unit 8 penguat kendalian

Upload: syieda-cyg

Post on 30-May-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    1/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    Objektif am :

    Mengetahui dan memahami kaedah masukan

    dan keluaran rajah blok dalaman serta had

    kadaran penguat.

    Objektif khusus :

    Di akhir unit anda sepatutnya dapat :

    Melakar rajah blok dalaman penguat kendalian.

    Menerangkan kendalian litar masukan tunggal-

    keluaran imbang, masukan duaan-keluaran

    imbang dan masukan duaan-keluaran takseimbang.

    Menerangkan rupabentuk litar sepadu penguat

    kendalian.

    Menerangkan penguat kebezaan masukan

    galangan tinggi, penguat voltan gandaan tinggi

    dan penguat kebezaan keluaran galanganrendah.

    Membezakan ciri sebenar dan ciri unggul

    tentang litar sepadu penguat kendalian (IC741)

    1

    OBJEKTIF

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    2/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    8.0 Pengenalan

    Terdapat empat konfigurasi dalam litar penguat kendalian.

    a. Masukan duaan, keluaran seimbangb. Masukan duaan, keluaran tak seimbang

    c. Masukan tunggal, keluaran seimbang

    d. Masukan tunggal, keluaran tak seimbang

    8.1 Prinsip kendalian litar-litar

    Setiap konfigurasi dikategorikan berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu:

    1. Bilangan input signal yang digunakan iaitu dengan cara jika menggunakan

    dua input maka masukannya adalah duaan dan jika menggunakan satu input

    maka ia dipanggil masukan tunggal.

    2. Jika voltan keluaran diukur antara dua collector maka keluarannya adalah

    seimbang, jika keluaran diukur antara satu collector merujuk ke bumi, maka

    keluaran adalah tak seimbang.

    8.2 Rajah blok dalaman penguat kendalian.

    Terdiri daripada 3 peringkat :

    Peringkat I Peringkat masukan

    Peringkat II Peringkat pertengahan

    Peringkat III Peringkat keluaran

    Penguat kendalian di bina dalam tiga peringkat bagi mengelakkan masalah

    apabila isyarat yang lemah mudah dicemari oleh hingar (noise) seperti gangguanstatik, gangguan isyarat dari bekalan kuasa. Rajah blok bagi penguat kendalian

    adalah seperti Rajah 8.1

    2

    INPUT

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    3/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    masukan alikan

    masukan bukan

    alikan

    Rajah 8.1 Gambarajah blok amplifier kendalian

    8.2.1 Penguat kebezaan masukan galangan tinggi

    Merupakan penguat pembezaan jenis masukan duaan, keluaran imbang(mempunyai dua masukan dan satu keluaran).

    Memberikan galangan masukan yang tinggi kepada setiap isyarat masukan

    Memberikan gandaan rendah kepada isyarat mod sepunya sepertihummingdan noise / hingar.

    Memberikan gandaan tinggi kepada isyarat yang berguna.

    Voltan offsetmasukan dikurangkan.

    Mengurangkan drift dalam litar yang menggunakan direct coupling / penjodohan terus. Drift adalah isyarat yang tidak di ingini yang

    digandakan bersama isyarat yang berguna.

    Peringkat ini sangat penting kerana di sinilah galangan masukan bagipenguat ditetapkan. Di sini juga, sambutan mod sepunya dan voltan offset

    dikurangkan

    8.2.2 Penguat Kebezaan Keluaran Galangan Rendah

    Merupakan penguat kelas B push pull emitter follower

    Mempunyai masukan tunggal-keluaran imbang

    Bertindak sebagai buffer menghubungkan peringkat kedua dengan

    keluaran amplifier penyambung.

    Meninggikan galang ke peringkat di mana voltan dari penguatpembezaan tidak mengalami kesan beban.

    3

    Peringkat

    Masukan

    pembezaan

    PeringkatAmplifier

    pertengahan

    Peringkat

    Keluaran

    galangan

    rendahO/p

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    4/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    Menyediakan arus yang mencukupi untuk memicu beban di bahagiankeluaran.

    Menyediakan galangan keluaran yang rendah. Galangan keluaran

    penguat kendalian ditentukan di sini.

    8.2.3 Penguat Voltan Gandaan Tinggi

    Merupakan penguat pembezaan jenis masukan duaan keluaran imbang.

    Memberikan gandaan voltan yang tinggi.

    Memberikan gandaan kepada arus picuan/drive current yangdiperlukan untuk memicu peringkat keluaran tanpa membebankan

    peringkat masukan.

    8.3 Menjelaskan Rupa Bentuk Litar Sepadu Penguat Kendalian

    Rajah 8.2 menunjukkan litar dalaman litar sepadu penguat kendalian

    +Vcc

    Q4 Q5 Q7

    I/P Q1 Q2 D1 O/P

    D2

    I/P Q3 Q8

    Q6

    Peringkat masukan pembezaan Peringkat pertengahan Peringkat keluaran

    Rajah 8.2: Litar dalaman penguat kendalian

    4

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    5/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    Mempunyai 4 peringkat kaskad amplifier.

    Amplifier kerbezaan dengan `double ended output. Av1 terdiri dari Q1 dqn Q2

    manakala Q3 digunakan sebagai punca `constant-current untuk membekalkan`high common mode rejection. Q3 distabilkan dari kesan suhu oleh dua

    perintang dan dua diod.

    Amplifier kerbezaan dengan single ended output. Keluaran kerbezaan dari Q1

    dan Q2 akan memacu pasangan kedua Q4 dan Q5 . Q4 dan Q5 mempunyai

    `resistor emitter source.

    Single ended output dari second pair (dari Q5) akan memacu `output stage

    melalui Q6.

    Rintangan suapbalik untuk menstabilkan voltan keluaran merujuk kepada bumi.

    Q7 dan Q8 beroperasi sebagai phase splitteruntuk memberikan ayunan voltanmaksima (hampir menyamai voltan bekalan untuk meminimakan galangan

    keluaran.

    Transistor Q8 menguatkan isyarat.

    5

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    6/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila

    Semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

    8.1 Senaraikan empat konfigurasi dalam satu litar penguat kendalian.

    8.2 Bagaimana cara output diukur?

    8.3 Sebuah litar mempunyai dua bilangan input dan semasa mengukur

    keluarannya salah satu kaki pemunguttelah dibumikan, apakah nama

    konfigurasi tersebut?

    6

    AKTIVITI

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    7/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

    anda pada maklum balas di halaman berikutnya

    8.1 Berikan perbezaan di antara penguat kebezaan masukan galangan tinggi dan

    masukan galangan rendah.

    8.2 Apakah fungsi yang selalu dikaitkan dengan penguat voltan gandaan tinggi ?

    7

    AKTIVITI

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    8/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    8.1

    a. Masukan tunggal, keluaran tak seimbang

    b. Masukan tunggal, keluaran seimbangc. Masukan duaan, keluaran seimbang

    d. Masukan duaan,keluaran tak seimbang

    8.2 Jika output diukur di antara dua pemungut keluaran adalah seimbang, jika

    diukur dan satu pemungut ke bumi, keluaran tak seimbang.

    8.3 Masukan duaan keluaran tak seimbang.

    8

    MAKLUM BALAS 8a

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    9/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    8.1

    Penguat kebezaan

    masukan galangan tinggi

    Penguat kebezaan

    keluaran galangan rendah

    Mempunyai dua masukan dan satu

    keluaran.

    Mempunyai masukan tunggal keluaran

    imbang.

    Galangan masukan adalah tnggi. Galangan keluaran adalah rendah.

    8.2

    Memberikan gandaan voltan yang tinggi.

    Memberikan gandaan kepada arus picuan / drive currentyang diperlukan untukmemicu peringkat keluaran tanpa membebankan peringkat masukan

    9

    MAKLUM BALAS 8b

    ADAKAH INIJAWAPAN YANG

    DIKEHENDAKI ?

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    10/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian

    Kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.

    8.1 Nyatakan peringkat-peringkat masukan pada amplifier dan

    nyatakan ciri-cirinya.

    8.2 Nyatakan kebaikan penguat kendalian (OP AMP)

    10

  • 8/9/2019 Unit 8 Penguat Kendalian

    11/11

    PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 8/

    8.1 Rujuk input 8.1.

    8.2 Kebaikannya ialah :

    Saiz yang kecil iaitu keluasannya 5 mm2 dan lebarnya 0.5 mm.

    Keboleharapan yang tinggi.

    Kos yang murah iaitu bahan yang digunakan untuk membuatnya

    masih banyak dipasaran iaitu silikon.

    Boleh bekerja pada julat suhu yang rendah di bawah 27 C.

    Tidak mudah rosak.

    11