universiti teknologi malaysia · 2013-11-19 · teknologi malaysia dengan syarat-syarat kegunaan...
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN VOKASIONAL PADA PERSPEKTIF PELAJAR ORANG
ASLI DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM
DAERAH ROMPIN PAHANG
MOHD RISDI BIN MOHD DAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENDIDIKAN VOKASIONAL PADA PERSPEKTIF PELAJAR ORANG ASLI DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH ROMPIN PAHANG
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya MOHD RISDI BIN MOHD DAUD (770331-03-6149)(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap :
NO 27, JALAN CEMARA 2, TAMAN CEMARA ROMPIN JAYA 26800 ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.
Tarikh : _________________
_____________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)
PN. NUR QISTINA BINTI ABDULLAH
NAMA PENYELIA
Tarikh : __________________
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ………………………….
Nama Penyelia : PN. NUR QISTINA BINTI ABDULLAH
Tarikh : _________________
PENDIDIKAN VOKASIONAL PADA PERSPEKTIF PELAJAR ORANG
ASLI DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM
DAERAH ROMPIN PAHANG
MOHD RISDI BIN MOHD DAUD
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : MOHD RISDI BIN MOHD DAUD
Tarikh : _________________
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ibuku,
Mek Binti Jusoh
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat kekanda dan adindaku terima kasih atas segalanya.
Buat bapa dan ibu mertuaku,
Haji Mohamad Nanyan Bin YassinAmbon Binti Ahmad
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha
mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Buat isteri dan putera puteri ku tersayang,
Rohana Binti Mohamad NanyanMuhamad Rafiq Aiman Bin Mohd Risdi
Nur Areefa Binti Mohd Risdi
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Puan Nur Qistina Abdullah
selaku penyelia di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat yang dihulurkan
kepada saya dalam melaksanakan kajian ini. Beliau adalah seorang yang profesional
terhadap tugasnya.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan
Pengetua (SMK Rompin, SMK Sungai Puteri, SMK Pontian Jaya dan SMK
Selendang) serta Pegawai JHEOA Rompin yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
Seterusnya terima kasih juga kepada rakan-rakan diatas bantuan, dorongan
dan tunjuk ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan kajian ini. Segala
sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan akan terus terpahat di dalam kajian
ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Hanya Allah SWT sahaja
yang dapat membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan, minat dan
persepsi pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang terhadap pendidikan
vokasional. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar Tingkatan 2 dan
Tingkatan 4 di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam daerah Rompin
Pahang. Set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Kajian rintis dilakukan
bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik dan mendapati kebolehpercayaan
soal selidik ialah 0.81. Dapatan daripada soal selidik telah dianalisis melalui
komputer dengan menggunakan perisian “Statiscal Packages for Social Science”
(SPSS) versioan 14.0 for windows bagi mendapatkan peratusan. Hasil kajian
mendapati bahawa pelajar Orang Asli yang terlibat dalam kajian ini mempunyai
minat terhadap pendidikan vokasional yang lebih tertumpu kepada bidang-bidang
seperti ekonomi rumahtangga, pertanian dan perdagangan sahaja. Selain daripada
menunjukkan minat, pelajar Orang Asli juga mempunyai persepsi yang positif
terhadap pendidikan vokasional yang diajar di Sekolah Menengah Teknik. Dari segi
pengetahuan terhadap pendidikan vokasional, didapati pengetahuan mereka adalah
kurang terutamanya dalam menentukan bidang-bidang yang ditawarkan dalam
pendidikan vokasional. Maka adalah diharapkan menjadi tanggungjawab kepada
pihak yang terlibat secara langsung dengan pendidikan vokasional khasnya
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli memberi
penjelasan dan pendedahan yang sewajarnya bagi menarik pelajar Orang Asli untuk
mengikuti pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to survey the knowledge, interest
and perception of ‘Orang Asli’ students at Rompin Pahang district towards
vocational education. Respondents involved in this research is Form 2 and Form 4
students from four secondary schools at Rompin Pahang district. Questionnaire set is
used as research instrument to obtain data. Pilot study was done to test the reliability
of questionnaire and the reliability value is 0.81. Data was analyzed using
“Statistical Packages for Social Science” (SPSS) version 14.0 software to get the
percentage value. The result shows that the ‘Orang Asli’ students involved have
interest in vocational educational. There main areas of interest the first is farming,
second is commerce and third is home economic. Despite that, they also have
positive perception towards vocational subjects taught at Technical Schools. For the
knowledge of vocational educational, the ‘Orang Asli’ students do not know much
about vocational educational. Therefore, it is hope that the organization involved
directly such as Ministry of Education and Department Orang Asli Affairs are
responsible to provide proper explanation and exposure to grab the attention of
‘Orang Asli’ students to undergo vocational education offered at Technical Schools.
vii
KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN MUKA SURAT
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Skop Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Istilah Kajian 7
1.8.1 Pendidikan Vokasional 7
1.8.2 Sekolah Menengah Vokasional 8
1.8.3 Orang Asli 8
1.8.4 Faktor 8
1.8.5 Pengetahuan 9
viii
1.8.6 Minat 9
1.8.7 Persepsi 9
1.9 Penutup 10
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Pendidikan Vokasional 13
2.2.1 Latar Belakang 13
2.2.2 Kajian-Kajian Lepas 17
2.3 Peranan Pendidikan Vokasional Dalam
Menyediakan Tenaga Kerja 18
2.4 Pengetahuan Terhadap Pendidikan
Vokasional 20
2.5 Minat Terhadap Pendidikan Vokasional 21
2.6 Persepsi Terhadap Pendidikan
Vokasional 24
2.7 Penutup 26
BAHAGIAN KETIGA
METODOLOGI
BAB 3 METODOLOGI 27
3.1 Pendahuluan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Populasi dan Sampel 28
3.4 Instrumen Kajian 29
ix
3.4.1 Kesahan Kandungan Soal Selidik 30
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Kerangka Operasi 32
3.7 Prosedur Kajian 33
3.8 Analisis Data 34
3.9 Penutup 36
BAHAGIAN KEEMPAT
ANALISIS DATA
BAB 4 ANALISIS DATA 37
4.1 Pendahuluan 37
4.2 Analisis Bahagian A 38
4.2.1 Taburan Responden
Berdasarkan Jantina 38
4.2.2 Taburan Responden
Berdasarkan Umur 38
4.2.3 Taburan Responden
Berdasarkan Suku Kaum 39
4.2.4 Taburan Responden
Berdasarkan Pendapatan 39
4.2.5 Taburan Responden
Berdasarkan Pendidikan
Tertinggi Dalam Keluarga 40
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan
Ahli Keluarga Yang Pernah
Belajar di SMV/SMT 41
4.3 Bahagian B 41
4.3.1 Pengetahuan Am Pelajar Orang
Asli di Daerah Rompin Pahang
Terhadap Pendidikan Vokasional 42
x
4.3.2 Minat Pelajar Orang Asli di
Daerah Rompin Pahang
Terhadap Bidang Pendidikan
Vokasional 45
4.3.3 Persepsi Pelajar Orang Asli di
Daerah Rompin Pahang
Terhadap Pendidikan
Vokasional 49
4.4 Penutup 54
BAHAGIAN KELIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 55
5.1 Pendahuluan 55
5.2 Rumusan 56
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Pengetahuan Am Pelajar Orang
Asli Terhadap Pendidikan
Vokasional Yang Ditawarkan di
SMT 58
5.3.2 Minat Pelajar Orang Asli
Terhadap Bidang Pendidikan
Vokasional Yang Ditawarkan di
SMT 61
5.3.3 Persepsi Pelajar Orang Asli
Terhadap Pendidikan Vokasional
Yang Ditawarkan di SMT 63
5.4 Cadangan 65
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Penutup 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN
A - G
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Bidang Kursus Vokasional Yang Ditawarkan Di
Sekolah Menengah Teknik
15
3.1 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 29
3.2 Skala Likert Lima Peringkat 30
3.3 Skala Likert Lima Peringkat Kepada Tiga Tahap
Persetujuan
35
3.4 Pemeringkatan Peratusan Bagi Pengetahuan
Dan Minat
35
3.5 Pemeringkatan Peratusan Bagi Persepsi 36
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Jantina
38
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Umur
38
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Suku Kaum
39
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Pendapatan Ibubapa/Penjaga
39
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Taraf Pendidikan Tertinggi Dalam
Keluarga
40
xiii
4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Ahli Keluarga Yang Pernah Belajar Di
SMT/SMV
41
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Berkaitan
Pengetahuan Am Pelajar Orang Asli Terhadap
Pendidikan Vokasional
42
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Berkaitan
Minat Pelajar Orang Asli Terhadap Pendidikan
Vokasional
46
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Berkaitan
Persepsi Pelajar Orang Asli Terhadap
Pendidikan Vokasional
49
4.10 Kursus Latihan Vokasional Yang Menjadi
Pilihan Pelajar Orang Asli Mengikut Peratus
Keutamaan
52
4.11 Dorongan Yang Menyebabkan Pelajar Orang
Asli Berminat Memilih Kursus Latihan
Vokasional Yang Dinyatakan Mengikut
Keutamaan
53
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kerangka Operasi Menjalankan Kajian 32
xv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPVM - Sijil Pelajaran (Vokasional) Malaysia
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
MARA - Majlis Amanah Rakyat
IKM - Institut Kemahiran MARA
RMK9 - Rancangan Malaysia ke Sembilan
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
SS - Sangat setuju
S - Setuju
SDS - Sederhana Setuju
TS - Tidak setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
ERT - Ekonomi Rumahtangga
OUM - Open University Malaysia
f - Frekuensi
% - Peratus
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Persoalan
Kajian
C Surat Akuan Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari BPPDP
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Jabatan
Pelajaran Negeri Pahang
F Akuan Pengesahan Item Soal Selidik
G Surat Pengesahan Kehadiran dan Mengedarkan Soal
Selidik kepada Pelajar
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada anggota masyarakat
Bumiputera di negara ini. Justeru itu mereka mempunyai hak yang istimewa
sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara rasminya
masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Asli.
Di daerah Rompin Pahang, kebanyakkan masyarakat Orang Asli di sini terdiri
daripada kumpulan Melayu Asli. Secara umumnya pekerjaan yang dilakukan oleh
masyarakat Orang Asli kumpulan ini boleh diklasifikasikan kepada empat iaitu
pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan serta mengumpul hasil-hasil hutan.
Walaupun negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam pembangunan
dan ekonomi, masyarakat Orang Asli di sini masih kekal dengan pekerjaan tradisi
mereka untuk menyara keluarga. Oleh sebab itu kadar kemiskinan bagi masyarakat
Orang Asli amnya masih mencatatkan kemiskinan yang tinggi, misalnya pada kadar
50.9 peratus bagi tahun 1999 termasuk 15.4 peratus kadar ketermiskinan
(Malaysia, 2001).
2
Menurut Najib Razak (2007), kemiskinan sesuatu kaum bukanlah sesuatu
untuk diwarisi tetapi ianya boleh diubah dengan ilmu dan pendidikan. Selaras
dengan kenyataan di atas, pendidikan vokasional adalah sesuai untuk diikuti oleh
pelajar Orang Asli bagi mengeluarkan masyarakat mereka daripada kepompong
kemiskinan. Ini kerana objektif utama pendidikan vokasional diperkenalkan di
negara kita adalah untuk melengkapkan pelajar dengan asas kemahiran amali yang
bertujuan menyediakan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan.
Peranan pendidikan vokasional amat besar bagi melahirkan tenaga kerja
mahir dan separuh mahir dalam pembangunan sesebuah negara industri. Melalui
sistem pendidikan vokasional, sudah tentu pelajar-pelajar akan dibekalkan dengan
bidang-bidang kemahiran yang menjurus kepada pekerjaan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui kemahiran yang diperolehi daripada sistem pendidikan
vokasional, mereka boleh memilih sama ada ingin menceburi bidang pekerjaan
ataupun menjadi seorang usahawan apabila menamatkan pengajian di sesebuah
institusi latihan kemahiran. Ini kerana kemahiran-kemahiran yang disediakan sudah
mencukupi untuk persediaan mereka menceburi bidang pekerjaan ataupun menjadi
seorang usahawan.
Walaupun pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan,
masyarakat Orang Asli amnya masih berada pada tahap kemiskinan. Oleh itu bagi
mengeluarkan masyarakat Orang Asli daripada masalah tersebut, maka pendidikan
vokasional sewajarnya diberikan kepada pelajar Orang Asli bagi menerima latihan
kemahiran yang bersesuaian dengan kehidupan mereka. Setelah mereka mempunyai
kemahiran-kemahiran vokasional, kemungkinan mereka dapat menggunakan
kemahiran yang diperolehi untuk menceburi bidang pekerjaan ataupun membuka
perniagaan sendiri di kawasan sekitar mahupun berhijrah ke luar negeri. Tetapi tidak
ramai pelajar Orang Asli yang mengikuti pendidikan vokasional yang ditawarkan di
Sekolah Menengah Teknik. Mereka seolah-olah tidak mengetahui tentang
kewujudan dan kepentingan pendidikan vokasional dalam kehidupan mereka.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Berbagai-bagai kemudahan yang telah dan akan disediakan bagi menaiktaraf
pusat atau institusi latihan kemahiran untuk memberikan latihan kemahiran kepada
generasi muda tanpa mengira kaum dan keturunan. Contohnya semua Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik
(SMT), bilangan Pusat Giat Mara ditambah bilangannya dan Kolej Komuniti
ditubuhkan di setiap kawasan parlimen.
Daerah Rompin Pahang juga tidak ketinggalan dengan kemudahan dan
perubahan-perubahan ini. Kini, daerah Rompin Pahang mempunyai sebuah Kolej
Komuniti dan Politeknik yang besar dan lengkap, dua buah Sekolah Menengah
Teknik dan sebuah Pusat Giat Mara. Institusi dan pusat-pusat latihan kemahiran ini
ditubuhkan dengan tujuan memberi peluang kepada pelajar yang kurang
berkemampuan dalam bidang akademik supaya dapat terus melanjutkan pengajian
dalam bidang kemahiran yang sesuai. Pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan
kemahiran yang sesuai dengan alam pekerjaan yang diminati dan menceburi bidang
pekerjaan tersebut dan seterusnya dapat mengeluarkan masyarakat mereka daripada
kepompong kemiskinan. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan tahap
keciciran dikalangan pelajar dan seterusnya akan mengurangkan pengangguran di
usia muda.
Walaubagaimanapun, jika dilihat kepada maklumat yang diperolehi daripada
Bahagian Pendidikan (JHEOA) Rompin Pahang, bilangan pelajar Orang Asli di
daerah Rompin yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik adalah
amat kecil iaitu sebanyak sebelas peratus (11%) pada tahun (2006) dan sebanyak
tujuh peratus (7%) pada tahun (2007). Berdasarkan kepada data tersebut, ini
menunjukkan bahawa pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang seperti tidak
berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan vokasional di
Sekolah Menengah Teknik. Di sini timbul persoalan, apakah faktor-faktor yang
menyebabkan penglibatan yang kecil pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang
dalam bidang pendidikan vokasional? Mungkin mereka tidak mengetahui tentang
pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik. Mungkin
4
juga mereka tidak berminat dengan bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan dalam
pendidikan vokasional ataupun mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap
pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik di seluruh
negara.
1.3 Penyataan Masalah
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di
negara ini. Antaranya ialah seperti menambahkan bilangan institusi-institusi latihan
kemahiran seperti Sekolah Menengah Teknik yang bertujuan untuk menyediakan
individu dengan kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka mendapatkan
pekerjaan. Namun demikian, penglibatan pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah
Teknik masih lagi berkurangan. Adalah perlu untuk mengkaji perkara-perkara yang
menyebabkan perkara ini terjadi. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk
mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan yang kurang pelajar Orang
Asli di daerah Rompin Pahang terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di
Sekolah Menengah Teknik.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti pengetahuan am pelajar Orang Asli di daerah Rompin
Pahang terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah
Menengah Teknik.
5
1.4.2 Melihat minat pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang terhadap
pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik.
1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang
terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah
Menengah Teknik.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :
1.5.1 Adakah pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang mempunyai
pengetahuan am tentang pendidikan vokasional yang ditawarkan di
Sekolah Menengah Teknik ?
1.5.2 Adakah pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang berminat
dengan bidang pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah
Menengah Teknik ?
1.5.3 Apakah persepsi pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang
terhadap pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah
Menengah Teknik ?
6
1.6 Skop Kajian
1.6.1 Pelajar Orang Asli Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 di sekolah menengah
akademik harian biasa (SMK).
1.6.2 Empat buah sekolah menengah akademik harian biasa (SMK)
di daerah Rompin, Pahang.
1.7 Kepentingan Kajian
Dengan adanya kajian ini, diharapkan ianya dapat membantu :
1.7.1 Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Merangka dan merancang program pendidikan vokasional yang sesuai
dengan minat pelajar Orang Asli berdasarkan faktor-faktor geografi
dan keperluan mereka.
1.7.2 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Menyampaikan maklumat tentang kepentingan Pendidikan
Vokasional kepada masyarakat Orang Asli terutamanya di kawasan
pedalaman.
1.7.3 Pelajar Orang Asli lepasan SMT/SMV
Mengadakan ‘Road Show’ ke perkampungan-perkampungan Orang
Asli untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang
pendidikan teknik dan vokasional.
7
1.8 Istilah Kajian
Di dalam kajian ini terdapat definisi istilah yang menerangkan serta
menjelaskan mesej dan konsep yang hendak disampaikan dan digunakan oleh
penyelidik. Takrif yang dibuat berdasarkan apa yang dinyatakan di dalam buku-
buku tertentu mengikut apa yang diinginkan oleh penyelidik.
1.8.1 Pendidikan Vokasional
Pendidikan vokasional bermaksud pendidikan yang mengandungi unsur-
unsur latihan kemahiran dan juga unsur-unsur pendidikan am seperti matematik,
sejarah, agama, moral dan sebagainya. Menurut Abdul Rahman (1986), pendidikan
vokasional ialah semua program vokasional yang kandungannya meliputi
penyampaian pengetahuan kemahiran teknikal, pemupukan nilai murni atau
pembentukan akhlak dan pemberian latihan kemahiran dalam sesuatu bidang
pekerjaan.
Dalam kajian ini, pendidikan vokasional yang ingin dilihat adalah aspek
bidang kemahiran yang perlu diketahui oleh pelajar Orang Asli serta minat dan
pandangan mereka terhadap Pendidikan Vokasional yang ditawarkan di Sekolah
Menengah Teknik.
8
1.8.2 Sekolah Menengah Vokasional
Sekolah Menengah Vokasional ialah sebuah institusi pendidikan yang
menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi memenuhi
keperluan sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan, membina asas yang
kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional serta
mendedahkan pelajar kepada aspek keusahawanan.
1.8.3 Orang Asli
Orang Asli yang dimaksudkan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah pelajar
Orang Asli yang bersekolah di empat buah sekolah menengah akademik harian biasa
(SMK) dalam daerah Rompin, Pahang.
1.8.4 Faktor
Menurut Kamus Dewan (2002), faktor bermaksud unsur atau sebab yang
menyumbang kepada sesuatu hasil.
Faktor yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah keadaan-keadaan yang
mempengaruhi atau menyumbang kepada sesuatu tingkahlaku atau peristiwa.
9
1.8.5 Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan (2002), pengetahuan bermaksud perihal mengetahui,
apa-apa yang diketahui, kepandaian atau kebijaksanaan.
Pengetahuan yang dimaksudkan di dalam kajian ini pula adalah pengetahuan
pelajar Orang Asli berkaitan dengan bidang pendidikan vokasional seperti automotif,
binaan bangunan, perdagangan dan keusahawanan, ekonomi rumah tangga dan
sebagainya.
1.8.6 Minat
Menurut Kamus Dewan (2002), minat bermaksud keinginan, kesukaan atau
kecenderungan kepada sesuatu. Minat juga merupakan sebagai penggerak kepada
individu untuk memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan.
(Crow dan Crow, 1980).
Minat yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah berkaitan keinginan atau
kecenderungan pelajar Orang Asli mendalami ilmu-ilmu pendidikan vokasional.
1.8.7 Persepsi
Menurut Kamus Dewan (2002), persepsi bermaksud gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan atau tanggapan.
10
Persepsi yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah berkaitan pandangan
atau tanggapan pelajar Orang Asli terhadap pendidikan vokasional.
1.9 Penutup
Sudah tiba masanya masyarakat Orang Asli keluar daripada kepompong
kemiskinan dan keciciran dalam pendidikan. Mereka ini memerlukan bantuan dan
pengetahuan untuk terus mengorak langkah dalam bidang ekonomi dan juga
pendidikan. Dalam kajian ini aspek utama adalah untuk mengetahui tahap
pengetahuan, minat dan juga persepsi dikalangan pelajar Orang Asli tentang
pendidikan vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik seluruh
negara. Diharapkan dengan adanya kajian ini, secara tidak langsung dapat memberi
pedoman dan panduan kepada pihak yang terbabit dalam merancang dan
menyediakan kurikulum pendidikan vokasional bagi menarik pelajar Orang Asli
untuk mengikutinya.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
Pada masa dahulu orang Inggeris memanggil masyarakat Orang Asli sebagai
aborigines. Istilah oborigines lebih membawa makna sebagai masyarakat yang
mundur, tidak membangun dan primitif. Oleh itu, kerajaan telah menukar istilah itu
kepada Orang Asli yang lebih menjurus kepada kehidupan yang moden dan tidak
menyentuh sikap negatif masyarakat tersebut. Menurut Kamus Dewan (2002),
Orang Asli membawa maksud penduduk asal sesebuah negeri.
Masyarakat Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat
Bumiputera di negara ini. Oleh yang demikian, mereka juga mempunyai hak
istimewa sepertimana masyarakat Bumiputera yang lain. Orang Asli merupakan
masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Perbezaan ini
ketara dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Secara rasminya
masyarakat Orang Asli dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu
Negrito, Senoi dan Melayu Asli.
12
Suku Senoi merupakan suku masyarakat Orang Asli yang terbesar di
Semenanjung Malaysia. Kebanyakkan suku Senoi tinggal di kawasan yang berbukit-
bukau iaitu 2000 hingga 3000 meter dari aras laut. Keadaan ini membolehkan
mereka menanam pelbagai jenis tanaman termasuk sayur-sayuran yang hidup pada
suhu yang rendah. Walaubagaimanapun, suku Senoi tidak tinggal secara tetap.
Sebaik sahaja tanah yang dikerjakan itu sudah tidak subur, mereka akan berpindah ke
kawasan lain yang lebih subur. Oleh yang demikian, mereka hanya bertahan di
sesebuah kawasan sekitar dua atau tiga tahun.
Suku kaum Negrito merupakan golongan masyarakat Orang Asli yang
terkecil jika dibandingkan dengan suku Senoi atau Melayu Asli. Mengikut
sejarawan, adalah dipercayai suku Negrito merupakan kumpulan masyarakat Orang
Asli yang terawal datang ke Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 25 000 tahun
dahulu. Suku Negrito boleh dibahagikan kepada enam suku kaum yang lebih kecil
seperti Kensiu, Kintaq, Jahai, Lanoh, Mendriq dan Bateq.
Kebanyakkan suku Negrito hidup di kawasan yang tinggi di kaki bukit dan
Banjaran Titiwangsa. Seperti kaum Senoi, suku Negrito merupakan golongan nomad
kerana mereka sentiasa berpindah-randah. Oleh sebab itulah mereka jarang-jarang
melakukan penanaman jangka panjang dan hanya tertumpu kepada tanaman jangka
pendek. Sumber makanan mereka berasaskan buah-buahan hutan dan hasil berburu.
Suku kaum Negrito mempunyai konsep hak milik bersama. Oleh itu segala
harta yang diusahakan sama ada berbentuk pertanian ataupun berburuan akan
dinikmati secara bersama. Oleh itu dalam suku tersebut seseorang itu tidak
mempunyai hak ke atas barang-barang milik mereka secara rasminya.
Suku kaum Melayu Asli pula merupakan kumpulan ketiga yang datang ke
Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 4 000 tahun yang lalu. Suku kaum Melayu
Asli terdiri daripada tujuh kumpulan suku yang utama iaitu Temuan Beladas,
Semelai, Temoq, Jakun, Orang Kanaq, Orang Laut dan Orang Seletar.
13
Suku kaum Melayu Asli mempunyai corak hidup yang berbeza-beza,
walaupun daripada suku yang sama kerana penempatan yang berbeza-beza. Suku
Melayu Asli didapati tinggal di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Bagi suku kaum Temuan, Semelai dan Jakun, mereka hidup dengan menjalankan
kegiatan yang berasaskan pertanian pindah dan bersifat sara diri. Mereka yang
tinggal di kawasan pantai biasanya menjadi nelayan dan bergantung hidup kepada
hasil-hasil daripada laut.
Seperti masyarakat lain, suku Melayu Asli mempunyai corak pembahagian
harta yang berlainan. Kebanyakkan mereka mempunyai hak keatas harta yang
diperoleh. Sekiranya seseorang itu menanam sayur-sayuran, hasil akan dinikmati
sendiri. Begitu juga dengan hasil perburuan yang jarang-jarang diagihkan kepada
keluarga lain.
2.2 Pendidikan Vokasional
2.2.1 Latar Belakang
Didalam sistem pendidikan di negara-negara Eropah khususnya England dan
Jerman terdapat mata pelajaran yang bercirikan mata pelajaran vokasional. Ia
dikenali sebagai Pendidikan Individu dan Sosial (Personal and Social Education).
Bermula di sekitar tahun 1970an, mata pelajaran ini berkembang dengan pesatnya
dimana ia diajar di sekolah-sekolah menengah vokasional. Menurut satu laporan
umum hasil dari kajian yang berkaitan dengan hal ehwal pendidikan sekolah
menengah di kedua-dua buah negara berkenaan, yang dijalankan pada tahun 1977,
mata pelajaran Pendidikan Individu dan Sosial ini mendapat sokongan politik
daripada pihak kerajaan masing-masing.
14
Di Malaysia, pada tahun 1968 wujud nama ‘Sekolah Menengah Vokasional’.
Sekolah ini merupakan satu daripada cawangan untuk menyalurkan murid-murid
lepasan sekolah menengah ‘Aneka Jurusan’ ke Tingkatan 4 dan 5. Tujuan Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) ialah menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, pertanian dan
perdagangan, membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
teknikal dan vokasional serta mendedahkan pelajar kepada aspek keusahawanan.
Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional,
murid-murid akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
(SPVM). Di antara tahun 1969 hingga 1974, kerajaan telah menubuhkan sekolah
jenis vokasional secara beransur-ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar
Ekonomi Baru di setiap negeri di seluruh negara. Bermula pada tahun 1997, Sekolah
Menengah Vokasional telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik secara
berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2000, terdapat sebanyak 90 buah Sekolah
Menengah Teknik di seluruh negara. Oleh itu Sekolah Menengah Vokasional yang
dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik telah menyediakan tiga aliran iaitu
aliran teknikal, aliran vokasional dan kemahiran. Bidang kursus aliran vokasional
yang ditawarkan ialah seperti Jadual 2.1.
15
Jadual 2.1 : Bidang Kursus Vokasional yang ditawarkan
KURSUS MATAPELAJARAN ELEKTIF
Pengaturcaraan Komputer
1. Fundamental of Programming2. Programming and Development
Tools3. Matematik Tambahan
Automotif1. Automotif Kenderaan2. Automotif Elektrik dan Diesel
Elektrik dan Elektronik1. Prinsip Elektrik dan Elektronik2. Aplikasi Elektrik dan Elektronik
Katering1. Penyediaan masakan Barat &
Timur2. Penyajian makanan & minuman
Pengurusan Teknologi Pejabat1. Teknologi pejabat perniagaan2. Aplikasi komputer dalam
perniagaan
Pengurusan Perniagaan1. Perakaunan perniagaan2. Aplikasi Komputer dalam
perniagaan
Amalan Bengkel Mesin1. Pemesinan Berkomputer2. Amalan Bengkel Mekanikal
Kimpalan1. Kimpalan Arka2. Kimpalan Gas
Binaan Bangunan1. Bahan Binaan2. Teknologi Binaan
16
KURSUS MATAPELAJARAN ELEKTIF
Penyejukan dan Penyamanan Udara1. Penyejukan2. Penyamanan Udara
Fesyen1. Membuat Pakaian2. Pola pakaian
Seni Kecantikan*perempuan sahaja
1. Persolekan2. Mendandan rambut
Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-Kanak
1. Pengajian Perkembangan kanak-kanak.
2. Perkhidmatan Awal kanak-kanak.
Bakeri1. Roti dan masakan Yis2. Patisseris
Hortikultur Hiasan dan Landskap1. Kejenteraan pertanian2. hortikultur dan Hiasan dan
landskap
Teknologi Tanaman1. Kejenteraan pertanian2. Pengeluaran tanaman
Agroindustri Tanaman1. Pemprosesan Hasil Pertanian2. Pengeluaran tanaman
Agroindustri Ternakan1. Pemprosesan hasil Pertanian2. Pengeluaran Ternakan
Sumber : Kementerian Pelajaran 2007
17
Sukatan pelajaran untuk pendidikan vokasional adalah berbeza dengan
sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah menengah akademik harian biasa
(SMK). Pendidikan Vokasional lebih tertumpu kepada pembelajaran berbentuk
amali mengikut kursus yang diambil. Hanya beberapa mata pelajaran wajib yang
sama seperti di sekolah menengah akademik harian biasa. Matapelajaran wajib di
Sekolah Menengah Teknik bagi aliran vokasional ialah Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral dan Pendidikan
Jasmani & Kesihatan. Pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan (SPMV) juga
berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma atau ijazah sarjana
muda di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataupun luar negara.
Syarat-syarat untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik bagi mengikuti
kursus aliran vokasional adalah seperti berikut:
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:
Bahasa Malaysia – gred D
Sains – gred D
Matematik – gred D
Kemahiran Hidup – gred D
dan
mendapat minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu)
matapelajaran lain
2.2.2 Kajian-kajian Lepas
Menurut Evan dan Herr (1978), pendidikan teknik dan vokasional
diperkenalkan bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir
18
untuk masyarakat dan negara. Ia juga memberi peluang kepada individu memilih
bidang yang diminati untuk memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka.
Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1986), pendidikan vokasional ialah
semua program vokasional yang kandungannya meliputi penyampaian pengetahuan
kemahiran teknikal, pemupukan nilai murni atau pembentukan akhlak dan pemberian
latihan kemahiran dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Menurut Zulkifli (1994), pendidikan vokasional adalah suatu bidang
pendidikan yang dinamik yang sentiasa berubah mengikut perkembangan teknologi
semasa. Ianya juga berperanan untuk menangani masalah pengangguran akibat dari
pertambahan penduduk negara dengan mendadak dengan menyediakan kemahiran
tertentu kepada pelajar bagi menceburi bidang pekerjaan.
Kesimpulannya ialah pendidikan vokasional merupakan suatu program
pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal yang digubal khusus
mengikut peredaran masa untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir bagi
sesebuah negara.
2.3 Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Menyediakan Tenaga Kerja
Tenaga kerja mahir dan separuh mahir amatlah diperlukan dalam
pembangunan sesebuah negara industri. Melalui sistem pendidikan vokasional,
sudah tentu tenaga kerja mahir dan separuh mahir dapat dibekalkan kerana didalam
sistem pendidikan vokasional bidang-bidang yang menjurus kepada pekerjaan diberi
penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pembentangan RMK9 baru-baru ini, kerajaan telah mencadangkan
agar tahap kemahiran teknikal dan vokasional dipertingkatkan supaya dapat
melahirkan tenaga kerja berkemahiran dengan memperbanyakkan institusi latihan
19
awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, mengukuhkan
sistem piawaian dan kualiti pendidikan teknikal, serta menggalakkan penyertaan
sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Kurikulum teknikal akan diperbaiki
dengan kerjasama dan input industri (Kerajaan Malaysia, 2006).
Menurut Wan Mahiswandi (2001) yang dipetik dari Mohamad menyatakan
bahawa, penerimaan industri tehadap lepasan Sekolah Menengah Vokasional adalah
menggalakkan. Ini terbukti apabila data menunjukkan pelajar lepasan Sekolah
Menengah Vokasional tidak perlu menunggu lama selepas tamat pengajian untuk
mendapatkan pekerjaan. Kenyataan ini disokong oleh Ismail Mamat (1993) yang
mendapati bahawa (82%) bekas pelajar vokasional mendapat pekerjaan dalam
tempoh kurang satu tahun selepas tamat pengajian di Sekoalah Menengah Teknik.
Shahril @ Chairil (1993), menyatakan bahawa pendidikan vokasional telah
pesat membangun sejak kebelakangan ini. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa
lebih (70%) pelajar lepasan sekolah di Jerman meneruskan pengajian mereka melalui
sistem pendidikan vokasional dan latihan yang dipanggil ‘Dual System’ dimana
latihan vokasional mengandungi (75%) dan pendidikan umum adalah (25%) dengan
harapan setelah tamat belajar mereka dapat bekerja sebagai tenaga kerja mahir
ataupun separuh mahir.
Abdul Fatah (1992), pula mendapati bahawa pendidikan vokasional adalah
bertujuan untuk membolehkan seseorang itu mendapat pekerjaan. Pendapat tersebut
selari dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) yang menyatakan objektif
utama Sekolah Menengah Vokasional adalah untuk melengkapkan pelajar dengan
asas kemahiran amali yang bertujuan menyediakan mereka untuk mendapatkan
peluang pekerjaan.
Untuk merealisasikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020,
kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah awal
dengan memperkenalkan beberapa mata pelajaran teknikal seperti Lukisan
Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan di 15 buah sekolah berasrama penuh, 24
buah sekolah kawalan atau sekolah-sekolah ‘Premier’ dan di beberapa sekolah
menengah akademik terpilih seluruh negara (KPM, 1995:40).
20
2.4 Pengetahuan Terhadap Pendidikan Vokasional
Menurut Kamus Dewan (2002), pengetahuan bermaksud perihal mengetahui,
apa-apa yang diketahui, kepandaian atau kebijaksanaan.
Islam amat menekankan umatnya agar menguasai ilmu dan kemahiran seluas
yang mungkin. Allah s.w.t menyebut dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan
mempunyai ilmu pengetahuan dari kalangan kamu dengan
beberapa darjat”
(Al-Mujadillah: 11)
Menurut Prof. Dr. Faisal (1993) yang dipetik dari Sinar Rohani, bangsa yang
mampu menggunakan akal fikirannya semaksimum mungkin dalam usaha
penyelidikan dan pengkajian terhadap rahsia alam seperti yang disarankan oleh
Al-Quran, maka bangsa itulah yang memperolehi kejayaan.
Menurut Najib Razak (2007), ilmu pengetahuan yang dimiliki merupakan
satu medium yang sangat berkuasa dalam mengubah masa depan sesuatu keluarga
atau kaum.
Menurut Rosmah Mansor (2007) pula, tiada jalan pintas untuk masyarakat
keluar daripada halangan kemunduran, kemiskinan, kesusahan dan penderitaan
melainkan mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya.
Mengikut Noorazlina (2006) yang memetik kenyataan Aminah dan Lloyd
(1987) menyatakan bahawa pengetahuan mengenai vokasional hanya akan berlaku
sekiranya maklumat yang cukup disediakan bagi seseorang itu untuk memilih bidang
pekerjaan yang akan diikutinya.
21
Aminah dan Lloyd (1987) turut memetik satu rencana oleh Swee Hock
(1971), yang menyatakan bahawa pengetahuan tentang kandungan pelajaran perlu
diketahui terlebih dahulu oleh seseorang individu bagi memastikan mereka dapat
menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran tersebut.
Zakaria (2005) dalam kajiannya telah menyarankan agar pameran seperti
laluan kerjaya diadakan di peringkat sekolah menengah rendah bagi memastikan
pelajar-pelajar mengetahui peluang-peluang pendidikan kemahiran yang disediakan
oleh institusi-institusi kemahiran seperti Sekolah Menengah Teknik.
2.5 Minat Terhadap Pendidikan Vokasional
Minat merupakan keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu.
Seseorang yang berminat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti akan menumpukan
daya usaha, masa, pemikiran dan sumber-sumber yang ada bagi memenuhi keinginan
minatnya.
Minat adalah manifestasi nilai dan oleh itu ia mempunyai beberapa atribut
nilai. Minat menyerupai keinginan kognitif yang memandukan tindakan dan
penilaian diri sendiri dalam hubungan dengan orang lain. Walaubagaimanapun ia
adalah konsep yang lebih sempit daripada nilai kerana minat tidak boleh dikelaskan
sebagai mod tingkah laku ideal atau keadaan mutakhir. Minat juga tidak mempunyai
darjah kepatutan sebagaimana yang dipunyai oleh nilai.
Minat tidak semestinya berkait dengan bakat, misalnya ada orang berminat
dalam sukan bola sepak sedangkan dia tidak berbakat. Orang itu bermain sekadar
memenuhi keinginan, dan minatnya untuk bermain ataupun kalau dia tidak bermain
dia hanya mengikuti perkembangan bola sepak.
22
Bakat yang diiringi dengan pengukuhan minat akan menyerlahkan personaliti
atau keindividuan seseorang. Dalam hal ini, bakat berkembang mencapai potensi
maksimun melalui aktiviti-aktiviti yang berasaskan desakan minat apabila seseorang
individu itu sanggup mengorbankan masa, sumber dan daya usahanya. Bakat dan
minat yang terangkum lebih kekal berbanding dengan bakat atau minat yang
terasing-asing.
Minat adalah penggerak atau kecenderungan untuk memberi perhatian
kepada seseorang, benda atau kegiatan (Sharifah Alawiah, 1984). Ia berupaya
menimbulkan daya usaha yang tinggi kepada seseorang. Dalam hal yang demikian,
jika seseorang itu berminat ia akan terus memberi tumpuan dan mengikuti
sepenuhnya kepada perkara-perkara yang diminatinya.
Saedah et. al (1996) pula memetik kenyataan Bernard (1972) menyatakan
bahawa minat itu dibina akibat kontaks, pengalaman, kejayaan, maklumat dan
kebiasaan. Minat tidak akan wujud tanpa adanya dorongan dan perangsang daripada
pihak luar.
Seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan
pencapaian yang tinggi dalam mata pelajaran yang diikutinya ( Abu Zahari,1987).
Mengikut Ralph Tyler pula, minat adalah sesuatu perkara penting dalam pendidikan
sebagai matlamat atau proses iaitu sebagai objektif. Minat seseorang itu boleh
menentukan apa yang hendak dilakukannya.
Aminah dan Lloyd (1987) memetik satu ucapan oleh Rawcliffe (1963) yang
menyatakan bahawa hanya dengan membangkitkan minat pelajar-pelajar
menggunakan kegemaran mereka serta menjurus kepada cita-cita mereka sahaja guru
akan dapat membantu mereka memilih pekerjaan yang sesuai.
Minat juga dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan.
Ianya tidak perlu wujud secara semulajadi tetapi memerlukan bimbingan dan bantuan
dari orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Crow dan Crow (1980)
23
menyebutkan bahawa guru, rakan sebaya, ahli keluarga, masyarakat mampu
membantu menyuburkan minat seseorang terhadap sesuatu perkara.
Menurut Bruner (1960), cara paling baik untuk membina minat pelajar
terhadap sesuatu mata pelajaran ialah dengan menerangkan kepentingan mata
pelajaran tersebut dan ilmu yang diperolehi itu amat berguna dalam kehidupannya.
Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan
kepentingan mata pelajaran yang diajarnya.
Menurut Derville (1979), minat adalah sesuatu yang lahir dari hati nurani
seseorang individu itu sendiri. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang itu
untuk meminati sesuatu yang hendak dilakukannya supaya dia tidak dalam keadaan
terpaksa. Sekiranya kita inginkan pelajar-pelajar menggunakan kebolehan mereka
dengan bermanfaat maka kita hendaklah membangkitkan perasaan minat terhadap
kerja yang hendak dilakukannya baik secara langsung ataupun tidak langsung.
Ibrahim (1990) dalam kajiannya terhadap pelajar luar bandar di Sarawak
mendapati bahawa pelajar luar bandar di Sarawak kurang berminat dalam kursus-
kursus yang berkaitan sains dan teknologi adalah disebabkan mereka tidak
mengetahui apa yang boleh disumbangkan oleh kursus-kursus ini kepada mereka
dalam pasaran pekerjaan. Ini berlaku kerana suasana pekerjaan di tempat tersebut
lebih tertumpu kepada bidang bidang pertanian.
Nazri (1999) pula berpendapat bahawa pengetahuan dan pengalaman
terdahulu mewujudkan dorongan dan minat dalaman pelajar terhadap sesuatu bidang.
Menurut Atan Long (1988) pula, salah satu sifat guru yang penting adalah
menimbulkan minat terhadap pengajarannya. Sesuatu kerja atau aktiviti akan
diusahakan dengan nilai konsentrasi yang tinggi jika individu tersebut mempunyai
minat terhadap bidang kerjaya tersebut.
Aspek minat bagi pelajar Orang Asli terhadap pendidikan vokasional perlu
dikenalpasti sebelum menjuruskan mereka mengikuti pendidikan vokasional. Tahap
minat yang tinggi akan menjamin kesungguhan pelajar Orang Asli menjalani
24
pendidikan vokasional kerana mereka yang berminat beranggapan bahawa proses
pendidikan vokasional yang diterima bukanlah merupakan satu beban tetapi adalah
satu tanggungjawab dan keperluan dalam kehidupan mereka (Mazlan, 1991).
Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
minat merupakan unsur terpenting untuk mencapai sesuatu kejayaan atau
menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi seseorang individu. Oleh itu faktor minat
terhadap aktiviti yang bercorak kemahiran dalam pendidikan vokasional dijangka
dapat mendorong kepada penguasaan kemahiran yang lebih tinggi.
2.6 Persepsi Terhadap Pendidikan Vokasional
Mengikut Kamus Dewan (2002), persepsi bermaksud gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu pandangan menerusi pancaindera
atau tanggapan seseorang individu terhadap sesuatu masalah atau peristiwa. Oleh
sebab itu pendidikan vokasional telah menerima pelbagai tanggapan oleh masyarakat
sekeliling.
Pendidikan vokasional dianggap pendidikan berstatus rendah dan untuk
mereka yang kurang berkemampuan (Bines 1983 dan Suwatonodi 1986). Cita-cita
ibubapa terhadap pelajaran anak-anak mereka adalah berkait rapat dengan taraf sosio
ekonomi mereka. Kajian yang dibuat oleh Cloward, R.A dan Jones dalam (Azizan
Ismail, 1991) mendapati bahawa, ibubapa yang taraf ekonomi mereka rendah
mempunyai cita-cita yang rendah juga terhadap pelajaran anak-anak mereka. Taraf
ekonomi rendah ditakrifkan sebagai golongan yang mempunyai pendapatan kecil dan
tidak mencukupi untuk menanggung keluarga mereka.
Menurut Abdul Fatah & Zakaria Kasa (1986), Kekurangan maklumat tepat
menyebabkan timbul berbagai pandangan ibubapa terhadap pendidikan vokasional
yang ditawarkan. Maklumat yang hendak disampaikan perlulah diseragamkan bagi
25
meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat terhadap pendidikan vokasional.
Tahap pengetahuan yang rendah tentang pendidikan vokasional menyebabkan
mereka menganggap pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua.
Pandangan negatif pelajar dan masyarakat terhadap pendidikan vokasional
suatu ketika dulu bukan sahaja dialami di negara ini malahan berlaku hampir
kesemua negara maju. Pada umumnya, imej pendidikan vokasional dan graduan
lepasan institusi vokasional tidak begitu positif. Para pelajar lepasan institusi
vokasional dianggap sebagai “pendidikan kelas kedua” yang hanya akan membawa
kepada pekerjaan yang bertaraf rendah apabila menamatkan pengajian di institusi ini
(OUM, 2003).
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1982), menyatakan “Tujuan awal pendidikan
vokasional adalah untuk memberikan pendidikan berterusan kepada pelajar-pelajar
yang gagal dalam peperiksaan SRP”. Gambaran seperti ini jelas mempengaruhi
masyarakat dan pelajar untuk mengikuti pendidikan vokasional. Dengan gambaran
ini, masyarakat tidak berkeyakinan bahawa pendidikan vokasional berkebolehan dan
berwibawa sebagai penyumbang kepada pembangunan negara dan pembangunan
modal insan.
Disamping itu juga, para ibubapa menganggap pendidikan vokasional sebagai
institusi pendidikan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memasuki
institusi ini, serta sekolah berada berjauhan daripada tempat tinggal yang
memerlukan pelajar tinggal di asrama. Menurut Aziz Shamsuddin (2007),
masyarakat Orang Asli ada kemahuan, dorongan dan pendedahan untuk berjaya,
tetapi masih terdapat kekangan yang membataskan kehadiran pelajar Orang Asli ke
sekolah iaitu jarak antara rumah dan sekolah terlalu jauh serta jalan perhubungan
yang tidak sempurna.
Menurut Ishak (2001) kadar kemiskinan bagi Orang Asli di Semenanjung
Malaysia masih mencatatkan kemiskinan yang tinggi, iaitu (50.9%) pada tahun 1999,
termasuk (15.4%) kadar ketermiskinan. Oleh itu dorongan dan bantuan perlu
disediakan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat ini. Ini selaras
dengan kenyataan Mok Song Sang (1997) yang memetik teori Thorndike
26
menyatakan bahawa ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan menunjukkan
kesan positif jika terdapat tindak balas yang memuaskan seperti bantuan selepas
sesuatu gerak balas dihasilkan.
Menurut Kramlee (2003), sehingga sekarang masih ada pihak yang
melabelkan pendidikan vokasional hanya sesuai untuk golongan atau pelajar yang
tidak mempunyai kebolehan akademik. Disamping itu, pendidikan vokasional juga
sering dianggap sebagai pendidikan kelas kedua yang hanya akan membawa kepada
pekerjaan yang bertaraf rendah.
Pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi akan lebih
cenderung untuk mencari institusi pendidikan yang dilihat dapat menawarkan gaji
yang lumayan, suasana persekitaran kerja yang baik dan peluang kerjaya yang cerah,
yang lebih popular dan lebih menarik pada masa hadapan (Zakaria et al, 2005).
Kramlee (2003) dipetik dari Ramlee (1999) menyatakan bahawa pendidikan
vokasional adalah satu pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal
untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir.
Menurut Kramlee (2003) yang dipetik dari Labaree (1997) pula menyatakan
bahawa sekolah dan pusat latihan vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan
ekonomi dimana sesebuah negara yang ingin maju harus menyediakan secara
berterusan tenaga manusia yang diperlukan untuk membangun sektor ekonomi.
2.7 Penutup
Untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang individu dan masyarakat perlu
menghindari dari mempercayai persepsi negatif yang dibawa oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab. Oleh itu, pihak-pihak yang berkenaan perlu
bertanggungjawab untuk memyampaikan maklumat yang tepat demi membangunkan
sebuah bangsa agar sama-sama memperolehi kejayaan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Perbincangan dalam bab ini memberi penekanan terhadap aspek yang
berkaitan dengan kaedah atau prosedur kajian yang akan dijalankan. Perlaksanaan
penyelidikan ini memerlukan satu kaedah yang terbaik bagi mendapat satu keesahan
kajian supaya maklumat yang diperolehi tidak dipertikaikan keputusannya.
Penumpuan yang dititikberatkan dalam kaedah kajian ini ialah terhadap reka bentuk
kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, dan prosedur kajian.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian deskriptif. Kajian ini
digunakan memandangkan pengkaji mengkaji fenomena yang sedang berlaku pada
masa ini iaitu penglibatan yang kecil pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah
Teknik.
28
Jenis kajian deskriptif yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Rekabentuk ini
sesuai digunakan kerana ia dapat menerangkan fenomena yang sedang berlaku.
Dalam kaedah ini pengumpulan data dan maklumat dibuat dengan menggunakan set
soal selidik bagi mengetahui tahap pengetahuan, minat dan persepsi pelajar Orang
Asli di Daerah Rompin terhadap pendidikan vokasional. Rasional menggunakan
kaedah ini adalah kerana ianya boleh menjawab kehendak persoalan kajian yang
berkaitan dengan pengetahuan, minat dan persepsi pelajar Orang Asli terhadap
pendidikan vokasional. Disamping itu, soal selidik digunakan kerana ianya
menjimatkan kos, masa serta senang untuk dianalisis. Maklumat-maklumat yang
diperolehi akan diproses dan dianalisis untuk dijadikan kesimpulan kepada kajian
ini. Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah dibuat, beberapa cadangan akan
diberikan bagi mengatasi masalah kekurangan pelajar Orang Asli melanjutkan
pelajaran di Sekolah Menengah Teknik.
3.3 Populasi dan Sampel
Populasi dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar Orang Asli Tingkatan 2 dan
Tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah akademik harian biasa (SMK) dalam
daerah Rompin Pahang. Memandangkan jumlah mereka adalah terhad, maka semua
populasi iaitu seramai 64 orang pelajar Orang Asli telah terlibat sebagai sampel
kajian.
29
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data merupakan satu set
soal selidik. Menurut Mohamad Najib (1999), set soal selidik digunakan untuk
mengukur konsep yang berkaitan dengan pengetahuan, minat, persepsi dan
keterangan latar belakang responden yang terlibat dalam kajian.
Setiap set soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Dalam Bahagian A, maklumat yang diperlukan oleh penyelidik adalah
berkaitan dengan biodata responden seperti jantina, umur, suku kaum, pekerjaan
ibubapa serta tahap pendidikan keluarga. Responden hanya perlu menandakan ( / )
pada ruangan yang disediakan.
Bahagian B pula mengandungi item-item yang dibahagikan kepada tiga
bahagian mengikut persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian. Soalan kajian
tersebut berdasarkan pembolehubah seperti pengetahuan, minat dan persepsi pelajar
Orang Asli terhadap pendidikan vokasional. Jadual 3.1 menunjukkan pecahan soalan
mengikut persoalan kajian. Bagi item 39 dan item 40, responden dikehendaki
menulis nombor mengikut keutamaan pada ruangan yang disediakan.
Jadual 3.1 : Bilangan item mengikut persoalan kajian
BIL ASPEK KAJIAN NOMBOR SOALAN BIL. ITEM
1. Pengetahuan1, 2, 4, 11, 12, 14, 16, 20, 22, 23, 26, 27, 29, 35 14
2. Minat5, 7, 8, 10, 13, 17, 19, 24, 32, 34, 36, 37, 38, 39, 40 15
3. Persepsi3, 6, 9, 15, 18, 21, 25, 28, 30, 31, 33 11
JUMLAH 40
30
Soal selidik ini menggunakan kaedah Skala Likert lima peringkat seperti
Jadual 3.2. Responden perlu menjawab dengan menandakan pada ruang yang
disediakan bagi memenuhi pilihan mereka. Kelima-lima peringkat skala tersebut
ialah 1 untuk Sangat Tidak Setuju ( STS ), 2 untuk Tidak Setuju ( TS ), 3 untuk
Sederhana Setuju ( SDS ) , 4 untuk Setuju ( S ) dan 5 untuk Sangat Setuju ( SS ).
Jadual 3.2 : Skala Likert Lima Peringkat
PERINGKAT SINGKATAN SKOR
Sangat Tidak Setuju STS 1
Tidak Setuju TS 2
Sederhana Setuju SDS 3
Setuju S 4
Sangat Setuju SS 5
Sumber : Mohd Najib, 1999
3.4.1 Kesahan Kandungan Soal Selidik
Kesahan kandungan adalah penting agar item yang dibina dapat mengukur
perkara sebenar yang hendak diukur. Bagi menentukan kesahan instrumen kajian,
soal selidik ini telah disemak oleh seorang yang berpengetahuan dalam bidang
berkaitan pendidikan vokasional. Soal selidik ini telah disemak dan diakui oleh :
i. En. Kamalulariffin Bin Subari
Pensyarah Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
31
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik
digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu untuk
memastikan tahap kebolehpercayaan dan keesahan soal selidik yang digunakan.
Menurut Majid Koting (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan
dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi akan memberi keputusan yang sama dan hampir sama setiap kali ia
digunakan di dalam situasi setara.
Untuk kajian rintis ini, seramai 10 orang pelajar Orang Asli di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok Rompin Pahang telah diminta untuk
menjawab borang soal selidik ini. Pemilihan ini dilakukan untuk menyamai dari
segi faktor pengetahuan, minat dan persepsi terhadap pendidikan vokasional
berdasarkan kepada tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
Hasil kajian rintis yang telah dijalankan di sekolah tersebut, keputusan yang
diperolehi menunjukkan kebolehpercayaan (reliability cronbachs) Alpha bagi
keseluruhan item yang dibina ialah 0.81. Mengikut Mohamad Najib (1999), nilai
cronbachs melebihi 0.6 merupakan satu nilai kebolehpercayaan item ditahap boleh
diterima pakai. Oleh itu, borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji boleh
digunakan untuk diedarkan kepada responden di empat buah sekolah menengah
akademik harian biasa (SMK) dalam daerah Rompin Pahang.
32
3.6 Kerangka Operasi
Rajah 3.1 menunjukkan carta alir dalam menjalankan kajian. Dalam
menyiapkan kajian ini, pengkaji telah mengikuti langkah-langkah tersebut mengikut
masa yang ditetapkan bagi memastikan kajian dapat disiapkan dalam masa yang
ditetapkan.
Rajah 3.1 Kerangka Operasi Menjalankan Kajian
Pengesahan Tajuk dengan Pensyarah Pembimbing
Rujukan Sorotan Kajian
Kajian Rambang
Borang Pendaftaran Projek Sarjana Muda (PSM)
Memilih Skop Kajian dan Membina Kerangka Kerja
Pembinaan Instrumen
Membina Soal Selidik
Edaran Soal Selidik
Pengumpulan Data dan Analisa Data
Rumusan dan Cadangan
Tidak Memuaskan
Memuaskan
PembinaanTajuk
Pembacaan
33
3.7 Prosedur Kajian
Pengkaji memulakan kajian dengan mendapatkan data yang berkaitan dengan
tajuk yang dicadangkan supaya dapat mengesan masalah. Pengkaji telah pergi ke
Pejabat Pelajaran Daerah Rompin Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah
Rompin Pahang bagi mendapatkan data awal berkenaan maklumat pelajar Orang
Asli yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik.
Berdasarkan data yang diperolehi pengkaji telah membuat penelitian terhadap
peratusan pelajar Orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah
Teknik. Kesesuaian tajuk dengan data yang diperolehi dikenalpasti. Pengkaji telah
bertemu dengan pensyarah pembimbing dan berbincang tentang kesesuaian tajuk
yang dipilih. Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah, pengkaji mula
menulis Bab I, Bab II dan Bab III dengan membuat rujukan secara ilmiah daripada
buku-buku dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.
Bagi menggunakan pelajar sekolah sebagai responden, pengkaji perlu
memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah diluluskan pengkaji
menulis surat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk memohon kebenaran
bagi menggunakan pelajar-pelajar Orang Asli yang bersekolah di empat buah
sekolah menengah akademik harian biasa (SMK) dalam daerah Rompin Pahang
sebagai responden kajian.
Dalam proses menjalankan kajian, pengkaji terlebih dahulu memohon
kebenaran daripada Pengetua. Kemudian seorang guru akan ditugaskan untuk
membantu pengkaji semasa kajian dijalankan. Semasa kajian dijalankan, set soal
selidik diedarkan oleh pengkaji kepada responden yang terlibat. Untuk setiap sesi,
responden akan dikumpulkan dan diberikan taklimat ringkas mengenai cara-cara
menjawab item soal selidik. Langkah ini perlu bagi memastikan responden
menjawab item dengan lengkap dan mengurangkan risiko borang soal selidik tidak
34
dikembalikan oleh responden. Setiap responden diberikan masa selama 30 minit
untuk menjawab semua item soal selidik yang diedarkan. Set soal selidik yang telah
dilengkapkan akan dipungut pada masa yang sama untuk mengurangkan
kemungkinan responden menyeragamkan jawapan sesama mereka. Sepanjang
proses ini berlangsung, pengkaji telah dibantu oleh seorang guru di setiap sekolah
yang pengkaji jalankan kajian.
3.8 Analisis Data
Analisis data adalah satu proses mengolah data yang bertujuan untuk
mendapatkan keputusan yang bermakna daripada maklumat yang diperolehi daripada
soal selidik. Data-data dalam Bahagian A dan Bahagian B, kedua-duanya diproses
dengan menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Packages for Social
Science) 14.0 for Windows. Tetapi bagi item 39 dan item 40, pengkaji telah
menggunakan kaedah manual untuk mendapatkan peratus bagi menentukan ranking.
Hasil daripada analisis data terhadap Bahagian A akan ditunjukkan dalam bentuk
jadual yang mengandungi frekuensi dan peratus manakala Bahagian B pula
ditunjukkan dalam bentuk jadual yang mengandungi peratus sahaja.
Berdasarkan keputusan yang diperolehi melalui program SPSS juga,
penyelidik akan mengolah peratusan item Bahagian B dari skala likert 5
pemeringkatan kepada 3 tahap persetujuan. Tahap persetujuan yang dinyatakan
adalah seperti Jadual 3.3.
35
Jadual 3.3 : Skala likert lima peringkat kepada tiga tahap persetujuan
1 2 3 4 5Skala
Likert
5 Peringkat
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Sederhana
SetujuSetuju
Sangat
Setuju
1 2 33 Tahap
PersetujuanTidak
Setuju
Sederhana
SetujuSetuju
Pengkaji juga telah menetapkan julat peratusan untuk mendapatkan tahap
pengetahuan, minat dan persepsi pelajar Orang Asli terhadap pendidikan vokasional
yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik. Ketetapannya adalah seperti
Jadual 3.4 dan Jadual 3.5.
Jadual 3.4 : Pemeringkatan peratusan bagi pengetahuan dan
minat
NILAI PERATUSAN TAHAP / KEDUDUKAN
70.0 % - 100.0 % Tinggi
40.0 % - 69.9 % Sederhana
0.0 % - 39.9 % Rendah
Sumber : Diubahsuai Mohd Najib, 1999
Berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan seperti Jadual 3.4, pengkaji telah
membuat darjah penilaian terhadap responden. Darjah penilaian terhadap responden
dianggap rendah jika peratusannya berada di antara 0% hingga 39.9%, Sedarhana
jika berada di antara 40% hingga 69.9% dan tinggi jika berada sekitar 70% hingga
100%.
36
Jadual 3.5 : Pemeringkatan peratusan bagi persepsi
NILAI PERATUSAN TAHAP / KEDUDUKAN
50.0% - 100.0% Positif
0.0% - 49.9% Negatif
Sumber : Diubahsuai Mohd Najib,1999
Berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan pada Jadual 3.5, pengkaji telah
membuat darjah penilaian terhadap responden. Darjah penilaian terhadap responden
dianggap positif jika peratusannya berada di antara 50% hingga 100% manakala
dianggap negatif jika berada 0% - 49.9%.
3.9 Penutup
Secara keseluruhannya bab ini telah menerangkan bagaimana data dan
maklumat diperolehi, diproses dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih tepat dan
bersistem. Kajian penyelidik adalah satu tinjauan yang melibatkan 64 orang pelajar
Orang Asli di empat buah sekolah menengah akademik harian biasa dalam daerah
Rompin Pahang. Instrumen kajian adalah soal selidik dan dianalisis dengan
menggunakan SPSS versi 14.0. Dapatan hasil kajian akan dibincangkan dalam bab
yang seterusnya.