universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (psm/sarjana/doktor...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTAJUK THEOREM
PYTHAGORAS FORM TWO DARI ASPEK REKA BENTUK DAN PENCAPAIAN PELAJAR
SESI PENGAJIAN: 2005-2008
Saya RASMAN BIN ALIP
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh: ________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Kg. Tambulian Laut, PM DR. ZAIDATUN BTE TASIR 89150, Kota Belud, Nama Penyelia Sabah. Tarikh: 28 Hb. April, 2008 Tarikh: 28 Hb. April, 2008
√
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM. DR. ZAIDATUN BTE TASIR
Tarikh : 28Hb. April, 2008
PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTAJUK PYTHAGORAS THEOREM
FORM TWO DARI ASPEK REKA BENTUK DAN PENCAPAIAN PELAJAR
RASMAN BIN ALIP
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Pelajar : RASMAN BIN ALIP
Tarikh : 28Hb. April, 2008
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
penyelia kertas kerja penyelidikan ini, Profesor Madya Dr. Zaidatun Tasir atas segala
tunjuk ajar, bimbingan, komen, kritikan, nasihat, cadangan, dan dorongan yang
diberikan sepanjang proses penyelidikan ini berjalan sehinggalah ia disiapkan.
Tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan yang telah
menguruskan semua perkara berkaitan dengan prosedur menjalankan kajian yang
melibatkan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah, dan sekolah yang terlibat dengan kajian ini.
Akhir sekali penghargaan tidak terhingga buat ahli keluarga dan rakan-rakan
seperjuangan yang telah menjadi aspirasi dalam meneruskan dan menamatkan
pengajian ini sehingga jaya.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai perisian bertajuk “Pythagoras Theorem
Form Two” berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka
bentuk antaramuka,dan reka bentuk interaksi. Disamping itu kajian ini turut melihat
keberkesanan perisian tersebut terhadap pencapaian pelajar dan pencapaian pelajar
berdasarkan jantina selepas menggunakan perisian. Kajian ini adalah sebuah kajian
deskriptif berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul
data ialah borang penilaian perisian serta ujian pencapaian pra dan pos. Skala Likert
empat mata telah digunakan dalam borang penilaian perisian. Responden kajian
terdiri daripada 48 orang pelajar sebuah sekolah di daerah Kota Belud, Sabah. Data
kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Dapatan kajian
menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap kesesuaian objektif
(min = 3.29), isi kandungan (min = 3.07), dan reka bentuk antaramuka (min = 3.11).
Namun begitu, responden memberi persepsi kurang memuaskan terhadap reka
bentuk interaksi (min = 2.82). Hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test pula
menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar dalam
ujian sebelum (min = 2.77) dan selepas (min = 4.79) menggunakan perisian
multimedia tersebut pada α = 0.05 (p = 0.00). Walaupun demikian, hasil analisis
ujian T, Paired Sample T-Test menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan
antara pencapaian pelajar lelaki (min 4.50) dan pelajar perempuan (min5.08) selepas
menggunakan perisian (α = 0.05, p = 0.219).
ABSTRACT
The purpose of this research is to evaluate the effectiveness and capability of
the multimedia software “Pythagoras Theorem Form Two” based on the objective,
content, interface design, and interactive design. It also examines the effect of the
software towards student performance and student performance based on gender
after using the software. This research is a descriptive research in the form of
quantitative. Software evaluation form and achievement tests (pre and post test) were
used as research instruments for data collection. A four-point Likert Scale is used in
the software evaluation form to collect the data. The respondents of this research
were 48 students, which were from one of the schools in Kota Belud, Sabah. SPSS
version 14.0 is been used to analyze the quantitative data. The result of the study
shows that the software receives positive perceptions in term of its objective (mean =
3.29), content (mean = 3.07), and in interface design (mean = 3.11). But the
respondents are not satisfy in term of interactive design (mean = 2.82). Data analysis
from the Paired Sample T-Test describes that there is a significant difference on
students performance before (meanpre = 2.77) and after (meanpost = 4.79) using the
multimedia software (α = 0.05, p = 0.00). Nevertheless, data analysis from the Paired
Sample T-Test describes that there is no significant difference on male (mean 4.50)
and female (mean 5.08) students performance after using the multimedia software (α
= 0.05, p = 0.219).
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Penghargaan i
Abstrak ii
Abstract iii
Kandungan iv
Senarai Rajah dan Jadual ix
Senarai Simbol x
Senarai Lampiran xi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Rasional Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 10
1.10 Penutup 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Konsep Asas Penilaian 15
2.3 Kaedah Penilaian Dalam Pembangunan
Perisian Multimedia 17
2.3.1 Kaedah Penilaian Berorientasikan
Objektif 17
2.3.2 Kaedah Penilaian Berorientasikan
Pengurusan 17
2.3.3 Kaedah Penilaian Berorientasikan
Naturalistik dan Penglibatan 18
2.3.4 Kaedah Penilaian Berorientasikan
Pengguna 19
2.3.5 Kaedah Penilaian Berorientasikan
Pendapat Pakar 19
2.3.6 Kaedah Penilaian Berorientasikan
Pihak Lawan 20
2.4 Model Penilaian Dalam Pendidikan 20
2.4.1 Model Kurikulum 20
2.4.2 Model Kandungan, Input, Proses dan
Produk (CIPP) 21
2.4.3 Kajian Kes 21
2.4.4 Model Matlamat dan Integratif Bebas 22
2.5 Jenis-Jenis Penilaian Dalam Pendidikan 22
2.5.1 Penilaian Formatif 22
2.5.2 Penilaian Sumatif 23
2.5.3 Penilaian Iluminatif 24
2.5.4 Penilaian Integratif 25
2.6 Kaedah Melaksanakan Proses Penilaian 25
2.6.2 Soal selidik 26
2.6.2 Temubual 27
2.6.3 Pemerhatian 28
2.7 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 28
2.8 Penggunaan Perisian Multimedia Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 31
2.9 Ciri-Ciri Perisian Yang Berkualiti 34
2.10 Kepenggunaan Komputer di Kalangan
Lelaki dan Perempuan 38
2.11 Penutup 39
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 40
3.3 Prosedur Kajian 41
3.4 Persampelan 43
3.5 Instrumen Kajian 45
3.5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos 45
3.5.2 Borang Soal Selidik 46
3.6 Kebolehpercayaan dan Kesahan
Instrumen Kajian 48
3.61 Dapatan Kajian Rintis 49
3.7 Analisis Data 50
3.7.1 Analisa Kesan Perisian Terhadap
Pencapaian Pelajar dan Analisa
Kesan Perisian Terhadap Pencapaian
Pelajar Berdasarkan Jantina 50
3.7.2 Analisa Kesesuaian Objektif,
Isi Kandungan, Reka Bentuk
Antaramuka dan Reka Bentuk Interaksi 52
3.8 Penutup 52
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 53
4.2 Data Demografik 54
4.3 Analisis Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Objektif Perisian 55
4.4 Analisis Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 56
4.5 Analisis Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Reka Bentuk Antaramuka Perisian 57
4.6 Analisis Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Reka Bentuk Interaksi Perisian 58
4.7 Analisis Pencapaian Pelajar Sebelum dan
Selepas Menggunakan Perisian 58
4.8 Analisis Pencapaian Pelajar Lelaki dan
Perempuan Selepas Menggunakan Perisian 60
4.9 Penutup 61
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Objektif Perisian 63
5.3 Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 65
5.4 Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Reka Bentuk Antaramuka Perisian 66
5.5 Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Reka Bentuk Interaksi Perisian 68
5.6 Pencapaian Pelajar Sebelum dan Selepas
Menggunakan Perisian 69
5.7 Pencapaian Pelajar Selepas Menggunakan
Perisian Mengikut Jantina 70
5.8 Kesimpulan 71
5.8.1 Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Objektif Perisian 71
5.8.2 Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 72
5.8.3 Persepsi Responden Terhadap
Reka Bentuk Antaramuka Perisian 72
5.8.4 Persepsi Responden Terhadap
Reka Bentuk Interaksi Perisian 73
5.8.5 Pencapaian Pelajar Sebelum dan
Selepas Menggunakan Perisian 74
5.8.6 Pencapaian Pelajar Selepas
Menggunakan Perisian Mengikut Jantina 74
5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.10 Rumusan 75
5.11 Penutup 76
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN 83
SENARAI RAJAH DAN JADUAL
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Ringkasan Prosedur Penyelidikan 43
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Populasi 44
3.2 Taburan Responden 44
3.3 Agihan Item Mengikut Konstruk 46
3.4 Penggunaan Skala Likert Empat Mata 47
3.5 Nilai Alpha Mengikut Konstruk dan
Nilai Alpha Keseluruhan 49
4.1 Bilangan Responden 54
4.2 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Objektif Perisian 55
4.3 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 56
4.4 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Reka Bentuk Antaramuka Perisian 56
4.5 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap
Kesesuaian Reka Bentuk Interaksi Perisian 57
4.6 Pencapaian Pelajar Sebelum dan Selepas
Menggunakan Perisian 58
4.7 Analisis Data Pencapaian Pelajar
Menggunakan Ujian T 59
4.8 Pencapaian Pelajar Lelaki dan Perempuan
Sebelum dan Selepas Menggunakan Perisian 60
4.9 Analisis Data Pencapaian Ujian Pos Pelajar
Lelaki dan Perempuan Menggunakan Ujian T 61
SENARAI SIMBOL
N Bilangan
MSC Multimedia Super Corridor
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
ICT Information Communication Technology
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
CBTL Computer-Based Teaching and Learning
CD-ROM Compact Disk-Read Only Memory
CAI Computer Aided Instruction
KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPSS Statistical Package for Social Science
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 83
B Borang Penilaian Perisian Multimedia 84
Soalan Ujian Pra-Pos 86
C Hasil Analisis Data Menggunakan SPSS 90
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mungkin ‘Pendidikan Alaf Baru’ adalah frasa yang lebih tepat untuk
menerangkan senario pendidikan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan
ini. Senario ini memperlihatkan perbezaan yang sungguh ketara jika dibandingkan
dengan era pendidikan dahulu. Hasil dari evolusi dalam pendidikan itu sendiri maka
umum perlu akur dengan inovasi yang dicipta. Kini komputer mendominasi semua
bidang dalam kehidupan sehari-harian bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah
merangkumi bidang-bidang lain seperti perbankan, perubatan, perundangan,
penyelidikan dan pembangunan (R&D), hiburan dan sebagainya. Dalam bidang
pendidikan, pembelajaran berbantukan komputer telah mencetuskan satu dimensi
baru.
Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC)
yang telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamed pada 1 Ogos 1996 adalah satu inisiatif bertaraf antarabangsa yang
bertujuan untuk membantu mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era maklumat
dan seterusnya menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara
maju di dunia. Bertitik tolak daripada pembangunan Koridor Raya Multimedia
(MSC) ini, maka paradigma dalam bidang pendidikan turut sama berubah apa bila
Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdananya.
Perkembangan ini sejajar dengan wawasan dan aspirasi negara untuk menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) berhasrat untuk menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam pendidikan amnya serta proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya melalui Sekolah Bestari (KPM, 2003).
Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem
pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan pelajar
dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan
teknologi sebagai pengupaya. Matlamat penubuhan Sekolah Bestari adalah untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia
dan melahirkan generesi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020 (Mok,
2002).
Hakikatnya penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan
bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah lama diperkenalkan sejak awal tahun 60-an
lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Namun
dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia mula memperkenalkan
konsep pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dalam kurikulum sekolah pada
tahun 1995 (Norhashim Abu Samah et al, 1996).
Pelaksanaan Sekolah Bestari mengambil kira semua inisiatif ICT yang sedia
ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan
wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membekalkan
pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor
dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah
sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal
komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian Internet
berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet (KPM, 2006).
Kini pembangunan sumber dan teknologi maklumat telah kian berkembang
dengan pengenalan pembelajaran berbantukan komputer yang melibatkan pembinaan
pengetahuan, membuat ekperimen serta penjelajahan berkaitan dengan topik yang
dapat dilakukan dengan bantuan teknologi komputer (Zaleha dan Zamzalina, 2000).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (Computer-based
teaching and learning materials - CBTL) merupakan satu komponen penting dalam
Sekolah Bestari. Komputer dijadikan sebagai alatan (tool) kepada guru di mana ia
digunakan sebagai ‘smart board’ (Hume, 1999). Persoalannya, adakah semua bahan
dalam CBTL ini berkualiti dan memenuhi objektif pembelajaran? Bagaimana kualiti
bahan pengajaran itu ditentukan?
Kebanyakkan perisian yang terdapat di pasaran tidak berkualiti dan tidak
sesuai dengan pedagogi pengajaran dan pembelajaran kerana perisian yang
dihasilkan tidak selaras dengan sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) (Yusuf Hashim, 1997).
Malahan perisian yang ada di pasaran juga tidak mempunyai nilai yang tinggi dari
segi reka bentuk pengajaran dan reka bentuk antaramuka. Prinsip-prinsip ini perlu
digabungkan untuk memastikan penghasilan perisian multimedia interaktif yang
lebih berkesan (Abtar, 1996).
Perisian yang dibangunkan kebanyakannya bersifat tradisi dan tidak
berkualiti kerana sesetengah perisian yang dibangunkan berfungsi menyerupai buku
teks dan hanya membantu pelajar dari segi pemahaman serta perubahan tingkahlaku
secara berperingkat apabila berlakunya suatu proses pembelajaran (Jamalludin dan
Zaidatun, 2001). Pembangunan sesebuah perisian juga sering menumpukan kepada
nilai komersial yang menyebabkan kualiti hanya dinilai berdasarkan kualiti media
yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai pengajaran dan pembelajaran serta
perubahan tingkahlaku pelajar yang ingin dicapai (Rao, 1991).
Tidak dapat dipastikan sama ada perisian yang digunakan di sekolah atau
yang berada di pasaran telah melalui proses penilaian atau tidak. Oleh itu, perisian
seharusnya dinilai kerana ianya merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian seharusnya dilakukan dan penilaian tersebut merangkumi reka bentuk
perisian, pencapaian objektif pembelajaran, aspek pedagogi dan kesahan terhadap
strategi atau kaedah pengajaran tertentu yang telah diaplikasikan dalam sesuatu
perisian (Rosseni dan Norasmah, 2003). Walaupun demikian, dalam kajian ini,
pengkaji hanya menilai perisian berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi
kandungan, reka bentuk antaramuka, reka bentuk interaksi dan kesannya terhadap
pencapaian pelajar selepas menggunakannya.
Pernyataan objektif dalam perisian haruslah spesifik dan tertumpu kepada apa
yang hendak dicapai. Objektif pengajaran dari segi konteks aplikasi multimedia
pendidikan merupakan pernyataan ayat yang jelas, ringkas dan padat tentang
perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh pengguna perisian. Dalam erti kata yang
lain, objektif pengajaran merupakan perkara-perkara yang diharapkan berlaku dalam
diri pelajar setelah mereka menjelajahi perisian (Jamalludin Harun et. al, 2001).
Perisian yang baik mestilah memenuhi objektif pembinaan perisian. Ini kerana
perisian akan bertindak sebagai tutor kepada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga akan menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang
baik dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar supaya semua konsep yang
diajar dapat difahami dengan mudah. Untuk memastikan perisian dapat memenuhi
kehendak pelajar maka penilaian perlu dijalankan ke atas perisian tersebut.
Isi kandungan perisian mestilah dapat memenuhi keperluan, minat dan
kebolehan pelajar dan berasaskan kepada kurikulum. Isi kandungan membekalkan
maklumat atau kandungan yang perlu ada dalam perisian untuk memastikan objektif
perisian tercapai. Isi kandungan haruslah baik dari segi susunan bahasa, tidak
menampakkan kecenderungan ke arah perkauman dan keagamaan yang boleh
memberikan kesan yang tidak baik kepada pelajar. Penggunaan istilah teknikal dan
istilah komputer mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran. Sekiranya penggunaan
terminologi tidak dapat dielakkan, keterangan terminologi yang digunakan sama ada
melalui bahan bercetak ataupun melalui menu bantuan harus disediakan.
Reka bentuk antaramuka merupakan perkara yang perlu diberi perhatian
dalam perisian kerana antaramuka merupakan perantaraan komunikasi di antara
pengguna dan komputer (Baharuddin Aris et al, 2001).
Reka bentuk interaksi yang berkualiti membolehkan pelajar menentukan
kecepatan pembelajaran mengikut pemahaman dan kemahiran individu (Staley,
1995). Segala bentuk grafik atau butang yang digunakan untuk pelayaran
(navigation) boleh dihubungkan terus mengikut kehendak atau arahan pengguna.
Pakej perisian seboleh-bolehnya memberi kebebasan kepada pelajar untuk
mengulangi pelajaran, menukar tajuk yang ingin dipelajari atau menghentikan
perisian pada bila-bila masa sahaja dengan hanya menekan butang keluar.
Impak perisian terhadap pencapaian pelajar merupakan perspektif utama
dalam menilai keberkesanan perisian. Perisian yang berkualiti memberikan kesan
positif terhadap pencapaian pelajar selepas menggunakan perisian tersebut (Rosseni
dan Norasmah, 2003).
1.3 Pernyataan Masalah
Pelbagai perisian telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan
kerjasama pihak swasta. Tindakan para akademik untuk menyediakan pelbagai
bahan pengajaran dalam bentuk edaran (handout) yang boleh dicapai melalui CD-
ROM atau multimedia interaktif harus dipuji (Selvanathan, 2003). Sepanjang projek
rintis Sekolah Bestari sebanyak 1,494 judul perisian bagi mata pelajaran Sains,
Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dihasilkan. Namun begitu,
tidak semua bahan pengajaran multimedia dalam bentuk CD-ROM ini memberikan
manfaat kepada penggunanya. Oleh itu, kesesuaiannya sebagai satu bahan yang
boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya ditentukan melalui
satu proses penilaian.
Setakat ini, tidak terdapat satu badan, panel, agensi atau persatuan yang sah
diwujudkan semata-mata untuk menyelia dan menilai perisian-perisian yang ada di
pasaran khasnya perisisan pendidikan untuk kegunaan di sekolah-sekolah di
Malaysia. Di peringkat antarabangsa badan atau agensi penilaian seperti Souther
Regional Education Board (SREB), dan Teaching Learning and Technology (TLTC)
telah diadakan (Ismail Zain, 2002).
Maka, di sini pengkaji mengambil satu langkah yang wajar untuk membuat
penilaian terhadap perisian bertajuk “Pythagoras Theorem Form Two”. Aspek
utama yang akan diteliti dalam kajian ini adalah merangkumi kesesuaian perisian
dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka, reka bentuk interaksi dan
kesannya ke atas pencapaian pelajar selepas mereka menggunakannya.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah:
i. Mengenalpasti kesesuaian perisian dari aspek:
a. isi kandungan.
b. objektif.
c. reka bentuk antaramuka.
d. reka bentuk interaksi.
ii. Mengenalpasti kesan yang diberikan oleh perisian terhadap
pencapaian pelajar.
iii. Mengenalpasti kesan yang diberikan oleh perisian terhadap
pencapaian pelajar berdasarkan jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:
i. Adakah perisian sesuai dari aspek:
a. objektif
b. isi kandungan
c. reka bentuk antaramuka
d. reka bentuk interaksi.
ii. Apakah kesan yang diberikan oleh perisian terhadap pencapaian
pelajar?
iii. Apakah kesan yang diberikan oleh perisian terhadap pencapaian
pelajar berdasarkan jantina?