sejarah institusi raja raja melayu dan raja berpelembagaan di malaysia

Download Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

Post on 07-Jul-2016

266 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pdf

TRANSCRIPT

  • SEJARAH INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

    1. MUKADIMAH

    1.1. Institusi Raja adalah satu institusi yang sangat lama yang telah berkembang dan terpakai di Malaysia tanpa ada gangguan untuk menghapuskan secara formal atau tidak formal. Institusi Raja juga bukan hanya merupakan satu institusi politik dan pentadbiran tetapi juga satu Institusi sosio-budaya masyarakat yang telah berfungsi begitu padu dan kukuh dalam masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu di Asia Tenggara ini. Ia telah didokong oleh rakyat jelata disepanjang kurun sehingga kini, terutama di Malaysia. Ia adalah satu legasi yang menjadi tonggak masyarakat Malaysia yang dikekalkan sebagai satu warisan dan juga sebagai satu institusi kepimpinan dalam sistem pentadbiran tamaddun bangsa.

    1.2.

    2. KONSEP KERAJAAN KEPULAUAN MELAYU.

    3. Antara contoh Kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu yang menggunakan Institusi Rajasebagai tunggaknya ialah:

    a. Sri Vijayab. Majapahitc. Mataramd. Singgahsarie. Banjarmasinf. Pontianakg. Makasarh. Ternatei. Sambas

  • j. Sulu k. Mindanao l. Patani m. Brunei n. Melaka o. Dll

    3.1. Hikayat-hikayat Melayu telah menjadi bukti yang jelas tentang kewujudan negeri-negeri dan kerajaan-kerajaan di Kepulauan Melayu. Didalam hikayat itu diceritakan tentang asal usul sesebuah kerajaan dan raja-raja yang telah memainkan peranan yang penting dalam membangun dan memajukan negeri dan kerajaannya sehingga dikenali diperingkat tempatan dan antarabangsa. Didalam hikayat itu juga dimasukkan tentang sistem perdagangan, hubungan antarabangsa, adat istiadat diraja, kegiatan agama Islam dan juga tentang taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negerinya.

    3.2. Antara hikayat itu ialah Hikayat Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Patani, Salasiah Brunei, Sejarah Melayu, Misa Melayu dan banyak lagi. Hikayat-hikayat ini banyak terdapat disimpan di Britian, Netherland dan Amerika.

    3.3. Institusi Raja adalah nadi dan nyawa kepada sistem pentadbiran politik, ekonomi

    dan sosio-ekonomi Kerajaan Melayu. Pada teori dan prinsipnya sesebuah kerajaan di Kepulauan Melayu tidak boleh diwujudkan jika tidak ada seorang pemimpin yang dipanggil Raja untuk mengetuainya. Apabila ada seorang Raja sebagai ketuanya, maka barulah ia dinamakan sebuah kerajaan. Perkataan kerajaan itu menggunakan kata dasar Raja yang menunjukkan Raja adalah tonggak atau asas sesebuah kerajaan.

    3.4. Inilah asas kemunculan sesebuah negeri Melayu. Sebuah negeri dan kerajaan pula dikenal sebagai negeri dan jajahan takluknya Ini bermakna dalam sesebuah pemerintahan kerajaan Melayu terdapat pembahagian pentadbiran yang jelas. Raja yang bergelar Sultan akan memegang sesebuah kerajaan sebagai pusat pentadbiran dan istananya. Manakala kawasan-kawasan lain akan dipegang oleh pembesar-pembesar yang dilantik oleh Sultan. Pembesar-pembesar ini selalunya daripada keturunan diraja samada adik-beradik, sepupu atau mereka yang ada pertalian darah dengan kerabat diraja. Ada juga didalam kes-kes terpencil seorang rakyat yang kaya-raya yang berkahwin dengan kerabat diraja akan dilantik sebagai pembesar daerah. Dengan cara ini kesetiaan pembesar kepada Raja yang memerintah dapat dikawal.

    3. INSTITUSI RAJA-RAJA DI MALAYSIA

    3.1. Di Malaysia, kerjaan-kerajaan Melayu telah ditubuhkan seawal kurun 1 Masehi.

    Walaupun tidak ada penulisan yang jelas mengenainya tetapi beberapa buah negeri dan kerajaan telah wujud melalui cerita rakyat atau sejarah lisan. Antara kerajaan-kerajaan itu ialah Bruas, Gangga Negara, kerajaan Puteri Saadong dan kerajaan Kedah Tua. Satu lain-lain lagi terdapat juga kerajaan yang mempunyai rekod pencapaiannya seperti kerajaan Kesultanan Melaka dengan berdasarkan rekod daripada Cina, Portugis, Belanda dan tempatan, ternyata kerajaan Kesultanan Melaka atau Empayar Melaka merupakan kerajaan tempatan yang paling kompleks pencapaiannya sehingga ia boleh dinamakan sebagai sebuah tamadun.

  • 3.2. Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin adalah sumber rujukan yang penting untuk mencari asal usul Raja-Raja di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Sejarah Melayu yang mempunyai 29 versi, keturunan Raja Melayu dikatakan daripada Sultan Iskandar Zulkarnain, raja yang tersohor diseluruh dunia seperti yang tercatit dalam Al-Quran. Disegi kepercayaannya pula, raja-raja dikatakan dari Bukit Seguntang Mahameru yang terletak di Palembang, Sumatera.

    1. Mengikut teks itu, seorang anak Raja telah muncul daripada luahan lembu; ketampanannya telah menyebabkan cahaya yang bersinar-sinar sehingga padi menjadi emas dan daunnya menjadi suasa. Kehebatan ini menunjukkan kehebatan dan kesempurnaan anak raja tersebut. Apa yang menarik disini ialah dalam kedua-dua perceritaan itu, asalnya Raja dikaitkan dengan agama atau sistem kepercayaan masyarakat. Ini menunjukkan seolah-olah Raja itu adalah wakil Tuhan yang layak dan sesuai dijadikan pemimpin kepada masyarakat umum. Dalam erti kata lain bagi sesebuah masyarakat mempunyai seorang Raja sebagai pemimpin, kedudukannya dan kewibawaannya patutlah dikaitkan dengan kedudukan yang amat istimewa dan direstui oleh agamanya.

    3.3. Perkara kedua yang menarik ialah tentang kontrak sosial yang telah diadakan diantara rakyat dan raja. Dalam teks sejarah Melayu ini dikatakan Sang Sapurba telah membuat satu perjanjian dengan pemimpin masyarakat tempatan demi untuk memulakan satu kerajaan dan negeri yang meletakan Raja sebagai ketua negerinya. Dengan perjanjian sosio-budaya itu, Sang Sapurba telah diterima oleh rakyat yang diketuai oleh Demang Lebar Daun, ketua penghulu daerahnya, untuk menjadi raja mereka. Dalam kontrak ini dikatakan Raja Zalim Raja Disanggah, Raja Adil Raja Disembah.

    3.4. Ini bermakna bahawa:-

    i) Raja dan rakyat adalah saling kait mengait. Tanpa raja rakyat tidak akan kemananya dan tanpa rakyat pula raja tidak akan menjadi ketuanya.

    ii) Hubungan Raja dan rakyat adalah diatas dasar pemuafakatan. Kedua-duanya saling hormat-menghormati dengan kedudukan dan peranan masing-masing. Setiap pihak sepatutnya menjalankan bidang kuasa yang telah digariskan supaya Raja dan rakyat akan saling bergantungan bagi menentukan survival kerajaan dan negeri itu.

    iii) Kedudukan Raja adalah diatas rakyat kerana Raja adalah tunggak kerajaan dan negeri. Rakyat tidak boleh membina sebuah negeri tanpa ada kerajaan yang diketuai oleh raja yang didaulatkan oleh rakyat. Rakyat mengiktiraf kedaulatan raja yang menjadi pemerintahnya dengan kemuliaan-kemuliaan khusus kepada Raja, ini termasuklah dinasti raja, adat istiadat diraja, bahasa diraja, perlatan diraja, singgahsana dan istana diraja.

    4. KESULTANAN MELAKA 4.1. Kesultanan Melaka telah di tubuhkan pada 1400 atau dikatakan lebih awal oleh

    sesetengah sumber; adalah kerajaan Melayu yang telah meninggalkan legasi yang besar dan penting dalam kerajaan-kerajaan selepasnya sehingga ke hari ini.

    4.2. Sebagai sebuah kerajaan yang besar, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran, sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, sistem

  • perundangan dan agama Islam sebagai cara hidup dan perundangan masyarakat Melaka.

    4.3. Dalam sistem kerajaan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya,

    pemerintahan raja dikenali sebagai Pemerintahan Raja Mutlak. Konsep ini menunjukkan pemerintahan negeri dan jajahan takluk. Tertakluk dalam tangan Baginda sepenuhnya. Ini kerana Raja atau Sultan adalah ketua negeri atau kesultanan itu. Raja atau Sultan merupakan kemuncak kepada kuasa pentadbiran negeri Melayu. Oleh itu dalam kerajaan Melayu sentiasa digambarkan dan dikatakan Titah Raja adalah Undang-Undang yang mesti dipatuhi dan dijalankan tanpa boleh diingkari. Misalnya, dalam peristiwa Sultan Melaka menitahkan supaya Hang Tuah dibunuh, pihak Bendahara melaksanakan tugas itu tanpa mempersoalkan keputusan Sultan. Walaupun didalam hati Bendahara tahu Hang Tuah difitnah. Apa yang dilakukannya ialah menyembunyikan Hang Tuah di Ulu Melaka. Namun apabila Hang Jebat mengamuk di istana, Bendahara mengangkat sembah untuk membawa pulang Hang Tuah setelah Sultan meyebut kebaikan Hang Tuah yang sentiasa setia kepada Baginda. Sultan melihat Bendahara seorang yang bijak dalam hal ini.

    4.4. Tetapi dalam peristiwa lain pula, Sultan Mahmud Shah telah menitahkan

    Bendahara Tun Mutahir dibunuh bersama-sama dengan 39 orang anggota keluarganya yang lain diatas tuduhan menderhaka. Dato Bendahara itu difitnah oleh Laksamana Khoja Hassan dan Raja Mendalir dengan mengatakan Dato Bendahara sedang menunjukkan kekayaannya melebihi daripada Sultan iaitu dengan menempa cerek emas untuk kegunaan hariannya. Dato Bendahara jua dituduh membelakangkan Sultan apabila mengahwinkan puterinya yang cantik jelita yang bernama Tun Fatimah dengan sepupunya Tun Ali. Diatas dua alasan ini, Sultan telah menitahkan Dato Bentara dengan membawa keris diraja kerumah Bendahara. Dato Bendahara, yang arif dengan adat istiadat diraja, menurut perintah Sultan tanpa bantahan. Dato Bendahara menggunakan konsep Pantang anak Melayu Menderhaka. Ternyata perintah Sultan tidak boleh diingkar. Inilah bidang kuasa Sultan ataupun Raja dalam konsep kerajaan Melayu dahulu.

    4.5. Sebagai pemerintah yang tertinggi, Raja atau Sultan dibalut dengan konsep

    Daulat. Dalam konsep ini Raja bukan sahaja dilihat mempunyai kuasa yang mutlak keatas rakyat dan negerinya, tetapi juga insitutsi itu dilengkapkan dengan perkara-perkara lain yang dianggap dan dijadikan sangat istimewa dan hanya boleh dipakai atau dikaitkan dengan seseorang Raja yang memerintah kerajaan tersebut. Antaranya ialah kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi, istana yang terletak diatas bukit, bahasa diraja, pakaian diraja, peralatan diraja, adat istiadat diraja dan cara kehidupan yang berbeza dengan rakyat atau pembesar-pembesarnya. Malah disegi kelahiran konsep Raja i

Recommended

View more >