ucapan yang berbahagia tan sri mohamad zabidi … · 2015-07-01 · dalam negara. dalam konteks ini...
TRANSCRIPT
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
PROGRAM GEGAR #myGST4U
16 DISEMBER 2014, 3.00 PETANG
DEWAN D, MAEPS, SERDANG
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi
dan Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”
[SALUTATIONS DISEDIAKAN DI ATAS
ROSTRUM]
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-
Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan
Warga Penjawat Awam yang saya
kasihi sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpahan
3
kurniaNya dapatlah kita berkumpul
bersama-sama pada hari ini dalam
satu majlis yang sangat berbahagia
ini. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan selamat datang kepada
tuan-tuan dan puan-puan sekalian
para penjawat awam yang datang dari
pelbagai kementerian dan agensi.
Saya amat berbangga dengan
komitmen yang ditunjukkan oleh tuan-
tuan dan puan-puan untuk mengikuti
program kita pada hari ini. Semoga
pertemuan kita ini akan memberi
hasil sebagaimana yang diinginkan.
4
2. Dengan penuh rasa tanggungjawab,
kita berkumpul di sini hari ini untuk
menyaksikan satu lagi program
penting negara iaitu program yang
dinamakan Gegar #myGST4U.
Program ini ialah kemuncak bagi
tahun 2014 kepada program di bawah
Blue Ocean Communication on GST.
Sebagaimana yang kita sedia
maklum, Blue Ocean Communication
on GST merupakan satu daripada
inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan ataupun NBOS yang
diterajui oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dan dipacu sendiri
5
oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua
Setiausaha.
3. Saya berasa sukacita kerana
program hari ini dapat kita jayakan
dengan kerjasama pelbagai agensi
seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Kepenggunaan dan
Koperasi, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Komunikasi
dan Multimedia Malaysia dan Jabatan
Kastam Diraja Malaysia.
4. Penglibatan pelbagai agensi dalam
merealisasikan Program Gegar
6
#myGST4U ini adalah selaras dengan
semangat pelaksanaan inisiatif di
bawah NBOS yang berasaskan high
impact, low cost dan speedy
execution.
GST SEBAGAI PEMACU
TRANSFORMASI PERCUKAIAN
NEGARA
Hadirin dan hadirat yang saya kasihi
sekalian,
5. Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri telah menegaskan dalam
ucapan Bajet 2015 yang lepas
7
bahawa Kerajaan akan melaksanakan
Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) mengikut jadual pada 1 April
2015. Saya ingin mengingatkan
kepada tuan-tuan dan puan-puan
sekalian bahawa GST bukan satu
sistem percukaian baharu tetapi
sistem cukai yang dimantapkan dan
lebih bersifat kepenggunaan bagi
menggantikan sistem percukaian
sedia ada iaitu Cukai Jualan (1972)
dan Cukai Perkhidmatan (1975).
6. Banyak negara yang telah
melaksanakan GST telah mendapat
manfaat ekonomi dan disebabkan
8
oleh kebaikan dan kecekapannya itu,
pada masa ini 160 daripada 194
negara di seluruh dunia telah
melaksanakan GST. Negara yang
telah berjaya melaksanakan GST
termasuklah Singapura, Australia,
Indonesia, Kanada, India dan New
Zealand. Kita semua perlu ingat
bahawa kadar 6 peratus untuk GST
yang bakal dilaksanakan oleh negara
kita nanti adalah lebih rendah
kadarnya berbanding tujuh buah
negara Asean lain yang telah
melaksanakan sistem percukaian ini.
Singapura misalnya menetapkan
9
kadar 7 peratus untuk GST manakala
Indonesia 10 peratus.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
7. Kerajaan sentiasa berusaha
menambah baik perkhidmatannya
kepada rakyat serta memperbaiki
sistem pungutan hasil negara agar
rakyat akan terus dapat menikmati
pembangunan dan kemajuan. Atas
kepentingan inilah kerajaan
memutuskan untuk melaksanakan
GST kerana kerajaan yakin ia satu
pendekatan yang amat sesuai untuk
10
mengelakkan ketirisan dalam sistem
percukaian negara dan pada masa
yang sama dapat mempertingkatkan
kutipan cukai. Kerajaan amat
beryakinan bahawa GST adalah satu
langkah yang betul.
8. GST dapat menambah pendapatan
negara kerana ia dapat
mengurangkan manipulasi harga oleh
peniaga. Ini kerana GST ialah cukai
yang efektif, telus dan lebih adil. Para
peniaga perlu menunjukkan pungutan
cukai GST dalam invois jualan
manakala pengguna pula tahu jumlah
cukai yang mereka bayar atas barang
11
dan perkhidmatan yang mereka beli.
Dengan cara ini sektor eksport
negara juga akan menjadi lebih
kompetitif.
9. Seperkara yang ingin saya
tegaskan di sini ialah kerajaan
komited untuk menentukan hak dan
kepentingan kita semua sebagai
pengguna sentiasa terpelihara dalam
pelaksanaan GST. Dalam usaha ini
Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan 2010 di bawah
Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
akan dikuatkuasakan dengan tanpa
12
kompromi. Peniaga yang didapati
mengaut keuntungan secara
berlebihan dan menindas pengguna
sudah tentu akan berdepan dengan
tindakan tegas undang - undang.
10. Rakyat tidak perlu khuatir kerana
tugas pemantauan ini akan
diperkemaskan lagi dengan
penambahan pegawai-pegawai
penguatkuasa. Saya selaku KPPA
telahpun meluluskan lebih 400
jawatan penguatkuasa bagi
memantau kenaikan harga barang ini.
Sebagai tambahan kepada usaha ini,
kita sendiri selaku penjawat awam
13
dan rakyat pada keseluruhannya juga
perlu memainkan peranan masing-
masing dengan membuat aduan jika
berlaku kenaikan harga barang yang
tidak munasabah. Penjawat awam
juga ada peranan penting untuk
memberi penerangan kepada rakyat
agar mereka benar-benar jelas
tentang GST ini.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
11. Kita tidak boleh mengambil sikap
lepas tangan, lebih-lebih lagi pada
masa sekarang ini dengan adanya
golongan tidak bertanggungjawab
14
sedang cuba mengelirukan rakyat
mengenai GST. Justeru, peranan kita
semua adalah amat dituntut sekali.
Atas semangat inilah JPA dengan
kerjasama Kementerian Kewangan
Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia telah diberi mandat
mengetuai program jelajah turun
padang dan melatih penjawat awam
agar memahami dengan jelas tentang
GST dan bersedia pula menerangkan
serta mempertingkatkan kesedaran
rakyat tentang GST. Sehingga kini,
kita menganggarkan lebih 80%
penjawat awam telah memahami
hasrat Kerajaan melaksanakan GST
15
dan kita berharap menjelang
pelaksanaannya pada tahun hadapan,
semua penjawat awam menyokong
pelaksanaan GST dan membantu
Kerajaan menyebar luas input yang
betul kepada rakyat.
12. Penyalahgunaan media baru untuk
menyebarkan maklumat tidak benar
berhubung dasar-dasar kerajaan,
khususnya mengenai GST, merupakan
satu lagi cabaran kepada kita semua
sebagai penjawat awam. Kita semua
perlu tenang dalam mengendalikan
isu yang diuar-uarkan di media sosial,
terutamanya oleh golongan yang
16
tidak bertanggungjawab untuk
mengeruhkan suasana dan
menimbulkan suasana tidak tenteram
dalam negara. Dalam konteks ini
penjawat awam perlu sentiasa
bijaksana untuk menentukan
kesahihan sesuatu maklumat yang
diterima dalam media sosial sebelum
bertindak menyebarkannya kepada
pihak lain. Pengalaman lalu harus
memberi pengajaran baik kepada
kita. Sebagai contoh beberapa bulan
yang lalu ada maklumat berkaitan isu
kenaikan gaji yang tersebar luas di
media sosial, sedangkan tiada
17
sebarang kenyataan rasmi dari JPA
berhubung parkara itu.
13. Dalam soal penerangan berhubung
dasar-dasar negara, JPA selaku
agensi peneraju transformasi turut
memikul tanggungjawab memberi
penerangan dan pemahaman
mengenai isu-isu semasa, khususnya
kepada penjawat awam. Peranan ini
selaras dengan prinsip merangkum
dan sepunya seperti yang terdapat
dalam Teras Strategik Transformasi
Perkhidmatan Awam. Dalam
hubungan pelaksanaan GST ini, kita
tidak boleh menyerahkan tugas
18
memberi penerangan ini kepada
Kementerian Kewangan dan Jabatan
Kastam Diraja Malaysia, semata-
mata.
PENJAWAT AWAM ADALAH
PELAKSANA DASAR-DASAR NEGARA
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
14. Sejak kebelakangan ini,
kedudukan Malaysia dalam pelbagai
laporan dunia dari setahun ke
setahun telah menunjukkan kemajuan
dan peningkatan. Angka-angka yang
lebih baik dicatat dari segi ekonomi
19
mahupun perniagaan. Kejayaan demi
kejayaan ini telah membuktikan
bahawa Perkhidmatan Awam telah
menjadi entiti efektif dan terpenting
dalam menyokong Kerajaan ke arah
mentransformasi penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat. Inilah
yang menjadikan kita sebagai
penyumbang peranan penting dalam
sistem pentadbiran negara.
15. Menyedari kepentingan ini,
kerajaan terus memberi perhatian
kepada perkhidmatan awam. Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri
dalam Bajet 2015 telah
20
mengumumkan pelbagai inisiatif
transformatif kepada penjawat awam.
Penjawat awam perlu memahami dan
memberi perhatian kepada setiap
perkara dalam Bajet 2015 kerana
mereka adalah pelaksana dasar dan
program yang digubal dan
dirancang Kerajaan.
16. Sebagai satu kumpulan yang
besar dan mempunyai jumlah anggota
yang ramai, para penjawat awam
dalam perkhidmatan awam boleh
menjadi satu daya yang kuat dan
efektif bukan sahaja dalam
melaksanakan tugas, malah dalam
21
menyampaikan penjelasan kepada
rakyat mengenai dasar-dasar
kerajaan. Pelbagai dasar boleh
dijelaskan kepada 1.5 juta penjawat
awam sebagai satu pasukan
Perkhidmatan Awam. Jika kita semua
1.5 juta penjawat awam dapat pula
menerangkan kepada anggota
keluarga dan rakan-rakan kita, akan
berlaku kesan berganda yang boleh
memberi impak besar kepada
kefahaman dan pengetahuan
mengenai dasar-dasar kerajaan. Inilah
peranan yang boleh kita mainkan
dengan berkesan sekali. Kita semua
boleh membantu negara bergerak ke
22
arah mencapai hasrat negara maju
dan berpendapatan tinggi menjelang
2020.
17. Dalam hubungan ini, kita
berkeyakinan sekali bahawa tuan-
tuan dan puan-puan dapat memainkan
peranan yang diharapkan bagi
menjayakan pelaksanaan GST.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
18. Penjawat awam juga ada peranan
yang lebih besar. Dengan berfikir
secara terbuka dan positif, kita
sebenarnya boleh memberi sokongan
23
dan membantu kerajaan untuk
memudahkan proses membuat
keputusan bagi faedah dan kebaikan
kepada rakyat. Kita semua ini boleh
menjadi pemudah cara dan agen
perubahan dalam memberikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
19. Di kesempatan ini juga, saya ingin
menarik perhatian tuan-tuan dan
puan-puan tentang peringatan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri pada sesi terakhir
Perhimpunan Bulanan JPM bagi tahun
2014 di Dataran Putra beberapa hari
yang lepas, di mana Yang Amat
24
Berhormat Perdana Menteri telah
menggariskan empat perkara penting
kepada penjawat awam bagi
mendepani cabaran dan ancaman
pada tahun 2015. Empat perkara yang
dinyatakan itu ialah Cabaran
Keamanan; Keselamatan dan
Keharmonian; Menangani Rasuah dan
Salah Guna Kuasa; dan Amalan
Konsep Solidariti Nasional serta
Amalan Budaya Berprestasi Tinggi.
Empat perkara itu perlu diberi
perhatian serius dan fokus oleh
penjawat awam bagi membolehkan
Malaysia mencatat kejayaan lebih
cemerlang pada masa hadapan.
25
20. Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri turut meminta penjawat
awam supaya terus mengamalkan
budaya prestasi tinggi
dengan meningkatkan produktiviti,
meningkatkan kreativiti dan inovasi
dalam budaya kerja masing-masing.
Yang sebenarnya jika kita hayati
peringatan ini, empat perkara yang
telah digariskan ini adalah selaras
dengan Transformasi Perkhidmatan
Awam yang dilaksanakan
untuk memperkukuhkan agenda
transformasi Kerajaan melalui lima
teras strategik iaitu Mendaya Upaya
Bakat, Merekayasa Organisasi,
26
Merakyatkan Penyampaian
Perkhidmatan, Merangkum dan
Sepunya dan Membudaya Nilai.
Kelima-lima teras ini adalah bertujuan
untuk kita terus melonjakkan
pencapaian negara ke arah
mentransformasikan Malaysia di
persada dunia.
INTEGRITI SEBAGAI PASAK
PERKHIDMATAN AWAM
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
21. Dalam keghairahan kita untuk
memberikan perkhidmatan terbaik
27
kepada negara, janganlah kita lupa
dengan nilai, etos dan integriti dalam
Perkhidmatan Awam. Ini kerana nilai-
nilai ini dan disertakan pula dengan
semangat patriotisme serta rasa
cintakan negara, penjawat awam
akan lebih dihormati.
22. Saya suka mengingatkan bahawa
Teras Strategik Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam
yang terakhir, iaitu Membudaya Nilai
menekankan aspek integriti dan
patriotisme dalam kalangan penjawat
awam. Tuan-tuan dan Puan-puan perlu
mempunyai rasa cinta terhadap
28
negara, barulah tugas yang
diamanahkan dapat dilaksanakan
dengan sepenuh hati.
23. Menyentuh soal integriti, saya
ingin menarik perhatian saudara dan
saudari terhadap beberapa laporan
akhbar berkaitan Perkhidmatan
Awam sejak akhir-akhir ini. Cerita-
cerita berkaitan salah laku dan
perbuatan tidak berintegriti sering
menjadi tajuk utama di dada-dada
akhbar. Saya percaya seluruh
penjawat awam membaca mengenai
kisah Guru Dipenjara 50 Tahun yang
terpampang di dada akhbar 5
29
Disember lepas dan pendedahan
Laporan Audit Negara terhadap
jabatan dan kementerian.
24. Heboh negara apabila berlaku
penangkapan 30 pegawai disebabkan
rasuah, dan sebagai akibatnya
penjawat awam secara
keseluruhannya menerima akibat.
Sedangkan 30 orang itu hanyalah
sebahagian kecil daripada 1.52 juta
penjawat awam. Hanya kerana
beberapa kes itu adalah tidak adil
Perkhidmatan Awam dianggap
sebagai tidak berintegriti. Penjawat
awam masih berintegriti, tuan-tuan
30
dan puan-puan di hadapan saya ini
perlu membuktikan kepada rakyat
bahawa semangat patriotisme dan
integriti masih utuh dalam diri kita.
25. Ranking terkini Indeks Persepsi
Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dua
minggu lepas, kedudukan Malaysia
telah melonjak ke dua anak tangga
menjadikan kedudukannya di tangga
ke-50, berbanding 52 pada tahun
2013. Ini merupakan kedudukan
terbaik pernah diduduki Malaysia
sejak 2003. Malaysia sememangnya
berada di landasan yang betul dalam
membina persekitaran yang bebas
31
dan adil dalam kalangan sektor awam
dan swasta. Sokongan penjawat
awam amat penting dalam
menyokong usaha Kerajaan ke arah
menghapuskan rasuah dan
meningkatkan kedudukan ranking
kita pada masa akan datang.
MELAKAR PERUBAHAN : 1PESARA
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
26. Melalui Bajet 2015, pelbagai
inisiatif penambahbaikan dan
kemudahan yang diberikan oleh
32
Kerajaan kepada penjawat awam
termasuklah pesara Kerajaan.
Antaranya ialah pemberian bonus
kepada penjawat awam sebanyak
setengah bulan gaji dengan bayaran
minimum 500 Ringgit serta bayaran
bantuan khas sebanyak 250 Ringgit
kepada pesara Kerajaan.
27. JPA selaku Peneraju Transformasi
Perkhidmatan Awam
bertanggungjawab untuk
menyediakan kemudahan terbaik
kepada semua pegawai dalam
perkhidmatan Kerajaan, termasuk
golongan pesara yang merupakan
33
kumpulan berkepentingan atau
stakeholder yang perlu diberi
perhatian. Atas sebab itulah, JPA
turut membawa bersama program
1Pesara semasa program jelajah ini
untuk membuktikan penghargaan
Kerajaan tidak terhenti apabila
penjawat awam bersara.
28. Untuk makluman semua, 1Pesara
merupakan salah satu inisiatif yang
disediakan untuk menjaga kebajikan
pesara Kerajaan yang telah banyak
menabur budi dan jasa bakti
sepanjang perkhidmatan. 1Pesara
juga merupakan platform untuk
34
pesara dan bakal pesara Kerajaan
untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai kelebihan, faedah dan
ganjaran persaraan yang disediakan
sebagai kemudahan oleh pelbagai
pihak.
29. Terdapat empat aspek yang
digariskan sebagai teras bagi
memayungi inisiatif 1Pesara. Aspek
Pertama: kesejahteraan pesara yang
meliputi aspek pembelajaran
sepanjang hayat dan bantuan khidmat
kerohanian; Aspek Kedua: Peluang
untuk bekerja semula yang
menyediakan panduan keada pesara
35
yang masih ingin menabur bakti
kepada masyarakat. Aspek Ketiga:
Kelangsungan penjagaan kesihatan
yang meliputi kemudahan perubatan
dan Laluan Pantas atau Rapid Lane
yang disediakan bagi pesara
mendapatkan khidmat nasihat
kesihatan. Aspek Keempat:
Keusahawanan dan Kewangan yang
meliputi penyediaan maklumat
berhubung keusahawanan bagi
pesara yang berhasrat untuk
menceburkan diri dalam bidang
tersebut dan juga maklumat berkaitan
pengurusan kewangan.
36
30. Hasil usaha kita dalam membantu
pesara Kerajaan terbukti apabila
saban tahun Malaysia dinobatkan
dalam 10 negara terbaik untuk
bersara. Malah Business Insider telah
mengeluarkan Laporan International
Living Annual Global Retirement
Index 2014 yang meletakkan Malaysia
di tangga ke 3 terbaik untuk pesara
selepas Panama dan Ecuador.
Pengiktirafan demi pengiktirafan yang
diberikan ini menguatkan lagi
semangat kita untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada
rakyat dan pesara.
37
PENUTUP
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
31. Sebelum mengundurkan diri,
marilah kita kembali kepada perkara
pokok yang membawa kita berkumpul
di sini hari ini iaitu untuk menjayakan
penerangan dan penjelasan tentang
GST kepada rakyat. Peranan dan
tugas yang sedang menanti kita
dalam perkara ini adalah berat dan
mencabar sekali.
38
32. Namun saya amat berkeyakinan
bahawa dengan komitmen dan iltizam
yang tinggi, pengetahuan yang kita
perolehi pada hari ini, kita akan
berupaya memperbetulkan segala
persepsi salah tentang GST. Kita
akan menjadi penggerak kepada
dasar-dasar Kerajaan terutamanya
tentang GST pada masa ini. Semoga
segala usaha kita ini akan dirahmati
Allah.
33. Oleh itu, saya dengan lafaz
Bismillahhirrahmannirrahim, dengan
ini merasmikan Program Gegar
#myGST4U di MAEPS, Serdang.