak memberitahu siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang

menanam sayur-sayuran di kawasan perigi itu. Tuan Peladang pula tidak banyak

soal dan bersetuju dengan pendapat Sang Lembu untuk menanam tanam-tanaman

di kawasan itu. Ini akan memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air.

Beberapa bulan kemudian, sayur-sayuran tersebut tumbuh dengan suburnya. Tuan

Peladang berasa sangat gembira. Di samping itu, Tuan Peladang juga menperolehi

Page 19: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

pendapatan daripada hasil menjual air. Semakin bertambah lumayan pendapatan

Tuan Peladang.

Pada suatu hari, Tuan Peladang datang ke kawasan perigi untuk memetik sayur-

sayurannya tetapi alangkah terkejutnya Tuan Peladang apabila mendapati sayur-

sayurannya terkorek di sana-sini. Tuan Peladang menuduh Sang Lembu memakan

dan merosakkan tanaman yang ditanamnya. Sang Lembu tidak mengaku bersalah.

Tuan Peladang semakin marah dan memukul belakang Sang Lembu sekuat-kuat

hatinya. Sang Lembu menjerit kesakitan dan terpaksalah dia berterus-terang.

Mendengarkan cerita Sang Lembu, Tuan Peladang rasa tertipu.

Tuan Peladang tidak mempercayai bahawa ulat tanah boleh membantu memberikan

air. Tuan Peladang mencari ulat tanah di merata-rata tempat. Beberapa kawasan

tanah digali oleh Tuan Peladang. Akhirnya Tuan Peladang berjumpa dengan

sekelompok ulat tanah. Tanpa membuang masa lagi, Tuan Peladang mengambil

racun lalu disemburkannya ke arah ulat-ulat tersebut. Banyaklah ulat tanah yang

menjadi korban.

Seekor ulat tanah sempat melarikan diri. Ulat tanah itu tahu Tuan Peladang tidak

berhati perut dan mengenang budi. Ulat tanah bersumpah untuk membalas dendam.

Ulat tanah tidak mahu melihat Tuan Peladang dan Sang Lembu di kawasannya lagi.

Sememangnya Sang Ulat Tanah menyimpan kemarahan yang amat sangat.

Tiba-tiba air perigi menjadi kering kembali. Habis kesemua tanaman Tuan Peladang

terkulai layu. Tuan Peladang tersentak melihat perubahan yang mendadak itu. Dia

berasa sangat menyesal kerana membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun turut

bersedih mengenangkan bencana yang bakal diterimanya nanti. Dari satu arah Sang

Lembu terdengar suara Sang Ulat Tanah berkata sesuatu.

Page 20: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Tidak semua orang itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup bersendirian dari

berdampingan dengan orang yang tak tahu mengenang budi.”

Kini Sang Lembu mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang patut disalahkan

kerana memberitahu Tuan Peladang tentang ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Sudah terhantuk baru terngadah.

2. Janji mesti ditepati.

Adaptasi daripada Dewan Pelajar. Julai 1989.

DICATAT OLEH ALYNN   DI 11:19 PTG 22 ULASAN:

REAKSI: 

PENGEMBARA YANG LAPAR

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang

mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan

buah-buahan. Apabila penat berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika

bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal

dalam perjalanan.

Page 21: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak

bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang

pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini

berasa sangat lapar,

“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi

mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke

perdu pokok ara.

“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata

Buyung pula.

“Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun lapar

juga. Bagi aku, kalau ada nasi sepinggan sudah cukup,” Awang bersuara.

Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.

“Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar!” ejek

Kendi. Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.

Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila mendengar

keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai daun.

Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka

segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke

arah yang berlainan.

Page 22: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

“Eh,ada nasi sekawah!” Kendi menjerit kehairanan. Dia menghadap sekawah nasi

yang masih berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan

lahapnya.

“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula melaung dari

arah timur. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas dia

mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan gelojoh.

Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas

meredah semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia ternampak sepinggan

nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana

mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.

Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil

memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya.

“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam kawah masih

banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan

kami?” tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya kepada Kendi.

“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu

lagi.

“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

Page 23: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala

Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja.

Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak

makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa

muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam

semak.

“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.

“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah muak,”

katanya lagi.

Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu.

Mereka meluru ke arah Buyung.

Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat

sambil meminta tolong.

Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan

terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang

tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.

Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan

semula perjalanannya.

Page 24: nonalissahbmm3105.weebly.com · Web viewPada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada

Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi

pun tidak berbaki di dalam pinggan itu.

“Pinggan ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makan

biarlah berpada-pada dan tidak membazir,” kata Awang lalu beredar meninggalkan

tempat itu.

Pengajaran :

1. Orang tamak selalu rugi.

2. Jangan membazir.