psk penilaian kendalian sekolah (pks)_kbsr-penilaian

Upload: eling-lee

Post on 07-Jul-2015

1.180 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH (PKS) DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK) 1. Konsep Penilaian dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) ialah Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang dijalankan secara menyeluruh dan berterusan. Aspek afektif dan amalan tidak dapat diuji dalam penilaian sumatif. Oleh itu, kaedah PKS dapat melengkapkan penilaian yang meliputi ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik yang merupakan tiga komponen utama dalam organisasi kandungan kurikulum. 2. Tujuan PKS bertujuan menilai perkembangan dan kemajuan setiap murid secara menyeluruh dan berterusan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan. Di samping itu, PKS membolehkan guru dan murid mengetahui tahap pencapaian pembelajaran serta membuat tindakan susulan. 3. Ciri-ciri Penilaian PKS lebih bersifat formatif dan menekankan perkembangan individu. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas tentang tahap dan kesan pembelajaran yang dikuasai oleh murid. PKS dikendalikan oleh guru secara bersistem iaitu merancang, mengurus, merekod, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian ini menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan, penulisan dan penilaian kendiri. 4. Tumpuan Penilaian PKS dalam PSK dinilai mengikut tema. Penilaian ini dibahagikan kepada 3 aspek yang meliputi pengetahuan PSK, kemahiran PSK dan nilai PSK seperti berikut: i. Pengetahuan Sivik dan Kewarganegaraan Pengetahuan sivik dan kewarganegaraan terdiri daripada maklumat dan idea asas yang murid perlu tahu serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan. Maklumat asas ini merangkumi aspek perkembangan diri, hubungan kekeluargaan, hidup bermasyarakat, masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, pentadbiran negara dan cabaran masa depan.

1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

ii. Kemahiran Sivik dan Kewarganegaraan Kemahiran sivik dan kewarganegaraan terdiri daripada kemahiran melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah yang membolehkan murid membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini juga dapat meningkatkan kesedaran sivik dan membolehkan murid memberi sumbangan terhadap pembangunan diri, keluarga, masyarakat, negara dan global. iii. Nilai Sivik dan Kewarganegaraan Nilai sivik dan kewarganegaraan terdiri daripada nilai murni yang perlu bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivik ini antara lain merangkumi nilai adil, saksama, patriotisme dan menghormati hak orang lain di samping menekankan penghargaan terhadap masyarakat pelbagai budaya. 5. Prinsip Penilaian Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran pembelajaran (P & P) yang meliputi prinsip-prinsip seperti yang berikut. dan

i. Berterusan, bersifat formatif, memenuhi objektif P & P dan sesuai dengan kaedah P & P. ii. Mempunyai unsur integrasi antara pengetahuan, kemahiran dengan nilai sivik dan kewarganegaraan. iii. Terdapat pemeringkatan berdasarkan aras Taksonomi Bloom pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. 6. Aspek Penilaian: i. Pengetahuan a) Berdasarkan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). b) Item boleh berbentuk objektif, pilihan jawapan, struktur, jawapan ringkas dan esei. c) Pemarkahan berdasarkan jumlah soalan dan jawapan.

2

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

ii. Kemahiran dan Nilai a) Penilaian boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. b) Penilaian boleh menggunakan pelbagai teknik seperti yang berikut. 7. Perbincangan Lakonan Simulasi Forum Main Peranan Permainan Dan lain-lain Persekitaran dalam Penilaian

Penilaian yang dilaksanakan perlu mengambil kira beberapa aspek yang dapat membantu mewujudkan persekitaran penilaian yang kondusif. Antara aspek yang perlu diambil kira dalam membuat penilaian adalah seperti yang berikut. i. Memotivasikan murid ii. Menggembirakan iii. Ada kepuasan iv. Ada keinginan untuk mengetahui v. Peluang untuk membaiki kelemahan vi. Menerima keputusan secara positif vii. Tidak menghukum viii.Tidak menimbulkan ketegangan ix. Tidak memalukan

3

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

8.

Langkah Penilaian

Guru perlu mengenal pasti semua aspek P & P termasuk merancang, menyusun strategi dan menentukan beberapa perkara seperti yang berikut. i. Menentukan hasil pembelajaran ii. Menetapkan kaedah penilaian a) Kaedah penilaian (pemerhatian, lisan, penulisan dan penilaian kendiri) mestilah sesuai dengan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. b) Kaedah yang dipilih boleh digunakan secara berasingan atau digabungkan. iii. Menentukan dan memilih alat penilaian yang sesuai a) b) Senarai Semak Mengandungi aktiviti yang disusun dengan teliti bagi membolehkan guru menilai pembelajaran dan perlakuan murid. Kandungan senarai semak berdasarkan SP & HSP, buku teks dan sumber lain. Boleh disediakan secara individu atau berkumpulan. Ditanda dengan menggunakan simbol dan warna.

Rekod Anekdot Suatu alat pemerhatian yang menunjukkan tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian tingkah laku murid dalam perkara tertentu. Sesuai digunakan untuk mengesan atau memerhati tahap perkembangan murid. c) Skala Kadar Pembinaan skala kadar perlu mengambil kira beberapa perkara seperti konsep dan takrif yang jelas bagi setiap item. Terdapat 2 bentuk skala iaitu: skala angka. Contoh : 1 = Sederhana, 2 = Baik 3 = Cemerlang skala huruf, perkataan atau frasa. Contoh : Perkataan Sangat memuaskan Memuaskan Frasa Pencapaian cemerlang Pencapaian baik

Huruf A Cemerlang B Baik

4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

C Sederhana iv. Merekod

Kurang memuaskan

Pencapaian sederhana

a) Mencatat maklumat secara sistematik berkaitan dengan perkembangan, kebolehan dan pencapaian murid. b) Dikemas kini dari semasa ke semasa. c) Dianalisis dan ditafsir untuk tindakan susulan dan pelaporan. d) Berbentuk penyataan, markah, gred dan simbol. e) Dicatat dalam dokumen seperti senarai semak, rekod prestasi dan profil murid. f) Perlu dirahsiakan. g) Maklumat boleh direkod seperti yang berikut. Membuat pernyataan tentang keadaan yang sebenar. Menanda dengan menggunakan tanda atau lambang seperti X . Memberi markah atau gred. v. Melapor a) Proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid. b) Melaporkan tahap pencapaian murid seperti prestasi akademik, perlakuan, minat, sikap dan potensi murid. c) Dilaporkan secara lisan atau bertulis dalam bentuk markah, penyataan atau gred. d) Dicatatkan dalam buku laporan kemajuan, profil murid dan laporan ringkas guru mata pelajaran atau guru kelas.

5

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

CONTOH-CONTOH PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

6

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

7

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

INSTRUMEN PENILAIAN

TAHUN TEMA 1 TAJUK

: : :

5 SAYANGI DIRI PENGURUSAN MASA

A. Aspek Pengetahuan Hasil Pembelajaran : Menyatakan empat kepentingan menguruskan masa Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan. mendisiplinkan membuang masa menguruskan menyiapkan tugas

1. Orang yang menepati masa dapat ______________________ dalam masa yang ditetapkan. 2. Jadual waktu harian membantu kita _____________________ masa dengan baik. 3. Kamu dapat __________________ diri dengan mematuhi jadual waktu yang disediakan. 4. Pakai cincin emas suasa Nampak cantik lagi kemas Jangan kita _________________ Kerana masa itu emas. ( 4 Markah ) B. Aspek Kemahiran Hasil Pembelajaran : Menguruskan diri dan masa secara bertanggungjawab Baca dan fahami situasi yang berikut.

Kamu akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan. Oleh itu, kamu perlu memberi tumpuan terhadap pelajaran. Berdasarkan contoh Jadual Waktu Harian yang disediakan, hasilkan satu jadual waktu harian kamu sendiri untuk memastikan kamu dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran.

7

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Contoh Jadual Waktu Harian Hari PersekolahanMasa Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat 7.00 pg 1.30 ptg Sekola h Sekola h Sekola h Sekola h Sekola h 1.30 ptg 2.30 ptg Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri 2.30 ptg 4.30 ptg Belajar Belajar Belajar Belajar Belajar 4.30 ptg 5.30 ptg Rehat Rehat Rehat Rehat Rehat 5.30 ptg 6.30 ptg Riadah Riadah Riadah Riadah Riadah 6.30 ptg 8.00 mlm Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri Pengurusa n Diri 8.00 mlm 9.30 mlm Belajar Belajar Belajar Belajar Belajar

Hujung MingguMas a Hari Sabt u Aha d 6.00 pg 8.00 pg Pengurus an Diri Pengurus an Diri 8.00 pg 9.30 pg Belaj ar Belaj ar 9.30 pg 11.00 pg Menont on tv Menont on tv 11.00 pg 1.00 ptg Memba ntu keluarg a Memba ntu keluarg a 1.00 ptg 2.30 ptg Pengurus an Diri Pengurus an Diri 2.30 ptg 4.30 ptg Belaj ar Belaj ar 4.30 ptg 6.30 ptg Rehat / Riada h Rehat / Riada h 6.30 ptg 8.00 mlm Pengurus an Diri Pengurus an Diri 8.00 mlm 9.30 mlm Belaja r Belaja r

Instrumen Penilaian : Jadual Skala Kadar 1 : Pengurusan Masa (m.s 9) Penilai : Guru

8

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

TEMA : SAYANGI DIRI TAJUK: PENGURUSAN MASA B. Aspek Kemahiran Hasil Pembelajaran : Menguruskan diri dan masa secara bertanggungjawab Jadual Skala Kadar 1 : Pengurusan MasaBil Nama Murid Kesesuaian Waktu 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 2 3 Kesesuaian Tempoh Masa 1 2 3 Kesesuaian Aktiviti 1 2 3 Kekemasan 1 2 3 Catatan

Petunjuk

9

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

1 Kurang memuaskan 2 Memuaskan 3 Sangat memuaskan TEMA : SAYANGI DIRI TAJUK : PENGURUSAN MASA C. Aspek Nilai Hasil Pembelajaran : Menghargai masa Arahan kepada guru: 1. Beritahu murid supaya mempraktikkan Jadual Waktu Harian yang dibina. 2. Edarkan Borang Jadual Skala Kadar 2 kepada murid untuk diisi oleh anggota keluarga bagi memantau cara murid mempraktikkan jadual waktu tersebut. Instrumen Penilaian : Borang Jadual Skala Kadar 2 Cara Murid Mempraktikkan Jadual Waktu Penilai : Anggota Keluarga/Penjaga Borang Jadual Skala Kadar 2 : Cara Murid Mempraktikkan Jadual WaktuPerkara 1. MEMATUHI KETEPATAN MASA 1 2 3

Murid mematuhi masa belajar. Murid mematuhi masa menonton televisyen. Murid mematuhi masa untuk riadah. Murid membantu keluarga pada masa yang sesuai.

2. BERTANGGUNGJAWAB

Murid menggunakan waktu belajar dengan bertanggungjawab. Murid menggunakan waktu riadah dengan bermanfaat. Murid memilih rancangan TV yang sesuai. Murid membantu keluarga dengan bertanggungjawab.

Petunjuk 1 Sederhana 2 Memuaskan 3 Sangat memuaskan

10

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

ULASAN / KOMEN : _________________________________________________ ___________________________________________________________________ Tanda tangan Ibu Bapa/Penjaga __________________________

TEMA 2 TAJUK

: :

SAYANGI KELUARGA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA KELUARGA ASAS

A. Aspek Pengetahuan Hasil Pembelajaran : Menjelaskan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas 1. Padankan gambar dengan penyataan yang diberikan.

Belajar bersungguh-sungguh Membantu kerja-kerja di rumah Menjaga nama baik keluarga

Mencari nafkah menyara keluarga Menjaga keselamatan anggota keluarga Menyediakan keperluan asas keluarga

Membantu dan mengurus hal rumah tangga Memasak dan menyediakan makanan untuk anggota keluarga Memberi bimbingan dan

11

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

(6 Markah ) B. Aspek Kemahiran Hasil Pembelajaran : Mengamalkan tatasusila dalam hubungan dengan anggota keluarga Arahan kepada murid Pihak sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar ke muzium. Ganesan berminat untuk menyertai lawatan tersebut. Dia meminta kebenaran daripada ibu dan bapanya untuk menyertai lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Main peranan sebagai Ganesan yang meminta kebenaran daripada ibu bapanya . Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot 1 Amalan Bersopan Terhadap Keluarga (m.s 13) Penilai : Guru Rekod Anekdot 1 : Amalan Bersopan Terhadap Keluarga Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Nama Darwina bt Darul Tingkah Laku Duduk sopan Tutur Kata Mesra, lemah lembut Catatan

12

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

16 17 18 C. Aspek Nilai Hasil Pembelajaran : Menghormati dan menghargai ibu bapa serta anggota keluarga Arahan kepada murid Sebagai tanda menghargai ibu, bapa dan anggota keluarga, hasilkan kad ucapan untuk diberikan kepada anggota keluarga . Tuliskan kata-kata ucapan di dalam kad tersebut sebagai tanda menghargai anggota keluarga. Berikan kad tersebut kepada anggota keluarga kamu. Instrumen Penilaian : Jadual Skala Kadar 3 : Menghargai Anggota Keluarga (m.s 14) Penilai : Guru Jadual Skala Kadar 3 Menghargai Anggota Keluarga Bil . 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Nama Murid Ucapan kasih sayang 1 2 3 Ucapan sopan 1 2 3 Kreativiti 1 2 3 Kekemasan 1 2 3 Catatan

13

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Petunjuk 1 Sederhana 2 Memuaskan 3 Sangat memuaskan

TEMA 3 TAJUK

: :

HIDUP BERSAMA-SAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT AKTIVITI KEJIRANAN

A. Aspek Pengetahuan Hasil Pembelajaran : Menjelaskan kepentingan semangat kejiranan Tandakan ( ) untuk penyataan yang betul dan tandakan ( X ) untuk penyataan yang salah. 1. Kita perlu mengenali jiran untuk mengeratkan silaturrahim dengan mereka. 2. Semangat kejiranan dapat memupuk perasaan muhibah dan perpaduan. 3. Jiran sepakat membawa berkat . 4. Berjiran dengan jiran pelbagai kaum menyusahkan kita kerana berbeza agama dan budaya. (4 Markah) B. Aspek Kemahiran Hasil Pembelajaran : Berinteraksi secara sopan dengan jiran Temu bual rakan sebaya kamu untuk mendapatkan maklumat seperti dalam Borang Maklumat Jiran berikut. Kemudian, lengkapkan borang tersebut.Borang Maklumat Jiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Nama Umur Kaum Agama Pekerjaan : ___________________________________________ : ___________________________________________ : ___________________________________________ : ___________________________________________ : ___________________________________________ : _____________________________________ : _____________________________________

Tempat dan tarikh lahir : _____________________________________

Bil. anggota keluarga Makanan kegemaran Hobi Alamat rumah No. telefon

: ___________________________________________ : ___________________________________________ : ___________________________________________ : _____________________________________

Perkara yang disukai

Perkara yang tidak disukai : ___________________________________ Keistimewaan jiran : _________________________________________

14

__________________________________________

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Berdasarkan temu bual murid dengan rakannya, guru membuat penilaian kemahiran berinteraksi murid. Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot 2 Kemahiran Berikteraksi Penilai : Guru Rekod Anekdot 2 Kemahiran Berinteraksi Bil. Nama Adli bin. Amran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Kemahiran Bertutur Dapat mengemukakan soalan dengan lancar dan betul. Kemahiran Mendengar Mendengar dengan teliti dan memberi respon positif. Perlakuan Sikap yang disenangi rakan, sesuai dengan keadaan, mesra.

15

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

NAMA MURID : _______________________________________________ TAHUN : _______________________________________________

C. Aspek Nilai Hasil Pembelajaran : Menghormati jiran tetangga Arahan : Tandakan ( ) pada ruang yang sesuai. Borang Senarai Semak 1 : Sikap Murid Terhadap Jiran Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Penyataan Saya menyapa jiran apabila bersua dengan mereka Saya tidak akan mengambil barang kepunyaan jiran tanpa kebenaran Saya tidak mengotorkan kawasan rumah jiran. Saya berkawan baik dengan anak jiran Saya berbuat bising sehingga mengganggu jiran Jarang-jarang Kadang-kadang Selalu 1 2 3 Catatan

Skala 1 2 3 -

Instrumen Penilaian : Borang Senarai Semak 1 Sikap Murid Terhadap Jiran Penilai : Guru Berdasarkan Borang Senarai Semak 1, guru menilai sikap murid terhadap jiran dengan menggunakan Jadual Skala Kadar 4 (m.s 18)

16

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

C. Aspek Nilai Hasil Pembelajaran : Menghormati jiran tetangga Jadual Skala Kadar 4 : Sikap Murid Terhadap Jiran Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 Petunjuk 1 Sederhana 2 Memuaskan 17 Nama Murid Menghormati jiran (S1, S2, S3) 1 2 3 Berhemah terhadap jiran (S4) 1 2 3 Toleransi terhadap jiran (S5) 1 2 3

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

3 Sangat Memuaskan TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK : KENALI DAN APRESIASI KEKAYAAN PELBAGAI WARISAN BUDAYA MALAYSIA A. Aspek Pengetahuan Hasil Pembelajaran : Mengenal pasti pelbagai warisan kesenian masyarakat Malaysia. Arahan: Senaraikan tarian dan alat muzik tradisional Malaysia mengikut kategorinya.

Zapin

Sumaza u

Gong

Kompang

Ngajat

Er Hu

Tarian Singa

Sape

Tabla

Bharat a Natyam

TARIAN

ALAT MUZIK

(10 Markah)

18

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

B. Aspek Kemahiran Hasil Pembelajaran : Mengamalkan warisan kesenian masyarakat Malaysia Arahan kepada murid : Dalam kumpulan, rancang satu persembahan muzik atau tarian tradisional yang kamu tahu. Kemudian buat persembahan di kelas. Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot 3 - Amalan Warisan Kesenian Kalangan Murid Penilai : Guru Rekod Anekdot 3 - Amalan Warisan Kesenian Kalangan Murid Bil Nama Murid/ Kumpulan Kebolehan bermain alat muzik/menari budaya pelbagai kaum Boleh menari joget melayu Keaslian irama budaya pelbagai kaum Kreativiti Persembahan Catatan

1

Sunita a/p Arun

Kekal keaslian muzik dan rentak joget

Fokus kepada irama melayu

Perlu serap irama budaya kaum lain

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

19

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

C. Aspek Nilai Hasil Pembelajaran : Menerima dan berbangga dengan amalan budaya masyarakat Malaysia Arahan: Guru menilai persembahan murid dari aspek nilai. Instrumen Penilaian : Jadual Skala Kadar 5 Sikap Murid Terhadap Warisan Kesenian Pelbagai Kaum Penilai : Guru Jadual Skala Kadar 5 Sikap Murid Terhadap Warisan Kesenian Pelbagai Kaum Bil Nama Murid / Kumpulan Menerapkan budaya pelbagai kaum 1 2 3 Kerjasama antara ahli kumpulan 1 2 3 Kesungguhan dalam persembahan 1 2 3

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Petunjuk 1 Sederhana 2 Memuaskan 3 Sangat Memuaskan TEMA 5 : MALAYSIA NEGARAKU 20

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

TAJUK

:

KENALI SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA

A. Aspek Pengetahuan Hasil Pembelajaran : Menyenaraikan tanggungjawab jemaah menteri Arahan : Tuliskan nama Menteri dalam petak kosong mengikut jawatan yang dipegangnya. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Jawatan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri Menteri Pelajaran Menteri Kerja Raya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( 6 markah) Menteri

B. Aspek Kemahiran Hasil Pembelajaran : Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Arahan kepada murid:

21

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Aktiviti kumpulan Bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara, hiaskan kelas kamu. Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot 4 Tanggungjawab Sebagai Warganegara Penilai : Guru Rekod Anekdot 4 Tanggungjawab Sebagai Warganegara Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. C. Aspek Nilai Hasil Pembelajaran : Menghargai dan menghormati pemimpin negara Arahan: Nama murid / kumpulan Azizul bin Aziz Penglibatan dalam aktiviti Sangat aktif Kreativiti melaksanakan aktiviti Pelbagai idea dan aktiviti Susun atur aktiviti Terancang

22

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, hasilkan kad atau e-mel untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pemimpin negara. Instrumen Penilaian : Borang Skala Kadar 6 Sikap Murid Terhadap Pemimpin Penilai : Guru Borang Skala Kadar 6 Sikap Murid Terhadap Pemimpin Bil Nama Ucapan Penghargaan 1 2 3 Kesopanan/ Keikhlasan 1 2 3 Kreativiti 1 2 3

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Petunjuk 1 Sederhana 2 Memuaskan 3 Sangat Memuaskan TEMA 6 TAJUK : : SEDIA HADAPI CABARAN CIRI-CIRI PERIBADI TERPUJI

A. Aspek Pengetahuan

23

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Hasil Pembelajaran : Mengenal pasti ciri-ciri peribadi terpuji Arahan : Cari dan warnakan 10 ciri peribadi yang terdapat dalam teka kata di bawah. Salin semula jawapan di ruang yang disediakan.

A N I S A M B U T E H O R M A T S G E

D I P E O I K M I R E P J U K O Y O X

A L A M A P C Z G O X L F C E L I R A

K A M I N T A Q E Y T I T O L E G E K

V T A N G G U N G J A W A B I R C N E

I O N A B R X C U N Z U B J P A U G R

M L A S K O M J I T K F A D G N A X J

U E H O D L U N Y L E R H T U S I P A

T R U P O R A J I N B G A D M I L Q S

S H R A U G T R J Z P E X T F Z J G A

I U M K Z C U K K Q U C O E P E C I M

Z K A B E R D I K A R I M T O K U L A

.

10 ciri peribadi terpuji :

24

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

1. 2. 3. 4. 5.

__________________________ __________________________ __________________________ __________________________ __________________________

6. 7. 8. 9.

_________________________ _________________________ _________________________ _________________________

10. _________________________ (10 Markah)

C. Aspek Kemahiran Hasil Pembelajaran : Membina ketahanan diri untuk menghadapi cabaran Pilih satu situasi berikut dan main peranan untuk menolak ajakan negatif rakan. Rakan kamu mempelawa sebatang rokok. Pada hujung minggu, rakan kamu merancang untuk melepak di pusat membeli belah. Mereka mengajak kamu turut serta. Dalam perjalanan ke sekolah, rakan baik mengajak kamu pergi menonton wayang di bandar. Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot 5 Kemahiran Menolak Ajakan Negatif Rakan Penilai : Guru Rekod Anekdot 5 Kemahiran Menolak Ajakan Negatif Rakan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Nama Murid Kiran a/k Kuri (S1) Alasan menolak ajakan negatif Asap rokok menyebabkan batuk Keupayaan mempertahankan tindakan Bertutur sopan Tegas Komunikasi secara sopan

25

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 C. Aspek Nilai Hasil Pembelajaran : Meningkatkan kualiti diri

Adakah kamu seorang kawan yang baik?

1. A B C 2.

Seorang kawan meminta kamu merahsiakan masalah keluarga yang dihadapinya. Kamu akan .. menasihatinya agar berjumpa dengan guru kauseling menyimpan rahsia itu menceritakan rahsia itu kepada semua orang

Seorang kawan secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke baju kamu. Dia telah meminta maaf. Kamu akan A B C memarahinya memberitahu guru memaaf dan menasihatinya agar lebih berhati-hati

3.

Kawan kamu kehilangan wang pada waktu rehat. Kamu akan . A B C memintanya melaporkan hal itu kepada guru bertugas tidak ambil peduli meminjamkan wang atau berkongsi makanan dengannya Kawan kamu telah membuang sampah ke dalam longkang. Sebagai seorang pengawas sekolah, kamu akan A memarahinya

4.

26

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

B C 5.

memintanya memungut kembali sampah itu berdiam diri untuk menjaga hati kawan kamu

Kamu ternampak kawan kamu dipukul oleh sekumpulan murid. Kamu akan.. A B C berdiam diri meleraikan pergaduhan tersebut terus melaporkan hal itu kepada guru disiplin

Markah 1. 2. 3. 4. 5. Skor 12 15 Tahniah kamu memang seorang kawan yang baik! Ramai orang suka berkawan dengan kamu kerana kamu mempunyai sahsiah dan emosi yang terpuji. 8 11 Kamu seorang kawan yang baik. Kamu boleh menjadi lebih baik sekiranya kamu berhati-hati dalam membuat keputusan. 57 Kamu perlu berubah. Ada kalanya kamu terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kamu perlu membaiki sahsiah diri dan mengawal emosi supaya menjadi seorang kawan yang baik. Makluman Skor di atas hanya sebagai panduan bagi murid menilai potensi dirinya untuk menjadi seorang kawan yang baik. (Guru dapat menilai sahsiah dan emosi murid melalui penilaian kendiri ). A A A A A (3m), (1m), (2m), (2m), (1m), B B B B B (2m), (2m), (1m), (3m), (2m), C C C C C (1m) (3m) (3m) (1m) (3m)

27

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

28

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

PANDUAN PENILAIAN PROJEK KEWARGANEGARAAN

29

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

1. Pengenalan i. Latar belakang Projek Kewarganegaraan ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini adalah dalam bentuk projek yang boleh membantu dan meningkatkan imej serta memberi manfaat kepada diri, sekolah dan masyarakat. ii. Konsep Projek Kewarganegaraan Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Projek Kewarganegaraan harus dikaitkan dengan pembelajaran dalam bilik darjah. Projek Kewarganegaraan bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan seperti yang berikut. Tahun 4 5 1. 2. 3. 4. 6 5. 6. Tema Sayangi Diri. Sayangi Keluarga. Hidup Bersama-sama di Sekolah dan Masyarakat Kenali Budaya Malaysia Malaysia Negaraku Sedia Hadapi Cabaran

iii. Fokus Penilaian Projek Kewarganegaraan dibentuk berdasarkan objektif kurikulum. 2. Tujuan Penilaian Penilaian Projek Kewarganegaraan bertujuan untuk menilai cara murid: i. mengaplikasikan pengetahuan PSK, kemahiran PSK dan nilai PSK. ii. melibatkan diri secara langsung sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

30

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

3. Pengendalian Projek Kewarganegaraan i. Matlamat a) b) c) Mengaplikasikan pengetahuan PSK, kemahiran PSK serta nilai PSK di luar bilik darjah. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

ii. Proses Penilaian Proses penilaian Projek Kewarganegaraan merangkumi tiga elemen penilaian seperti yang berikut: a) Pemerhatian Pemerhatian merupakan suatu proses penilaian yang merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan PSK, kemahiran PSK dan nilai PSK di luar bilik darjah. Pemerhatian dilakukan secara tidak formal bermula daripada proses perancangan, kerja amali sehingga pembentangan portfolio. Pemerhatian boleh dilakukan secara berperingkat atau serentak semasa setiap sesi/aktiviti dijalankan. Pemerhatian dilakukan untuk menilai pencapaian terbaik murid, dan tumpuan yang lebih diberikan oleh murid yang masih belum dapat menguasai pengetahuan PSK, kemahiran PSK dan nilai PSK. b) Refleksi Diri Penilaian refleksi diri dilakukan berdasarkan portfolio kumpulan/individu mengikut keterangan di bawah: Semua maklumat dan lampiran perlu dibukukan. Maklumat yang berikut perlu ditulis pada kulit bahagian hadapan: - Mata pelajaran - Tajuk Projek - Nama Ahli Kumpulan - Tahun Isi Kandungan - Dokumen (surat-surat, gambar, catatan, refleksi, lampiranlampiran, sijil penghargaan dan lain-lain yang sesuai).

31

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Penskoran dan Pelaporan i. Penilaian Projek Kewarganegaraan menggunakan penskoran berdasarkan komponen penilaian dalam borang penilaian Projek Kewarganegaraan. Penilaian Projek Kewarganegaraan dibuat oleh guru merangkumi 3 elemen penilaian iaitu melalui penilaian pemerhatian, penilaian portfolio dan penilaian refleksi diri. Hasil penskoran daripada 3 elemen tersebut ditandakan dalam borang penilaian projek kewarganegaraan. Pentaksiran berdasarkan hasil skor daripada borang penilaian projek kewarganegaraan. Bil. A B C D Komponen Penilaian Perancangan Kerja Amali Refleksi Portfolio Jumlah Jumlah Skor 10 15 5 10 40

ii.

iii. iv.

v.

Berpandukan borang projek kewarganegaraan, skor murid dipindahkan ke borang pencapaian individu (rujuk Lampiran 2) untuk pelaporan. Jadual Kriteria Penilaian Projek Kewarganegaraan Gred A B C D Kriteria 30 - 40 20 - 29 10 19 09

vi.

Bahagian elemen portfolio dibuat secara kumpulan adalah bonus untuk semua ahli kumpulan.

32

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

vii.

Deskripsi Gred A. Penglibatan murid pada tahap yang CEMERLANG dalam aktiviti Projek Kewarganegaraan bagi membantu dan meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti. Penglibatan murid pada tahap yang BAIK dalam aktiviti Projek Kewarganegaraan bagi membantu dan meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti. Penglibatan murid pada tahap yang MEMUASKAN dalam aktiviti Projek Kewarganegaraan bagi membantu dan meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti. Penglibatan murid pada tahap yang SEDERHANA dalam aktiviti Projek Kewarganegaraan bagi membantu dan meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti.

B.

C.

D.

33

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

BORANG PENILAIAN PROJEK KEWARGANEGARAAN Nama murid : Tahun : _______________________________________ _______________________________________

Arahan: Tandakan ( / ) pada skor yang berkenaan. A. Perancangan Komponen Penilaian Kriteria Memberi dan menerima pandangan. Mewujudkan suasana harmoni dalam perbincangan. Menerima dan menghormati keputusan yang dibuat. Mematuhi keputusan yang dibuat. Menyelesaikan 3. masalah Berupaya mengenal pasti masalah. Mengambil tindakan wajar dalam menyelesaikan masalah. Bertanggungjawab dalam merancang projek yang dijalankan. Bekerjasama dalam kerja kumpulan. Berkeupayaan merancang dan menyelaras agihan tugas secara adil. Menyediakan struktur organisasi. Tandakan (/)

1.

Komunikasi/interaksi sosial

2. Membuat keputusan

4.

Kesedaran sivik dan kewarganegaraan

5. Kepemimpinan

34

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

B. Kerja Amali Komponen Penilaian Kriteria Menepati tempoh masa yang dirancangkan. 1. Pelaksanaan projek Menjalankan agihan tugas yang ditetapkan. Melaksanakan tugas dengan sempurna. Mengumpul bahan berkaitan dengan projek. 2. Maklumat projek Mencatat/merekod tugasan mengikut agihan tugas yang diberikan. Menyimpan/mendokumentasikan maklumat projek. Penyelesaian masalah *Murid akan 3. mendapat bonus jika projek berjalan lancar dan mencapai semua objektif projek. Melaporkan masalah semasa projek dijalankan secara kolektif. Dapat bertindak dengan cepat dan berkesan untuk menyelesaikan masalah. Tenang dan boleh mengawal diri semasa menghadapi masalah. Objektif projek tercapai. Projek dapat diselesaikan dalam 4. Keberkesanan projek tempoh masa yang ditetapkan. Projek dilaksanakan secara berkumpulan. Menjalankan tugas yang diberikan. 5. Kepemimpinan Menguruskan setiap aktiviti projek dengan baik. Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa menjalankan projek. Tandakan ( / )

35

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

C. Refleksi Komponen Penilaian Kriteria Mengetahui peranan dan tanggungjawab yang dipikul. Memberi pandangan tentang faedah dan kekurangan projek. 1. Penilaian kendiri Memberi cadangan untuk memperbaiki sesuatu projek. Mempunyai kesedaran untuk melibatkan diri/memberi sumbangan secara aktif dalam aktiviti-aktiviti projek. Memberi sumbangan secara aktif dalam aktiviti projek. Tandakan (/)

D. Portfolio Komponen Penilaian 1. Kandungan portfolio Tajuk projek. Biodata kumpulan. Memilih bahan yang sesuai dengan projek. Dokumentasi / 2. Bahan-bahan lampiran bukti Menyusun bahan yang sesuai dengan projek. Surat-surat/sijil perhargaan/gambargambar/risalah-risalah Refleksi Struktur organisasi Membentangkan projek 3. Pembentangan Penyampaian berkesan Penggunaan bahan bantu semasa pembentangan Kriteria Tandakan (/)

36

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Lampiran 1 Contoh Borang Refleksi Projek Kewarganegaraan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nama Tahun : : __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________

Tajuk projek : 1. Tugas saya:

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 2. Kebaikan yang saya peroleh daripada pelaksanaan projek ini ialah : ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan projek ini ialah : ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 4. Saya akan menjalankan projek kewarganegaraan pada masa akan datang kerana ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 5. Dengan menjalankan projek kewarganegaraan saya akan ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

37

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Lampiran 2 Penilaian Projek Kewarganegaraan Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan Borang Pencapaian Individu Nama murid : Tahun : ______________________________ ______________________________

Bil. A B C D Perancangan Kerja Amali Refleksi Laporan

Komponen

Jumlah Skor /10 /15 /7 /8 Jumlah /40

Pengesahan Disahkan bahawa murid ini mendapat Gred _________ dalam Projek Kewarganegaraan berdasarkan penglibatan sebenar murid.

Tandatangan guru: _____________________ Cop Sekolah:

Tarikh: _______________

Tandatangan ibu bapa: __________________

Tarikh: _______________

38

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

Lampiran 3 CONTOH BORANG PELAKSANAAN PROJEK Tajuk Projek : Bil. Tarikh _______________________________________________ Masa Aktiviti

39